Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kolonial Mimpi

Rate this book
Dalam kalut perintah darurat, Hairi tersedar yang dia berada di Kuala Lumpur. Khayalannya berbaur. Ingatannya kabur. Di saat negara mulai dijajah, dia masih lagi dalam keliru dan ingin kembali ke Kota Kinabalu. Dari sebuah hotel di Kuala Lumpur, ke KLIA dan Flat Jingga, Hairi tercampak ke dalam penjara dan bertemu dengan seorang tentera diRaja.

Dari ingatan yang paling diingati, Hairi hanyalah seorang pustakawan yang larut dalam mimpi-mimpi cinta seorang wanita dengan wangian lavender, namun dia berakhir sebagai seorang anggota Militan Kinabalu menentang penjajah di Borneo Utara.

Kolonial Mimpi, sebuah sci-fi perjalanan separa sedar seorang pemuda bernama Hairi di kala negara kembali terjajah.

323 pages, Paperback

First published September 1, 2012

5 people are currently reading
71 people want to read

About the author

Sahidzan Salleh

14 books76 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
14 (16%)
4 stars
36 (41%)
3 stars
31 (36%)
2 stars
3 (3%)
1 star
2 (2%)
Displaying 1 - 28 of 28 reviews
Profile Image for Luc Abdullah.
Author 6 books61 followers
Read
September 23, 2012
Enggan saya letakkan bintang (rating) kerana saya mahu mereka yang sedang membelek reviu untuk buku ini untuk membaca hasil tulisannya sendiri. Kerana--citarasa yang banyak memainkan peranan dalam membezakan laras kepintaran masing-masing untuk mengatakan betapa magisnya ataupun betapa buruknya nukilan seseorang tersebut.

Cukuplah untuk saya katakan selepas membaca edisi manuskrip pertama yang masih suci yang banyak kekurangan dan juga edisi kedua yang telah diterbitkan ini--banyak bezanya, banyak yang telah dibaiki oleh si penulis untuk menghasilkan yang terbaik untuk dirinya. Macam Jimadie Shah Othman cakap dalam buku Helo-helo kepada Bush, menerbitkan buku perseorangan pertama adalah keberanian menghadapi masa lalu sendiri.

Apa yang saya suka tentang penulisan Sahidzan juga berkaitan dengan apa yang saya suka baca dalam penulisan, iaitu deskriptif yang imaginatif. Mungkin kau tak suka. Dan saya lebih suka mengingatkan diri sendiri, penulis menulis untuk dirinya sendiri serta kepuasannya sendiri kebanyakannya. Bukan untuk memuaskan hati pembaca yang entah siapa-siapa.

Oh ya, lupa mau cakap, penulisan orang Borneo kebiasaannya boleh dilihat dari lenggok bahasa yang digunakan. Kalau yang pernah dengar macam mana gaya bahasa orang Borneo, macam Sahidzan lah.
Profile Image for Khrlhsym Khrlhsym.
Author 7 books37 followers
August 31, 2012
buku ni ada 43 bab setebal 323 mukasurat. seseorang lelaki amnesia kronik mencari identiti dalam masa yang sama, negara dijajah kembali. aku suka cara sahidzan menulis, detail dan penuh imaginasi.
Profile Image for Fdhl.
5 reviews
October 26, 2012
kolonial mimpi. keseluruhannya cerita ni boleh dikatakan antara yang terbaik dalam kalangan buku genre sci-fi melayu yang aku baca. sebab tak banyak pun buku bergenre sci-fi yang aku baca. lagi lagi dalam bahasa melayu.

penulis berjaya buat aku hanyut dalam imajinasi peperangan di masa hadapan. bagaimana keadaan dunia berpuluh tahun dari sekarang. dan ya penulis juga berjaya menanam sikap benci kepada amerika sepanjang aku membaca novel ni.

aku nak kasi 5 bintang. tapi aku tak mahu sebab aku rasakan ceritanya bagai tergantung. tapi serius. memang power.

so lepas ni mungkin...GERGASI??
Profile Image for farahxreads.
715 reviews263 followers
February 1, 2019
Kolonial Mimpi, sebuah karya saifai yang berlatar masa pada tahun 2066 ketika Malaysia sedang dijajah Amerika kerana ketidakstabilan politik negara. Mengisahkan tentang si protagonis, Hairi, yang mengalami amnesia yang bterjebak menjadi anggota militan Kinabalu menentang penjajah di Borneo Utara.

”Aku takkan mati tanpa memeluk musuh,”

Jalan cerita yang sangat menarik. Bagi saya, Sahidzan berjaya menggambarkan secara kemas bagaimana situasi jika perang dan proses peralihan kuasa berlaku. Sindiran terhadap sifat Amerika yang suka ‘menyibuk’ tentang hal-hal negara lain juga cukup bagus digarap di sini. Cuma, ada bahagian yang saya rasa terlalu meleret-leret dan repetitif terutamanya bila watak-watak dalam buku ini bersembang tentang kebencian mereka terhadap Amerika.

