Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sepuloh Nama

Rate this book
“Ia sebuah kisah yang mengingatkan saya pada dosa silam saya. Menyedarkan saya bahawa dalam warasnya akal seseorang, ada gila yang tersembunyi. Gila yang cukup buat saya hidup dalam keadaan tanda tanya dan penuh penyesalan. ‘Mengapa saya bertindak sebegitu?’ ‘Manusia lagi kah saya ini?’ Soalan-soalan itu tak akan dapat saya jawab walaupun nyawa saya sendiri sudah melayang.” – ?

282 pages, Paperback

First published April 1, 2013

6 people are currently reading
77 people want to read

About the author

Sahidzan Salleh

14 books76 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
63 (38%)
4 stars
71 (43%)
3 stars
27 (16%)
2 stars
3 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 44 reviews
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
August 17, 2019
Dah lama cari buku ni, sejak 4 tahun lepas lagi kalau tak silap. Akhirnya tahun 2019 ada jugak rezeki jadikan buku ni sebagai koleksi peribadi.

Seperti mana aku pernah baca karya Sahidzan Salleh yang lepas-lepas (PWWYT & Delirium), Sepuloh Nama juga antara karya terbaik beliau.

Satu kisah yang sangat-sangat menarik. Tentang Alep Housman, Anna, Mutalib Reza dan Detektif Syaz yang berperanan merungkaikan kes Sepuloh Nama.

Apa yang aku suka sangat tentang buku Sepuloh Nama ini ialah ;-

1) jalan cerita dan idea penulis untuk hasilkan buku ini sangat bagus — dari awal sampai akhir muka surat, tiada babak menghambarkan aku. Babak demi babak berjaya menggambarkan situasi sebenar kes Sepuloh Nama.

2) watak Alep Housman itu sendiri — yang mempunyai jalan hidup yang kelam sejak kanak-kanak, dan sedikit sebanyak buatkan aku jadi simpati pada dia, lebih-lebih lagi dia memilih pengakhiran sebegitu di akhir cerita.

3) usaha Syaz dalam merungkaikan kes Sepuloh Nama — dan mujurlah ada bantuan dari Dark, yang akhirnya berjaya menemui pembunuh bersiri sebenar.

4) cara pembunuh bersiri yang bijak memasang perangkap demi perangkap sejak awal untuk meletakkan kesalahan bunuh sepenuhnya pada orang lain — memang nampak sangat licik dan terperinci permainannya di sini.

Buku ni memang sangat best bagi aku. Sampai ke muka surat terakhir yang dibaca, tiba-tiba rasa kisah dan penamatnya sangat sedih. Sayu.

"Dalam warasnya akal seseorang, ada gila yang tersembunyi. Jangan salahkan diri saya sendiri mengapa saya bertindak sebegini. Salahkan diri kalian. Salahkan society di sekeliling kalian. Barangkali kalian memandang saya dengan penuh durja, sedangkan kalian lupa yang saya juga memiliki cinta. Saya adalah seorang laki-laki yang lahir dalam keluarga yang porak peranda. Menatap kematian ibu saya sendiri di depan mata selama berhari-hari. Seluruh hidup saya menanti ayah saya yang tak pernah kembali. Society langsung tidak ambil peduli akan kesakitan yang saya tanggung selama ini."
Profile Image for hans.
1,156 reviews152 followers
August 9, 2017
Jadi sebab itu ia perlu 'sepuloh' dan bukan 'sepuluh'. Aku suka Al yang misterius, dan Vong yang setia-- kita perlu sidekick seperti Vong untuk hal-hal begini. Juga Burn untuk segala yang telah berlaku. Kerana sebuah manuskrip jalan ceritanya jadi begitu. Fairly enough suspense and thrill. Scrabble part was my favorite, with Chuck P. especially. Watak-watak sampingan yang datang dan pergi, memori lama yang kekal ke 200x. Balas dendam atau jiwa-jiwa yang terluka, atau mungkin cumalah cerita rekaan semata-mata.

