Jump to ratings and reviews
Rate this book

Asrama #1

Asrama

Rate this book
“Dahlia, hati-hati dengan ASRAMA ni.” Maria tiba-tiba merendahkan suaranya sambil menatap roman Dahlia.

“Kalau takat kau nak ingatkan aku pasal geng Queen yang macam syaitan tu, tak payah la.” Dahlia kurang senang dengan amaran Maria itu.

“Tak, maksud aku...”

Belum sempat Maria menghabiskan ayatnya, Dahlia meningkah. “Kau tengok aje nanti. Lambat ke, cepat ke, akan ada orang yang membalas perbuatan dorang semua tu nanti!” Dahlia bersuara dengan geram.

“Orang kita boleh lawan, tapi kalau yang lain payah sikit.” Maria membidas sambil mengambil daun-daun kecil di hadapannya.

Percakapan Maria membuatkan bulu roma Dahlia mengejut berdiri. “Kau ni, kalau tak cakap benda-benda pelik boleh?” kata Dahlia.

“Bagus la kalau kau faham maksud aku.” Maria senyum memandang Dahlia.

288 pages, Paperback

First published April 1, 2013

173 people are currently reading
2583 people want to read

About the author

Muhammad Fatrim

43 books174 followers
Muhammad Fatrim was born in Beaufort, Sabah and raised in Kuala Penyu, Sabah.

Currently studying in Bachelor Creative Writing (hons) in Faculty Film, Theatre & Animation (FiTA) UiTM Puncak Perdana Shah Alam, Selangor.

His second novel is a FIXI's latest novel entitled ASRAMA.



Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
784 (37%)
4 stars
658 (31%)
3 stars
470 (22%)
2 stars
151 (7%)
1 star
51 (2%)
Displaying 1 - 30 of 286 reviews
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
December 5, 2013
Sekali-sekala dah penat layan novel cinta, ada baik baca buku sebegini. Ubah selera, ambil ruang nak bernafas tapi jangan salahkan aku pula kalau terasa lagi susah nak bernafas masa baca cerita hantu ;P

Ceritanya tentang Dahlia yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR dan bertukar ke sebuah sekolah berasrama pilihannya sendiri. Suasana baru di asrama begitu mengujakannya biar pun ada beberapa perkara pelik yang menghantuinya. Dia tidak pernah ambil kisah. Sebaliknya dia lebih berani ke depan, mencari apa dan kenapa ia berlaku.

Padaku walau ia kisah Dahlia tapi semua watak-watak yang ada di sekeliling Dahlia amat membantu dalam melicinkan alur ceritanya. Tapi bila terlalu banyak nama watak perempuan, ada masanya sedikit lost. Aku lebih ingat nama Pak Darus dan Adam pula hikhikhik

Cuma ada sesiapa nak kongsi dengan aku siapakah Ira itu? Aku mahu tahu apa pertolongan yang dia mahukan atau dia sebenarnya dalam misi selamatkan Dahlia? Hmm... *rolledeyes*

Novel ni sebenarnya tidaklah ‘berhantu’ sangat. Mungkin kerana aku sudah dapat mengagak kerana kisah hantu asrama sangat popular, dikongsi dan disampaikan dengan pelbagai rentak dan variasi. Malah rasanya ada banyak lagi kisah yang lebih menyeramkan daripada apa yang diketengahkan. Kalau penulis cerita lebih tentang Pengait tu aku rasa ia akan lebih gempak.

Tapi aku suka part pembantu rumah Dahlia tu. Sebenarnya petunjuk sudah diberi cuma akal perlu gigih untuk mengesannya. Dan untuk twist yang menjadi itu, aku bagi tabik spring..toing..toing *wink*
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
July 14, 2017
3.35* untuk Asrama!

Buku ni, salah satu buku Fixi yang laku keras. Mana tidaknya, pada PBAKL lalu saja, Asrama menang undian untuk dijadikan hardcover. Mengalahkan buku-buku lain terutamanya buku-buku NK. Tahniah! (Tapi aku tak dapatkan hardcover tu pun, sebab aku malas nak berkejar-kejar, bergaduh, bertumbuk, dan tarik rambut dengan pembeli lain untuk buku ni.)

Lagipun aku baca buku ni sebab aku dengar pesta buku Mabopa nanti, akan ada sekuel-nya (harap lagi bagus dari ini dan Patung!). Lagipun agak lama juga aku peram buku ni kat atas rak. Dari 2014 sampai 2017 baru dapat baca. Maaf~ Orang lain dah lama habis baca. Kat GR ni pun, dah terlalu banyak spoiler. Kalau baca semua review kau akan tahu dah jalan ceritanya. Jadi buku-buku terbitan lama ni, cuba-cubakanlah elak baca semua review walaupun kau rajin tahap dewa-dewa.

Buku ni dua kali ganda lebih bagus dari Patung. Malahan aku berjaya habiskan walaupun mengambil masa agak lama.

Ya aku setuju dengan ramai pembaca. Rasanya lagi seronok kalau dialog Asrama ni menggunakan dialek Sabah. Yalah, alang-alang dah guna latar kat Sabah kan.

Seram? Biasa-biasa saja.

Idea? Ok-lah. Masa buku ni keluar, tak berapa ramai pengkarya yang guna idea macam ni berbanding sekarang. Jadi, ya bolehlah diterima.

Naratif penceritaan kekadang membosankan. Kekadang tersengguk-sengguk juga aku baca buku ni. Yalah, buku awal tuan penulis kan. Jadi nak expect apa.

Pasal asrama lelaki dan perempuan tu agak berdekatan, aku sebagai Sabahan, tak mempertikaikan. Ada saja sekolah yang asramanya berdekatan begitu. Sebagai contoh, masa aku ambil Form 6 yang lalu, asrama lelaki dan perempuan sekolah tu menggunakan bangunan yang sama tapi dipisahkan dengan dinding simen dan dawai tajam. Tapi sekolah lama lah. Ya kalau tak percaya, jemput datang Sandakan.

Apa-apa pun moga tuan penulis terus sukses. Kalian tak nak cuba?

