Hati ingin selalu bersama kerana dialah bahagia, tetapi dalam dunia ini... Bukan Hanya Ada Kita.
Telah ditakdirkan bahawa aku, Medina akan menjadi isteri kedua kepada Zahrin, biarpun aku telah berikrar tidak akan sekali-kali menyakiti hati perempuan lain sebagaimana hati ibuku.
Dia bahagia yang aku pinjam tanpa izin... dan aku tidak akan menuntut lebih daripada apa yang Aiza dapat. Aku tidak akan menyusahkan Zahrin kerana aku mahu jadi ‘jiwanya yang tenang’.
Salahkah senyum ini pabila ada insan lain yang bersedih? Berdosakah bahagia ini apabila nanti ada insan lain yang menjeruk rasa?
Tidak ada perempuan yang dengan mudahnya reda menerima seorang lagi perempuan dalam hidup suaminya. Dan aku tidaklah terlalu kejam untuk meranapkan kebahagiaan orang lain.
Jika bahagia ini milik kita biarlah kita berteman sampai abadi. Jika ini bukan jalannya biarlah kita dibentangkan pilihan yang mendamaikan.
I tak pernah baca cerita macam ni. Cerita yang mana watak utama adalah seorang isteri kedua, diselang-selikan dengan narrative seorang suami yang beristeri dua. Bukan I yang dimadukan, tapi ya Allah ya Tuhan, hati I sakit sangat-sangat macam kena hiris. Banyak kali I had to pause reading. Tarik nafas sebab rasa marah yang sangat-sangat dengan Zahrin. I sakit hati sampai masuk mimpi!
Cerita ni unik sebenarnya, sebab Medina – si penyondol – ni perempuan yang baik. Hati murni, sopan bahasa, elok tingkah laku. Silap dia sebab tersuka kat suami orang, even though she tried really hard not to. Medina ni seorang isteri kedua rahsia yang sedar diri, yang berusaha untuk tak melagakan relationship husband dengan first wife, yang berusaha untuk jadi isteri yang mendamaikan, bukan nak gaduh-gaduh, hasut menghasut. Zahrin ni kaya, gaji 20K USD sebulan, lebih dari mampu nak sara 2 keluarga, tapi Medina insist not to use her husband’s money sesuka hati sebab takut terambik hak orang lain. Medina banyak kali jeruk rasa tapi simpan sorang-sorang bila Zahrin uruskan rumah lagi satu, tapi dia tak pernah cakap sebab rasa dia takde hak untuk sakit hati. Sebab dia sendiri tengah sakitkan hati orang lain.
Tapi, penipu tetap penipu. Penyondol tetap penyondol. I marah dengan Medina. Marrying someone’s husband means that you take whatever rightful time and attention that a husband should give a wife, a father should give to his kids. Perasaan sakit hati dan menjeruk rasa yang Medina rasa tu takkan jadi kalau dia tak kahwin dengan suami orang, jadi tu memang salah dia sendiri. So kalau nak suruh I mendalami watak Medina dan rasa kesian untuk dia tu, mintak maaf lah. Sendiri cari pasal, sendiri la tanggung.
Tapi I lagi marah dengan Zahrin (yes, in cases such as this, the man will always be blamed first. No excuse for you.) My heart breaks for Aiza, the first wife. Kena tipu dengan suami yang sebenarnya dah kahwin baru for 3 years. Percaya sepenuh hati dekat suami yang bekerja jauh, tapi kepercayaan tu dikhianati. Rasa diperbodohkan suami sendiri. Zahrin balik jumpa first wife dengan anak-anak every weekend, or at least 2 minggu sekali. Weekdays dekat KL dengan Medina. Yang isteri kat rumah punya la risau kononnya makan pakai husband during the weekdays tak terjaga. Lepas tu diri sendiri korbankan masa dengan tenaga jaga anak-anak kat rumah sorang-sorang, sambil buat PhD pulak tu. Tapi rupanya mamat penipu ni bahagia je mengulit isteri muda hari-hari. Sakitnya hatiiiii.
Zahrin cuba untuk berlaku adil. But lets face it, you can never be just emotionally. Apa yang adilnya kalau hati seorang isteri kena bagi sepenuhnya kat seorang suami, tapi hati, kasih sayang dan perhatian seorang suami tu kena bahagi dua untuk isteri berbeza. Imagine having 2 full hearts loving you? Wah, rasa macam raja betul la kan. I sakit hati betul bila scene yang Aiza nak beli bunga untuk hias rumah, pastu Aiza tanya Zahrin, bunga apa yang best letak kat rumah. Masa tu otak Zahrin fikir, dia suka bunga yang Medina letak dekat bilik tidur diorang tapi taktau nama bunga tu apa. Kalau I ni Aiza, and I tau yang otak suami tengah fikir pasal bilik tidur dengan perempuan lain yang I tak tau pun kewujudan dia tu, I mungkin akan meraung dekat kedai tu jugak. Banyak lagi scenes menyakitkan hati dalam ni. Rasa nak baling rak kasut dekat Zahrin.
Zahrin tak pernah burukkan Aiza, sebab Aiza ni memang baik serba-serbi. Medina pun mengaku Aiza sangat sempurna. Bila dah kantoi, banyak kali Zahrin cakap kat Aiza yang dia tak berniat nak curang, tak berniat nak lukakan hati Aiza, tak berniat itu tak berniat ini. Kalau dah ada perasaan nak curang dalam hati dan otak, and despite all warnings you still proceed, apa yang tak berniatnya? Yang mulakan langkah tu kau, Zahrin weh. Yang lafaz akad nikah pun kau. Eiiiiii, marah sangat. Nikah baru, berani. Bila suruh berlaku jujur, banyak pulak alasan. Dasar lelaki dayus, fikir nak senang, nak happy, nak mudah je. Yang susah, dia lepas kat dedua bini dia fikir. Konflik dalam cerita ni, terlerai sebab Zahrin bertuah dapat dua isteri yang dua-dua matang dan considerate. Bukan sebab Zahrin ni lelaki bagus yang berjaya control isteri. Tidak sama sekali.