Apa-apa pun, it was a good read. Harap Sahidzan Salleh terus menulis dan menulis lagi.
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
September 18, 2014
"Negara kita yang tercinta ini sedang berhadapan dengan suatu situasi yang amat kritikal. Perintah darurat akan ditamatkan dan ditarik balik serta-merta serentak dengan pengumuman ini. Diharap setiap rakyat negara ini berada dalam keadaan berjaga-jaga dan bersatu padu bagi mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara... Kita bakal menghadapi satu serangan dari tentera luar. Para tentera kita, pejuang-pejuang kita, sedang bersiap sedia di perbatasan negara untuk mempertahankan kedaulatan tanah tumpah darah kita ini dari diceroboh hingga ke titisan darah terakhir mereka..."

Entah pernah atau tidak dan rasanya belum sebelum ini, sebuah buku, ya sebuah B.U.K.U, membuat hamba merasa sensasi goosebumps seperti mendengar suara Hafiz melagukan Ku Akui di final AJL 27 atau Karise Eden menyanyikan It's a Man's World di audisi The Voice Australia. Jadi, tahniah Sahidzan Salleh untuk persembahan hebat bertajuk Kolonial Mimpi ini.

KM membawa hamba membayangkan sebuah peperangan di tahun 2066. Sebuah penjajahan yang telah meruntuhkan tembok merdeka yang dibina bertahun-tahun lamanya. Sebuah malapetaka yang hamba tidak pernah tega untuk fikirkan berlaku di negara kesayangan ini. Dan, semua bayangan itu berjaya menjemput debar dan gentar yang menyelit di tengah semarak patriotisme yang mulai menghangat.

Imaginatif. Penulis menulis dengan penuh imaginatif dan lebih dari itu penulisan serta gaya bahasanya sangat baik (setelah hamba memutuskan untuk memberi maaf tentang perenggan yang sangat-terlalu-melampau panjang itu). Dan, mungkin kerana faktor imaginatif itu menjadikan penceritaan buku ini menjadi effortlessly detail tetapi tidak berlebihan.

Sesuatu yang hamba sukai lagi tentang buku ini adalah penulis tidak melampau mencuba untuk mencanggihkan semua benda di dunia pada tahun 2066 yang diimaginasikannya. Selain formula penciptaan wajah artifisial yang sekali lagi hamba sudi maafkan :P, tiada ciptaan futuristik mengarut yang mengundang jengkel hamba. Terima kasih. Huhu.

"Saya adalah tentera diRaja Malaysia. Dan kamu adalah anggota-anggota di bawah saya, menjadikan kamu juga tentera diRaja Malaysia seperti saya. Dan tentera diRaja Malaysia tidak akan sama sekali menyerah diri kepada musuh. Kita akan berjuang hingga ke nafas yang terakhir. Hingga nadi kita berhenti! Percayalah, perjuangan kita ini bukanlah sia-sia." - Malik

Watak Malik, si bekas tentera diRaja yang lalu menjadi ketua gerakan Militan Kinabalu, merupakan watak yang paling mengesankan dalam buku ini. Ucapannya, hujahnya, keberaniannya dan betapa patriotiknya dia, menjadikan wataknya inspirational. Tetapi encik penulis, jika hendak menulis sambungan untuk KM, tolong hidupkan kembali Kamal ya. Dia ibarat petrol yang menjadi satu kepelikan hamba dalam senarai bau kesukaan. :P




p.s Semacam ironi hamba terdengar lagu M.I.A. di radio ketika membaca buku ini.
Profile Image for Dilla.
30 reviews
October 23, 2012
okei. mula dengan kulit buku. menarik. menggunakan warna ala-ala askar. sedikit sebanyak memberikan idea tentang isi buku.

susunan kata-kata yang menarik. setakat yang aku baca cuma ada beberapa kesalahan ejaan. maaf, mata aku ni laju sahaja mengesan perkara sebegini.

berlatar-belakangkan masa hadapan. atmosferanya peperangan. aku anak pasca merdeka. tidak mempunyai input khusus atau pengalaman peperangan. hanya mengetahuinya dari media massa dan buku-buku. bila aku membaca buku ini aku dapat rasakan pentingnya semangat cintakan negara. semangat patriotik yang patut disemai oleh anak Malaysia. bukan semangat yang hanya wujud dengan percikan bunga api dan laungan Merdeka! semangat mempertahankan negara sehingga ke titisan darah terakhir.

