Jump to ratings and reviews
Rate this book

L.U.V.E

Rate this book
Siapa yang harus dipilih? Untuk sekian waktu, Uthman Huzir, si pekerja di kedai buku sukar menentukan pilihannya! sama ada untuk memilih The Love atau The Other Gurl ataupun The Old Flame. Semuanya membelit Uthman Huzir, dan memutarkan hidupnya 360' secara total. Apa yang berlaku, bukan pintanya!

Dia hanya mendambakan The Love, sepenuh cinta. Namun keadaan semakin sulit, masih ada The Othewr Girl dan The Old Flame...dan dirinya sendiri. Dilemanya berterusan, The Other Girl mengejar dia, The Old Flame inginkkan dia kembali, The Other Guy mahukan The Love. Lalu bagaimana?

Namun untuk "I Love You" ? Jawapan yang pasti untuk The Love, Tapi......

325 pages, Paperback

First published September 1, 2008

2 people are currently reading
52 people want to read

About the author

Pingu Toha

16 books25 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
15 (17%)
4 stars
30 (34%)
3 stars
26 (30%)
2 stars
13 (15%)
1 star
2 (2%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
March 7, 2016
3.75*

pelbagai rasa ketika membaca naskhah ini.

pada permulaan, saya agak suka dengan novel ini. memang excited membaca bab2 awal. Tambahan pula penulis memberikan tajuk di setiap bab membuatkan saya terasa pembaca senang untuk menghadam naskhah ini.

namun, keghairahan itu seakan2 merudum dek keserabutan uth. wataknya memang terasa agak berserabut & keliru, dengan jalan hidup sendiri. ditambah dengan watak2 vee, keri & edlina yang menyerabutkan lagi keadaan & pemikiran uth.

walau bagaimana pun, di akhir2 bab terasa semua keserabutan itu memang perwatakkan uth itu snediri, yang masih tercari2 erti sebuah cinta. kematangan penulis mengakhiri konflik antara uth-edlina-vee-keri-lana menjadikan naskhah ini kembali menyeronokkan. kematangan watak2 menerima kenyataan yang cinta tidak boleh dipaksa menjadi penyelamat kepada naskhah ini, saya kira. yelah, lelah jugak baca kalau watak antagonisnye memang tak reti bahasa -sanggup buat apa saja demi mendapatkan uth/lana.

satu yang saya suka mengenai buku2 terbutan JS, 'keaslian' & kematangan watak2 dalam karya2 penulis2nya, disamping olahan yang memang bersahaja tetapi memikat.

ps- next, 143!
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
February 8, 2012
~
L.U.V.E. mengisahkan tentang Uthman Huzir yang cuba mengertikan cinta kerana dia merasakan dia tidak pernah merasakannya atau mengenali cinta itu. Dia tahu tapi keliru. Dia rasa tapi menolaknya. Dia berkata tapi bukan yang diingininya. Dia selamba tapi penakut juga. Begitulah Uth dalam kisahnya mencari erti cinta dengan caranya tersendiri. Dan, akhirnya dia perlu berani mengakui bahawa dia sudah merasakan cinta itu. Cinta yang berwarna-warni dengan emosi dan perasaan.

Kehadiran Lana, Vee dan Elina memutar hidup Uth 360 darjah. Dia suka (mungkin cinta) pada Lana tetapi ada pula Keri. Vee (Violet) pula mengejarnya sedangkan dia tidak merasa apa-apa. Dan, Elina, si cinta lama muncul kembali dalam muka surat hidupnya membuat dia berfikir lebih jauh soal cinta.
~

Dreamy. Itulah perkataan pertama yang terbit dalam fikiran hamba sebaik sahaja selesai membaca L.U.V.E.. Dreamy dalam maksud hamba ialah cara penulis (Pingu Toha) menceritakan kisah Uthman Huzir, tetapi bukan semata-mata kerana babak mimpi dalam novel ini. Dan, dreamy sebegini sejujurnya jatuh pada sudut yang kurang hamba gemari. Mungkin juga kerana hamba dalam mood realistik (kononnya) untuk tidak merasa terbuai dalam 'mimpi' kisah L.U.V.E.

Namun, hamba tetap menyukai lenggok bahasa dalam L.U.V.E. sama seperti hamba menyukai Ada & Evan (dalam ceritera Tinta). Dan, sekali lagi hamba merasa satu pengalaman berbeza ketika membaca novel Pingu Toha ini. Mungkin kerana inilah julung-julung kalinya sebuah kisah cinta itu diceritakan dari sudut hati seorang lelaki.

Dan yang paling utama, dengan meletakkan Uth, seorang lelaki sebagai watak 'hadapan', Pingu Toha berjaya menyedarkan hamba bahawa orang lelaki juga sebenarnya punya perasaan. Tunggu! Jangan salah faham, bukannya hamba nak mengatakan orang lelaki itu tidak berperasaan (huhuhu) tetapi jarang sekali perasaan seorang lelaki (tentang cinta khususnya) diceritakan secara begini... dreamy? (*_^)
Profile Image for MamaErra.
387 reviews1 follower
May 21, 2009
An abstract from the novel which can explain about love...

