Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ustaz Azhar Idrus LIVE

Rate this book
Dakwah perlu berterusan. Itu hakikat yang tidak boleh disangkal dalam usaha memastikan syiar Islam terus berkembang. Secara fitrahnya, manusia perlu kepada dakwah. Manusia perlu kepada nasihat dan peringatan. Setiap nasihat dan peringatan yang disampaikan dalam dakwah umpama vitamin yang boleh menyuntik kembali diri manusia. Vitamin ini akan memastikan manusia kembali segar dan bersemangat dalam memperbetul amal dan menyemarakkan keterujaan untuk terus beramal. Namun, dakwah pada hari ini perlu lebih kreatif dalam menarik perhatian setiap lapisan masyarakat. Naskhah komik “Ustaz Azhar Idrus Live” ini merupakan kesinambungan legasi penyampaian dakwah yang berhikmah dan segar demi mewujudkan umat Islam yang berhemah. Komik ini sangat menarik dengan ulasan oleh Ustaz Azhar Idrus yang hanya merungkai setiap permasalahan dengan begitu bersahaja tetapi tetap bermanfaat. Setiap lakaran kartun bersama informasi yang disampaikan secara tidak langsung dapat mengajak semua lapisan pembaca terutamanya anak muda menghayati kenikmatan ilmu dakwah.

88 pages, Paperback

First published February 1, 2013

4 people are currently reading
34 people want to read

About the author

Azhar Idrus

8 books9 followers
Ustaz Azhar Idrus dilahirkan di Kampung Ladang, Kuala Terengganu pada 12 Februari 1964. Memulakan pendidikan formal di Sekolah Rendah Hj Mohd Sharif Alor Setar, Kedah kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Darul Aman Alor Setar, Kedah (tingkatan 1-2) dan Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Kuala Terengganu (tingkatan 3-6).

Beliau mendapat pendidikan agama secara talaqqi dengan beberapa orang guru agama. Sekarang, beliau bergerak aktif mengajar dan menyampaikan kuliah agama di surau dan masjid di sekitar Terengganu serta mendapat jemputan menyampaikan kuliah di seluruh negara.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
20 (51%)
4 stars
12 (30%)
3 stars
4 (10%)
2 stars
2 (5%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
April 11, 2014
Buku nipis ni sepatutnya boleh dibaca sekali hadap, tapi biasalah nama pun che Rina yang hilang fokus hahaha :P

Full review: 11/04/2014

Dakwah perlu berterusan. Itu hakikat yang tidak boleh disangkal dalam usaha memastikan syiar Islam terus berkembang [blurb buku]


Sekali lagi, aku ucapkan tahniah pada Telaga Biru yang tak henti-henti memerah idea untuk mempelbagaikan risalah dakwah mereka. Pada pembaca yang malas seperti aku, naskhah komik yang punya isi ini sudah cukup memadai. Biarlah nampak seperti anak-anak, tapi jujurnya aku lebih suka sebegini;

1. Ringkas dan mudah hadam.
2. Comel dengan ilustrasi yang berwarna.
3. Tak kosong -- ada hadis terpilih yang diselitkan untuk pengukuhan.

Lagi? Aku suka UAI hahaha :P
Tapi, kalau mahukan info yang lebih mendalam, anda memang perlu cari buku tambahan yang lain. Banyakkan mengaji, bak kata bondaku.

Agama dulu, akademik kemudian.
Dah penuh ilmu agama di dada,
baru cari kemahiran hidup
untuk cari makan.

Ini tidak, yang didahulukan dunia.
Anak dah takde harapan, baru hantar belajar agama.

Kenapa agama, dijadikan pilihan kedua? – pg 40


Ouchh! Pedas, kan?
Profile Image for Azizah.
388 reviews6 followers
October 31, 2014
3.8 star

Resensi penuh: 5.6.2014

Pertama kali sebenarnya baca buku islamik bercirikan komik ni. Dan alhamdulillah tak menghampakan. Terima kasih pada penerbitan Telaga Biru untuk penghasilan buku komik islamik ni.

Karektor dan lakaran komik yang agak menarik. Dan tentunya telah menarik minat Cik Aimi untuk 'berebut' buku ini ketika KakChik membacanya. Cik Aimi siap buat dialog sendiri lagi. Hentam aje la Aimi oiiii, asalkan dia sudah ada minat untuk membaca buku. Satu permulaan yang sungguh mengujakan KakChik. Lepas ni memang kena cari lagi buku komik islamik ni.

