Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tuhan Lebih Saintifik #1

Tuhan Lebih Saintifik

Rate this book
Dr. Donald menolak agama secara total dan menganggap Sains adalah segala-galanya, Ustaz Hanafi pula menolak Sains secara total dan menganggap segala kemajuan Sains adalah Yahudi dan Kristian yang boleh membawa ke neraka, termasuklah kemajuan bidang perubatan. Pertembungan pemikiran pensyarah ateis, ustaz tradisional dan seorang doktor pakar Islam pasti akan menyajikan kisah-kisah dan perdebatan yang menarik untuk dihidangkan kepada pembaca.

Mass Market Paperback

First published January 1, 2013

18 people are currently reading
208 people want to read

About the author

Farhan Hadi Mohd Taib

24 books88 followers
merupakan seorang pegawai perubatan di sebuah Hospital, Penulis dan editor bagi Syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd. dan juga seorang suami kepada seorang penulis iaitu Fatimah Syarha Mohd Noordin.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
119 (63%)
4 stars
51 (27%)
3 stars
14 (7%)
2 stars
0 (0%)
1 star
4 (2%)
Displaying 1 - 30 of 32 reviews
Profile Image for Fatini Zulkifli.
434 reviews40 followers
June 2, 2019
Sangat bagus. Dari segi bahasa, isi kandungan, pembinaan karakter, kepelbagaian karakter, kajian dan harga novel yang hanya RM16.00. Harga murah betul dengan isi kandungan yang mengahwinkan sains dan Islam. Boleh rasa yang niat penulis bukan untuk mendapat royalti tinggi tetapi memastikan mesej Islam yang penting tersebar melalui harga yang mampu dimiliki oleh semua golongan. Dengki dengan sumbangan penulis terhadap Islam dan terhadap manusia. Saya juga suka bila penulis memilih untuk menjadikan atheist berkerjaya profesional sebagai watak utama dalam menelusuri spiritual journey dan Ustaz Hanafi yang hobinya suka mengkafirkan orang. Seorang atheist yang rajin menimba ilmu, seorang agamawan yang suka menghukum dan seorang muslim profesional (Dr. Ahmad Zabidi) yang seimbang dunia akhiratnya dan rajin mengkaji tidak segera menghukum.
Profile Image for Sarah Seven.
2 reviews1 follower
February 7, 2014
I really love this book. This is my fav book so far. (Which saying something as I'm a very big fan of Harry Potter.) It answers so many questions of mine. One of them is, "Who create God?"

For Muslim readers who can read Malay, this is a good book for you. I'm very impress and you should too.

edit: My bad, this is a book for those who want to know Islam.
Profile Image for Farhain Ismail.
13 reviews
February 26, 2017
"Dia mengira Sains boleh menolak kewujudan Tuhan dan Sains boleh menjelaskan segala-galanya, rupa-rupanya Sains membawa kepada Tuhan & Tuhan adalah penjelasan segala-galanya."

Buku ketiga untuk tahun 2017. Dah lama beli tapi baru baca. Satu perkataan untuk buku ni, "wow!". Sebuah novel tarbiah yang sarat dengan fakta dan hujah.
Profile Image for anahashim17.
90 reviews15 followers
January 27, 2014
Assalamualaikum wbt.

Buku yang kedua pada tahun 2014.Alhamdulillah.Kali ini pembaca memilih karya Dr.Farhan Hadi yang berkisar tentang Sains dan Tuhan.Watak yang terdapat dalam novel ini termasuklah Dr.Donald, Dr.Ahmad Zahidi,Ustaz Hanafi.Berkisar tentang Dr.Donald yang kuat berpegang pada Ateis iaitu tidak mempercayai Tuhan manakala Ustaz Hanafi yang terlalu taksub dengan agama sehingga menidakkan dan menuduh mereka yang belajar ilmu Sains berdosa.

Kafir, neraka, berdosa, haram.Kalimah yang seringkali dikaitkan dengan Islam sehingga Islam itu dituduh sebagai pengganas dan extreme.

