Seyogia- sebuah novel tulisan Amal Hamsan terbitan Lejen Press. Amal Hamsan sebelum ini menulis antologi Heroin dan juga Dabel Date, kedua-duanya juga terbitan Lejen Press.
Description
Pertemuan mereka berdua, Jard dan Laila, tidak berdiri atas dasar kebetulan. Rasa yang sama terselit antara mereka berdua dengan seorang lagi manusia, Azzad, berlainan. Walau permulaannya sama, namun hujungnya jelas tiada persamaan.
Cinta antara mereka tidak pernah bertemu muka. Cinta antara mereka terus-terusan membuta. Cinta antara mereka hanya mengait rasa derita.
Entah ubat apa yang ditelan, semalam dan hari ni saja dah 3 buah buku yang dibaca. Kagum sekejap dengan diri sendiri :P
Seyogia ni dicapai dari rak buku sebab ternampak Mai punya status. Amboi, nampak sangat berdukacitanya :D
Seyogia ni dah lama dibeli. Tapi tangguh membaca sebab dah TERbaca spoiler pada beberapa review di GR. Jadi, sebab dah tahu (hampir keseluruhan isi penting) tak adalah TERmenangis, kesahnya. Dan, mungkin sebab jalan cerita Seyogia ni terlalu sedih, jadinya sedih itu kau dah tak rasa. Eh, betul tak ayat ni? Hahaha.
Thumbs up untuk Amal Hamsan (Serius! Nama dia sedap dan cool, ni fikiran sendiri sebab tak pernah lagi jumpa beliau). Bahasa dia mudah, jadi membaca pun laju macam keretapi tak jumpa stesen. Dan mungkin lepas ni nak cuba Heroin pula :)
Seyogia ni macam kau tonton cerita horror. Awalnya berlambak watak yang disuakan. Tapi, di akhir cerita yang hidup hanya hero dan heroin.
Dan suka penamatnya. Hidup ni tak salah kalau kau pasang harapan. Bukan niat nak bagi kau kecewa kalau tak tercapai, tapi ia ibarat satu kayu yang akan bantu kau untuk terus berdiri, tatkala kaki kau sudah lemah tak berdaya.
Seyogia : dalam kamus bahasa nya maksudnya : sepatutnya - itu adik saya encik Irfan yang cakap. taktau pulak budak ni ada bakat kesasteraan begini ;)
Buku ini ajar tentang hidup , tentang keluarga , tentang hubungan sesama manusia. Hubungan Jard dengan abangnya boleh buat aku cemburu sendiri dan juga menangis sepi bila baca akhirnya.
Rentetan kisahnya bercampur - ada kisah ulang tayang juga kisah pada masa itu , tersusun dengan elok. Suka !! Endingnya juga aku suka.
Suka dan suka !! Speechless , tidak tahu menghurai kisah ini bagaimana ;)
* tak sangka aku orang pertama yang add buku ini di goodreads*
apa2 pun tahniah penulis !! buku ini memang awesome yang amat !!
Buku ini aku baca masa zaman kegemilangan Lejen Press sekitar tahun 2014 - 2015 dulu kalau tak silap. Seyogia oleh Amal Hamsan adalah antara novel terbaik yang pernah diterbitkan oleh Lejen Press pada pendapat aku.
Cuba bayangkan kau tersesat masuk ke dalam satu lorong yang gelap, serta -merta bulu roma kau meremang memikirkan apa yang tersembunyi di hadapan. Ha macam tu lah kesimpulan reading experience aku. Ini sebuah novel yang membuai emosi dengan kisah yang tragis dan merangsang hormon Adrenalin dengan misteri yang mendebarkan. Ini bukan kisah cinta tiga segi yang klise; ini adalah pengembaraan jiwa yang mengupas luka lama dan menggali ke dalam luka lama yang tersembunyi.
