Mereka manja, cantik, seksi dan menawan. Ya! Merekalah calon-calon isteri jutawan.
Pencarian isteri untuk si jutawan bermula. Siapakah si bertuah yang dapat menyandang gelaran isteri si jutawan, IZZAD DANIEL? Wanita yang terpilih bakal mewarisi empayar perniagaannya yang bernilai jutaan ringgit.
Dia NURUL IZYANIE. Hanya gadis biasa yang memerlukan wang. Namun dia juga ingin mencuba nasib. Temu duga itu dihadirinya dengan penuh harapan.
“Lemah lembut? No… Manja? No… Seksi pun tidak. Nampaknya awak tak lulus.”
“Kalaupun saya tak layak, tak perlulah encik nak hina saya macam ni.”
“Saya bukannya nak hina awak. Tapi, awak betul-betul dah salah tempat. Ini temu duga untuk mencari calon isteri saya, bukannya temu duga untuk mencari akauntan.”
Apa? Dia sudah tersalah tempat temu duga! Hancur harapannya untuk menjadi seorang akauntan di syarikat terkemuka itu. Ingin saja dia pulang ke kampung kerana terlampau kecewa.
Anehnya. Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba dia menerima tawaran bekerja. Tetapi, bukan sebagai kerani, setiausaha, mahupun akauntan. Sebaliknya...
“Cik telah terpilih sebagai calon akhir untuk memegang jawatan isteri saya.”
“Terima kasih Encik Izzad atas tawaran yang menarik ini tapi saya tidak berminat. Nak cari isteri bukan macam mencari ikan di pasar.”
“Kalau awak tak terima, awak tahulah apa nasib awak. Bukan susah kalau saya nak jatuhkan seseorang seperti awak. Malah satu keluarga awak pun saya boleh jatuhkan.”
Atas sebuah ugutan, dia terpaksa menyertai rancangan gila itu. Berhadapan dengan sembilan orang calon yang obsesi dengan si jutawan, apakah kesudahan nasibnya? Selamatkah dia dikelilingi Sally, Tengku Fathiah yang ternyata iri dengan kehadirannya? Mari selesaikannya dalam Calon Isteri Jutawan.
Rasa mcm annoy ngn perangai Izzad nie.. suke memaksa pd mula nye.. Yanie nie bgus, bende yg tk elok, die ckp ajee..
Menyampah ngn Fath n Sally.. masa test bile di tnye, kalo suami sakit, mcm ne.. jwpn Fath sng jee.. mntk cerai sbb tk nk hidup susah.. Bile Izzad da kawin n sakit, sibuk pulakk die nk jge kan…
Mcm² Fath ckp kt Yanie sbb ye laa nk cucuk jarum kan.. Sanggup die siasat ttg Adam smue.. aish tk phm perempuan mcm gini..
Overall cerita ni santai jee.. suke watak Nek Wan.. mmg sempoi..
Cerita yang lari dari klise novel kini. Berkisarkan pencarian Izzad untuk mencari calon isteri dan kisah si Yanie yg redha untuk menerima jodoh ketentuanNya.
(for me)... perjalanan penulis masih jauh. Bahasa yang digunakan masih mentah dan ada kalanya terlalu straight forward. Sesuatu yang boleh diperkemaskan.
CUMA.... penggunaan bahasa Inggeris yang terlalu banyak grammatical errornya agak menjengkelkan. Rasanya ini kes 'direct translation daripada pakcik google'. Contoh : to heir all my property' yg sepatutnya ditulis 'to inherit all my properties'.... Sesuatu yang boleh diperbaiki. Cuma perlu rajin merujuk kepada yang pakar....
Banyak ayat yang sepatutnya ditiadakan, terutamanya di hujung perenggan. Dan aku lebih suka mentermakan sebagai 'campurtangan penulis'. Contoh :- 'kawtim gua cakap' 'sampai terlatah kau' m/s 121. Agak menggangu pembacaan kan? kerana pembaca tahu itu ayat penulis, bukan monolog dalaman watak terbabit. Habit yang perlu ditinggalkan....
