Hubungan mereka tidak bermula dengan baik. Kisah lampau Alisa menyebabkan Adnan Malik enggan menerima gadis itu sebagai isterinya. Namun, mereka berkahwin juga. Di hari pernikahan, Adnan Malik membongkar kisah silam Alisa yang tidak pernah diketahui oleh ayah gadis itu. Sisi gelap yang sengaja diselongkar dengan niat untuk memalukan. Juga, supaya perpisahan terjadi. Malangnya dalam benci si ibu, Fasihah, menghalang demi untuk melihat Alisa menderita digantung tidak bertali.
Setelah puas menangisi nasib, Alisa bangkit bersama azam di hati. Bersama janji bahawa hati Adnan Malik akan ditakluki. Aku akan buat dia jatuh cinta pada aku! Aku akan pastikan dia jilat ludah dia balik! Aku akan pastikan dia menyesal menghina ayah! Dan, aku akan pastikan dia menyesal membenci Abang Tiar. Adnan Malik, kau akan bayar balik setiap kesakitan yang kau bagi pada Aku! Itu janji aku!
~ Alisa. Biasalah, kata orang tua-tua, tak kenal maka tak cinta. Sekarang, sedikit demi sedikit Adnan Malik mula mengenali hati budi isterinya. Namun kerana ego, dia menafikan gelojak rasa yang melanda.
Alisa sudah tidak mampu bertahan lagi. kalau lama-lama nanti, bukan hati Adnan Malik yang dimiliki, tetapi takut pula hatinya yang dicuri oleh lelaki itu! Jadi, dia perlu memaknakan wasiat Bakhtiar secepat mungkin!
"Apa kata kita buat bayi tabung uji sama-sama?" Ya, satu cadangan gila kepada seorang lelaki normal. apa lagi, melentinglah si suami. "Kenapa kau nak kita buat benda tu? Bayi tabung uji konon? Kau ingat aku ni mandul ke?"
Alisa pening. Susah sungguh untuk dia memahami seorang Adnan Malik. Cakap begini salah, cakap begitu pun salah. Habis, macam mana? Adnan Malik pula yang resah. Tahu bahawa hati sudah mula goyah. apabila rasa benci bertukar rindu, mampukah bertahan sedingin salju? Dan kalaupun mampu, sampai bila...?
Alisa – digelar playgirl oleh Yanti sebab suka bertukar² pasangan
Adnan Malik – digelar gay sebab anti perempuan
“Kenapa dia fitnah aku? Kenapa dia jaja satu kampung yang aku ni perempuan miang yang tak cukup dengan dia seorang”
Alisa berubah sikap disebabkan berdendam dengan Haziq Asrar yang memfitnah Alisa, menghina keluarga Alisa sehingga menyebabkan kematian mak Alisa. Mak Alisa meninggal dilanggar lari oleh Haziq. Sejak itu Alisa berdendam dengan kaum lelaki.
“Banyak dosa mengutuk bapak sendiri tu! Sebab tu dahaga”.. Berdosakah mengutuk lelaki yang tidak ingat mati itu?
Adnan Malik pula sangat membenci ayahnya kerana selalu di’brainwash’ oleh maknya yang mengatakan ayahnya seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab dan suka berfoya².
Pertemuan Alisa & Adnan Malik tidak bermula dengan baik. Alisa ingatkan lelaki yang budiman menyelamatkan dia, tetapi lelaki yang mulutnya jauh lebih jahat dan berbisa.
