Jump to ratings and reviews
Rate this book

Simfoni Cinta

Rate this book
Editorial Reviews

Kumpulan Cerpen Simfoni Cinta memuatkan 20 buah cerpen bertemakan cinta yang universal, yakni bukan semata-mata cinta sesama kekasih, tetapi juga cinta kepada Allah, Rasul, perjuangan, keluarga dan sebagainya.

Keluar daripada definisi cinta masyarakat dan dunia hari ini, Kumpulan Cerpen Simfoni Cinta membawa kepada pendefinisian sebenar berkenaan cinta, dibawa dalam bentuk cerita yang menarik, seakan didikan dalam santai.

Sebuah karya yang akan memberikan impak dan pandangan baru kepada masyarakat berkenaan apa itu cinta yang sebenarnya!



Kandungan

Cinta
Kerana Aku Beriman
Sakti itu di hujung jari
Ajaib
Yang Tertinggi Cintanya
7 Hentian Cinta
“Aku”
Kabus Cinta
Cinta Murabbi
Dia Memangilku, Untuk memanggilNya
Kau Harus Ada
Kisah Pemimpin Yang Terbuang
Bolehkah Kita Bercinta Dahulu
Srikandi
Cinta Bonda
Aku Berada Dalam Tangan Yang Aku Cintai
Aicha
Cintanya, CintaNya
Lelaki Yang Mengejar Pelangi
Simfoni Cinta
Kalam Akhir

453 pages, Paperback

First published January 1, 2012

10 people are currently reading
86 people want to read

About the author

Hilal Asyraf

66 books863 followers
MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin.

Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita.

Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya.

Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
40 (43%)
4 stars
33 (36%)
3 stars
14 (15%)
2 stars
3 (3%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Faiz • فائز.
363 reviews3 followers
February 4, 2023
Cerpen-cerpen awal Hilal Asyraf. Aku lihat tidak banyak perbezaan cara penulisan beliau kerana sehingga kini aku masih mengikut rapat karya-karyanya. Tidak mahu mengulas mengenai bentuk penulisan, tetapi kepada kandungan buku.

Separuh buku bercerita tentang cinta lawan jenis, dan separuh lagi tentang cinta pada keluarga dan sahabat. Tapi kesemua cinta berpaksi kepada cinta yang satu, Allah ﷻ Membaca karya sebegini, dalam lingkungan usia ini, sangat akrab denganku. Usia yang sangat dahagakan cinta ajnabi, sehingga kadang lupa cinta yang lagi agung dan suci.

Aku masih manusia biasa; yang hati mudah luka, yang tawa bersembunyi di balik duka. Kadang perasaan aku membenam akal, kadang akal lebih menguasai perasaan. Kerna aku masih seorang manusia biasa.

Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
November 12, 2018
Masa diluangkan untuk sesi pembacaan yang tidak mengecewakan bagi kompilasi cerpen Simfoni Cinta. Watak wanita yang paling saya suka ada dalam cerpen Maqam Cinta - Anum Sakeena. Beliau pelajar program Fiqh Wa Usuluhu di University of Yarmouk, jurusan Iqtisod Islami. Beliau diuji Allah swt dengan penyakit yang pasti akan meragut nyawanya sekiranya beliau melahirkan zuriat, Systemic Lupus Erythematosys atau SLE. Enggan mengalah atau berpaling dari jalan menuju syurga walaupun dengan beban yang maha berat, Anum Sakeena nekad kahwin muda malah melamar Syakir Muntasir. Kedua mereka berumur belum 23tahun. "Anum Sakeena ingin dirinya dikahwini Syakir Muntasir. Adalah satu hajatnya yang besar sebelum meninggalkan dunia ini, dia mahu meninggalkan satu saham akhirat yang besar untuk dirinya dan meninggalkan satu hadiah yang besar untuk Islam di dunia. Iaitu seorang anak. Anum Sakeena ingin ada cebisan dirinya yang tinggal di dunia ini untuk terus memberikannya pahala dan berjuang untuk Islam buat dirinya". Anum tahu dia akan mati justeru Syakir akan menjadi duda muda. Anum tahu dia akan mati jika melahirkan. Dia tidak kesah semuanya. Dia hanya ingin pahala berpanjangan. Adakah Anum seorang yang selfish? Adakah tindakan Anum boleh dikira sengaja memudaratkan diri dan membunuh diri? Syakir jatuh sayang kepada Anum selepas berkahwin, dan sempat lafazkan cinta di penghujung nyawa Anum, walaupun sebelumnya Syakir cintakan Humaira Arisha. Apa jadi pada Syakir selepas kematian Anum? Mengapa dia tidak boleh menduda ke akhir? Adakah hidup berpasangan dan menyebabkan lahirnya lebih ramai anak begitu dituntut dalam Islam berbanding kesetiaan terhadap seorang isteri?

Banyak cerita dalam buku ini juga, watak utamanya kahwin seawal 21 - 23 tahun. Apa rasionalnya?

