Jump to ratings and reviews
Rate this book

Anthem

Rate this book
"Everybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future".

‘Hi, I’m Dania Dashrin. Call me Dash. I lived in (isi tempat kosong dengan nama tempat yang last ayah kena stationed) prior. I love music, and having a good time’.

Nur Dania ‘Dash’ Dashrin; a third-culture kid caught in a limbo between home-country Malaysia and the world she knew. Sent back to Malaysia for her Upper Form Secondary education from Delhi, hell broke loose as she was adjusting with the life and expectation living in a boarding school, especially not being made easy by those who would never understand. The clashes of beliefes,culture, principals, definitions of identity and a struggle to prove that she was her own person, was a long battle.

And she learnt; that everybody sure do have a past, but currently giving their all to live the present, and sure as rain deserves a future.

593 pages, Paperback

First published April 26, 2013

86 people are currently reading
1307 people want to read

About the author

Hlovate

17 books1,385 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1,066 (65%)
4 stars
403 (24%)
3 stars
129 (7%)
2 stars
22 (1%)
1 star
8 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 158 reviews
Profile Image for Miss Ai..
12 reviews14 followers
April 28, 2013
Baca Anthem terasa sama macam naik roller coaster. Atau kalau nak lagi dramatik, betul terasa macam naik solero shot dekat Genting tu. Ye ke namanya solero shot? Haha.

Buku hlovate memang selalu ada aura Hlovate. Bila baca selalu ada rasa yang sama. Suka-suka nak senyum. Suka-suka nak terharu. Suka-suka muka dah basah. Walaupun setiap kali baca buku baru Hlovate, dalam hati boleh kata - dah boleh tau lepas ni mana arah tuju cerita, tapi tetap nak baca, tetap nak lagi tau, dan tetap gigih menghadap walaupun jam telefon dah terang tunjuk nombor dah nak dekat siang.

Walaupun pembaca mungkin ramai yang bukan asalnya third culture kid, mungkin.. tapi mungkin juga ramai yang terperangkap dalam dilemma third culture kid. Perkara asas dilemanya sama. Ya, sama.

Dan tak boleh tidak, tangan nak juga menaip betapa sweetnya seorang bernama Lee di zaman sekolah. Keras dan manis. Bunga rose dan ketul ais itu bukti lembutnya hati seorang Hitler zaman moden dalam dunia Anthem. Memang padannya dengan Dania yang rebelious dan lurus. Lurus yang tidak bertapis. Haha. I always love heroin with attitude the most.

Salute to Hlovate for Anthem. Dan terima kasih untuk sedikit ruang melepas rindu pada Trisy dan Jade.

Baca balik review yang tak ada rupa review ni, sungguh ayat berterabur macam baru lepas kena langgar todak. Sungguh, hati masih terharu. Kepala masih ting-tong. Tapi kesimpulannya masih sama - sila baca kalau anda peminat Hlovate. Sila baca kalau anda bukan peminat Hlovate. Dan sila baca kalau anda bukan suka membaca sekalipun. Sebab ini bukan sekadar kisah Dania a.k.a Dash kembali pada yang lurus, ini kisah kita. Kebanyakannya.

Lastly.. bintang. Kalau boleh sungguh saya nak bagi bintang-bintang dekat langit. Tapi sebab tak boleh, saya bagi bintang maximum untuk review sajalah ye (:
Profile Image for Hamidah.
78 reviews19 followers
May 1, 2013
Buku ini berkisar tentang kisah dash atau nama sebenarnya Nur Dania Dashrin. Dash (third-culture kid) gadis 16 tahun yang tak pernah tinggal di Msia sebaliknya tinggal di pelbagai negara mengikut bapanya bekerja.

Ketika usianya 16 tahun keluarganya telah memaksa Dash untuk menyambung pelajaran di Msia disebabkan suatu perkara. Dash yang pada mulanya tidak dapat menyesuaikan kehidupannya di Msia, akhirnya mengambil keputusan utk menyambung pelajarannya di msia selepas tamatnya SPM.

Di sinilah kehidupan Dash mula berubah. Ikutilah kisah-kisah menarik kehidupan Dash semasa di sekolah (Msia) , di rumah ibubapanya di Chanakyapuri, India dan kehidupannya di Abedeen, Scothland.

Dari seorang gadis rebellious menjadi seorang gadis yang mencari agamanya. Memang benarlah bahawa hanya mereka yang mencari sahaja yang akan bertemu.

Buku 593 muka surat ini banyak memberi pengajaran kepada anak-anak remaja dan kita juga yang dewasa. Anak yang liar itu, jangan dibiarkan begitu sahaja, bimbinglah mereka untuk mereka menjadi 'seseorang' suatu masa nanti. Untuk berubah kepada kebaikan memang susah, begitu juga sebaliknya.

Hati itu ALLAH yang pegang.Samada untuk bersinar bergilap atau terus menjadi hitam gelap. Itu semua ALLAH punya kuasa. ms 473.

Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
May 13, 2019
Akhirnya 😍
Aku memang dalam misi habiskan buku yang diperam 🙊

Rindunya Hlovate (H), rindu lagi pada keluarga besar Jemari Seni (JS). Moga yang baik-baik saja untuk semuanya di bulan yang penuh berkah ini.

Full review: 13/05/2019

4.5*

Anthem. Aku peram hampir enam (6) tahun. Lama kan?
Hipotesis aku dulu -- Buku yang bagus, walaupun kau peram bertahun-tahun, ia akan kekal ‘hidup.’ Dan, Anthem membuktikan ianya tepat.

Aku rasa aku faham kenapa aku ditakdirkan membacanya agak lambat, kerana perbezaan persepsi dan keadaan ketika itu. Kini aku seorang ibu, ada suatu rasa yang membezakannya, yang aku sendiri tak boleh nak explain.

Melihatkan Dash buat aku gentar sendiri. Apa aku kah si ketam yang cuba mengajar anaknya berjalan? Entah. Diri sendiri masih sumbing, tapi dalam masa yang sama mengharapkan anaknya berada dalam acuan yang cukup sempurna. Cliché.

Berapa ramai orang agaknya yang betul-betul letak harapan pada Dia untuk hajat, dan berapa ramai pula yang kepada manusia mereka berharap. – halaman 397


Tapi ya, kerana saktinya seorang ibu yang mengandung dan melahirkan -- doanya tak akan pernah putus -- mahukan yang terbaik buat anak-anak dan generasi seterusnya. Namun, andai takdir meletakkan haluannya berbeza, kita bisa apa? Embrace it. Kerana hidup IS a wonderful journey.

Maaf kerana ini memang bukan review, ia cuma luahan dan bebelan seorang ibu di akhir zaman. Tapi ya, terima kasih kerana masih sudi membaca haha. Nanti buku lain aku review betul-betul okayyy!

Dan, ke hadapan H, jangan berhenti setakat ini ya, kerana Cherina simpan baki 0.5* untuk karya yang akan datang. There’s still a LOT you wanna share, kan kan? Haha.

Ps: I really miss JS. Really. I. Do.
Profile Image for zairaidah.
409 reviews40 followers
February 2, 2018
Everybody has a past. Everybody lives a present. Everybody deserves a future.

Tagline untuk Anthem. Sila lah relate dengan kisah Nur Dania Dashrin yang dahulu dan sekarang. Aku terperasan karya Hlovate kalau tak ada perkara yang berkaitan dengan muzik tak sah di samping quotes yang best-best dan her way of dakwah.

