Jump to ratings and reviews
Rate this book

Blues Orang Jelebu

Rate this book
Blues di sini ialah kritikan, pandangan, idea-idea sampah, maki hamun, merungut dan perkongsian kisah. Jelebu pula ialah tempat kelahiran blues itu.

Dari Jelebu penulis berhijrah ke Jordan, merantau ke Libya dan kini menetap di Iraq.

110 pages, Paperback

First published January 1, 2013

1 person is currently reading
35 people want to read

About the author

THE_LIBYAMAN

1 book2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (13%)
4 stars
22 (27%)
3 stars
42 (51%)
2 stars
5 (6%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 26 of 26 reviews
Profile Image for Barukisu (Balqis).
131 reviews10 followers
May 19, 2013
Terima kasih atas tulisan ni sebab buat aku faham Muammar Gaddafi sikit2 dan libya. Muammar Gaddafi ni nama dia aku kenal sejak kecik lagi, memang legend juga sebab otak aku yang baru sekolah rendah pun boleh ingat nama dia ni sampailah aku jumpa patung lilin dia masa jalan kat madam tussaude's. Siap amik gambar sebelah patung dia lagi, bajet aku tahu sangat sejarah mamat gaddafi ni. Masa tu libya belum kena serang dengan revolusi ni semua lagi. Waktu patung gaddafi ni masih berdiri tegak, aku memang ingat dia pemerintah yang zalim, tapi tang dia bagi semua benda percuma dekat rakyat dia hatta sehingga sebuah rumah sekalipun, ini memang rare. Buat aku rasa pemerintah kat negara aku lagi zalim dari gaddafi ni.

Apa pun, aku suka baca tulisan orang di negara orang, nak- nak yang ada tinggalkan benda baru, input baru. Sekurang, ada benda yg bila org baca, org bleh tutup buku dengan cakap, "oh...."

Aku rasa bangsa arab yang bodoh, pemalas dan penipu tu jenis yang kurang educated, tak berapa nak amal islami sangat. Sebab aku kenal je bangsa arab yang pula bagi motivasi kat org2 melayu macam aku ni.

Sekian. Lagi buku dari tulisan- tulisan blog yang baik.

Tak rugi beli dan buat koleksi.

Tulisan macam ni tak menipu sangat.

Serius.
Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
273 reviews16 followers
October 17, 2018
Kebanyakan cerita (hampir separuh buku) berkisar kepada kehidupan peribadi penulis di Kuala Lumpur dan Jelebu. Hanya selebihnya yang bercerita tentang kisah suka-duka beliau ketika di Jordan & Libya.

Walaupun kebanyakan kisah lebih kepada nostalgia & memori peribadi penulis, namun ada juga kisah yang dapat juga diambil manfaat darinya. Kisah Masjid di Sri Petaling menarik untuk diambil iktibar. Kisah Reagan & Mubarak serta kisah nama popular di Libya juga tidak kurang lucunya.

Apa yang pasti, dari pembacaan beberapa buku berkenaan pengalaman orang kita berada di negara Teluk sana, ternyata perangai orang Arab yang kurang elok kebanyakannya sama. Namun yang baiknya juga tetap terserlah ada. Pokok pangkalnya, yang baik kita jadikan tauladan, yang buruk seeloknya kita elakkan.

Terima kasih juga atas kisah Muammar Gaddafi dari sisi penulis. Ternyata walaupun beliau sering digelar diktator oleh pihak Barat, namun tidak dapat dinafikan sumbangan beliau dalam mengutamakan kebajikan rakyat Libya.

Jika lebih kisah di negara Arab berbanding kisah peribadi penulis, buku ini pasti boleh menjadi lebih menarik.
Profile Image for Mohd Asyraf Abdul Nasir.
67 reviews3 followers
May 8, 2018
Lebih banyak menceritakan luahan perasaan penulis (lepas geram) terhadap pekerjaan, keadaan sekeliling, masyarakat setempat dan lain-lain. Ya, penulis ada menulis serba sedikit tentang negara Libya, namun lebih kepada membebel dalam beberapa isu, tidak banyak menceritakan tentang latar Libya itu sendiri bagaimana untuk dibayangkan pembaca. Secara keseluruhannya ok, dan membuka sedikit fikiran tentang budaya luar secara khususnya bangsa arab.
Profile Image for Zaid.
29 reviews1 follower
September 29, 2013
Jurnal kehidupan seorang lelaki dari Jelebu yang ke negara Arab berjumpa kaum Arab yang bangang.

Mula-mula agak perlahan sikit cerita dia, macam tak boleh pergi. Bahagian tengah bila dia cerita dia pergi Jordan, Libya baru menarik, dan terus membuatkan aku menyelak mukasurat demi mukasurat.

