KLCC dari sisi imaginasi 19 penulis. Bagus antologi ini.
Lepas saya baca semua cerpen dalam buku ni, saya cuba membayangkan, ke 19-19 cerita itu berlaku semacam dalam sebuah filem bertajuk KLCC. Ada yang berlaku dulu, ada yang berlaku serentak pada masa yang sama, dan endingnya KLCC itu ranap diserang teroris- yang sebenarnya telah membuka gerbang neraka di KLCC. Eh.
Ini review melalui Twitter (sambil baca KLCC) yang aku buat sepanjang perjalanan pergi balik kerja dari #KLCC ke Seremban selama 3 hari:
1. Cerita yg best terlalu best. Tapi walaupun ada cerita yg x best, masih average. Level x best kat #KLCC x seteruk #BOLA. Lebih baik dr #BOLA tapi belum sampai tahap #KOPI. #KOPI adalah detail & teratur. #BOLA adalah tergesa2 & tangkap muat.
2. Penulisan yg pakai idea2 besar tak semestinya hebat. Guna metafora tak semestinya seni. Yg simple itu yg "in" sebenarnya.
3. KLCC tak gila atau sosial dan songsang semata2. Kenapa balik2 baca org hilang akal je dlm buku ni? Ini antologi kot? ;)
4. Tulisan futuristik tak salah sampailah pembaca membezakan dgn filem yg pernah ditonton. Kadang2 kau baca sesuatu tapi rasa macam pernah tengok dalam wayang. Itu adalah sedikit "potong" sebab kau harapkan sesuatu yang fresh dan baru.
5. Aku terima tulisan yg cynical tp aku tak terima tulisan mengutuk dan bajet baik. Buang perkataan dan ruang je. Baik habiskan dengan menulis jalan cerita yang ada kena mengena. Penulis bajet urban kena buat research. Kalo setakat blaja kat Google/Twitter,mmg insulting jdnya. 2 Tiang 1 Jambatan. Fail. Macam mana failnya Jersi No. 7 dalam #BOLA. Bezanya aku tak koyakkan #KLCC macam mana aku koyakkan #BOLA.
6. Bukan semua ruang KLCC tu urban. Sebab tu aku suka Ripuk. Memenuhi citarasa aku 100%. Tak berpura2 tapi "sampai". Cerita dia cerita yang macam biasa kau baca tapi garapan dia dan kaitan dengan KLCC tu yang buat kau baca berulang kali pun tak apa.
7. Raikan KLCC. Kaitkan tema. Bukan utk melampiaskan keinginan utk buat "mini buku sendiri". Kadang2 pasal KLCC tu sikit. Tapi pasal cerita yang bercita-cita tu agak berlebihan. Last2, kat mana KLCCnya?
8. Good execution tp boleh jd lg baik. Harap lepas ni @BukuFixi dpt kaji kelebihan antara 3 antologi utk yg berikutnya. KLCC tu indah dan happy kot? Pulp Fiction tak semestinya depressing kan?
KLCC merupakan sebuah antologi yang mengangkat KLCC sebagai latar. Sebanyak 19 buah cerpen dimuatkan dalam naskhah ini dan setiap satunya disajikan mengikut spektrum yang berbeza. Di sini, saya sekadar berkongsikan pandangan saya mengenai beberapa buah cerpen KLCC.
Ground Zero – Sesuatu yang saya rumuskan sebagai less is more. Kisahnya ringkas, dibukai dengan perbualan biasa-biasa antara pemandu teksi dengan seorang penumpang teksi (penumpang teksi adalah watak utama) mengenai kehidupan dan pengalaman. Mereka berkongsi pengalaman rumah tangga yang sama tetapi tidak serupa iaitu konflik antara suami isteri. Saya gemari penamatnya kerana punyai koheren yang semu.
Empat – Cerpen yang aliran penulisannya selesa diturut bersama; santai dibaca. Seks bukan tarikan buat saya dalam perkisaran ini tetapi realiti yang dipaparkan berjaya menampung dan mengenengahkan persoalan sosial masa kini. Repitisi babak dan dialog bikin saya ketawa.
Koc Lampau Capai Cakerawala – Saat memula baca bahagian suku pertama cerpen ini, saya dilegakan perasaan sepenuh puas hati kerana akhirnya menemukan penceritaan segar yang cerdas dan sangat membekas di benak. Plotnya teratur ; garapannya kemas - walaupun saya berharap permulaan suku terakhir cerpen tidak terlalu pantas. Jika ditanya kualiti apakah yang membangunkan cerpen ini, saya akan menjawab "It’s robust".
