Jump to ratings and reviews
Rate this book

Gadis Edisi Terhad

Rate this book
Jasmeen, anak perempuan kepada Tan Sri Farhan. Orangnya suka berdikari dan paling penting mempunyai hobi yang unik. Dia mengumpul semua benda keluaran edisi terhad. Cinta? Dia sentiasa takut untuk meletakkan komitmen lantas, cinta Iqmal ditolak mentah-mentah.

Fareez Ilham, anak yatim piatu yang dibesarkan oleh sahabat baik arwah bapanya iaitu Datuk Ismadi dan bekas pemandu keluarga, Atuk Syed. Orangnya amat setia dalam bercinta tapi sayang, cinta Gina kepadanya beralih arah kepada Iqmal tanpa diduga. Kehadiran Jasmeen memberi sinar tapi siapakah Jasmeen sebenarnya? Penjual kain? Tukang kebun? Arkitek landskap? Pencinta sejati?

Dalam masa yang singkat, pertemuan demi pertemuan akhirnya membuahkan rasa cinta di antara Jasmeen dan Fareez.

Mereka bercinta tanpa Fareez menyedari Jasmeen ialah Fellah Delisya, bos Integrate Landscape yang selalu dikutuk dan anak kepada Tan Sri Farhan iaitu pelanggan terbesarnya.

Dugaan melanda dalam hubungan mereka apabila Fareez mengetahui identiti sebenar Jasmeen. Mampukah sebuah realiti menepis hakikat sebuah cinta sejati? Sebuah episod luka membuat Jasmeen memutuskan untuk memberi ruang kepada Fareez dan akhirnya dia terbang membawa sekeping hati lara ke New York.

“I love you Fishy.”
“I love you too Cheesy.”

Paperback

First published May 1, 2013

22 people are currently reading
507 people want to read

About the author

Rin Ahmad

11 books178 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
267 (45%)
4 stars
190 (32%)
3 stars
89 (15%)
2 stars
25 (4%)
1 star
11 (1%)
Displaying 1 - 30 of 62 reviews
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
May 8, 2013
Sweetnya Jasmeen Fareez. Rasa nak teroka alam krypton mereka di Avillion Port Dickson. Kisah cinta mereka mekar selepas Fareez menyedari Gina curang bersama lelaki lain. Iqmal lelaki yang gagal meraih cinta Jasmeen hanya layak diangkat sebagai kawan beralih menyambut cinta Gina.

Fareez kepada Gina - happy birthday Gina. I'm letting you go. We are over. I hope you like the gift. Your freedom



Cara Arkitek Modenreka meluahkan perasaannya amat kelakar. Sanggup merendahkan ego belajar buat blog dengan "nyamuk besar". Lambat pula Jasmeen buka, Cik Pah terjah dulu blog iamcrazyjf.blogspot.com. Ala cute sangat lepas publish nak nyorok muka bawah comforter sampai tahun depan ekeke. Walhal Jasmeen buka baca pun tak. Keesokkan hari baru Jasmeen baca masa kawan baiknya yang lepak dirumah terperasan nota Fareez. Tapi itu pun diabaikan Jasmeen. Dibiarkan Fareez tertunggu2 jawapan bagai cacing kepanasan.

Diusahakan cara lain pula dengan lebih berani walau ketar lutut. Pastinya di alam krypton detik yang paling romantik sambil melihat matahari terbit. Romantiknya Fareez.

Fareez kepada Jasmeen - Do you know that love does not consist of gazing at each other, but looking together in the same direction as what we do now? Meen , will you make me happiest man alive?

Pada Fareez jawapan positif Jasmeen menggembirakannya walaupun sepatutnya dia dalam tempoh bersedih berpisah dengan Gina. Yang dia tahu Jasmeen adalah bekas penjual kain yang diherdiknya di Biwanis dan part time tukang kebun. Yang dia tidak tahu identiti sebenar Jasmeen suatu hari akan melukakan hatinya sehingga panggilan manis Fishy menjadi Fishy Fraud. Bukan salah Jasmeen kerana dia adalah Fellah Delisya anak Tan Sri Farhan yang berdikari membangunkan syarikat arkitek landskap sendiri tanpa mengharapkan ehsan papa. Cemburu buta juga hampir mengakhiri hubungan yang baru dibina. Apa la nak dicemburukan pada Iqmal yang ternyata bertepuk sebelah tangan. Tak percaya Jasmeen memang tak pernah ada perasaaan pada mana2 lelaki selain Fareez. Sebulan juga Jasmeen gigih cuba kembalikan kepercayaan Fareez tapi Fareez masih dingin.


Nasihat Derrick pada Fareez - learn to appreciate what you have before time makes you appreciate what you had

Kecewa dengan Fareez yang tak maafkannya, Jasmeen bawa diri ke US menyambung pelajaran.

Luahan harapan Iqmal pada Jasmeen sebelum Jasmeen berangkat - jgn terlalu lama menunggu orang yang menganggap kita sebagai pilihan kerana kita mungkin akan terlepas seseorang yang amat mengutamakan kita

Lepas 2 hari Jasmeen ke US. Barulah Fareez cuba memaafkan Jasmeen. Tapi dia terlewat. Mesej hanya dibaca setelah kehilangan Jasmeen. Dijejaknya Jasmeen di US dengan bantuan Ferhad adik kesayangan Jasmeen.

