Jump to ratings and reviews
Rate this book

Status Hati: Dia Milikku

Rate this book
Illsya Kirana, gadis cantik berkerjaya yang punya ramai peminat. Namun, masih tiada walau seorang lelaki pun yang mampu menawan sekeping hati miliknya. Bagi Kirana, selagi seorang lelaki yang kacak, kaya, berkerjaya, berpelajaran tinggi, romantik dan setia tidak muncul di depan mata, selagi itulah dia tidak akan berkahwin. Sikapnya yang pemilih itu nyata amat merisaukan emaknya, Kamariah.

Bagi Kamariah, usia dua puluh enam tahun telah melayakkan seorang gadis untuk mendirikan rumah tangga. Lantas atas persetujuan Kirana, dia bertindak mencarikan jodoh untuk anak gadisnya itu. Dengan bantuan adik perempuan Kirana, Kamariah menemui rakan lamanya, Dahlia di Facebook. Kebetulan ketika itu, Dahlia juga sedang mencari jodoh untuk anak lelakinya.

Saat bertentang mata dengan Edryzal, Kirana sedar ada satu perasaan halus menyentuh hatinya. Tetapi sayang, lelaki itu langsung tidak menunjukkan minat untuk menjalinkan hubungan dengannya. Sikap dingin lelaki itu seakan-akan melumpuhkan impian perkahwinan indah Kirana.

Kirana terkejut apabila Edryzal setuju untuk menyuntingnya sebagai isteri. Tetapi dia tahu, lelaki itu
menerimanya atas dasar permintaan orang tua mereka. Puas berbolak-balik dengan hati sendiri, Kirana akhirnya menerima tetapi dengan syarat, pertunangan mereka haruslah diikat untuk tempoh setahun. Dia tidak mahu lelaki itu menikahinya tanpa rasa cinta dan semata-mata kerana orang tua mereka.

Berjayakah Kirana menjadikan impiannya satu realiti? Mampukah dia membuat lelaki itu jatuh cinta padanya sebelum tarikh pernikahan mereka tiba? Dan, bisakah dia menerima seandainya dia tahu ada nama gadis lain yang sudah terukir indah di hati Edryzal?

“Mungkin dia dingin, mungkin dia kaku, mungkin juga dia kayu... tetapi apabila status hati hanya tertulis namanya, maka hanya dia milikku dan hanya aku yang berhak atas cintanya.”

Paperback

First published March 1, 2013

7 people are currently reading
108 people want to read

About the author

Ayumi Syafiqah

57 books49 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
47 (44%)
4 stars
28 (26%)
3 stars
24 (22%)
2 stars
5 (4%)
1 star
2 (1%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
March 7, 2015
3 1/2 stars... Saya suka kirana...

Jalan cerita yang lain dari kebiasaan.... Kisah Kirana, seorang pengacara yang glamour with very very high taste. Bertemu dengan Edry, si hati batu....



I like Kirana's effort to win Edry's heart. She never gives up no matter how cold Edry gets. She accepts her fate and try to make the best of it. A happy go lucky girl with sweet disposition.

Edry, on the other hand is too cold for me. Not to say I don't like him per sayyy.. but to like him, might take time. However... I do love him in the end.

Almost to the end, Kirana's efforts berbaloi. Edry found his smile again and I was very happy for them BUT.... Kirana felt betrayed and was heart broken and decided to leave Edry....



Edry finally realized that what he did was wrong but Kirana has made her decision and.....



I really really like the story but to me, the end is a little bit too sweet. If the sweetness pace ended as it begins, I would have loved it even more. Bagi saya... kemanisan di hujungnya itu ibarat Teh Tarik Mamak Ali Maju.... Kalau ibarat manis-manis gula, tentu lebih cantik akhirnya...

Apa-apa pun... Saya tetap suka pada penceritaannya. Simple and sweet.
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
June 10, 2013
Aku rasa sinopsisnya terlalu details, mencakupi hampir keseluruhan cerita ini sebenarnya. Agak spoiled di situ sebab sudah hilang elemen surprised itu.

Tapi tak mengapa, aku cuba menulis seringkas yang mungkin, biar kamu-kamu yang membaca penasaran untuk tahu kesudahannya hikhikhik ;P Kali pertama baca karya penulis muda yang hampir sebaya adikku. Ya ampun, dik! Mana dapat idea nak tulis panjang-panjang ni?