Nek Som, KLCC, dan Kucing Bernama Zorq – Sangat terkesan dengan karakter Zorq; seekor kucing yang diberi ciri manusia dari segi perlakuan. Nek Som setelah melangsungi transformasi di kapsul kaca, difiturkan sebagai seorang perempuan tua yang sangat ‘cool’ pada kiraan saya. Tiga kali saya ulang baca kerana saya menghidu unsur enigma pada beberapa subplot. Tidak mengapa, saya sukakan unsur enigma itu.
Gerbang Neraka – Cerpen yang dibaca secara perlahan dan penuh teliti bagi memudahkan pemahaman. Ridhwan Saidi sememangnya berupaya menarik pembaca menerusi eksperimentasi imaginasinya. Saya teringat-ingatkan Mautopia sepanjang membaca cerpen ini, dan seperti Mautopia, cerpen ini memiliki ‘je ne sais quoi’nya tersendiri yang saya amat suka. Dan ya, saya bersetuju Gerbang Neraka menjadi penutup antologi KLCC.
Antara cerpen yang paling digemari (sekadar menamakan beberapa tajuk) ialah Empat, 2 Tiang 1 Jambatan, dan Gerbang Neraka. Walau begitu, ada cerpen yang boleh diprediksi alurannya. Namun, sesuai sahaja dijadikan koleksi. Saya beri 3.75 bintang; hasil purata antara 3.5 bintang dengan 4 bintang.
1. Jangan Terjun - Nadia Khan Aku seperti dapat merasakan ini merupakan suatu spin-off daripada novel Nadia Khan yang berjudul 'Kelabu' itu, mungkin sekali kerana nama-nama watak yang ditampilkan mirip benar dengan novelnya yang terdahulu. Cerita yang mudah: tentang cinta, pengharapan dan apa yang tidak pasti di masa akan datang.
2. Ground Zero - Khairul Nizam Khairani Pertama kali membaca karya tulisan beliau lewat novel 'Gergasi' terbitan FIXI. Tiada yang istimewa sangat, naratif sisi idea cuplikan situasi sebenar 9/11. Namun begitu, aku suka laras bahasa yang digunakan. Penyudah yang sedikit menggigit, aku suka!
3. Mata - Shaz Johar Bagaimana rasanya jika orang yang kau harapkan sebenarnya berkorban demi untuk kebahagiaan kau? Perit, bukan? Begitulah dengan kisah yang terpapar dalam 'Mata'. Salah satu cerpen kegemaran aku sebenarnya.
4. Nyawa - Raja Faisal Kekal dengan identiti beliau, cerpen pasca-apokaliptik bahana global warming ini sangat-sangat imaginatif. Aku angkat topi kepada penulis kerana berjaya menggarap cerita sebagus ini. Asyik terbayang gabungan cerita 'Children of Men', '2012' dan 'Deep Impact'.
5. Ripuk - Hasrul Rizwan Pertama kali membaca judulnya, aku garu kepala - tidak tahu maksudnya sehingga harus belek kamus. Nyata langgam bahasa sang penulis jauh sekali meninggalkan aku yang kerdil ini. Ceritanya mudah sahaja, tentang maruah, tentang penghormatan, tentang sejauh mana kau mahu memperjuangkan apa yang kau rasa betul sehingga kewarasan kau dijentik. Bijak.
6. Warisan - Julie Anne Penulis berkali-kali memberi amaran kepada aku bahawa cerpennya ada berbaur seperti iklan Petronas sedikit. Aku tidak nafikan hal itu. Nama-nama watak menggenapkan elemen 1Malaysia, jalan cerita seperti iklan tahun baru Petronas. Namun yang pastinya berjaya buat aku seka air mata yang berkumpul di pelupuk (jujur!).
7. Dalam Tangan Papa - Adib Zaini Cerpen yang bertunjangkan sukan gusti ini nyata menyuntik elemen sentimental dan kemanusiaan yang amat mendalam. Jukstaposisi antara berani kerana benar, atau akur kepada kehendak orang lain diadun dengan amat bijak sekali. Salah satu cerpen kegemaran aku dalam antologi ini.
