Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Rate this book
“Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?”
“Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu berenang!”
“Mastura!!!!!!!”

JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.
Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.

“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”
“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”

Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?
Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua kumpulan gengster!
Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.

627 pages, Paperback

First published April 1, 2013

98 people are currently reading
1570 people want to read

About the author

E-Man Sufi

9 books286 followers
Nama penuh beliau Hafizah binti Haji Mohamed. Berasal dari Temerloh, Pahang. Melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer di Universiti Putra Malaysia. Anak keenam dari lapan orang adik beradik ini kini bekerja sebagai seorang guru.Karya beliau :

Suami Yang Kubenci (2011).

Hikayat Cinta Si Pematah Hati(2012)

Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang kini diadaptasi ke drama (2013)

Pabila Romeo vs Juliet (terbaru Dis 2013)

Kesemua novel beliau adalah terbitan Karya Seni Snd. Bhd.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
779 (59%)
4 stars
341 (26%)
3 stars
125 (9%)
2 stars
31 (2%)
1 star
25 (1%)
Displaying 1 - 30 of 97 reviews
Profile Image for Hajar.
284 reviews
April 17, 2013
"Bila aku dah tak ada...Bila sampainya hari aku dah tak boleh temankan kau di dunia ni... Dan diari ni akan gantikan diri aku, setiap apa perasaan aku kat kau, aku dah tulis di dalamnya. Supaya setiap perkataan yang kau baca akan sentiasa ingatkan kau kepada aku, Mastura..." - Ahmad Ziyad Iskandar Foo.

Ehem! Ada rasa suspen tak? Ehehe..

Kalau dalam Suami Yang Kubenci kita dihidangkan dengan kisah Uwais Ukasyah (Uwais) dan Hannah Maryam (Hannah), Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC) pula membawa kita mengikuti perjalanan kisah cinta adik Hannah, Mastura yang tergila-gilakan si Jebat. Haha. Nampak macam tak senonoh je bunyinya. Tapi memang hakikatnya begitu. Cinta pandang pertamanya pada Jebat menyebabkan Mastura tekad untuk memikat Jebat. Disuruh terjun kolam ikan pun sanggup je diredah dek Mastura ni demi kerana cintanya pada Jebat. Fuh, berani habis!

Jebat ni berdarah campuran Cina dan Melayu. Selepas pemergian kedua orang tuanya akibat dibunuh oleh gengster yang bermusuh dengan Uncle Kwan (bapa saudaranya), Jebat dibesarkan oleh adik perempuan bapanya. Bermulalah perjalanan hitam hidup seorang Jebat. Atas sebab itu dia tak mahu Mastura menaruh harapan padanya walaupun dia sudah mula mengubah kehidupannya ke arah yang lebih baik.

Tapi Mastura tetap Mastura. Kedegilannya tak ada siapa dapat menghalang. Selepas dapat arahan daripada Tan Sri Idris (tok ayah) yang dia akan ditunangkan dengan Aryan (pegawai polis kerek yang juga sepupunya), Mastura terus melancarkan mogok lapar. Sampai warded sebab serangan gastrik. Jebat juga yang terpaksa memujuk Mastura untuk menghentikan rencana mogok laparnya itu. Haish.

Melihatkan kesungguhan Mastura membuatkan Hannah tak sampai hati untuk menghampakan harapan adiknya itu. Sebab sayangkan adik, dipujuk juga tok ayah untuk membenarkan Mastura berkahwin dengan pilihan hatinya. Yelah, walaupun dulu Hannah berkahwin dengan Uwais atas pilihan tok ayah, tapi untuk si adik dia mahu Mastura berkahwin dengan pilihannya sendiri. Sesi pujuk-memujuk tok ayah akhirnya berjaya juga dengan bantuan Uwais. Phew. Akhirnya dapat juga Mastura berkahwin dengan Jebat si pujaan  hati. :)

Kehadiran sepupu-sepupu Jebat, Tiger dan Airen, di majlis perkahwinannya mengudang rasa tak enak dalam diri Jebat. Ugutan demi ugutan dari Airen, sepupu yang pernah rapat dengannya meresahkan Jebat. Dilema melanda, sama ada nak berterus terang atau biar Mastura tahu kisah silamnnya dari orang lain?

Komen saya: Rasa nak hempuk je Mastura tu bila dia dok tunjuk ego dengan suami sendiri. Tak ingat agaknya saat dia sanggup terjun kolam ikan dan berlapar demi nak tawan hati Jebat tu dulu? Huh.. Tapi mujurlah kegeraman dan kemarahan saya tu berjaya dineutralkan oleh watak-watak lain, terutamanya Mak Cik Sari the legend. Haha. Penulis pandai imbangkan jalan cerita yang agak stress ni dengan dialog-dialog yang kadangkala buat saya tergelak sendiri. Hmm, betullah kan? Biasanya orang yang dah jumpa jalan pulang ni banyak dugaan dan cabarannya. Terutamanya bila masih ada prasangka buruk di kalangan orang yang pernah jumpa sisi gelap individu yang nak berubah tu. Macam mana sukarnya mana kita nak berubah, lebih sukar lagi nak beristiqamah dan mengekalkan perubahan tu. Cuma kalau boleh, jangan mudah prejudis. Mana tahu orang yang kita nampak jahat tu sebenarnya tak sejahat yang kita sangka? :)

Kadang-kadang kita tak tahu. Mungkin orang yang berbuat jahat pada kita pun pernah berbuat baik kepada kita. Kalau tak sekarang, akan datang....Atau mungkin suatu masa dulu tapi kita tak tahu. - Uwais Ukasyah

Oh yang penting saya juga dah tau apa maksud katarsis. Yay! Thanks Cikgu E-man, berjaya buat saya rajin buka web Pusat Rujukan Persuratan Melayu (DBP). Hehe. Terima kasih dan tahniah ye cikgu atas kelahiran buku baru ni. Moga perkongsian tu tak terhenti setakat ini saja. :) Tak lupa juga, terima kasih buat Nina yang belanja saya buku ni. Moga makin murah rezeki lepas ni. Amin!
Profile Image for Mslvoe.
2,069 reviews200 followers
April 22, 2013

 photo tumblr_md9egmXDZI1rt4ufe_zpsb7a5ea7d.gif
Selepas khatam membaca buku Suami Yang Kubenci by E-Man Sufi & Hikayat Cinta Si Pematah Hati by E-Man Sufi , hati sha melonjak² membaca semua karya di blog Eman. Ternyata karya beliau memang best! Sesuai dengan citarasa sha yang inginkan bahan bacaan yang dapat release-kan tension/stress sewaktu bekerja.


