Jump to ratings and reviews
Rate this book

Aku Diikat Cinta 13 Jam

Rate this book
BADAN Dalis ditolak ke dalam pelukan lelaki yang bernama Zarif. Mereka berdua bertukar senyuman. Kaku seketika Dalis dalam pelukan Zarif. Terkedu sebenarnya. Keliru!
“Naj, apa...apa semua ni?” Dalis mula takut.
Hilang sudah gelaran ‘tengku’. Dia menahan marah. Jika sudah memberi dia pada orang lain, seperti sudah menjual harga dirinya juga.
“You dah jadi girlfriend I, so ikut aje lah apa yang I buat. Barang I, barang kawan-kawan I juga.” Bisikan Tengku Najhan memang hampir mematikan degup jantung Dalis. Baru sahaja dia mahu memberi kepercayaan kepada Tengku Najhan, tetapi lelaki itu sudah buat hal.

****
HAH! Tengku Najhan datang, aku pening. Si Amsyar ni muncul pun buat aku pening juga. Kalau kedua-duanya datang serentak, mahu aku mati terus! - Dalis.

****
“HESY! Perempuan ni, memang menyusahkan akulah. Emak pun satu, apa yang dia nak sangat bagi kain ni. Bukannya perempuan tu miskin sangat pun.”- Adnan.
Jika tidak kerana emaknya mengamanahkan barang, sedikit pun dia tidak akan bertembung dengan Dalis. Entah kenapa, mereka pantang bertemu. Api dengan api, jawabnya maraklah.

****
BETUL ke aku tak cemburu? Masa dengan perempuan kat shopping complex hari tu pun hati aku dah nak terbakar. Hari ni, Amy, esok... Hah! Tak boleh jadi ni. Dalis terus keluar semula dan menghampiri Amsyar dan Amy.

****
BELUM habis Dalis menghabiskan penjelasan, Amsyar merapatkan badannya ke arah Dalis. Kemudian, tangannya memeluk bahu Dalis dari arah belakang. Dalis memejam matanya rapat-rapat, terkejut dengan pergerakan spontan Amsyar.
“Amsyar...” Bergetar suara Dalis memanggil nama Amsyar.
“Panggil ‘abang’, sayang.”
“Kau buat lawak apa ni?” Dalis toleh Amsyar di sebelahnya.
“Shh... kau yang nak, kan? Aku akan tunaikan permintaan kau buat kali terakhir. Selama ni, kau dah banyak tunaikan permintaan aku.”
.
ADA bahagiakah untuk Dalis? ‘Kuali’ aka Hafiz yang sepi, Amsyar yang begitu, Tengku Najhan yang begini, keluarga yang menghindar dan dirinya yang sendirian mahu menggapai sinar hidup. Mencari ketenangan… mencuri cinta… meraih cita-cita… Mampukah dia? Terubatkah hatinya jikalau esok dia sudah bergelar DOKTOR DALIS!

547 pages, Paperback

First published April 1, 2013

34 people want to read

About the author

Nhia DD

1 book

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (6%)
4 stars
10 (31%)
3 stars
11 (34%)
2 stars
5 (15%)
1 star
4 (12%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
August 16, 2014
permulaan cerita agak mendatar cerita bergerak pantas lepas satu,satu agak klise juga sebab terpaksa berkahwin dan motif perkahwinan itu pula kurang kukuh,tapi ada juga babak manis dan lucu yang boleh buat pembaca tersenyum,dah sampai hujung cerita barulah mengerti kenapa tajuknya begitu "Aku Diikat cinta 13 Jam"
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,036 reviews378 followers
December 30, 2013
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM8. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Maaf, cerita ni tak menepati citarasa N. Bukannya jalan cerita tak menarik. Tapi ia agak klise dan berserabut. Transition antara satu babak dengan babak seterusnya agak kaku. Endingnya juga agak klise.
Image Upload
N rasa sinopsis di kulit belakang buku tu pun berserabut dan sangat misleading. Semua nama watak lelaki dicampak dalam sinopsis sedangkan watak mereka taklah seberapa mana. And it's not really a synopsis pun. It's a snippet of different scenes mashed together to fill up a page.

Satu perkara yang N pertikaikan adalah salah satu statement yang ada dalam buku ni yang berbunyi lebih kurang begini: Sudah menjadi kewajipan seorang Muslim untuk mengkhatamkan Al-Quran sekali atau dua kali setahun.

Maaflah jika N silap. Terus terang N katakan N bukanlah seorang yang arif dalam hal agama. Sekolah agama pun setakat sampai darjah enam, itu pun tak sampai akhir tahun. Tapi setahu dan seingat N, tak ada pulak hukum yang mengatakan kita wajib menkhatam Al-Quran dua kali setahun. Bukankah kita membaca Al-Quran mengikut kemampuan dan keikhlasan?

On a separate note, editor Bahasa Inggeris publisher ni tak buat kerja ke? Tunggang-langgang ayatnya.
Profile Image for Linamarlyn.
37 reviews29 followers
January 8, 2014
I rate it three due to reasons i love the story line towards the end coz its lively and real. Bab cara penulisan awal-awal was boring too much dragging information but once after Dalis and Amsyar kawin the adventure begins. Its has a nice story line... I see this novel boleh buat ke movie or drama? But jalan cerita nya akhir2 atu very fast moving..

Sweet to know that Amsyar still remembers Dalis from secondary but pura2 nda ingat sampai durang kawin contract. Then Dalis menempuhi pelbagai dugaan from kana emotionally dera oleh abg nya, kana buang keluarga, accident with no family members to claim.. Too much for her to cope but she managed! I like character Dalis yg strong and career driven too.. Pursue her studies in the mist of mending her broken heart and jadi doctor.

Nice read!
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
July 20, 2017
Menariklah..
Bukan sekadar cinta dan perkahwinan kontrak sahaja..
Ada selitan pasal hubungan kekeluargaan yang pincang..
Hubungan adik beradik yang bermasalah..
Serta hubungan persahabatan..
Profile Image for Wann.
35 reviews8 followers
October 31, 2015
saya hanya blh bg 2 bintang bukan sbb jln cerita xmenarik tp sbb novel ni x blh 'click' dgn saya, mgkin blh masuk dgn org lain.
jalan cerita blh dikatakan klise but for different reason. though bg sy alasan diorg kawin2 mcm xkukuh mn dan bg sy watak2 sampingan dlm novel ni lebih menarik drpd watak utama terutama watak tengku najhan & johan
watak hero & heroin very stupid and annoying mmg padan pon mereka ni berjodoh..
satu lg sbb sy kurangkn bintang sbb endingnya mcm tergesa-gesa dan klise...
Profile Image for Kella79.
50 reviews2 followers
June 10, 2014
Jln ceta slow pd mulanya..tp keseluruhan ceta sy suka..
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.