Dash, a third culture kid dihantar balik ke Malaysia dan menghabiskan sesi persekolahan yang ada. Ketika ini ialah fasa memberontak Dash. Di sinilah Dash berjumpa dengan Lee yang disamakan dengan Hitler. Bayangkan Dash seorang sahaja pelajar perempuan tak pakai tudung. Dash yang keras hati, bercakap tak pakai penapis. Bagi Dash, dia nak jadi diri sendiri, bukan hipokrit, no judgemental, pakai tudung belum tentu seseorang tu baik, tak pakai tudung belum tentu seseorang tu jahat.

Aku memang tak faham pon benda-benda muzik yang diorang main. Tak apa sebab aku boleh abaikan. Kalau aku rajin aku boleh google. Aku enjoy membaca sebab aku nak tahu adakah Dash masih sama atau Dash akan menjadi lebih baik in the future. Pakai choker berduri di leher, pixie cut hairstyle, wife-beater singlet, purple lipstick and cutex… ada la macam gaya punk. She loves party. Nampak tak Dash tu macam mana. Heh.

Dah habis sekolah and SPM. Something happened to Dash. Dash dah berubah. Slowly… Dash dah mula solat, membaca Al-Quran dan juga berpakaian menutup aurat. Tetapi tanpa pengetahuan family dan perubahan tersebut dilakukan dalam keadaan sembunyi. Dan Dash seolah-olah tak dapat terima apabila ‘kantoi’ dengan Haikal. I love Haikal. Best sibling ever. Cuti semester yang agak bermakna sebab dapat tahu yang Lee jugak a third culture kid like Dash but a bit different dan berjumpa semula di India menjadikan hubungan mereka agak rapat. Aura Hitler si Lee pon macam dah hilang. Lee yang macam ninja tiba-tiba je ada.

Dash meningkat dewasa dan semakin matang. Pilihan Dash untuk ke Aberdeen adalah disebabkan Lee. Family Dash berpindah ke Ankara, Turki untuk kali ini. Pada ketika ini juga membuatkan Dash berfikir, mengenang dan bermuhasabah tentang perjalanan hidup Dash dalam mencari identiti diri. Prioriti dan minat boleh berubah mengikut masa dan usia. No more party.

Aku suka dengan pendekatan yang digunakan author untuk menerangkan sesuatu perkara. Penuh dengan analogi yang senang aku nak faham. Isu Islam hanya pada nama, isu sekularisme, isu sistem pendidikan di Malaysia, isu pakai tudung, isu Israel, isu Black Metal etc.

Persahabatan Dash dengan Kak Trisy, pertemuan semula dengan cousin Ateh Yu (Lekiu), ex-schoolmate Sett, relationship with Lee dan perubahan Haikal of course menambahkan lagi warna dalam hidup Dash.

Berbuat baik lah kepada sesiapa pun. Spread the love.
Profile Image for Ririn Aziz.
790 reviews106 followers
May 17, 2015
Reread : 26 June 2014 - 10 July 2014

10 August 2014

Anthem membawa kita mengembara bersama Dash mencari identiti dirinya. Dibesarkan di merata ceruk dunia, dia tidak tahu apa yang dikatakan jati diri sebagai orang Melayu dari Malaysia. Beridentitikan third culture kid; mereka yang tidak terikat dengan identiti negara asal atau negara yang menjadi tempat tinggal semasa pada satu-satu masa. Terapung dan melayang di antara keduanya.

Akibat sikapnya yang agak tidak terkawal, Dash 'dihukum' pulang belajar di Malaysia. Ketika inilah dilema dirinya memuncak. Balik ke negara sendiri tetapi dianggap seperti alien dek kerana dia tidak tahu 'tatacara' hidup di Malaysia. Pengaruh barat yang menjadi ruang hidupnya selama ni begitu jelas membezakan dirinya dari yang lain. Malah sikapnya yang agak memberontak tidak membantu dia untuk menyesuaikan diri. Namun begitu, teguran demi teguran dari Lee 'Hitler' berbekas juga dalam dirinya sedikit sebanyak, walaupun diterima dengan hati yang masih lagi 'bittered'.

If you feel ignorant and stupid, then find a way to learn. Don't curse those who are calling you ignorant and stupid. Find ways to prove them wrong. That, is satisfaction. Much more satisfying than cursing them all the way to hell and back.

Zappp...tersentak. Kata-kata Aleksandr itu membuatkan Dash merenung semula dirinya, falsafah hidupnya. Membawa dia berfikir yang menemukannya dengan Young Caliphs Camp dan Kak Jiji yang banyak memberi semangat untuk dia terus berusaha mencari kebenaran.

Bukan mudah untuk berubah. Bukan mudah untuk menongkah arus. Bukan mudah untuk keluar dari zon selesa, melakukan seperti apa yang diamalkan oleh semua orang untuk mencari kebenaran. Bukan mudah untuk mengakui apa yang kita buat selama ni bukanlah seratus peratus betul. Perlukan kekuatan luar dan dalam untuk menghadapi skeptikal orang-orang sekeliling.

Dash cuba berubah perlahan-lahan. Belajar dan berfikir. Mencari jawapan bagi persoalan yang berlegar di fikirannya dan di hatinya. Malahan adiknya Haikal juga memandang dirinya pelik bila mengetahui Dash mula menjadi Dash yang baru. Sukar untuk menerima perubahan tersebut, kerana takut kakak kesayangannya akan bertukar menjadi watak lain dan menjauhi dirinya dan keluarga. Reaksi tipikal kan, kita rasa curiga bila orang nak berubah ke arah yang lebih baik, tapi kita rasa normal bila orang melupakan Tuhan.

Tak disangka, pertemuan semula dengan Lee di Delhi membongkar sisi lain Lee yang tidak diketahui selama ini. Rupanya Lee juga senasib dengan dirinya, membesar secara nomad merata ceruk dunia. Membuatkan Dash merasa lebih dekat dengan Lee bila mengetahuinya, lagipun Lee yang sekarang ni jauh lebih baik dari Lee Hitler zaman sekolah dulu. Sehinggakan dia memilih untuk turut sama meneruskan pengajian di Aberdeen, juga dalam bidang yang sama. Dan akhirnya menyatakan perasaan yang selama ni hanya bermain di hati dsn fikiran.

Sekali lagi Dash terluka bila orang yang disayang dan dipercaya turut sama tidak dapat menerima dia yang ingin menjadi lebih baik. Dash bernasib baik, ada lagi Kak Trisy (yes, that same Trisy) dan Ateh Yu (Lekiu Luqman - the same one) yang memberi dorongan dan sokongan ketika dia memerlukannya.

Wrong is wrong even if everyone is doing it. And right is right even if we are the only one doing it.

Kata-kata semangat dari Kak Jiji yang sentiasa diingati untuk menguatkan hati bilamana kadang-kadang ia menjadi lemah kerana persepsi masyarakat yang banyak menormalkan 'the grey area' sehinggakan jika kita melakukan hal yang agak berlainan dengan norma masyarakat, kita akan dianggap ekstrim.

We act on what we believe in. We're the ones who decide on who and what we want to be. We are the one making the choices.