Pada pandangan pembaca,pengisian novel ini sungguh jelas, faham dan bermakna untuk kita umat Islam apabila ingin berdebat dengan mereka yang meragui kewujudan Tuhan,Allah dan menafikan bahawa mereka yang berpegang pada agama ini ketinggalan zaman.Dipenuhi dengan fakta yang saintifik namun disampaikan dalam bentuk novel, lebih ringan dan mudah difahami oleh pembaca.

Ini merupakan karya Dr.Farhan Hadi yang ketiga selepas cinta high class dan Denyut Kasih Medik.Dua tiga buah buku telah menampakkan corak penulisan Dr.Farhan semakin mantap, menarik dan tersusun jika dibandingkan dengan penulisan beliau dalam Denyut Kasih Medik.Mudah untuk pembaca memahami dan menghayati setiap bait penulisan beliau.

Namun , satu isu yang tak lekang daripada hasil karya Dr.Farhan Hadi mahupun isteri beliau, Fatimah Syarha adalah isu POLIGAMI.Adakalanya pembaca merasakan isu ini tidak perlu ditekankan dalam Tuhan lebih Saintifk, sebaliknya isu yang berkait rapat dengan masalah Tuhan dan Sains seperti evolusi, teori darwin, teori big bang, halal dan haram makanan,kelahiran bayi dan sebagainya.Pembaca berharap supaya Dr. teruskan lagi usaha berdakwah melalui penulisan dan mevariasikan corak penulisan Dr. dan jauh daripada skop yang sama.

Minta maaf, Terima kasih dan empat bintang untuk Tuhan Lebih Saintifik.

:D
Profile Image for Juzlam Hanafi.
13 reviews
October 17, 2015
Soalan Dr Donald adalah soalan kebanyakan Muslim sendiri. Ini adalah buku yang tepat untuk Muslim untuk melihat Islam dari perspektif yang lebih berfakta. Recommended utk semua
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
June 10, 2015
~ Tumpang promo: aku ada buku The God Delusion karya Richard Dawkins versi terjemahan indonesia.
Aku ada buku The Origins of Spicies karya Charles Darwin versi terjemahan Indonesia.
Siapa minat boleh hubungi aku 0129611812.

------------------------------------------------------

Semenjak aku semester 1, aku tertarik dengan ilmu teologi & perbandingan agama. Dan kali ini Tuhan Lebih Saintifik memberi satu impak yang besar kepada pemikiranku.
------------------------------------------------------

Pro:

Buku ini sangat baik dipandang dari sudut saintifik. Hujah-hujah yang diberinya mudah, dan senang dikunyah. Ateis, mereka menanggap Sains itu milik mereka, tetapi mereka ada satu perkara yang tidak dapat tidak mereka kena ada, fitrah bertuhan. Hujah yang disampaikan santai. Dan adakalanya soalan yang diberikan dijawab dengan soalan kembali.
------------------------------------------------------

Kontra:

Aku tak pasti bahawa Farhan Hadi mengkhatam habis The God Delusion dan The Origins of Spicies atau tidak. 2 tajuk naskah ini seringkali dipetik. Aku bersangka baik dengan Dr. Farhan, kerana beliau seorang doktor, dan emangnya The Origins of Spicies adikarya Charles Darwin itu paling tidak dikhatamkan sekali. Apa yang kontra di sini; sepatutnya Farhan Hadi quote mana-mana dari buku tersebut, dan meletakkan foot note di bawah. Barulah pembaca ada insting bahawa ini adalah ide asal dari dua tokoh besar athies ini.

Dari segi plot, ada watak yang hilang begitu sahaja. Tetapi itu bukan masalah bagiku. Persoalan utama dalam menganalisis buku seperti ini bukanlah pada plot, tetapi pada isi.