8. Takdir - Hani Amira Suraya Mengambil elemen saduran daripada filem 'Final Destination', cerpen ini biasa-biasa saja buat aku. Namun penyudahnya aku kira mencuba untuk lari dari acuan klise, bagus dan tersendiri.
9. Gadis dan Dua Menara - Faratira Aimiza Klise dalam genius. Terbayang narator dalam novel 'The Lovely Bones'.
10. Empat - Mim Jamil Reaksi aku usai membaca cerpen ini: "HUH? Eww, hedonisme tahap tinggi! Eh."
11. Kalau Lapar Cari Chomet - Syaihan Syafiq Cerpen sendiri. Ada yang bertanya, apakah kisah ini bertunjangkan elemen LGBT, namun ingin saya jelaskan cerpen ini harus dibaca mengikut kefahaman dan latar peribadi pembaca itu sendiri. Tak semestinya watak Chomet dalam cerpen itu seorang homoseks. Dia mungkin juga seorang gadis, pondan atau janda. Saya karang cerpen ini dengan harapan pembaca sendiri yang membentuk dan memberikan pakaian kepada watak-watak dan kisah yang terpapar menurut pengalaman pembaca sendiri.
Apa-apapun, identiti sebenar Chomet itu biarlah rahsia. Khabarnya dia masih lagi bahagia bersama abangnya itu. =)
12. 2 Tiang, 1 Jambatan - Shafaza Zara Syed Yusof Aku benci tweethandle @Zara_Syed ini kerana sekali lagi menyajikan cerpen yang benar-benar handal dari segi editorialnya. Tanpa membaca nama penulisnya aku sudah boleh jebak ini mesti cerpen Zara kerana teknik narrative splicing yang digunakan oleh beliau membuat pergerakan plot terasa laju dan menggigit, walaupun atas dasar cerita yang sebenarnya biasa-biasa sahaja. Salah satu cerpen kegemaranku, dan ingin sekali dilihat dikembangkan untuk dijadikan sebuah novella (atau drama bersiri?).
13. Penjaga - Dayang Noor Usai membaca cerpen kak Dayang aku tidak boleh tidak membayangkan Victoria Secret's Angels. Gabungan saifai, realisme dan teknologi masa hadapan menjadikan garapan cerpen ini antara yang paling tidak terduga. Syabas!
14. Izzaq - Faizal Sulaiman Nyatanya penulis novel 'Sumbat' ini bangkit dari kritikan yang aku berikan lewat cerpen beliau yang terdahulu di dalam 'Antologi Cerpen BOLA'. Izzaq menampilkan kisah *spoiler* dilema seorang suicide bomber antara menyudahkan misinya atau membatalkan sahaja niat memperjuangkan fahamannya itu. Genius!
15. Serikandi Malaysia - Arif Zulkifli Aku kira cerpen ini paling terlalu mencuba. Ceritanya bagus, cuma aku kira terkadang terlalu terikat dalam ruang-lingkup klise hubungan ayah-anak yang diikat agak longgar. Mungkin kalau dikemaskan dari segi naratif kerana terasa seperti ditulis agak terburu-buru. Namun begitu, ini merupakan satu cerpen yang bagus. Lain dari yang lain.
16. Koc Lampau Capai Cakerawala - Azura Mustafa Satu lagi cerpen yang menggunakan akronim KLCC seperti cerpen aku. Cerpen saifai ini sepertinya suatu tempelakan halus kepada situasi politik yang sedang dialami oleh negara kita ketika ini. Itu apa yang aku rasalah.
17. Nek Som, KLCC dan Kucing Bernama Zorg - Azrin Fauzi Kau tak boleh tulis cerpen dengan tajuk yang lebih panjang lagi ke, Azrin? Apa-apapun aku tergelak sendiri membaca keletah kucing bernama Zorq yang mampu berkata-kata, Nek Som yang seorang penggemar tulisan karya A. Samad Said, dan elemen saifai yang digarap dengan baik sekali.
18. Jemput Makan - Zulaikha Sizarifalina Ali Mulanya aku fikir *spoiler* ini kisah seorang pengamal kanibalisma. Rupanya aku tertipu. Celaka! Syabas buat Siz atas cerpen yang baik seperti ini.