Akibat kesilapan menghadiri temuduga, Nurul Izyanie (Yanie) terpilih sebagai calon akhir untuk mencari calon isteri seorang jutawan muda. Memang pelik, dalam ramai-ramai calon yang dipilih oleh jutawan muda yang bernama Izzad Daniel (Izzad) tu, cuma Yanie seorang saja yang agak 'semenggah' berbanding calon-calon yang lain. Dari awal memang dah nampak Yanie jadi calon paling layak, tapi peraturan tetap peraturan. Mereka tetap kena bersaing secara sihat.
Bagi Yanie pula, penyertaannya sebagai calon isteri jutawan hanya dengan niat untuk membantu kakaknya, Ifti yang sedang dilanda masalah. Ini kerana Izzad dah berjanji untuk berikan Yanie jawatan pembantu setiausaha di pejabatnya selepas tamat pemilihan. Bagi Yanie, itulah satu-satunya cara untuk membantu Ifti yang terbelenggu dengan masalah kewangan selepas abang ipar Yanie kehilangan kerja. Yani dan Ifti cuma dua beradik. Mereka cuma ada antara satu sama lain bila kedua ibu bapa mereka meninggal dunia.
Pelbagai ujian yang telah pun diatur untuk calon-calon isteri jutawan muda ni. Siap ada bantuan skuad tambahan dari nenek Izzad lagi. Hehe. Tapi akhinya kita tetap nampak hanya seorang yang layak untuk memegang title sebagai isteri jutawan muda itu, iaitu Yanie.
Yanie memang tak bersetuju untuk terima Izzad sebagai suami. Yelah, banyak sangat perselisihan faham antara mereka ni sampai Yanie dah cop si Izzad ni tak sesuai dibuat suami. Tapi berkat pujukan Mek Yah(nenek Izzad), Mak Ngah Yanie dan juga tindakan gila Izzad melamar guna lori apek surat khabar lama terbuka juga hati Yanie untuk bertunang dan seterusnya menerima Izzad dalam hidupnya.
Perkahwinan mereka nampak membahagiakan pada awalnya. Mereka saling belajar menerima kelebihan dan kekurangan diri masing-masing. Cuma badai melanda bila Izzad disahkan menghidap penyakit leukimia. Rupanya bila mengetahui tentang penyakitnya itu, Izzad pernah berjanji sesuatu denggan Adam, teman baiknya sebelum berkahwin dengan Yanie. Bila Adam menuntut janjinya dan Tengku Fathiah (salah seorang calon yang gagal dalam ujian calon isteri Izzad) pula mula menabur fitnah tentang Yanie pada Izzad, mampukah Izzad dan Yanie mempertahankan rumahtangga mereka?
Komen saya: Cerita ni buat saya teringat rancangan realiti tv. Tapi pencarian Izzad ni taklah jadi rancangan realiti tv. Hehe. Kisah yang agak santai dan tak meleret sebab konflik cuma muncul di penghujung cerita. Tahniah ye Afifah. Moga terus berkarya selepas ini. :)
Comel lar cerita ni. I like! Walaupun the whole ujian untuk carik isteri tu sangatlah merapu dan memang direject oleh N punyer common sense, N tak boleh nafikan jalan cerita ni agak sweet. Dengan pengunaan bahasa dan penulisan yang mudah, ditambah pula dengan jalan ceritanya yang ringan, ia amatlah sesuai untuk menghilangkan stress. But don't expect too much because you may end up disappointed.
Tapi N sangat sakit hati sebab N punyer copy tak sempurna. Over 30 pages printingnyer overlap, so tak boleh baca. Tau-tau jer ["br"]>["br"]>["br"]>["br"]>["br"]>
Membaca naskhah ini, saya 'terasa' seperti pernah menonton drama. Tapi saya lupa di tv berapa dan drama apa.