Peace!
Profile Image for Syaihan Syafiq.
Author 14 books137 followers
April 25, 2013
ASRAMA mengisahkan tentang seorang gadis bernama Dahlia yang nekad mahu berpindah sekolah dan tinggal di sebuah asrama di mana penghuni-penghuni sedia adanya semacam menyimpan 1001 kisah lampau yang perlahan-lahan terungkai. Aku membaca ASRAMA dengan suatu mind-set dan pengharapan yang agak tinggi sebenarnya atas beberapa sebab. Pertama, kerana ini bukan karya Muhammad Fatrim yang pertama. Kedua, kisah yang dipaparkan berkisarkan latar asrama, sesuatu yang aku sendiri boleh kaitkan dengan pengalaman peribadi. Ketiga, rasanya ini merupakan genre psikologi-seram pertama buat FIXI (walaupun ramai yang beranggapan bahawa novel sulung aku, BISIK itu merupakan satu cerita seram). Keempat, ini merupakan genre kegemaranku sebenarnya; melihat kepada variasi bahan bacaanku di Goodreads sudah cukup memadai untuk menyerlahkan yang aku gemarkan sisi seram karya Stephen King, Anne Rice atau psychologically challenging seperti Chuck Palahniuk.

Apa-apapun, nyatanya aku meletakkan satu benchmark yang agak tinggi sebenarnya terhadap novel ASRAMA ini kerana usai membaca karya Muhammad Fatrim yang setebal 287 halaman ini, aku meletakannya ke sisi, dengan pelbagai rasa tidak puas hati yang membungkam.

Jangan salah faham. ASRAMA nyata berjaya menyuntik nuansa seram/cemas yang menjadi tunjang utama kepada kekuatan cerita ini. Namun pada hemat aku, ia agak gagal dari segi menyampaikan perasaan itu secara total. Faham, tak? Mungkin oleh kerana aku sudah terbiasa benar dengan gaya penceritaan the master of horror craft iaitu Stephen King, menyebabkan aku merasakan bahawa tahap keseraman ASRAMA ini biasa-biasa sahaja, malah kalau hendak diikutkan agak klise sebenarnya.

Bab pertama ASRAMA adalah pemangkin utama yang berjaya memancing pembaca untuk terus duduk (atau dalam situasi aku, berbaring) dan terus membaca hingga ke halaman-halaman berikutnya. Namun begitu, laras bahasa penulis yang semacam agak kejung (kerana rasanya dia masih lagi terikut-ikut dengan gaya penulisannya di penerbit yang lagi satu) membuatkan penceritaan terasa seperti dipaksa. Aspek 'memberitahu' dan bukan 'bercerita' acapkali memotong rasa seram yang baru sahaja hendak dimunculkan, menjadikan sesetengah bahagian dalam novel ini hilang elemen 'kejutannya'.

Aku kira ada baiknya kalau penulis mengkaji dan meneroka lagi aspek misteri yang menyelubungi entiti yang dinamakan sebagai Pengait di dalam cerita ini, kerana pada hemat aku di situlah sebenarnya kekuatan sebenar cerita ini. Tanpa mahu meletakkan sebarang spoiler, aku kira kisah seram dan tragis yang menimpa Dahlia bahana daripada gangguna Pengait itu sendiri sebenarnya tidak cukup kuat untuk menjadi asas kepada keseluruhan cerita itu. Aku mahu tahu lebih lanjut sebenarnya, asal-usul Pengait tersebut, siapa, bagaimana dan deskripsi Pengait itu.

Naratif cerita ASRAMA cemerlang sekali, dengan laras bahasa yang mudah difahami (walaupun terkadang aku ada juga beberapa kali terfikir bahawa perbualan-perbualan di kalangan watak-watak di dalamnya saling tidak tumpah seperti naskah drama televisyen kerajaan - agak kejung dan terasa seperti terlalu 'dipaksa'). Sayang sekali, memandangkan keselurahan latar tempat novel ini berlaku di Sabah, lenggok bahasa dan telo penduduk sana hampir pada paras minimum, menyebabkan feel aku untuk membayangkan bahawa kejadian demi kejadian yang berlaku di dalamnya berlandaskan negeri di bawah bay. Apa-apapun, aku amat menyukai bagaimana ASRAMA dipersembahkan: pembaca disajikan oleh cuplikan kisah silam yang terjadi lewat mimpi yang didatangkan kepada Dahlia, kemudian naratifnya pantas bertukar kepada Dahlia dan rakan-rakannya yang mendiami asrama dan menghadiri sekolah yang semakin dibaca semakin menyeramkan itu.

Menyebut tentang latar tempatnya yang hampir 90% berlaku di sekitar asrama sebuah sekolah, aku beberapa kali mencuba untuk membayangkan susun atur bangunan-bangunan asrama (secara tipikalnya) di sekolah-sekolah. Memandangkan aku datang daripada sekolah yang hanya ada satu jantina, makanya aku terpanggil untuk meneliti gambar-gambar asrama sekolah-sekolah rakan-rakanku, gambar-gambar lama sekitar sekolah lama abangku (yang bersekolah di sebuah sekolah berasrama penuh di utara tanah air) dan juga rakan-rakan adik-adikku (yang pernah bersekolah di sekolah berasrama). Apa yang menghairankan aku adalah...

*SPOILER* (mohon jangan teruskan membaca kalau kau masih belum selesai membaca ASRAMA)

.... aku bersetuju dengan kak Julie bahawa mana mungkin kedua-dua blok asrama lelaki dan asrama perempuan berada begitu hampir sehingga boleh meranapkan kedua-duanya sekali dalam kebakaran. Walaupun sudah diterangkan oleh penulisnya sendiri di Goodreads, dan aku petik secara terus:

"ada sesuatu tentang kebakaran itu tak diceritakan details sebab tu macam, eh! Satu bangunan ke? Sebab awal2 masa Dahlia masuk ASRAMA tu, sudah diterangkan dua blok ASRAMA perempuan itu bersambung. Cuma tak diceritakan sebelah bangunan Asrama Perempuan tu Dining dan sebelah Dining tu Asrama Lelaki (semuanya rapat). Maaf kerana saya cuma membayangkan layout sekolah saya itu tapi tak menulisnya secara detail (amik layout ASRAMA sendirik). Kebakaran itu juga tak diceritakan secara detail, mula di mana. "
- Muhammad Fatrim, lewat balasaan komen di Goodreads.

Aku masih lagi tidak berpuas hati dan bertanyakan pula kepada beberapa rakanku yang pernah tinggal di asrama untuk membaca bahagian terakhir bab novel ini, dan ternyata mereka juga bersetuju bahawa unsur realism (iaitu faktor bangunan blok lelaki dan perempuan berada dekat benar seperti apa yang dideskripsikan di dalam novel) itu sedikit goyah. Apapun, abaikan sahaja andaianku ini kerana aku bersetuju bahawa penulis hanya membayang dan melandaskan penulisannya berdasarkan apa yang dia sudah sedia ada tahu.

