Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rindu Kamu Mr. Darcy

Rate this book
Mungkin untuk mengenal cinta perlukan rindu...

Kisah antara Faris dan Hayfa. Faris seorang lelaki yang sangat mementingkan maruahnya dan Hayfa pula seorang perempuan yang sangat prejudis. Perkenalan bermula dengan penuh rasa kebencian. Mereka saling berharap tidak akan bertemu dengan salah seorang daripada mereka dalam dunia ini.

“Awak memang kaki skodeng, ya? Awak ikut saya sampai ke sini, ya? Awak ni sakit jiwa ke apa?”

“Eh, Encik Faris yang semuanya sempit, awak ingat saya ingin sangat ke tengok muka awak ada dekat sini. Huhhh!!!”

Tapi...

Orang kata, jangan benci sangat nanti lama-lama jadi sayang. Sayang ke kalau hanya seorang saja yang meluahkan perasaan, yang lagi seorang masih tidak bersedia?

“Tolonglah Hayfa, terimalah saya dalam hidup awak. Bukan senang nak mengajar hati saya untuk tidak jatuh cinta kepada awak. Bukan senang nak mengajar hati saya untuk berpisahdengan awak. Ini pun... Rindu sangat-sangat.”- FARIS DARWISY

Muncul pula Haziz Mukhlis, menambahkan lagi prejudis Hayfa kepada Faris. Adakah Hayfa mempercayai cerita Haziz sehingga takut menerima cinta Faris? Perlukah Faris mengetepikan maruahnya demi cintanya kepada Hayfa?

“Siapa awak sebenarnya?” - HAYFA IDHAR

“Seorang yang mencintai awak tanpa mengharapkan balasan.” - FARIS DARWISY

Mungkin untuk mengenal cinta perlukan rindu...

401 pages, Paperback

First published May 1, 2013

14 people are currently reading
468 people want to read

About the author

Syamnuriezmil

84 books538 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
132 (35%)
4 stars
130 (35%)
3 stars
87 (23%)
2 stars
18 (4%)
1 star
4 (1%)
Displaying 1 - 30 of 39 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,060 reviews200 followers
May 3, 2013
 photo a_zps50a37c16.jpg

Watak utama yang menghiburkan hati
- Hayfa & Faris

Watak yang rasa nak peluk²
- Farah & Saira

Watak yang buat sha tersengih²
- Hayda (Ayang) & Umar

Watak yang memang patut masuk Tanjung Rambutan
- Haziz & Rania (kasihan….)



 photo 4_zpsef567c28.jpg
Hayfa & Faris berkenalan sewaktu teman baiknya, Erwan datang bertandang merisik Hayna, panggilan Ayong dalam keluarganya.

 photo 7_zps00dec1a3.gif
“Tengoklah adik yang no 2 tu, pandang macam nak telan, sakit kea pa? Kalau aku, yang jenis macam tu, tak kahwin pun tak apalah” – Faris

“Memang yang ada pada saya ni semua besar² belaka. Tak macam awak, macam orang besar, tapi kepala otak sempit! Mulut macam loji tahi. Saya berharap awak jumpa dengan orang yang boleh tahan dengan perangai awak yang sesempit otak awak ni” – Hayfa

 photo 1_zps50f3e42d.gif
Mereka bertemu semula di pejabat Hayfa. Perjumpaan yang membuatkan Hayfa seperti cacing kepanasan. Lagi berpeluh, bila Hayfa ditugaskan bekerjasama dengan Faris.

Pada suatu hari, sepupu Hayfa, Azhar datang membawa hajat. Hajat untuk menunaikan wasiat ayahnya.

“Pembahagiaan harta untuk ayah ada tapi bersyarat. Syaratnya salah seorang anak ayah kena kahwin dengan Azhar”

Pulak.. jeng jeng jeng

Faris menawarkan dirinya menjadi bisnes partner bila Hayfa bercerita masalah yang dihadapinya. Syarikat tempat ayahnya bekerja bankrupt, lagilah Hayfa bercelaru. Bila Faris offer diri, Hayfa bersetuju. Sekurang²nya dia dapat menolak pinangan Azhar.

Settled kes Azhar.