19. Gerbang Neraka - Ridhwan Saidi Aku agak kecewa sebenarnya dengan nukilan penulis kegemaranku kali ini. Gabungan elemen psikedelik, ketuhanan, absurdism dalam cerpen ini nyata meninggalkan aku dengan menggaru kepala dan meletakkan buku berwarna ungu ini ke samping kerana tidak begitu memahami cerpen yang dipaparkan. Ah, mungkin aku tidak se-deep penulisnya barangkali.
Desain sampul yang menarik. Paling suka tulisan dari Syaihan Syafiq- point cerita yang simple, interesting, tak over imaginative, sedikit lucu dan kasihan. Tulisan Azrin Fauzi pun okay- very thoughtful of Nek Som, siap hafal tulisan A. Samad Said.
Cerpen-cerpen yang lain pun okay walau aku rasa some writings sungguh luar biasa imaginasinya dan sedikit melebih-lebih, but still worth a read.
Antologi Cerpen KLCC ini merupakan novel antologi cerpen pertama keluaran FIXI yang saya beli dan baca. Tambah menarik,antologi cerpen ini merupakan Edisi Terhad yang hanya dijual secara online dan pesta-pesta buku sahaja. Berdasarkan apa yang saya tahu,selain KLCC,antologi cerpen yang juga berstatus edisi terhad keluaran FIXI yang lain adalah Bola dan Kopi. Untuk pengetahuan pembaca,saya membeli KLCC ini di PWTC sempena acara Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 pada 27 April 2013 yang lalu.
Secara keseluruhannya,boleh saya katakan novel antologi cerpen ini berjaya menarik perhatian saya. Namun,tidak dinafikan,ada juga beberapa cerpen yang saya tidak suka. Pada masa yang sama,ada juga cerpen yang saya suka. Saya fikir,ini adalah suatu yang lumrah di dalam novel antologi cerpen yang sebegini. Daya imaginasi,kreativiti dan gaya penulisan seseorang penulis itu memainkan peranan utama di dalam menentukan sama ada sesebuah cerpen itu berjaya menambat hati para pembaca atau tidak.
Seperti namanya,kesemua cerpen (yang berjumlah 19 kesemuanya) mempunyai perkaitan dengan KLCC. Namun demikian,berdasarkan kecenderungan penulis-penulis yang menyumbangkan karya mereka di dalam novel ini,genrenya adalah pelbagai. Dari genre cinta sehinggalah seram. Saya tidak dapat memberikan ulasan setiap satu cerpen-cerpen yang terdapat di dalam antologi ini. Namun,antara cerpen yang berjaya menarik perhatian saya adalah seperti Ground Zero (Khairul Nizam Khairani),Takdir (Hani Amira Suraya), Penjaga (Dayang Noor) dan Nek Som,KLCC dan Kucing bernama Zorq (Azrin Fauzi). Tetapi,ada juga cerpen yang saya rasa agak mengarut dan tidak layak dimasukkan. Cerpen yang saya maksudkan adalah Empat karya Mim Jamil.
Kebanyakan penulis yang menyumbangkan karya mereka di dalam KLCC pernah menerbitkan novel mereka bersama FIXI. Namun,ada juga beberapa cerpen yang ditulis oleh pemenang-pemenang Pertandingan Cerpen Facebook Buku FIXI. Kesemua cerpen adalah di dalam bahasa Melayu dan menggunakan gaya naratif dan dialog yang lazimnya kita jumpai apabila membaca novel-novel FIXI. Buku ini saya syorkan kepada para peminat novel FIXI dan para pengumpul antologi cerpen FIXI edisi terhad.
Pelbagai kisah pendek disajikan dalam buku comel ni Semuanya berlatarbelakangkan KLCC. Bagi aku, beberapa cerpen terawal sangat bagus dan agak menyentuh hati. Pada pertengahan buku, ada cerita yang aku kira biasa-biasa saja, dan ada juga yang aku agak keliru dengan apa yang cuba disampaikan. Dan semakin mahu menamatkan naskah ini, cerpen-cerpen yang dihidangkan semakin menarik sampailah ke penghujung. Bagi aku adatlah. Ada cerita yang bagus-bagus dan ada yang sederhana saja.
Antara cerpen kegemaran aku dalam antologi ni;
-Jangan Terjun: memandangkan cerpen ni sebahagian dari jalan cerita Kelabu, tentunya aku suka. Ada nada sayu dalam penyampaiannya.
- Ground Zero: cerita ni buat rahang aku jatuh bila sampai ke penghujung. Sedih!