Mungkin pembaca perempuan lebih menjiwai dan merasai aura seram yang disampaikan dalam novel ASRAMA ini, tetapi bagi aku yang sejak di tingkatan rendah, masuk pra-U, tamat ijazah sarjana muda, tinggal di asrama merasakan ada banyak lagi kisah seram yang jauh lebih menggigit daripada apa yang dipaparkan dalam novel ini.

Syabas buat penulis kerana menghasilkan karya seram sebegini, cumanya mungkin novel ini tidak masuk benar dengan jiwaku. Bagi mereka yang mahukan bacaan seram paranormal, pernah tinggal di asrama, aku syorkan membaca ASRAMA pada waktu siang, dan tidak berseorangan.

Mana tahu, kalau bersendiri ada pula yang datang meneman!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for hans.
1,158 reviews152 followers
April 17, 2013
Spooky-misterius dengan minor seram. Aku suka cara penulis selitkan petunjuk-petunjuk kepada kejadian sebenar yang berlaku pada Dahlia- mimpi aneh, sabun fruitale, bangkai kucing dalam loker, spirit of the coin dengan roh Am(ira), lirik lagu 'Kisah Hati', pembantu rumah Dahlia, movement2 tanpa jasad dan beberapa petunjuk lain walaupun ada antaranya sedikit tergantung dan perlukan judgement sendiri untuk faham.

Cuma waktu baca buku ini, ada satu hal yang aku kurang pasti. Seawal cerita Dahlia ada mentioned dia dapat keputusan cemerlang dalam pmr dan nak tukar sekolah. Jadi aku simpulkan Dahlia dah masuk tingkatan 4 (umur 16 tahun) masa dia tukar sekolah dan kejadian kebakaran jadi tahun 2008. Angel mati 1993, Rashid kahwin dengan Kalsom setahun lepas Angel mati- 1994. Jadi mengikut pengiraan aku, umur Dahlia waktu tahun 2008 ialah 14 tahun (kalau Kalsom terus pregnant lepas kahwin dengan Rashid). Tapi info ini dah bercanggah dengan dialog awal Dahlia yang kata dia dapat keputusan cemerlang dalam pmr dan boleh mintak apa saja dari ayah dia. Aku blur kejap pasal ini sebab tahun 2008 patutnya umur Dahlia baru 14 tahun (tingkatan 2). Sepatutnyalah, ke aku ada tertinggal jalan cerita di mana-mana atau aku salah kira ataupun sebenarnya Dahlia bukan anak Kalsom?

Runsing aku memikirkannya tapi memandangkan age is just a number aku anggap saja umur Dahlia tak penting dalam kisah ini. Sebetulnya aku kasihan pada Dahlia bila tahu apa sebenarnya yang terjadi pada dia.

And one more thing, aku selalu merasakan yang Sabah antara negeri yang punya slanga bahasa paling indah dekat Malaysia ni dan sungguh kecewa (sedikit) rasa hati aku bila penulis tak masukkan slanga Sabah langsung dalam dialog-dialog di buku ini- mungkin ada kot sekali untuk dialog Rashid. Tak tahu apa sebabnya, mungkin taknak pembaca (yang bukan dari Sabah) sukar faham tapi there's always footnotes and glossary, right?

Aku bagi 3.5 bintang, okay! :)
Profile Image for Sahidzan Salleh.
Author 14 books76 followers
Read
September 9, 2016
Orang Sabah cakap, bulih bulih lah!

Kalau 'di-slanga-kan' lagi dialog-dialognya, mungkin nampak lebih style, gitu.


Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
August 24, 2017
UPDATE: NO SPOILER VIDEO REVIEW IS UP! Pendapat saya lebih 'rich' sikit daripada sebelum ni sebab kali ni reread, I focused more on the details :)

Click to watch : NO SPOILER REVIEW ASRAMA BY MUHAMMAD FATRIM
UPDATE - Finished reread : 14/8/17. Rate: 4 stars. Akan update review malam ni, InsyaAllah

--------------------/-------------------------------

Baca novel ni sebelum Patung. Dah lama baca tapi tak ingat dah. Yang pastinya best, tak ada censored scenes, special for underage dan yang macam Una yang tak larat nak flip pages. A clean fixi book. Highly recommended.
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
May 21, 2017
Aku membeli Asrama ini bukan kerana buku ni antara bestseller sepanjang masa Fixi. Tapi sebab waktu PBAKL2017 tempoh hari, dia keluarkan hardcover edisi terhad. Aku beli sebagai collector.

Apabila membaca Asrama, dari awal aku tak memberi expectation tinggi. Apabila mula membaca, aku perasan banyak benda yang meleret. Benda-benda tak penting pun ada yang dicakapnya. Kalau pack-kan, novel ini mungkin jadi lebih pendek. Novel ini bukan lambat, tapi agak meleret. (Berbeza tu ya kawan-kawan).


Novel ini terlalu banyak suspen yang tak perlu. Pengakhiran cerita ini agak bagus; tapi tidak membuatkan aku shock. Ada banyak benda yang lost. Dan ada benda yang "aikk. Tadi macam tu, tapi kenapa dia cakap macam ni pulak?" Pendetailan tak dilalukan oleh penulis dengan kemas.

Apa-apapun, tahniah Muhammad Fatrim sebab novel anda terpilih untuk hardcover. FIXI buat voting novel mana nak buat hardcover, dan Asrama menang. Dan sampai sekarang aku tak tahu kenapa Asrama yang menang. Mungkin novel ni 'dekat' dengan remaja kut, sebab budak sekolah kan. Cover yang menarik? Cerita yang menarik? Ya, no wonder, sebab kita ni lain-lain minatnya. Sekali lagi, congrat Ayim!!!
Profile Image for Ahmad Hidayat.
3 reviews1 follower
May 14, 2013
aku mampu bagi tiga bintang je.
sebab novel ni tahap komunis lagi.
tak cukup amerika. haha
banyak plot cerita yg aku rasa tak/kurang berkait.
atau mungkin otak aku terlalu detail.
atau mungkin otak aku lembab sampai tak mampu nak kaitkan plot ini dengan yang itu.
aku pun tak tau la.

unsur suspen dia terbaik.
hantu dia pun terbaik walau tak de lakaran visual. tapi mampu buat pembaca bayangkan macam mana bentuk hantu tu.

oh ya. aku pernah duduk asrama. saje nak riak sebab aku tengok ramai yg mention begitu. apa yg nak dibanggakan pun aku tak tau la. haha.

dan ibu jari keatas buat penulis kerana berani buat novel bertemakan "Asrama".
tapi kalau penulis berani guna loghat/dialek sabah lagi macho.

oh lagi satu. otak aku macam bersenggama kejap bila baca ending dia. senggama kaw kaw punya bila nak relate dengan seluruh jalan cerita. rasa nak menjerit kuat kuat dekat telinga penulis tu. okbai.
Profile Image for Olivia.
132 reviews9 followers
September 21, 2017
Judul Buku: Asrama
Pengarang: Muhammad Fatrim
Penerjemah: Shahida Harun
Penerbit : Haru Media
Edisi: Bahasa Indonesia (9786026383273)

This review will be in Indonesian instead of Malay- please keep that in mind. :)

Entah bagaimana review yang tepat untuk menggambarkan kekecewaan saya terhadap buku ini. Memang, sulit rasanya untuk menemukan buku horor berkualitas yang dapat menyampaikan kemisteriusannya dan kengeriannya. Lebih banyak yang gagal, termasuk- sayangnya, Asrama.