Mula-mula dengar Hlovate nak keluarkan buku baru, tahap keterujaan tu memang la tahap maksimum. Tapi bila start baca, rasa macam, ehhh...betul ke ni buku terbaru. Ke dah lama tulis tapi baru diterbitkan? Sebab macam kembali ke zaman cerita Tunas dan Aa+Bb. Agak jauh beza dengan Rooftop Rant, apatah lagi Contengan Jalanan (yang pada saya berada dalam kelasnya yang tersendiri). Kalau la tak sebab ada insan yang baik hati sanggup meredah manusia kat PBAKL13 and then post kat saya (Awak, terima kasih banyak-banyak. Terharu lagi ni :)), rasanya dah berhenti baca masa fasa pertama lagi. Agak susah nak masuk dengan sikap keras kepala Dash tu. Tapi, teruskan juga membaca secara perlahan-lahan sehingga penamat. Setakat ni, Anthem novel Hlovate yang ambil masa paling lama nak habiskan. Tetapi, bila selesai pembacaan, saya merasakan ini adalah novel Hlovate yang paling dalam. Kalau tanpa kesabaran dan dada yang lapang, mungkin kita tak dapat menyelami maksud dan arah tujunya. Ceritanya bukan berkisar tentang cinta antara Dash dan Lee. Bagi saya Lee cumalah sebagai salah satu cabang kepada perjalanan Dash. Ia lebih kepada kesedaran, cabaran dan usaha kita sebagai Muslim untuk menjadi hamba yang lebih baik. Di mana cabaran itu lebih payah bila ianya datang dari saudara se-Islam itu sendiri.

Anthem juga turut membawa saya merenung diri sendiri. Setakat mana taraf saya sebagai hamba, setakat mana kesedaran saya untuk mencari kebenaran dan setakat mana usaha saya untuk menjadi hamba saya yang lebih baik.

Everybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future.
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews63 followers
December 25, 2017
Percaya atau tidak, di awal pembacaan, aku memang tak faham novel ni berkisar tentang apa. Aku teruskan jugak pembacaan biarpun rasa tak selesa dengan penggunaan ayat Bahasa Inggeris yang terlalu banyak. Namun disebabkan dah pernah baca karya penulis sebelum ini, maka redah je la baca.

Percaya atau tidak, di awal pembacaan jugak, aku mengalirkan air mata! Sedih oii tengok si Dash tu tak habis-habis kena denda. Kejam sungguh la si Lee Hitler tu. Lepas tu, ada lagi part yang buatkan aku sekali lagi mengalirkan air mata. Haha. Hati tisu sungguh!

Lepas tu, aku dah mula dok sengih-sengih baca. Oh ya, part yang banyak ayat inggeris yang panjang-panjang tu, aku langkau je. Dah tak faham, malas la nak baca beria. Haha. Yang penting, aku faham jalan ceritanya tentang apa. Heh.

Novel ni dah lama sangat aku beli sejak tahun 2013, dah siap berbalut dah tapi baru kali ni aku nekad habiskan baca. Seminggu jugak la aku nak habiskan novel ni.

Oh ya, aku 'terjumpa' satu kesalahan ejaan. Saja la bagitau. :D
Profile Image for Azizah.
386 reviews6 followers
May 7, 2013
Lamanya masa diambil untuk mengkhatamkan buku ni, bukan sebab isinya yang kurang umphhhh kerana aura H memang terserlah di dalam buku ni tapi sebab konon-kononnya banyak urusan doniawi yang memerlukan lebih tumpuan. Haishhhhh....

Bagi peminat H yang mengikuti kisah-kisah tulisan beliau di blogdrive, ini merupakan kisah terakhir yang diambil dari blog tersebut. Dah lama rasanya kisah ini terpeta di blog tersebut.

Kisah Nur Dania Dashrin yang merentasi hampir pelusuk dunia keranan kerjaya ayahnya. Dia tidak kisah setiap kali nomad ke tempat baru kerana dia tidak pernah ada masalah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Tetapi apabila dia dipaksa tinggal di tanah air sendiri, dia tidak betah untuk berasa selesa. Walaupun dia tidak pernah berbuat salah pada sesiapa tetapi pandangan sinis masyarakat sekelilinggelar buat dia rasa terhina. Walau payah dia terpaksa bertahan untuk selama dua tahun. Yang penting dia tidak pernah mahu menilai orang lain. Baginya dia adalah dia.

Lee, senior yang digelar Hitler kerana aura segala singa dan naga sepanjang mereka di sekolah yang sama. Lee yang cuba membentuk Dash menjadi seorang yang lebih baih. Lee yang rupanya mempunyai jalan hidup nomad sepertinya. Namun pertemuan mereka yang seterusnya ada rasa yang memberi keserasian.

Dari bumi Malaysia ke Delhi ke Aberdeen, kisah mereka bermula. Setiap perubahan yang positif pasti mendapat ganjaran yang lebih baik walaupun bukan mudah untuk meninggalkan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan kepada sesuatu yang baru dan luar biasa pada rasa kita.

Komentar KakChik:

Kisah ini bukan hanya untuk dinilai dari sudut rasa anak yang membesar dalam budaya yang bukan asas agama menjadi tunjangnya tetapi juga sudut untuk kita yang sudah terdidik, membesar dalam ajaran agama ini, di mana tempat kita sebenarnya? Adakah kita masih lagi menilai orang-orang yang berbeza dari sudut mata kita dengan pandangan yang sinis dan cemuhan terkeluar dari ulas bibir kita?

H juga turut jelmakan beberapa watak dari karya beliau yang lepas buat KakChik lemari putih dan belek sekejap Rooftop Rant sebab nak ulang baca kisah Trisy dan Jade.

Bahasa H memang tak ada yang berubah dari karya yang sebelum ni tapi Contengan Jalanan masih mendapat tempat yang teratas di hati KakChik.

Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
December 19, 2017
Terhibur dengan setiap karya Hlovate walaupun jalan ceritanya hampir-hampir sama saja dan paling penting, semua karyanya akan menerapkan nilai-nilai murni dan tidak membiarkan pembaca merasa kosong.

Selepas kau menamatkan buku-buku Hlovate, kau pasti akan bertanya pada diri sendiri, adakah sudah cukup baik kau di dunia ini atau kalau dalam lingkung yang kecil, hanya pada insan-insan yang ada di sisimu?

Mungkin naskah ini perlu diulang-baca kelak. Mungkin juga aku perlu dapatkan naskah-naskah tulisan beliau yang belum dibaca.

Korang dah baca buku ni? Belum? Silalah beli dengan segera. Bukan apa, buku-buku JS ni kekadang pandai hilang dari radar.

Peace!
Profile Image for Mslvoe.
2,050 reviews200 followers
May 23, 2023
"Baris!!! Bariiiiiiiss... sedia!!

Oh paling tak suka time ni. Satu² yea pembarisan yang F paling menyampah. Trust me.. F dapat A+ tapi kan selalu salah step! Cam pelik dapat result bagus 🤣

Kisah ini lain dari yang lain. Kisah mencari identiti sendiri.