-Mata- agak menarik jugak.
-Nyawa: ada nilai persahabatan. Aku suka!
- Gadis dan 2 Menara: Kalau dipanjangkan lagi bagus rasanya.
-Izzaq: Keikhlasan dan pengorbanan Izzaq aku puji.
- Serikandi Malaysia: suka jalan ceritanya yang ala-ala perang.
- Koc Lampu Capai Cakerawala- cerpen yang terbaik aku rasa. Sebenarnya nak bagitau Morlas tu Malaysia kan?
- Nek Som dan Kucing Bernama Zorq- yang ini pun menarik. Kalau dipanjangkan lagi mungkin lagi bagus. Aku suka Zorq. Kucing yang bijak dan penuh muslihat. Memang aku terbayang Puss In Boots. Tapi berwarna ungu. Comel kan?
Lepas ni kalau terpandang KLCC, macam- macam cerita boleh terbayang. Jangan KLCC terbang macam dalam Koc Lampu Capai Cakerwala sudah la.
Selain itu, aku nak cakap aku bangga jadi diantara 1500 pemilik naskah KLCC ni hihi ;)
Aku sebenarnya kurang gemar baca cerpen ni, mungkin di sebabkan ia terlalu pendek..x sampai nak klimaks..tetiba dah habis...apatah lagi bila ceritanya tergantung...tapi apa yang aku boleh rumuskan daripada KLCC ni, Antologi Cerpen kali ini lebih baik daripada Naskhah BOLA...kiranya ada peningkatan dari segi pengisian cerpennya kali ini...
Karya2 seprti Ground Zero (KNK), Mata (Shah Johar), Nyawa (Raja Faisal), Warisan (Julie Ann), Gadis & Dua Menara, Penjaga (Dayang Noor) boleh di katakan agak menarik untuk di baca...cuma sedikit kecewa tatkala mnghabiskan cerpen "Dalam Tangan Papa" oleh Adib Zaini, agak tergantung...mengharapkan beliau dapat menulis naskah penuh, sebab aku minat dengan karya beliau Zombijaya...
Ada 1 cerpen yg hanya bersandarkan seks semata2, iaitu Empat oleh Mim Jamil...sangat tidak sesuai.. Walaubagaimana pun keseluruhan cerpen kali ini sangatlah menarik kerana ianya berkisarkan mengenai KLCC...
Bagaimana 1 senibina agung yang berdiri angkuh semenjak 15 tahun yang lalu, yang terdiri daripada 2 teratak melangit bisa membunuh dan menyelamatkan, memberi harapan, mengukir kenangan, menjadi tempat jumpa cinta, menjadi tempat terbit benci dan menjadi tempat lahir hati.
Kagum dengan gaya bahasa "Ripuk". Fantasi menarik "Koc Lampu Capai Cakerawala", "Penjaga", "KLCC, Nek Som dan Kucing Bernama Zorg" dan "Gerbang Neraka"
Aku pinjam buku ni dengan seorang akak masa acara tukar buku RAMfc baru-baru ni...
Hmm, untuk buku ni apa yang boleh aku perkatakan, bolehlah... so-so je haha...
Ada cerpen yang simple kat dalam ni mampu buat aku terkesan dan ada juga yang aku rasakan cerpen yang ada kat dalam tu tak patut dimuatkan di dalam buku ni! Stress baca!
Dalam buku antalogi cerpen, walau mana-mana je buku cerpen, jangan diharapkan sangat yang semua cerpen tu mampu memuaskan hati kita. Kalau nak betul2 puas carilah novel haha... Jadi, aku tak nak komen satu2.. huuu, ( sebenarnya kalau difikirkan aku tak layak bagi komen haha )
Apa-apapun, buku ini tidak terlalu baik dan tidaklah sampai mampu menyesakkan jiwa... so, siapa nak baca tu bacalah... cari siapa yang ada buku ni dan pinjam.. tu pun kalau dorang nak bagi pinjam, sebab buku ni dah tak dapat kat pasaran... heee... ok!
1. sebagai seorang yang telah lama membaca novel Kelabu dan tidak ingat kesemua watak yang ada, persoalan mengenai adakah watak Su dalam cerpen wujud atau tidak dalam novel sejurus selepas aku selesai membaca Nadia Khan sangat mengganggu aku untuk fokus pada cerpen seterusnya.