Dan lagi, Farhan Hadi banyak menyatakan isu poligami dan monogami. Aku fikir tidak perlu banyak kali, hanya cukup satu scene, tetapi dengan hujah yang panjang.

prakata buku ini agak menimbulkan sifat kronisme. Prakata buku yang ditulis sang suami ditulis oleh si isteri.
------------------------------------------------------

Islamis, jangan kau ingin athies ini hanya dapat dipatahakn hujah dengan Tuhan Lebih Saintifik. Banyak lagi. Isu-isu yang lebih kompleks yang athies dapat hujahkan.

Selain buku ini, ada beberapa buku kajian akademik yang tidak kurang menarik untuk ditatapi; 'Apa Perlu Tuhan dan Agama' dan 'Satu Agama Atau Banyak Agama'. Kedua-dua buku ini telah memeningkan kepala aku sekaligus memberi kefahaman yang ideal kepada diriku.

Kalau kau malas baca buku, permulaan ini, carilah filem God's Not Dead. Filem yang mudah dihadam. Dan ada beberapa isu dalam filem itu juga ada dalam buku ini.
Profile Image for Al-Iffah.
12 reviews
May 10, 2015
Karya Dr.Farhan Hadi yang pertama kalinya saya baca. Seorang sahabat pernah mencadangkan saya membaca Cinta High Class nukilan isteri beliau. Namun, sengaja saya tangguhkan dahulu kerana sebelum ini sudah banyak genre cinta yang dibaca. Saya inginkan genre yang lebih berat sebagai input yang lebih ilmiah.

Ternyata Tuhan Lebih Saintifik tidak mengecewakan, ia bukan sekadar novel cerita bagaimana seorang ateis kemudiannya menemui kebenaran namun ia mengandungi perbincangan yang mampu menjelaskan sesuatu teori secara saintifik itu dalam kaca mata Al-Quran.

Selain daripada itu beberapa isi seperti poligami yang mana sebahagian besar masyarakat hari ini memandang ia sebagai sesuatu yang dipandang mudah tanpa pengertian yang mendalam juga turut ada dijelaskan.

Sangat menarik! setiap watak yang dipamerkan memiliki input dan pengajaran yang tersendiri.

Ketinggian akhlaq Dr. Ahmad Zabidi serta method dakwah yang didiketengahkan amat memberi inspirasi kepada saya dalam menmbina diri sebagai seorang muslim yang profesional :)

Profile Image for Muhammad Azman.
1 review2 followers
January 17, 2015
Sungguh,novel ini banyak memberi kita suatu ilmu yang saya kira sesetengahnya adalah baru.Bagaimana salah erti orang yang tidak punya agama untuk menyatakan sains adalah penerangan segal-galanya termasuk kejadian langit dan bumi begitu juga manusia.Namun hadir seorang muslim yang sajati dalam mengetengahkan hujah-hujah yang bisanya mematahkan segala tanggapan orang yang tidak beragama tersebut.Di sinilah pembaca akan menimba satu ilmu baru bagi menghadapi golongan yang tidak mempercayai agama dan kononnya sains adalah penjelasan kepada segala-galanya.Akhirnya diri si manusia yang tidak mempercayai agama itu goyah dek hujah yang langsung tidak masuk akal dan hujah Agama Islam adalah segala-galanya dalam memberi pencerahan atas segala kekeliruan.Percayalah,buku ini meyakinkan kita,Tuhan Lebih Saintifik.
Profile Image for Shuhada Karim.
23 reviews8 followers
November 7, 2013
Tuhan lebih saintifik..

penuh dengan persoalan apabila baca novel ini..
sangat kagum dengan cara penulisan Dr Farhan Hadi,penuh dengan kebijaksaan
dalam menjawab persoalan orang yang tidak percaya adanya Tuhan..

Buku ini sangat bagus dalam membina pemikiran kita bahawa jangan menuntut ilmu sebab untuk tuntutan dunia semata-mata...DAN sangat penting untuk kita kaitan setiap apa yang kita belajar itu dalam kehidupan..