Nak kata saya tak suka karya ni tak juga. Saya boleh aje baca sebab plot ceritanya santai-santai sahaja.
Nak kata suka, ada benda yang membuatkan saya seperti tidak boleh nak hadam. Bahasa yang agak kaku. Penggunaan bahasa inggeris yang kadang-kadang buat saya rasa -kenapa nak guna bahasa inggeris? Adakah untuk menggambarkan status jutawan yang disandang oleh Izzad? (kalau betul dengan nahu dan tatabahasanya tak apa lah jugak!)
Perwatakan hero yang kadang-kala tak selari dengan status ahli perniagaan (CEO) yang disandang oleh Izzad. Watak Mek Yah juga saya tak dapat rasa 'aura' nenek (mungkin pemilihan perkataan/ayat percakapan yang tak sesuai dengan watak seorang nenek).
ada beberapa point lagi, tapi saya penat nak tulis
jalan cerita yg menarik...izzad daniel + nurul izyanie...cinta selepas kawin yg menarik...walaupun pd mulanya kedua2 x suka..kerana masing ada niat tersendiri.tp x bermusuhan spt novel lain yg asyik gaduh2 then baru baik...bila kawin...izzad & yanie menjalankan tanggungjawab mereka sbg suami isteri. enjoyed reading this book walaupun ingat pd mulanya izzad akan meninggalkan yanie...
Semasa sang jutawan nak cari calon isteri dan salah-seorang calon cuba nak sabotaj diri-sendiri sebab nak keluar cepat dari senarai calon, saya tertunggu juga apa yang calon tu nak buat. Alih-alih dia tunjuk skil dia pula dah.
Satu je saya puji tentang novel ni. Si isteri yang tahu kedudukannya sebagai isteri dan tak meletakkan syarat nak berpisah katil la, nak berpisah bilik la. Apa kes doh kau nikah kalau nak letak syarat yang mampu meletakkan kau sebagai isteri nusyuz. Dan apa yang dinyatakan oleh sang isteri tu betul. Berpisah tempat tidur bermakna si suami sedang marah padanya. Dan malaikat akan melaknat si isteri sehinggalah si suami maafkan. Walaupun dalam kes ni si suami nak bagi lebih privasi pada isteri, tapi si isteri berjaya nasihatkan si suami. Itu la salah-satu tugas isteri; nasihatkan suami dengan lemah-lembut mana yang ada salah-silap tu.
Ingatkan dah diadaptasi ke bentuk drama sebab dah menepati ciri-ciri yang dicari oleh syarikat penerbitan drama.
Entah kenapa saya asyik terbayangkan watak hero tu dipegang oleh Datuk Aliff Shukri (DAS). Kalau kamu semua rajin menjengok Insta DAS ni kamu akan dapati yang dia ni sebenarnya sama je macam kita yang lain. Cuma bila depan kamera tu, dah macam dapat identiti lain.
Penulisan novel ni santai ja. Tapi Bahasa Inggeris yang tunggang-langgang membuatkan novel ni kelakar. Bak kata omputeh, "It's so bad that it's good."
love bila nak lamar ..jerit pakai lori surat khabar..so sweet.. sad want hubby sakit..teringat arwah kakak.. sungguh terasa sakitnya kene kemo. kecewa bila adam terpengaruh dengan Fath..i hate her. i cry want "saya akan setia bersama abang, sampai masa abang tak perlukan saya lagi saya sendiri akan undur diri, asal abang bahagia....saya rasa masanya dah sampai" waaaaa so sad.
Bukan mudah membina sebuah kepercayaan. I love want adam balik ke adam yang lama. Bukan mudah memaafkan.. tapi kemaafan penuh dengan keindahan
I like this book. Very straight forward. I like the storyline. It’s simple. Although different from the other books yet I felt I’ve read it before. Anyway…. It was fun. I might do a second review on this book….