2. KLCC digunakan sebagai latar tempat oleh kebanyakan penulis namun, entah mengapa, aku rasa aku macam terlalu jauh dengan KLCC sedangkan aku sendiri kerap juga ke KLCC.
3. oleh sebab aku rasa macam KLCC tu jauh dari aku, aku rasa penulis-penulis cerpen kali ni macam terlalu bersungguh-sungguh untuk menulis cerpen.
tapi apa-apa pun, aku nampak usaha penulis untuk menulis cerpen kali ini dari cerita sedekat-dekatnya dengan penulis/pembaca sehinggalah cerpen yang boleh digarap lebih dalam genre scifi. TAHNIAH!
Aku beli buku ni hanya sebab ada Ridhwan Saidi. Dan rasanya hanya cerpen dia dan beberapa yang lain (eg. ground zero) yang tolerable. Yang lain sama ada shallow atau lack message and enrichment. Ikut citarasa pembaca, kalau biasa baca benda generic mungkin boleh suka. Special mention: 1) Empat. Pernah baca PWP tak? Dia belong dalam genre tu. Cuma soft lah kot. 2) Bila Lapar Cari Comet. Tak ada twist, tak ada plotline, tak ada apa-apa pun sebenarnya. 3) Jangan Terjun. Ada good try at making a twist, tapi pointless cerpen nevertheless. Bahasa agak subpar.
I'd give away the book. It's not a keeper. But I think I'd save the world from this.
actually 3.5.. Ini kali pertama ary membaca antologi cerpen dari fixi.. Dan boleh dikatakan ada beberapa cerpen yang menjadi fevret ary. Contohnya,Jangan terjun-Nadia Khan,Mata-Shaz Johar,Gadis dan Dua Menara-Faratira, Empat-Mim Jamil. Biarpun ada yang geli-geli, tapi jika dibandingkan dengan karya lain, yang geli-geli adalah lebih baik. Can't wait for next anthology. Dan turut mengharapkan peluang untuk turut serta dalam projek antologi seperti ini.
yup. sangat lebih bagus daripada BOLA. dan lebih baik sikit daripada KOPI. puas jugak lah aku baca antologi ni.
aku suka laras bahasa Ripuk. Ground Zero walaupun simple, tapi aku suka plot dia. Nek Som, KLCC dan Kucing Bernama Zorq (kemain panjang) dan Koc Lampau Capai Cakerawala best gak. Gadis dan Dua Menara terbaik. noktah.
19 cerpen. Jadi, ada pelbagai gaya bahasa dan plot cerita. Ada beberapa kisah yang perlu kita berimaginasi. Dan aku bermasalah untuk memahami cerpen-cerpen yang bersifat imaginatif. Secara keseluruhan, karya cerpen terbaik dalam antologi KLCC adalah Ground Zero, Mata, Nyawa, Ripuk, Warisan dan Gadis & 2 Menara.
Seronok. Ada jugak cerpen yang kurang relevannya atau hanya menyentuh sedikit sangat tentang KLCC. Tapi secara keseluruhan buku ini menarik. Tidak bosan. Semua yang banyak memori dgn KLCC wajib beli.
Dengan barisan penulis yang kebanyakkan sudah menempa nama dalam industri penulisan indie ni, aku memang sudah jangka kebanyakkan cerpen yang dihadangkan enak-enak belaka dan betul-betul di luar kotak fikiran aku.
power tapi tak sepower KOPI dan BOLA. ada beberapa cerpen yang aku memang blur dan pening nak digest seperti Koc Lampau Capai Cakerawala dan Kalau Lapar Cari Chomet. overall, puas hati tapi tak setanding antologi terhad Fixi yang lain.
Anggap saja ini adalah naskah pengubat rindu eksklusif dari angkatan penulis di samping merayakan ulangtahun ke-15 struktur berkembar tertinggi dunia. Apabila imaginasi dibawa melayang melangkaui kotak fikir, KLCC pasti dilihat dari sisi berbeza. Tak lagi hanya seperti sebelumnya.
Another intriguing short stories collection by Buku Fixi. Conngrats to the authors! And the editor too.
Oh ya, semasa membaca cerpen Takdir oleh Hani Amira Suraya, terdapat satu perasaan familiar. Rupanya, ada satu komik Jepun yang hampir 80% serupa storylinenya. Justeru aku tertanya, yang mana datang dulu ni?