“Kalau kau dah tahu yang dia ni bukan perempuan yang baik, kenapa kau sungguh² hendakkan dia? – Adnan Malik “Awak dan dia ni.. bukan jenis yang saya suka, tahu! You are not my type! Muda, ego, sombong, berlagak! Konon baiklah sangat? Konon, perempuan macam saya ni tak layak untuk awak? Helo! Siapa awak nak judge saya? Siapa awak nak hokum saya hanya sebab mulut jahat dia ni? Awak bukan malaikat! Dasar lelaki! Hipokrit! Tapi, kalau dapat peluang tengok, naik juling bijik mata tu! – Alisa
Alisa berkawan baik dengan seorang lelaki yang seusia dengan ayahnya, Encik Bakhtiar. Abang Tiar – gelaran Alisa, menghidap kanser paru², jangka masa hidup dalam masa 6 bulan sahaja. Sikap Alisa yang prihatin mengundang rasa cinta tetapi ditolak dengan baik oleh Abang Tiar.
“Lisa tahu, abang boleh bagi Lisa apa saja yang ada kat dalam dunia ni. Lisa tahu abang mampu. Tapi, abang lelaki yang baik. Lelaki yang Lisa hormat”
Abang Tiar meninggal dunia disamping anak² dan isterinya.
Bila wasiat dibacakan, isteri Bakhtiar & anak²nya terkejut terutama Adnan Malik. Adnan Malik kena berkahwin dengan Alisa.
“ Saya, Bakhtiar Bin Rafii, dengan ini menghadiahkan (hibah) kepada Alisa Binti Azman, sebahagian daripada baki 2/3 aset dan Alisa pegang in trust untuk anak / anak²nya iaitu cucu atau cucu² saya. Maksudnya di sini, 1/3 bahagian harta adalah untuk cucu saya yang bakal lahir hasil daripada perkahwinan Adnan Mlik bin Bakhtiar & Alisa binti Azman. “
Terjadilah kekecohan dalam ruang bilik tersebut. Adnan & Alisa tidak bersetuju. Tetapi maknya, Fasihah seorang isteri yang tamak harta kekayaan suaminya memujuk Adnan supaya harta tersebut tidak diwakafkan.
Benar kata kawan baik Adnan Malik, si Samad – “Alah, kita tengoklah nanti. Sanggup ke mak kau nak bagi orang harta bapa kau tu? Aku kenal mak kau, Ad. Maaf cakap, dia lebih pentingkan harta daripada anak dia. Aku yakin, nanti dia akan suruh kau ambil Alisa itu jadi isteri kau. Kau tengoklah nanti”
Fasihah tidak senang duduk memikirkan harta yang akan diwakafkan. Dipujuk Adnan Malik supaya berkahwin dengan Alisa. Maknya yang gila harta tetap dengan rancangannya yang tidak mahu harta arwah suaminya jatuh pada orang lain.
Sakit hati dengan sikap Adnan Malik yang sentiasa buruk sangka terhadap ayah sendiri. Maknya pula Fasihah tak habis² nak cucuk jarum pada anak² untuk membenci suaminya yang sudah meninggal dunia. Tak terkata baca buku ini. Terasa kasihan sungguh pada abang Tiar. Dapat anak sulung & isteri yang membencinya. Mujur jua anak² perempuan Abang Tiar ada otak untuk berfikir.
Setelah Alisa dimalukan di depan khalayak ramai oleh suaminya Adnan Malik, menyebabkan ayahnya terlantar di hospital.. Alisa nekad untuk menundukkan ego suaminya.
“Saya nak balik ke rumah awak, Adnan Malik. Sebagai isteri awak yang sah, tempat saya disisi awak!”
Cerita ini mengundang pelbagai emosi dalam diri sha. Sakit hati sungguh dengan sikap Fasihah, mak kepada Adnan dan sikap Adnan yang suka bertindak melulu. Memanglah syurga dibawah kaki ibu, tetapi redha Allah datang dari redha kedua ibubapa. Sanggup Adnan mengikut rentak maknya yang sudah hilang akal.
Korang kalau baca buku ni mesti sakit hati dengan Adnan & Fasihah. Kasihan pada Alisa yang bertubi² kena maki.
Sikap Alisa yang tidak mengaku kalah itulah yang buatkan Adnan jatuh cinta.
