buku ni sebenarnya mengenai perjalanan Din mengikut band Hellexist (dari Johor Bharu) main gig di Jakarta Indonesia bersama band Jepun, Singapura dan Indonesia yang lain. Senang kata travelogue-lah.
Dengan jadual yang ketat berkempen untuk PRU13, aku berjaya habiskan membaca buku ni dalam dua hari sahaja. Sebenarnya memang aku eksited bila tahu Din Akar tulis buku ni. Tak banyak buku khusus tentang budaya punk yang diterbitkan di Malaysia. Yang aku tahu buku Punk Rock, Anarki di Kuala Lumpur (fiksyen), Aksi Reaksi dan ini yang terbaru. Kancil-Man aku tak baca lagi.
Siapa tak kenal Din Akar? Zinenya Roots antara zine berbahasa melayu yang sangat berpengaruh di Malaysia. Siapa yang biasa dengan zine Roots dapat mengagak cara dia menulis, tapi sebab dia pun dah lama tak keluar isu baru aku dah lupa stail dia menulis. Membaca buku ini terutamanya separuh bahagian yang pertama buat aku ketawa terbahak-bahak sorang-sorang. Nak putus urat perut aku dibuatnya sebab gaya bahasanya yang bersahaja.
Okey, buku ni sebenarnya mengenai perjalanan Din mengikut band Hellexist (dari Johor Bharu) main gig di Jakarta Indonesia bersama band Jepun, Singapura dan Indonesia yang lain. Senang kata travelogue-lah. Memang kenalah dengan taste aku. Tebal juga dan layoutnya cantik kemas macam layout buku-buku kontemporari, stail gambar-gambar penuh satu muka. Gambar yang Din ambil pun rasanya ramai tahu, mesti cantik-cantik terutama gambar live.
Orang kata 'you are what you read'. Aku rasa memang betul. Lepas baca buku ni aku pun terikut gaya bahasa Din bila bercakap atau berpikir. Kah kah kah...Rasanya daripada sumber yang boleh dipercayai, buku ni fast-selling. Cepat dapatkan dari Neon Terbit atau Din sendiri.
Pengembaraan Tanah Kusir - sebuah tajuk yang bila dipadankan dengan grafik pada kulit akan mewujudkan perasaan akan sebuah buku yang tahyul. PBT ini ialah salah satu lagi sumbangan Din Akar, masih mengekalkan stail penulisan yang selamba tapi berisi. Pengenalan pertama saya dengan kerja Din Akar adalah ketika membaca buku Punk Rock: Di sebalik Fesyen dan Bunyi Bising. Dari situ saya memandang tinggi beliau dan usahanya dalam penulisan zine scene punk tempatan. PBT bukan sekadar catatan pengembaraan, tapi punya ideologi juga yang cuba diketengahkan; antaranya punk itu sebenarnya bersih, pembawanya yang kadang-kadang bangang. Kata orang, membaca itu menjelajah. Di dalam PBT, pengalaman, pengamatan dan pendapat Din ditulis dengan ringkas tetapi cukup bagus untuk menggambarkan perbezaan dan persamaan budaya serta ideologi antara dua negara.
Ada beberapa kesilapan ejaan dan pengulangan cerita. Dan saya juga agak sakit mata membaca dengan spacing ayat yang kecil tetapi tak kisahlah. Ini buku seorang punk.
Empat bintang sebab saya memang suka baca travelog dan buku pasal muzik.