"Meen, saya sangat suka awak. Bukan setakat cinta tapi suka sangat2. Saya nak awak. Saya langsung tak fikir kalau saya hilang awak. Saya rasa awak la satu2nya perempuan yang betul2 membuat saya rasa begitu bahagia. Okey, terlebih keju sgt ke ayat saya ni?" Haha cheesy crazy.

Jasmeen pada Fareez - betul ke orang cakap cinta tidak boleh diukur dengan mengira sebanyak mana pasangan kita membuat kita ketawa tetapi dengan mengira sebanyak mana dia membuat kita tersenyum selepas kita menangis?

Terkelu Fareez nak menjawab. Berjaya ker Fareez pujuk Cik Bunga Melur ni menerimanya semula?

Gadis edisi terhad novel ke 2 Rin Ahmad yang pasti tak mengecewakan. Banyak flashback dibuat membuatkan kita perlu fokus apa yang di baca. Ternyata itu cara RA menulis. Dah tentu pembaca tak boleh baca lompat2. Kalau tak memanglah takkan faham keseluruhan cerita dan terlepas detik fishy cheesy. Antara semua barang edisi terhad dalam GET, Cik Pah paling suka jagung edisi terhad Atuk Syed. Hehe nakal sungguh Fareez mengena gadis edisi terhadnya.

Thumbs up untuk Rin Ahmad. Cerita konglomerat yang dibawa masih memaparkan kisah golongan tersebut yang tidak kufur hakikat tapi ada unsur kufur nikmat iaitu isu yang diketengahkan adalah hobi Jasmeen mendapatkan barangan edisi terhad yang jatuh dalam kategori berbelanja secara boros. Dunia arkitek juga diolah dengan begitu baik sekali. Tak la pembaca dihidangkan dengan kisah cinta sahaja. Cik Pah suka semua watak yang dihubung kaitkan dalam GET. Bila nak bukukan cerita-cerita mereka? Lepas ni Jejaka edisi terhad boleh? Wink wink
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
April 24, 2015
Saya suka kisah ni dari awal sampai akhir cuma mula-mula masa tiba2 je
.... lps tu "flashback" terkejut jga,tapi kali ni tak rasa terganggu sangat dengan babak "flashback" (masa baca Arluna iya terseksa jiwa raga).

Cheesy Fareez,mamat ni memang cheesy lah dan kali ni saya izinkan diri saya gedik2 sket dgn watak hero(jarang rasa gedik ni nak muncul dgn hero2 yg ayat manis ni) manis tapi tak lah sampai tahap sakit gigi,bila bab merajuk ermmm dua kali tu tapi bila hati dah sayang nak merajuk lama2 pon merugikan diri je suka masa walaupun tgh marah sempat lagi penuh kan bonet keta Jasmeen dgn jagung "Honey Jean No.2" Jagung pon ada edisi terhad LOL.

Jasmeen,karakter dia memang ada kualiti heroin yang saya suka. Cuma bab perincian,barang-barang edisi terhad tu ada yg saya baca betul2 bagi faham nak amik info2 yg patut tapi byk jga yg sepintas lalu je tak reti sangat dengan benda2 Limited ni


Suka sangat Suka
Profile Image for matchataro.
179 reviews29 followers
November 24, 2025
mesej cerita ni kalau isu tu kecik bagi kita, tak semestinya remeh bagi pasangan kita. being transparent and communication with comprehension itu penting. dan untuk mulakan hubungan dengan seseorang lepas kita patah hati, kena fikir banyak kali supaya itu bukan rebound relationship

untuk buku ra kalini, the male character, Fareez Ilham very pissed me off and annoyed me. honestly he was so soo soooo childish. tak macam arkitek yang patutnya ada critical thinking and act like his age. faham je crash out dia bila Jasmeen tak cerita benda sebenar antara dia dan Iqmal when he did tell her about Gina and Diya tapi paham tak benda dah la kat hospital kau nak mengamuk pastu buat mcm Jasmeen ni buat salah besar ya rabbi. engkau pon tak cerita pasal mommy daddy Gina yang macam parents angkat kau. Jasmeen cool je nyah tak marah lama2. feeling baca buku ni macam baca The Ex hahaha menyakitkan hati

tbh i cant really feel the chemistry and spark between them. Jasmeen tolak Iqmal/Iqi sebab Iqmal jenis lelaki yang pak turut, semua cakap Jasmeen dia ikut. So Jasmeen tak suka lelaki gitu. With Fareez, hes opposite with Iqmal. Sebelum official dating, Fareez ni sumpah kasar and jarang romantik, kalau aku jadi Jasmeen aku koyak weh. tak kisah la confess dekat blog sekalipon, benda bare minimum. keluar malam buta pon Jasmeen yang angkut kau and hantar sampai rumah balik hahahhaa takleh blah betul tapi itu yang Jasmeen suka😭 so tak faham senanye cane Jasmeen ni boleh terima perangai Fareez sebab hubungan diorang sebelum gaduh sangat la biasa. sakit otak baca sebab Jasmeen pon aware je Fareez ni childish and ego tak bertempat haha. mulut manis Fareez datang bila mood nak mengayat je. benci jugak sebab wujud je lelaki mcm ni hmm nasib baik la towards the end Fareez ni sedar diri and beg for her forgiveness back sampai terbang New York nak pujuk Jasmeen