Not bad.
Profile Image for Aween.
38 reviews20 followers
May 7, 2013
Terbaik ! Macam biasa lah, lepas Kolonial Mimpi mmg aku tunggu penulisan mamat Sahidzan ni. Tulis ada taruk dadah gamaknya, addicted aku nk baca tulisan dia. Jalan cerita tak bosan langsung. The last part pasal detektif tu dah figure out pasal Alep Housman adalah Sepuloh Nama, terus aku teringat Harry Potter series. Ala-ala gitteww, haaa. Tom Marvolo Riddle aka Lord Voldermort. Cerdik ah Sahidzan ni, kreatif. Kalau buku Kolonial Mimpi dulu aku berkeras harap filem ni diadaptasi, kali ni untuk Sepuloh Nama aku ragu-ragu kalau ada penerbit kt Malaya ni mampu nk bikin filem. Ganas sgt ni ! Kelar leher, muncung pistol di mulut pecah kepala bagai. Mampu ke? haha. Looking forward for his next book, my favorite writer.
Profile Image for Khrlhsym Khrlhsym.
Author 7 books37 followers
May 9, 2013
Sa-orang penulis sentiasa bersaing dengan dirinya sendiri, begitu juga dengan saudara sahidzan, ia cuba bersaing dengan dirinya sendiri untuk menjadi lebih dari buku pertamanya, kolonial mimpi. Aku menyukai sesuatu cerita yang plotnya sebegini, ada bahagian santai dan ada juga bahagian sisi gelapnya, ada juga twist plotnya; 'O' di dalam 'O' kata Uli yang berkerja di Nine-E sambil menghembuskan asap rokok.

Tiada unsur kemenangan ataupun kekalahan di akhir cerita walaupun penceritaannya lebih kepada mencari siapa salah siapa benar. Pengunaan 'kau' yang dijimakkan dengan 'saya' adalah agak janggal bagi sesiapa yang berada di luar kawasan negeri sabah. Anggaplah ia adalah bahasa cool dalam sebuah kota ciptaan sahidzan.

Author 2 books29 followers
February 28, 2014
Done. ini antara buku lejen press yang boleh masuk jiwa. penulis memang bijak susun idea untuk mengelirukan pembaca, walaupun ada bahagian yg boleh saya teka alep ni pembunuh, tapi saya ttp teruja untuk tahu sampai sudah.
Kisah begini agak sukar juga utk ditulis dan kena berhati2. Menarik!
Profile Image for Fiqvertigo.
4 reviews1 follower
July 3, 2018
THE MOST UNDERRATED INDIE NOVEL EVER! Why? because it was born when the indie book industries were booming in Malaysia. Even now 5-6 years after the book were published, people still looking for this book. It is raw yet so RICH. I must say SN is where people start falling in love with the author's writing. I cannot find the right word for this book. People got to read and experience it themselves.
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
September 20, 2014
Ini triller yang berbeza. Pastinya! Kerana penulis sepertinya tidak punya tujuan untuk membuat pembaca terteka-teki tentang gerangan sebenar si pembunuh bersiri/si pelaku/si peng-aksi bergelar Sepuloh Nama itu. Jawapan untuk misteri 'klise' itu sudah diberi jawapan tidak berapa lama dari buku ini bermula.

Ini satu kelainan yang menghairankan hamba pada mulanya. Kehairanan yang hamba agak telah memaku roh membaca dalam diri hamba sehingga berjaya mendarat di muka surat TAMAT dalam masa beberapa jam. Satu rekod setelah hamba gagal melakukan magik ajaib ini dengan mana-mana novel sejak sekian lama. Haha.

Tetapi rasa hairan saja tentulah tidak cukup, kan? Jadi apa istimewanya buku ini sehingga membuat hamba payah melepaskan ia dari tangan sejak jam lapan pagi tadi?

Semuanya kerana bahan cerita ini sendiri dan bagaimana penulis memproses semuanya. Ia ibarat melihat seorang professor (dalam buku ini Si Sepuloh Nama) sedang berekperimentasi di makmal kimia (sekadar mengambil contoh babak dalam TV - maaflah hamba tidak kenal sesiapa yang bekerja sebagai professor - hehe). Si professor mengambil cecair itu dan ini lalu memasukkannya satu-satu ke dalam balang kaca (oh my, hamba lupa apa nama benda kaca memanjang tu). Kita memerhatikan pelakuannya langkah demi langkah dan jangan bagi tahu hamba semua itu tidak menarik sehingga anda tidak ingin tahu apa sebenarnya yang akan tercipta dari campuran itu serta apa sebenarnya bahan-bahan yang digunakan.

Ya, begitulah secara mengada-ngada hamba mengibaratkan buku ini. Haha. Walau misteri 'klise' yang hamba katakan tadi sudah tidak bernama misteri lagi tetapi satu demi satu pembunuhan yang berlaku didetailkan (diberi cerita, permulaan dan kesimpulan - sama ada secara sejajar, sonsang atau berserakan) dan hamba menjadi sangat tertarik untuk mengetahui bagaimana semua itu akan akhirnya dirungkai oleh si detektif bernama Syaz.