 photo f_zps1b9ebdce.gif
Kalau tak tergelak membaca karya Eman, sangat²lah mustahil. Penulis bijak memikat hati readers yang rata² inginkan hiburan.


 photo 6_zps8fa18ef1.jpg
Kisah Masura yang tergila² dengan abang Jebat (istilah di group Eman). Jebat tidaklah handsome tetapi hati Mastura cair bila nampak kelibat abang Jebat.

 photo 3_zpsd6c5fadb.jpg
“Kenapa dia sangat hot! Aku rasa parut di mata dia tu buatkan dia nampak sangat istimewa… Mungkinkah ekspresi wajah dia yang misteri tu buat aku jatuh cinta? Atau dia memamg lelaki yang ada aura yang berjaya buat aku tertarik kepadanya. “


 photo hi_zpsa7e82bef.gif
Based on my experience reading her books, she always got different hero for her each book. SYK hero yang educated tapi alim. HCSPH hero kaya & menyimpan dendam. This one is different. She really built Jebat’s character, introduced him in a new light. Bravo!!!

 photo dg7_zps38ed51fc.png
“Jangan kacau aku lagi sebab aku takkan kahwin dengan kau!”

Jebat cuba menjauhi dirinya dari Mastura. Tapi Mastura degil. Jebat sedar dirinya tidak layak dengan Mastura yang datang dari golongan kaya-raya dah ternama. Lagipun Jebat ada rahsia yang disembunyikan dari semua orang.

Semasa birthday Mastura, Jebat menghadiahkan bunga ros kepada Mastura melalui anak Uwais. Kebetulan Aryan ada, dan membuang bunga itu ke dalam tong sampah. Mastura mencari bunga pemberian Jebat. Dia merasa sedih sangat. Mengalir airmata sha. Sungguh watak² dalam cerita ini amat berkesan.

Tak suka dengan watak Aryan. Bongkak, kerek dan kurang ajar. Padan muka Mastura tampar Aryan.

Bila Mastura hendak dijodohkan dengan adik Fawas, Aryan. Mastura mogok lapar. Keadaan Mastura yang teruk membuatkan Hannah mengikut kemahuan Mastura yang ingin berkahwin dengan Jebat.

 photo 1_zps3cdae368.jpg
“Cinta Mas kepada abang tak kenal rupa.. tak kenal bangsa.. kedudukan atau harta. Cukuplah Mas rasa bahagianya. Sebab kenapa Mas jatuh cinta kepada abang, itu tak penting”

Bila kebahagiaan mula dikecapi, datang pulak anasir jahat Si Airen @ Damia & Tiger untuk mengacau rumahtangga Jebat & Mastura. Jebat nekad membuka aibnya pada Mastura. Mastura kecewa. Kehidupan mereka seperti orang asing.

 photo 10_zpse3736068.jpg
“Terimahlah ketidaksempurnaan pasangan kita sebagai satu kesempurnaan dalam berumahtangga. Kekurangan, kelemahan dan kesalahan sebenarnya membuka peluang untuk kita redha, sabar & memaafkan”.

Aryan masih tidak puas hati dengan Jebat. Hati dia tidak boleh menerima Jebat pilihan Mastura. Aryan menyiasat dan memberitahu Hannah hasil siasatannya. Hannah menanyakan hal itu pada Uwais, dan Uwais berterus terang dengan harapan Hannah redha. Hannah & Aryan membuat laporan polis diatas cubaan membunuh terhadap Jebat. Mastura & Uwais sangat kecewa.

 photo 8_zps20bf8d08.jpg
Mastura pengsan.

 photo 11_zpsa05e699a.jpg
Jebat ditangkap & disoal siasat. Aryan merasa bangga.

Tok ayah mengurung Mastura dirumah. Mastura sedih tidak dapat berjumpa Jebat. She wasn't able to tell Jebat she was carrying his child.

“ Jebat mungkin terlepas dalam kes itu tapi nasib baik tidak akan selalu menyebelahi lelaki itu. Terlepas dari penjara besi tetapi dia takkan benarkan Jebat kembali kepada Mastura & keluarganya.”

Hitam sungguh hati Aryan. Memang kejam. Sakit betul hati dengan perangai Aryan. Bila Uwais peril Aryan, Fawas memarahi adiknya, sha merasa sangat gembira, segar semua tubuh badan.

 photo 9_zps3fd64248.jpg
Awesome, wonderful and perfect ending. There was tragedy, laughter and a lot of trails. Setiap watak diceritakan dengan begitu berkesan sekali. Tiada cacat cela. Walaupun watak Makcik Sari sangat sedikit, sha tetap terhibur dengan telatah dia.


 photo 305_zps984c5b6c.gif
It was really lovely! E-man keeps shocking me again and again. Airmata ini tak lekang bila Mastura membaca diari Jebat. Jatuh luruh hati ini. I hope there is a book about all their descendants.
I’m so overwhelmed that I feel as I lived with them for real… totally love it.

Eman,
 photo 014_zps61a6ea78.jpg
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
June 26, 2013
Sebenarya 3.5* tapi macam biasa aku kan kurang baik hati kalau part rating gini hahaha.. Review nanti-nanti *wink*

Full review: 26/06/2013

Mula-mula nak bagi kredit untuk kulit novel yang cun. Perghh... mysterious sungguh!

Keduanya nak puji penulis kerana mengangkat sang lelaki gelap menjadi hero novel. Bravo. Tak ramai mahu cuba kan? Dan seingat aku, hero jahat yang pernah aku jumpa adalah Izz Karami. Jahat padaku bukannya macam si papa Ehsan [eh! Menyelit juga nama dia hikhikhik ;P]. Definisi jahat aku lebih worst daripada itu.

Cuma ya... bila sudah mengenali sisi hitam Jebat, aku mengharapkan sesuatu yang luar biasa. Bukan setakat kisah cinta romantik. Aku ternanti-nanti saatnya nafasku terhenti seketika..tercari-cari momen mana yang bisa buat jantungku berdegup kencang. Mungkin expectation aku terlalu tinggi dan akhirnya aku sedikit kecewa.

