10 orang penulis mengamati satu kata: Dajjal. Horror, sai-fai, cinta, advencer. Semua ramuan untuk buat petang lesu anda eksplosif!
10 buah karya:
TASIK GALILEE - Mohd Azmen FILEM - Salleh Razak GADIS DAN GIGI - Walid Ali SERIGALA, REVOLVER DAN GADIS BERAMBUT OREN - Azrin Fauzi f 5.6 - Nik Adam Ahmad PENGEMBARAAN JAL DI TANAH MELAYU - Rayza MukMin DIARI AHMAD FASILON - Syahmi Fadzil MIGRAINE - Raisya Nordin 40 HARI MEMBUNUH DAJJAL - Fairul Nizam Ablah ADAM - Shafiz Mahmod
Dalam kebanyakan cerpen, hanya cerpen Serigala, Revolver dan Gadis Berambut Oren saja yang saya rasa bagus kerana kritikan sosial yang ada di dalamnya. Sesetengah yang lain jatuh dalam kategori 'aku tak dapat apa dari cerpen ni', setengah lain masuk kategori 'merepek' dan akhirnya give up untuk baca. Harap penerbit boleh menerbitkan sesuatu yang dapat menambah add-on value pada pembaca.
Tasik Galilee - 4* Filem - 4* Gadis dan Gigi - 3.8* Serigala, Revolver dan Gadis Berambut Oren - 4* f 5.6 - 3.5* Pengembaraan Jal di Tanah Melayu - 4* Diari Ahmad Fasilon - 3.5* Migraine - 3.6* 40 Hari Membunuh Dajjal - 3.7* Adam - 4*
Tema berkisarkan Dajjal, dengan definisi yang lumrah dengan masyarakat kita tapi diolah secara fiksyen, dan definisi asing ikut suka hati penulis, asalkan ber'dajjal'. Aku tak tahu dajjal secara definisinya ada bawa maksud yang lain, sebab tu aku letak kata asing.
Dajjal secara ikut suka hati aku membawa konotasi negatif dan mengingatkan aku pada dajei, atau buat naya kat orang sebab hampir serupa bunyi dia.
Cerpen fav aku pilih, Pengembaraan Jal di Tanah Melayu. Ada unsur humor, tak masuk akal dan alternatif/ubah suai kepada cerita rakyat yang kita selalu dengar. Menarik. Jal dalam cerita ni pulak semacam hilang ingatan, kadang-kadang macam lost, tapi tetap tak lupa motif kewujudan dia sebagai 'Dajjal'.
Ada cerpen yang buat aku migraine di hujung cerita seperti cerpen Migraine. Aku tak dapat mesej cerita tapi itula, dia berjaya buat aku pening sedikit, jadi ironi dengan tajuknya.
40 hari membunuh Dajjal paling sakit. Dari segi kesan kedajjalan kepada mangsa, dan berbalik kepada si Pendajjal tu sendiri.
Tasik Galilei seperti suatu kisah penyesalan yang tak tertebus bagi aku.
Cerpen lain bagi aku kesan seperti dalam cerpen - filem, beza dia aku masuk dalam cerita jadi tukang perhatije.
Tasik Galilee. Aku pernah membaca cerpen-cerpen lain oleh penulis ini. Dan sekali lagi, cerpennya yang ini tidak menghampakan. "Separate multiple viewpoints" dalam beberapa fragmen kadang-kadang agak mengelirukan (bagi akulah). Tapi tidak mengapa. Kerana jalan ceritanya menarik. Bergerak atas nostalgia dan momen-momen dua orang lelaki dengan perempuan yang sama. Bittersweet.
Filem. Cerpen ini mengingatkan aku kepada cerpen "TV People" oleh Haruki Murakami (walaupun tidak sama pun sebenarnya).
Gadis dan Gigi. Sebuah cerpen realisme magis yang "haru-biru". Haru-biru apabila seorang gadis (pari-pari?) bernama Dajjal binti Mokhsen "TERtidur" di sebelah seorang lelaki yang sakit gigi.
Pengembaraan Jal di Tanah Melayu. Cerpen ini berjaya buat aku ketawa. Memang lucu apabila menuruti kisah pengembaraan Jal, seorang Yahudi gemuk bersama-sama seorang budak naif bernama Ahmad Syafiq, mencari seorang wanita bernama Melisa di Tanah Melayu. Dan menariknya lagi tentang cerpen ini apabila diselitkan alternatif bagi cerita-cerita dalam Sejarah Melayu dan beberapa cerita rakyat yang lain.
Cerpen-cerpen lain ada yang sedikit hambar dan mendatar. Dan ada juga yang "tidak masuk" dengan citarasa aku sebagai pembaca. Tapi apa-apapun, puas jugalah aku membaca buku ini.
buku ni merupakan himpunan cerpen yang berkaitan dengan Dajjal. bukan dajjal yang kita sedia maklum, tapi cerita yang menggunakan nama dajjal.
Terdapat 10 cerpen dan yang paling menarik bagi aku cerpen yang bertajuk Pengembaraan Jaldi Tanah Melayu. ia merupakan retelling story dari kisah dongeng Melayu iaitu Mahsuri, Puteri Gunung Ledang tetapi diselitkan dengan watak Jal iaitu Dajjal yang ingin mencari Melisa iaitu Isa.
Cerpen yang paling pelik, Gadis dan Gigi. Boleh pulak nama gadis tu Dajjal. Really weird. Overall was quite good.
Not bad. Walaupun beberapa cerita agak dull tapi overall menarik. Ada jugak yang tak nampak aim ceritanya di situ. Tapi saya paling enjoy Pengembaraan Jal Di Tanah Melayu. Laughed along the pages!