"Allah suka kalau kita serah everything pada Allah 😊"

Suka quote ni

Everybody has a past
Everybody lives a present
Everybody deserves future

-Dash Johari-

💜
Profile Image for Noninuna.
861 reviews34 followers
July 8, 2017
Selepas Contengan Jalanan, saya kira mungkin tidak ada lagi novel berkisah tentang cinta dari Hlovate. Namun, saya salah. Hlovate tahu apa elemen yang menarik pembaca. Disamping itu, beliau berjaya menyampaikan tarbiyyah dalam bentuk santai.
Anthem buat saya banyak berfikir. Tentang Melayu, Malaysia & muslim Malaysia. Persoalan-persoalan yang ditimbulkan bukanlah suatu perkara baru tapi bila dipersoalkan semula, ia buat saya berhenti & berfikir seketika, sesuatu yang saya suka tentang Hlovate. Contohnya persoalan aurat, pemakaian muslimah, between the black & white area & the area in between.
Satu perkara yang sering diulang-ulang oleh penulis dalam hampir kesemua karyanya ialah hijrah. Perubahan. Beralih. Bagi yang memahami ia seperti penulis ingin menekankan bahawa sejauh mana kita menyimpang, apapun yang telah kita lakukan, masih belum terlewat untuk berubah untuk jadi yang lebih baik.
Bila dapat tahu yang Anthem akan diterbitkan, saya teruja. Expectation saya sangat tinggi dengan karya ini. Alhamdulillah, Hlovate belum pernah lagi menghampakan. Walaupun bayangan Tunas ada di awal ceritanya, it didn't put me off. Perkara paling menarik tentang novel ini adalah kemunculan watak-watak dari novel 5Tahun5Bulan & Rooftop Rant seperti Trisyi, Jade, Lekiu, Johanna & Along. That was one hell of crossover that it takes me awhile to put 1+1=2!. Ha!
Untuk peminat & bakal peminat Hlovate, this book is 100% recommended!
Profile Image for Pips.
219 reviews30 followers
August 29, 2013
Jujurnya, usai membaca Anthem pada kali pertama berbulan lamanya dahulu, perasaanku, agak sedikit kecewa. Kecewa kerana bagiku, novel ini agak 'berat' jika nak dibandingkan dengan novel Hlovate sebelum ini. Dan pada ketika itu juga, aku tidak mengerti tentang pengertian tajuk novel ini. Anthem.

Tapi kini, Alhamdulillah, tanggapan daku untuk kali pertama itu, salah sama sekali. Rupa- rupanya, novel yang aku anggap isinya 'berat' berbanding novel sebelum ini adalah yang paling bermakna. Sungguh lah. Seakan dapat mendengar Dash membaca pengertian Shahadatul Haq di telinga. Seakan dapat rasakan aura Kak Jiji memberi nasihat, menyampaikan tazkirah dan menjadi kakak yang baik untuk Dash memahami setiap apa yang menjadi persoalannya.

I) Hari-Hari Silam

Berlatarkan tempat di Malaysia, bagaimana Dash menjalani kehidupan yang serba tak kena bila dihantar pulang untuk bersekolah di Malaysia oleh ibu bapanya. Kerana, bagi kebanyakan pelajar sekolah itu, Dash ini seorang remaja bermasalah, terlebih Amerika. Iyalah, third-culture kid kan. Demi untuk mencari keseronokan diri, Dash menyertai kumpulan pancaragam sekolah dan juga violin. Tapi, yang ada ialah Lee, si Hitler. Hidup Dash semakin kacau bilau dengan kewujudan Lee.
Banyak terma yang aku tak faham bahagian ini, terutama sekali muzik.

II) Hari-Hari Selepas Silam

Untuk bahagian ini, rentak penulisan Hlovate sudah berubah. Tak seperti Hari-Hari Silam, yang mana memeningkan kepala bila membacanya.
Bahagian ini ialah fasa selepas SPM, ketika Dash mengikuti pengajian IB.
Kehidupan Dash yang balik bercuti bersama keluarga di Delhi. Perjumpaan yang tidak disangka- sangka dengan Lee di India sana.
Bagaimana dia cuba mempraktikkan apa yang difahami setelah menyertai Kem yang mengubah hidup Dash secara perlahan- lahan. Dengan kehadiran Kak Jiji yang sentiasa memberi kekuatan dan kata-kata semangat untuk Dash. Sayangnya, kerana takut akan penerimaan ibu bapa Dash, dia menyembunyikan identiti terbaru- (berselubung dengan selendang dan mafla). Hinggalah, bila Haikal nampak gambar Dash berpakaian sopan dengan tudung di kepala dalam laman sesawang MySpace, dan Dash menjadi serba tak kena.

III) Hari-Hari Sebelum Esok

Kehidupan Dash di Aberdeen. Masih lagi tidak dapat lari dari Lee. Ahah, dan Lee juga yang menjadi penyebab untuk Dash memilih UK sebagai tempat pengajian. Mula-mula crush ye Dash? :) Lepas tu declare, tapi tak lama. Lepas tu, bila Dash menyedari bahawa perhubungan itu salah, dan cuba untuk menjelaskan kepada Lee, yang Dash dapat hanyalah kata-kata berbisa daripada Lee. Bermula dari saat itulah, Dash menjauhkan diri daripada Lee.
Di Tanah Aberdeen ini, Kak Trisy pula berperanan menggantikan tempat Kak Jiji. Dan, ada satu ketika, bila tersentak dengan kata-kata Alexei tentang pengertian menutup/membalut aurat, masa itulah, Dash baru tersedar dengan kekhilafan diri. Yang mana selama ini hanya mengerti bahawa, mahu berubah, menutup aurat, cukuplah sekadar menutup rambut dan tidak memakai baju lengan pendek.

Pada masa ini lah, Dash menarik nafas lega bila adik sendiri, Haikal mengerti dan memahami tentang perubahan Dash selama ini. Dan juga, Lee yang menyerahkan diri untuk di-clorox oleh Dash, tapi diserahkan kepada Abg Jade.

*******

Alhamdulillah, Hlovate tak akan pernah mengecewakan kita. Kagum dengan bakat yang ada. Usah pertikaikan cara gaya oleh Hlovate. Benar, ada juga yang tak dapat menerima. Tapi, ambil lah ilmu yang disampaikan oleh dia, walau hanya sedikit saja.

Dan, tanpa disedari, kisah ini dekat dengan diri. Walau sekadar satu peratus saja tapi tetap memberi kesan hingga ke lubuk hati. Masa mula-mula Dash buat keputusan nak suruh mak sedara belikan tudung sekolah, namun orang sekeliling yang bersikap prejudis dan sinikal dengan Dash, memaksa dia untuk menarik balik niat itu. Macam itu lah yang aku rasa, bila mula-mula buat keputusan nak ubah cara pemakaian, bermula dari sarung kaki, sarung lengan dan tudung bidang besar drpd tudung bawal, terus diperli orang. Masih lagi kuingat; "Afifah, awak nak jadi apa esok-esok? Nak jadi ustazah? Hahahaha". Terus, masa tu rasa nak buang balik sarung lengan, rasa taknak jaga semua ni, rasa nak jadi 'rock' macam dulu balik. Mujur dapat sedarkan diri balik, apa lah sangat ujian itu. Biarlah nak cakap apa pn. Yang penting, kita tahu, Allah tahu. Kadang, sedih juga bila orang kita sendiri yang melabel perempuan pakai tudung labuh, tudung bulat, terus nak kata jadi ustazah. Apa benar, tudung labuh ini hanya untuk golongan mereka sahaja?Doktor dan jurutera, mahupun kerjaya lain pn ramai je yang men'jadi' orang dengan berpakaian mengikuti syariat ni.

Ah sudah, lari jauh dah ni. Baik berhenti sebelum melalut panjang-panjang :p
Profile Image for Hajar.
284 reviews
June 2, 2013
"Everybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future."

Satu lagi karya yang dinanti-nantikan oleh para peminat H di serata alam, termasuk saya. Hehe. Ingatkan lepas Contengan Jalanan, dah tak ada lagi karya yang sebegini, I mean karya dengan penyampaian lebih ringan daripada Contengan Jalanan. :)

Nur Dania Dashrin (Dash), third culture kid yang dibesarkan di serata dunia kerana pekerjaan ayahnya memang tak ada masalah untuk menyesuaikan diri setiap kali mengikut ayahnya berpindah ke tempat baru. Tapi menjadi masalah besar bila terpaksa menyesuaikan diri di tanah air sendiri. Dash dihantar pulang ke Malaysia dengan alasan untuk menduduki peperiksaan SPM walhal sebenarnya Dash ni telah melanggar peraturan yang ditetapkan oleh ibu bapanya (walaupun sebenarnya bukanlah 100% kesalahannya)

Pulang ke Malaysia, Dash berhadapan dengan masalah persepsi masyarakat. Rasanya kebanyakan kita memang suka memandang sinis bila jumpa individu dengan gaya yang macam ni. Dengan penampilannya yang agak 'kebaratan' sudah tentulah dipandang sinis oleh orang lain walaupun Dash ni tak pernah cuit pun orang lain. Bagi, Dash dia tak menilai orang lain sepertimana orang lain menilai dirinya. Sungguh pun perit, Dash terpaksa telan semua bebanan tu untuk tempoh 2 tahun.