Ada bab kelakar bila Alisa mengusik Adnan. Bab dimana Alisa menjadi ‘king’ dalam rumah Faishah pun best. Tepuk tangan sha lalallalala. Segala kejahatan yang Fasihah buat Alisa terima dengan rela hati. Adehh tergelak² sha ketawa.
Buku ini memang best. Tak rugi beli. The plot very interesting. It had me hooked from the 1st page. I was so surprised dengan wasiat Abang Tiar. Tertanya² apakah muslihatnya. Bayangkanlah hampir separuh cerita sha dok speculating about it, trying to figure it out. Seriouslah, memang surprise!
The ending, superb! Ohhhh I love happy ending. I love the characters. Alisa & Adnan Malik were sweet together, definitely a perfect fit for each other.
Hubungan antara Alisa dan Adnan Malik bukanlah bermula dengan baik. Kemunculan nama Alisa dalam senarai pemegang amanah harta arwah Bahkhtiar menimbulkan tanda tanya. Bertambah rasa pelik lagi bila Adnan Malik dipinta untuk berkahwin dengan Alisa sebagai syarat untuk mewarisi satu per tiga harta yang diamanahkan kepada Alisa untuk anak-anak Adnan Malik dan Alisa. Bila mengetahui yang Alisa ni adalah 'skandal' arwah Bakhtiar, sudah tentulah Adnan Malik menolak untuk berkahwin dengan Alisa.
Berkat pujukan Fasihah, ibu Adnan Malik yang mahu 'menyeksa' hidup Alisa, Adnan Malik akhirnya bernikah dengan Alisa. Hari yang sepatutnya diraikan dengan gembira bertukar menjadi tragedi apabila Adnan Malik membongkar keburukan Alisa (kononnya) untuk memalukan Alisa. Kesian Alisa, tak fasal-fasal jadi mangsa kemarahan ayahnya. Paling malang juga bila ayah Alisa terpaksa dimasukkan ke hospital akibat kecederaan. Haish.
Alisa ni sebenarnya berdendam dengan lelaki disebabkan Haziq Asrar, kawan sekampungnya yang banyak memfitnah Alisa. Haziq juga yang melanggar lari dan menyebabkan kematian ibu Alisa. Disebabkan itu Alisa mula berubah dan mendendami lelaki sehinggalah dia bertemu dengan Bakhtiar. Bakhtiar banyak menegur Alisa dan sedikit sebanyak Alisa mula berubah ke arah yang lebih baik. Walaupun Bakhtiar pernah melamar, Alisa tak tergamak untuk menerima sebab dia sayangkan Bakhtiar seperti layaknya seorang ayah. Atas dasar itu, Bakhtiar mahu Alisa berkahwin dengan Adnan Malik sebab dia tahu Alisa mampu untuk mengubah Adnan Malik. :)
Jenuh menangisi nasib diri Alisa tekad untuk bangkit. Dia takkan mengalah hanya kerana suami dan mertua yang suka menyindir dirinya. Akan dibuktikan bahawa dirinya bukanlah seperti yang difikir oleh mereka. Memang bukan suatu yang mudah sebab Adnan Malik ni sangatlah tinggi egonya walaupun hati dah mula goyah dengan kehadiran Alisa. Nak tahu berjaya ke tidak Alisa dengan misinya itu kenalah baca kan? ;)
Komen saya: Saya suka watak Alisa ni sebab dia bukan watak heroin yang lemah dan menyerah pada takdir. Dan Alisa ni bukanlah jenis tipikal heroin yang akan lari bila masalah datang menimpa. Tabah je menadah kata-kata suami dan mertua yang menyakitkan hati. Haish. Geram je dengan Fasihah dan Adnan Malik ni. Tapi bila Alisa dapat menjinakkan keduanya rasa macam nak tepuk tangan je. Hehe. Tahniah untuk Kak Sofi atas kelahiran buku baru ni. Walaupun dah dekat 2 tahun tiada buku baru, saya cukup puas hati dengan buah tangan terbaru ni. Terima kasih juga untuk semangat Alisa yang dipinjamkan dalam buku ni. Oh ya, buat yang rindukan Hisham dan Maria (Tak Mungkin Kuhindar), watak mereka juga ada terselit juga dalam Sampai Bila ni tau. :)
Cerita yg luar biasa. Jarang sekali bertemu dengan kisah ayah-wasiatkan-kekasihnya-untuk-diperisterikan-sianak....