Jard adalah watak utama yang sangat realistik, lemah lembut peribadinya, macam kita semua. Pergaduhan yang berterusan antara parentsnya dan khianat abangnya buat dia patah hati. Kemudian muncullah si Laila, pujaan hati Jard yang penuh misteri, diselubungi bermacam rahsia dan keraguan tentang kewujudannya. Laila berjaya menawan hati Jard, cuma bayang-bayang silam Laila mejadikan Jard sentiasa tertanya-tanya, siapakah gerangan si Laila ni. Kemudian Azzad adalah musuh Jard, seorang yang kacak dan menawan tetapi penuh dengan dark side stories. Di sebalik sikap ramahnya, tersimpan cita-cita yang membara dan dendam yang tersimpan rapi.
Novel ini membawa kita menyelusuri masa lalu Laila yang kelam, setiap pendedahan menambah plot twist, membuatkan aku tak boleh berhenti membaca. Pembunuhan yang tidak diduga menambahkan kekacauan, membuatkan aku tertanya-tanya siapa yang buat dan apa motif di belakang pembunuhan ini. Tapi Seyogia bukan sekadar tentang plot menarik. Amal Hamsan melukiskan gambaran emosi dengan tepat dan berkesan. Kau boleh rasakan kesedihan dan trauma Jard, perjuangannya untuk bangkit daripada kesakitan melalui tarian penanya. Emosi Laila yang rumit dan kompleks- dia mencintai Jard, namun takutkan masa lalu dan masa depan juga dilakar indah. Cita-cita dan dendam kesumat Azzad juga tidak hanya sekadar menggambarkan antagonis yang klise. Seiring dengan perkembangan plot, kau akan memahami alasan di sebalik bencinya terhadap Jard.
I quite like this novel sebab ia menyentuh tema universal yang dekat dengan aku.
Watak-watak ni pada penaakulan aku, sedang dalam perjalanan untuk mencari jati diri, mencari tempat mereka di peta dunia. Ia adakalanya buatkan aku berfikir - siapa aku, apakah tujuan hidup aku, dan bagaimana untuk mengatasi masa lalu yang sukar.
Seyogia juga meneroka persoalan bagaimana trauma masa lalu boleh membentuk peribadi kita. Perjuangan watak untuk sembuh dan teruskan hidup memberi harapan dan inspirasi kepada mereka yang mungkin pernah menghadapi pengalaman yang sama. Novel ini mengajar kita tentang peri pentingnya berhadapan dengan realiti, tak kira betapa pahitnya proses itu. Ia memberi semangat agar kita menerima masa lalu kita, melepaskan diri daripada cengkaman bayang - bayang lalu, dan melangkah ke arah masa depan yang lebih cerah.
Kalau kau tengah mencari novel yang deep, yang penuh emosi, misteri, dan pencarian identiti, Seyogia adalah bacaan wajib. Nescaya ia akan meninggalkan kesan yang mendalam di hati dan fikiran korang.
Ramai yang kata buku ni bisa buat aku menangis. Aku tak nangis. Mungkin kerana aku sudah dewasa dan melalui pebagai cerita. Tulisan ini kemas, pandai memainkan jiwa. Mungkin tak cukup matang dan ada plot yg berterabur sikit tp semuanya tertutup dek karakter dan watak2 yg kuat. Masih ada yang positif pasal ending. Boleh buat dram
"Being alone never felt right. Sometimes it felt good, but it never felt right."
Kata-kata sedih membentuk ayat-ayat sedih membina sebuah cerita sedih yang suku terakhirnya hamba baca di negeri sedih yang hamba tidak pernah pergi - dengan kawan bernama air mata yang hamba jarang-jarang jumpa.
Jika suatu hari nanti hamba mahu menangis untuk perkara-perkara yang hamba tidak tahu, tak pernah alami atau semata-mata belum masanya untuk semua itu terjadi dan hamba sedari, hamba akan mengingati Seyogia.
Seyogia juga (dan Soredemo, Ikite Yuku) membuat hamba mula mempercayai bahawa memang ada istimewa yang berbeza tentang hubungan abang dan adik perempuan. Seperti Jazreen dan Jazman.