Berdepan dengan si Lee, senior yang digelar Hitler oleh Dash juga menambah beban tekanan dalam perjalanan hidup Dash di Malaysia. Tapi sebenarnya kalau perasan Lee ni satu-satunya manusia yang mampu melenturkan the rebellious Dania waktu itu. Heh. Hubungan mereka terputus bila Lee tamat sekolah dan bertemu 2 tahun kemudiannya di Delhi yang membawa kepada hubungan rapat mereka hingga ke Scotland.

Susah kan nak berubah ke arah kebaikan? Lebih susah lagi bila orang yang rapat dengan kita tak boleh menerima perubahan yang kita nak buat dan siap kutuk masa lalu kita. Phew. Tapi Dash memang tak mudah putus asa. Disebabkan tekadnya yang mahu jadi adamantium, segala dugaan yang mendatang tetap ditelan walaupun pahit. :)

Komen saya: Seperti biasa, buku H akan buat saya banyak berfikir. Salah satu isu yang diketengahkan adalah persoalan tentang aurat. Tentang muslimah yang bertudung tapi masih mendedahkan aurat (contohnya berbaju mengikut bentuk badan). Sejauh mana kita sebagai muslim memahami konsep menutup aurat itu? Adakah betul-betul mengikut syariat yang ditetapkan atau sekadar mengikuti perkembangan fesyen terkini? Macam sekarang ni, ramai je yang kita nampak dah mula berhijab. Tapi setakat mana hijab tu sebenarnya mampu 'hijab' diri kita daripada melakukan perkara-perkara terlarang? Hmm. Kalau dok fikir hal ni memang takkan habisnya. Yang penting diri sendiri kena sentiasa beringat. Insya Allah. Tahniah Hlovate untuk naskhah terbaru ini. Mudah-mudahan perkongsian tu tak terhenti setakat ini saja. :)
75 reviews6 followers
Read
April 9, 2015
TERBAIK!!walaupun temanya hampir sama dgn novel2 H sblm ini tp plotnya menarik utk kita bc hingga ke akhir.

bermula dgn prolog kisah Dash (Dania Dashrin Johari) yg hidupnya spt 'nomad' merantau kesana sini kerana ayah dan mamanya bekerja diluar negara. Sebagai seorg yang selalu menjelajah ke merata negara, sedikit sebanyak persekitaran itu terbias dalam diri. tanpa sedar, dia terikut-ikut rentak kehidupan dgn acuannya sendiri.

Dash, dihantar pulang ke Malaysia kerana telah melanggar etika peradaban yang dikenakan oleh mama dan ayah. pulang awal pagi berparty bersama dgn teman-temannya membuatkan ayah dan mamanya bimbang Dash akan hilang arah. Disini, pelbagai adegan yg terjadi, terumanya dgn Lee si Hitler (Badlee)tetapi saya tidak mahu bercerita terlalu detail ttg jln ceritanya kerana tiap patah kata yang ditulis dlm novel ini mempunyai kekuatan tersendiri. (kn bc sendiri yer).

Cuma saya mahu olah ttg 'judgement' yg ditekankan oleh H dlm karyanya kali ini. Benar, utk berubah memerlukan pengorbanan. bukan hanya pada diri tp pd keluarga dan masyarakat. Alhamdulillah, bukan semua dr kita yg tersedar secara peribadi ttg islam dan pengisiannya. Ramai dari kita yg kadangkala lemas ditengah perjalanan lalu kembali semuala kejln lama.

apa yg menarik, H telah kupaskan secara terperinci ttg penerimaan masyarakat sekeliling seandainya seseorg itu berubah. dan perubahan yg bagaimana ingin kita lakukan. adakah sekadar ingin menutup aurat sahaja sedangkan yg lain tidak. Juga kebimbangan Dash atas penerimaan mama & ayahnya setelah melihat reaksi adiknya sendiri, Haikal.

Jika karya2 H sblm ni, hero akan menjadi pendorong pd heroin untuk berubah, tidak kali ini. Nampaknya Lee sukar untuk menerima perubahan Dash yg baru. ketika ini, saya suka dgn Dash yg dlm luka dia masih lagi mempertahankan perubahannya.

secara keseluruhannya saya suka, walaupun saya lebih sukakan VERSUS! (^_^)
Profile Image for Yana.
37 reviews39 followers
November 19, 2013
Walau hlovate telah menulis pelbagai buku sebelum ini, namun, Anthem, buku terbarunya, ialah buku pertama beliau yang saya baca.

Antara buku yang harus atau wajib dibaca untuk mereka-mereka yang ingin berubah daripada zaman 'lalai' menuju ke jalan lebih lurus. Gaya hlovate berdakwah begitu ringkas, ia ibarat, aplikasi dalam telefon, meringkaskan sesuatu pekerjaan, dengan beberapa kali ‘touch’ sahaja, hlovate pemudah cara! Hlovate berjaya memudahcarakan pengkisahan dakwah, dengan penuh style dan gaya yang updated seiring dengan pemikiran generasi kini. Dia menyindir, adakah Islam itu cukup dengan Hari Raya sahaja? Bersiap penuh tawaduk menyambut lebaran, mengadakan kenduri kesyukuran,tetapi amalan sebagai Islam banyak yang menyimpang, antaranya menutup aurat. Hari kebesaran, Hari Raya Idul Fitri mahupun Idul Adha di sambut meriah, tetapi, aurat masih lagi terdedah, sedangkan menutup aurat itu wajib hukumnya,bukan?

Ataupun, ada yang sudah menutup aurat, Alhamdulillah, namun aurat pada kita hanya apabila outing sahaja, aurat sesama sepupu dan jiran tidak dijaga dan perkara-perkara yang berkaitan dengan amalan hidup kita banyak yang di tutup sebelah mata, jauh menyimpang dari Islam, kita bertudung, tetapi ber’couple’ ke sana ke mari (terkena lagi), ampunkan dosaku Ya Allah. Atau adakah cukup menutup aurat itu dengan bertudung, sedangkan pakaian sebenarnya tidak cukup ruang untuk bernafas? Memakai legging, tudung yang jarang, berbaju lengan pendek, dan pelbagai lagi..(Terasa lagi disitu!)Kata hlovate, is it the matter of wrapping or covering? Dan beramai-ramai terkena tak dekat situ? Ahh..benarlah, Islam kita banyak pada sambutan sahaja, tidak pada cara hidup, walhal, seharusnya, Islamlah seharusnya mencakupi segenap ruang hidup kita...

Permulaannya Anthem kelihatan agak serabut dengan nota-nota muzik,hlovate mengambil latar sekolah asrama penuh yang persekitarannya terlalu sempit untuk ruang sosial, berdiskusi dan sebagainya, ohh ia sememangnya terlalu tipikal! Bahagian tidak bertudung juga disentuh, perasaan menjadi ‘alien’ kerana menjadi seseorang yang ‘free hair’, dengan mata-mata yang memandang, Yana dapat merasakannya. Agak pelik, kisah disekolah hanya bahagian bermain band sahaja disentuh hlovate,kisah di asrama,bersama senior semuanya sepi.Mungkin hlovate cuba untuk tidak memikirkannya, agak sepi, ya, mungkin ada kebenarannya, sepi.

