Allah menciptakan hati dengan sifatnya yang paling ‘alami, iaitu mencari ketenangan.
Tanpa melakukan apa-apa, tentu sahaja hati itu akan berusaha; merangkak mencari cahaya ketika ia sedang kegelapan, meraba-raba mencari jalan keluar ketika ia sedang kesesatan.
Tidak hari ini, esok. Tidak esok, lusa. Tapi yang pasti, hati yang sedang sakit akan tetap sembuh. Seberapa lamapun tempohnya.
Tentu sahaja al-Quran itu sendiri ialah wahyu yang penuh as-syifa’ (kesembuhan), dan di dalam setiap huruf, kata, dan ayat, terselit seribu satu ubat untuk seketul hati yang sedang melarat.
Dan ketika kita semua masih belum berhasil memahaminya, terhalang dengan banyak hal, pesan-pesan sembuh dari Ayat Kursi yang dicerakin dengan amat teliti oleh Fakhri Fadzli ini hadir menjadi rentasan buat kita yang sedang meronta-ronta mencari Tuhan.
Rupa-rupanya dari ayat yang sering kita baca, ada ubat yang tidak terkata mujarabnya.
Sejujurnya banyak juga yang saya dapat dari buku ini, dan saya lebih faham konteks ayat kursi dan mengapa ayat kursi ini sangat powerful. Penulis berjaya menjelaskan ayat demi ayat dengan gaya yang mudah difahami. Cuma saya tidak memberikan 5 bintang kerana, tulisan yang agak kecil (membuatkan ia agak sukar untuk dibaca golongan yang sedikit berusia) dan consistency tentang baris pada ayat. Sesetengah ayat tidak ditanda baris dan sesetengah mempunyai baris. Overall, buku ini menarik untuk dibaca.
Tidak pasti mengapa saya mengambil masa yang sangat lama menghabiskan buku ini padahal buku ini bukanlah kategori yang sangat tebal, malah jumlah perenggan di dalam setiap muka surat juga tidaklah penuh. Mungkin kerana saya selalu memilih masa yang tepat untuk membacanya untuk menghayati.
Buku ini adalah ulasan tentang Ayatul Kursi yang selalu kita baca dan hafal sejak kecil. Buku ini adalah buku kategori 'healing' (jika nak menggunakan terma masa sekarang), tetapi dalam genre yang sedikit lain kerana asas rujukan dan kupasannya kuat.
Ini bukan buku 'healing' kategori penuh dengan kata-kata motivasi memujuk memberi kata-kata acah 'deep' dan bersulam ayat-ayat sedap tetapi sebenarnya kita tidak pasti adakah rasa 'feel good' dengan kata-kata 'soothing' seperti itu benar-benar membantu kita untuk sembuh.
Tetapi buku ini menawarkan kelainan kerana bahan utamanya ialah ayat Quran dan kupasan rujukannya ialah tafsir-tafsir dan kitab bahasa. Kita bersandar kepada perkara yang sangat kuat. Tetapi kupasan dan huraiannya menenangkan dan santai.
Ini adalah antara cara terbaik mengenalkan kepada masyarakat awam tentang tafsir dan tadabbur, kaedah secara tidak langsung mengajak kembali berpaut kepada Al-Quran.
Seperti nukilan penulis di awal buku ini, 'kesembuhan bukan tujuan utama. Ia adalah proses untuk mencapi tujuan yang lebih besar. Al-Quran menjadi penyembuh jiwa untuk kita mencapai petunjuk dan rahmat Allah SWT'.
Latar belakang pengajian dan keilmuan penulis memainakan peranan sekiranya mahu menulis buku begini. Penulis ini ada 'pakej'.
Saya suka penulis mengupas aspek bahasa Arab dalam setiap ayat ini. Saya suka penulis menguatkan dengan hadith dan sekali sekala syair Arab yang berkaitan. Dan tidak dinafi, kupasan dan huraian tentang ayat-ayat ini juga sangat baik menyentuh aspek semasa, apa masalah yang selalu dihadapi para pembaca.