Selain itu, tidak dapat hamba nafikan watak Si Sepuloh Nama itu sangat menarik. Seronok (entah normal atau tidak menggunakan perkataan ini - haha) sekali mengenali dia dan kisah hidupnya. Dia waras, dia bijak dan dia juga sinis. Dan kerana hamba bersetuju dengan beberapa isu yang disiniskannya itu membuat hamba payah untuk mengakui seratus peratus bahawa dirinya itu gila. Tetapi perbuatannya itu (membunuh) tidaklah boleh hamba sangkal lagi sebagai kegilaan.




p.s Hamba suka Dark - nama dan orangnya. (Tiba-tiba. Hehe.)
Profile Image for Adrianz.
146 reviews22 followers
May 2, 2014
"Kisah Dosa Tersembunyi Dalam Manusia Itu Sendiri"

dan

"Dalam warasnya akal seseorang, ada gila yang tersembunyi"

Ternyata ayat2 ini kerap kali bermain di fikiran semasa aku membaca dan sekaligus menghayati karya yg bisa menggugat ketahanan mental aku..kesudahannya aku skip mkn tgh kerna semangat yg ada di dlm diri ini tidak mampu berhenti utk menghabiskan bacaan karya ini sehingga ke penamatnya biarpun aku dh dpt agak siapa pembunuhnya.

Kisah pembunuhan bersiri yg mengaitkan dgn trademark serial killer : Sepuloh Nama..watak utama 'aku' aka Alep Housman dan juga seorg gadis berambut oren aka Annastacia bt Mutalib Reza yg dijumpai mati tergantung. Maka tersingkaplah rahsia di antara Anna dan Alep juga mangsa2 pembunuhan yg terjdi sebelum kejdian Anna dijumpai mati. Cara pembunuhan juga sungguh dahsyat dan ianya bukan dilakukan sbb suka2 ttp ada alasannya yg tersendiri.. Pesanan "pemangsa dan mangsa" dlm novel ini ie amat mendalam dan mmg terjdi dlm masyarakat kita hari ini...

-Racun kebencian. Menyeksa kau perlahan2 dari dalam. Ianya kesakitan dalaman. Dalam hati, dalam jiwa. Kau ingin menamatkan segala-galanya, tapi kau sedar, kau tak mampu. Kau tak kuat utk menamatkan kesakitan itu-

Cuma aku tertanya2 siapa sbnrnya Chuck P. itu? 0_0
Profile Image for Bayuu Haikalson.
159 reviews2 followers
December 16, 2020
Aku speechless lah sebab aku macam tengok drama series keluaran USA/UK punya lah jalan cerita dia. Memang terbaik. Emosi untuk setiap scene itu ada. Di gambarkan dengan baik je. Aku pun pelik juga kenapa pula masukkan scene yang macam tak logik tapi bila baca lagi. Ohh patut lah scene itu kena ada. Baru lengkap. Macam puzzle juga lah. Dan aku suka konsep Scabble yang ada di dalam karya ini. Patut lah nama watak utama dia pelik. Pandai penulis.

Buat Sahidzan Salleh, terima kasih untuk karya ini. Aku akan terus memburu karya penulis lagi.

p/s : Dah lama dah aku aim buku tapi dulu sebab masih student lagi. Tak mampu lagi. Sekarang beli pun sebab Lejen Press ada buat promo Rm49.90 untuk 12 buku. 😝
Profile Image for Dawlin Zainudin.
41 reviews3 followers
March 28, 2014
sebuah novel bertemakan thriller dan pembunuhan bersiri yang saya suka :) walaupun dari awal lagi memang dah tahu siapa yang punya angkara, tapi jalan cerita yang sangat menarik dan mengelirukan sentiasa mengujakan saya untuk terus membaca :)

teknik menghembus asap rokok O di dalam O tu memang la sesuatu :P
Profile Image for SyaMimi.
151 reviews12 followers
August 31, 2019
Sedap membaca hanya timbul di 15% yang terakhir. Bukan sebab 75% awal cerita tak bagus tetapi perjalanan msiteri tu sendiri agak lambat. Faham bahawa penulis perlu nukil satu persatu agar senang dirungkai diakhir cerita, tak boleh buat apa.

Cuma apa detektif Syaz buat? Kenapa Dark yang selesaikan kes? Chuck P tu...hmm. Tulisan ni mudah sebenarnya ditebak jalan ceritanya, malah siapa pembunuh pun boleh tahu dipertengahan cerita.

Tulisan ni sebenarnya very distubing. Misteri sangat baik digarap cuma kekuatan penyelesai misteri kurang, banyak bergantung kepada Alep Housman sahaja; sebab dialah misteri tu. Macam mengarut review aku ni.