Tetapi dipertengahannya, buku ini sudah menjadi 'page turner', ia bergerak dan terus bergerak, cuba untuk menunjukkan kita cara bagaimanakah untuk kita mencari 'cahaya' dan cara bagaimanakah untuk pendakwah mencari 'cara' mendekati dan menasihati yang lain agar kelak mereka akhirnya bertemu 'cahaya'. One thing at at time..dan.. there's always a first step in everything ..itulah pandangan hlovate!

Tegas Hlovate lagi, Islam bukan hanya milik lulusan Al-Azhar, bukan hanya milik yang bertudung labuh mahupun berjubah, ia milik semua. Hlovate turut memberi galakan bahawa,semua manusia di dunia berpeluang untuk berubah,walau sebesar mana kesalahan kita, everybody has a past
everybody lives a present,and everybody deserve a future. Cuma kata hlovate, if you feel ignorant and stupid, then find a way to learn, don't curse those who calling you ignorant and stupid. Find ways to prove them wrong. That, is satisfaction. Much more satisfying than cursing them all the way to hell and back.


Perlu lebih banyak buku2 sebegini agar kita semua lebih dekat dengan Tuhan, dengan jalan yang lebih baik. Diakui, sebagai bukan pelajar lulusan agama, mentelaah buku2 dan kitab2 agama sebenarnya amat sukar, terutama sekali jika perterjemahnya pula menterjemah mengikut kefahaman dirinya sendiri, tidak mengambil kira akan kefahaman khalayak yang akan membacanya. Didalam Anthem, hlovate mengambil sebuah karya Al-Maududi, Syahadatul Haq, yang begitu terkenal di dunia dakwah Islam, dan dia mencernakannya mengikut kaedah anak muda masa kini.

Menyaduri karyanya dengan pilihan lagu2 yang kebanyakannya daripada Butterfingers(Viopipe),Creed(Human Clay), Guns n Roses dan kumpulan grunge lain, penampilan khas Jack Skellington dari The Nightmare Before Christmas, dan ada juga X-men dan Adamantiumnya, hlovate memang lain dari yang lain! Tidak ketinggallan, lagu ini, Heaven's Key, dari 786, liriknya sangat menyentuh hati! Ahh..hlovate memang global! Mungkin kelihatan pada awalnya janggal,tetapi,berjaya hlovate berdakwah menggunakan segala yang ada dekat dengan trend terkini,kemudian menyimpulkannya dengan style tersendiri.

Ilmu perbandingan hlovate sebenarnya begitu tinggi, dia gemar melihat sesuatu, menganalisis dan kemudian membuat kesimpulan, dengan caranya yang tersendiri. Bahagian terpenting dalam berdakwah! Antara yang epic bagi Yana dalam Anthem, khusus bagi peminat X-Men,yang terlalu taksub akan Wolverin,tetapi sebenarnya terselindung sesuatu yang lebih penting daripada susuk fizikalnya itu. Hlovate memberikan perbandingan bahawasanya iman kita sebagai Islam sebenar harus sekuat besi didalam tulang-temulang Wolverin, sekuat adamantium, tidak boleh dimusnahkan walau apa cabaran yang datang sekalipun!/

Dan juga, jangan tak percaya, hlovate juga peminat Hindustan,(samalah kita) dan ada diselitkan lagu yang tersangatlah famous ini..Zendagi Ek Safar Hai SUhana..dan cuba fahami liriknya, Life is a wonderful Journey and no one knows what will happen in the future. She's so smart kan! She atau he? Tiada siapa yang tahu identity hlovate. Namun, saya rasa hlovate perempuan!

Dan, akhirnya setelah khatam membaca Anthem, bertemulah saya, apakah intipati sebenar buku ini. Satu persoalan di bangkitkan hlovate, apakah Anthem kita sebenarnya sebagai insan di muka bumi ini? Adakah Viopipe? Adakah Human Clay? Negaraku ? Heaven's Key? John Grisham? Tidak, sebagai seorang Islam,kita mengucap lafaz syahadah, kita mengaku Allah itu Tuhan satu-satunya yang disembah,tiada yang lain, dan kita juga mengakui Nabi SAW itu pesuruhNya, itulah seharusnya Anthem kita. Pegangan hidup kita keseluruhannya. Maka, segala yang di suruh dan dilarang hendaklah di ikuti, bukanlah hanya mengambil separuh-separuh sahaja seperti yang terjadi pada hari ini. Hijrah dari kegelapan kepada kebenaran itu satu kewajipan, benar bukan? Dunia bukanlah selama-lamanya, akhirat kelak yang kekal abadi..Selamatlah semua dalam perjalanan menjejak ‘Anthem’ masing-masing…Inshallah, Amin.
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
May 10, 2013
Anthem - As usual, Hlovate’s trade mark still intact. The way of writing and the way of Dakwah is still there. Simple n straight to the heart.

Dash – A third Culture Kid who is finding herself. Trying to fit. Trying to feel belonged. Having parents with secular thinking doesn’t help in any way. But after painstaking effort, Dash changed and became adamantium. The way Hlovate described the transformation is amazing and deep.

Lee – to Dash, he’s a: Hitler during adolescence years~ Mentor during adult years. Love how Lee is portrayed. Not there and yet still there. Especially like on how he approached her. Hlovate’s book is not a mushy kind of book but the romance is still there. Very subtle but can still feel the love. Love how Dash tried to change Lee in her own subtle way once she realized that she’s being unfair to him. And love how Lee took the effort to change for the better to suit Dash’s expectation.

Haikal – Love Haikal for the love that he has for his sister. Trying to protect and understand her in every way. Along the way trying to understand his sister, he found himself. It shows that Allah works in many many ways….

Kak Jiji – Her words of wisdom:
“Seorang Muslim tu harus pegang yang dia hari ini is better daripada dia yang semalam.”
“The past matters but only as a reference point untuk tengok sejauh mana kita dah berubah”
“The past is nothing but a force to drive you forward”
How I wish to have a Kak Jiji in my life. It would have been awesome.

As always, I am contented after reading Hlovate’s book. Kudos to Hlovate for writing this great book. A keeper!!!
Profile Image for Ira Nadhirah.
602 reviews
June 11, 2016
Salam Ramadhan 1437H. Hlovate ku yang entah ke berapa. Perkara pertama, warm. Perkara kedua, hijrah. Perkara ketiga, aurat. Warm; perasaan yang sama setiap kali habis baca hasil karya Hlovate. Though this time tak seteruk menangis masa baca Versus, the warmness still there. Hijrah; aku sangat suka baca pengalaman hijrah sesiapa pun. Yes, i fall in love with someone who did his hijrah few years back. Though he left me before we manage to stand together at the altar (bajet mat salleh la altar), i still thanked Him everyday that because of him i found Him back. Not that bad, though it's still bad actually. Pengalaman hijrah dia yang membuatkan aku berfikir aku doa pada Tuhan nak kahwin dengan dia (with jubah serban to even wedding, join tabligh sehingga ke Bangladesh) but im still like this (with babytees, jeans, tudung pendek jarang blablabla). I thought, Tuhan nak bagi ke? So, bertukar bits by bits. Sampai satu masa tu fikir if i dont get him its ok cos i found Him. Walaupun mungkin i deserve better or maybe he deserve (and got) better, Allah sahaja yang tahu. Benda dah lepas. Aurat; aku rasa ni benda paling susah perempuan nak jaga sampai aku rasa degree susah dia tu sama macam susahnya lelaki nak control nafsu. Menutup satu cerita. Menyempurnakan satu cerita. Istiqamah adalah another story. Dengan desakan peer pressure dan fesyen masa kini, i hope we can survive untuk kembali kepada guidelines in the Quran. Amin. Masih belum sempurna and tidak akan boleh menjadi sempurna. Masih mencuba. Yang penting usaha dan bukan natijah, kan?
Profile Image for Bell.
115 reviews3 followers
December 30, 2023
"My anthem, is my syahadah."

