Fariz ibarat buku teks bergerak yang sentiasa mendukung peraturan. Nur Hanna pula si samseng sekolah yang sukakan cabaran. Dalam kalangan teman, mereka disanjung dan dijadikan ikutan. Namun antara mereka terjalin permusuhan. Seorang digelar Mamat Skema, seorang lagi Miss Troublemaker. Mereka terus bercakaran dan bersabung pendapat. Akhirnya masing-masing membawa haluan yang berbeza arah tujunya. Fariz, si penegak keadilan menjadi polis. Nur Hanna, si perusuh peraturan pula menjadi novelis. Segalanya bermula tatkala Nur Hanna menyaksikan satu pembunuhan. Kebetulan Fariz pula yang ditugaskan untuk memberi perlindungan. Dapatkah mereka tamatkan persengketaan atau akan bermulakah sebuah kisah percintaan? Salam perkenalan yang dihulurkan lelaki kacak dan kaya, Aizat Inderawan pula telah membuatkan Nur Hanna semakin keliru kerana baru sahaja mengenali lelaki itu.Akhirnya, Nur Hanna memberikan syarat sesiapa yang terlebih dahulu melamar dengan memberikan cincin kepadanya akan dipilih sebagai kekasih hatinya.Antara Mamat Skema dan Aizat Inderawan, siapakah yang berjaya menjadi pilihan Nur Hanna?
“Awak kata awak cintakan saya. Tapi awak tak pernah cuba buat saya berhenti risaukan awak walaupun sesaat. Awak kata awak cinta pada saya, tapi tak sampai 24 jam awak cakap macam tu, awak dah keluar dengan lelaki tak guna tu. Beritahu saya macam mana saya nak yakin pada awak, Ana!” ~ Fariz
“Saya tahu yang cinta itu boleh buat saya masuk ke dalam dunia awak yang penuh pagar dan tembok penjara. Tapi cinta juga buat saya rasa bebas dan luas di dalamnya asalkan awak ada bersama-sama saya.” ~ Nur Hanna
Kisah cinta Nur Hanna yang nakal dan Fariz yang skema.. Comel dan menarik ditambah pula bila tiba-tiba Nur Hanna terlibat dengan kes pembunuhan berprofil tinggi dan dilindungi oleh Inspektor Fariz.. Cuma perubahan dari pelajar sekolah ke watak dewasa tu agak tak smooth.. Jalan cerita dah menarik dah..
Secara keseluruhannya - sedap dibaca. Cuma kadang-kadang rasa macam baca 2-3 buku yang berbeza. Punyalah panjang cerita Saya akui saya tak arif tentang tugasan pak polisi dan tak pernah berimpian nak jadi novelis, jadinya saya terima bulat-bulat saja apa yang saya baca - tiada masalah di situ.
3 bintang untuk "liked it". I do. Ayat-ayat banyak bikin orang tergelak. Ada misteri, ada komedi, ada romance. Yang paling penting, tak sentuh pasal kahwin kontrak, kahwin paksa, dan lain lain kahwin yang sama waktu dengannya. Agak refreshing gitu. Yang jadi masalah bagi saya cuma poor transitions & character inconsistencies (I spot some grammatical errors too). Mudah kot nak buat-buat tak perasan masalah dengan penulisan sebab ceritanya menarik. :)
P.S. Ayat buku teks Intro to Psych sangat tau pasal defense mechanisms tu. :p
Cite dia pnya best smpai grammatical error pon ko x pasan, maybe sec time baca baru perasan, tp buku ni semua genre smpai, lagi2 komedi, i like the romance too
For me as someone yg suka penulisan dan pembacaan yg agak spontan, dis book is one of the best I've ever read
No kahwin kontrak or kahwin cerai, cliche plot or yg seangkatan dgnnya
Secara jujurnya saya cakap saya suka dengan cerita ni. Tak tipu. Tahniah kepada penulis kerana berjaya buat saya terhibur. Ada sesetengah novel genre saja komedi tapi lawaknya kelaut lagi hambar. Tapi penulis dengan jayanya dapat pulun genre komedi tu. Saya memang terhibur sampai dah banyak kali khatam tau. Hehe.
Secara keseluruhannya, this is such a heart warming novel. I really really love this novel!
Komedi, saspen, romantik, sedih... semua ada dalam novel ni! Rugi kalau tak baca.