seperti kebiasaan buku RA, heroine haruslah classy with t20 vibe and i really love her for that hehe. Fella Delisya aka Jasmeen really gave off the aura dah la own a landscape architect business. so saya rasa stress bila wanita cantik berkerjaya begini bagi muka pada lelaki begituu😭 Kadang tu rengsa jugak semua barangan mahal nak kena cerita detail tapi paham la and suka je baca brand2 yang diorang pakai. and kinda love the fact that RA's books really ahead of time, banyak slang and jargon yang gen sekarang banyak guna. oh untuk time skip cerita ni jelas tak macam buku lain sebab setiap flashback akan ada note bila kejadian tu berlaku so boleh paham easily what happen from A to C to B to A back🤣 trademark and vibe RA yang takkan pernah lari

apapon GET cannot make me fully enjoy cause of how the ML acted and how the conflict been executed. banyak pulak tu filler scenes. tebal gini hanya nak baca perangai budak2 Fareez bruhhhh aura alpha and masculine nak dekat akhir baru la ada balik
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews105 followers
June 29, 2015
Naskah untuk dilepaskan; RM16.00. PM je....


High expectation sebenarnya untuk novel kedua penulis ini. Harapnya sama bagus atau lebih baik daripada Untuk Semua Dosaku.

Memang terawang-awang dan tergawang-gawang dengan dunia ciptaan penulis ini untuk watak-wataknya. Aku tak teragak-agak menobatkan 'the sweetest couple ever' untuk Jasmeen dan Fareez. Seperti menikmati gula-gula kapas - manis, cantik, indah, mengkhayalkan.... etc etc

Aku boleh terima dengan sususan plot tunggang-terbaik USD.

TAPI....untuk GADIS EDISI TERHAD... agak caca marba sebetulnya. Mungkin ini trademark yang ingin dikekalkan oleh penulis/editor/penerbit naskah ini. Bagi USD plot sebegitu perlu, mungkin atas alasan pemisahan jarak masa. Tapi, bila babak yang dilandaskan masa yang sama, didirikan atas plot yang sengaja diselerakkan dalam naskah... memang merimaskan. (for me) Jika terlalu kerap 'menongkah arus' tanpa alasan yang kukuh, lama-kelamaan takut lemas di tengah lautan.


Profile Image for Yuni.
257 reviews82 followers
May 21, 2015
Ceritanya nice. Yuni suka dengan perwatakan Fareez. Memang itu yang diperlukan oleh Jasmeen untuk mengurangkan perlibatannya dengan hobi mengumpul barangan limited edition tu. Nasib baik anak orang kaya. Kalau tak, memang menangis tak berlagulah Meen.

Cuma perlu dipotong markah sikit pada Fareez sebab dia merokok. Yuni ni memang pantang orang merokok so sorry lah yek.

Hubungan mereka berdua ni macam main tarik tali. kata suka (even don't know bila perasaan itu muncul) tapi bila ada masalah tu, cubalah bawa berbincang. Ini nak meunggu dan terus menunggu. Pembac seperti yuni pun mulalah rasa macam nak pukul2 je bantal yang tidak berdosa itu.

Again, sorry yek penulis. Saya ni dari dulu diajar selepas A adalah B. Lepas tu C sehingga Z. Cara penulis olah cerita ni,sekejap A then F lepas tu tetibe je muncul scene -3A. Otak yang lurus ni tak tercapai jalan yang berliku serta ada buat pusingan U-turn maut itu. Terpaksa baca dua tiga kali beberapa chapter baru faham. Kalau sekali dua ok lagi. Tapi ni memang majoriti. olalala...

So rasanya itu je kot yang mengurangkan markah. Yang lain ok rasanya. Ok as boleh diterima lagi lah.
Profile Image for Mslvoe.
2,063 reviews200 followers
February 4, 2023
Last I've read USD.. I'm not drawn into it.

But JET and GET make me glued till the end.

Issshh rugi tak start baca masa awal² release dulu.

Best jalan cerita dia.. even flashback pun seem fine for me.

Thanks Rin Ahmad. 💕 Karya dia unique. 👍
Profile Image for Amal Lee.
279 reviews33 followers
December 12, 2023
Baca GET ni terasa lain sikit sebab FL & ML agak menjaga batas & Fareez si hero yang tak ego sangat plus cheesy & tudiaa kalau dah cemburu tu sampai sebulan merajuk. tapi still vibe T20 bercintalah no cheap drama. 😂
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
October 11, 2014
(2.5 bintang)

Apa yang hamba suka tentang Gadis Edisi Terhad:

i) Jalan ceritanya yang tidak dimonopoli klise. Ya, sedikit-sedikit itu lumrah, tiada masalah :). GET membawa sebuah kisah tentang si landscaper, Jasmeen dan arkitek hatinya, Fareez serta cubaan mereka untuk menekuni cinta yang mungkin nanti dapat membinakan sebuah mahligai bahagia. Oh, siapa bilang kisah cinta orang-orang kaya tidak menarik? Malah pada hamba ia jauh lebih realistik. Iyalah, mungkin hamba sendiri telah sedar betapa mengarutnya seorang gadis biasa di Pearl of Borneo hendak bermimpi dipinang Yutaka Takenouchi. Berjumpa saja tidak mungkin. Haha.

ii) Hamba suka apabila seorang penulis berusaha untuk memperincikan bahan ceritanya. Dari perkerjaan watak utama, subjek pelajaran mahupun latar tempat, penulis berjaya menampal ruang-ruang kosong yang selalunya diterbelakangkan oleh babak-babak romantis semata. Tidak perlu terlalu mendalam seperti menulis ensiklopedia tetapi hamba suka apabila seorang penulis berusaha untuk me-real-kan jalan ceritanya dengan perincian seperti itu. :)

iii) Meski hamba lebih gemar I Shot The Sheriff, Turn Your Lights Down Low, Could You Be Loved, Waiting in Vain dan Buffalo Soldier berbanding No Woman, No Cry tetapi hamba suka saja apabila nama Bob Marley dipetik dalam novel ini. (Okey, alasan macam tak berkaitan sangat tapi bolehlah ya. Hehe.)


