DI PENJARA RINDU.... akan membawa anda bersama-sama menyelami perasaan seorang wanita yang menjadi mangsa fitnah rakan kampungnya sendiri. Diri mendapat aib, keluarga mendapat malu, kekasih hati menjauh pergi bila pelamin angan musnah tidak kesampaian. Lambaian kasih sahabat menyuntik semangat untuknya terus tabah berdiri. Hati mana yang tidak merana, apabila kekasih hati gagal memahami gejolak hati. Bukan niat Nurin Amira memilih yang lain. Meskipun berat, pun begitu bukan mudah menghadapi kenyataan. Zakuan kekasih hati yang pertama dan terakhir. Mohd Najib punca berantakan sebuah perhubungan yang sudah lama terjalin. Nurin Amira pasrah pada takdir hidupnya. Di saat diri putus harapan, hadir Nurain mengubat luka di hati Nurin Amira. Sekurang-kurangnya dengan kehadiran Nurain mengembalikan keceriaan dalam hidup insan yang pernah membahagiakannya. Apa yang berlaku seterusnya? Bahagiakah Nurin Amira hidup bersama lelaki yang tidak pernah dicintainya itu? Siapakah Nurain di hati Nurin Amira? Di Penjara Rindu pastinya merupakan sebuah novel yang sarat dengan pengajaran dengan menyajikan suka duka dalam kehidupan yang tidak sama sekali kita jangkakan dalam hidup ini.
Jalan cerita agak menarik dengan adanya konflik-konflik yang berlaku terhadap Nurin Amira tetapi tidak diceritakan secara terperinci setiap yang berlaku. Contohnya, di ending cerita di mana Nurain membawa nurin amira ke rumah ibu bapanya untuk terakhir kalinya penulis tak bagitau detail cerita tersebut. But, overall good story and still recommended to read for those yang suka baca novel yang tidak berapa rumit dan tebal. Good job writer👍👍
kisah nurin amira yang difitnah rakan sekampung iaitu mohd najib yang pemalas ni,tau nak ambil kesempatan atas perempuan aje. Nurin Amira ni gadis tabahlah juga. Keseluruhan novel ni bagi I, bahasa yang digunakan agak bagus. Cuma I rasa ada banyak naratif. Penggunaan nama watak juga penting untuk memikat mood membaca. Kalau penulis menggunakan nama panggilan rasanya lagi syok membacanya. Nama watak agak dekat2,Nurin Amira, Nurin Anisha,Nurain, shamsul,shamnina. Novel ni sad ending bila Amira sebenarnya menghidap tumor otak,dan meninggal dunia pada malam dia hampir dirogol bekas suaminya Mohd Najib. Tapi agak klise dan mudah diagak endingnya. di saat Nurin Amira kata nak tinggalkan amanah pada sepupunya nurain,I dah agak pasti dia nak suruh kahwin dengan Zakuan,iaitu bekas kekasihnya. Teruskan usaha puan penulis, kerana melalui bahasanya I tahu penulis ni boleh tingkatkan lagi prestasinya.