Best cerita ini! Jutawan Izzad Daniel Bin Izhar Yong mahu memilih calon isteri untuk mengambil-alih syarikatnya dan menjaga hartanya. Dia mengundang semua teman wanitanya untuk menyertai sebuah peraduan. Di hari temuduga itu, Nurul Izyanie (Yanie) telah tersalah tempat temuduga. Berlaku pertengkaran antara Yanie dan Izzad. Izzad memaksa Yanie untuk menyertai peraduan itu dengan menjanjikan pekerjaan untuk Yanie. Yanie samgat memerlukan perkerjaan untuk membantu kakaknya. Yanie dan calon-calon yang lain menjalani beberapa ujian. Perilaku mereka diperhatikan oleh Izzad dan Adam. Izzad memilih Yanie sebagai pemenang. Tengku Fathiah dan Sally sama-sama tidak berpuas hati. Mereka rasa Yanie tidak setaraf dan tidak layak untuk Izzad. Sementara itu Adam juga ada menaruh hati pada Yanie. Izzad terlepas kata dengan Adam. Dia menjanjikan bahawa dia akan melepaskan Yanie suatu masa nanti dan dia merelakan Adam untuk memiliki Yanie pada ketika itu. Yanie pada mulanya agak berat untuk menerima Izzad. Tetapi bila Izzad meminta dia untuk membimbing dirinya supaya berubah, dia lihat ada perubahan dalam diri Izzad. Maka hatinya pun mula berubah terhadap Izzad. Mereka mula bercinta selepas bernikah. Tetapi dugaan mula menimpa rumahtangga mereka. Yanie dapat tahu Izzad menghidap Leukimia. Dia berusaha memujuk Izzad untuk menjalani rawatan. Kebetulan Izzad dapat berjumpa dengan ayahnya. Izzad akhirnya dapat memaafkan ayahnya atas pujukan Yanie. Lalu hubungan mereka kembali erat. Nek Wan, ayah Izzad serta ibu tirinya dan Yanie sama-sama membantu Izzad semasa Izaad menjalani rawatan. Adam menderma sum-sum tulangnya untuk Izzad. Izzad lemah selepas menjalani rawatan susulan. Hatinya sering tersentuh dan mudah marah. Dia dihasut oleh Tengku Fathiah yang menginginkan harta Izzad. Izzad mula meragui kesetiaan Yanie dan Adam. Tetapi Yanie dapat menyedarkan Izzad. Adam juga termakan hasutan Tengku Fathiah. Tetapi dia mula sedar bila Izzad bersemuka dengan dirinya. Hubungan Izzad, Yanie dan Adam pulih. Izzad juga semakin sihat. Bahagia mereka bertambah bila dapat tahu Yanie mengandung. Tahun itu mereka dipilih untuk melakukan haji. Akhirnya, mereka semua dapat hidup aman-damai.
citer yg menarik..Izzad Daniel (org muda yg kaya dan berjaya..ada penyakit cancer just like his mom..looking for wife yg blh waris harta dier..wat janji mengong ngn best frenz dier Adam yg dier takkan touch isteri dier..jumpa ngn Yanie yg salah msk bilik interview,than paksa joint contest mencari calon isteri dier..keje punyer pasal,Yanie join gak..Adam da sangkut ngn Yanie,tp simpan dlm ati..saringan demi saringan,Yanie terpilih dr 10 yg tercalon..at the ends,Yanie the choosen one..Adam akur..time nk mirisik,da best moment ever..Daniel siap jd tukar jual surat khabar lg dtg umh Yanie..finally,kahwin gak.Yanie totally change and be a gud wife.Daniel trus lupa janji dier pada Adam..1st nite trus on..happy sgt dier..but one day,Yanie jumpa surat perubatan Daniel..try pujuk to take action..wat kemo sumer..Daniel akur demi syg pd Yanie.saat menempuh crack moment,Yanie busy menggantikan tempat Daniel di tmpt keje ngn Adam,calon yg tersingkir (Fath) try goda Daniel..Fath wat citer buruk nk tackle Daniel demi harta.Daniel and Yanie mula masuk dunia keretakan..Adam mula termakan hasut Fath merebut Yanie..kesetiaan Yanie,menyedarkan Daniel yg hampir memecahbelahkan family dier.at the ends,Daniel dpt menempuh segala sesi perubatan dgn berjaya.Adam sedar hubungan dgn Daniel lebih bermakna dr segala2nya..Fath excident dead..Yanie and Daniel appy ending with baby..