Aku mahu ada sedikit elemen thriller yang akan menjadikan plot cerita lebih memorable kerana kita sudah ada si taiko. Jadi manipulasikanlah si taiko itu. Oh! Aku lupa, mungkin kerana ini cerita taiko yang dah kembali ke pangkal jalan. Hmm... baiklah aku terima.

Kisahnya mudah. Sang gadis terpaut pada sang teruna idaman dan sanggup melakukan apa saja supaya teruna membalas cintanya. Mastura-Jebat; ada keserasian dalam watak-watak ini. Si Mastura yang manja dan mengada-ngada. Si Jebat yang kasar dan tak mudah tergoda. Sememangnya penulis berjaya melakar dua watak ini dengan cukup cemerlang.

Naratifnya kemas dan tersusun, memudahkan kita yang membaca untuk menghayatinya. Di samping gaya bahasa yang cukup santai. Memang mampu memikat para pembaca di luar sana. Dan terima kasih lah kerana mengekalkan ‘aku’ sebagai pengantara Jebat dan Mastura. Sebab aku dah hampir muak dengan segala bentuk pet-names dalam novel Melayu.

Aku ada kekeliruan sedikit. Tak pasti sama ada aku atau penulis yang terlepas pandang. Di awal-awal, ada tercatat yang parut Jebat dari kening ke mata kiri. Kemudian di halaman mana entah [aku tak ingat], parutnya dari kening ke mata kanan. Eh!

Apa pun, aku setuju dengan Hajar. Makcik Sari memang legend. Antara watak sokongan yang cukup menyerlah. Belum pernah baca novel sebelumnya, tapi aku berani jamin dengan adanya Makcik Sari, suasananya lebih meriah *wink*
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
April 22, 2013
As usual.. E-Man Sufi's book never disappoints me. A bit heavier than her first book. A touch of conflicts here n there. A bit of suspense on and off. And like her second book, many coincidental and related event starts to unveil. Makcik Sari still as hilarious as ever added by the Fisya character. As usual, Antagonist characters dissolve quickly. I like the way the author portrays Jebat’s character of being romantic in his own way. And I'm cheering for Mastura. She knows what she wants and never tires trying to achieve it. Kudos to all her antics including terjun kolam ikan. Although in the middle, dia ada sedikit goyah, it’s acceptable to me. I mean what women wouldn’t be??? But she did find the strength to turn back n for that, I salute her. To me the ending was a bit intense. All the while finishing the book, I started to draft my review and the review was not good. I was angry!!! It turns out that, that anger was for nothing. Cheh! Bikin saspen je! Anyway good book. Many hilarious moment as usual. Santai n entertaining. Automatically, upon finishing the book, my mind already starts wondering about her next character. I thought it would be Anis and Aryan but they didn’t get together at last. But I think, Anis’s story would be next or might it be Putra or Fisya…. Takkan Wahab kottt….. Anyway…. Soooo looking forward to her next book…..
Profile Image for Deknalee.
7 reviews8 followers
May 18, 2013
BUKAN KERANA AKU TAK CINTA

ya Allah, jatuh cinta dengan Abang Jebat, tak tahu kenapa. padahal dia tu hati kayu! paku! kesian Mastura! tapi mastura pun, awal-awal koi baca, malu jugak rasa diri ni. awat yang perempuannya terhegeh ke main? nakal mengena. tapi mastura pandai... cute aje. idea dia tu bernas je memanjang. kihkihkih

setiap apa yang mastura buat tu mesti cute. menjadi aje jalan ceritanya. jebat. dia bukan setakat kayu! den rasa dia memANG kayu! diperbuat daripada kayu juga. kelakar sangat bila mastura kata kat mak cik sari, dia jatuh cinta dengan lelaki yang namanya bermula dengan huruf J. Mak cik sari cakap, Jebon?! waktu tu, keras perut gelak. sampai keluo six pack. amek kau mastura! gedik tak menahan!

sakit hati dengan Aryan. boleh dia buang hadiah dari jebat untuk mastura ke tong sampah?! dah la itu first time jebat buat sesuatu yang sweet. mujur mastura perasan. thanks to nafisa. yang kelakonye, jebat tak paham makna hadiah dia sendiri. beria si mastura perasan. Part mencuit hati bila Nafisa dan Daqiq menjadi orang tengah. Nafisa, waktu birthday mastura. daqiq waktu mastura mogok suara. comelnyalah! memang tenggelam watak hannah. koi rasa novel ni lebih menarik dari hannah mariam disebabkan jalan ceritanya sangat mengena... semua macamada kaitan. bagus betul. yang paling tak tahan bila mastura mengaku jebat tu kekasih dia. alahai. kesian jebat tak tau pape kena marah dengan hannah. padahal mastura syok sendiri.

ada lagi scene comel, bila mastura cemburu dengan kawan baik dia sendiri. jebat bahasakan diri dia abang dengan anis tapi dengan mastura, jebat ber aku kau. pastu,penjelasan jebat buat koi tersengih sampai dahi! mastura pun blur... koi yang sengih lebih-lebih! sweet... novel ni sgt sweet. lepas tu, mastura suruh jebat tanggung jawab pada dia. apa yang jebat dah buat sampai dia kena tanggung jawab? jeng jeng jeng.. sedih part jebat bubuh penampor kat pipi mastura.. koi yang kecik hati. tapi... ada part konfliknya.. apa? kenapa jebat boleh cakap, bukan kerana aku tak cinta tu?? mesti ada sebab. hah, baca!
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
January 28, 2014
Fuh, akhirnya berjaya juga hamba bertemu noktah akhir untuk novel popular ini yang mana versi drama TVnya sedang menjadi kegemaran mak hamba (huhu). Hamba mengambil masa hampir sebulan dan membaca dua buku lain di antara itu sebelum dapat menyudahkan bacaan. Niat asal untuk menjadikan Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC) sebagai appetizer di permulaan 2014 ini jelaslah tidak dapat direalisasikan.