Buku ini adalah Tadabbur mengenai ayatul Kursi. Selepas membaca buku ini, amat membantu memberi kefahaman buat diri saya sendiri mengenai kepentingan ayatul kursi. Pastinya apabila mempelajari Tadabbur ayatul kursi ini, barulah kita faham sebab kita disuruh untuk mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Ayatul kursi ini adalah pengukuhan Tauhid kita sebagai seorang yang beragama Islam.
Ayatul Kursi mengajar dan reminds aku. Kenapa takut doa tak makbul? Kenapa takut rezeki tak ada? Rezeki bukan kat tangan manusia. Sebab kau meminta pada Tuhan yang Maha Hidup dan Maha Menguruskan segalanya, Dia tidak mengantuk dan tidak tidur. Milik Allah segala yang ada di langit dan di bumi, bahkan Allah Maha Mengetahui apa yang ada dibelakang mahupun di hadapan kita. Allah Maha Tinggi dan Maha Agung, ilmu Allah, kursi Allah, dan tidak berat penjagaan kedua-duanya bagi Allah.
Kalau faham betul² makna ayat Kursi, Wallah, kita akan datang sebagai manusia yang berserah diri pada Allah Taala. Sepertimana kisah burung terbang pagi tanpa membawa apa-apa, dan pulang petang dengan rezeki di paruhnya. Begitulah penjagaan Allah. Tak terlepas walau sesaat pun atau lebih pendek dari masa itu. Semoga kita termasuk orang-orang yang percaya pada janji Allah. Dan moga kita dikurniakan hati yang tenang dan yakin dengan janji Allah
Kemudian berdoalah, Doa ringkas:
اللهم خر لي واختر لي Allahumma khirli wakhtar li Maksudnya: "Ya Allah! Berikanlah pilihan buatku dan pilihlah buatku yang terbaik." (Hadis riwayat al-Tirmizi bernombor 3516.)
Doa Panjang - Merupakan Doa Istikharah Ya Allah, aku memohon pilihan dengan ilmu-Mu, aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Aku juga memohon daripada limpahan-Mu yang Agung. Engkau mampu sedangkan aku tidak. Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak tahu. Engkau Maha Tahu tentang perkara yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untuk agamaku, kehidupanku dan penghujungku. (Ataupun Nabi bersabda: sama ada perkara yang segera atau yang lambat) Maka permudahkanlah urusanku dan berkatilah aku dalam urusan tersebut. Jika Engkau tahu bahawa perkara ini buruk bagiku pada agamaku, kehidupanku dan penghujung hidupku (Ataupun Baginda bersabda: sama ada yang segera atau yang lambat). Maka, jauhkanlah ia dariku dan jauhkan aku darinya. Dan tentukan bagiku yang terbaik kemudian redhailah aku dengannnya.
A Lesson from Ayatul Kursi.
اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ Allah tiada Tuhan selain-Nya
الْحَيُّ الْقَيُّومُ Yang Maha Hidup dan Yang Mentadbir dan Mengurus
لَّهُ مَا فِي السَّمَوتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ Milik-Nya segala apa yang ada di langit dan di bumi
مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِندَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ Siapakah yang dapat memberikan syafaat melainkan dengan izin-Nya
يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ Dia mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka
وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ Dan mereka tidak mengetahui sesuatu daripada ilmu-Nya melainkan dengan apa yang Dia Kehendaki.
وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَوتِ وَالْأَرْضَ Dan Kursi-Nya telah meliputi langit-langit dan bumi. (Allah Penguasa & dan Allah juga Pemiliknya. Segala apa yang kita ada hanya pinjaman Allah, dan apa yang dipinjam, suatu masa harus dipulangkan)
وَلَا يُودُهُ حِفْظُهُمَا Dan tidak memberatkan-Nya penjagaan kedua-duanya.
وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمِ Dan hanya Dialah Yang Maha Tinggi dan Yang Maha Agung
Buku ni bagus, selain terangkan dengan terperinci maksud Ayatul Kursi, dia explain juga dalam bahasa arab, contoh kenapa Allah guna past tense instead of present tense. And turut diselitkan doa² dari hadis Rasulullah SAW.
Andai merasa gelisah, bacalah Ayat Kursi. Andai dirundung sedih, bacalah Ayat Kursi. Andai dilanda risau dan takut, bacalah Ayat Kursi. Apa sahaja situasi hidup yang kita lalui, hadapilah ia dengan membaca Ayat Kursi dengan penuh penghayatan terhadap makna-makna-Nya.
“Tak apa, Allah sebaik-baik tempat untuk kita bergantung” kata hati saya buat memujuk jiwa. Apabila saya sedang berada dalam episod dan titik yang terendah dalam kehidupan, saya sentiasa cuba mencari-cari sesuatu yang saya rasakan berharga untuk mengisi relung jiwa yang kosong itu.
Tapi sebenarnya, jauh di sudut hati yang paling dalam, saya sentiasa cuba mencari jawapan yang konkrit, bagaimana cara dan bahasa yang digunakan oleh Allah dalam menjaga setiap hamba-hambaNya. Oleh itu, membaca buku ‘Dan Tuhan Akan Tetap Menjaga Kita’ karya daripada saudara @fakhrifadzli merupakan salah satu langkah untuk saya mencari jawapan itu.
Saya suka apabila penulis memulakan pada permulaan karya ini dengan menerangkan bahawa al-Quran itu adalah sebagai Mau’izhah (Peringatan), Shifa’ (Penyembuh), Huda (Petunjuk) dan Rahmat. Setiap kupasan yang dibawa dapat diproses dengan baik kerana penulis menggunakan laras bahasa dan penerangan yang mudah difahami.
Seterusnya, penulis menerangkan maksud di sebalik salah satu nama Allah iaitu al-Jabbar. Mempelajari dan memahami maksud nama al-Jabbar ini dapat mengenali pencipta kita dengan lebih dekat melalui keindahan nama-namaNya. Maha Suci Allah, dalam kalimah sependek al-Jabbar ini sudah terhimpun dua sifat Allah yang melahirkan rasa takut dan bergantung harap kepadaNya - Yang Maha Menundukkan dan Yang Maha Menyembuhkan.
Kemudian penulis menyambung bab seterusnya dengan memasuki pesan-pesan sembuh daripada Ayat Kursi. Rupa-rupanya, Ayat Kursi yang sering dibaca itu terdapat makna yang sangat indah jika ditelusuri setiap satunya. Hakikatnya, jawapan dan ‘affirmation’ yang saya sering cari itu sangat dekat dengan saya dan ada terkandung di dalam ayat yang sering diulang baca itu. Mungkin ada benarnya, makna rutin itu akan hilang apabila kita tidak dapat memahami dengan baik makna-makna di sebaliknya. Maka benarlah seperti yang tertera di tajuk buku itu, Dan Tuhan Akan Tetap Menjaga Kita. Terima kasih penulis di atas karya yang sangat meninggalkan bekas dan kesan di hati.
Alhamdulillah,segala isi dalam buku ini sangat mudah difahami Setelah membaca buku ini Lebih memahami ayat kursi dan rasa luar biasa apabila membacanya,meresap terus ke dalam hati. Love it🫶🏻
Bukan kita tak biasa dengan Ayatul Kursi. Ayat ini telah menjadi kelaziman buat kita dan dibaca hampir setiap hari, ada ketika selepas solat, dan ada ketikanya ketika keluar rumah. Tidak dinafikan banyak manfaat apabila kita amalkan bacaan Ayatul Kursi ini, bukan hanya khusus kepada Ayatul Kuris sahaja, begitu juga ayat-ayat Allah yang lain. Sebelum ini bacaan Ayatul Kursi berputar sekitar maknanya yang dihafal di dalam tafsir, tanpa mengetahui dengan mendalam setiap patah kalimah yang terkandung di dalam ayat ini.