Juga seorang pengkagum Muammar Ghaddafi.
Profile Image for Encik Psychopath.
Author 1 book11 followers
January 4, 2014
Terima kasih Libyaman kerana berkongsi sedikit sebanyak tentang Libya dan orang Arab. Blues Orang Jelebu membawa pembaca mengembara ke Timur Barat dan Timur Tengah dengan pengalaman seperti kita juga ada di sana.
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
July 19, 2013
kisah pengalaman hidup tempat orang memang seronok dibaca. tambah2 lagi ada perkongsian keadaan sekeliling dari pandangan peribadi. sedikit sebanyak kita yang membaca ni seperti berada di tempat yag diceritakan.

power!
Profile Image for Dodol.
4 reviews
January 26, 2014
cerita pasal hidup dan kerja beliau..aku memang suka bace bende2 alah macamni. sekurang-kurangnya aku dapat tahu apa pandangan tentang gadafi dari orang yg bekerja dekat libya sane....dan perangai2 orang arab yang entah ape...mudah dibaca dan tidak berat isinya
Profile Image for Fairuz.
202 reviews
February 6, 2014
Ramuan utama naskah ini ialah luahan geram seorang lelaki terhadap sikap segelintir bangsa Arab yang amat menyakitkan hatinya. Manakala bakinya ialah imbasan memori di usia muda remaja dan sedikit rencah pandangan The Libyaman tentang hidup dan dunia.
Profile Image for Naziha Nur.
17 reviews4 followers
May 9, 2013
Catatan seorang lelaki Melayu di bumi Timur Tengah. Ada terselit humor dan pengajaran dalam buku ini. Cerita murtabak dan jeans puma (kot?) buat aku sedih!
Profile Image for Wadi AR.
36 reviews2 followers
November 16, 2013
ropenye cerita pasal negara libya. tapi biasa je kaedah penulisan buku dia.
78 reviews1 follower
April 22, 2014
mesti baca, ter utama nya mereka yang mengagungkan sangat bangsa Arab ni.
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
September 17, 2017
Buku ni adalah salah satu buku yang takkan aku teringin nak beli jika nampak di kedai, dari segi tajuknya, memang aku akan sangka yang buka ni cuma akan mengisahkan seorang lelaki yang menceritakan tentang pengalaman hidupnya di negeri sembilan. So? Apa yang bestnya. Tak menarik langsung. Tapi, ditakdirkan Allah, member aku beli buku ni dengan harga RM1 kat kedai rasmi Dubook (Really? x laku ke?), dia terbeli dua, yang cover lagi satu sebab dia ingatkan buku yang berbeza, lalu dia pun paksa aku beli dari dia, RM 1 juga. Aku pun beli la... & setahun kemudian baru aku baca...

Yup, honestly, buku ni best. Mengisahkan jatuh bangun hidup penulis yang berasal dari Jelebu hinggalah pengalaman kerjayanya di negara2 arab. Aku x tau dia kerja apa, dia tak beritahu, yang aku faham dia ni seorang ustaz & pernah kerja di astro, sebab dia pandai bahasa arab dia pun dapat chance kerja di negara2 afrika utara & timur tengah.

Part paling best dalam buku ni adalah bab "Ntah Apsal Aq Tiba2 Sentimental", memang agak menyentuh hati untuk orang2 yang dah kehilangan ayah atau tidak. Aku baca banyak kali bab ni, sangat feeling. Then, bab2 pengalamannya di negara2 arab yang sangat menarik & ada jugak yang kelakar. Best.

Bab seterusnya yang aku rasa paling penting & menjadi sebab mengapa nama penanya sedemikian ialah bab "Reminiscence of Abg Besar Libya", dia ceritakan sedikit detail tentang siapakah Muammar Ghadaffi & kehidupan rakyat Libya. Buat aku yang tak berapa mengambil tau tentang Libya sebelum ini tau la sedikit2 apa yang sebenarnya berlaku di sana dari kaca mata orang melayu di bumi Libya. Mungkin sedikit sebanyak dapat membetulkan maklumat2 yang kita tahu sekadar di TV kerajaan sehaja. Buat aku teringat yang masa aku sekolah rendah dulu ada budak junior yang namanya Muammar Ghadaffi. Tamat.
Profile Image for Zawani.
82 reviews22 followers
May 15, 2017
Blues Orang Jelebu adalah catatan berupa diari ataupun sebuah memoir sang penulis (The Libyaman) mengenai kehidupannya bermula di Daerah Jelebu Johor tempat dia dilahirkan dan dibesarkan sehinggalah berkelana jauh di tanah arab Jordan dan Libya menuntut ilmu dan bekerja. Membaca Blues Orang Jelebu banyak memberi perspektif baru kepada saya mengenai sifat buruk bangsa Arab terutama bangsa arab dari Libya. Tentang sifat mereka yang pengotor (suka kencing tepi jalan) dan panas baran (mudah melenting dan suka bergaduh sehingga bertumbuk dan mencederakan) selain agak berpuak-puak. Libya yang pernah dikuasai oleh satu sosok revolusioner sosialis, Muammar Gadhafi, sememangnya kaya dengan hasil minyak. Ini yang membolehkan negara tersebut mengamalkan sistem sosialis menghampiri komunis.