Apa yang hamba tidak suka tentang Gadis Edisi Terhad:

i) Sebuah layar cuma perlukan pelakon yang bagus untuk watak protagonis tetapi perlukan pelakon yang lebih hebat untuk watak antagonis. Dalam visual akhir, seorang antagonis perlu tampak semulajadi dan benar tanpa kekakuan dan kepura-puraan (dalam lakonannya). Itu pandangan peribadi hamba dan GET tidak membuat hamba merasa si antagonisnya adalah seorang pelakon yang hebat melainkan pelengkap muka surat kosong sahaja.

ii) Seperti nombor dua di atas, hamba katakan sekali lagi bahawa hamba suka perincian tetapi... Hah, ada tapinya ya. Tidak perlulah terlalu berlebihan menjenamakan semuanya sehingga ke pakaian tidur sampai jenama kopi. Perlu tapi tidak setiap masa. Jangan fikir cinta dan benci saja punya jurang yang dekat. Informatif dan menjengkelkan juga sama. Huhu.

iii) Mungkin hamba akan lebih menikmati GET jika ia dinipiskan sedikit dengan membuang beberapa bahagian di tengah yang hamba fikir agak leret. Dan ya, watak Diya tidak perlu diwujudkan langsung. Di dunia serba canggih dan maju ini watak antagonis (terutamanya perempuan) dalam novel tempatan pun perlukan sesuatu yang baru dan lebih segar dari terus dibayangi klise semata. Merompak bank pun boleh pakai kad sim sekarang. Eh, tak ada kaitan! :P
Profile Image for Madam Lola.
213 reviews37 followers
September 23, 2014
Dah setahun buku ni dalam simpanan ML. tapi x baca. sejujurnya, ML beli buku ni sebab ramai orang ckp best. kalau ikukan blurb dia tu.. sungguh ML x beli. x mampu beli jiwa ML walaupun dianya RIN AHMAD. 1st impression ML, tentu kisah tentang obsesnya si Jasmeen ni pada barangan ber"edisi terhad". ML nak baca kalau cerita, how she become GET... bknnya pasal benda2 yg dia suka. who is she actually sampai boleh dilabelkan sbg GET. tulah sebab terperam jer kat atas meja tu. sampai Arluna yg ML habiskan dulu. dah lama kot.

Ohmai..mai..mai.. Ade Arluna n Johan dlm cerita ni. Walaupun sedikit... Tp, oklah... Sayang-Nya ML dah kenal NIna n Johan sblm kenal Meen. Kalo x, sure ML teruja nak baca kisah Nina n Johan ni...

Bagi ML, Rin Ahmad berjayakah jugak wujudkan watak GET dlm diri Meen tanpa perlu melihat hobi dia yg melampau itu. Mana nak jumpa kot anak org kaya x kisah dilabel sebagai tukang kebun. Susah nak cari kot perempuan yg ada segala-galahnya tetap tetap bersederhana tanpa dinilai dr hobi dia yg satu. Dan pd Fareez pula, memang Meen sukar dicari. Susah nak dpt stok gadis mcm tu.

Cuma, sampai habis cerita, Fareez x tahu, apa kejadahnya si Jasmeen ni boleh ada kat Binwanis tu. Apa pengakhiran kisah si "Nyamuk Besar" tu. Kesian pd Mona kan.... Kekasih dirampas si Diya.

Bila cik penulis bercerita tentang Avilion tu...terus ML teringin nak pergi... Giler x best. Tahap mabuk kepayang Fareez-Jasmeen ni, okey lah.... Rasa mcm matang-sengal-cover2-shy2cat gitu. Tp.... Tulah... Mcm kelakar Pulak.. Mcm pas2 batten Pulak si Iqi dan Fareez. Tp, boleh tahan jugak bila si Fareez ni cemburu dan meradang. Paling x tahan bila isu rumah yg terjual tu... Hushkkkkk... Mmg nasib baik....

Apapun... Oklah novel ni... ML suka. Rasa mcm diorang berdua ni couple tahun 90-an pun ada... Tp sweet doh.. Dgn copoun bagai ... Tp kisah pasal blog tu reman me pd someone lah.... Hahahha
229 reviews15 followers
August 20, 2017
*4bintang bersinar2.😂😂

Fareez-Jasmeen mmg sweet sgt! Jalan cerita okay. Konflik pun xbyk. Dan yg paling saya suka, hubungan kekeluargaan Jasmeen-Ferhad. Memang nampak mesra. Bukan2, terasa kemesraannya. Memandangkan ini karya pertama Rin Ahmad yang saya baca, insyaAllah saya akan baca karya Rin Ahmad yg lain.

Saya xnak ulas mengenai jalan cerita. Sebab, novel romantik selalunya saya baca sebagai guilty pleasure saya. Bukan saya xska buku yg sarat meruntun jiwa. Tapi saya lebih suka yg berunsurkan romantik komedi gitu. Santai. Bila ada mood nak menangis, baru saya cari buku yg berat, sarat. Mcm karya Siti Rosmizah. 😁 Jadi, jalan cerita predictable, konflik2 ringan. Yes please, sign me in!