Asrama menceritakan seorang murid pindahan di sebuah sekolah berasrama, Dahlia namanya. Di sekolah tersebut, Dahlia mendapatkan 3 orang teman sekamar: May, Lena, dan Farah- yang lalu sepakat menjadikan Dahlia sebagai ketua "geng" mereka. Rupanya, perjalanan hidup berasrama Dahlia tidaklah mulus. Di asrama tersebut, terdapat "kasta" yang membagi para penghuni asrama perempuan menjadi 3: Queen, Princess, dan Slave. Queen terdiri dari 4 orang, Princess 4 orang (yang mana di kemudian hari diprediksi akan naik "tahta" menjadi Queen pada jamannya), dan penghuni lainnya adalah Slave.
Belum lama Dahlia tinggal di asrama, dia sudah di-bully habis-habisan oleh geng Queen yang dikepalai Sarah. Mulai dari hampir diperkosa, disiram air selokan, hingga diminta untuk mencuci baju para Queen. Dahlia yang tidak terima dengan perbuatan Sarah, akhirnya memutuskan untuk membalas dendam dengan menggunakan permainan "spirit of coin"- di mana idenya tersebut datang dari sepucuk kertas yang ia temukan secara misterius di lokernya.
Malam itu, Dahlia akhirnya melakukan ritual "spirit of coin" (permainan memanggil roh sejenis jelangkung atau ouija) bersama dengan Farah, May, dan Lena. Mereka meminta agar geng Queen dapat disingkirkan selamanya dari asrama, dan roh tersebut sebagai gantinya meminta tumbal berupa darah segar. Dahlia sendiri merasa tidak keberatan dengan syarat tersebut karena sebentar lagi jadwal haidnya akan tiba, dan "deal" pun akhirnya sukses dibuat dengan roh tersebut.
Namun tanpa diduga, sejak hari tersebut, bukan hanya geng Queen yang terganggu oleh hal-hal yang berbau mistis; seluruh penghuni asrama tersebut tampaknya ikut mendapat giliran diusik oleh mahluk-mahluk halus. Dan fakta bahwa asrama tersebut sendiri sejak sebelumnya sudah memiliki rahasia-rahasia kelam di baliknya... tidak membuat segalanya menjadi lebih baik.

Sampai titik itu, rasanya bagi saya buku ini masih dapat menjadi sesuatu yang cukup menjanjikan. Namun sayangnya, bukan menghidupkan cerita dengan sebuah plot yang matang, penulis terlihat seperti hanya meletakkan potongan-potongan kejadian apapun yang ada di benaknya.
Berikut akan saya sampaikan dalam poin, hal-hal yang mengganggu saya dalam mengikuti Asrama:
1. Gaya Bahasa Penulisan
Entah memang penulis tidak menggunakan gaya bahasa yang nyaman untuk diikuti, atau terjadi ketidaktepatan dalam menyadur bahasa Malaysia menjadi Indonesia oleh penerjemah, namun gaya bahasa yang digunakan dalam buku ini sangatlah canggung untuk saya.
Dahlia memberanikan diri keluar perlahan dari tempat persembunyian. Bila suara itu dicermati, sepertinya dia kenal. Lalu dia pun menyalakan senter dan menyorot cahaya lampu ke arah pemilik suara.

2. Detail/Filler yang bahkan tidak berhubungan dengan plot utama
Sangat banyak detail dan filler yang tidak ada kepentingan dan hubungan dengan plot utama itu sendiri. Bahkan, beberapa detail hanyalah membuat saya bingung- sepertinya tujuan dari detail tersebut ingin membuat pembaca menganggukkan kepala, namun bagi saya malah seperti "Apa kaitannya? Mengapa bisa disimpulkan demikian?"
Misalnya terdapat sebuah scene di mana salah satu karakter membujuk rayu karakter lainnya untuk meminjamkan komik miliknya- di mana pada akhirnya komik tersebut berhasil dipinjamkan, dan kemudian... buku tersebut tidak sengaja terkena air liur dari teman yang meminjamnya. Tentunya si pemilik buku marah karena buku komiknya menjadi rusak, tapi- apakah ada hubungan dengan plot utama buku ini? Tidak. Apakah lucu? Tidak. Entah apa gunanya memasukkan adegan tersebut ke dalam buku ini.
Sarah tersenyum sinis melihat Dahlia mengirim baju yang telah selesai dicuci ke kamarnya. Dahlia memberi salam, tetapi tidak dijawab oleh Sarah. Mungkin Sarah murtad. Bukannya dia tidak terbiasa dengan hal semacam itu di Sabah. Ketika orang tua menganut agama berbeda, saat mereka bercerai, ujung-ujungnya si anaklah yang terimpit harus memilih agama siapa untuk dianut.

Itu adalah contoh detail yang justru sudah tidak berhubungan dengan plot, membuat saya bingung. Apakah orang yang murtad itu sombong? Atau tidak suka membalas salam? Atau apa? Mengapa dari kesan sombong Sarah yang tidak mau membalas salam seorang "Slave" Dahlia bisa menyimpulkan kalau Sarah murtad? Dan omong-omong, sepanjang cerita pun tidak diceritakan lebih lanjut apakah Sarah memang berasal dari keluarga broken home, apakah ia murtad, atau apakah sikapnya tersebut berhubungan dengan itu. Tidak ada, hanya secuil info yang tidak berhubungan saja.