Ilmu sains dan teknologi itu perlu seiring dengan ilmu agama.,insya Allah
semuanya akan jadi mudah.
Tanya la apa pun soalan kita mampu menjawabnya dengan iman dan selari juga dengan dunia dan akhirat.
:)
Profile Image for syarina fatin.
8 reviews1 follower
July 1, 2015
Selesai.

Tuhan Lebih Saintifik.

Jika dibandingkan dengan buku-buku dr Farhan Hadi yang pernah dibaca sebelum ni, rasanya Tuhan Lebih Saintifik adalah yang terbaik. Latar tempat dengan watak lebih luas. Isu yang diketengahkan memang sesuai untuk sesiapa yang ada latar belakang dalam bidang sains.

Proses mutasi.Evolusi.Teori big bang. Ini dua teori yang selalu bermain dalam fikiran. Lagi-lagi isu mutasi selalu digunakan dalam pembelajaran sendiri di kampus. Selalu terfikir hubung kait dengan pegangan kita. Allah. Buku ni banyak merungkai persoalan-persoalan sebegini. Banyak ilmu baru yang boleh digali. Sungguh.


Profile Image for Muhammad Syazani.
6 reviews
October 10, 2019
Sebuah novel dengan argumen yang menarik dalam perbincangan awam Muslim-Atheist. Namun sebahagian pembawaan hujah agak tidak kukuh dan sebahgian pembinaan karakter kelihatan terbina di atas generalisasi atau kaunter-generalisasi.
Profile Image for Neida.
353 reviews19 followers
May 20, 2019
Sejak dulu, saya memang fikir yang Tuhan itu memang tersangat saintifik. Oleh kerana saya sendiri mendapat pendidikan dalam bidang sains dan kejuruteraan, maka buku ini memang sangat dekat dihati. Memang betul, kalau iman dan kepercayaan kita tidak kuat, sains memang boleh membawa kita jauh daripada Tuhan. Stephen Hawking, seorang saintis yang sangat hebat sendiri tidak percayakan Tuhan . Teori kejadian sebelum Big Bang yang menidakkan kewujudan Tuhan. Segalanya sebenarnya adalah berlandaskan Al Quran. Kejadian alam semesta ini sudah cantik dinyatakan dalam AlQuran. Masih banyak lagi mungkin yang boleh diceritakan. Mungkin, kenapa dan untuk apakah Tuhan wujudkan sistem galaksi yang pelbagai? Apakah yang ada dihujung alam semesta itu? Saya amat tertarik melihat kebesaran Tuhan dari aspek sebegini. Bagaimana Tuhan boleh merencanakan susunan alam semesta dengan sebegitu indah, berjuta nebula yang sangat cantik dipenuhi dengan pelbagai jenis gas, supernova, black hole, planet dengan bulan2 yang mengelilinginya....jarak yang memakan masa berjuta tahun cahaya untuk sampai...insanely amazing!! Whose works are those if not God?
Profile Image for Shaznie Mardhiah.
88 reviews
July 9, 2018
a good read since skg byk isu ateis, extremism dlm beragama etc. byk persoalan yg membuatkan pembaca berfikir. bagus la dia buat dlm bentuk penceritaan so sng sikit nak faham.

sy mengharapkan lebih byk isu2 lain yg pelbagai selain teori evolusi dan isu poligami yang berulang-ulang. mcm dialog btwn ateis & muslim dlm chapter hujung hujung buku ni. haa yg tu bestt
Profile Image for Roslan  Abd Latib.
47 reviews1 follower
August 30, 2020
beberpa permasalahan akidah yg berlegar2 di fikiran setengah dari kita akan terjawab apabila membaca novel ini.Bacalah...
Profile Image for Ameer Asyraf.
6 reviews
July 6, 2021
Very intelligent points. Points come from both logic and Quran. Non-fiction book but made it so much interesting, kind of novel with dialogs and so. When you reach to end of each page, it always makes you want to continue to read and read the next page.
Profile Image for Mali.
210 reviews
February 4, 2017
mini review on IG here: https://www.instagram.com/p/BPR7ak7h12o/

menceritakan tentang seorang pensyarah India kacukan Portugis; Dr Donald, yang berpegang pada kefahaman ateism. pegangan yang teguh terhadap ilmu sains baginya telah berjaya membuktikan bahawa Tuhan itu tidak wujud.