Muncul pula Haziz, adik angkat Faris yang tamak cuba memecahbelahkan hubungan Hayfa & Faris. Hayfa prejudis. Nasib baik ada Saira yang sentiasa memberikan buah fikirannya secara loyar buruk. Agak nakal Saira tapi dia memang kawan yang best untuk Hayfa. Sesiapa saja akan terhibur dengan telatah Saira.

Faris dah beri hint banyak kali pada Hayfa tapi otak hati & perasaan Hayfa dingin macam ais batu. Suka benor jual mahal. Susahnya nak cairkan. Bila Hayfa & Ayang pergi Melbourne. Mereka berjumpa dengan Umar, adik Faris, Farah serta boyfriendnya, Benjamin.


 photo 9_zps1e2b8ce3.gif
Benjamin nie 1st crush Hayfa. Tapi Hayfa menolak sebab dia taknak sakitkan hati Farah, pada masa yang sama hati dia dah jatuh cinta pada Mr. Darcy. Pheeewittt!!!

Tup² baca newspaper ‘Faris nak kahwin’.

Hayfa banyak kali called tapi tak dibalas.

 photo 2_zps0cd213ad.gif
“Katakan.. awak juga rindukan saya”


 photo 4_zps6b526b81.gif
“Tak Faris! Awak kena kahwin dengan Rania dan lupakan saya”.

Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kasihan Faris. Hayfa nie still tak nak mengaku dirinya dah jatuh cinta dengan Faris.

 photo 6_zps27d35084.jpg
Cerita santai yang buat sha bergelak ketawa dari mula baca sampailah sekarang. Bak kata Sue, “sha, I hari² mengilai kalau baca karya Syamnuriezmil”.

 photo b_zps98bc0229.gif
Memang bestlah cerita ini. Tak rugi beli, sangat sesuai untuk hilangkan stress.

Dialog yang sha paling suka

“Kami datang hajat dibawa,
Hajat dibawa daripada anak saudara,
Hendak memninang si anak dara,
Kebetulan kawan baik anak saya!

Hajat dibawa tidak diduga,
Hendak meminang anak dara saya,
Rasa saya, mereka baru saja berjumpa,
Tapi kalau sudah jodoh, apakan daya!

Kalau sudah tahu,
Apa lagi kita tunggu.
Ayuhlah kita selesaikan dulu,
Sebelum semua orang berbulu!

Moleklah begitu kita cepatkan,
Seronok berpantun sampai tak ingat masa,
Dah lama tak mengasah bakatkan,
Teringat zaman sekolah bersama. “


 photo k_zps561a0e46.gif
Terbaik ahhhhh!!!! Terkekeh² sha gelak. Hilang stress sha baca karya Syamnuriezmil

Tahniah yard!!!
 photo b_zps555ead60.gif
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
August 14, 2016
Jalan cerita menarik tetapi ada pertuturan kasar yang Cik Pah tak boleh terima terutama untuk orang yang telah meninggal dunia. Mr Darcy Mr Darcy buat Cik Pah terpanggil menonton Pride and Prejudice :)








Aha apa menu yang disebut dalam novel ini? Kali ini kita jamu mata menu tengahari ikan siakap tiga rasa


Profile Image for Mimi [heyitsmeme06].
102 reviews10 followers
June 24, 2020
dikeluarkan tahun 2013, dibeli tahun 2019 dan dibaca tahun 2020.

still... sangat best dan relevan utk dibaca. this is what i love about buku dari acik syam. evergreen gitu 👍👏
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
May 7, 2013
Finisheddd.... Best best best... As usual criter dr Syamnuriezmil sangat sangat sweet n segar. Tp kali ni tambah dgn lawak melampau... Tersengih sorang2 sampai kul 2 pagi. Pantun bagai. Mabelles tahap gaban. Kikikiki... Sukerrrr dgn Faris Darwisy aka Mr Darcy. He knows what he wants n went thru evrything to get what he wants. Love his attitude. Very diplomatic in finding solution. Very businessminded! N most of all, very the romanticccc.... Like 74X...
Hayfa: alahaiiii sangat2 prejudice. Dah la prejudice, brutal, molot takde insurance.... Tp all those qualities yg buat Mr Darcy sayang separuh nyawa. Love this fairy tale!!!! Sgt sgt on cloud 9 bila baca!!! Like how the author potray the kasih syg in the family. From parents to the siblings. N the relationship between Farah n Faris. Suka jugak dgn Saira n Azhar. Very the happy go lucky pairs... Especially like the almost to last part yg Faris beritau Media he's marrying Hayfa n the way they met kat tangga tu. I like it!!!! Very the romantic... Kudos to Syamnuriezmil for another great novel. A keeper!!!!
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews105 followers
June 29, 2015
Naskah untuk dilepaskan; RM11.00. PM je...