Sungguhpun begitu, walaupun dengan banyak kesenangan yang diberikan oleh Gadhafi kepada rakyatnya (elaun untuk penganggur, pendidikan percuma, khidmat bantuan kesihatan percuma, etc), Libya sebenarnya diperintah oleh dikatator;Gadhafi. Gadhafi tidak pernah turun daripada pemerintahan sejak dia menang dalam revolusi. Inilah antara sebab yang menjadi racun selain sikap zalimnya yang disebarkan oleh pihak yang ingin menjatuhkan Gadhafi kepada rakyat Libya.Dan disini timbul satu persoalan yang menarik untuk dibincangkan sebenarnya, manakah yang lebih baik; pemimpin dikatator yang menjaga kebajikan rakyat atau kebebasan politik? Apakah dictator yang bertanggunggjawab itu lebih baik daripada demokrasi yang penuh korupsi? Inilah antara persoalan yang sengaja ditimbulkan oleh penulis kepada pembaca.


Profile Image for Syamimi Jiran.
9 reviews
January 5, 2022
Buku Blues Orang Jelebu berkisar kisah/pendapat penulis pada isu isu semasa dari kecik di Jelebu, belajar di Amman dan bekerja di Tripoli, Libya.

Ada sesetengah bab yang diceritakan dengan nada yang agak negative pada pandangan aku. Ada juga yang membuka mata sebab beliau berkongsi tentang negara yg kurang familiar iaitu Libya. Terus teringatkan seorang kawan aku asal Libya yg sambung belajar di UTM, ditemani mahramnya (abg). Dia dan mahramnya dibiaya oleh kerajaan Libya. Untung sgt.

🌼Info tentang Libya:
1. Semasa di bawah pemerintahan Gaddhafi, pendidikan percuma. Diberi penempatan, wang sakit dan tiada yuran pengajian.
2. Hospital percuma. Kebanyakkan hospital pulak jenis pakar tertentu shj.
3. Setiap syarikat asing yg nak melabur di sana, mesti ada usahasama dgn syarikat tempatan. Dan perlu latih org tempatan sekurang kurangnya 5 org.
Profile Image for Syed Muhammad Danial.
153 reviews9 followers
June 1, 2017
Catatan seorang penulis dari Jelebu dari zaman hidup kanak kanak beliau sehinggalah ke tempat belajar di Jordan dan tempat bekerja di Libya. Terima kasih kepada penulis kerana mengajarku serba sedikit tentang budaya orang arab di Libya, dan paling utama penulis telah menceritakan tentang Muammar Gaddafi, mengapa beliau dibenci oleh rakyat dan mengapa beliau di sayang oleh rakyat. Maju Sosialis Sedunia!
Profile Image for Nik Muhammad syafiq.
9 reviews
March 6, 2017
Buku ni berkisar tentang pengalaman hidup penulis di negara2 arab dan perasaan kurang senang dengan perangai orang arab. Buku ni boleh dibaca santai.
Profile Image for lost soul.
49 reviews10 followers
January 10, 2015
*spoiler alert*

Brother ni ckp dia pemberontak. Ok, aku terima. Dalam buku ini, aku boleh nmpk yang dia ada darah pemberontak dalam diri, dengan angin angin socialist dan marxism yg sering dia sebut tapi tak pernah pula diterangkan. Dalam buku ini, penulis banyak tekankan pengalaman dia sepanjang berada di Jelebu, Amman & Libya. Bagaimana latar belakang dia, pengalaman bekerja di Jordan, Libya sambil sambil memaki hamun orang Arab dengan sikap pemalas, kasar dan apa-apa lagilah yang seangkatan dengannya. Mungkin kita akan terkejut bila baca maki hamun dia dalam buku ini, tapi itulah serba sedikit realitinya, aku pun banyak dengar dari orang yang belajar kat sana, bukan semua baik-baik sahaja kan? Nama pun buku indie, nak harapkan format sama, isi sama, pemikiran dikawal, budi bahasa sopan dan cermat memang taklah. tapi budi bahasa tak terjaga pun bagi aku masih bertamadun okay. Orang yang travel memang dapat lebih, yang penting skop penglihatan lebih luas dan kau akan lebih terbuka dalam melihat dunia.