Melalui buku ini, saya menemui makna-makna baru yang sebelum ini tidak saya ketahui melainkan hanya sekadar makna yang dilafaz sahaja. Tanpa saya tahu, bahawa Ayatul Kursi ini dimulai dan diakhiri dengan nama-nama baik Allah iaitu Asmaul Husna, bahawa Ayatul Kursi ini boleh menjadi ayat untuk menyembuh melalui nama-Nya al-Jabbar, bahawa Dia lah tempat bergantung segala harap.
Apa yang membuatkan saya suka mengenai buku ini ialah penulis memberikan rujukan daripada kitab-kitab yang beliau rujuk ketika menghasilkan buku ini dan hal ini membuatkan kita yakin bahawa ilmu ini bukan hanya sekadar telahan penulis, melainkan ianya telah dibahas dan dibicarakan oleh para ilmuwan terdahulu.
Antara intipati yang boleh diambil daripada buku ini ialah :
- Kita memang tidak dapat lari daripada terluka sama ada daripada perbuatan diri sendiri mahupun manusia lain, tiada cara lain untuk kita sembuh melainkan dengan memahami dan menghayati aya-ayatNya.
- Berbuat baiklah tanpa mengharapkan balasan daripada manusia lain. Allah memandang apa yang kita lakukan walau sekecil-kecil perkara dan tetap ada balasannya.
- Jangan sombong dengan ilmu yang kita ada kerana hakikatnya segala ilmu adalah milik Allah. Dialah yang mengizinkan kita untuk memahami dan menggali ilmu untuk kebaikan diri dan manfaat bersama.
Akhir kata, tidak semua dalam kalangan kita mahir dalam berbahasa Arab. Namun, kehadiran buku ini membuka ruang seluas-luasnya untuk saya memahami ayat-ayat Tuhan yang sebelum ini hanya saya baca daripada tafsir (translated tafseer in English/Malay) yang mana makna ayat tersebut tidak diulas dengan lebih mendalam. Terima kasih penulis untuk bait-bait kata yang membuka ruang di hati untuk lebih mencintai al-Quran.
Kupasan tentang surah teragung di dalam Al-Quran iaitu Ayat Kursi.
Buku yang menyebabkan kita membaca beberapa ayat Quran. Buku yang mengingatkan kita tentang the magical Quran. Quran sebagai healing of the hearts. Untuk sembuh dengan Al-Quran, kita hendaklah memperbaiki hati dan emosi.
Dicadangkan untuk mengamalkan 2 doa ini:
🔖"Ya Allah, Jadikanlah al-Quran yang Agung ini musim bunga bagi hati kami, cahaya bagi dada-dada kami, penghilang kesedihan kami dan penghapus kegusaran kami"
🔖"Ya Allah! Sembuhkanlah patah hati kami dengan al-Quran"
Buku yang bisa mengundang air mata bila dibaca dalam suasana yang hening sebab banyak ulasan dan pesanan yang membawa kepada fakta Allah Yang Maha Mengampuni sentiasa memberi ruang kepada hambaNya untuk kembali kepadaNya.
Pulanglah kepada Tuhanmu yang sentiasa menjaga dan memeliharamu.
Den rasa lebih terbuka hati dengan buku yang tidak begitu menghukum. Buku yang mengajak kita untuk kembali ke pangkal jalan.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Saya rasa macam buku ini lebih kepada "healing & soothing words" yang berteraskan ayatul Kursi. Kenapa? Kerana :-
1. Huraian untuk setiap ayat daripada surah ini agak pendek dan belum cukup untuk merangkul jiwa saya walaupun saya sudah sedia maklum akan kepentingan & keindahan makna disebalik ayatnya.
2. Penulisan pada setiap halaman tidak penuh & tidak padat, ada yang terlalu singkat dimana terdapat ruang yang agak luas tidak dipenuhkan. Belum sempat saya nak mendalami ayat tersebut, tiba-tiba dah masuk point yang lain2/seterusnya.