Mencecah usia 26 tahun, Illysya Kirana [Kirana] ditekan ibunya akan soal rumah tangga. Walaupun dilabel sebagai pengacara popular yang sebaris dengan selebriti Malaysia, Kirana masih gagal mendapatkan seorang lelaki untuk didampingi. Mungkin kerana piawaian lelaki idamannya agak sukar dipenuhi, maka dia lebih senang menyendiri.

Kamariah; ibu Kirana bertindak mencari jodoh untuk anak sulungnya dan di sini dia bertemu teman lamanya; Dahlia. Kebetulan yang manis, si Dahlia ni pun sibuk mencari bakal menantu buat anak lelakinya; Edryzal. Tanpa memerlukan persetujuan daripada si anak, kedua-dua bonda tercinta ini dah merencanakan pelan masing-masing. Edryzal akan berkahwin dengan Kirana. Confirmed!

Saat pertama kali Kirana bertentang mata dengan Edryzal, hatinya tercuit. Si lelaki bermata ais itu sebenarnya amat menarik. Tetapi kedinginan Edryzal menguburkan perasaan indah Kirana. Namun apa yang lebih mengejutkan, Edryzal bersetuju pula untuk mengambil Kirana sebagai isteri. Eh!

Cerita ini cerita klise novel Melayu. Aku akui tetapi agak memorable plotnya. Melihat bagaimana gigihnya Kirana cuba menarik perhatian Edryzal mampu membuat aku tersengih. Pelbagai cara dan taktik memikat diatur untuk memenangi hati keras Edyrzal. Sedikit sebanyak buat aku teringat pada novel KAMPUNG GIRL yang punya resepi yang sama.

Walaubagaimanapun aku tetap tak berapa berkenan dengan cara Kirana yang boleh selamba gila memeluk lengan Edryzal. Dia digambarkan gadis ayu bertudung, makanya tolong jangan buat adegan yang mengelirukan. Berlapik atau tidak bukan persoalannya kerana yang haq dan batil itu sudah nyata dan jelas.

Apa pun, tahniah. Karyanya masih menghiburkan. Ada masam manisnya. Sesuai sekali untuk dijadikan sebagai bacaan santai. Ditambah dengan gaya bahasanya yang mudah dan susun atur plot yang kemas. Hampir sempurna buat seorang penulis muda. Moga terus menulis. Yay!
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
January 11, 2014
Kisah Kirana seorang pengacara wanita yg popular dan diminati ramai lelaki..tapi semua x memenuhi kriteria yg dia nk..boleh dikatakan Kirana ni memilih..walaupun dia kata nk yg hensem..yg kaya..tapi rasa satu je kriteria penting yang dia perlukan dlm diri pasangan hidupnya, SETIA.

Bagi saya umur 26 tahun ni masih muda..tapi bg mak Kirana, dia rasa Kirana ni perlu ada suami. Kirana pula memang x ada calon yg berkenan dan bila emaknya yang x habis mengungkit mengenai jodoh..dia rasa rimas dan terus terlepas kata biar emaknya yang carikan.

So apa lg, da dpt green light mak dia pun kenenkan dengan ank kawan dia. Bukan calang2 org jugak kawan mak dia ni..orang kaya. Dari situla Kirana diperkenalkan dengan Edryzal seorang lelaki yang kayu.

Rupanya Edryzal ni ada kisah lampau bersama bekas kekasihnya. Sampai dia x percaya pada cinta. Bila emak dia sarankan Kirana dia terima je.Bg dia siapa yang emak dia pilihkan adalah terbaik.

Kirana pula, memang pertama kali bertemu rasa jatuh cinta. Tapi bila perangai Edry yg mcm nak x nak..kayu..dia rasa sakit hati. Bila dapat tahu Edry memang x de hati kat dia..dia pun apa lagi..cuba buat Edry jatuh cinta dengan dia..Mereka pun bertunang.

Kelakar dengan gelagat Kirana. Walaupun mcm perigi cari timba..tp suka dengan telatah beliau..bila dia yg suka paksa2 Edry dengan guna nama bakal mak mertuanya. Edry pula nak x nak terpaksa ikut kemauhan Kirana.

