satu hal yang menarik pada penulisan Isham ialah kebolehan beliau membincangkan sebuah hal yang kritikal(iaitu politik) dengan sinikal, komedi keras dan surreal(ada-nyata).
beliau menegakkan topik-topik merangkumi najib poyo, bik mama lawan altantuya, the Kay Jay, Mat Indera, Arab spring, budaya jalanan dsb menjadi komedi yang berdiri sendiri dibantu dengan pengalaman dan observasi pembaca terhadap politk semasa.
Tebal. Penat. Tapi seronok baca. Antara penulis satira yang mahsyur di Malaysia, Isham Rais. Lawak.
Kalau yang dikatakan oleh kerajaan yang 'orang yang sinis kepada kerajaan, akan dikenakan hukuman' dilaksanakan, aku percaya yang yakin Isham Rais manusia pertama yang kena tangkap.
Satu saja aku boleh konklusikan buku ini, “kalau pilihanraya itu dapat mengubah, nescaya akan diharamkan”.
Lucu tapi serius. Walaupun gaya tulisan yang dipamerkan mampu mengeringkan gusi kita namun buku ini membincangkan idea2 yg serius tahap gaban. Buku ini secara am nya mahu menceritakan realpolitik di malaysia, bahawa perjuangan parti2 politik secara ideanya memang ideal tp suasana politik di malaysia tidak akan membenarkan apa yg ideal itu terlaksana.. X paham? Haa, bacalah buku ini. Warning : hishamuddin rais ni sosialis, rasa2 iman x cukup kuat jangan baca. Hehe. Peace yo.