I always adore Dash punya karakter development.
How she slowly changed from her rebel phase to muslimah practicing her deen.
Subhanallah, so inspiring!

Dan info2 yang Hlovate masukkan, semua aku baca.
Nuff said, I love Anthem with all my heart.

10 years later, I'm still waiting for a book with Lekiu as main character 😭
Dan disebabkan Trisy-Jade cameo, kena reread Rooftop Rant pulak ni.
Profile Image for Moon Leeya Zafrina.
Author 18 books35 followers
July 3, 2013
Saya bukan third-culture kid. Ibu bapa saya pun tak pernah berpindah sampai ke luar negara. Cuma keluarga saya memang selalu berpindah.

Tapi entah kenapa Anthem begitu dekat dengan saya. Apabila saya baca buku ni, banyak kali jugak menangis sampai roommate naik pelik. One thing for sure, it helps me to improve myself.
Profile Image for anahashim17.
90 reviews15 followers
May 8, 2013
assalamualaikum wbt.

alhamdulillah pembaca telah berjaya menghabiskan masa membaca buku baru terbitan jemari seni hasil karya hlovate yang sampai kini tak dapat dikenal pasti identiti penulis ini samada lelaki mahupun wanita,atau pengkid?hmmm..who knows.
dalam kesibukan pilihanraya ke13 saya mencuri sedikit masa untuk membaca,memahami dan menghayati isi novel ini memandangkan saya juga merupakan pembaca tegar karya hlovate.

anthem yang dimaksudkan seperti dalam google ialah 'a song officially adopted from the country to express patriotisme, love and etc'.Sama erti dengan 'hymm'.bahasa mudah bagi saya faham adalam anthem merupakan simbolik kepada irama lagu yang dipermainkan dimana lirik yang mencorakkan rentak,rentak yang mengiramakan lagu,lagu yang disampaikan oleh penyanyi itu sendiri.ia merupakan sesuatu yang abstrak yang tak dapat dilihat dengan mata kasar tapi dapat dalami dengan mata hati.pemilihan tajuk sudah menarik minat pembaca ingin mengetahui lebih lanjut tentang penceritaan novel ini.

sinopsis:
watak pengkid/tomboy yang dipegang oleh nur dania dashrin johari merupakan watak utama yang menghidupkan anthem novel ini.dibesarkan nomad di budaya yang jauh daripada budaya asal usul tanah air, malaysia menjadikan beliau seorang yang diktegorikn dalam third-culture kid.syahadatulhaq,muslim youth camp yang menjadi turning point beliau kepada fitrah menjadi seorang hamba Allah.

watak Haikal sebagai adik beliau yang sentiasa bersama dan memahami perubahan pada kakaknya menjadikan beliau seorang yang matang berbanding usia beliau memandangkan kehidupan nomad yang beliau lalui kerana perpindahan tempat kerja ayahnya turut mematangkan kotak pemikirannya.

watak badlee,kawan rapat johan sewaktu dipersekolahan memain peranan penting dalam menghidupkan jalan cerita dan klimaks novel ini.

watak sampingan Johan,Kak jiji,kak trisy,jade,matt,sett,alexandr,alexia turut mewarnakan cerita ini.

kata2 yang dipetik daripada novel ini telah dimuat turunkan dalam 'update status'..


namun,kesudahan cerita ini tidak memberi momentum dan impak yang kuat kepada pembaca kerana pengakhiran cerita ini 'oh...okeyyy,dah habis'.
latarbelakang di chanakyapuri,agra,india adalah satu faktor yang menarik minat pembaca membaca novel ini.lagu hindustan?satu pembawaan yang baru dalm novel ini selain metallica, black metal dsb.
watak yang sering digunakan dalam karya hlovate kebanyakannya watak tomboy,pengkid, skateboarder.tertanya2 pembaca siapakah hlovate yang sebenar.empat bintang untuk novel ini andai dibandingkan dengan contengan jalanan.

more than the greatest love the world has known,
this is the love i give you alone,
more than the simple words i try to say,
i only live to love you more each day

wasalam :-)
Profile Image for Qhist Ma.
96 reviews64 followers
December 12, 2013
Aku terperasan hampir semua buah tangan Hlovate ada persamaan. Budak baru ntahpape masuk sekolah, ramai orang tak suka dengan budak baru tu. Lepas tu baru tahu budak baru tu rupaa-rupanya anak somebody, mak ayah kerja di kedutaan atau anak exco negeri. Budak baru a.k.a budak pelik tu memang talented dan pandai. Habis sekolah further studies oversea. Nak jadi cerita, dia jumpa balik mamat yang buli dia waktu sekolah. Sambung gaduh-gaduh sikit lepas tu kawin.

Contengan Jalanan still the best. Cant resist.
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
August 25, 2013

Tiktok.Tiktok.

Anthem,

Baca juga Anthem akhirnya setelah bebaskan hati dan otak dari ancaman dan kritikan,
rasanya macam biasa. Macam baca novel Hlovate yang lain-lain.Kecuali Contengan Jalanan.
(Sebab aku masih tak tertarik lagi nak baca)
Berisi dan berilmiah walaupun watak hero dgn heroin,kalau bukan engineer mesti doktor.haha.
Dan mesti kes budak perempuan tak pun lelaki yang rebel.. mencari-cari makna ISLAM.


Perkara pertama, Watak baru + Watak lama.

Seronok baca dialog-dialog yang aku sendiri tak berapa nak faham snagat tapi aku fahamkan juga. Disamping aku menghayati watak si Dash dengan Lee,Johan,Haikal, watak zaman dulu kala itu pon, aku suka jugak, jade dgn Trisy.wuu I suka sangat tau.haha. kak Jo dgn along. Kiranya ada kesinambungan sikit lah kot. hah! Lagi meriah baca.

Kedua, macam baca travelog.

Sekejap rasa macam dekat Malaysia,sekajap macam dekat Taj Mahal, Tetiba boleh sampai Abeerdeen. Perghh. Memang kelas la kan hdup,travel sambil mencari jiwa yang hampir mati.

Ketiga, berisi dan berilmiah.
Jujur aku tulis ni, novel hlovate banyak yang buat kita untuk fikir something kearah yang lebih matang. Dan dia macam nak suruh kita banyak fikir.Banyak fikir untuk tentukan pilihan kita untuk hidup. Senang cerita, bagi yang liat nak baca buku motivasi , aku rekomenkan korang baca Hlovate punya novel. Paling ringan 5 tahun 5 bulan. tak rugi. Baca secara santai je tapi mesej dia fuh. Kalau tak terkesan itu.Tak tau la.

* Ada benda yang kita kena ubah dan ada benda yang kita kekalkan untuk berubah.*
Profile Image for Zai Abd Rahman.
50 reviews1 follower
September 3, 2013
I enjoy reading this book. Buku budak remaja yang mana I can relate with the story. It just took me less than 24 hours to finish the book. I can sum up the story as the rocky road taken by the girl to find herself and her religion. Full of cabaran.