Penggunaan aku-kau, saya-awak nampak tidak konsisten dan aku terganggu sikit dengan ketidakkonsisten itu. I don't like it.

4.4/5.0
Profile Image for Pie Mesnan.
220 reviews5 followers
March 12, 2014
Dalam warasnya akal seseorang ada gila yang tersembunyi..

Sebuah lagi karya Sahidzan Salleh yg bg aku tidak mengecewakan selepas Kolonial Mimpi...walau berbeza genre dan tema nya..tapi padu dan isi cerita beliau mmg mantap..

untuk buku ni..bertemakan misteri pembunuhan bersiri dan thriller...mmg jd kegemaran aku..so mmg teruja untuk habiskan kisah die...ok..walaupun bygn siapa pembunuh bersiri tu dah ade di awal2 n tgh2 buku...tp misteri tu xdpt diselesaikan sang detektif dsbbkn detektif ni terlalu sarat dgn mslh die..haha..setiap persoalan2 dihuraikan sedikit demi sedikit...sbb tu die makin teruja...really enjoy this book...

thanx Lejen n thanx a lot Sahidzan...good hardwork..
Profile Image for Bil Halim.
82 reviews10 followers
October 15, 2016
aku dah janj nak bagi 5 bintang jadi aku tunaikan kat sini.


Pada hemat saya,tidak keterlaluan jika saya bilang saudara Sahidzan Salleh ni adalah Agatha Christie versi malaysia.Kerana apa saya bilang begitu? Kerana beliau pintar dalam mencandu pemikiran pembaca meski ini kali pertama saya membaca tulisan beliau.Jarang sekali saya rasa ayat demi ayat berjaya merogol pemikiran saya .'Sepuloh Nama' naik dan turun dan bayangan sudah diberi sejelas jelasnya di sepuluh muka terawal tapi tetap saya ketagih akan suntikan dari @sahidzan dan pooooffff ending terus saya teringat Agatha Christie.Woi! power gila camna kau boleh tulis gaya scene cite detektif conan dgn dialog sebijik dalamtu.
Profile Image for Zuhaira.
47 reviews15 followers
February 2, 2015
Adakah sebab aku baca berenti berenti dan tidak fokus? Atau sebab sistem inaginasi aku tumpul. Sampai Tamat pun aku masih xdapat kaitkan apa itu "sepuloh nama".
Kecuali "sepuloh nama" tu dari "alep housman".
Aku ingat kan sepuloh nama ni macam sepuluh orang yang dibunuh... Lebih kurang gitu lah...

Plot cerita bagus... Tapi bila dah sampai tamat tu perasaan tu macam...

Lor, macam ni je

Profile Image for NorHazren Mohd.
47 reviews
May 2, 2014
This book is beyond imagination... thumb up to author!!! Alep Housman sgt unik...

Setiap manusia ade dosa silam yang tersembunyi...
Profile Image for Norhani Zaini.
91 reviews4 followers
April 27, 2014
Cerita ni adakalanya mengelirukan. Kisah pembunuhan bersiri yang dari awal dah dapat agak siapa pembunuhnya. Pengakhiran yang agak tragik...menarik
Profile Image for Izzat Zainal.
Author 3 books27 followers
December 31, 2024

Sepuloh Nama mengetengahkan seorang tukang cerita unreliable yang bernama Alep Housman seiring dengan siri pembunuhan yang sedang disiasat dalam cerita ni. Novel ni ditulis dengan POV bercampur-campur - boleh kata cerita Alep sahaja ada naratif diri pertama.


Plot cerita ni bagi aku interesting dan boleh jadi sangat sharp. Sayangnya banyak sekali elemen penulisan yang kurang konsisten. Kalau satu dua tu boleh ignore lagi, tapi corak ketidaksekataan gaya tulisan cerita ni ketara sangat sampai jadi distracting untuk aku sebagai pembaca. Yang paling banyak adalah dialognya yang bagi aku kekok dan susah nak faham sebab pengucap bercampur-campur kata ganti nama - sekejap guna 'aku', sekejap guna 'saya', ada yang campur dalam satu dialog jugak. Kalau benda ni regional ataupun ada kaitan dengan apa-apa lenggok bahasa/dialek sila bagi pencerahan dekat aku ye.


Bagi watak pulak, agak susah untuk aku tertarik dengan Alep sebab aku root untuk dia pada hujung-hujung cerita sahaja. Ada satu masa tu aku rasa motif gerak geri dia dalam cerita ni macam confusing. Kalau penulis bagi masa untuk olah lagi watak Alep ni jadi lebih konsisten dan menyeluruh - macam back story dia yang bagi aku sedih betul - mungkin Alep ni boleh jadi one of the best narrators yang aku pernah baca. Tapi dia banyak tendency yang berubah-ubah sampai aku tak tahu nak kasihan ke tak dekat dia.