Nazurah Aishah is a good writer. Buku ni sebenarnya unputdownable. Dan maybe aim Nazurah Aishah kat sini supaya kita try menyelami hati isteri kedua, which is really an interesting perspective to shed a light on, sebab watak Medina ni baik. Tapi, tak boleh la. Baik macam mana pun perempuan tu, kalau kebahagiaan dia menyebabkan kesakitan orang lain, baik ke? Apa pun, my heart will always side on the first wife. Lagi-lagi bila first wife tu pun baik serba serbi. Medina tu pun sebenarnya layak dapat lelaki yang sepuluh kali ganda better than Zahrin. Haih.
p.s. Tajuk buku ni pun cantik betul. Bukan hanya ada kita. Betul la tu, sebab bila kahwin dua, bukan tiga hati je yang terlibat. Anak-anak, keluarga mertua, semua kena fikir. Banyak hati nak kena jaga. Which is something I always think of: orang lelaki ni banyaknya nak senang je. Memang la kahwin dua seronok physically, tapi bila kahwin dua, expenses dan tanggung jawab bertambah, masa untuk diri sendiri makin berkurang, belum fikir lagi part family mertua 1 ada event kena join, family mertua nombor 2 pun kena join. Kenapa suka susahkan diri sendiri ye?
p.s.s. dalam bulan Ramadan ni, semoga seorang Suraya Ashikin and all her family members tidak diuji dengan ujian sebegini sekali. Mintak simpang la, ya Allah.
Menyelami isi hati Medina Azahra (Medina) berselang seli dengan lontaran rasa hati Ahmad Zahrin Adil Bakri (Zahrin) membuat kita mengerti kenapa Medina itu perlu hadir dalam hidup Zahrin walaupun Zahrin sudah beristeri. Mereka saling jatuh cinta bukan kerana ayat-ayat manis Zahrin. Tapi kerana Zahrin merasakan Medina adalah kawan yang memahami, yang mampu mengisi kekosongan yang dirasai Zahrin bila Aiza, isteri pertamanya ditinggalkan di Malaysia. Esh, bunyi macam alasan tipikal kan?
Melihat air muka Medina yang kesedihan semasa pertemuan pertama mereka di majlis hari raya bagai menarik-narik Zahrin untuk berkenalan dengan Medina. Walhal kalau diikutkan Zahrin ni bukanlah jenis peramah pun. Mungkin atas dasar rakan senegara, mereka jadi saling melengkapi. Medina selalu jadi tempat Zahrin bercerita dan juga sebaliknya. Bila dah makin rapat, Zahrin cuba meluahkan isi hati sebab dia tak mahu mereka berkawan tanpa ikatan dan terjerumus ke dalam kancah dosa. Memang pada mulanya Medina menolak, tapi bila hati dan perasaan tak mampu menipu diri, mereka akhirnya bernikah di Oman.
Selama tiga tahun mereka mampu simpan rahsia perkahwinan mereka ni sehinggalah mereka pulang ke Malaysia. Perkahwinan jarak jauh antara Zahrin dan Aiza, isteri pertamanya memberi kelebihan untuk mereka terus 'menutup' hubungan mereka daripada keluarga dan sahabat handai. Selain mahu menyembunyikan status mereka daripada pengetahuan Aiza, Medina juga sebenarnya malu kerana selama ni dia sangat menentang poligami. Lebih-lebih lagi dia pernah memusuhi arwah bapanya dan juga ibu tirinya gara-gara bapanya berkahwin dengan ibu tirinya.
Yang bagusnya Medina ni bukan jenis kaduk naik junjung. Dia sedar dan tahu di mana kedudukannya dalam hidup Zahrin. Bukan senang nak menahan rasa cemburu bila waktu Zahrin kembali ke pangkuan keluarganya. Tapi Medina sentiasa berfikiran positif. Sentiasa pandai pujuk hati dan cari alternatif untuk mengisi masanya yang terluang setiap kali Zahrin pulang ke rumah Aiza. Dia tak pernah meminta-minta walaupun sebenarnya dia berhak untuk menuntut hak yang sama dengan Aiza. Beruntung sungguh suami dia ni. Kekadang rasa macam nak luku je Zahrin tu. Ish!
Bila kebenaran terbongkar, memang haruslah perit untuk Aiza terima. Ditipu bertahun-tahun oleh orang yang sangat dipercayainya. Siapa yang tak marah kan? Tapi sebagai suami, Zahrinlah yang kena pandai meneutralkan kedua-dua pihak. Nasiblah Zahrin ni bukan spesis Jamil, isteri-isteri berperang, dia dok pasang lagi satu. Haha. Saya suka bila penulis gambarkan keluarga Medina yang sangat menyokong antara satu sama lain walaupun Medina boleh dikatakan telah memalukan keluarga mereka bila berkahwin dengan Zahrin tanpa restu mereka. Seharusnya itulah yang berlaku. Bukan menyisihkan atau pun cuba mengapi-apikan hubungan suami isteri tu sampai si suami terpaksa memilih salah seorang isteri. Hmm, realitinya mungkin ada. Cuma mungkin agak payah nak jumpa kot?
Komen saya : Saya kira ini adalah percubaan 'berani mati' penulis untuk menulis cerita dengan tema sebegini. Hehe. Dan saya rasa tujuan penulis bukanlah untuk menggalakkan poligami mahu pun mengajar suami atau isteri kedua jadi selicik Medina dan Zahran menghapuskan bukti untuk 'cover line'. Cuma mungkin untuk mendidik masyarakat agar jangan mudah meletakkan perspektif negatif pada individu yang bergelar isteri kedua ni. Bukan semua isteri kedua ni 'perempuan miang' atau 'perempuan tak tahu malu' mahu pun perampas. Aish. Saya ni dah macam jadi penyokong poligami pulak. Haha. Salute dengan mereka yang berpoligami tapi masih mampu hidup secara harmoni. Saya percaya perjalanannya tak semudah itu. Yang penting sikap tolak ansur dan bertoleransi tu kena berada di tahap tertinggi. Kalau semua perempuan berfikir macam Medina dan Aiza ni memang saya rasa ramai lelaki yang nak berpoligami kot? :P Pada awalnya saya sendiri takut nak baca buku ni sebab takut emosional. Rupanya tidak. Tahniah buat penulis atas garapan yang penuh berani ini. :) Pesanan saya, sila baca dengan hati yang lapang, bukan dengan hati yang penuh emosi ya? :)
Buku ini seolah2 mengajar kita untuk mengubah stigma yang selalu negatif untuk golongan yang berpoligami. Mungkin sebab kita bukan berdiri dalam kasut mereka, jadi selalu tangapan negatif dan jahat diberikan kepada isteri kedua, dan isteri pertama pula sering dianggap baik dan suka berkorban.