Fuhh... novel untuk bahasa paling ganas pernah ku baca.

Kalaulah dialog sebegini dituturkan oleh orang sekelilingku, confirm memang kena seligi.

Sekali dua dialog sebegini dituturkan memang nampak sweet, telus n polos, tapi bila dah acap kali digunakan - berbulu la jugak.....

Mungkin novel ini menggunakan 1st person POV, bila rasa Faris 'disembunyikan' menjadikan karya ini kurang jiwanya.

p/s: ayat 'pemalas nak mati' mungkin lebih sesuai digantikan dengan 'pemalas nak mampus' (itu memang purely nothern jourgan). Kasar tapi bahasa utara memang agak kasar!
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews63 followers
February 17, 2016
Pertama kali baca karya penulis ni.

Jalan cerita boleh diterima. Cuma terganggu dengan satu perkataan yang sentiasa di-UP-kan dari awal cerita hingga ke akhir. Dari dorang couple hingga dorang kawen.

Masa pertama kali nampak perkataan tu, okay, tak pe. Bila jumpa untuk kali yang kedua, okay, masih boleh layan. Tapi bila asyik jumpa je sampai berkali-kali, maaf la, dah tak boleh nak terima dah. Mula la baca dengan tidak sepenuh jiwa. Pembacaan sudah tiada lagi keterujaan. MAAF sekali lagi.

Apa motifnya letak perkataan Choii kat dalam buku ni ya? Takde tagline lain dah kot. Sesuai ke perkataan Choii ini dijadikan sebagai tagline? Kalau anak buah aku yang sebut Choii ni, memang aku cili-cilikan mulut dorang.

p/s: Ini merupakan buku pertama penulis yang aku beli dan baca. Tiada lagi buku seterusnya dari penulis ini. Maaf, mungkin cara penulisan beliau tidak kena dengan jiwa aku. Buku inipun sudah aku berikan pada orang. #Peace.
41 reviews3 followers
Read
March 29, 2017
Baca untuk kali kedua.
Buku yang menghiburkan dan seronok walaupun telah baca kali kedua
Profile Image for Tie Tinie.
77 reviews11 followers
May 8, 2013
yess.... dah habis baca... sepatut nya semalam lg dah habis... tapi buku tertinggal pulak kat opis... so sambung hari dah dah tammat...
sebuh cerita yg santai dan sweet...
hurmmm... faris dan hayfa... seorang software maker dan seorang ID.... sangat sweet bila gaduh2 manja.. sentiasa ada untuk satu sama lain...
tahniah untuk penulis novel nie...
gud luck untuk next novel...

untuk u all jgn lupa baca buku nie...
happy reading u alls...
membaca dgn hati menilai dgn akal....
Profile Image for Plainqoma.
701 reviews17 followers
May 4, 2013
Cerita ini comel aje. Banyak ayat-ayat dari penulis yang kelakar dan sempoi sangat. Habis baca dalam masa kurang 5 jam. Walaupun Hayfa itu keras hati tapi saya suka dengan prejudis dia itu. Bab setia Faris itu memang respect habis lah. Boleh pula tahan dengan perangai gila-gila Hayfa ni. Mahu tapi malu. Macam choy aje. Watak-watak lain pun sweet sangat, lagi-lagi adik beradik Hayfa dan Saira si best friend Hayfa.