Baiklah untuk permulaan, suka ingin hamba nyatakan bahawa hamba menyukai tulisan E-Man Sufi sejak Suami Yang Kubenci (SYK) lagi. Gaya bahasanya yang ringkas, sederhana, tidak berlebihan dan tidak terlalu mencuba itu, pada hamba sangat menyenangkan. Asal tidak melakukan kesalahan bahasa dan tatabahasa yang banyak dan terlalu ketara, itu mencukupi untuk hamba membaca dengan hati yang aman. :)

Selain itu, hamba turut menyukai jalan cerita yang E-Man Sufi plotkan dalam kedua-dua novelnya, SYK dan BKATC (baru dua itu yang hamba sudah baca). Masih ada ciri tipikal dan klise dalam rekaan ceritanya tetapi entah bagaimana penulis ini berjaya mengemudi filem kertasnya menjadi sebuah layar kisah yang menarik. Kisah Jebat, si bekas gangster yang mencari jalan pulang itu terutamanya. :)

Baiklah, sekarang mari hamba jelaskan kenapa hamba cuma memberi dua bintang untuk novel ini.

1) Mastura – susah untuk hamba perkatakan tentang actress kertas BKATC ini tetapi yang jelas hamba tidak menyukai perwatakannya yang belandih (bahasa orang Labuan untuk gedik), manja, keanak-anakan, mengada-ngada, sedikit penting diri dan agak obsesif itu. Tapi mungkin saja hamba yang bias kerana kebanyakan waktu hamba tidak ada masalah menerima heroin novel NAN.

2) Janji – ini mungkin sekadar pandangan peribadi tetapi hamba tidak suka orang yang mungkir janji apatah lagi yang ada kaitannya dengan cinta, hati dan perkahwinan. Mastura meninggalkan Aryan dengan sebuah janji bahawa dia bersetuju untuk berkahwin selepas selesai belajar. Mungkin benar, janji itu dibuat oleh hati muda yang tidak rela tetapi masih, hamba berat hati untuk memaafkan itu. Kenapa harus diberi harapan, kenapa harus dibiarkan si dia menunggu? Percayalah derita menanti itu lebih melukakan dari ditinggalkan. Tapi ini tidak bermakna pula hamba menyokong tindakan Aryan yang tidak gentleman.

3) Murahan – ini juga mungkin cuma pandangan peribadi tetapi hamba amat sangat tidak boleh menerima seorang perempuan mengatakan perempuan lain sebagai murahan, tidak kira apa pun sebabnya. Bukannya hamba menyokong kelakuan sumbang Damia tetapi panggilan perempuan murahan itu adalah satu perlecehan yang tidak mampu untuk hati hamba kompromikan. Hamba selalu percaya permulaan untuk mendidik kaum lelaki menghormati kaum perempuan adalah dengan kaum perempuan sendiri menghormati satu sama lain. Bagaimana mungkin, keganasan terhadap wanita dapat dihentikan jika kita sendiri mengunakan gelar-gelaran yang tidak manis sesama kita? Suatu pengajaran yang berjaya tidak pernah dimulakan dengan penghinaan. Okey, hamba agak emosi tentang ini. Maaf.

4) Orang ketiga – entah kenapa hamba jemu apabila setiap konflik rumah tangga dalam novel tempatan harus direncahkan dengan kehadiran orang ketiga. Bukannya hamba menafikan kebenaran itu dan hamba akui memang ia terjadi di dunia realiti kita tetapi dari apa yang pernah hamba saksikan, banyak lagi punca yang boleh mencentuskan konflik rumah tangga. Suami yang panas baran. Isteri yang malas memasak dan mengemas. Suami yang malas berkerja. Isteri yang queen control. Suami yang ketagih game di Facebook. Banyak lagi selain cuma tertumpu pada perempuan atau lelaki yang cuba merampas kembali kekasih lama yang sudah menjadi suami/isteri orang lain.

5) Mak Cik Sari – auranya kurang terserlah dalam BKATC kerana watak ibu mertua idaman ini cuma muncul sekali sekala berbanding sangat banyak dalam SYK. Nasib saja, babak karaoke di penghujung BKATC berjaya mengubati sedikit kerinduan hamba padanya. Hehe. Oh, siapa pelakon yang membawa watak Mak Cik Sari dalam versi drama novel ini ya? Hamba sejak dulu asyik terbayang wajah Mak Cik Merry yang pernah berlakon dalam drama Sindarela lakonan Sharifah Amani, Bront Palarae *wink* dan Remy Ishak itu. Huhu.



p.s Maaf jika pandangan hamba tidak sama dengan kalian. Ini cumalah pandangan peribadi dari ruang keselesaan hamba sendiri. Mungkin juga hamba yang salah pilih waktu untuk membacanya. Namun, mana tahu anda akan menyukainya lebih. Mungkin saja, kan? :) Ada bermacam kemungkinan dalam hidup ini dan percayalah salah satunya adalah cetusan harapan yang membahagiakan. (^-^)/
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
June 24, 2013
Kisah seorang lelaki yang keluar dari masa lalu yang sangat gelap,takdir dan ketentuan hidup yang mendorong ke arah itu,dan bila detik-detik kesedaran itu timbul rasa sangat menyentuh hati masa mula-mula baca terpikir juga apa yang mendorong Jebat berubah dan bertaubat sanggup meninggalkan harta dan kekayaan yang dimiliki.secara keseluruhan kisah ini berjaya menyuntik rasa insaf pada diri.secara keseluruhan mungkin ini antara karya terbaik penulis buat masa ini.
Profile Image for Yuni.
257 reviews82 followers
April 29, 2015
I like it!
Mak Cik Sari memang cool. Dari novel yang pertama, sampai ke novel ke empat. Dengan set karaoke, berpisah tiada.

So dengan tamatnya baca buku ni, rasanya dah berjaya complete kan koleksi E-man Sufi. So bila nak ada buku baru???

Gaya santai. Bersahaja. Komedi yang tak memaksa orang untuk ketawa. Terketawa sendiri. Nasib baik baca sorang2.

Sebab dah tertengok siki2 drama so masa baca, mesti teringat kat abang jebat kita. XD
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
June 24, 2013
Cerita mengenai perigi cari timba. Yang perigi adalah Mastura adik Hannah dalam SYKB. Timba pula bukan sebarang timba. Jebat aka Long adalah timba yang ada tatu kepala naga, ketua gangster tetapi hilang taring kerana sudah insaf.