Tapi bila dah lama bersama..asyik gaduh2 manja..wujudlah perasaan sayang...
Profile Image for Ella.
794 reviews94 followers
November 12, 2016
Kerana cinta itu buta, Edryzal sanggup ketepikan keluarga dan kawan yg sering menasihatinya. Pengakhiran kepada hubungan itu, dia jadi trauma pada new relationship. Lelaki kaya, kacak, bijak, setia dan sentiasa ceria, lost his smile, keyakinan diri dan menjadi seorang yg amat pendiam apabila diri dicurangi. Sukar menerima Kirana dalam hidupnya. Bila hati mula berlagu cinta, sukar nak melafazkan. Kirana rasa tidak dipeduli atau dihargai. Kehadiran bekas buah hatinya, menambah ragu di hati Kirana. Apakah pengakhiran? Yg pasti saya suka setiap babak yg dinukilkan dlm perjalanan cerita ini. Especially, bila Edryzal kembali menjadi dirinya yg lama.
Profile Image for Erin95.
158 reviews5 followers
June 18, 2024
Buku yang light, jalan cerita quite predictable, tapi enjoyable untuk dibaca. Tapi buku ni comel, dan jalan penceritaan yang natural. Ada campur kerjaya, ibu bapa, persahabatan & percintaan.

Kisah tentang Kirana, yang menceburi bidang pengacaraan sering diasak dengan soalan "bila nak kahwin" dari ibunya. Bukannya tak ada laki yang nak dengan Kirana, cuma tembok yang diletakkan terlalu tinggi. Sampaila last² Kirana redha je kalau mak nya yang carikan jodoh untuk dia.

Tak sangka pulak dijodohkan dengan Edryzal. Lelaki beku, dingin, tak romantik. Kirana tekad ambil masa 1 tahun untuk mamat beku macam Edryzal tu jatuh cinta dengan dia. Saat cinta mulai berbunga, muncul pula kisah lama yang meruntun bahagia yang baru nak bermula.

Ok cukup sinopsis cerita ni pendapat peribadi aku pulak:

First time tau tentang publisher Lawa Lingo dari Orchids Library Cafe owned by Dayana. Mula² tu aku selak² je buku ni and yes straight away pergi PBAKL2024 masa tu untuk cari buku ni. Sebab umur Kirana tu lebih² kurang aku je, kisah pun lebih kurang je. Cumanya aku rasa aku tak se'strong' Kirana kot untuk bertahan dengan orang macam Edryzal tu. Tak appreciate langsung Kirana at first. But still la trauma Edryzal dijelaskan dengan baik, sampai aku cam hmm okla boleh terima la, but still la kalau aku kat tempat Kirana aku dah chow dengan layanan Edryzal tu. Tapi maybe sebab family Edryzal sangat² la supportive, salah satu sebab Kira tak cepat putus asa.

Watak antagonist? Macam biasa mestilah ada sebagai penyedap cerita. Sebuah hubungan kalau tak dilanda badai manakan rasa manisnya ye tak. Tapi cukup dan tak berlebihan.

Untuk tengok watak Edryzal yang beku turned out to be a sweet man for his only one woman named Kirana, that's the thrill.

Will read more books from this publisher.
Profile Image for Neennara.
16 reviews
February 5, 2022
Sangat sangat sangat suka! My favourite novel melayu so far! Tak tau lah maybe sebab suka cerita yang light fluffy je so buku ni betul betul kena dengan jiwa gituuu haha! Thank you author! Tak tau mana dah nak dapat novel light fluffy yang macam ni lagi :(
Profile Image for Tiara Sapphire.
160 reviews6 followers
September 12, 2018
kisahnya mengenai Kirana seorang pengacara terkenal yg ada ramai peminat sampai dia kena letak syarat untuk jadi teman hidupnya. sekali dapat Edryzal yg beku dan hati kering so bermulalah misi nak memikat tunang sendiri.

jalan cerita yg menarik.
aku suka gaya penulisan penulis ni, bila dah start baca novel ni seriusly memang susah nak letak.
Profile Image for Cherie.
19 reviews
January 18, 2024
🌟🌟🌟

Comel lah kisah ni tapi ada jugak few parts Kirana punya perangai agak childish🥴
18 reviews
November 19, 2014
i love edry! msti best kan jadi kirana haha btw i love edry sbb dlm cite ni dia relax cool ohsem and handsome. wow hahaha totally falling in love with this book! no wonder la 4.09!
Profile Image for Sha Mohamed.
2,547 reviews1 follower
March 29, 2016
Novel yang menarik..
Novel ini menceritakan bagaimana seorang perempuan berusaha membuat tunangnya untuk jatuh cinta kepadanya..Banyak aksi2 yang lucu dan juga hati kering..
Displaying 1 - 15 of 15 reviews