Satu yang saya tak lalu, beberapa watak lelaki yang kelihatannya begitu berwibawa sebagai prmimpin, menjelir lidah kepada sahabat atau isteri dalam menzahirkan rasa happy / seronok. Hailaa

Cerpen Aku Berada di Tangan Yang Aku Cintai, heronya paling menarik bagi saya. Rafiqi Rashidi. Dia lembut namun jaguh silat, berani dan cool. Romantik juga. Pasangannya Puteri Raihanah Ruqayyah juga comel, blur dan clumsy. They make sweet couple.
Profile Image for Lina Khairunisa.
82 reviews15 followers
July 12, 2013
Simfoni Cinta, buku yang bagi saya, lengkap menterjemahkan definisi cinta yang dibawa oleh saudara Hilal Asyraf. Cinta itu luas. Cinta kepada Sang Pencipta, cinta kepada Rasul utusan-Nya, cinta kepada sahabt, cinta kepada suami isteri, keluarga dan semuanya. Kesemua 20 cerpen dalam buku ini sangat-sangat indah, yang mana ada yang mampu membuatkan saya menitis air mata membacanya. Dan teringin sangat kisah hidup saya jadi sepertimana dalam buku ini.

Cover buku menarik, sesuai dengan tajuk buku. Isi-isi pun mudah difahami dan kebanyakan cepen adalah kesinambungan daripada novel-novel yang pernah dikarang sendiri oleh Hilal Asyraf. Tapi jangan risau, beliau ambil nama watak sahaja, plot cerpen lain daripada novel. Saya sarankan semua untuk membaca buku ini. Rating kalau boleh nak bagi lebih lima bintang. Syabas, bro! (Y)
May 18, 2021
4.5/5 ⭐

"Cinta yang sebenar adalah ingin bersama ke Jannah-Nya. Maka apa-apa yang membawa ke Jahannam itu bukan cinta namanya."

Ini bukan baca kali pertama; ini baca semula selepas 5 tahun baca buat kali pertama dahulu dengan perspektif yang berbeza.

Makin tua, makin bertambah umur, bukan makin berkurang ujian yang Tuhan beri tapi makin kuat diri yang diuji.

Dan takkan kuat diri kala diuji kalau beban di bahu tak di'sandar'kan pada Ilahi.

Diri takkan pernah rasa sunyi kalau teras pada setiap perasaan mula berputik dari cintakan Allah sebelum menyemai cinta pada makhluk.

Kalau anime ada OVA, koleksi cerpen ni ibarat OVA atau babak tambahan bagi watak2 dalam semua novel2 sedia ada karya Hilal Asyraf.

Mula baca awal Ramadhan jadi sangat sesuai sebagai bahan bacaan Ramadhan.

Boleh cari buku koleksi Cerpen ni di Carousel sebab saya pun beli yang terpakai dari FB.
Profile Image for Hamidah Effendi.
372 reviews3 followers
August 19, 2025
Buku Simfoni Cinta – Hilal Asyraf

Penulisan memang mantap, cuma bagi aku bahagian percintaan agak tak logik dan terasa macam terlalu cepat. Ada ayat yang bunyinya macam “skema permarkahan”, jadi kurang natural. Jalan cerita ada yang menarik, tapi ada juga yang susah nak diterima dengan realiti.

Secara keseluruhan, buku ni kumpulan cerpen bertemakan cinta — sama ada antara sahabat, keluarga, atau dua hati. Cuma mungkin gaya dan olahan tak begitu kena dengan jiwa aku.
Profile Image for Khairul Anuar.
12 reviews1 follower
January 15, 2021
simfoni cinta. kumpulan cerpen cinta. untuk peminat-peminat genre cinta islamik (cinta lepas nikah, cinta diri sendiri, cinta mak ayah, cinta kawan-kawan, cinta agama, cinta rasul, cinta Allah). bagi yang kurang bergaul dengan cerita genre cinta...banyak genre lagu yang ada dalam favourite list yang kita selalu dengar, sesekali layan nasyid apa salahnya, kan. we reap what we sow 🤷🏻
Profile Image for Nur Nadiah.
5 reviews2 followers
November 20, 2019
Penulisan yang sangat sesuai buat mereka yang ingin mengenali makna cinta sebenar. Buku ini benar2 membuka mata aku bahawa cinta itu luas. Sangat luas untuk ditafsirkan. Penulisan saudara Hilal tidak pernah mengecewakan
Profile Image for Syamimi Jiran.
9 reviews
January 5, 2022
Buku koleksi cerpen yang paling lamaaaa nak habiskan sebab genrenya kurang kena dengan jiwa. Theme cerpen lebih kepada sci-fi dan perang versi islamik. Cinta kepada Allah, ibubapa, sahabat dan macam2 lagi.
Profile Image for SABRINA RAZALI.
4 reviews
July 6, 2021
Sangat meninggalkan kesan buat diri ini. Rasa semangat untuk terus baiki diri day by day.
Profile Image for Wee.
66 reviews1 follower
January 8, 2014
Tak boleh nafikan lagi akan tulisan hilal asyraf yg sering SAMPAI apa yang cuba disampaikan. :')
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.