Jump to ratings and reviews
Rate this book

Nasib

Rate this book
Nasib ialah cerita pengorbanan seorang tauke Cina yang sekian lama menjadi sebahagian daripada anggota sebuah masyarakat desa yang mula mendapat serpihan angin pemodenan. Tauke Guan berusia 40 tahun dan telah berniaga sejak sekian lama di desa itu. Mak Som yang membuka warung makan mempunyai anak gadis bernama Yam, yang menjadi rebutan bukan sahaja anak-anak muda seperti Salim, Badin dan Rais tetapi juga Deraman, yang telah pun beristeri. Latar belakangnya ialah sebuah kampung nelayan, anak-anak mudanya lebih tertarik untuk bekerja dengan kompeni minyak sedangkan yang tua-tua seperti Pak Itam mahu terus ke laut. Salim dan Yam, mempunyai hubungan sulit. Yam mengandung dan tanpa pengetahuan umum, Tauke Guan mengahwini Yam sebagai satu pengorbanan. Cerita sebenarnya akhirnya terbongkar. Tauke Guan menyerah keputusan akhir kepada Salim dan Yam. Drama ini menggunakan dialog yag pendek-pendek, padat dan menarik.

96 pages, Paperback

First published January 1, 1987

2 people are currently reading
24 people want to read

About the author

Hatta Azad Khan

15 books3 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (37%)
4 stars
0 (0%)
3 stars
4 (50%)
2 stars
1 (12%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Fairuz.
202 reviews
March 27, 2013
Berlatar belakangkan komuniti kecil era penghujung 80an di sebuah kampung yang terpalit akan arus pemodenan, berdikit-dikit merubah cara hidup asal terutamanya sumber rezeki. Anak-anak muda seperti Salim, Rais dan Badin mula mempertaruh nasib mahu menukar kerjaya turun temurun manakala Pak Itam tidak banyak pilihan melainkan terus membelah samudera mengaut hasil isi laut.

Namun Yam tidak merelakan Salim untuk meninggalkannya di kampung dan bekerja di pelantar. Tambahan kandungan yang bakal membesar akan sekaligus membongkarkan rahsia hubungan sulit mereka. Demi maruah Yam, Tauke Guan telah mengahwininya semasa pemergian Salim. Apabila kembalinya Salim ke kampung halaman, Tuan Guan hanya menyerahkan nasibnya untuk ditentukan oleh Salim dan Yam.

Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.