Dari cerita ini, aku jadi cemburu pada Medina dan Aiza. Kedua-duanya mempunyai ciri perempuan sempurna. Baik dari segi rupa, kerjaya, hidup mewah mahupun ketangkasan di dapur. Bak kata Zahrin, sebab dua2 cantik lah, dua2 menjadi isteri dia. Mereka juga perempuan yang baik2.
Cerita ni sedih . Tapi tak tahu kenapa, aku langsung tak menitiskan air mata semasa membacanya. Tak seperti novel2 sedih yang lain yang aku baca. Mungkin dibaca dalam kesibukan Ramadan ni. Tapi, buku ni tetap mencuri masa tidur aku, ahaksss..
Menelusuri perjalanan hidup Medina yang membawa diri ke Oman kerana rajuknya terhadap si ayah yang menduakan mummy. Tetapi akhirnya Medina juga memilih jalan yang sama, menjadi yang kedua disisi Zahrin, buat aku sedar, siapalah kita mahu menolak takdir? Hidup ini begitulah, kadang2 kita terpaksa menelan pahitnya menhadapi perkara yang asalnya kita tak suka.
Dan menelusi pengorbanan Aiza yang membesarkan anak saat suami tiada disisi. Buat aku terfikir, menjadi perempuan itu kadang2 kita harus menjadi kuat, sebab bukan selamanya kita perlu bergantung pada pertolongan orang lain (lelaki/suami) saja.
Bagi aku, antara Medina, Aiza mahupun Zahrin. Tiada siapa pun yang salah. Takdir yang telah mencorakkan kehidupan mereka sebegitu.
Apa2 pun, aku suka dengan endingnya. Tq puan penulis :-)
okey,tak faham kenapa emosi sangat sewaktu membaca kisah ini,mula-mula je dah rasa tak puas hati tergamak Ahmad Zahrin berkahwin lagi,tapi sebab musabab mereka gagal menolak kemahuan hati ada dihujung cerita ermmm,lepas tu rasa sedih,bagi pihak Medina,sukar rupanya menjadi isteri kedua lebih-lebih lagi berkahwin secara rahsia,agak jemu sedikit dengan adengan rajuk Medina apa yang dapat difahami disitu ialah Medina merasakan dia kuat dan tidak akan cemburu dengan Aiza madunya itu, tetapi pada hakikatnya perempuan mana yang mampu mengawal diri dari cemburu ketika suami bersama wanita lain,lebih-lebih lagi wanita itu adalah madunya sendiri(teka saje tak ada pengalaman pun dan kalau boleh tak mahu langsung ada pengalaman sebegitu).Bila masuk bab Aiza menjadi kan Medina tempat meluah perasaan berkongsi rasa itu macam biasa dilihat didalam drama-drama Melayu.Lepas semuanya terbongkar sedih bertandang lagi kesian juga jika Medina diceraikan kesian juga dekat Aiza dikhianati,dekat Zahrain tak bape nak kesian sebab dia lah punca masalah tapi kalau ikutkan tekanan rasanya orang lelaki pun alami tekanan perasaan dalam situasi begitu. Penghujung cerita apabila Aiza memilih untuk menerima hidup bermadu rasanya itulah yang terbaik.secara keseluruhan cerita ini menarik watak-watak yang ada didalam cerita ini semuanya positif ceria,kisah kekeluargaan kasih sayang dan hubungan baik antara satu sama lain saling menyokong dan menjadi kan media sosial sebagai satu alat komunikasi paling berkesan dan berguna,jadi tidak lah pelik bila ahli keluarga saling berhubung didalam FB.
Cerita yang Nazurah bawa kali ini menyesakkan dada dan meruntun jiwa sampai terbawa2 dalam tidur. Cik Pah usung novel ini semasa berkursus di KK. Roomate siap gelakkan Cik Pah sebab mengigau dan kesedihan dalam tidur hehe. Tak tahu hendak sokong siapa disebabkan kali ini POV adalah dari perspektif isteri kedua (Medina) dan suami (Zahrin). Walau bagaimanapun Cik Pah tetap bersimpati dengan isteri pertama (Aiza) yang keseorangan membesarkan anak-anak sepanjang Zahrin bertugas di Oman dan tanpa disedarinya suami menemui jodoh yang kedua disana.
Rasa simpati menebal buat Aiza kerana Zahrin kahwin tanpa memberitahu Aiza. Apabila pulang ke Kuala Lumpur, masa Zahrin juga lebih diluangkan untuk Medina kerana Aiza tinggal di utara dengan anak-anak manakala Zahrin tinggal di Kuala Lumpur kerana bertugas. Zahrin hanya pulang 2 kali sebulan. Pada Aiza yang tidak mengetahui suaminya berkahwin lain, dia redha dengan kehidupan berjauhan dengan suami. Apatah lagi sikap Zahrin tidak berubah. Masih bertanggungjawab dan mencurahkan kasih sayang. Apabila rahsia Zahrin berkahwin dengan Medina terbongkar, Aiza nanar kerana ditipu bertahun-tahun lamanya. Hancur hatinya apabila mengetahui Medina kenalan baru yang ditemui secara alam maya yang disangkakan teman yang boleh dipercayai rupa-rupanya madunya.