You can see the character grow from a wild young girl to a young women who cover herself as required by Islam. She get the support from her friends but her challenges is with her parents who didn't know that she wears hijab.

Also you can see the relationship between Dash and Lee grow from someone she hates to someone she loves. However, there is no lovey dovey scene here which I like.
Profile Image for syafiqah.
90 reviews4 followers
July 7, 2013
Penulisan hlovate makin matang.

Kebanyakkan isu yang diketengahkan oleh hlovate adalah realiti.Judgemental dan lagak houlier than thou yang agak sebati dalam masyarakat kita.

Dan lebih penting lagi penghayatan syahadah dalam diri setiap muslim yang ingin diketengahkan oleh hlovate.
Bukanlah ucapan aku janji taat setia lalu berdiam diri tapi penterjemahan syahadah itu sendiri dalam aktiviti seharian.

We hear and we obey (2:285)

May Allah bless.
Profile Image for Fira.
37 reviews5 followers
January 22, 2014
buat peminat hlovate, mungkin citarasa kita TAK SAMA. tp penulisan novel ini bg saya adalah salah satu bentuk SENI, macam menulis lirik lagu & puisi juga, kalau dh namanya seni perlu ada variasi :)
Profile Image for Iris Ymra.
212 reviews36 followers
March 10, 2020
Dash seorang gadis yang hidup dalam persekitaran budaya ketiga, dihantar pulang ke Malaysia oleh ibu dan ayahnya dengan harapan gadis itu kembali kepada Melayu setelah insiden yang berlaku di tanah Delhi; jati diri yang berteraskan budaya dan bangsa, yang namun acap kali terlupakan betapa bangsa Melayu itu setiap kali disebut tidak seharusnya tanpa agama Islam yang menjadi nadi dalam kehidupan. Namun, Melayu itu budaya tetapi Islam merentasi segala itu -- merentasi bangsa, adat resam, ruang benua, sempadan dan waktu.

Dash bukan sahaja setelah menjejak kaki ke tanah Malaysia mengenal budaya asal usul darahnya tetapi juga menjadi ingin kembali kepada fitrah terlahirnya dia sebagai seorang Muslim, dan membesar sebagai seorang Muslim -- yang hanya pada dasar nama. Malah turut membawa kepada perkenalan dengan Badlee -- Hitler Lee -- yang sedikit sebanyak turut bawa impak dalam dirinya.

Beberapa tahun belalu setelah itu membawa mereka menjadi lebih rapat ketika menuntut ilmu di Aberdeen -- namun siapa yang sangka orang yang Dash sudah letak hati dan harap malah menjadi orang yang menempelak dirinya yang kini dek hanya kerana dia pernah menjadi dirinya yang dulu -- kerana dirinya yang kini hanya ingin lebih dekat kepada pengabdian, kembali kepada fitrah.

Tetapi waktu juga usai menjawab semuanya, menyelesai masalah -- dan ketika di hari sudah Badlee dan Dash barangkali sudah jumpa satu titik yang mengimbangi kedua-duanya. Dan Dash dengan apa yang ada di laluan hidupnya.

________

Hlovate, membawakan cukup rencah kesenian dalam kisah Anthem. Seni muzik daripada klasik ke era moden -- okestra dan band banyak mengisi ruang naratif kisah. Seni budaya dan sejarah menjadi pengerak jalan cetrita. Meraihkan banyak perbezaan dalam satu fahaman toleransi. Hubungan kekeluargaan, persahabatan, ketuhanan; di hampar mengisi saji buat minda pembaca. Tetapi dengan hanya satu matlamat utama, mencipta Anthem buat sang watak utama dan kita semua pembaca.

Gaya bahasa dan penulisan yang santai tapi dalam waktu serupa penuh terisi dengan ilmiah. Saya belajar banyak benda baharu -- belajar memahami -- kerana pernah melalui hidup seumpama Dash, mungkin juga kita semua sama meski dalam suasana yang berbeza tetapi konteksnya tetap serupa.
Profile Image for Ain.
138 reviews14 followers
September 9, 2013
Sebenarnya dah lama beli buku ini. Beli masa baru2 keluar,beli di pesta buku but still simpan. Reasonnya : save the best for the last ;)) actually masa pun mencemburui jugak. Bila nk baca buku karya Hlovate ni mmg kena ambil masa sikit,tak boleh baca langkau,kena baca setiap patah perkataan dan kena hadam&faham betul2 baru dapat impaknya ;))

Ok that's it - berjaya jugak habiskan pembacaan buku ini dengan jayanya :))

Love it !!! As usual, hlovate dgn gaya penceritaannya boleh buatkan saya betul2 nk jadi baik, nk jadi yang lebih baik !! The dakwah in this novel betul2 menjadi , boleh mujahadah sekali. Dan terus terkena batang hidung sendiri. Macam saya ni dah lama tak involve dlm zone-T ni :(( need to get in contact with bulatan gembira back huhu

Dan kisah cinta Dash-Lee juga boleh buat saya turut sama cair , as well as marah yg amat pada Lee jugak. The ending Dash-Lee was good but still kalau huraikan lg mesti lg best tp nanti terlebih pnjang&meleret pulak. So the ending somehow - still love it !!
Profile Image for Ammar Ibnu ziyadi.
38 reviews4 followers
September 5, 2013
"Tipikal novel Hlovate," itu tanggapan awal sewaktu menyelak bab-bab pertama buku ini. Buku ber-soundtrack, ada je lagu yang mengiringi setiap babak cerita. Yang aku suka tentang novel ini ialah tentang fakta-fakta sejarah dan ilmu, khususnya sewaktu Dash dan Haikal melawat Agra. Dapat mengenali secara ringkas Abu ala al Maududi dan kenapa dia tulis buku Syahadatul Haq. Juga menampilkan watak-watak dari dunia Hlovate sebelum ini iaitu Trisy dan Jade (Rooftop Rant) yang aku sendiri tak berapa ingat ceritanya sebab dah lama khatam. Satu perkara yang aku belajar dari novel-novel Hlovate, memandang sesuatu dengan sudut pandang yang pelbagai :)
Profile Image for Fatimah Wahidah.
119 reviews41 followers
May 2, 2013
"Everybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future".

Karya Hlovate yang terkini ini membuatkan pembaca berfikir dari perspektif yang berbeza.Tak semua orang bertuah dilahirkan dalam keluarga yang terdidik dengan didikan agama dan menjadi tanggungjawab kita yang tahu ini membawa mereka kembali ke jalanNya tanpa perlu bersikap 'judgemental'.Paling istimewa,ada kemunculan Trisy,Jade, dan Lekiu dari Rooftop Rant turut mewarnai hidup Dania Dashrin..
Profile Image for Wafa.
98 reviews21 followers
May 5, 2013
If I have one thing to say about Anthem, it is a pattern.

Plot yang boleh diteka, tapi isi-isi Hlovate macam biasa; berisi dan boleh juga buat rujukan hujah sikit-sikit kalau malas nak belek kitab agama tebal-tebal.

Walaupun berapa bintang yang saya bagi, disebabkan ini adalah tulisan Hlovate, maka ia tetap novel-novel yang patut dibaca oleh segenap lapisan masyarakat.
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews104 followers
August 14, 2013
Bagi pembaca karya Hlovate.....x sukar menghadam apa yang dihidangkan.

Bukan peminat @ yang baru berjinak2 dengan Hlovate? WELL..... u have to 'menghitamkan diri' untuk membuka pintu hati dengan apa yang ingin disampaikan....

ANTHEM?

Well said..........
Displaying 1 - 30 of 158 reviews

Join the discussion

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.