Mungkin buku ini boleh menjadi pilihan terbaik kepada pembaca yang lebih sukakan buku yang menyembuhkan jiwa berdasarkan ayat Quran dengan isi point-nya yang ringkas.
Memetik kata Qatadah : "Pada setiap detik, Dia mengabulkan doa orang yang meminta, menghilangkan kesusahan, mengabulkan permintaan orang yang terdesak dan mengampunkan dosa." ❤️
Buku yang sangat ilmiah. Banyak berkongsi makna setiap kalimah dalam Ayatul Kursi menurut sudut bahasa Arab dan tatabahasanya.
Banyak perbahasan bahasa membuatkan saya agak culas nak habiskan di masa senggang. Kerana input yang sangat mendalam, saya perlu ulang baca semula nanti untuk lebih menghayati dan memaknainya dengan hati.
Buku yang baik untuk mereka yang sukakan seni penyusunan bahasa. Moga kita sama-sama sembuh dengan kalamullah.
Dan Tuhan tetap akan menjaga kita ✅ Personal short comment: I love this book. Penulis ceritakan tentang ayat kursi yg I tot kita baca sebagai pelindung, tapi ayat kursi is more than that. Ayat kursi actually ceritakan macamana Allah jaga hamba Dia walaupun dalam tak sedar kita sebenarnya sombong dan lupa. Lupa yang sebenarnya Allah tak pernah meninggalkan. Terlampau berharap pada manusia yang akhirnya kecewa. Next time we read ayat kursi, semoga dapat sekali dengan kekuatan bukan sekadar jadi bacaan.
Alhamdulillah, sudah 2x re read buku Fakri ini. Menambah lebih kefahaman tadabur ayat kursi dengan pengalaman Fakri bersama guru beliau, Dr. Fadhl al-Samirraie.
Sebuah buku versi healing yang menyentuh jiwa dalam mendalami makna-makna ayat kursi.
Semoga akan ada keluaran buku fakri untuk ayat Al-Quran lain, seperti ini. 🙌
Bagi yang masih belum baca, pastikan Add to cart buku "Dan Tuhan Akan Tetap Menjaga Kita"
Buku yang sangat bagus dan sedap untuk dibaca. Buku ini tadabbur daripada ayat kursi. Lepas baca buku ini, ayat kursi yang dibacaoleh saya terus berbeza berbanding sebelum ini. Sekarang, mungkin ia lebih masuk ke dalam hati dan terus membekas. Terlalu banyak manfaat dan ilmu yang boleh diambil daripada buku ini.
Terima kasih dan tahniah kepada penulis atas buku yang sangat bermakna ini.
Dan Tuhan akan tetap menjaga kita melalui ayat kursi. Ayat yang Agungkan Allah SWT. Dan menyedarkan diri kita sendiri yang kita bukan siapa siapa. Buku ni bagi penerangan ringkas tentang ayat kursi, ayat by ayat. Mudah faham, mudah juga nak ingat.
Pesan-pesan sembuh daripada AyatulKursi. Ayat Kursi, ayat yang selalu kita baca, ayat yang kita tahu akan kelebihannya, tetapi untuk kupasan secara mendalam, buku ini sangat sesuai untuk kita teliti tentang maknanya yang "tersembunyi". Bagaimana hanya dengan sepotong ayat dapat menghadirkan rasa tenang dan damai dalam jiwa. Penjelasan yang diberikan pada setiap ayat agak mudah difahami dan saya suka bila kita secara tak langsung dapat belajar Bahasa Arab disebabkan huraian yang ditulis oleh penulis untuk penggunaan perkataan yang ada dalam Ayat Kursi. Recommended.
Ambil masa yang lama utk habis kan buku ni. Setiap penulisan memberi pemahaman makna tersirat. Buku ini mengajar kita akan nilai penghayatan, pemahaman, pemerhatian menyeluruh serta penerapan nilai2 dalam aspek kehidupan.