3. Ketidakwajaran sikap dan perilaku dari karakter-karakternya.
Semua karakter, tanpa kecuali, memiliki pola pikir yang sulit saya terima sebagai... er, seorang manusia yang seharusnya normal. Kebanyakan dari mereka memiliki masalah dalam memutuskan apakah sesuatu itu hal yang sangat penting dan tepat untuk membuat mereka marah. Kurang lebih seperti itu.
Misalnya ketika Dahlia duduk berdua dengan love interest-nya, Adam, yang merupakan ketua kelas mereka. Adam melihat Dahlia menggunakan gelang, dan ia pun berbaik hati memberi tahu Dahlia kalau sebaiknya ia melepas gelang tersebut karena kalau ketahuan akan disita. Lalu apa balasan Dahlia? Tentu saja kesal. Dan men-cap Adam sebagai pria sombong, dingin, kejam, dan arogan.
Sementara poin saya, apa yang membuat Dahlia kesal, sih? Bukankah bagus ia diingatkan kalau gelangnya itu bisa disita? Kenapa harus sakit hati? Kenapa men-cap Adam sombong? Apa hubungannya mengingatkan aturan dengan sombong?
Atau ketika Dahlia dan teman-temannya tidak/lupa mematikan lampu kamar saat keluar, mereka dipanggil ke tengah lapangan, diteriaki, dikatakan keras kepala, dan dihukum untuk keliling lima putaran dua blok asrama mereka.
... apakah tidak mungkin, mereka lupa? (Walau dalam kasus ini mereka sebenarnya sedang dikerjai oleh orang lain- bukan ini bukan spoiler kok.) Apakah perlu mereka diteriaki? Dihukum sebegitunya? Oke, ada aturan untuk selalu mematikan lampu, tapi apakah hukuman seperti itu setimpal? Dan... apa hubungannya dengan keras kepala?

4. Plot-Hole
Plot-Hole ini, hmmm.... banyak dan ada di mana-mana. Entah harus dimulai dari mana saya membicarakan tentang plot-hole di buku ini. Poin inilah yang paling penting, dan membuat saya yakin kalau plot yang dimiliki penulis masih kurang kuat untuk mengeksekusi Asrama.
Mulai dari alasan kepindahan Dahlia ke sekolah tersebut (yang mana tidak dijelaskan detail- padahal menurut saya lebih penting dibandingkan kemurtadan Sarah) yang hanya karena ingin sekolah di sekolah biasa-biasa saja, hingga penjelasan mengenai twistnya, tidak ada yang masuk diakal- sekalipun ya, ini adalah cerita horor yang kadang tidak masuk akal; TAPI tetap harus ada substansinya, tentu.
Mulai dari sini adalah spoiler mengenai "twist" dan penyelesaian masalahnya.


In conclusion, everything is just too bizarre. I can't get my mind into it.
Rate: 1/5.
Profile Image for H..
28 reviews7 followers
December 24, 2023
Pernah duduk kat asrama dan mengalami benda benda aneh? Kalau pernah, aku cadangkan kau baca buku ni. Kalau tak pernah pun, aku cadangkan benda yang sama juga. Kau tak perlu rasa hidup di asrama untuk baca buku ni sebenarnya tapi kalau ada tu, satu kelebihan la sebab kau akan rasa dekat dengan kehidupan asrama yang dah lama kau tinggalkan.

Tipu la kalau aku kata aku tak seram sejuk waktu baca buku ni. Kuat semangat macam mana pun kau, kau tetap akan terbayang bayang apa yang Muhammad Fatrim tulis dalam buku ni. Scary. Terutamanya part dalam bilik air.

Muhammad Fatrim, tahniah la sebab berjaya buat saya curious tahap dewa angin waktu baca buku kau. Tangan ni rasa gaaaatal ja mau selak muka surat 288 setiap kali baca. Ya la mau tau ending kan, tapi nda selak pun. Mana surprise.

Memang saya nda expect la ending dia gitu. Waktu baca tu, saya macam boleh agak sudah ending dia macam mana. Sekali bila sampai muka surat akhir, nahhhh begitu pula ending dia. Memang nda sangka la.

Terubat rindu saya pada Sabah waktu baca buku ni. Perkataan Pengait dan roti Marie buat rasa dekat betul sama Sabah. Bah, tiga belas tahun saya hidup di sana, mana nda rindu.

Kesimpulannya kat sini, kalau kau pergi Pesta Buku KL kat PWTC, kau kena cepat cepat cari booth FIXI dan beli buku ni. Kalau tak pergi macam aku yang tengah kering ni, order online pun boleh, pinjam kat kawan pun boleh atau tunggu kat depan MPH atau kedai kedai buku yang jual buku-buku FIXI yang latest pun boleh. Eh.

Maaf kalau bahasa Sabah kita tunggang terbalik. Lidah dah berbelit, tak fasih macam dulu. Akhir kata, cemburulah anda kerana muka surat pertama buku ASRAMA aku ada tanda tangan Muhammad Fatrim dan handmade bookmark daripada dia. *kenyit mata*

P.S Tahu tak istilah roti pada roti Marie tu sebenarnya biskut? Orang sana panggil biskut tu roti. Roti keping keping macam Gardenia tu roti paun. Sekian. *senyum manis nampak lesung pipit*
Profile Image for Anis Azura.
58 reviews
February 12, 2015
Big clap untuk Muhammad Fatrim..penulis berjaya menerapkan elemen seram dalam diri aku sampai terpaksa tidur bukak lampu 2 malam.ceh!dahla aku mempunyai daya imaginasi tinggi,boleh dok terbayang-bayang makcik kuih tu tepi tingkap flat setiap kali nak tidur.

For those yang duduk asrama,mungkin lebih mendalami perasaan kena buli dan cerita2 hantu yang ada dalam ASRAMA nih..so feel die akan jadi lebih sikit compare dengan yang xduk asrama..tapi betullah macam other reviewer cakap maybe penulis boleh masukkan banyak lagi info pasal Pengait dan budaya di Sabah.Should make it more interesting in my opinion.