'Does anyone know what love really is?'

Cinta itu emosi. Ikut kata Yvonne, emosi tidak boleh dirasionalkan. Emosi hanya dapat dirasakan. Sebab itu ia dibahasakan sebagai 'perasaan'.

Cinta itu hanya boleh dirasakan.

Aku tak dapat jawab 'what is love? untuk orang lain. Aku yang rasa, aku saya yang tahu. Pengertiannya berubah sejak azali, terpulang pada kita untuk menilainya - sama ada kita dapat merasakannya atau tidak. Itu timbangannya.

Cinta punya segala emosi. Aku sudah rasa segala emosi itu. Aku rindu. Aku sangsi. Aku cemburu. Aku marah. Aku menangis. Aku sengsara. Aku bahagia.

Aku sudah mencintai dan dicintai. 'The greatest thing you'll ever learn is just to love and to be loved in return.' Aku cintakan Lana, dengan yang sebenar 'love'.

p/s What I can say, nice novel and something different to read if you want to what love is?
Profile Image for Ain.
138 reviews14 followers
May 28, 2013

Macam yang saya cakap sebelum ini - bila watak utamanya lelaki , umphh membaca tak berapa kuat ;)

Lebih2 lagi watak lelakinya complicated yang amat - Uthman Huzair. Kalau suka katakan saja suka , kalau tak suka jangan beri harapan. Tapi bukan itu gaya Uth. Dia sibuk ber'falsampah' tentang cinta , masih dalam sisi 'confused' tak pasti yang mana dia cinta. Juga sibuk memikirkan perasaan orang lain daripada memikirkan perasaan diri sendiri. Rupanya lelaki ini lagi complicated dari kebanyakkan perempuan. Ini buktinya lelaki lagi complicated dari perempuan kan? *sengih*

Overall ceritanya Ok , Simple except watak utamanya yang complicated laaaa
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
October 15, 2021
Mamat ni, Uth namanya. Sweet kerek, gentlemanly adalah sikit, tapi tak macho. Heartbreaker buat kata Vee. Cuma part masa dia sambut penumbuk Keri yang last tu, dapat lah ku bayangkan Uth yang macho. Memang sesuai sangat la Uth dan Lana, kedua-duanya suka tapi tak mau bagitau. Tapi cerita Lana tentang first time dia jumpa Uth kat Kota A Famosa, masa mamat tu umur dalam 8 tahun gitu, love at first sight,.... bebudak umur less than 10 reti rasa cinta ka? Anyway comel part tu, especially masa dia kena gelak dengan Abang Fikret Rahman.
Profile Image for Nurnuha Zulfakar.
3 reviews2 followers
March 15, 2013
Very simple story with a complicated hero. Sweet and nice. Cara penceritaan sgt berbeza dan santai tp ada maksud yg mendalam. I LUVE it!
Profile Image for Qayiem Razali.
892 reviews85 followers
December 26, 2016
78
Ringkas. Itu yang menjadikan cerita cinta ini menarik. Kisah antara Uth-Lana-Keri-Vee-Elina. Cinta itu rasa...
60 reviews
June 11, 2018
'Does anyone know what love really is?'

Cinta itu emosi. Ikut kata Yvonne, emosi tidak boleh dirasionalkan. Emosi hanya dapat dirasakan. Sebab itu ia dibahasakan sebagai 'perasaan'.

Cinta itu hanya boleh dirasakan.

Aku tak dapat jawab 'what is love? untuk orang lain. Aku yang rasa, aku saya yang tahu. Pengertiannya berubah sejak azali, terpulang pada kita untuk menilainya - sama ada kita dapat merasakannya atau tidak. Itu timbangannya.

Cinta punya segala emosi. Aku sudah rasa segala emosi itu. Aku rindu. Aku sangsi. Aku cemburu. Aku marah. Aku menangis. Aku sengsara. Aku bahagia.

Aku sudah mencintai dan dicintai. 'The greatest thing you'll ever learn is just to love and to be loved in return.' Aku cintakan Lana, dengan yang sebenar 'love'.


What I can say, this book is something different to read if you want to what love is? And since I'm the type of person who doesn't quite enjoy this kind of book... so yeah.

3.5 stars
Profile Image for Kamalia Kamalia.
Author 17 books77 followers
September 3, 2015
3.5 bintang.

Uth ni wataknya kompleks yang amat, atau sebenarnya dia pun tak tahu dia nak apa dalam hidup dia. Makna cinta bagi dia susah betul nak difahami. Mungkin sebab aku yang tak faham Uth kut. Sebenarnya aku lebih suka watak Vee daripada Lana. Vee berterus-terang, tak complicated, dia tahu dia nak apa, dia boleh teruskan hidup walau kena reject dengan Uth. Dia positif. Vee boleh berjaya dan pergi jauh dalam hidup dan aku rasa dia boleh dapat lelaki lebih baik. Hidup Vee! Aku suka juga surat-surat Elina. Lana... ermm, aku rasa memang sesuai dengan Uth. Dua-dua kompleks hehe...
Profile Image for Khairi.
Author 4 books56 followers
March 21, 2012
Simple. Semua tentang buku ini simple, it is simply great. Nice one.
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.