Dipihak Medina pula, memang bukan niat dia nak merampas suami orang. Apatah lagi dia memang menentang keras bapanya berpoligami dan menyebabkan ibunya berendam air mata. Tapi dah jodoh. Itu kata orang yang terjebak dengan suami orang. Nak tak nak dia terpaksa menyembunyikan perkahwinannya daripada pengetahuan keluarga di Johor. Sungguh, sikap Medina sebagai isteri kedua patut dicontohi oleh mereka-mereka yang menjadi isteri kedua. Sentiasa mengingatkan Zahrin untuk berlaku adil dan dia malu untuk berbelanja mewah menggunakan wang ringgit Zahrin walaupun Zahrin mampu. Apabila terbongkar rahsia mereka, Medina membawa diri dan sanggup berpisah dengan Zahrin.
Ikutilah cerita selanjutnya bagaimana Zahrin menangani rajuk Aiza dan Medina.
P/S: Sebenarnya Cik Pah tak puas hati dengan endingnya. Keputusan Aiza menyambung pelajaran ke oversea tidak menyelesaikan masalah. Apa akan berlaku selepas Aiza pulang ke Malaysia? Dah la Zahrin mengambil keputusan berpindah ke Johor bersama Medina. Seolah-olah Medina bolot semuanya. Masa bersama Zahrin, masakan kegemaran (asam pedas Medina vs kari Aiza), hobi, anak-anak yang ditinggalkan. Ya! Medina adalah insan istimewa dihati Zahrin. Keistimewaan yang tidak ada pada Aiza. Sadis dengan kenyataan ini.
* Thanks to Ika Madera yang recommend novel ni masa di PBAKL. Tapi masa tu Cik Pah tak rasa nak beli lagi sbb cerita pasal poligami ni menyeramkan. Dah baca review dari GR members, baru la beli di PBSelangor
Seperti kata penulisnya; dia telah melukakan hatinya berkali-kali untuk menyudahkan cerita ini.
DAN... antara pembaca yg 'terluka' adalah aku.... emo emo ...
DAN lagi... untuk kali ini aku tak jujur untuk review naskah yg ku baca (sejujurnya yg x 100% dibaca). Tahniah untuk Nazurah Aishah. Takan ramai penulis yg mampu melakarkan naskah berpaksikan isu yg sensitif sebegini. Dan pilihan yg selamat sekali bila POV yg digunakan adalah dari sisi Medina dan Zahrin. Mungkin jika 3rd POV yg dipilih, BUKAN HANYA ADA KITA akan berubah impaknya. Dan kebetulan pembaca novel di Malaysia majoritinya adalah gadis dan wanita.
Kesimpulan atas kisah ini... untuk isu poligami; yg untungnya tentulah si suami.
DAN.... aku amat bersetuju dengan review seorang sahabat. Sedikit 'off' dihujung cerita bila si Aiza memutuskan untuk ke Switzerland melanjutkan pelajaran. Meninggalkan suami dan 2 orang anaknya di bawah jagaan isteri kedua. Dan mereka sekeluarga akan menetap di jajahan Medina.
Pembaca akan tertanya-tanya pula; i) Apa sudahnya bila Aiza pulang semula ke Malaysia? ii)Di mana letak duduk statusnya? iii) Apa kisah anak-anaknya? iv)Dan berkemungkinankah Aiza akan berjumpa 'sesiapa' di sana? (sama dengan kes si suami)- memandangkan prinsip Aiza yg tegas menolak hidup berpoligami.....
Dan... untuk aku pula, dibesarkan dalam keluarga besar (sedozen sebenarnya) yg bersalahsilahkan poligami; banyak peritnya. Biarpun, si ibu isteri kedua yg tidak pernah dimadukan, tapi 'melekitnya' madu masih melekat sampai bila-bila. Tambah pahitnya bila sampai ke generasi ke-2, ke-3 dan seterusnya. Bak kata pepatah lama; dalam setandan pisang, mesti ada antaranya yg 'terluarbiasa'.....
sebenarnya, sblm Anthem, saya dah bc separuh novel ni. tp saya igtkan pd diri, nak bc karya Naz kn persiapkan diri luar & dlm. kn bc sorang-sorang sbb tanpa sedar airmata akan berjuraian. Benar!
Kisah Medina, Zahrin & Aiza. Kasih hadir tanpa diundang, sayang menerpa tanpa soalan, cinta terbina tanpa dipinta, rindu menderu memendam dijiwa. siapa yg ingin menjd pihak ketiga. jika ditanya soalan ini, pasti jawapannya hanya satu, TIDAK!! namun, ketentuan Allah, tiada siapa yg bisa menahan. jodoh pertemuan, ajal maut hanya Dia yg bisa menentukan.
Dalam debaran, mengikuti perasaan Medina yg sering memendam rasa kerana dihantui oleh perasaan bersalah kerana menjadi pihak ketiga dlm ikatan Zahrin & Aiza. Bukan pintanya, juga bukan pinta Zahrin. perasaan itu tidak dpt ditepis dan diakhiri dgn ikatan yg halal.
Sejauh mana, berlarilah. Rahsia itu akan terbongkar juga. Isteri mana yg tidak luka, perasaan mana yg tidak kecewa bila mendpt tahu suami ada insan lain dlm hidupnya. terhina, sakit hati semuanya bergumpal menjd satu.
Namun, Zahrin tetap bertegas tidak akan melepaskan kerana dia mencintai mereka. bukan mudah untuk melurut perasaan luka dan kecewa pada wanita. bukan mudah untuk membina semula rasa kasih pada 2 isteri. namun, Naz bijak mengolah plot dan bermain dgn perasaan. Nyata, Zahrin yg digambarkan bijak untuk mengelola kedua-dua isterinya walaupun dia hampir2 putus asa bila Medina kerap memohon agar dia dilepaskan kerana tidak sanggup utk terus melukakan Aiza yg dikenalinya dialam maya. Aiza pula sering mengugut agar dia juga akan menuntut cerai jika Zahrin terus menemui Medina.
Spt kata Naz diakhir kalamnya, sebelum dia menulis karya ini, dia telah berkali-kali melukai hatinya dulu. selamat membaca!
When ever talked about Nazurah Aishah; she is a good novelis!