Membaca buku ini macam naik gunung yang curam. Kau naik berhati-hati, kadang-kadang berehat tapi part puncak (ending) lah yang paling best. Kisah Muammar Gadaffi, bagaimana diktator ni, walau dipandang keji oleh rakyat tetap curahkan rakyat dengan pendidikan percuma, rumah percuma, bahkan lelaki yang berkahwin akan terima rumah, kereta dan wang sara hidup di awal perkahwinan! Aku tak kata bila aku baca ni terus aku kata Muammar Gadaffi tu baik, berjiwa rakyat tapi at least dalam kejam dia pun, rakyat dapat benefit. Dan mungkin ada banyak sebab lagi kenapa rakyat memberontak, lebih lebih lagi dengan campur tangan negara luar yang dahagakan minyak di Libya. Tapi mungkinkah mereka berjumpa dengan pemimpin yang mampu melimpahkan mereka dengan nikmat yang sama? Mungkin ya. Mungkin tidak. Hakikatnya, Allah sahaja yang tahu. Perspektif baru. Paling win!

Dan satu lagi, apa pekerjaan Libyaman ye?
'Too young too dumb to realize.....'
Profile Image for Ira Nadhirah.
602 reviews
August 10, 2014
Aku beli buku ni lepas aku baca Rage Rage Rage. Sebab aku suka konsep dalam Rage Rage Rage dia cerita pasal bangsa Arab which i totally can relate sebab memang pernah jumpa Arab perangai cm zas! So, buku ni ok! Basically pasal pengalaman Libyaman ni kat Libya dan banyak tempat lain masa dia belajar dan kerja. Antara yang aku suka dan ingat pasal nostalgia murtabak dan seluar jeans dengan abah. Tacing beb. Pastu pasal sesat kat melaka. Sama! Pastu pasal siapa yang cipta perkataan berjauhan tu, hamek kau aku pun selalu tertanya tanya benda tu! Dan cerita last, pasal Gadaffi yang aku tak ambil tahu sangat. So now i knew, a bit. Betul lah Tukar Tiub kata indahnya baca buku bila kita dapat pergi tempat yang kita tak pernah pergi semata membaca pengalaman penulis yang berkelana ke tempat tu.
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
December 3, 2016
Ramai sudah yang review tentang buku ini. Tetapi, aku lebih suka untuk mengambil satu bab dalam buku ini untuk kita renungi, iaitu bab terakhir. Sebenarnya, sebagus mana pon sesebuah kerajaan, kalau ia mengenepikan kemanusiaan demi kelansungan kuasa politik, ia takkan bertahan lama. Cuma memang benar juga pendapat penulis, sejahat-jahat Gaddafi ialah sebaik-baik imperialis barat. Malah, melalui sikap rakyat Libya sendiri daripada pengalaman penulis, buat aku sebagai pembaca terasa jengkel yang amat. Sebenarnya, orang kita saja yang galak dengan arabisasi.
Profile Image for Zetty Khairunisa.
125 reviews2 followers
July 3, 2015
Kata seorang senior dlm surat terakhirnya, biarkan orang itu sayang kau dgn cara dia dan ketika dia mahu. Surat seorang kenalan juga berbunyi yg sama. Biarkan! Ya,kau berdua manusia berdarah Jelebu yg aku rindu. Betapa bodoh pun bangsa Arab yg cuba penulis tonjolkan, aku cuma nampak bgaimana mereka jalani kehidupan dgn kekuatan dan kebanggaan mereka sendiri. Aku boleh? Biarkan orang lain berkata2 tentang kau. Mudah!
Profile Image for Pie Mesnan.
220 reviews5 followers
March 15, 2014
Catatan kehidupan seorang anak jelebu yg kembara di tanah Arab...setelah baca buku ni baru kita sedar n paham yg bangsa Arab ni ada sisi gelapnya gak...Muammar Ghaddafi ada sisi cerah yg xdisangka walaupun dikenali dgn sisi gelap nya...
menarik untuk dibaca semua...
thanks the_libyaman and dubook...
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
April 15, 2014


Inilah indahnya membaca buku.
Kita dapat sampai ketempat tempat yang
kita tak pernah sampai
Kita dapat mengalami apa yang dialami.

Itulah yang aku rasa sebaik saja tamat membacanya.

sekian.
3 reviews
Read
April 4, 2018
Love this book, it change the view of how most Malays's perception towards the Arabs.
Displaying 1 - 26 of 26 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.