TAPI, cerita luar biasa tersebut agak tenggelam dengan kebanjiran gelodak perasaan pelaku2nya. Bakhtiar, Azman, Alisa, Adnan Malik, Fasihah, Haziq.... setiap pelaku punya cerita sendiri yg perlu dirungkaikan penulis.
(for me)... cukuplah sekadar hanya rasa Alisa n Adnan Malik ditumpukan sepenuhnya tanpa diganggu jiwa pelaku yg lainnya. Mungkin naskah ini akan lebih tersusun penceritaannya.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM10. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Pada mulanya N cukup tak berkenan dengan watak Alisa. Pada N, alasan dia untuk menjadi playgirl dan menukar imej kekampungannya tak masuk dek akal. That made her no different than the person she hated.
But as more and more the story unfold, barulah N boleh terima Lisa. Cerita ni isn't as light-hearted as I had expected. N risau kalau banyak betul watak jahat dalam ceirta ni. Tapi nasib baiklah adik-beradik Adnan Malik tak sebodoh dia.
Adnan Malik mempunyai tanggapan yang buruk tentang ayahnya. Gara-garanya kerana ibu Adnan Malik, Fasihah yang sering memburukkan suaminya di hadapan Adnan Malik. Ayah Adnan Malik, Bakhtiar, kecewa dengan anaknya yang ditatang bagai minyak yang penuh.
Selepas Bakhtiar meninggal, dia minta Alisa dan Adnan Malik disatukan. Bakhtiar percaya Alisa dapat mengembalikan kepercayaan Adnan Malik terhadap dirinya. Tapi Adnan Malik jijik dengan Alisa yang dipercayai perempuan simpanan Bakhtiar. Tapi disebabkan harta, Adnan Malik didesak oleh Fasihah untuk mengahwini Alisa.
Adnan Malik dan ibunya ada agenda tersendiri. Mereka memalukan Alisa dan ayahnya dengan membongkar kisah hubungan Alisa dan Bakhtiar selepas mereka dinikahkan. Alisa ditinggalkan gantung tak bertali.
Mengenangkan Bakhtiar, Alisa mendesak untuk mengambil tempatnya sebagai isteri Adnan Malik. Di situlah mulanya perang tiga berangkai antara Adnan Malik, Alisa dan Fasihah.
Semakin lama Adnan Malik mengenali Alisa, semakin dia mula mempersoalkan siapa diri Alisa dan Bakhtiar. Apa yang selama ini dia sangkakan benar, satu per satu terbukti ia adalah sebaliknya. Rasa sayang terhadap Alisa pula semakin bercambah.
Adnan Malik yang pada mulanya giler hampesssss, sombong, cam bagosss!! Complete sungguh package lelaki ini!!
Pesan kakak angkat Alisa:
"Orang berkasar dengan kita, kita jangan balas balik perbuatannya dengan kekasaran juga. Tak ada maknanya! Lebih baik kita berlembut dengannya. Lebih baik kita melakukannya dengan perlahan-lahan. Biarlah orang nampak macam kita ni lemah, tetapi lemah untuk berkeras kemudiannya, mengalah untuk menang akhirnya. Bukankah itu lebih baik?"
Dan akhirnya, setelah segala bahan-bahan resepi seperti kata-kata yang lemah lembut, usik mengusik, fakta-fakta, masakan yang sedap dan sedikit rencah godaan diadun, makanya keluarlah Adnan Malik dari kepompong dendamnya terhadap ayahnya dan isterinya sendiri...