Each of her single word on her story will grab your attention. And for me myself, BHAK is her best master pieces above all.
Borrowed BHAK from cik kembar yesterday and I had finished it today. Dalam page pertama buku ni dah grab attention saya untuk tak melepaskan naskah ini.
Rasa hati Ahmad Zahrin dan Medina alzahra sampai pada saya. Ketika naskah ini saya baca, saya merasakan sayalah Medina Zahra itu. Yang sentiasa merasakan bahawa saya perlu berkorban untuk mereka yang saya sayang. Yang merasakan bahawa ada hati yang perlu saya jaga dan saya dahulukan.
BHAK bukan tipikal kisah bermadu yang boleh membuatkan kita marah. BHAK membuatkan saya termenung panjang pada noktah terakhirnya. Kerana ini gambaran sebenar apa itu Qada dan Qadarnya! Ujian-Nya dan hikmah pada ujian-Nya
Seperti kata saya pada Kak Naz, ketika BHAK saya hadam. Tak ada siapa yang mampu saya marah. Tak ada siapa yang mahu saya sebelahi. Kerana tiada siapa yang bersalah. Kecuali sedikit kesal, kenapa hingga begitu ujian yang perlu Medina lalui dan kenapa tidak Zahrin lebih tegas?
Jiwa saya sesak dengan rasa kasihan pada Medina. Rasa cemburu yang Medina rasakan. Dan setiap kali itu juga saya harus mengambil nafas untuk meleraikan rasa yang bersimpul di hati saya.
Saya jadi kasihan pada Ahmad Zahrin. Saya faham rasa serba-salah yang dia tanggung. Rasa risau memikirkan penerimaan Aiza nanti.
Saya juga merasai peritnya hati Aiza bila kebenaran itu terbongkar. Masing-masing terluka. Masing-masing sedih.
Saya suka dengan cara novel ini ditamatkan. Penamatnya indah biar ada peritnya.
Naskah ini pada saya, sangat menarik dan highly recommended to those yang mencari sisi lain dalam cerita poligami.
cerita ini biasa tetapi diangkat menjadi luar biasa di mata saya.
Kak Naz, i will always wait for ur other masterpieces.
kisah seorang isteri kedua yang berkahwin tanpa pengetahuan keluarga dan juga isteri pertama suaminya.
Kehidupan yang pada mulanya aman damai, terus menjadi kacau bilau apabila tanpa sengaja keluarga dan isteri pertama suaminya mendapat tahu tentang perkahwinan itu.
Ikutilah bagaiaman Medina menjalani hidup sebagai isteri kedua secara sembunyi dan terpaksa menyorok agar tidak diketahu oleh kaum keluarga. Kisah ini banyak bermain dengan perasaan seorang Medina, isteri kedua.
Cerita ini mungkin boleh begai pengajaran bagi mereka yang ingin menjadi isteri kedua atau lelaki yang ingin beristeri dua. Banyak sebenarnya yang perlu difikirkan apabila berkahwin dua. Bukan setakat dua jiwa bahkan banyak lagi jiwa-jiwa lain yang perlu difikirkan.
Sekiranya memang jodoh kita utk menjadi isteri jadilah seperti Medina.
tak kirala atas alasan sekalipun ttp x bole trima huhuu ..bukan senang jadi no 2 , lepas tu sorok2 lak tu kan hati dah sakit .ei emosional betul baca cerita ..tak suka ngan Zahrin .dia la yg mulakan segalanya .xpayahla nk kongsi2 sgt hal hal dgn teman lain jantina tgk kan dh jd lain .selalunya cmtula .mula2 nk share2 masalah je lps tu mulala share hati dan perasaan
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM7. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Ini adalah buku kedua oleh Nazurah Aishah yang N baca selepas Lili Buat Najah. Walaupun pada N ia tak sehebat LBN, ia masih lagi mengancam! (N tak sangka salah seorang watak dari cerita LBN turut ditonjolkan dalam cerita ini. Mula-mula tak sedar Abang Harriz adalah orang yang sama dalam cerita LBN sehinggalah nama Tasha dan Najah disebut. Terus hati N jadi sebak. Kesian Abang Harriz, bilalah dia nak bertemu jodohnya.)
Salah satu kelebihan NA adalah beliau boleh 'menghidupkan' cerita dan watak sampai tahap believable. Sebab itulah bila baca buku NA ni sangat stressful sebab as a reader, N sangat invested dengan all the characters.
Satu lagi keunikan buku ni adalah N tak boleh nak choose side. As a woman, tiada siapa yang mahu dimadukan. Isteri pertama dikasihani dan sering kali isteri kedua automatically dibenci dan dianggap perampas. Dan si suami pula dianggap gatal. Tapi dalam BHAK, stereotaip itu disangkal.
Dee dan Zahrin berkahwin kerana cinta. Zahrin tak pernah merancang untuk beristeri dua dan Dee pula memang anti dengan lelaki beristeri dua. Watak isteri kedua bukanlah gelaran yang dia ingin sandang. Tapi cinta mereka tulus dan untuk mengelakkan masiat, mereka berkahwin.
Dee sedar statusnya sebagai isteri kedua. Oleh itu, dia mengamalkan kesederhanaan. Biarlah Aiza isteri pertama dapat lebih, baik dari kewangan, kebendaan dan masa. Zahrin pula sayang Aiza dan Dee sama banyak. Tiada lebih, tiada kurang. Dia menghargai pengorbanan kedua-dua isterinya - Aiza membesarkan dua orang anak mereka sendirian di utara, Dee pula terpaksa menjadi isteri dalam rahsia.
Tapi keindahan itu hanyalah sementara. Isteri mana tak cemburu melihat si suami bermesra dengan wanita lain, walaupun wanita lain itu juga berstatus isteri kepada suaminya. Dee mula rasa inferior selepas melihat cara Zahrin melayan Aiza. Dia rasa dia tak setanding Aiza. Aiza seorang wanita dan isteri yang sempurna di matanya.