Semua watak dlm cerita nie ada peranannya kan. Xde yg wujud dan last2 kita persoalkan. Apakah?? Hehe. Setiap org wujud kerana mereka perlu. Even watak tempelan pun menambahkan rencah. A job well done buat Rin Ahmad.

Jasmeen-watak yg plg saya suka. Wanita yg berdikari. Bila dia buat keputusan pun reasonable. Setia pada yg satu. Xpernah bercinta sbb nak bercinta dgn yg btol2 bg rasa secukupnya pada dia. Cuma 2la, hobi mengumpul barang limited editions 2 agak melampaula kan. Ayuhla bersederhana Puan Jasmeen. 😂😂

Fareez-ermm.. Mula2 rasa dia nie kasar sket. Pas2 romantika bergula-potong-kaki. Tapi xboleh blah bila hal remeh iqmal tp hukum Jasmeen sampai mcm 2 skali. Pada saya yg lepas 2 lepasla. Semua org ada masa lampau. Tp masa lampau 2 xdefine siapa kita hari nie. When you love somebody, accept her please. Dah sah2 Iqmal tue bertepuk sebelah tangan. So, please move on. (emo pulak daku). Satu lagi minus point utk Fareez adalah, perokok. Saya xska lelaki perokok. 😂😂 Sori Fareez, saya xleh fall in love with you.

Iqmal-I will definitely run 2 you. Haha. To be madly loved by someone is a girl dreams.

Gina-gucci. Kaya tp xjahat. *tepuk tangan..

Diya-padan muka ko!! 😂😂

Ferhad- u rock!!

Okay, sekian. Nak korek buku lain plak.
Profile Image for Linamarlyn.
37 reviews29 followers
March 22, 2014
<3 THIS book will be in my TOP favourites! Ohhhhh i loveeeeeee that its beautifully written with very good english! Love how the authors adapt powerful quotes!

Storyline between fishy jasmeen and cheezy fareez! Both being brought up with lavish lifestyle and both having the same passion towards designing.. I would describe it as.. Accidentally in love! Fareez a hopeless romantic and jasmeen a stubborn firm very strong character indeed that have very exquisite taste in fashion and limited edition stuff! Aaaaaa i just love every bit about this book! Storyline is very smooth in transition..

I must say that Author Rin Ahmad must have very exquisite taste in fashion too because in the book... It very well written with all this exclusive brands and written about it with passion!

Sangat suka! Got me all excited with those 5 coupons issued by fareez! Got me all nervous when jasmeen decided to leave for the states.

Keep it up Rin Ahmad! Very much Looking forward to reading your other books!
Profile Image for Nickynisa.
32 reviews9 followers
September 17, 2014
Cheesy Fareez and Fishy Jasmeen..

thought it was a rebound relationship but it is true love after all.. who cares if its not at the right time.. the right person will come and stay.. fight for it.. and tadaa... cheesy crazy loves his fishy fraud so much..

enjoyed reading this book alot.. so many cheesy moments.. how would a guy do all the cheesy stuff to her girl.. the 5 coupons.. the avillion krypton..

i really love the krypton avillion part.. watched the sunset near the avillion but not the sunrise..

RA is officially one of my favorite authors

/edit 25.02.2014

changed from 4* to 5* because i just love RA XD
Profile Image for Cutie_pie28.
400 reviews8 followers
October 30, 2025
First buku from this author.. not bad..

Si Jasmeen Fareez mntk kene luku kepala.. sorg mcm gitu.. sorg mcm gini..

Rasa mcm kelakar pulakk Fareez siap buat blog utk confess.. si Jasmeen ni slow pick up.. sbb ye laaa, mase die kenal Fareez, Fareez in a relationship ngn Gina…

Tup² dorg rapat.. arghh rasa mcm nk terbang ke planet Krypton dorg utk selami hidup dorg nie.. ade sweet, sour, bitter..

Jasmeen ni sorg yg tk mudah terpengaruh ngn ape yg die lihat.. jdi bile Fareez dekat ngn mana² perempuan, die handle it with pro.. tk mcm Fareez.. trus buat andaian begitu begini.. ye laaa, di tipu ngn org yg rapat ngn die kan..

Whole life die menumpang hidup ngn kwn arwah ayh die.. pakcik² die yg lain tk rapat.. smue nk duit arwah ayh die jee.. tkde yg nk jge die dgn ikhlas..
Profile Image for Miss Ai..
12 reviews14 followers
May 19, 2013
Sangat suka dengan cara penulisan Rin Ahmad, dan sangat sangat sangat suka dengan Untuk Semua Dosaku (USD). Mungkin kerana terlalu sukakan USD, dan terlalu berpegang pada kesukaan yang itu, makanya Gadis Edisi Terhad agak sukar untuk menjadi kesukaan saya.

Wataknya menarik. Seorang arkitek, seorang landskap arkitek. Awalan jalan ceritanya sangat cute. Dan suka dengan watak Jasmeen yang terlalu cool dan watak Fareez yang agak bertentangan sifatnya dengan Jasmeen. Tapi mungkin kerana itu, mereka saling melengkapi. Seorang tak berapa nak kisah, seorang suka nak merenyah. Sungguh, terlalu comel.