Diawal cerita rasa macam nak susun semula je novel ni di rak . Tapi setelah rahsia Jebat terbongkar , Cik Pah berkobar-kobar nak tahu riaksi semua watak dalam cerita ini dan bagaimana Jebat mendapatkan semula kepercayaan semua orang.

Part di kuburan, macam pernah ku baca situasi begini. Ku sangkakan hero meninggal, rupa-rupanya ziarah kubur orang lain. Alahai Mastura Jebat!
Profile Image for Pips.
220 reviews30 followers
April 25, 2013
Wow! This is best, sist!
Nak oyak gapo lagi? Meme sedap sungguh baco! X rugi beli. Sungguh ni kawe oyat. (Huk alloh, tubik bahaso Kelate doh)

Saya kira, memang boleh buat pengumuman dah ni bahawa saya peminat E-Man Sufi selepas membaca ketiga tiga buah novel beliau.

Ternyata, percaturan ketiga juga tidak mengecewakan.

Bukan Kerana Aku Tak Cinta memang terbaik. Terbaik dari segi plot/jalan cerita yang tidak membosankan. Terbaik dari segi perkembangan watak utama- Mastura yang mana, terlalu cintakan Abang Jebat hingga sanggup berkorban apa saja. Kadang, macam tak percaya Mastura ini lulusan Universiti luar negara sebab perangai mengalahkan budak-budak. Hehe.
Ah, asal namanya cinta.

Tak dilupakan, karakter Abang Jebat yang dahulunya seorang gangster (ada sebab kenapa Abang Jebat jadi gangster), kaki judi, kaki perempuan apa lagi, bilamana dia jumpa satu titik permulaan kepada dunia baru dan berusaha untuk menjadi ke arah yang lebih baik. Saya suka bila penulis selitkan unsur unsur moral dalam novel ni. Pada awalnya Abang Jebat memang menolak terang terangan cinta Mastura. Tapi lama-lama, bekas gangster yang ganas pn ada hati dan perasaan untuk mencintai dan dicintai jugak. Ewahh.

Paling penting, watak Mak Cik Sarimah. Kalau tak ada dia, mungkin agak hambar kehidupan mereka.
Paling best bila di muka surat 178 baru perasan watak novel ni ada kaitan dengan novel sebelum ni. Haha. Lambat la!

Macam biasa, Hannah, kakak Mastura, garang macam singa. Uwais, si penenang. Tan Sri, atuk yang suka guna kuasa veto.

Aryan, sepupu yang sangat menjengkelkan. Rasa macam nak ketuk je kepala polis yang berlagak bagus ni. Gila bayang. Orang tak nak, terima je lah.

Kedatangan Tiger dan Airen menganggu kedamaian. Mujurlah, masing-masing menerima balasan setimpal.

Bahagian nak dekat akhir tu memang tragik. Pak Cik Bujang lah (dahulunya bekas gangster jugak) yang membantu kekusutan yang timbul.

Jadi, jangan ingat, orang yang dahulunya perangai teruk sangat tidak boleh jadi baik. Mungkin lebih baik daripada kita?

P/S : Mengharapkan novel keempat E-Man Sufi nanti, pasal Putera pulak ye. Hee.
Profile Image for Tie Tinie.
77 reviews11 followers
May 13, 2013
done this book...
sangat suka...
mastura & jebat... sangat sweet... jebat yg gangster pun boleh mati akal disebabkan kedegilan dan kecintaan mastura padanya...
semua rasa ada... happy, sayang dan sedih jugak..
koyak jugak la mata baca buku nie.. fuhhh.. sungguh suspen.. ingat kan jebat yg mati... oohhh maiii... kalau jebat yg mati x tau la... mau banjir aku nanges.. hahahhaha...
tahniah E-man sufi.. novel ketiga yg superb.... sama seperti novel 1st & 2nd....

untuk berubah kearah kebaikan terlalu banyak cabarannya... bukan senang untuk berubah... untuk melakukan kebaikan lagi susah dari melakukan kejahatan... dari jahat berubah ke baik.. dugaan yg maha besar menanti... sama ada kita kuat atau tidak untuk meneruskan perubahan itu...
tapi jebat sangat istikhamah untuk melakukan perubahan...
sokongan org disekeliling juga penting untuk terus berada di jalan yg betul... seperti MASTURA sentiasa ada untuk JEBAT...

baca buku ini sanagt seronok kerana rindu pada rayyan & wafeen terubat walauupn sikit sangat cerita pada mereka... tapi ok la... makcik sari dah ada di sepanjang cerita mas & jebat.. hahahha... uwais & hannah.. mereka pun sama...

so untuk semua.. jgn lupa baca buku nie...
"membaca dengan hati.. menilai dengan akal"....
happy reading.....
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews105 followers
September 9, 2013
Sejujurnya......

Aku x sukakan tempe, walaupun dah berkali-kali ku cuba telan dengan pelbagai jenis masakan, walaupun dengan sogokan khasiat dan kelebihan.....

Maafkan aku... tempe....
Profile Image for Kiki.
59 reviews7 followers
May 13, 2013
Novel ini merupakan kesinambungan novel E-Man Sufi yang sebelumnya, Hikayat Cinta Si Pematah Hati. This time, heroine merupakan adik kepada Hannah Maryam (heroine novel Suami yang Kubenci).

Sekali lagi, E-Man Sufi membawa kita semua ke dunia yang sama seperti sebelumnya. Kesemua watak yang ada di dalam novel pertama and kedua ada diselitkan di dalam novel ini. I like that very much.

First of, I really applaud E-Man Sufi kerana bijak mencipta siri ini. I really feel connected with all her characters. Penulisannya pun tidak pernah mengecewakan aku. I think it always get better.

Kisah cinta Mastura dan Jebat -- what I described as unique. Pertemuan pertama di antara mereka sangat lucu.

I like watak Mastura, eventhough she seems to be one of those girls yang selalu make me annoyed. "Oh My Allah" -- mula-mula memang pelik when I read that part. Expression macam ne sering digunakan oleh lelaki-lelaki lembut... when bestfriend si Mastura ne kena introduce, hah, I can see what kind of girl si Mastura ne (in real life, I don't think I would spend time with this kind... kinda annoying)... and I guess that's why she's persistent with what she wants.