Pada Zahrin, Dee tiada kekurangan. Dee tempat Zahrin berjenaka, merajuk dan bermanja. Setiap kali Dee menangis, mata Zahrin turut berkaca. Apabila Dee tiada di depan mata, dia rindu. Dee seorang wanita dan isteri yang perlu dia lindungi sentiasa. Zahrin ingin berterus terang pada Aiza dengan memberi hint tapi Aiza menentang habis-habisan hidup bermadu.
Dee mula rasa lebih baik dia mengundur diri. Dia tak mahu Aiza dan anak-anak mereka dilukai kerana kehadirannya. Tapi Zahrin tak bersetuju. Kalau sayang, kenapa perlu berpisah? Mereka memang sudah dijodohkan bersama. Mereka akan berpisah hanya apabila Allah mengambil semula salah seorang dari mereka!
Rasanya cerita ni boleh dijadikan panduan bagi mereka yang hidup bermadu. Rasanya Zahrin, Aiza dan Dee boleh dijadikan role-model. Tapi in reality, ada ke sesiapa yang sebaik, seikhlas, dan setanggungjawab seperti mereka?
PS: Nak cerita tentang Abang Harriz pulak selepas ini, boleh?
pertama kali aku baca dan beli buku nazurah. Alhamdulillah bagi aku berbaloi. ada beberapa perkara yg buat aku tertarik akan buku ini walaupun sebelum membacanya.
pertama, aku suka tajuknya. sangat suka. entah kenapa.
kedua, aku suka ilustrasi depan buku ini. ya, aku tahu aku tak boleh judge a book by its cover tapi nak buat mcm mana kan, gmbar langit biru, dengan perempuan berbaju pink menatap sekeliling (tak nampak wajahnya tapi aku tahu ada sesuatu yg menyedihkan) mmg menarik perhatian aku.
ketiga, bila aku baca sinopsisnya, aku dapat tahu cerita ini tentang poligami, tapi dari kacamata isteri kedua. menarik! sebab aku belum pernah baca buku bertemakan mcm ni.
keempat, aku tertarik utk beli sebab buku ni terbitan jemari seni. aku tau jemari seni punya buku, penuh dgn pengajaran dan teladan hidup. aku bukanlah ada pengalaman jadi isteri kedua, tapi bila aku baca ttg medina, aku terasa juga seperti aku betul2 memahami derita yg dia alami. gara2 pengalaman aku? erm, aku rasa naz mmg pandai mengolah penceritaan sehinggakan aku betul2 dpt hayati watak medina. banyak perasaan yg dia pendam. besarnya pengorbanan yg dia lakukan, demi zahrin, dan gara2 dirinya yg selalu rasa bsalah terhadap aiza.
ya aku menangis baca babak2 terakhir dlm buku ini. mungkin kerana cerita ini ttg cinta suci. cinta halal.
bacalah. fahami sedikit sebanyak ttg salah satu realiti kehidupan.
Very unique story line indeed! My first time baca buku yang jalan cerita yg unique.. Mengkisahkan tentang Dee yang menjadi isteri ke dua kepada Rin tanpa pengetahuan isteri pertama aiza. Dee yang benci kepada lelaki kawin dua coz of her father kawin dua also tapi the mother redha and rela bermadu.. Ibarat ludah ke langit terkena sendiri.. She fell in love with a married guy. banyak lah kemelut when aiza found out but alhamdulillah a very nice ending! Hehehe
This book is not recommended by suami suami tuk baca coz mcm membagi idea bernas tuk hide things kekekeke...
Sewaktu membaca kisah ini, teringat kata-kata seorang lelaki tentang lelaki: "Lelaki boleh membahagikan kasih sayang kepada lebih daripada seorang secara sama rata."
Mengenali Zahrin dalam kisah ini, saya agak bersetuju dengan kenyataan itu. Zahrin mempunyai dua isteri yang sempurna dan istimewa di matanya. Padahal kedua-dua isteri sering mencari kekurangan diri dan hanya nampak kelebihan si madu.
Saya rasa puas apabila endingnya begitu. Kisah hidup bermadu yang tidak berakhir dengan perceraian. Aturan yang baik yang menyelamatkan keadaan dan membahagiakan semua pihak. Redha dengan ketentuan jodoh. Dan seperti dikatakan dalam kisah ini, berkongsi itu suatu nikmat!
(hanya ulasan buku, bukan propaganda menyokong poligami)
Kena baca buku ni with an open mind (kalau boleh) sebab isunya tidak digemari kebanyakan wanita.
Masa kubaca buku ni rasa macam baca diari pun ye jugak. Sebab ada POV si lelaki dan POV si wanita. Of course kedua2nya berkaitan. Masing2 menceritakan tentang perasaan, tindakan, dilema dan keadaan mereka dalam mengharungi fasa2 yang sukar, happy, sedih dan mencabar dalam kehidupan.
Cerita yang berkisar tentang poligami... pada aku, bukan senang untuk menyelami hati orang yang bermadu kalau tidak mengalaminya sendiri... syabas kepada penulis kerana berjaya menghasilkan sebuah kelainan dalam arena penulisan novel.
Nah.. Cerita dan topik yg agak sensitive dlm pandangan ku. Tapi ia membuka mata aku.. di mana kepentingan Medina mengutamakan kebahagian Zahrin untuk Aiza. Ketabahan mengatasi segalanya... Nazurah Aishah, sebuah novel yg bernas & membuka minda.
different from the other novels. the story from the perspective of the second wife and the husband can help people understand what is in their mind in reality.
sebelum ulas tentang buku ini. kita tulis muqaddimah dulu. ha-ha.
kalau cakap pasal poligami. mesti orang perempuan akan jadi terlalu emosi. memberontak (eh?). kalau isteri pertama tahu terus minta cerai. sambil baca sambil berfikir. kenapa?
may be kerana mindset. may be kerana suasana budaya kita begitu.
ingat balik. keluarga saya sendiri dari nenek moyang yang diceritakan oleh ayah umi tentang salasilah keluarga kami. ada yang nenek kahwin dari satu. eh, perempuan kahwin lebih? mean, kahwin. ada berpisah hidup. ada berpisah mati. jadi kahwin la lebih kan? ada datuk moyang kami kahwin lebih dari satu.