Permulaan kisah agak mendatar sedikit , tapi makin lama makin menarik.
alkisahnya macam cerita realiti Tv - ada calon2 , then ada yang tersingkir dan seperti dijangka pastilah heroin yang terpilih. Klise tapi ok la, ada kelainannya bila tahu encik hero ada simpan rahsia. jadi part hujung-hujung ada sedikit lag disitu. kisah cemburu suami isteri itu part yang aku tak berapa suka haha tapi ok la sebagai rencah cerita ini. baiklah cerita cemburu buta tu tak lag panjang sangat , dan senang je watak jahat itu 'hilang' so ok la ;)
Mengikuti setiap bab di laman blog Afifah, menyebabkan k.yus menggelegak untuk mendapatkan versi cetaknya. Sesuatu yang sweet dan menyenangkan dalam pengkisahan Izzad & Yanie ini, bahasa yang santai dan bersahaja juga membuatkan mood membaca tak pernah pudar. Apa yang dapat k.yus kutip dalam kisah ini, sesuatu yang dirancang tak semestinya jadi spt yang dikehendaki kerana kalau Yg Esa kata kun fayakun.. tentu sahaja yang lebih baik boleh berlaku. Tahniah Nuriffa @ Afifah untuk karya yang hebat ini.
ok buku nie dah settle... dlm kategori boleh baca... hehehhee... awal2 bab mcm bosan sikit bila dah masuk cari calon isteri tu.. dah mcm tengok tv citer apa pun dah lupa... tapi bila dah tgh2 tu ok sikit... dugaan dtg bila izzad disahkan menghidap lukemia...
so far boleh baca...
so happy reading.. "membaca dgn hati... menilai dgn akal"
penulis mencuba sesuatu yang baru. lain dari kebiasaan. cuma jalan ceritanya flat. even masa klimaks pun aku tak pasti itu dah klimaks or masih mendaki lagi.
"Sebelum awak korek mata saya,saya tenung awak lama2...I'll make you fall in love with me"
Izzad Daniel Jutawan muda yang dikejar oleh ribuan gadis diluar sana.Kasanova terhebat. Still dia ingin mencari Isteri yang mampu mewarisi perniagaannya. Hatinya terpaut bila berjumpa dengan Nurul Izyanie kerana tersalah masuk sesi temu duga. Hidup Yanie menjadi huru hara bila dirinya terpilih dalam percalonan itu. Yanie memerlukan kerja untuk mambantu kakaknya Ifti. Kehadiran Yanie juga tidak disenangi oleh calon2 lain seperti Tengku Fathiah dan Sally. Dalam masa yang sama pembantu Izzad,Adam.... menaruh perasaan pada Yanie. Dalam terpaksa Yanie menerima cadangan gila Izzad setelah menerima syarat yang diberi. Dalam tempoh itu Yanie berdoa agar dirinya akan tersingkir tapi malangnya dirinya selalu mendapat perhatian nenek Izzad yang datang semasa ujian itu berlangsung. Yanie terkejut bila dirinya terpilih menjadi isteri Izzad tetapi pemilihan itu tidak disenangi oleh calon lain. Kerana terlalu terkejut Yanie bingung. Menerima Izzad sebagai suami dan membantu membimbing Izzad yang terpesong ke jalan yang benar adalah tanggungjawabnya. Perkahwinan yang dilatar belakangkan tanpa sedikit perasaan sayang di pupuk hingga membuahkan satu perasaan yang luar biasa. Tapi amatlah terkejut bila Yanie terjumpa surat laporan kesihatan Izzad. Dengan semangat dan sokongan isteri,Izzad membuat rawatan. Bagi Izzad matinya sudah pasti kerana ibunya dulu juga mengidapi penyakit yang sama. Dalam tempoh rawatan Izzad bersama tidak dibenarkan pergi ke pejabat. Yanie yang banyak menghabiskan masa dipejabat bersama Adam pembantu Izzad. Tengku Fathiah mengambil peluang merancang sesuatu untuk merampas Izzad dengan harapan dia akan dapat menguasai harta yang dimiliki oleh Izzad kerana perniagaannya kian merundum. Impian Tengku Fathiah hampir berjaya tapi malangnya cinta Izzad dan Yanie kuat dan sukar dirobohkan.....