Profile Image for aidanharima.
21 reviews7 followers
May 29, 2013
aku kembali semula terjebak dengan novel cinta setelah sekian lama baca buku indie. ataupun aku baca kerana hati sedang berbunga-bunga? haha.

karya syamnuriezmil memang tidak mengecewakan. dari cerpen hinggalah ke novel. membaca karya beliau membuatkan aku meneruskan pembacaan hingga ke awal pagi. dan berbaloi.

aku suka part hero yang seakan-akan boleh membaca fikiran si heroin. ok tu jer. review lebih-lebih kang takut spoiler pulak. hehe.
Profile Image for Lulu Rahman.
76 reviews13 followers
June 27, 2013
Sweet love story that I feel is more of a fanfic rather than novel. But the characters are cute though I strangely dislike the heroine. if Hayfa is based on Elizabeth Bennet of Pride and Prejudice, then I think the writer has failed to develop her character as she comes off more as a brat rather than a smart and witty heroine that Liz Bennet was.

Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
August 15, 2016
kelebihan penulis, walaupun sejahat mana pun karekter dalam novel die, tetap ada batas2 yang membuatkan kn ku rasa betul2 wujud orang2 cmtu.. and, cara menokhtakkan segalanya tanpa perlu berkonflik panjang memang mengagumkan.

satu lagi karya yang santai, walaupun banyak subplot tp diakhiri dengan seadanya tanpa ada yang tertinggal.
Profile Image for Miz_Yanie.
105 reviews2 followers
November 7, 2018
"Mungkin untuk mengenal cinta perlukan rindu...."

I LOVE TIZ NOVEL & MR DARCY! Few hrs aje baca n mmg OHSEM!!

Hayfa Idhar & Faris Darwisy berkenalan sewaktu teman baiknya, Erwan datang bertandang merisik Hayna, panggilan Ayong dalam keluarganya.

“Tengoklah adik yang no 2 tu, pandang macam nak telan, sakit ke apa? Kalau aku, yang jenis macam tu, tak kahwin pun tak apalah” – Faris

“Memang yang ada pada saya ni semua besar2 belaka. Tak macam awak, macam orang besar, tapi kepala otak sempit! Mulut macam loji tahi. Saya berharap awak jumpa dengan orang yang boleh tahan dengan perangai awak yang sesempit otak awak ni” – Hayfa

Mereka bertemu semula di pejabat Hayfa. Perjumpaan yang membuatkan Hayfa seperti cacing kepanasan. Lagi berpeluh, bila Hayfa ditugaskan bekerjasama dengan Faris.

Pada suatu hari, sepupu Hayfa, Azhar datang membawa hajat. Hajat untuk menunaikan wasiat ayahnya.

“Pembahagiaan harta untuk ayah ada tapi bersyarat. Syaratnya salah seorang anak ayah kena kahwin dengan Azhar”

OMG...!!

Faris menawarkan dirinya menjadi bisnes partner bila Hayfa bercerita masalah yang dihadapinya. Syarikat tempat ayahnya bekerja bankrupt, lagilah Hayfa stress!! Bila Faris offer diri, Hayfa bersetuju. Sekurang2nya dia dapat menolak pinangan Azhar.

Settled kes Azhar.

Muncul pula Haziz, adik angkat Faris yang tamak cuba memecahbelahkan hubungan Hayfa & Faris. Hayfa prejudis. Nasib baik ada Saira yang sentiasa memberikan buah fikirannya secara loyar buruk. Agak nakal Saira tapi dia memang kawan yang best untuk Hayfa. Sesiapa saja akan terhibur dengan telatah Saira...

Faris dah beri hint banyak kali pada Hayfa tapi otak hati & perasaan Hayfa dingin macam ais batu. Suka sgt jual mahal. Susahnya nak cairkan. Bila Hayfa & Ayang pergi Melbourne. Mereka berjumpa dengan Umar, adik Faris, Farah serta boyfriendnya, Benjamin.

Benjamin ni 1st crush Hayfa...small world kan...Tapi Hayfa menolak sebab dia taknak sakitkan hati Farah, pada masa yang sama hati dia dah jatuh cinta pada Mr. Darcy. Pheeewittt!!!

Tup² baca newspaper ‘Faris nak kahwin’.

Hayfa banyak kali called tapi tak dibalas.

