Apa yang aku fikir pasal buku ni? Entahlah. Aku sebenarnya ada high expectation untuk buku ni, sebab buku ni antara buku yang top keluaran fixi. Dan aku jugak tahu Adib Zaini antara penulis Fixi yang sangat berbakat, tengok jelah hasil karya pertama dia yang gempak tapi santai tu; Zombijaya.
Idea dalam cerita ni sangat bagus. Untuk originaliti, aku bagi almost 9/10. Gaya bahasa macam biasalah, santai dan menarik. Cara penulis elaborate setiap set dalam scene nampak teliti dan boleh faham apa yang beliau sedang gambarkan.
Macam mana pulak dengan watak? Hmm.. pada aku watak mereka semua tak sekuat watak-watak yang dihasilkan dalam Zombijaya. Karakter yang ditonjolkan tak berapa kuat, dan guess what, aku baru tahu nama watak utama di penghujung cerita. Aku ingat aku ada miss something or terlupa, tapi bila aku check, memang nama watak utama jarang or tak pernah diberitahu di awal dan pertengahan cerita.
Watak Eddie makin lama makin tawar, Aleya pula makin annoying dan inconsistent. Watak Amy pun dah makin hilang serinya. Antara yang the best adalah watak Bob yang boleh buat aku sentiasa teringat-ingat dia, watak Zack kaki gamer dan Shelly. Aku rasa pengenalan untuk watak-watak ni tak cukup kuat untuk bagi impak dari segi feeling. Karakter watak utama pun tak berapa menarik, dan karakter Alhazred sangat samar-samar. Dia ada dengan tak ada pun langsung tak bagi kesan.
Yang bagusnya untuk cerita adalah bab suspens bila ada dalam bandar tanpa cahaya, kreativiti dengan menyelitkan konsep game dalam menerangkan situasi, info yang menarik lebih2 lagi tentang cult yang disertai oleh Al, dan jugak kepelbagaian dalam tindakan ahli masyarakat kita. Sebagai contohnya, watak utama Farez yang bercinta dengan Shelly si budak bapok, dan jugak perasaan sukanya kepada wanita yang lebih tua yang walaupun tak pelik, tapi jarang ditonjolkan dalam penulisan-penulisan Melayu yang aku baca sebelum ni.
Antara perkara yang paling mengecewakan aku adalah plot. Terlalu banyak perkara misteri yang berlaku, tapi tak semuanya dapat diselesaikan dengan jelas. Kenapa Chew ada kat kilang tu sorang2? Kenapa Al amik loket kat leher Sarah? Mana dia pergi? Cultists ikut arahan siapa? Apa jadi dengan mesin arked Polybius? Sempat tak Farez musnahkan? Kenapa dia nampak langit warna hijau dan bau busuk? Apa jadi pada David gergasi? Siapa yang nak selamatkan dia? Apa penjelasan tentang kehadiran David dalam mimpi dia? Dan scene last sekali tu, Farez ada kat dalam wad sakit jiwa ke? Kenapa tiba-tiba Chew bagitahu jangan obses, tapi sedangkan masalah diorang lebih daripada tu? Apa yang menimpa diorang bukan kerana obsession, tapi kira dah diganggu. Kalau nak cakap pasal obses, Al lah calon yang paling sesuai. Isu tentang sesuatu yang diletak Al dalam popcorn diorang pun masih tak selesai. Dan Joe pulak terangkan pasal game kat Farez sebelum dia mati, tapi apa kaitannya dengan semua yang berlaku?
Nampak banyak perkara yang masih unsolved dan menimbulkan tanda tanya. Aku tak kisah kalau niat penulis adalah untuk buat sequel, tapi boleh tak bagi susun dulu molek-molek plot dalam buku ni dulu? J.K Rowling buat sequel jugak tapi buku Harry Potter yang pertama masih lagi mempunyai plot yang cantik dan tersusun.
Overall, nice work but not a great finishing.