I really adore Izzad Daniel & Yanie...U will smile,laugh bila baca tiz novel...From page 1 sampai abis,tak membosankan langsung...makes u want to read n read... cukup rempah ratus...tats Y cepat aje me baca,within half a day...AWESOME...!
(**Psst...Psst...Actually kan,ape aje yg kaitan ngan nama YANIE mmg best...!! hahaha...perasan kejap...nama heroin kan sama kan...**)
Buku yang tak punya konflik berat. Yang paling menarik saya ialah babak2 10 orang calon isteri Izzad wajib tinggal sebulan sebumbung. Macam macam ujian harus mereka tempuhi sebelum seorang Calon akhir dinobat sebagai isteri Izzad. Idea yang tidak logik dalam masyarakat Malaysia khususnya tapi masih menghiburkan.
Babak2 selepas mereka diijabkabulkan juga masih bagus. Ada ilmu dan pngajaran bagi wanita yang baru brkahwin khasnya. Betullah, sebelum terikat dengan mana2 lelaki jangan pernah melayani lelaki terlalu mesra. Sebarang sentuhan fizikal mahupun kelunakan suara tidak boleh ada bila bersua. Tetapi selepas kahwin, ia menjadi lubuk pahala bagi suami isteri yang berkasih sayang.
Kisah Kak Ifti bagaimanapun masih menjadi pertanyaan bagi saya. Seolah2 hanya separuh jalan siap. Tapi mungkin ada perubahan agaknya pada karya ini yang dicetak semula bawah terbitan lain.
Karya2 Nuriffa selalu tidak lari daripada nasihat2 berguna khususnya untuk perempuan, wanita, isteri dan ibu. Sesuai untuk dijadikan tauladan dalam kehidupan.
Jalan cerita yang simple cuma yang special nya bila Yanie terpaksa dan dipaksa join ujian calon isteri hahahaha. Best baca sebab Yanie dengan Izzad ni asyik perang mulut je bila jumpa. Ni orang kata enemies to lovers hahahahah. Izzad pun sweet and romantik, lagi lagi part masa dia nak try Yanie, gigih betul dia hahahaha. So untuk pembacaan santai boleh la nak dibaca sebab konflik pun tak berat sangat. Cuma part konflik tu memang terasa la sedihnya bila Izzad tu jadi macamtu. So conclusion nya sila la baca hehehehe.
Sedihnya bila Izzad Daniel kena leukimia! Tapi kekadang menyampah jugak dengan perangai dia yang rasa macam dia yang paling kaya dalam dunia ini! So bagi aku novel ni bagi aku mixed feelings but storyline novel ini agak unik daripada novel yang lain. Btw aku baca eBook and it was better sebab takde overlapped pages macam yang buku punya. So if korang punya novel ada masalah, pergi je ke link berikut for the eBook version :- https://www.e-sentral.com/book/info/7...
Hey, imma singaporean fan of this book. I read it back in 2016 and trust me i’d read it over and over again. REALLY GOOD STORYLINE 🥰 continue with your amazing work Nuriffa your creation is really good 🔥