Truly, one of my fav! :) :)
Profile Image for rara.
84 reviews7 followers
February 6, 2015
watak utama - dahlia. daripada sekolah asrama cemerlang, dia minta nak bertukar ke sekolah asrama kampung yang biasa. mula-mula sampai asrama, buka je loker, dah ada bangkai kucing mati. situ pun dah scary. kalau kita yg kena,misti dah tanya kat pejabat, betul ke ni asrama sy.

lepas dahlia mandi, baru la ada kawan sebilik dia yg lain (lena, farah & may). kawan sebilik dahlia ada bagitahu pasal geng queen, princess & slave. dahlia berdendam dengan geng queen sbb dia ni macam diacah2 nk kena rogol. so start dari tu dia berdendam. lepas tu mula la dahlia & geng bilik dia main spirit of the coin utk balas dendam dekat geng queen yg suka buli junior.

maria (kawan sebelah meja dahlia) selalu ingatkan dahlia supaya berhati-hati. ira pun selalu muncul mengejut. tp watak ira ni macam taktau ending dia. termiss kot pasal dia. yg pasti maria, dahlia, adam, ustaz firdaus, pak darus, mmg manusia. lena, may & farah tu maybe la mangsa pengait tu. tu yg kadang dahlia nampak badak takde kepala.

ending dia, dahlia & maria tu pun meninggal jugak dalam kebakaran sekolah dia. roh mereka tak tenang tambah2 dahlia. sebab esoknya tu dia nak sambut harijadi dia.
Profile Image for Lanzz.
816 reviews25 followers
January 17, 2020
Sebuah novel bergenre seram tahyul. Merupakan salah satu novel terlaris keluaran Fixi sehingga diulang cetak berbelas kali. Plotnya penuh dengan misteri dan plot twist, endingnya juga tak terjangka. Penceritaannya juga santai, membuatkan pembacaan menjadi lancar.

Mengisahkan tentang seorang gadis remaja dari Sabah bernama Dahlia yg mengambil keputusan untuk berpindah dari sekolah menengah sains ke sekolah berasrama biasa. Di sekolah itu, dia tinggal sebilik bersama Lena, May, dan Farah. Melalui rakan2 barunya itu, dia mendapat maklumat tentang cara hidup serta kisah2 seram di asrama itu. Kejadian2 seram bermula selepas Dahlia dan roommates barunya itu bermain permainan Spirit of the coin. Sejak itu, misteri urban legend tentang pengait di asrama itu mula terbongkar. Kehadiran Ira dan  Maria yg cuba memberitahu sesuatu kepada Dahlia juga menambah lagi misteri.
Profile Image for Eerashera.
41 reviews20 followers
May 18, 2013
Berjaya habiskan buku ni setengah hari. Aku tak dapat lepaskan buku ni langsung. Nasiblah aku baca masa hari cuti. Jalan cerita yg misteri dan saspen buat aku tak sabar nak tau jawapan pada setiap persoalan.

Bagi aku yg penakut buku ni memang seram. Memang aku terbayang setiap kejadian yg berlaku di sekitar asrama tu.

Tapi ada sesetengah persoalan yg aku rasa macam tak berjawab. Ke aku yg tak perasan ni? Maklumlah puas jugak aku melawan rasa mengantuk sebab nak habiskan jugak buku ni.

Awal2 cerita aku ada teka tentang Dahlia dah....tapi bila sampai ending tak sangka pulak betul apa aku teka cuma caranya lain la. Memang tak sangka. Geram jugak aku bila sampai bab terakhir tu tapi aku agak keliru jugak la.

Sebenarnya pada awal cerita dah boleh tahu tentang budak sebilik Dahlia tu. Masa dia mula2 masuk bilik dia dan selepas berjumpa teman sebilik dia tu dah boleh tahu. Penulis ada bagi hint. Dahlia pulak macam dah ditakdirkan akan jadi penghuni bilik 206 tu.

Seriously aku tak tau kisah Pengait tu popular di Sabah. Masa sekolah rendah dulu ada kawan pernah cerita tentang kepala yg ditanam dalam bangunan dan jambatan utk pengukuhan. Aku ingat kawan aku mengarut! Kalau diceritakan lebih detail lagi tentang Pengait lebih bagus rasanya.

Sedih sebenarnya kisah Angel dan kawan2 Dahlia tu. Cumanya aku keliru dengan watak Ira tu. Dia nak mintak tolong apa sebenarnya? Kejadian terbakar tu selepas kes pokok tu dah berakhir kan? May, Lena dan Farah mangsa pokok ara ke atau mangsa kebakaran? Aku rasa yg pertama tu.

Kisah Makcik Ani orang gaji Dahlia tu pun macam tak berjawab. Kenapa Dahlia ada dengar suara dia sedangkan dia tak ada?

Aku harap ada yg nak jawab persoalan aku ni. Mungkin aku ada terlepas pandang. Tapi mungkin jugak persoalan tu sengaja dibiarkan pembaca menjawabnya sendiri. Kata cerita misterikan. Kalau semua nak diberitahu tak misterilahkan.

Overall aku suka cerita ni. Aku suka misterinya. Aku harap Fatrim buat yg lebih baik lagi lepas ni. Tahniah ;)
Profile Image for Regina Ibrahim.
Author 22 books112 followers
August 12, 2017
2.5 Bintang besar dihulurkan untuk Asrama 1.

Memasuki cetakan yang ke sembilan. Menekan PUNAT TEPAT penerbitan dan tajuk. Asrama membenarkan penulis berbakat ini mengeksplorasi keunikan lokasi dan budaya hidup di Sabah untuk dibaca oleh anak anak asrama di Semenanjung. Bercerita serba sedikit tentang muhibah kaum di sana. Setiap anak asrama pasti mahu memiliki satu bukan? atau dikongsi sesama mereka.

Asrama dimulakan dengan agak perlahan untuk memperkenalkan watak watak yang agak ramai, baca perlahan lahan kerana ia boleh menggelirukan. Pembaca remaja harus menghafal siapa Queen. Princess dan Slave. Penulis meranangkan momen momen ragu/keliru/persoalan yang baik sepanjang penceritaan. Ada bahagian bahagian yang agak longgar di dalam plot, sebaiknya teman teman sebilik Dahlia sewaktu siang dimasukan ke kelas yang lain, begitu juga dengan kisah remaja lelaki di asrama putra (cukup hanya diperkenalkan watak mereka), golongan Queen dan Princess boleh diekstravaganzakan lagi, begitu juga perhimpuan untuk bacaan surah Yassin (bagaimana dengan pelajar non muslim lain?. Namun ianya tidaklah mencacatkan naskah. Asrama semakin menarik apabila Dahlia pulang setelah bercuti seminggu, diputarkan pula setelah rahsia Angelica dipaparkan, penamat di perpustakaan yang bagi saya sangat bijak. Cara penulis menamatkan naskah seram pilu ini saya PUJI. Menarik.
Harus dibaca, sekiranya kamu seperti saya yang sudah tidak sabar untuk ASRAMA 2.
Profile Image for Eary Hakim Wizard.
6 reviews
June 16, 2013
Okay....ni first time aq nak wat reveiew sal buku aq baru bace ni.even baru ajekk abis doenst mean kte x catchup ap yg kte bce rite?boleh dikatekan..cover or tajuknye saje..boleh diagak yang novel ni juz novel seram yg tipikal aq selalu baca..dan boleh predict endingnya mcm mane.sedih?happy or unhappy ending?tapi sangkaan aq salah coz story dia begitu twist line and unpredict...even x seseram novel terkenql thriller or seram Rosharissa.but.jalan penceritaannya begitu menarik minat aq utk terus baca dan baca.even aq sendiri x pernah pergi sabah.sampai aq sanggup google tempat.dan nama pakaian traditional yg dimention sang penulis.yg begitu menarik minat sekali ialah pengait..hehe n itu memang agak creepy bg aq..orite.klise,jalan ceritanya agak samar juga dgn elemen yg penah aq tonton spt di anime or movie.agak mcm JIGOKU SHOUJO FUTAKOMORI(MIRROR) kalau korunk penah tgk lah..pendek kata,x rugi aq order awl ngan fixi even citer ni x msk market time tu...utk MUHAMMAD FATRIM 5 bintang utk anda n.n
Profile Image for Najihahrosdi.
31 reviews4 followers
February 8, 2015
Buku terbitan Fixi yang pertama aku beli dan baca. Dan aku rasa aku buat pilihan yang salah.

