Jump to ratings and reviews
Rate this book

Takkan Kulepaskan

Rate this book
Maria dibesarkan di rumah anak yatim. Demi mencapai cita-citanya, dia nekad mengubah nasib diri dengan bekerja di rumah keluarga bangsawan. Malangnya, dia sentiasa dihina oleh majikannya. Air mata menjadi peneman setia. Namun, dalam diam ketabahannya telah menarik hati seseorang.

Tengku Ezairul, lelaki ego yang memandang darjat dan kedudukan. Dia bencikan Maria. Tiada sekelumit rasa belas kasihan tatkala mamanya mendera gadis itu. Namun, cinta tidak mengenal siapa. Dia tidak dapat membohongi hatinya bahawa dia sebenarnya menggilai gadis itu. Tembok keegoannya runtuh dalam sekelip mata. Mampukah dia mempertahankan rasa cinta itu? Kata Maria, cinta mudah untuk diucapkan.

Cinta mudah untuk diluahkan. Tapi cinta juga mampu menghancurkan. Dia tidak meminta untuk dicintai, apatah lagi disakiti. Dia wanita biasa yang lemah dalam cinta. Tapi perasaan itu tidak akan terkubur bila hatinya terukir nama lelaki itu.

544 pages, Paperback

First published December 20, 2012

6 people are currently reading
51 people want to read

About the author

Emy Raziela

4 books3 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (28%)
4 stars
15 (32%)
3 stars
5 (10%)
2 stars
7 (15%)
1 star
6 (13%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for SS.
512 reviews5 followers
July 10, 2024
📌 Unexpected Reading

Buku tahun 2012. Baru nak baca sekarang tapi why not. Baran tapi tetap baca sampai habis sebab rasa macam aku dah halfway ni. Kalau aku tak habiskan macam bazir pula masa yang dah kita gunakan. hshs. Masa itu emas. Dah terbaca takkan nak patah balik.

Dalam cerita ni, kita akan berkenalan dengan watak heroin (Maria) yang mudah memaafkan hero berkali kali tanpa jemu dan hero (Tengku Ezairul) yang mudah meminta maaf dan harap akan dimaafkan atas perangai tak matang dia.
Besar atau sekecil-kecil kesalahan. Begitulah berulang-ulang scenenya. Kadang rasa capek banget membaca benda yang sama. Banyak main tarik tali. Masalah yang sepatutnya diselesaikan dengan cepat jadi lambat diselesaikan sebab berbalik pada point no 1 ( main tarik tali).

Ni macam nak lawan level buku Siti Rosmizah ke?

Kita nak kategorikan Maria ni sebagai apa? Perempuan cantik kacukan Rusia yang cantik tapi lemah? . Biarkan diri dibuli majikan. Bukan buli saja malahan sampai tahap mendera. Masih tetap berdiri teguh bekerja dekat rumah tu. Tak ada pula dia nak lari keluar atau minta berhenti kerja dari situ. Ya. Niat nak cari rezeki. Tapi ada banyak lagi kerja lain dik Maria.

Bayangkan --kena belasah separuh mati untuk hal-hal tak muhasabah, rambut dipotong, dituduh mengoda suami majikan, kena perangkap cuti barang, disiram air panas, ditampar etc. Banyak tau benda yang kalau kau report polis. Majikan kau confirm meringkuk dalam lokap. Aku sumpah hangin dengan Maria ni. Dia jadi macam tak cerdik and lurus macam pembaris pun ya. Meh sini nak kasi tuition.

And Tengku Ezairul. Entahlah 🤷🏻‍♀️ Sepatutnya kau takyah jadi main lead hero pun tak mengapa. Bagi chance kat adik kau atau Syawal tu lagi bagus. Dah la banyak janji manis tapi tindakan kau tu lambat cam siput vavidoll. Ya Allah, sabar banyak la kalau in real life ada lelaki macamni.

Goodlooking, bekerjaya, berharta & stabil dari semua aspek. Tapi kalau sejenis siput. Memang spoil hshs
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
May 30, 2017
#39
Penat membaca naskhah ini. Penat bukan apa, penat kerana melihat perkataan maaf yang keluar dari hero terlalu murah. Buat jahat kemain, sedar diri minta maaf. Heroin pula terus terima maaf. Seriously?

Maaf buat penulis. Bukan mahu mengkritik, cumanya saya kira idea itu sudah ada. Tapi... tidak tahu mengapa, saya terhenti pembacaan pada halaman 100. Namun, saya cuba gagahkan diri untuk ke halaman terakhir. Dan... berduaan dalam rumah? Mana tukang kebun, pengawal semua tak perhati ke?
Profile Image for Siti Nur.
23 reviews
January 12, 2018
This book is interesting to read but not worth to buy. Jalan cerita yang menarik tp terlalu banyak konflik yang berulang sehingga bosan untuk membacanya.
3 reviews
June 1, 2019
saya suka jln cerita dlm novel ini. bila dah start baca mcm susah nak berhenti
1 review
January 20, 2024
actually i have this novel at home , ini adalah novel yang paling saya sukai, saya sudah baca lebih dari 3 kali tetapi saya tidak pernah bosan , saya suka jalan cerita novel ini
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.