Cuma.. sama seperti yang saya katakan dalam USD, watak-watak yang lahir dalam dulang terlebih emas itu bukan cawan teh saya. Makin dewasa, saya makin skeptikal dengan watak-watak begitu dalam cerita. Kacak, cantik dan charming itu bagi saya bukan terletak pada 'Prada'. Seorang kawan pernah berkata, itu standard prince/princess charming dalam cerita. Entah. Itu pandangan peribadi masing-masing.

Overall, okay. Mungkin kalau ditolak elemen dulang emas itu, saya akan lebih menyukai cerita ini. Mungkin.

P/s: Selalu mencari kepuasan dalam baris-baris ayat yang cantik tersusun. Kerana itu, buku-buku Rin Ahmad harus dibaca (:
Profile Image for Aina Shukri.
527 reviews43 followers
January 28, 2019
#15-2019

Fareez bin Ilham. Selepas Que Zafril, Fareez adalah hero ciptaan RA yang senonoh sikit. GET adalah kisah empat (?) segi antara Jasmeen-Fareez-Gina-Iqmal. Hah, boleh bayang tak betapa complicatednya cerita ni? Sudahlah setiap kali berjumpa, Jasmeen memegang jawatan/kerjaya yang berbeza. Pertama kali jumpa, Jasmeen adalah seorang salesgirl di Binwanis. Kedua, Jasmeen dah transform jadi tukang kebun. Ketiga, dah dinaik taraf jadi arkitek landskap. Keempat? Jasmeen dah selamat jadi kekasih hati seorang Fareez Ilham.

Fareez ditinggalkan childhood sweetheartnya, Gina kerana sikapnya yang kasar dah sangatlah hopeless romantic bak kata Derrick. Jadi kali ni, dia cuba untuk berubah setelah jatuh hati dengan cik salesgirl-tukang kebun-arkitek landskap. Tapi hubungan itu teruji apabila identiti dan hubungan silam Jasmeen dan Iqmal terbongkar. Sikap ego Fareez menerbangkan Jasmeen ke New York. Ha, padan muka! Berjayakah Fareez memujuk Jasmeen dan menjadikan Jasmeen suri hatinya. Mana dengan 'nyamuk besar' yang sibuk mencari peluang nak menghisap darah lagi. Haih, pusing pusing.
Profile Image for nurhafizah.
40 reviews
November 2, 2014
aiyooo sweet sangat ni jasmine fareez . arkitek modenreka siap buat blog untuk luahkan perasaan . geguling gelak , rasa macam lawak lahai .

lagi excited baca bila ada part horticulture kat situ . bidang kita tu . ececece . hehe . rasa nak further kat new york botanical garden (school of professional horticulture) jugak lah . GET buat kita jatuh cinta dekat bunga melur . hari hari rasa nak jenjalan kat fakulti sebab nak tengok bunga melur . lol

"learn to appreciate what you have before time makes you appreciate what you had"

sis rin ahmad tak mengecewakan kita . sangat lah suka baca novel ni . thumbs up !!
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
September 14, 2013

Not bad!

Walaupun ada ketikanya penerangan sesuatu perkara (esp. tentang item edisi terhad yang memang saya 'fail' & blurr sebab saya bukan 'brand minded') terlalu detail hingga buatkan saya skip baca. Actually it's gud! Can give us more info.

Suka dengan Jasmeen yang rasional!
Suka dengan Fareez yang kadang-kala sengal!
Paling suka dengan Ferhad yang super cool tak hengat ^_^

Owh! ini bukan review ya... hikhikhik

btw : saya baru tahu http://iamcrazyjf.blogspot.com memang wujud rupa-rupanya. Gigih sungguh penulis, and I'm salute for that! ^_^
Profile Image for Don ツ .
248 reviews37 followers
April 13, 2016
Jatuh cinta lagi dengan Rin Ahmad punya penulisan~~ I think both are good~ quotes~dozens of them in here.

Kalau-kalau ada yang buat novel ni jadi rujukan, boleh kot buat pikat gadis-gadis~especially yang hard-to-get.
_____
Nak review lagi, tapi nanti-nantilah. Malas nak taip.
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
June 16, 2013
really like this novel...

Jasmeen seorang yang fanatik dgn sesuatu yg limited edition..seorang landscape architact. Pertemuan dgn Fareez bermula dgn pertengkaran.. tapi Jasmeen yg bersifat biasa2 walaupun kena marah dgn Fareez siap lap kasut Fareez lg buat Fareez ni pelik dgn Jasmeen..Pertemuan kedua pulak, Fareez boleh ingat Jasmeen ni tukang kebun..padahal first time diorg jumpa masa kat butik sbg salesgirl..Fareez terus tanya nama Jasmeen dan terus dia gelarkan Jasmeen cik bunga'Melur'..hehe

Lepas Fareez dan Gina clash..tiba2 si Melur ni boleh muncul dalam hidup Fareez.. buatkan Fareez tertarik dgn keperibadian Jasmeen yang biasa2.. walaupun Jasmeen sukakan sesuatu limited edition sampai sanggup berhabis duit..

Fareez dan Jasmeen ni sebenarnya x sedar..mereka ni adalah rakan urusniaga yang x pernah berjumpa dan ada juga perselisihan antara mereka..Fareez yang mula jatuh cinta dgn Jasmeen mula nk mengorak langkah memikat Jasmeen yang x sedar langsung Jasmeen ni sebenarnya rakan urusniaganya yg selalu dia kutuk then anak kepada Tan Sri Farhan..org yg berpengaruh jugaklah..Jasmeen ni sbnrnya nama manja bg family2..tu sebab Fareez x sedar Jasmeen ni adalah Fella Delisha..