Jebat -- wow! Very cool. I can imagine him very well. Tutup mata, I imagine watak Aaron Aziz dalam KL Gangster. Aku suka cara Jebat membahasakan dirinya "aku" instead of the typical "abang". Really like the transistion of this character, daripada seorang gangster menjadi kepada seorang yang alim dan takut untuk mengulangi kesilapan lalu.

Macam penulisan E-Man Sufi, Uwais pun nampak semakin matang. Penulis seperti "menggunakan" Uwais untuk memberi pengajaran kepada pembaca... macam ustaz saja lagaknya. He was there to make everything better.

I also like watak kanak-kanak dalam novel ne, especially part di mana si anak membocorkan rahsia bilik tidur si mama yang cemburu. :P

Pada mulanya, aku tak berapa suka Makcik Sarimah, tapi after novel kedua, I really grew accustom with her character. I used to think E-Man Sufi portrays her sebagai seorang yang kasar and I don't like that. Macam exaggerate. After mengikuti kisah ketiga-tiga pasangan ne, I really thought siri ne takkan berseri kalau takde Makcik Sari. Semua orang takut dengan dia ne. And aku paling suka when she sings. hehehe

Tak suka watak Aryan.

I like the plot and how it thickens. The first part basically tells us story about the hero and heroine and their background, then baru ke part yang a bit deep and also the continuous backstory are very well placed.

Very much recommended. If E-Man Sufi decides to continue this series, I will definitely beli. Putera lagi ya. ;)


Sinopsis:

JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.
Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.

“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”

“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”

Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?

Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua kumpulan gengster!

Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.
Profile Image for Nisa.
116 reviews15 followers
May 22, 2014
Maaf, entah kenapa..saya memang suka bandingkan karya2 penulis itu sendiri..dan saya lebih sukakan Suami yang ku benci (SYKB) berbanding Bukan kerana aku tak cinta (BKATC). BKATC...menceritakan kisah cinta Mastura, adik kepada Hannah Maryam (SYKB) yang jatuh cinta dengan pekerja abang iparnya, Jebat yang sangat misteri orangnya.

Pelbagai cara Mastura lakukan untuk mencuri hati Jebat... terjun kolam ikan dan pura2 lemas, malah..Mastura juga pernah mogok lapar berhari2 apabila tok ayahnya ingin tunangkannya dengan sepupunya, Cif Inspektor Aryan...akhirnya keluarga Mastura akur.

Jebat yang berhati batu pun mula menerima Mastura, walaupun dia risau penerimaan Mastura akan kisah hitamnya yang lalu...Jebat merupakan ketua kumpulan gangster..kerja jahat apa yang tidak pernah dia lakukan...berjudi, minum arak, pukul orang, peras ugut..bertukar perempuan.

*apa-apapun..saya suka watak mak cik Sari...sempoii..hehe
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
991 reviews119 followers
October 16, 2013
Fulamak, tak sabar nak tengok cerita ni in action. Memang worth it to be made into a drama series.

Ending nye memang sangat lain sampai menyebabkan jantung Joy berhenti seketika. Oh my gawd!

I'm really looking forward to Kak E-man's next novel. Siapa agaknya hero dan heroin?

P/S: Oh, lupa mention cover nie. WOW! Very gorgeous and eye-catching. Cover nie memang taraf antarabangsa la. *Two thumbs up* d^^b
Profile Image for Suria A.Rahman.
100 reviews6 followers
January 27, 2014
Buku ni lama dah keluar kat pasaran. sebelumnya ada nampak kat kedai2 buku...baca sinopsisnya...ok. tapi bila teringat novel sebelumnya from E-Man Sufi ni...kurang menyegat...so...abaikan utk beli lah. bila kuar kat drama tv...perh.....dengan gandingan pelakon fav shaanaz...........boomlah...2 minggu duk cari kat kedai buku takder stok...kena tunggu. ..finally dapat . alhamdulillah.

credit to E-Man Sufi untuk karya ni. something different. Keep the momentum.
Profile Image for Farah Adibah.
7 reviews
May 8, 2013
buku terakhir yang beli dekat pwtc berjaya ditamatkan hari ini..hoho..
dulu sebelum beli, banyak kali decide, nak beli ke taknak, nak beli ke taknak..last2 grab juga time dekat bilik melaka dulu..alhamdulillah, nasib baik memuaskan dan tidak menghampakan..5 bintang tu..mypi pun dapat 4 je kan..
frankly speaking, aku tak suka kalau ada laki bini yang guna aku kau dalam hubungan diaorang..tapi cerita jebat dengan mastura ni buat aku rasa hubungan diaorang ni sangattttttt sweetttt..kalau bagi aku 100 orang yang ber aku kau ni pun aku rela..*keangauan terserlah yeee* haha..

review yang aku buat ni tidak la sebest review orang2 yang lebih berpengalaman..jelas disitu dia tulis 'what did u think?'kan..so, this is what i think..

semua orang buat salah..tak kira kecil ke besar..dan semua orang berhak untuk bertaubat..bak kata kak eman dalam novel ni..kalau bukan kita yang mendorong org2 yang bertaubat ni istiqamah sape lagi nak tolong kan..

mungkin senang nak memaafkan ttp susah untuk melupakan..kalau kita fikir salah kita yang lalu, ia ibarat air liur racun buat kita..kenapa racun? sbb bila kita fikir, kita down. bila kita down, semua orang kita nak marah, semua kerja tak buat..iblis dan syaitan pun giat berbisik..menjatuhkan anak2 Adam..

jadiiiii, jadikan air liur kita ini sebagai madu..sentiasa berzikir dan beristighfar..dekatkan diri dengan Allah.
sentiasa istiqamah..orang tak suka kita, tapi Allah itu ada..sentiasa bersama kita..sekian..

