Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pembangunan di Malaysia: Ke Arah Satu Kefahaman Baru Yang Lebih Sempurna

Rate this book
Pembangunan Di Malaysia karya Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud ini menghidangkan perbincangan menarik tentang realiti dan faham sebenar pembangunan insan dan negara. Dengan mengemukakan hujah-hujah yang asli dan mendalam tentang pelbagai persoalan dasar berkaitan makna pembangunan sebenar di Malaysia, beliau mengutarakan pelbagai isu penting dan menarik. Ini merangkumi antaranya istilah sebenar yang lebih tepat bagi mentafsir faham dan makna pembangunan dari perspektif Islam; kelemahan Petunjuk Pembangunan Insan anjuran Bangsa-bangsa Bersatu; dasar agama dan akhlak dalam rancangan Pembangunan Malaysia; makna kebahagiaan dan penyempurnaan diri insan; isu jenayah kolar putih; hujah sejarah dan akhlak mengenai hak-hak Bumiputera khasnya orang Melayu; isu perpaduan dan kestabilan negara; dan faham model pembangunan sebenar antara agama dan tamadun utama di Malaysia, serta persembahan yang kritis dan adil, penulis mengupas isu-isu berkaitan pembangunan insan dan negara secara menyeluruh dan terarah. Ia sesuai dijadikan panduan setiap anggota masyarakat sama ada yang terlibat secara langsung dengan penggubalan dan pelaksanaan rancangan pembangunan di Malaysia mahupun pembaca umum yang inginkan kefahaman yang menyeluruh tentang hakikat pembangunan insan dan negara dalam Islam.

175 pages, Paperback

First published January 1, 2001

10 people are currently reading
69 people want to read

About the author

Wan Mohd Nor Wan Daud

19 books117 followers
Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud mengikuti pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Inggeris Tanah Merah dan Sekolah Menengah (SM) Dato' Mahmud Paduka Raja Tanah Merah, sebelum meneruskan pengajian ke Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu serta menyambung pendidikan ke Northern Illinois University dalam Sarjana Muda Kaji Hayat dan Sarjana Kurikulum & Pengajaran dan menyempurnakannya dengan Ijazah Kedoktoran Falsafah (Pemikiran Pendidikan Islam) di University of Chicago.

Beliau berpengalaman sebagai Presiden Kebangsaan Kumpulan Kajian Islam Pelajar Malaysia (MISG) AS dan Kanada dan Presiden Kebangsaan Muslim Students' Association of US and Canada.

Wan Mohd Nor memulakan tapak akademiknya sebagai Tutor Fakulti Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Penolong Pengarah di Bahagian Perancangan & Penyelidikan Pendidikan (ERPD) di Kementerian Pendidikan, sebelum berpindah ke International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) untuk bersama-sama Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas membina institusi pemikiran dan peradaban Islam itu sebagai Timbalan Pengarahnya bermula 1988 hingga 2002. Pada 2006 pula, beliau dilantik sebagai Felo Utama, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM sebelum menyumbangkan bakti kesarjanaan di Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS) Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Karya-karya beliau telah diterjemah ke bahasa Melayu, Indonesia, Turki, Jepun, Parsi, Rusia, Bosnia, Arab dan Macedonia. Beliau turut diundang ke pelbagai seminar dan ceramah di AS, UK, Rusia, Iran, Turki, Afrika Selatan, Pakistan, Sudan, Oman, Arab Saudi, Mesir, Jepun, Indonesia, Bosnia dan Singapura.

Sumbangan akademik beliau turut disalurkan sebagai Advisory Council for the Center for Strategic Middle Eastern Studies (CSMES), Zirve University, Gaziantep, Turki; mantan Editor Perunding Jurnal ISTAC, as-Shajarah; ahli Majlis Penasihat Toda Institute for Global Peace and Policy Research, Hawaii; mantan Penasihat Antarabangsa, Program Sarjana Pengajian Islam, University of Melbourne, Australia; Editor Perunding AFKAR di Akademi Islam, Universiti Malaya (UM); International Journal of Pesantren Studies di Jakarta; Tsaqafah: Journal for Islamic Sciences and Culture, juga di Jakarta dan Tafhim, iaitu jurnal Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
17 (60%)
4 stars
8 (28%)
3 stars
3 (10%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Zulhilmi Zakaria.
39 reviews8 followers
November 8, 2016
Buku yang amat mencerahkan minda dan ruhani. Berdasarkan falsafah syariat Islam yang kuat, Prof. Wan Mohd Nor mampu memberikan idea-idea yang bernas dalam membentuk Malaysia kearah pembangunan yang lebih jelas dan ukhrawi.

Tidak hanya mementingkan persoalan pembangunan materialistik, malah lenih mengutamakan pembangunan akhlak, budi, insan beradab, seterusnya Khalifatul ila Allah.
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.