Opppssss, seperti ceramah live UAI memang penuh dengan lawak, humor dan berhekmah jawapan yang diberikan bagi setiap persoalan yang diutarakan. Yang pedas memang tepat ke muka sendiri pun bukan sedikit. Pedih tapi kena la telan dan ambil iktibar untuk kebaikan. Memang tak jemu baca dan komik islamik ini telah berjaya menghindar mata KakChik rasa mengantuk ketika membacanya (sebenarnya kalau baca buku agama selalu je terlelap. Huhuhuhu, tak kuat iman sungguh).

Frasa yang menarik:

"Pemuda yang pergi ke masjid atau surau, belum tentu baik. Tetapi pemuda yang baik, sudah tentu akan pergi ke masjid atau surau."

"Agama dulu, akademik kemudian. Dah penuh ilmu agama di dada, baru cari kemahiran hidup untuk cari makan.

Ini tidak, yang didahulukan dunia. Anak dah takde harapan, baru hantar belajar agama.

Kenapa agama, dijadikan pilihan kedua?" - Yang memang kena tepat atas hidung la kan.

"Pasal dunia, serba-serbi up grade. Dah bab agama mana, kenapa tak up grade juga? Kenapa bab agama tak mau bertambah, sedangkan bab dunia sibuk ditambah." - Kena lagiiiiii.

Walaupun begitu masih terdapat fakta atau jawapan persoalan yang tidak berapa jelas pada KakChik atau KakChik yang kurang arif untuk taksir maksud tersirat. Jadi kesimpulan memang kena buka buku rujukan atau rujuk pada yang lebih arif.

Apa-apa pun salah satu cara dakwah yang menarik untuk menambat minat pelbagai lapisan masyarakat.
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews105 followers
June 10, 2014
Dakwah yang disampaikan dalam bentuk komik bukanlah perkara baru dalam dunia penerbitan di negara kita. Dulu ketika Ujang menerajui majalah satira Din Beramboi, dialog2 dan karakter2 untuk tujuan sebegini sudah mula diselitkan. Ujang lebih hardcore bila menerbitkan majalah Lanun. Itu dululah... ketika aku masih mampu meluangkan masa masuk dalam dunia pembacaan.

Kini... satu perkembangan positif dalam usaha mentarbiahkan pembaca secara lebih dekat dan mesra. Buku2 ilmiah berbentuk keagamaan selalunya adalah 'ubat tidur' paling mujarab bagi sesetengah kita.

So, sudah banyak buku agama/ilmiah sebegini diterbitkan di pasaran. Yang penting tanya hati kita. Jalannya dah ada... :)
Profile Image for Limau Nipis.
666 reviews25 followers
June 10, 2014
Ya, dakwah itu harus berterusan. Usaha Telaga Biru menerbitkan buku-buku agama dalam bentuk komik ini harus diberi pujian.

Mudah difahami, mudah dihadam. Itu saya kira prinsip Ustaz Azhar Idrus dalam menyampaikan ilmunya. Moga usaha kecil kartunis Athool dalam membukukan komik ini dengan ilustrasi menarik mendapat pahala berterusan.

Soal jawab ilmu fikah itu mudah. Kita yang menjadikannya susah. Maka konik ini memudahkan pemahaman kita yang jahil agama. Haruslah dibaca.

Anak-anak juga suka dengan komik ini kerana mudah difahami.
Profile Image for Wardatul Humaira'.
15 reviews5 followers
April 21, 2013
Alhamdulillah..byk hukum yg kite dpt dr buku ni wlupun berbentuk cam komik.. Menarik minat lebih ramai ank muda utk membacanya...
Profile Image for Mohd Fast.
48 reviews
June 10, 2020
Dalam komik ada dakwahnya. Ini kali kedua saya mengulang membaca komik ini. Nipis sahaja tetapi pelbagai ilmu yang dapat menambahkan lagi kefahaman kita tentang sesuatu hukum. Ada ilmu ada joke.
1 review
February 8, 2023
Buku ini sangat menarik kerana memberi pengajaran dan kata-kata hikmah kepada masyarakat dan juga kepada saya
Profile Image for حزا ليني.
33 reviews2 followers
March 26, 2013
A comical version from the collections of kuliahs of the well known Ustaz Azhar Idrus...as always funny and a good read. :)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.