Aku beli buku ni atas rekomendasi dari Nizang (Mosh/DDT/Aksi Reaksi). Nizang pun ada buat review tentang buku ini di goodreads. Jujurnya, aku memang tak pernah baca zine Roots karya Din Akar apatah lagi mengenal sosok yang namanya Azarudin Paiman ini. Tapi buku Azaruddin Paiman a.k.a Din Akar ini memang padat. Buku yang berkisar tentang perjalanan penulis bersama - sama rakan - rakan ke Indonesia untuk bermain gig di kota Jakarta. Aku suka dengan gaya penulisan Din Akar, santai dan tak skema macam travelogue lain yang aku baca sebelum ini. Sebab buku ini santai, makanya aku dapat habiskan dengan sekali harung. Bukan senang nak buat orang baca buku yang ko tulis sampai habis. Buku yang kurang menarik, baca suku jalan, terus tertido. Ini pendapat peribadi aku la. Bila baca buku travelogue macam ni buat rasa diri berkobar - kobar nak berbackpacking travel around the world. Buku setebal 111 muka surat ini banyak bagi aku ilmu - ilmu baru. Penulis secara tak langsung telah enlight pembaca dia melalui penulisan beliau, bukan sekadar tulis - tulis kosong. Kalau tengok kulit depan buku memang agak seram sebab ada patung voodoo tercucuk dada, tak seriau tengok?. Ala - ala buku panduan menyantet orang yang dibenci. Patung tu memang buat aku tertanya bila pertama kali aku tengok gambar buku ni. Mujur ada deskripsi foto kaver berkaitan imej tu. Kata - kata dont judge book by its cover emang ada benarnya. Antara info menarik yang dikongsi Din Akar dalam buku adalah tentang kehidupan anak - anak punk di kota Jakarta. Ada punk punya jati diri dan ada juga punk jadi - jadian menurut kata penulis. Satu lagi yang dikongsikan penulis adalah tentang saiz badan punk Indonesia dibanding punk Malaysia yang lebih berisi atau lebih manis gemuk - gemuk gitu. Ada gambar sebagai bukti.
Lepas habis baca buku ni, aku rasa nak cari zine Roots, sebab aku suka gaya penulisan Din Akar ni, barangkali boleh ditemui dalam koleksizine.com dalam bentuk pdf. Buat Din Akar, teruskan berkarya dan terus melakukan bahagianmu sebagai manusia. Buat Hellexist, secara tidak langsung telah di dokumentasi perjalanan gig mereka tika di Jakarta. Untung beruntung. Moga sukses buat kalian semua.
Aku terlebih dahulu baca cerita Pengembaraan Tanah Jepun dari Tanah Kusir ni, jadi aku rasa kurang sikit bila baca buku ni. Itupun sebab aku bernasib baik dapat beli naskah stok terakhir dari Gobok Buku, nasib baik ada lagi. Gaya penyampaian Din Akar sama dan itu yang menjadikan travelog dari beliau begitu menarik untuk dibaca cuma isinya yang agak nipis iaitu hanya 111 muka surat berbanding dengan Tanah Jepun yang tebalnya dekat 300 muka. Lagipun tempohnya ke Indonesia agak singkat dan dengan jadual yang amat padat buatkan nafsu membaca aku tidak cukup kenyang. Aku harap pengembaraan Din yang seterusnya mampu mengekalkan muka surat yang tebal bagi peminatnya yang dahagakan tulisannya. Macam Bakso Super Complete dalam tulisan dalam buku ni la, kan rasa nak marah kalau hidangannya sedikit sahaja, tiga kali suap dah abis.
Buku yang dah berusia 2 tahun dekat rak buku aku dan baru petang tadi aku sudah baca. Memandangkan Din Akar dah nak keluar buku baru (masa aku taip ni korang dah boleh order pun buku baru dia berjudul Pengembaraan Tanah Jepun) jadi aku berasa bertangggungjawab untuk menghabiskan baca buku ini dengan segera. Buku ini bercorak travelog dan ditulis dengan bersahaja oleh Din Akar tetapi ada isi. Jika satu hari nanti aku berjaya sampai ke Indonesia, sudah tentu salah satu pendorong aku adalah buku ini.
Kalau diikutkan tarikh yang ditulis Din dalam buku ini ialah 1Jun 2013. Dan tarikh saya baca, awal May 2015. Menghampiri dua tahun buku ini dirak dan baru berkesempatan untuk baca.