baginya kebenaran ini seharusnya disebarkan bagi membebaskan kaum manusia daripada terikat dengan agama.

dia cuba menyebarkan ajarannya di universiti dan disebabkan ilmunya yang tinggi, tidak hairan jika dia mendapat pengikut khususnya darilada kaum Cina(Kristian dan Buddha). dia mencuba utk menyebarkan fahamannya kepada pelajar-pelajar Islam.

pelajar-pelajar Islam di uni bukan shj diuji dengan 'dakwah' seorang ateis malah juga diuji dengan Ustaz di uni itu sendiri kerana ketaksubannya terhadap ilmu agama serta menolak ilmu sains dgn menuduh bhw ianya ilmu yg dibawa golongan Yahudi dan Nasrani. di samping itu, Ustaz Hanafi juga suka merendah-rendahkan martabat kaum Hawa.

walaupun diuji sedemikian, mahasiswa n mahasiswi Islam tetap teguh meneruskan pelajaran.

kemunculan pensyarah sementara yang mempunyai pangkat doktor serta mempunyai kelulusan dlm bidang agama; Dr Ahmad Zabidi, berjaya meneguhkan kepercayaan pelajar-pelajar Islam dgn menyatakan bhw Sains lah yg membuktikan kewujudan Allah. di samping itu, Dr Ahmad Zabidi berjaya membuktikan bhw Islam amat menyayangi kaum Hawa, bhw kaum Hawa tidak wajar disekat drpd bekerja ataupun belajar. Malah juga menyatakan bahawa hukum sebenar poligami adalah harus tetapi TIDAK DIGALAKKAN.

Dr Donald yang amat suka berdebat dengan pelajar serta pensyarah di universiti tersebut agar kepercayaan mereka terhadap agama semakin luntur, berasa tercabar apabila Dr Ahmad Zabidi mampu memberi jawapan yang memuaskan walhal sebelum ini pelajar2 Islam sentiasa kalah dgnnya apabila disoal. Dr Donald juga brtnyakan tntg poligami dan bgmana ia merupakan satu penindasan trhadap kaum Hawa dan Dr Ahmad Zabidi menerangkan bhw tidak wajar seorang lelaki brpoligami tanpa sebab yang munasabah malah poligami adalah amat tidak digalakkan.

Melalui perbincangan, debat, serta perbandingan antara agama Kristian/Islam dan perbandingan antara agama dan sains, terjalinlah sebuah persahabatan antara dua pensyarah yang dua2 tinggu ilmunya.

Namun, Ustaz Hanafi berasa tercabar apabila pelajar lebih suka bertanyakan soal agama kpd Dr Ahmad Zabidi dan berfikiran bhw ilmu yg dibawanya adalah ajaran sesat. Maka Dr Ahmad Zabidi diuji oleh saudara seagamanya sendiri.

Buku ini menceritakan tentang persahabatan antara 2 pensyarah yang berbeza kaum dan agama. Mengutarakan akan kepentingan ilmu. Menceritakan tentang pembelaan kaum Hawa oleh agama Islam. Kasih sayang antara anak dan ibu. serta cabaran seorang muallaf. di sini juga kita dpt mengupas sebab2 sesorg yg bukan Islam tidak.mahu menerima Islam.

dan yg paling penting tentang buku ini adalah ia sngt berilmiah.