Bila Fareez luahkan perasaan..Jasmeen pun terima cinta Fareez.. baru nak bertatih dalam perhubungan mereka, Fareez dpt tahu Jasmeen di si Fella Delisha a.k.a anak Tan Sri Farhan.. Apa lagi rasa tertipu la Fareez... Tapi nasib baik Fareez x de la nak mintak clash ke apa..sbb rasa syg tu lg banyak dari rasa tertipu.. padahal masing2 rasa tertipu.. bila Jasmeen tau si Fareez ni bos Modenreka..x de pun Jasmeen nk melenting bagai mcm Fareez yg x puas hati..Mulalah sesi perli memerli..rajuk merajuk..cemburu-cemburu..


Sampailah satu masa tu Fareez dpt tau..Iqmal (kekasih baru Gina yg buatkan Gina curang dgn Fareez) rupa2nya ada hubungan dgn Jasmeen dulu... Aplagi sakit la hati Fareez dgn Jasmeen sbb rahsiakan pasal perhubungan mereka dulu..n then Fareez pikir dia ni dpt bekas Iqmal..padahal..si Jasmeen ni x pernah pun couple dgn Iqmal..Iqmal je suka kat Jasmeen..

Merajuk punya pasal...sampai berbulan2..buat Jasmeen kecewa bawak diri ke New York.. Lepas tu apa lg..menyesallah si Fareez ni..so nak tau mcm mana si Fareez ni pujuk si bunga Melur ni..bacalah sendiri..hehe..

Suka dgn perangai Fareez & Jasmeen..Fareez yang x pernah nak romantikk..tp bila meluahkan perasaan bukan main..siap buat blog lagi nk propose Jasmeen...Jasmeen pulak sifat dia yg biasa2 je..org marah pun boleh buat blurr.. rasanya x de pun Jasmeen ni menegking2.. tu kot sbb si Fareez ni cinta gila kat Jasmeen..


p/s: Rin Ahmad da jadi my favourite writer... lepas USD..GET juga TIDAK menghampakan..sy still gilakan Syed Azri the SBB(sexy-smart-beard)tu..lepas baca USD sy siap terjah lagi blog writer ni dan baca segala mini novel/cerpen yang ada kat blog beliau....spe yg baca cerita kat blog Karya Lepak..pasti akan jumpa banyak watak sampingan dalam GET...lepas ni nak tunggu karya ke-3 beliau pulak..

i love you Fishy..ilove you too Cheesy..


HAPPY ENDING!! Jasmeen-Fareez..

Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
March 18, 2014
Suka cerita ini kerana ada unsur positif dan cara penulisannya especially the flashback. Syabas!
Nama sebenar Jasmeen adalah Fellah Delysha. Dia adalah anak sulong Tan Sri Farhan dan dia adalah seorang landscape architect. Jasmeen mempunyai sebuah hobi yang uniq. Dia amat suka membeli barangan edisi terhad. Iqmal adalah seorang lelaki yang sangat menyayangi dirinya tetapi hati Jasmeen lebih tertarik kepada Fareez Ilham walaupun perasaannya sering kucar-kacir kerana dia. Fareez pula telah lama bercinta dengan Gina tetapi sejak akhir-akhir ini, Gina sering mengelak untuk bersamanya. Bila dia ternampak Iqmal bersama Gina, terus dengan senang dia memutuskan perhubungan mereka. Tiap kali bertemu Jasmeen, Fareez akan mengamuk. Tetapi hatinya telah terpaut. Dia rasa lebih bebas dengan perasaannya. Dia senang marah, gembira, rindu, cemburu tetapi ada damai di hati bila bersama Jasmeen. Fareez rasa lebih bermakna bersama Jasmeen. Perjalanan cinta mereka bagai ribut taufan dengan berbagai cubaan dan dugaan tetapi mereka pasti akan perasaan mereka yang saling menyintai. Hubungan mereka direstui keluarga dan mereka mula matang menjalani hidup. Akhirnya mereka disatukan. Fareez mula pandai mengawal perasaannya dan membimbing Jasmeen untuk berubah demi kebaikan mereka sekeluarga. Jasmeen juga lebih pandai memujuk Fareez dan tidak lagi mementingkan diri sendiri.
Profile Image for Aisha.
15 reviews
May 9, 2013
novel kedua dari penulis Rin Ahmad.
Dulu sgt kagum dengan persembahan penulis melalui Untuk Semua Dosaku.
dan Gadis Edisi Terhad ini jugak tidak mengkacewakan saya.
Pernah membace bab awal di laman web Novel Melayu Kreatif dan Page penulis (Karya Lepak Fans Page) jadi mmg sangat excited bila versi cetak keluar.
sebenarnya baru habis bace sebab baru mndapat novel ni. Semasa Pesta Buku yg brlangsung baru2 ini - i could not find the novel at Kaki Novel Shelf. Dorang cakap out of stock!
ini bermakna GET mndapat sambutan yg hangat dari pembace.

sangat suka cara penulis mengarap watak Jasmeen - kaya tapi tetap dengan akhlaknya.
Fareez mmg sengal tapi sangat menyakinkan dari segi peribadi yg mahukan kejayaan dlm bisnis yg diambil-alih dari warisan arwah ayahnya.
sangat lucu sbb fareez minat dgn karton Doraemon.

