Buku ketiga yang sudah habis dibaca dari hasail tangkapan PBAKL :))
TAJUK BUKU : SANDAL BUNGA-BUNGA
PENULIS : FAZIELA
PENERBIT : JEMARI SENI
Buku ini mengisahkan Nurul Izza dan Ahmad Zahran, mereka berdua masing-masing punya kenangan pahit sebelum mereka bertemu.
Pertemuan pertama mereka, apabila Zahran seorang engineer menghadiri mesyuarat kat tempat Izza bekerja. Tempat kerja Izza ni kira macam consultant alam sekitar untuk syarikat-syarikat yang memerlukan khidmat mereka sebelum memulakan sebuah projek baru.
Pagi sebelum pergi mesyuarat tu, Zahran dah kena sakit perut yang teruk, siap cakap kat kawan dia Malik, yang dia dah ok dan boleh menghadiri mesyuarat tu dan dah makan pil Chi Kit Teck Aun. Apabila mesyuarat dah mula, perut dia mula la buat hal lagi, dia ingat nak tunggu juga sampai habis mesyuarat tapi apa kan daya perut dia dah tak tahan dan minta untuk pergi segera ke toilet hehehe. Bila dia keluar dari bilik mesyuarat sambil mencari tandas kat mana, hampir-hampir nak telanggar seorang gadis yang kebetulan sedang berjalan kat depan bilik mesyuarat tu.
Sambil tangan kat perut dia pun tanya la kat gadis tu mana tandas. Apabila gadis tu menunjukkan letaknya toilet apa lagi terus ja dia pergi tanpa ucap terima kasih.
Daripada senyum terus mati senyum si gadis, sebab lelaki yang bertanyakan toilet tu tak ucapkan terima kasih pun pada dia. Dalam hati si gadis cakap '' eh cik abang, senyumlah sikit pada jurupandu arah kau ni! ''.
Kali kedua bertemu masa kat tempat parking keta, masa si gadis bernama Izza ni nak pergi makan tengah hari. Dia ternampak lagi si jejaka yang bertanyakan mana toliet tadi, jadi si gadis senyum la sebab kalau jumpa klien mesti senyum takut nanti klien lari pula hehe. Tapi si jejaka ni hanya pandang dan terus masuk kereta tanya balas balik senyuman si gadis. Apa lagi Izza ni pun bengang juga la siap cakap kat diri sendiri '' Hello Encik Mana Toilet, kau patut berterima kasih kat aku, tahu? Kalau tak, berterabur depan bilik mesyuarat tadi.'' Cakap terima kasih pun tak, senyum pun tak. Hehehe.
Lepas pertemuan tu, Izza dah mengelarkan si Zahran dengan 'En Mana Toilet' hehe sebab tak tahu nama dia. Zahran pula selepas kejadian tu, dia rasa bersalah sangat tak ucapkan terima kasih pada gadis pandu arah dia masa nak p toilet tu. Yang dia ingat masa tu gadis tu pakai sandal bunga jadi dia gelarka n si gadis 'cik sandal bunga' sebab tak tahu nama juga. Dan dia harap kalau boleh jumpa lagi dia akan minta maaf dan ucap terima kasih pada si gadis pakai sandal bunga tu.
Lepasa kejadian tu memang mereka bertemu kembali masa Izza temankan kawan dia hantar surat kat tempat Zahran kerja. Dan sempat la Zahran jumpa cik sandal bunga ni, minta maaf dan ucap terima kasih. Mungkin dah ditakdirkan jodoh mereka berdua, akhirnya mereka kahwin. Mereka berdua juga mencari keserasian dan juga cuba melupakan kisah masa lalu. Namun, ada yang tak suka mereka bahagia rupanya. Bila ex-girlfriend Zahran, muncul balik dan nak balik dengan Zahran ni. Kat sini la bermula thrillernya, bila ex-girlfriend Zahran tak dapat terima bahawa Zahran dah tak boleh nak terima dia. Memang perempuan ni psiko, dulu kau tinggalkan dia bertunang ngan orang lain. Sanggup putus tunang nak baik dengan Zahran, memang gila psiko perempuan ni. Huh.
* Kali ni cerita darp faziela ni BEST sama macam mangkuk tingkat, ada lawak, senyum, sweet tapi THRILLER kali ni memang sentap jap..saya baca terasa ngilu juga la bila part sini. TAHNIAH buat penulis untuk buku ke 2 dia. :))