Profile Image for intan.
30 reviews
February 21, 2017
Baru sekarang aku ada kesempatan untuk tulis review pasal buku Dr. Farhan.
Jujur aku katakan, ni adalah buku pertama Dr yang aku baca dan aku suka dengan bahasa dan fakta yang sangat lengkap di dalam sebuah buku kecik ni.
Buku ni aku baca semasa perhimpunan yang membosankan dan dalam masa sejam setengah, aku dapat menghabiskan keseluruhan buku ni dengan penuh khusyuk. Sumpah. Nilah pertama kali aku tak tidur dalam dewan sebab tumpuan aku tertumpu kepada buku yang penuh dengan kata-kata yang bermakna ni.

Aku bukan peminat tegar buku-buku yang bergenre seperti ini. Tapi kenapa aku boleh baca buku seperti ini dalam masa sehari tanpa skip satu mukasurat pun dan penuh dengan perasaan yang berdebar-debar? Nah, aku pun tertanya-tanya dengan diri aku.

Aku tak dapat nak point out. Semua baris dan mukasurat adalah kegemaran aku. Grab yours now kalau tak baca. Kau akan menyesal seumur hidup kau sebab tak baca buku hebat ni.

Buku ni ajaib, dan semuanya all in one. All the best Dr. Farhan:)
Profile Image for rul_NurHas.
9 reviews
February 19, 2017
Watak utama dalam cerita ini ialah Professor Donald yang tidak mempercayai Tuhan (Atheist). Menggunakan 'kuasa' sebagai professor di sebuah tempat pengajian perubatan untuk meyebarkan doktrinnya di kalangan pelajar-pelajar muslim dan juga non-muslim. Prof Donald tidak disukai ramai terutama pelajar-pelajar Islam kerana selalu menanyakan 'killer question' kepada mereka seperti kewujudan Tuhan dan juga isu poligami. kehadiran Dr Ahmad Zabidi ke kolej itu sangat memberi impak kepada Prof Donald kerana dia berjaya mematahkan hujah-hujah Prof Donald. Di akhir cerita, Prof Donald masuk Islam selepas sesuatu kejadian menimpa dirinya..

*hmm,cuma, watak Ustaz Hanafi dalam cerita ni sangat-sangat la extreme..jumud dan konservatif..ada ke orang macam ni di alam nyata? heh
Profile Image for N.H.
15 reviews1 follower
August 17, 2015
Buku ini merupakan karya pertama Dr. Farhan Hadi yang saya baca. Dan sungguh, penulisannya tidak mengecawakan saya. Meskipun jalan ceritanya boleh diagak, namun penceritaanya banyak membuatkan saya terfikir- Antara kehebatan teknologi dan keagungan Pencipta. Watak Dr. Donald dan Ustaz Hanafi benar-benar membawa ibrah yang besar. Tambah-tambah lagi watak Ustaz Hanafi yang terlalu ekstrem dalam menyampaikan hal-hal agama dan meletakkan labelan yang bermacam. Buku ini juga mengetengahkan isu non-muslim yang skeptik dengan Islam yang dilihat ganas dan menindas, juga tentang Muslim yang jumud dengan beberapa pegangan tradisi.Diselitkan juga perbualan antara Muslim dan Atheist yang membuka minda.

Secara keseluruhannya, judul ini benar-benar menarik!

Dia mengira Sains boleh menolak kewujudan Tuhan,
Dan Sains boleh menjelaskan segala-galanya,
Rupa-rupanya Sains membawa kepada Tuhan,
Dan Tuhan adalah penjelasan segala-galanya.
Profile Image for Nuruddin Azri.
387 reviews172 followers
September 4, 2015
Banyak juga sebenarnya buku yang cuba menjawab hujah-hujah golongan ateis. Buku ini salah satu daripadanya. Isinya diterjemahkan dengan baik dan jalan ceritanya lain daripada yang lain. Banyak persoalan dijawab dengan hujah dan rujukan yang bagus.

Mungkin pada awalnya, kisah ini agak meleret tetapi bermula daripada separuh akhir buku ini penulis mula menzahirkan mesej-mesej yang ingin disampaikan straight to the point.