digarap dengan teliti, aura perang dan penuh ilusi. kolonial mimpi :)
Profile Image for Ophan Bunjos.
Author 8 books36 followers
October 10, 2013
saya masih mencari Spartacus. di mana-mana saya akan mencari Spartacus. di tanah lamanya yang hangus, di Roma, di gelanggang Batthius, di bilik perempuan setianya, di pasar-pasar.

mengapa Spartacus yang ada dalam fikiran aku? mengapa?

peperangan. kerna peperangan. peperangan adalah mimpi-mimpi yang menggairahkan. kita boleh berada di mana-mana kita mau selama kita berada dalam peperangan.

begitulah Sahidzan Salleh.
Profile Image for Pie Mesnan.
220 reviews5 followers
November 29, 2012
sebuah karya perang,sci fi, penjajahan, yg menarik untuk dibaca tp perlu dihadam dengan betul2 supaya tiada kekeliruan akan berlaku..bincangkan ideologi2 negara kite skrg..bagaimana malaysia boleh dijajah suatu hari nanti...
hairi seorang pustakawan telah trjebak dlm kolonial mimpi yg misteri..
plot n kisah yg menarik..tp ada sdkt kelemahan..boleh diperbaiki..good books..thanx lejenpress n sahidzan salleh
Profile Image for Khairul Umar Hamzah (Kuhaf).
63 reviews29 followers
February 25, 2013
Bahasa yang mudah, plot cerita yang terkadang tak dijangka, serta penerangan yang terperinci buat cerita ini indah untuk dihadam.

Sahidzan punya tulisan yang baik,cuma plotnya yang mengambil latar di Borneo terkadang susah untuk digambarkan kerana tak semua orang pernah sampai ke Borneo.Tapi, itulah gunanya imaginasi.
Profile Image for Qhist Ma.
96 reviews64 followers
November 10, 2012
Khalaq...

patutlah aneh lelaki bernama Hairi ni...

Incik Penulis, walaupun ada part yang meleret2, namun, masih, saya berpuas hati..~
Profile Image for atep.
11 reviews
March 23, 2022
kolonial mimpi
.
.
first sci-fi novel yg aku baca . nak bagi review sbb this book is underrated but sooo freaking good thooo . the plot twist , the storyline , detail ii yg ada is so chef kiss . basically this book is about amerika yg datang jajah malaysia and ada macam geng malaysia nak jatuhkan amerika . hairi , the mysterious guy tiba ii muncul dekat the rennes hotel and then masuk penjara lah apalah . kat situ dia jumpa malik , kamal , siva geng tpm lah kan . journey nak jatuhkan amerika tu kinda good and misteri hairi tu pun good . paling benci dani fullstop . the ending kinda tergantung but not too tergantung cause still tahu sapa yg build hairi . entahlah idk what to add anymore but this book , i repeat is FREAKING GOOD .
btw , i bought this book at shopee for only 5 ringgit .
Profile Image for Nazrul Mohd.
191 reviews6 followers
October 30, 2012
Dah lama aku tak hadam buku yang selazat ini. Hah, Kolonial Mimpi, jalan cerita yang menarik, buat aku berfikir, berjaya masukkan aku ke dalam dunia Kolonial Mimpi, dan tahniah Sahidzan Salleh, sebuah buku genre sci-fi yang berjaya.
Profile Image for Shafaza Zara.
166 reviews34 followers
November 7, 2012
Bintang yang aku letak tak penting. Tapi aku nak orang lain baca dan hadamkan. Sahidzan ada kekuatan sebab aku salah seorang pengikut tulisan dia.
Profile Image for Qiez.
17 reviews12 followers
November 11, 2012
If this book has a tagline it would be " expect the unexpected". A great read!
Profile Image for Azhar.
Author 13 books18 followers
March 11, 2013
Sa-moga difilemkan dan dibikin sekuelnya.
Profile Image for Sang.
Author 3 books13 followers
May 5, 2013
Sci-fi peperangan yang banyak tertumpu di Sabah itu bagi saya sangatlah hipster. Walaupun fiksyen imaginasi, ianya tegap dan kukuh. Tahniah sahidzan
Profile Image for Rona Irama.
61 reviews
November 15, 2020
”Aku takkan mati tanpa memeluk musuh,”

Sebuah karya saifai, perang dan penjajahan yang membawa pembaca ke tahun 2066 ketika Malaysia ditawan oleh Amerika Syarikat akibat ketidakstabilan politik. Kolonial Mimpi berkisar tentang Hairi seorang pustakawan yang menghidap amnesia dan secara tak sengaja terlibat dalam gerakan Militan di Sabah yang cuba menentang penjajah di Borneo.