“Katakan.. awak juga rindukan saya”

“Tak Faris! Awak kena kahwin dengan Rania dan lupakan saya”.

Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kasihan Faris. Hayfa nie still tak nak mengaku dirinya dah jatuh cinta dengan Faris.

Konfliknya yg menarik n best...banyak rahsia yg terbongkar satu persatu...siapa si Faris tu sebenarnya..

Faris Darwisy aka Mr Darcy....He knows what he wants n went thru evreything to get what he wants. Love his attitude. Very diplomatic in finding solution. Very businessminded! N most of all, very the romantic.....
Hayfa Idhar...Sangat2 prejudice. Dah la prejudice, brutal, mulut takde insurance.... Tp all those qualities yg buat Mr Darcy sayang separuh nyawa.

Love this fairy tale!! U will feel on cloud 9 bila baca!!! Like how the author potray the kasih syg in the family. From parents to the siblings. N the relationship between Farah n Faris even Saira n Azhar....Very the happy go lucky pairs... Especially like the almost to last part yg Faris beritahu Media he's marrying Hayfa n the way they met kat tangga tu..Superb!! Very the romantic... Awesome novel. Definitely a Keeper!!!!

"Mencintai awak,saya tk kisah tentang harta,pangkat,takhta...maruah.Yg saya mahu ialah awak dan apa yg saya perlu iaitu awak.Hayfa Idhar,sudi tak awak Ugrade Status daripada Business Partner ke Life Partner?"

"Walaupun angah dan dia berbeza tetapi separuh yang ada pada dia,ada pada angah."

“Kami datang hajat dibawa,
Hajat dibawa daripada anak saudara,
Hendak memninang si anak dara,
Kebetulan kawan baik anak saya!

Hajat dibawa tidak diduga,
Hendak meminang anak dara saya,
Rasa saya, mereka baru saja berjumpa,
Tapi kalau sudah jodoh, apakan daya!

Kalau sudah tahu,
Apa lagi kita tunggu.
Ayuhlah kita selesaikan dulu,
Sebelum semua orang berbulu!

Moleklah begitu kita cepatkan,
Seronok berpantun sampai tak ingat masa,
Dah lama tak mengasah bakatkan,
Teringat zaman sekolah bersama.
June 27, 2024
Storyline almost the same like pride and prejudice (ofc la sebab tu aku beli). So Hafya kenal Faris apabila kawan baik Faris ingin datang rumah merisik kakak Hafya. So from there, Hafya alreadu have this prejudice towards Faris because to her, he is arrogant, all the negative personality semua tu dia la. And then faris is a billionaire (wowiw🤯🤩 billionaire mak ai) who was hired by the company Hafya work at to built a ID software. And yes Faris is smart and rich who built a software company? (I forgot but get the bag sis🤑💵)

Okay i know I shouldn’t put expectations on books especially when its ada kena mengena dengan my favourite film but serious ah weyh Hayla ni sumpah annoying lagi annoying than Elizabeth Bennet like I watched film and read the book, she’s fierce and thick headed but after she got her truth terus dia menyesal but this Hayla girl i swear orang dah tak mau bagitau kan apa masalah dia dengan adik angkat dia. U want to put him in bad image je just because u don’t know shit. The fact that u blamed Faris bcs Hazizi pecat kau as his ID like So ko kena ke melenting dekat Faris? I know that faris pon tak bagitau the problem but its family issue and its none of ur problem. Kakak kau pon dah nak kawin dah dengan bff faris tu ko still think about him as otak sempit.

Ko hayla memang jangan berangan la nak jadi Elizabeth Bennet sangat.