senyum :)
Profile Image for Novel Best.
74 reviews5 followers
February 18, 2014
Citer ni memang best. Kisah Jebat yg mempunyai kisah silam yg amat hitam didalam hidupnya bertemu dgn Mastura yg tak tahu malu. Obsessi seorg Mastura kepada Jebat memangla keterlaluan. Jebat yg dtg ke kpg Mastura adalah dlm proses pembersihan jiwa yg dibantu oleh Uwais si abg ipar Mastura hidup dlm serba kekurangan.
Mastura adalah anak bongsu yg manja & selalu buat apa yg dia suka. Juga merupakan cucu kpd seorg Tan Sri di kpg tersebut.
Cinta mastura pd jebat pd mulanya hya bertepuk sblh tgn akhirnya terpaksa diterima oleh jebat stlh diasak bertalu2 oleh Mastura.
Mastura sanggup buat apa saja utk dptkan Jebat wpon memutuskan pertunangannya dgn sepupu sendiri. Ni kes perigi mencari timba le ni.
Perangkap yg dibuat oleh Mastura di kolam ikan berikutan mogok lapar berjaya melembutkan hati tok ayah utk memutuskan pertunangan Mastura dgn cucunya Aryan utk dikahwinkan dgn Jebat.
Opkosla Aryan berdendam. Sapa x marah bila putus tunang kan? Slps berkahwin barula sedikit2 demi sedikit kisah hidup Jebat terbongkar yg membuat Mastura terkejut badak.
Ending dia ..... Silalah tgk drama kat Astro hahaha....
Profile Image for Dyh Usen.
Author 7 books49 followers
March 23, 2014
Dulu masa sekolah minat sangat dengan Aaron Kwok. Dan perasan ada sorang mamat ni muka dia iras A.K tapi macam cerah sikit. Lepas beberapa tahun mamat ni dah jadi gelap, kulit terbakar main panas agaknya. Dan waktu tu baru tau nama dia, Louis Koo. Sekian. Cerita yang tak ada kaitan pun dengan BKATC :-D
75 reviews6 followers
Read
November 14, 2015
saya mengikuti karya e-man dr naskah pertama 'suami yang kubenci'. kali ini e-man hadir dengan genre yg lbh matang dari karya2 sblmnya.

naskah kali ini b'kisar ttg kisah Hannah Mastura, adik kpd Hannah Maryam (dr novel SYKB)yg cinta mati dengan Jebat (Ahmad Ziyan). tercuit hati dgn gelagat Mas yg gila2 'mengayat' si jebat sampai naik pening kpl jebat. (paling best bkn bab terjun kolam ikan rasanya mogok lapar tu...)

jodoh pertemuan ditangan Allah.. walau siapapun kita, apapun yang terjadi, siapa pun yang menjadi halangan andai sudah tertulis dilohmahfuz itu jodoh kita, maka dialah peneman kita hingga akhirnya.

Mastura, diangkat sbg seorg gadis yg degil, kuat semangat dan tahu apa yg dilakukan berkahwin dgn Jebat seorg bekas gangster yg mempunya sisi silam yg sangat gelap. berubah utk menjd sesorang yg baik bukan sesuatu yg mudah terutamanya dari kaca masyarakat.

saya suka ketika penulis mencoretkan jalan cerita saat mastura yg kecewa apabila dia tahu siapa jebat yg sebenarnya. dan saya suka ketika penulis mencoretkan ketika mastura menerima jebat kedalam hidupnya. ketika ini, saya dapat merasakan pelbagai perasaan ada dalam diri mastura lebih-lebih lagi ketika seluruh ahli keluarganya menentang dia mempertahankan suaminya. ketika suaminya mahu membuang tatu dibadan, dia ada memberi semangat. dia sentiasa ada. rasa sayang dan cinta yang cuba digambarkan oleh penulis, tulus.


cuma saya 'kurang' sedikit dgn watak 'makcik Sarimah' dari perspektif yg cb dipaparkan. pd saya, walaupun penulis ingin menulis kelainan pada watak tersebut, blh dibingkiskan sbg ibu yg tegas tp memahami dan selitkan elemen lucu dlm ayat yg berbeza. maaf klu sy menyingung tp ini pandangan saya. saya tahu ramai lagi yg ada pandangan yg berbeza.

overall, naskah ini saya suka. :)

Profile Image for Amalia Masrom.
151 reviews7 followers
January 3, 2014
Satu je, buku ni power! Dan macam mana penulis twist ending buku ni, memang aku puji. Hanya sedikit sentuhan pasal perkara silam yang berlaku dalam keluarga Tan Sri Idris, segalanya berubah.

Aku suka Jebat. yeah, hero novel tak perlu anak hartawan cakap I-You, dan romantik level muntak hijau. Yang sederhana macam ni, dah bikin hati pembaca cair (akulah tu). Dan watak mastura, comel je. Mungkin, akan ada yang kata nampak macam desperate semacam, tapi rasanya aku pernah jumpa lagi teruk dari ni.

Hik! Tahniah penulis! Teruskan menulis cerita macam ni okay? :D

:)

p/s : baru tau e-man sufi ni perempuan. hahahaha!
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
September 15, 2013
Best giler cerita ni..haha.. kisah cinta antara Jebat & Mastura.. Mastura sgt gedik tp sgt comel bila mengurat Jebat.. Jebat sgt macho okay.. walaupun da cuci tgn..tp dapat rasa aura dia... n then walaupun Jebat kaku je dgn Mastura..tp ada romantiknya ye si abg jebat ni..:)

Ending dia..buat org terkujat je..meleleh2 air mata sbb pikir mcm2..nasib baik happy ending..Best sgt2..!! Superbbb..:D
Profile Image for Rohaida Rahman.
7 reviews2 followers
April 17, 2013
superb!!!! bukan kisah cinta klise, plot penceritaan yg padat & terselit nilai2 murni peribadi seorg muslim.. worth buying worth reading.. luv the main character very much..
Profile Image for LA.
113 reviews7 followers
October 21, 2021
Saya baca novel ini sewaktu sekolah menengah. Baru hari ini teringat nak review. Pinjam kawan HAHHAA waktu tu baru2 kenal novel cinta and suprisingly cerita ni best sangattttttt sangatttt. Suka sangat dengan watak heroin dan hero. Memang dapat rasa ke hati chemistry dorang. Bila adaptasi pun sesuai pelakon yg dipilih!