Penat sebenarnya baca buku macam ni. 2 minggu ye nak habiskan bacaan. Taknak kata meleret. Tapi lebih kepada deskriptif yang imaginatif bak kata Luc Abdullah. Tapi as the story bergerak dari satu scene ke scene yang lain, it just gets better.

Love it! Sahidzan tak pernah menghampakan.
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
April 25, 2022
Buku ini bawa aku melalui pelbagai konflik bersama watak. Dari darurat ke penjajahan, menjadi tahanan, kemudian penantian dan pencarian, dan akhirnya menjadi seorang anggota militan. Bagi yang sukakan kisah perang, buku ini untuk anda. Twist dihujung buat aku berfikir panjang. Tak silap ini merupakan buku pertama penulis.
Profile Image for Fiqvertigo.
4 reviews1 follower
July 3, 2018
Reading this novel made me feel i'm in a war zone. and i'd like this piece to be filmed.
Profile Image for An Nasaie.
31 reviews27 followers
July 13, 2014
pada permulaan pembacaan ada dua filem yang terlintas dikepala saya, Memento dan Scott Pilgrim versus the world. Filem pertama tentang seorang yang mengidap penyakit amnesia dan terpaksa mengguna kamera polaroid untuk mengingati momen yang pernah dilalui dan filem kedua hanya kerana awek hairi yang bernama Ramona dan membuatkan saya berimijinasi yang Ramona berpewatakan yang sama dengan watak filem. ok, persetankan tulisan sia-sia ini.

Saya seorang yang kurang gemar novel sci-fi dan alasan kuat untuk saya membaca novel mungkin disebabkan faktor, saya selalu mengikuti tulisan2 penulis di blog beliau dan saya menyukai tulisan beliau. Cuma apabila menyebut genre sci-fi menyebabkan saya berfikir penulis akan menulis cerita dengan teknologi yang canggih ala-ala oblivium atau ironman tapi penulis menggambarkan situasi pada tahun 2066 tapi saya melihat penulis sedikit gagal meng'imajinasi'kan kecanggihan tahun tersebut(2066) dengan baik, hanya bermain dengan layar hologram atau item-item yang tidaklah terlalu canggih pada saya (saya tahu mungkin terlalu sukar untuk mengambarkan perkara sebegitu). Atau mungkin penulis sengaja mengambarkan Malaysia pada tahun 2066 tidaklah bergerak maju dengan pesat dan hanya bermain dengan teknologi lama.

Selebihnya saya sangat menyukai plot cerita ini yang disusun cantik dan membuatkan saya terpaksa membaca dengan cepat untuk mengetahui kesudahannya, seperkara yang saya suka tentang penulis ialah penulis mampu menerangkan dengan teliti dan terperinci tentang perkara-perkara yang melibatkan ketenteraan seperti contoh senjata-senjata (mungkin penulis pernah menjadi tentera seperti ophan bonjus).

Semangat patriotisme yang cuba dipaparkan cukup mengetarkan jiwa saya terutama babak akhir Malik dan teman se'militan'nya.

usai buku ini, saya terus membaca sepuloh nama.:)
Profile Image for Fareez Mohd Yusof.
18 reviews
December 7, 2015
Macam mana anda main Call odf Duty, rasa macam tu lah perasaan dia bila baca, ditambah pula watak utama seakan akan hero dalam Terminator Salvation bagai. Terbaik! Persekitaran digarap dengan mantap dengan kemasukan tentera US secara haram menyerang tanah air seolah-olah menggambarkan Malaysia kini seperti Iraq, Syria dan sebagainya.
Profile Image for Nabihah Norisham.
18 reviews8 followers
May 21, 2013
Ini adalah buku terbaik yang membuat kita berimaginasi diluar kotak selepas Ramlee Awang Murshid. Tapi aku pening sedikit jalan ceritanya sebab ada banyak situasi. Dan yang menarik, jika aku punya formula gila seperti dalam Bab 36, pasti aku ubah wajah siapa siapa sahaja jadi Johnny Depp.
Profile Image for Nurul Syafiqa.
2 reviews
January 5, 2013
Jalan cerita yang sangat menarik. Nilai patriotisme ditekankan dalam buku ini, yakni sesuai untuk anak muda kini. Harap ada sambungan.
Profile Image for Naufal Tarmizi.
Author 10 books16 followers
September 6, 2013
permulaan cerita mcm novel komsas ttg peperangan, tapi menuju ke pengakhiran baru nampak urban...
Profile Image for MsJulianaZee.
16 reviews
December 19, 2016
Saya habiskan bacaan buku berunsurkan kententeraan ini tepat pada ambang Merdeka 2016. Semoga Malaysia terus aman tidak kembali dijajah seperti yang digambarkan di dalam buku ini.
Displaying 1 - 28 of 28 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.