ye la, tiap kali hari raya kami kene buka kitab salasilah keluarga kami. bila mana pergi berziarah mesti bertanya yang ni saudara mana pula. habis segala sepupu-saudara-tiri. cucu-saudara-moyang. tok sedara-nenek la. ha, tak ke pening tu. lagi-lagi kami yang keluarga depan ada WAN ni. bukan keluarga sebelah pihak. tapi kedua-duanya sekali. keluarga umi. keluarga ayah. jadilah keluarga besar kami.
tak kurang waktu kenduri. bila pergi majlis walimah. mula la buat sesi ulangkaji dalam kereta sama ada selepas atau sebelum. selepas bila bertemu muka dengan keluarga. lagi-lagi kelantan ada macam-macam term panggilan. macam nenek aisyah kami, orang panggil mok adik. itu pun kami adik beradik tak habis hafal lagi.
kalau dengar cerita dari umi, orang dulu zaman 50-an dan 60-an la kot(orang kampung dia la) kahwin cerai pun masih boleh berbaik lagi. siap datang singgah rumah bekas lagi. tak da masalah. kahwin ramai tak da pula masalah. adik beradik baik. madu-madu ok je. mungkin selepas zaman cerita p.ramlee - madu tiga maka ada persepsi isteri muda ini begitu. begini. mungkin. hanya satu hipotesis.
itu sejarah keluarga. kalau persekitaran, ada kawan saya keluarga besar begini. ada kawan umi, kawan ayah yang kahwin lebih satu.
ingat lagi masa join kelas KAK MARINA, tajuk impromptu hari tu pasal poligami. bukan saya yang kene. tapi terfikir juga la masa tu. waktu itu umur 18,pikiran masih budak-budak. secara positif ok je. sebab dapat keluarga besar. yang adik beradik jadi ramai. raya nanti meriah, itu je la. ada dua or tiga mak/ayah. nak merajuk boleh lari rumah lagi satu. tapi kalau tanya sekarang, entah la. kalau kata terima, nanti bila dah kene batang hidung sendiri mesti tak dapat terima kenyataan jugakkan? hati ni sentiasa berubah.
sentuh lagi soal ini, novel ketika cinta bertasbih ada kupaskan isu waktu anna dirisik oleh keluarga (tak ingat) dia buat syarat, andai kata dia dimadukan maka jatuhlah talak. right? jadi, boleh meletakkan syarat begitu sebelum kahwin. sebagai langkah berjaga-jaga. jadi, boleh je nak elakkan poligami kalau tak mahu kan?
lagi, penting. masalah ini bukan la masalah sekarang. back to basic. tengok balik sirah rasulullah. rasulullah saw juga berkahwin lebih dari satu. belajar balik dari sirah. bagaimana rasulullah menguruskan rumahtangga. bukankah rasulullah ini sebaik-baik contoh?
okeh. habis sudah muqaddimah.
mari kita review buku ini. setelah buku ivy melur terus niat tak nak beli buku nazurah aishah. bukan apa. sebab tak kena dengan jiwa. kalau lily utk najah tu memang nangis juga la. jadi, buku ini berat sebenarnya utk beli. tapi bila kata kulit belakang ini. ok, macam menarik. jadi belilah juga. tapi telah ingatkan diri don't expect much.
well, dari segi bahasa ada sedikit improvement. walaupun masih ada meleret disitu.
dan saya juga telah baca tinta dari nazurah dimuka belakang sebelum mulakan mukasurat pertama.
jadi, cerita ini saya boleh terima. namun bagi saya, orang melayu masih lagi dengan mindset bahawa isteri kedua ini perampas. sebab itu bagi saya cerita biasa. klise. watak medina diletakkan sbg isteri kedua yang baik. mengalah. padahal sebelum itu dia medina the rebell. hmmm, hati. boleh berubah.
lagi, mungkin juga selain menggunakan peribahasa meludah ke langit kena muka sendiri buat medina tidak sesuai. i think. sebab, sejarah keluarga medina sebenarnya mengingatkan diri nya. its karma. what goes around come around. sebab tu jangan membenci terlebih. sayang terlebih. sejarah keluarga sendiri sebagai satu pelajaran dan pengajaran untuk medina sebenarnya.
mungkin the story show a positive side. but mengalah. simpan perasaan.pendam perasaan itulah yang membuat konflik pada cerita ini. sedangkan komunikasi itu penting lagi-lagi dalam perkahwinan.
walaupun saya muda-single-available lagi, tapi saya belajar dari sekeliling. like medina but she still do same thing like what her father did to her mother. merahsiakan perkara itu.
some people may said cakap boleh la. tapi yang saya boleh kata belajar dari kesilapan. belajar dari sejarah.
Pertama sekali terima kasih kepada penulis atas penghasilan buku BUKAN HANYA ADA KITA...
Terima kasih kerana berani mencuba dan menulis dari sisi watak yang di anggap 'musuh' masyarakat ini...
Tak ada banyak yang mahu saya kongsikan dari buku ini tapi ingin berkongsi sedikit kisah saya dan ingin melahirkan rasa terkejut dan teruja atas penghasilan novel ini yang mana ia seakan persis apa yang sedang saya lalui...
Malah yang mengejutkan karakter setiap satu nya benar-benar persis dan sama...
Apa yang di alami oleh Medina adalah apa yang sedang saya lalui...Watak Zahrin itu sendiri gambaran terhadap Mr.Z saya...malah Aiza itu sendiri berperibadi seperti Mrs.A isteri pertama Mr.Z...yang mana kedua-duanya nama mereka bermula dengan abjad yang sama...sungguh ajaib rasanya tatkala membaca novel ini...
