Kita hampir nak DNF this book. Kita stop baca half way. Then, selepas berbulan2, baru kita try baca balik buku nie, with a fresh mind. Turned out, rasa thrill baca buku nie…😍
Rating: 🌟🌟🌟🌟.2
Pada tahun 2037, seorang professor mencipta mesin masa untuk menyiasat kematian arwah isterinya. Dia, dibantu oleh anak angkatnya, seorang wanita yang berumur awal 20-an. Dengan menggunakan mesin masa tersebut, gadis tersebut sering muncul dan hilang di tempat yang sama. Ketika dia muncul pada tahun 2023, dia terserempak dengan seorang lelaki, yang tersangatlah curious dengan wanita tersebut. Lelaki tersebut mula mengejar wanita tersebut, ingin mengetahui identiti wanita itu. Apakah rahsia wanita yang bukan dari zaman lelaki itu? Dan bagaimana pula kematian isteri professor itu akan merungkai misteri kes2 kematian wanita yang selama ini tidak dapat diselesaikan oleh pihak polis? Fuhh, sounds thrilling kan?
ML - Arif Dzafri / Zaf
Seorang tentera yang sedang bercuti. Berumur lewat 30-an. Bila ML terserempak dengan FL, ML mula terjebak dengan penyiasatan yang sedang dilakukan oleh FL.
“𝑻𝒂𝒌 𝒂𝒅𝒂 𝒔𝒆𝒔𝒊𝒂𝒑𝒂. 𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖, 𝑴𝒆𝒍. 𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖.” 𝒁𝒂𝒇 𝒕𝒐 𝑴𝒆𝒍.
Dalam buku nie tak banyak ayat2 cinta. Tapo, bila sekali ML ucapkan ayat macam kat atas tue, terus FL cair…🫠
FL - Emelda / Mel.
Pandai mempertahankan diri. Merentas masa dari tahun 2037 untuk membantu ayah angkatnya menyiasat kematian isterinya.
Cerita nie sebenarnya sequel kepada Lelaki Exit 217 (LE217), which I love so much. Cuma, main characters berlainan, and different setting. Tapi, ada kemunculan main characters dari LE217, yang menjadi side characters dalam novel nie. So, memang disarankan untuk you all baca LE217 terlebih dahulu untuk lebih enjoy novel nie.
Kalau LE217 ber genre kan paranormal, this one ber genre kan action thriller. Of course ada romance. And this time, siap merentasi masa. Dalam novel nie, ada misteri pembunuhan ramai wanita2, yang agak kejam, di mana polis tak dapat nak solve cases tersebut. So, memang terpulang kepada ML & FL untuk cuba merungkai misteri kematian wanita2 ini.
Suka sangat all the banters between the main characters. Loyar buruk pun ada. Mereka ada perasaan towards each others, cuma mission mereka lagi penting. So, most of the time, they love to tease each others. Suka juga all the cameos from LE217, especially Syafiq & Riya. These two are so adorable…😍 And ayah angkat FL, baiknya lahai hati dia…🥹
The thrill started dalam pertengahan buku nie. So, starting from there, kita macam susah sangat nak stop baca buku nie. Macam terus rasa nak tahu.
And the ending? How come you leave me hanging like this, author? Akan ada sequel kah? 😨
Of course, bila buat cerita tentang merentasi masa (time travel) nie, akan ada kekurangannya. Contoh, kalau kita travel back to time, apa akan jadi pada kita yang berada di tahun lama? Sejarah akan berubah kan? In fact, ada certain parts memang agak pening skit nak faham. Cuma, kalau you all nak enjoy cerita time travel macam nie, you have to put your brain aside sekejap.
Kita noticed some of the errors dalam buku nie. Especially yang melibatkan English sentences. And ada one scene yang macam tahun dia tak berapa btul. Tak pasti, adakah author cuba untuk menyiapkan buku nie dalam keadaan tergesa2? 🤔 And, the age gap between the main characters tue, memang agak besar. Which yang membuatkan kita almost nak DNF this book. But then, mereka bukan bawah umur pun.
Apa2 pun, penulisan author nie masih mantap. Plot pun okey. Dialog pun best. Cuma, kalau nak dibandingkan dengan LE217, LE217 masih lagi terpahat dalam hati kita…😍
Teruskan berkarya author…👍🏻👍🏻👍🏻