Let me get this straight all of this happened in two weeks time sebab mak long dia gi china for two weeks and mak long dah balik bila dah dekat last last page tu. But anyways Mak long eton is the true MVP

The writing to me macam tak sesuai for me la because sometimes i dont even know who’s the one talking at the moment. The story could have been resolved early but cerita ni spining pasal si Hayla yang takde problem dia sendiri yang tambah problem. Like macam ko lak yang nak selesaikan semua masalah. At then at the end Raiha and si Haziz tu dua dua gila. The way that si Hayla attacked Raiha (verbally, not to her) like always bringing up her insanity is such bullshit like dia trauma sebab kena rogol kot ko takyah la asik panggil dia gila motherfucker betul hayla ko ingat ko bagus sangat la
Profile Image for jj.
59 reviews1 follower
January 26, 2023
“𝓈𝑒𝒷𝒶𝒷 𝓈𝒶𝓎𝒶 𝓃𝒶𝓀 𝒹𝑒𝓀𝒶𝓉 𝒹𝑒𝓃𝑔𝒶𝓃 𝒶𝓌𝒶𝓀 𝒹𝒶𝓃 𝓈𝒶𝓎𝒶 𝓉𝒶𝓀 𝓉𝒾𝓅𝓊. 𝒜𝓃𝒹 𝒾𝓉’𝓈 𝓌𝑜𝓇𝓉𝒽 𝒾𝓉” - 𝐹𝒶𝓇𝒾𝓈 𝒟𝒶𝓇𝓌𝒾𝓈𝓎

𝐹𝒶𝓇𝒾𝓈 𝒟𝒶𝓇𝓌𝒾𝓈𝓎 🤍 𝐻𝒶𝓎𝒻𝒶 𝐼𝒹𝒽𝒶𝓇
3.8/5 💫
.
firstly siapa yang selalu baca buku dari syamnuriezmil mesti tau takkan kering gusi, and yes RAMD ni pun setiap bab konfem ada lawaknya.

Pertemuan pertama Hayfa dan Faris adalah sewaktu majlis kakak kepada Hayfa dirisik oleh kawan baik Faris. Baru pertemuan pertama, mereka sudah bertikam lidah lebih-lebih lagi Hayfa yang taknak tunjuk kalah.

Pertemuan kedua mereka di pejabat dimana Hayfa bekerja. Hayfa terpaksa ditugaskan dibawah Faris. Siapa sangka sikap Hayfa yang prejudis tu boleh mencairkan seorang Faris. Faris memasangan niat untuk menjadikan Hayfa bakal isteri.

Tiba-tiba, sepupu kepada Hayfa muncul untuk membahagikan harta arwah ayahnya kepada bapa Hayfa tetapi dengan syarat. Ha kalau nak tau pi baca + bukan ni satu je tau plot twist dia tapi banyak lagi fuh 😮‍💨

tbh, ini adalah bacaan santai bagi saya sebab plot twist tak berat sangat walaupun banyak nau halangannya untuk hati Hayfa tu terbuka buat Faris. Mostly kekeluargaan yang diketengahkan especially abt harta ha memasing nak berebut 🤦🏻‍♀️
issa recommended for those yang tak mau kering gusi 😉