Saya wanita berkarier, yg punya segalanya sebagai seorang wanita...tetapi saya menggalas satu title yang tak semua wanita mahukan iaitu ibu tunggal. Menjadi ibu tunggal di usia muda memberi cabaran besar buat saya. Saya menjadi paranoid dan berfikiran ortodoks mungkin kerana keruntuhan rumahtangga yang lalu, di tambah ibu dan ayah saya juga berpisah kerana ayah berkahwin lain. Ini membuat saya agak berhati-hati untuk mencari pengganti ayah kepada anak tunggal saya. Sehingga lah pertemuan dengan Mr.Z mengubah segalanya. Tanpa mengetahui status sebenar Mr.Z. Syarat utama sewaktu memetrai perkenalan saya telah meletakkan syarat saya tak akan berkawan dengan suami orang, tunang orang atau boyfriend orang. Ternyata syarat saya di khianati Mr.Z. Saya menjauh kan diri kerana tak sanggup melukakan hati wanita lain, namun kuasa Allah itu tiada siapa boleh halang. Saya bermohon setiap hari untuk melupakan dia di minta di jauhkan dia dari hidup saya andai ia memudaratkan namun semakin jauh saya 'lari' semakin dia hampir. Sehingga saya tak mampu 'berlari' lagi. Saya tak minta untuk menjadi orang ketiga jauh sekali menjadi perampas. Saya cuma menumpang secebis kasih dan sayang dari milik orang lain tanpa kebenaran.
Yang membezakan cerita ini dan kisah saya, kami bertiga berada dekat antara satu sama lain...ruang lingkup tempat kerja saya dan Mrs.A teramat hampir...namun begitu masa saya dengan Mr.Z hanya d waktu siang...begitu lah masa yang d peruntukkan untuk saya...hujung minggu hanya pabila dia outstation baru kami berkesempatan bersama...saya tak pernah menuntut 'masa' yang lebih dari sepatutnya kerana saya tahu d mana letak nya diri saya...bohong andai tiada rasa cemburu, tetapi saya sentiasa mengingatkan diri sendiri untuk apa perlu cemburu kerana dia berada dengan orang yang betul iaitu isterinya sendiri, dia tak kemana pun...
Seperti mana Zahrin apabila bersama Aiza dia tak mampu menghubungi Medina sewenang nya...begitu juga saya...tp semua yg saya lakukan sy ttp laporkan menerusi wasapp, dan apabila ada masa terluang dia akan menghubungi saya, cuma saya 'DI LARANG ' keras untuk menghubungi Mr.Z... secara mata kasar bagaikan saya 'mistress' buat Mr.Z...namun saya redha kerana ini jalan yang saya telah pilih.
Saya berharap segalanya akan berakhir dengan baik. tanpa ada yang tersakiti walaupun ia agak mustahil tapi ia masih boleh terjadi. Buat Mrs.A, Mr.Z tetap suami awk selamanya, dia tetap hak awk dan saya tak akan pernah rampas Mr.Z dari awk. Saya cuma mahu berkongsi kasih sebagaimana Medina. Teringin sekali saya menghadiahkan buku ini buat Mrs.A supaya dia boleh mengerti hati saya. Buat Mr.Z berlaku adil lah pada kami berdua. Saya sentiasa akan menjadi sahabat, teman, kekasih, musuh dan isteri awak selamanya meskipun ia perlu di rahsiakan seribu tahun lagi. Seperti yang kita pernah janji hadir saya bukan untuk serabutkan keadaan tapi memberi ketenangan. Saya ikhlas terima awk seadanya.
Bukan senang untuk menghabiskan kisah yang rumit dan bersegi-segi ini. Kudos to the author! Kalau sudah hati pembaca sendiri terluka, hati penulisnya yang terlebih dulu menjiwai setiap watak apatah lagi.
Selalu kita membaca dan menghakimi isu poligami dari sisi seorang isteri pertama. Isteri pertama sebagai mangsa dan isteri kedua sebagai pesalah. Tapi di sini, cerita ini membawa kita untuk memahami dilema dan menyelami hati seorang isteri kedua.
Cuma, seperti yang Aiza katakan pada Medina, seorang perempuan yang baik tidak sesekali akan mengganggu rumahtangga orang lain. Letaklah apa alasan sekalipun. Tiada kompromi.
Sebelum berkahwin, Medina sudah sedia maklum akan status Zahrin. Tapi dia tidak mampu menghalang kehendak hati biarpun dia sendiri lebih dari tahu bagaimanakah kehidupan berpoligami nanti.
Ini yang saya tidak faham tentang Medina. Saya percaya everything happened for a reason. Jodoh itu rahsia yang kita tidak pernah tahu. Tapi saya juga percaya, sedikit sebanyak jodoh juga ditentukan oleh empunya diri. Sekiranya kita mahu, maka jadilah. Saya simpati dengan Medina. Tapi saya tidak mahu berpihak dengan dia apabila memikirkan tentang Aiza. Tergamaknya Medina, kan! Setelah dia sendiri melihat mummynya dimadu.
Dan Zahrin. Saya faham kenapa dia berkahwin dua. Dia sedar, ada sesuatu pada perempuan lain yang tiada pada isterinya. Lalu dia ambil alasan itu untuk berkahwin lagi. Which is ridiculous.
Ending cerita kurang meyakinkan. Kerana memang sudah menjadi fitrah seorang perempuan untuk cemburu apabila melihat suaminya bermesra dengan perempuan lain.
Kalau saja Abang Harriz cepat bertindak dan meluahkan perasaannya, kan...
Berjurai jurai air mata baca buku ni. Penulis pandai olah watak Medina dan ceritakan kesedihan dia sampaikan kita rasa kesian kat dia walaupun dia isteri kedua. Walauun dah berulang kali baca buku ni, tetap nangis😭😭. Sedih macam cerita Lili Untuk Najah.
Tiada siapa tau perancangan Allah. Dan sesungguh perancangan Allah SWT yang terbaik.
Menjadi isteri kedua, tidak pernah terlintas dalam perancangan Medina. Namun tiada siapa menyangka kejauhan di Oman mempertemukan jodoh Medina dan Zahrin yang sudah beranak dua.
Sesungguhnya, Wanita adalah ciptaan Allah yang sungguh kompleks. Namun ternyata amat indah.
Cerita yang harus dibaca dengan penuh teliti sebab penuh dengan keindahan dan kelembutan.