"Terima kasih kerana hadir dalam hidup abang. Merubah seorang Adnan Malik yang sombong dengan cinta dan kasih sayang Lisa. Menjadikan abang, anak yang insaf akan dosa kepada ayah abang. Terima kasih kerana sudi memberi peluang kepada abang untuk membuktikan kasih sayang abang ini."
best sgt2 <3 ... walaupun ada bbrp persoalan kecil x terjwb (kecik ja), tp ok, x mengganggu perjalanan crita... kalau ada lg byk part A dot M dgn Lisa, lg best... novel yg pasti akan ulang baca. pasni nk try baca novel kak Sofi yg lain pulak...
Saya cari buku ini untuk buat collection and rereading after loaning from library..sayangnya takde jual lagi.
This is the only book that I can recall with different plot twist in Bakthiar's family. Jalan cerita lain dari yang lain.
Tak sangka si Bapa jatuh cinta ngan wanita yang lagi muda darinya..cinta di tolak malah diwasiatkan pada si anak untuk berkahwin supaya hartanya akan tetap menjadi milik kekal keluarganya.
Adnan Malik terlalu buta menilai kasih sayang seorang ibu hingga membenci ayahnya dan kerana wasiat, Alisa dimalukan dihadapan keluarganya sendiri di hari pernikahannya..Kalau orang lain dah tersungkur..demi amanat Alisa bangkit dan tebalkan muka hidup disisi suami but with a catch..
Alisa bijak dan tabah. Adnan mula jatuh cinta dgn sang isteri tapi malang sebab percayakan ibu yg entah apa2 punya perangai. Nasib baik anak2 perempuan Encik Bakhtiar, kelakuan mereka boleh tahan. Satu demi satu rahsia mula tersingkap siapa sebenarnya Alisa disisi Encik Bakthiar. Lawyer pun boleh tahan muda dan helpful.
Orang kata, penyesalan akan datang juga setelah kehilangan..itulah yg jadi pada Adnan dan Puan Fasihah.
dont judge a book by it's cover. itulah mesej yg plg besar yg disampaikan dari buku ini. secara general pdgn masyarakat terhadap watak Alisa ternyata satu pandangan yg dilihat buruk... berpakaian seksi, dekat dgn org tua kaya, persis pisau cukur... but there's just more to it... org x kan faham hanya mereka yg mengetahui... "dont hate something that you dont understand" sudah menjadi kebiasaan utk kita melihat sesuatu perkara dgn satu view sahaja tanpa memikirkan keberangkalian yg lain... personally saya sgt suka penyampaian penulis yg straight forward. ayat2 yg digunakan juga seperti ayat2 yg biasa gunakan dalam percakapan harian... plot yg bergerak pantas tp masih berflow. love it. thanks for a good masterpiece. x rasa bosan baca hehe
Angkara fitnah alisa menjadi insan yg tegar menghancurkan hati para lelaki. Hubungan yg terjalin diantaranya dan majikan dipejabat dipandang serong. Wasiat majikan membuat alisa terikat dengan adnan yg sering beranggapan alisa merupakan perempuan simpanan si bapa. Walaupun cuba dielak ikatan perkahwinan tetap terjadi demi permintaan si ibu.
Aib alisa dikhabarkan kepada bapa diawal perkahwinan mereka hingga alisa bertekad utk membuktikan dia tidak bersalah, dia mampu buat adnan menyintainya, menerima arwah bapanya.
Buku yg x akan bc.. uwahhh sedih... menaruh harapan tinggi tpkecewa.. watak alisa a dot m fasihah mcm x kena. Kekadang rasa mengarut aje alisa seksi mengoda tp baik kejap marah mcm psiko.. ohhh rasa nak let go buku ni.. sorry cik writer.. sy suka semua cite kat blog tp nie minta maaf.. x jena selera