p/s Faris comel tau! walaupun billionaire tapi tak sombong + dia banyak cakap bila dengan Hayfa je 😛
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
July 10, 2017
Kisah yang tak mengecewkan.. Memang terbaik.. Acuan kisah keluarga, cinta sesama manusia dan part-part kelakar begitu menjadi.. Perkataan pertama je dah berjaya membuatkan Sha melekat untuk terus membaca.. #rindukamumrdarcy #syamnuriezmil #penulisan2u #cinta #kekeluargaan #lovenovel #novelcinta #bookstagram #hobisaya #bacaanjulai2017 #bloggerbuku #bookreview #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
Profile Image for Nurul.
80 reviews3 followers
February 16, 2021
Cerita yg biasa2 je. Bacaan ringan. Terlalu banyak dialog dalam novel.
3 reviews
August 13, 2022
Kisah yang ringkas dan tak terlalu berat...baca just for fun. Recommended untuk nak baca tapi nak Chill ii je
Profile Image for Tuan.
23 reviews
June 17, 2019
🌺 Rindu Kamu MR. DARCY 🌺
.
Tak kenal maka tak cinta, itu ungkapan yang selalu kita dengar. Tapi macam mana nak tahu yang itu cinta?? Menurut sudut pandang seorang Syamnuriezmil, mungkin untuk mengenal cinta perlukan rindu. Rindu kamu MR. Darcy, kisah antara Faris dan Hayfa. Dua individu yang asalnya saling membenci. Kata orang, jangan terlalu membenci takut nanti akhirnya jatuh sayang. Benarkah itu?? Fakta atau Auta?? Saat hati Hayfa mula melagukan irama cinta, namun untuk mengakui entah kenapa dia rasa sukar sekali. Bukankah yang namanya cinta itu ibarat satu misteri. Hadirnya tak kita sangka, tak jua kita jangka. Terkadang, tidak dijemput pun iya..
.
"Cinta itu boleh datang dalam seribu makna dan seribu cara. Sometimes the last person on earth you want to be with, is the one person you can't be without. Itulah yang namanya cinta" -Along-
.
"Allah akan beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu." -Hayfa-
.
"Rindu itu perasaan sakit yang indah. Kalau simpan, boleh jadi nanah. Kalau biar, boleh jadi gila. Tapi kalau mengaku, mana tahu ada yang balas?" -Saira-
.
"Rindu ini menyesak jiwa. Bila berjumpa hilang gundah. Ini betul namanya cinta. Sehari pergi, terasa gelisah" - Faris-
.
Keikhlasan hati seorang Faris dan prejudis hati seorang Hayfa. Akankah Mister Darcy setia menanti Lizzienya?? Kisah yang sangat menarik untuk dibaca. Boleh gelak sendiri dibuatnya.
.
#RinduKamuMR.Darcy
#Syamnuriezmil
#Penulisan2u
#BooksReview
#ByH2dA2dN2dI
Profile Image for Puteri Novella.
56 reviews7 followers
July 21, 2013
Review Rindu Kamu Mr Darcy by Syamnuriezmil Crib

Hayfa Idhar seorang Interior Designer dan Tengku Farish Darwisy seorang pereka software ala-ala Bill Gates. Faris seorang billionaire bukan millionaire ok.

Pertemuan mereka berlaku di rumah Hayfa ketika Erwan rakan Faris merisik kakak sulung Hayfa. Sebelum Erwan bersetuju, dia meminta pendapat Faris. Ada sesuatu yang telah diucapkan oleh Faris menyebabkan Hayfa sakit hati dan geram kerana memberi impak kepada hubungan Erwan dan Ayongnya. Apakah itu? Anda kena baca.

Rupa-rupanya, Hayfa bertembung lagi dengan Faris di tempat kerjanya kerana Faris membantu syarikat Hayfa dalam membuat satu aplikasi software untuk memudahkan kerja seorang ID. Faris meminta Hayfa menjadi pembantunya. Pelbagai perkara yang mencuitkan berlaku dan boleh menyebabkan pembaca tergelak sendiri. Tiba-tiba muncul Haziz Mukhlis. Siapakah dia? Anda kena korek sendiri.

Hazizi Mukhlis telah menyebabkan konflik antara Hayfa, Faris dan keluarga Hayfa sendiri. Apa yang terjadi? Mengapa Hazizi ke Singapura dan bagaimana dia boleh ke Melbourne? Siapakah Anty Fraidah dan Rania? Bagaimana hubungan Farah Darwisy dan Benjamin? Siapakah antara Hayfa Idhar dan Tengku Faris Darwisy iaitu Fatin?

Semuanya persoalan tersebut akan terjawab dalam Rindu Kamu Mr Darcy keluaran Penulisan2u.
Profile Image for Nur Syazwana.
72 reviews
April 9, 2020
Buku ini sangat - sangat best. Buku ni ada dikaitkan dengan watak filem Pride and prejudice. Dan watak tu sangat kena. Tak banyak plot twist dan watak antagonist so best lah. Ending dia pun sweet je. So 4 bintang.
Profile Image for Liz Haliza.
10 reviews2 followers
June 25, 2013
Macam biasalah cik writer wat kita gelak. Best.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
June 28, 2013
Best! Betul-betul macam cerita Pride and Prejudice. Loved it to the max!
Profile Image for Fiza.
80 reviews7 followers
January 11, 2014
Walaupun ada bbrpa komen yg kurang memberansangkan, tp sy serasi aje dgn karya Syamnuriezmil ni.... faris & hayfa -->> mcm comel jer, mcm comel jer...
Displaying 1 - 30 of 39 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.