Aku suka buku tema seram ni. Cover dia dah seram. Tajuk dia pun dah seram. Tapi bila aku baca dan baca dan baca aku tercari cari - mana bahagian seramnya!?

Aku puji penceritaan dia sebab dia berjaya tackle suasana kehidupan di asrama sampaikan bila aku baca buku ni aku bayangkan watak dia tengah tidur kat katil lama aku kat asrama dulu. Senang kata aku jadikan sekolah lama aku sebagai background imaginasi aku untuk buku ni.

Plot twist dia berjaya buat mulut aku ternganga tapi dalam masa yang sama berjaya buat aku baling buku ni sebab banyak sngt soalan yang tak terjawab dan aku penat mencari mana bahagian dia yang seram *menangis*
Profile Image for farahxreads.
715 reviews263 followers
March 21, 2022
WHY THE HECK THAT DAHLIA KID INSISTED TO MOVE TO ANOTHER SCHOOL!?!

The storyline is quite cliche as in typical and there were some parts that I've frequently heard about it during my 'asrama' time.

But, I still like the plot twist.
Profile Image for Ayayi Asaki.
11 reviews
December 26, 2016
Watak dalam buku ni banyak sgt bg aku, keliru la juga baca. Agak disappointed sikit, sbb tercari2 juga part2 seram dalam buku ni, hampeh xda part seram. But overall, buku ni bagus. Yang penting enjoy juga baca buku ni
3 out of 5 star.
Profile Image for Inn Auni.
1,090 reviews24 followers
July 12, 2017
1. Watak utama, Dahlia. Ya ampun saya tak ada sekelumit connection pun dengan Dahlia. Watak perasan bagus. Okay la, ada kot redeem herself a bit tapi dah terlambat untuk saya. Kiranya tiada simpati buatmu.

2. Plot. Ada part yang cliche. Sedikit terpalit unsur Hollywood. Tapi boleh diterima. Cliche tu bagus sebenarnya sebab certain reader akan cari buku berdasarkan sesuatu tema. Contoh cerita seram asrama.

3. Lenggok bahasa. Sedikit bosan. Banyak jugalah skip. Too juvenile.

4. Elemen of surprise. Bagi saya, takde pun. Even plot twist tu pun saya dah boleh agak.

5. Down memory lane. Jumpa je perkataan asrama ni, teringat pengalaman di asrama. Masak megi dalam baldi, tidur ramai-ramai atas lantai simen, pergi toilet waktu malam mesti rombongan Cik Kiah, tonton tv mesti kerusi belakang sebab senior selalu dapat kerusi depan, anak teruna Warden Asrama yang handsome. Heh.

6. Logik?
- Ada someone mentioned umur Dahlia tak kena dengan timeline. Saya boleh accept, maybe dia skip grade.
- Asrama lelaki dan perempuan dekat sangat. Pun saya boleh accept sebab asrama saya L shape dan kedua-dua L tu dipisahkan dengan padang bersaiz court badminton saja. So kalau tengok dari atas L[]7. Haa ada kot camtu.

7. Pengait. Rasanya urban legend ni sekarang pun popular lagi. Kononnya kalau nak bina sesuatu bangunan kena ada korban. Korban tu pula kena tanam dalam binaan bangunan tu.

8. Lack of dialect. Selamba je penulis lain tulis novel loghat utara. Jarang jumpa loghat lain selain utara. Nape ya?

Rata-rata pembaca kata siapa yang pernah tinggal di asrama boleh relate dengan cerita ni. Tak juga sebab masa saya di asrama, semuanya bosan kecuali anak teruna Warden Asrama yang handsome. Hehe.
Profile Image for Natha.
780 reviews74 followers
September 11, 2017
Apakah aku suka?

Kurasa tidak.

Tapi apakah benar yang didengungkan dan dijual di dalam novel ini (horor dan misteri)?

Ya, keduanya dapat sekali!

Namun pertanyaan utama yang berputar di dalam kepalaku sepanjang aku membaca, dan sekaligus menjadi motivasi (untuk membaca sampai selesai), apakah sang penulis akan membahasnya hingga akhir buku, rupanya tidak akan pernah dijawab. Karena sampai akhir buku, pertanyaan itu tidak pernah dijawab.

PoV yang digunakan, di mana kita sebagai orang ketiga yang tahu segalanya, bukan menjadi hambatan untuk merasakan horor dari buku ini. Karena 'tumbal manusia' juga ada di sini (Indonesia). :)) Walau minus adegan penggal kepala segala (atau aku yang tidak tahu?). Yup, mengenai tumbal manusia itu seram, sempat membuatku berhenti membaca dan meresapinya dulu.

Misteri yang berlapis-lapisnya sempat kutebak selama membaca, tapi aku mengapresiasi usaha penulis untuk membuat semua misteri itu, walau sempat banyak bolong-bolong (black hole) dalam kisahnya. Kuabaikan semuanya.

Typo tidak banyak, salut untuk usaha editing, penerjemah (aku bisa kicer baca dengan bahasa aslinya), layout dan (mungkin) proofreader. Namun ada beberapa yang kecolongan dan terlihat.

Endingnya butuh dipikirkan, karena kisahnya tidak sekedar menakut-nakuti saja, tapi juga mengangkat tema kalau 'karma itu eksis'. :3
Profile Image for Mali.
210 reviews
July 18, 2016
It's one of those books that leaves you frustrated because of the ending, yet you can't deny that it's a work of art. Tells the story of a girl named Dahlia and her adventures at her new boarding school.