Recommended! 5/5
Profile Image for loneeldestsoul .
91 reviews
September 20, 2024
Finally dapat jugak habiskan. Almost dnf sebab aku menyampah dengan watak Hannah & Tan Sri Idris. Kt buku suami yang kubenci elok je. Tapi mak lurvee watak Jebat & Uwais. Tapi maybe ini typical novel zaman dulu so kita rse a lil bit cliche. It was okay and enjoyable. 4.3⭐.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
March 24, 2014
Best! Cerita yang boleh buat kita berfikir tentang seberapa jauh kita dapat terima seseorang yang punyai masa lalu yang hitam dan bagaimana kita akan lalui hidup jika orang sekeliling mengeji diri.
Ahmad Ziyad a.k.a Jebat adalah seorang bekas gangster yang mahu bertaubat dan mulakan hidup baru dengan berkerja di ladang akuakultur Uwais. Disana dia menuntut ilmu agama dengan Ustaz Hafiz dan Uwais. Hannah Masturah telah jatuh cinta pandang pertama dengan Jebat dan cuba memikat dirinya dengan berbagai cara. Jebat cuba untuk menepis tetapi Masturah sangat tegar. Lamaran Aryan ditolak dan perintah Tok Ayah di langgar. Semua kerana cintanya kepada Jebat. Akhirnya, mereka dikahwinkan. Sedang mereka mengecap bahagia, Damia (Airen) dan Eric Foo (Tiger) datang untuk memporak-perandakan kebahagiaan mereka. Masturah amat kecewa bila dapat tahu latar-belakang Jebat. Dia cuba untuk menjauhkan diri tapi tidak mampu untuk menafikan rasa cintanya untuk Jebat. Jebat tidak henti untuk memujuk dan akhirnya Masturah dapat menerima siapa dirinya. Aryan tidak puas hati dan menyiasat mengenai latar-belakang Jebat. Aryan memberitahu Hannah Maryam dan Hannah terus buat laporan polis tentang penglibatan Jebat dalam kes anak dia meninggal dunia. Masturah di pisahkan dari Jebat. Masturah pengsan kerana terkejut dan dia dapat tahu dia mengandung. Bila Jebat dibebaskan, Jebat terus cuba untuk mendapatkan Masturah. Meraka cuba dipisahkan lagi oleh Tok Ayah. Tetapi Uncle Bujang datang untuk membela Jebat. Rupa-rupanya Jebat adalah punca Hannah dan mayat kedua orang tuanya dapat diselamatkan dari kereta mereka yang terbakar. Hannah dan Tok Ayah terkejut akan kenyataan itu dan mereka mula insaf. Airen cuba untuk membunuh Jebat kerana sakit hati tetapi tidak berjaya. Jebat dan Masturah akhirnya dapat hidup tenang bersama.
Profile Image for Haani Hidayah.
10 reviews12 followers
November 24, 2013
Pertama kali baca novel E-man Sufi, ternyata hasil tangan beliau tidak menghampakan.

Bukan Kerana Aku Tak Cinta berkisar tentang hidup Jebat, bekas gengster yang telah insaf dan bertaubat. Mastura pula tertarik pada Jebat kerana sisi putih Jebat ini; Jebat yang cool, tenang dan handsome (walaupun berparut pada mata). Bermula kisah perigi mencari timba, tetapi tak salah pun (kurang manis je la). Banyak juga kisah lucu masa Mastura beria-ia mengurat Jebat.

Dipendekkan cerita, mereka berkahwin. Konflik bermula bila Airen dan Tiger muncul secara nyata dalam hidup Jebat dan Mastura. Rahsia Jebat terbongkar dan Mastura keliru dengan perasaannya. Nasib baik Jebat pandai main peranan, tak putus asa untuk mengembalikan kepercayaan Mastura dan orang-orang disekelilingnya.

Suka pengolahan penulis kerana walaupun berkisah tentang lelaki gengster, tapi jalan cerita 'sweet' dan banyak mengetengahkan sisi baik manusia yang telah insaf. Walau banyak mana godaan, Jebat tetap teguh pada jalan yang dipilihnya.

"Yang pertama Allah. Yang kedua Rasulullah. Yang ketiga kedua arwah ibu bapa saya dan dialah yang keempat. Saya tak boleh berikan kasih sayang saya lebih daripada tiga yang sebelumnya." - Jebat.
Profile Image for creme brulee.
100 reviews18 followers
June 17, 2014
Its a nice touch from E-Man Sufi. My first experience dengan karya penulis (BKATC) was quite good. Agaknya lepas ni boleh la berjinak-jinak untuk baca buku2 penulis ni dah. Hihi


Jebat Foo ~ sejarah silam giat mengekorinya pabila dia sudah kembali ke pangkal jalan. Ke jalan yang diredhai oleh-Nya. Macam dekat lagu Justin Timberlake ~ What Goes Around Comes Around. Ehh apa aku merepek ni? Haha.

I couldn't lie ~ memang terbayang2 Sharnaaz Ahmad bawak character Jebat ni. Haven't watched him on TV yet for this play but I assumed he's quite suitable to play Jebat role.


Back to the story ~ macam tak ada apa nak comment la. Cerita bagus ~ good plot ~ literally all good la. Kenapa cant achieved 5* from me? Sebab Hannah Maryam. Tak suka la dia ni. Menyebabkan feel aku nak skip every pages yang terselit part dia. Haha. Begitu mudah untuk dia membenci Jebat ~ sampaikan menyelar Jebat dengan macam2 ayat. Blah la lu makcik. Haha.


Apa pun this is a great experience. Thanks E-Man Sufi.
Profile Image for Chek-inn Shamsuddin.
8 reviews1 follower
May 11, 2013
buku nie aku beli kat PWTC, dh lama bace review... mmg menarik... bace cerita abg jebat nie teringat plak aku dulu berangan nk kawen dgn taiko sbb nnt aku leh jd taika-chey... haha... seyes cite nie lain dr yg lain sbb rasenyer susah kot klu kt nie nk samseng jd menantu, mane tak nyer kang ader yg mkn hati berulam jantung dgn perangai laki cmnie... hahaha... tp penceritaan tentang abg jebat yg dh byk berubah menyebabkan kt terpk, hidayah allah tu ader utk semua org n nikmat iman n rezeki allah tu luas... cinta itu indah n yg penting klu cinta kacau je ari2 cm aper yg mas wat kat abg jebat sbb klu xkacau t ader org lain yg kacau merana badan, skrg nie rasenyer org suke cari yg xensem sbb xder persaingan tp jaga2 sbb taste org skrg dh berubah, yg xensem tu la org dok kejar sbb rase mereka cool... hahaha... anyway tahniah cik penulis, i like this character... tumb up!!!
Displaying 1 - 30 of 97 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.