Jika buku Dr Mustafa Mahmud berjudul Hiwar Ma'a Sodiqi al-Mulhid (Berdialog dengan Ateis) menjawab mengikut bab demi bab, buku ini cuba menjawabnya secara santai dengan jalan penceritaan yang agak menarik. Sindiran secara halus juga banyak diselitkan melihatkan realiti yang berlaku kepada rakyat Malaysia pada hari ini serta bagaimana tanggapan non-Muslim terhadap Muslim pada hari ini.

Sangat bagus sebagai bahan bacaan permulaan sebelum membaca tulisan Dr Zakir Naik yang menjawab hujah non-Muslim secara satu persatu.
Profile Image for Ariza.
98 reviews27 followers
August 1, 2015
Terima kasih kepada penulis.

Karya yg mengingatkan kita supaya rajin membaca, rajin mengkaji dan bijak membuat pilihan setelah menimbang semua perkara dan berfikir sebaik-baiknya dengan anugerah akal dan hati.

Membuka minda juga bagi saya yg kurang membaca. Tertarik dgn pengupasan surah al-baqarah ayat 30. Dimana tidak mustahil adanya manusia sebelum Nabi Adam. Wallahualam.

Tak lupa juga tentang wujudnya masa dimana masa juga ialah ciptaan Tuhan.
Tidak terbayang dan terbatas akal fikiran rasanya untuk memikirkan bagaimana wujudnya suasana tanpa adanya masa.

Karya yg sgt baik. Semoga kita rajin mencari dan memahami kebenaran bukan hanya mengikut-ikut sahaja.
Profile Image for Ubi.
315 reviews
July 30, 2013
Sangat islamik.

Seperti dialog Atheis dan Muslim yang diolah dalam bentuk cerita. Padat dengan contoh dan kiasan.

Dapat dirasa keikhlasan Dr. Donald.

Ustaz Hanafi adalah contoh terbaik satira dalam cerita ni. Penuh dengan sifat sombong dan angkuh.

Pembacaan ilmiah dalam bentuk novel. Sangat berbaloi-baloi
Profile Image for Wan Faizuddin.
30 reviews4 followers
July 30, 2013
Secara peribadi saya menganggap buku ini adalah sebuah buku ilmiah yang sarat dengan fakta dan hujah. Namun disampaikan dalam bentuk jalan cerita yang membina. Buku ini juga menengetengahkan beberapa isu yang menjadi salah faham antara Muslim yang jumud dengan beberapa pegangan tradisi dan non-muslim yang skeptik dengan Islam yang dilihat ganas dan menindas.
Profile Image for Arina Sohod.
6 reviews
October 7, 2015
Pencerahan mengenai konsep poligami dalam Islam telah diperjelaskan. Tingkah laku manusia yang selalu ingin menjatuhkan hukum tanpa mengetahui dengan lebih lanjut. Dan adakala nya sering menuduh secara melulu tanpa mengkaji dengan lebih mendalam lagi. Pengisian yang padat dan membuka mata pembaca dengan hujah-hujah yang berasaskan ilmu sains dan Al-Quran.
Profile Image for Aini.
43 reviews6 followers
December 5, 2014
usai sahaja membaca buku ini, suasananya jadi berbeza. ruang jiwa yang dulu rasanya sesak kini lebih lapang. buku ini padat dengan hujah, padatnya disertai dengan huraian yang mudah untuk dicerna. mungkin jalan ceritanya biasa tetapi isinya mmg mantap!
Profile Image for sajida.
85 reviews4 followers
August 23, 2013
banyak menjawab soalan2 yg selama ni tertanya juga dalam minda, alhamdulillah. yeah it tells us that we need to have knowledge in science when we are talking with an atheist.
Profile Image for Irfanfahim.
22 reviews1 follower
October 15, 2013
Klise. Baca sinopsis, suhdah tahu apa yang akan terjadi pada pengakhiran cerita. Penerangan bagi setiap masalah sangat santai dan senang dicerna akal.
Displaying 1 - 30 of 32 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.