keseluruhan cerita sangat menarik, jum kita ikuti kisah cinta fareez & jasmeen di Krypton hehehe! Krypton? nak tahu sila bace GET yg sangat mebeles.
thumbs up to the writer Rin Ahmad. five stars *****
waiting for Arluna, JET and Bimbo.
Profile Image for Rania Afeeq.
18 reviews5 followers
March 27, 2014
I love you cheesy
I love you Fishy
caption kat cover novel
hmmm ... mesti 'love' yg edisi terhad jugak kut
Tapi den sgt suke dengan heroin si Jasmeen si bunga melor.
She is from a rich family tapi tetap mcm biasa je, citarase dia pd benda yg limited edition.
Fareez hopeless romantic but cheesy dengan gaya 'flirt' nak kan Jasmeen.
sangat tak menahan bila fareez buat blog meluahkan rase dia kat jasmeen.
cerita GET sgt menarik.... sempoi couple ni kat krypton di Avillion PD.
sangat2 sweet.
tahniah Rin Ahmad - yg limited edition jasmeen beli tu belum lagi mampu sepenuhnya nak beli tapi den nak cari JAGUNG EDISI TERHAD atuk Syed.
Profile Image for Nurfadzillah.
9 reviews1 follower
May 21, 2013
by knowing tat this novel is written by Rin Ahmad, i don't have any doubt to buy it. And after finished reading it, i am overwhelmed and totally satisfied with it.
Rin Ahmad never disappointed my thirst to look for new information.
In GET, she introduces so many limited thingy items.
Fareez way to win Jasmeen heart is sweet --- using a blog???? walaweiii.
Sangat suke dengan both these two characters.

pengajaran? - membeli expensive materials are a waste - ini telah di ingatkan oleh Fareez. ok tak nak cerita panjang2-overall GET is very sweet.
cover GET is so unique.
Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
June 11, 2015
Jasmeen & Fareez

Novel kedua penulis selepas Untuk Semua Dosaku..

Suka bila penulis selitkan elemen agama dan fakta kehidupan masyarakat sekarang.

Merujuk pada kemampuan, 'ujub dan riak, teringat pada sorang bos kat tempat koje..
My Dior.. My Ferragamo.. My Tod's.. My Passat..

Bukan senang untuk menghindarkan perasaan 'ujub dan riak. Semuanya terletak pada hati..
Senang, susah, nikmat, derita, itu semua ujian Allah.. Setiap harta yang dibelanjakan akan dihisab di akhirat nanti..

Tahniah penulis! Tak sabar nak baca Arluna dan Bimbo!
Profile Image for creme brulee.
100 reviews18 followers
October 24, 2016
Ive always enjoyed reading Rin Ahmad's book. Filled with thousands of feelings. Rasa di awang-awangan gituuu ~ Jasmeen and Fareez is surely another must read love story.
Profile Image for Almari Buku.
10 reviews8 followers
October 12, 2016
Aku berfikir-fikir sendiri. Kenapa ya, RA pilih tajuk Gadis Edisi Terhad?

Apa yang Terhadnya?
Apa yang eksklusifnya?

Dan membaca semua jenama yang tersenarai. Serius aku angkat tangan. Terasa seperti sedang menelaah majalah fashion!

Ada juga terasa seperti sedang menyaksikan confession of a shoperholic. Bezanya, si shoperholic ni bukannya berbelanja di luar kemampuan dia.

Aku kagum dengan sikap Jasmeen. Si hartawan yang down to earth.

Yang aku kurang gemar?
Terkadang aku sesat dalam flashback yang huru-hara. Berbanding novel pertama, teknik flashback di sini sedikit menganggu aku.

Pengulangan beberapa plot, dan plot yang memberikan hint apa yang bakal terjadi di plot yang seterusnya dalam novel ini, membuatkan rasa eager aku tersekat. Aku dihadapkan dengan klu - this is what gonna be happen in the next few plot or chapters.

Cerita tentang orang ada-ada. Dan pastinya, plot orang ada-ada yang ditampilkan di sini cuma mewakili barangkali 20-30% Malaysian.

Tapi perwatakan dan penceritaan yang diperincikan, membuatkan aku jelas yang kayanya watak ini bukannya dibuat-buat. Dan plot di tempat kerja membuatkan aku tersenyum. I can see architect in action. Dan this is a real arcitect that we talk. Bukan tender cikai-cikai 5-6 juta. We talk about almost a bilion dollar project.

After all, mengetahui yang RA adalah architect, menjadikan it is expected bila architect life is a live here.

Tapi seperti juga novel pertama RA - Untuk Semua Dosaku (UDS), aku dihadapkan dengan banyaknya pengetahuan yang baru. Ilmu baharu.

U absolutely be my favorite writer and ur novel will definitely be in MUST HAVE list!

As for me, the first novel is still the best.

3* for the story.
Profile Image for Ida.
81 reviews24 followers
August 3, 2013
I really love this novel. It got something in it that glued me till the end. And i never even heard almost all the LE stuff in it....hihihi. But still i like it.

Love how the writer created the main character, Fellah Delisya and Fareez Ilham. My fav part is during Fareez's q&a with the magazine.

Q : What is the weirdest thing you have ever google and you feel embarrased thinking about that?

A : My girlfriend's name. Then I know why she has two name.

Q : What is her name?

A : Enough with first word of her name means Arabian Jasmine and second word means happy and makes others happy. Makes me happy.

And the fact that Fareez didn't know anything abou blog...ha ha ha. That's cool!
Displaying 1 - 30 of 62 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.