Also one of those stories that has a happy start before it slowly goes to the creepy stuff.

Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
November 10, 2014
(2.8 bintang)
Mungkin kerana tidur terlalu lama di hari Ahad (haha) atau Asrama sememangnya bergerak terlalu perlahan sehingga hamba merasa sakit kepala. Atau mungkin juga hamba yang terlanjur kurang menikmati cerita seputar pelajar sekolah. Dan, ini sebuah buku lagi dari Fixi yang hamba fikir agak kekurangan faktor ‘OMG’ selain KOYAK.

Asrama mengisahkan seputar kejadian mistik yang berlaku di sebuah sekolah berasrama di Sabah. Kisah mistik yang sederhana. Tidaklah terlalu menyeramkan sampai membuat hamba termimpi-mimpi tetapi sukar tidur itu iya kerana dos tidur siang hamba agak berlebihan semalam (hehe). Walaubagaimanapun, hamba suka pengakhiran Asrama. Kejutan selepas kejutan, menarik sekali. :)

Dan, dalam pada ceritanya yang bergerak lambat, satu faktor yang menjadikan Asrama paling menarik tentulah kerana kisah urban legend tentang pengait yang dibawanya. Hamba rasa hampir kebanyakan anak-anak Borneo membesar dengan lagenda ini. Kerana itu agaknya buku ini dicetak berkali-kali.



p.s Pengait mungkin adalah antara lagenda paling lama di negeri-negeri Malaysia Borneo termasuk Labuan. Sejak kecil kanak-kanak dimomokkan dengan kewujudan pengait kepala ini. Mungkin hamba tidaklah terlalu mempercayainya lagi tetapi sekali-sekala khabar angin pengait sedang mencari mangsa pasti akan kedengaran. Benar atau tidak, itu hamba tidak tahu tetapi yang pasti kanak-kanak akan menjadi sangat behave bila masa khabar itu bertebaran. Remaja pun tidak akan melepak sampai larut malam malah ada juga orang dewasa yang akan mengelak pulang kerja selepas maghrib. Hehe.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
October 9, 2018
~sesi bacaan semula sebelum membaca Asrama 2~

Aku sendiri lupa jalan cerita buku ini, sebab dulu jenis malas nak up review, cuma ingat buku ni macam The Others, lebih kurang. Dan, betul lah ingatan aku, walupun macam dah rasa eh salah kot part pokok ara tu.

Sebuah kisah sekolah asrama, banyak menyelitkan kisah-kisah seram di asrama, urban legend yang biasa kita dengar. Cumanya, penulis bijak mengadun cerita dalam naskhah ini menjadikan ia cerita dalam cerita.

Diakui, permulaan cerita agak meleret, dan sebagai pembaca, akan lost dengan arah tuju buku ini sebenarnya. Banyak perkara yang boleh dipertikaikan, watak-watak yang tidak dinyatkan fungsi dan sebab kewujudannya, segalanya seolah-olah hanya dalam imaginasi saja.

Namun, kekuatan buku ini adalah endingnya yang memang tidak dijangka. Penulis bijak mengakhiri segalanya dengan kejutan demi kejutan, walau pun sedikit sebanyak aku rasa banyak perkara yang tidak logik dan tidak dijelaskan sepenuhnya.

Apa pun, tahniah untuk penulis, sebuah cerita yang segar dan lari dari kebiasaan seram tempatan!
Patutlah buku ni bestseller.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,546 reviews41 followers
December 11, 2019
Menarik cover illustration buku ni. Memang menyerlahkan keseraman. Watak-watak utama nya walaupun budak sekolah, berjaya bawa cerita ke tahap yang meremangkan bulu tengkuk. Kita dah agak la, ada di kalangan ke Alan Dahlia tu Bukan Manusia, cuma tak tahu yang mana hingga akhir buku. Mangsa pengait, kepala tanpa badan berterbangan di pokok Ara, huhhh memang sesuai baca buku ni time tengah stress.
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
December 26, 2018
Seronok baca buku ni, misterinya boleh tahan, buat kita nak tau apa? kenapa? bagaimana? dan sebagainya. Sangat kasihan dengan Dahlia, alhamdulillah ada sequel.

p/s: aku pilih buku fixi mengikut populariti untuk dibaca tapi asyik terkena dengan "horror" je, penat aku baca cerita2 hantu ni huhu
Profile Image for Khairul Hezry.
747 reviews141 followers
February 10, 2014
Boleh la. Untuk anak-anak yang baru mahu menjinakkan diri dengan novel suspen dan seram, ini mungkin akan meremangkan bulu roma mereka. Bagi kami kaum veteran ni, "been there, read that".
Profile Image for Nadiah Razali.
133 reviews57 followers
June 13, 2020
Cerita seram dan misteri tu, memang sampai. Cuma keliru , tang awal cerita. Kenapa Dahlia nak pindah sekolah. Tak faham kat situ. Pastu, boleh pula dia duk dalam bilik tu dengan bangkai kucing 😅
Profile Image for Dibah✨.
13 reviews1 follower
March 4, 2023
‘Asrama’. Dengar ja perkataan ni kita dh boleh agak cerita tentang apa. Asrama menceritakan tentang kejadian aneh yang sering pelajar asrama dengar malah rasai. Aku tak pernah dduk asrama tpi still tahu tentang cerita-cerita tersebut.
.
Agak tragis bila dapat tahu tentang plot cerita ni🥲 teringat kes tahfiz yang terbakar tu. Perasaan ngeri dan sedih menyelubungi diri.
.
Aku tak pandai sangat nk bagi comment tentang buku🤣 Ni pendapat aku , Aku bagi 3 ⭐️ sebab penulisan dia (kot?? Heh) membuatkan aku kena repeat ayat yang sama hampir 3 kali atas asbab kurang faham. Hmm aku cuba positive, maybe sebab cerita ni di Sabah, so penulisan dan lenggok dia pon cara sabah. Maybe? Idk😭. Dan aku perasan banyak menggunakan ayat pasif berbanding aktif (sebab tu kot aku kena repeat ayat yg sama byk kali)
.
Untuk ending, dah boleh expect sapa Dahlia dan kawan-kawannya dan apa kesudahan cerita.
Profile Image for fatin.
196 reviews3 followers
December 30, 2023
i have to say this book is overrated. the storyline is quite basic. Quite boring for horror book. I mean the plot twist is meh but okay for beginner who wanna read book or introduce themselves with horror book ☺️
Displaying 1 - 30 of 286 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.