Menarik jugak untuk point out ada banyak poin perbincangan yang boleh dikupas daripada novel ni selain yang nyata. Paling menarik adalah nilai orang perempuan dalam latar masyarakat cerita ni. Mungkin sebab kau baca dari POV Alep ni jadi pandangan misoginistik tu datang daripada view dia sendiri. Tapi aku perasan benda ni konsisten dekat semua watak (lelaki) yang ada dalam cerita ni. Sepuloh Nama ni ada semua jenis perempuan yang selalu jadi subjek tohmahan masyarakat spt sex workers, perempuan promiscuous, isteri abusive atas sebab 'mental illness', etc. Pembunuhan kejam dalam cerita ni pun macam nak dilandaskan perceived moral perempuan² dalam cerita ni sedangkan banyak je watak-watak lelaki yang ada tapi tak diolah dengan judgment yang sama. Well, mungkin buku ni nak jadi cerminan realiti kot?


Overall aku bagi 3 bintang. 

Profile Image for Fatina MD (bibliowander).
43 reviews2 followers
May 22, 2021
Permulaan plot bergerak agak lambat untuk saya baca dan garap. Pada pertengahan kisah sehingga menuju klimaksnya baru saya nampak ia saling berkaitan. Titik cerita sekecil-kecil perkara membawa ia kepada satu pendedahan titik besar ceritera watak yang terlibat. Selain penulis menampilkan pembinaan perwatakan kendiri watak seperti Alep Housman, teknik penceritaan imbas kembali sedari dahulu begitu penting untuk genre thriller-misteri. Sebagai pembaca dan penchenta kepada karya Ramlee Awang Murshid, selamat lah saya katakan Sahidzan Salleh mempunyai potensi penceritaannya yang tersendiri dan berlainan setanding dengan idola saya itu.

Teruskan berkarya, Sahidzan Salleh! Tidak sabar untuk baca buku Kolonial Mimpi anda :)
Profile Image for singa is reading.
69 reviews1 follower
April 2, 2023
aku fikir aku sudah bertemu penulis kegemaran baruku selepas matgorn.

aku tak pasti mengapa,tetapi penulisan si penulis memang kena pada jiwa aku. jalan cerita biasa-biasa sahaja (plot twist biasa-biasa sahaja) tapi entah kenapa aku betah menghabiskan buku yang tidak nipis ini. satu je spoil die,buku ini seakan-akan bersambung dengan novel penulis yang lain.nak taknak aku kene dapatkan novel beliau yang lain huhuhu.

makaceh penulis!!
Profile Image for Rona Irama.
61 reviews
March 25, 2020
Walaupun dah tahu siapa pembunuhnya sedari awal pembacaan lagi, tetap teruja nak baca helaian demi helaian. Ada sesuatu tentang gaya penceritaan Sahidzan yang buat saya susah nak berhenti membaca dan menyelak setiap muka surat. Terbaikkkkk. Scene main scrabble dengan Chuck P. antara kesukaan saya.
14 reviews
January 9, 2018
Saya sudah baca Delirium dan Kolonial Mimpi . Dan Sepuloh Nama ini bagi saya, karya TERBAIK Sahidzan Salleh!

cuma jadinya Chuck P itu siapa? kenapa wataknya dibiarkan tergantung?
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
September 29, 2020
Dah terang dari awal memang dia yang buat, tapi sebab kita nak tahu kenapa dia buat, memang akan baca sampai habis. Power. Kisah dosa tersembunyi dalam manusia itu sendiri.

'O² di dalam O¹' (?)
Profile Image for ddhia.
41 reviews2 followers
November 11, 2020
best. plot twist yang mantap. adik aku kata she expected that to happend sebab tulisan yang tipikal tapi bagi aku, takdala teruk mana
Profile Image for Aishahzubki.
60 reviews
March 21, 2022
Kacau bilau jiwa baca buku yang penuh kesakitan. Bukan sakit fizikal tapi mental.
Profile Image for Lipp.
60 reviews
February 20, 2017
Jalan cerita menarik. Walaupun dah tahu siapa pembunuhnya, masih terus membuatkan pembaca terus membaca. Cuma yang merencatkan pembacaan, penggunaan 'saya' dalam penceritaan agak menggangu. Macam terlalu sopan untuk cerita pembunuhan. Overall worth it la.
Displaying 1 - 30 of 44 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.