Tapi, iyalah, Juliza pun punya Jamal, Jamree dan Jolaihe. Biarpun yang pertama itu punya kebolehan spacing out luar biasa ketika menonton TV serta peminat Salman Khan; yang kedua pula suka mengubah suara di telefon dan pernah membuat hamba percaya pada hutang kad kredit yang kadnya tak pernah ada serta peminat Shah Rukh Khan; yang ketiga itu pula selalu merasakan badannya boleh muat baju dan seluar yang dibeli tiga saiz lebih kecil dari ukuran sebenar serta peminat apa saja cerita yang diulang sepuluh kali di Astro Warna; istimewa sangat, kan? *tangan di bahu, mata ke atas*.
Amal hamsan memang suka bercerita tentang kematian, tapi kali ni she went overdrive. A bit over the top on the death department, but i'm not complaining. Coincidences yang sedikit lagi mahu terbabas ke alam fantasi buat aku sedikit rengsa. Tekankan pada perkataan sedikit.
Ya, air mata aku tumpah (cilakak amal) sebab aku agak kenal dia, dan aku boleh tahan kenal individu yang menginspirasikan watak laila tu
bagi aku agak merepek dan unrealistic for certain scene. kisah Jard dan Azzad misalnya. seolah-olah watak Azzad tu hanyalah fantasi. Ye, aku sedar ini buku fiction tapi aku sumpah tak boleh terima bila ada lelaki yang macam ni. Baik, boleh terima Jard tu, tunggu lama macam tu walaupun dah kena tolak banyak kali. and bila penulis gambarkan Azzad tu seorang yang charming, yang menjadi idaman perempuan lain kat sekolah, dan it turns out Azzad tu boleh pulak tersangkut kat perempuan macam Jard tu. yup, aku tak boleh terima. Ah, aku benci bila ada novel yang beri aku harapan tinggi macam ni kat lelaki.
Paling aku tak boleh terima scene Laila and Jard. it turns out tu kawan Azzad pulak dah. what a coincidence, right? boleh pulak dia jumpa Jard tu kat Pulau Perhentian semua. And sangat lah cliche bila kawan dia tu ada cancer otak la pulak kan.
Tapi kisah hidup Jard dengan abang dia sangat emosi. Aku kalau ada abang macam tu, sayang gila weh. Sampai hati penulis buat ending watak abang dia macam tu.
Buku ini lebih kepada penceritaan zaman remaja yang rebel. With at certain parts, there're mentions of songs, albums, of sadness, of depression.
Tapi aku salut Jard sebab dia jenis tak fikir apa orang lain kata. Jenis yang harung je semua benda.
Dari bab awal hingga ke pertengahan, beberapa imbas semula, terasa agak kureng. Tapi menjelang ke pembacaan pada bahagian penghujung, ia jadi mengesankan.
Aku jarang baca novel tapi bila kakak aku cakap Seyogia ni memang novel yang bagus, aku ambil keputusan untuk baca. Aku percaya kakak aku. Bila dia kata novel tu bagus, novel tu memang bagus.
Seperti mana aku percaya kat kakak aku, seperti itu juga watak utama novel ini, Jard percaya dan sayang pada satu-satunya abang dan adik-beradik yang dia ada. Hidup di dalam sebuah keluarga yang agak kucar-kacir dan sentiasa tegang, aku dapat bayangkan dan rasakan apa yang Jard lalui.
Dengan tema kekeluargaan yang diangkat oleh Amal, ia dapat menarik perhatian aku. Tambahan pula, aku memang sangat meminati tulisan Amal sejak aku membaca buku Heroin.
Hubungan adik-beradik yang sangat erat antara Jard dan abangnya,Jazman yang aku rasa dia sangat sayang adik dia walau pun dia tak tunjukkan yang sebenarnya dia terlalu sayangkan adik dia. Pertemuan Jard dengan Laila yang perlahan-perlahan menyedarkan Jard yang walau pun kita rasa hidup kita ni terlalu teruk, ada lagi orang lain yang melalui hidup yang lebih hebat dugaannya.
Azzad yang tak putus asa untuk menarik perhatian Jard, aku suka tu. Walau ada yang mengatakan lelaki macam ni bukan wujud pun, hanya watak fiksyen. Ada sebenarnya, mungkin belum dapat peluang nak berjumpa lagi.
Dan antara dialog yang paling berkesan pada aku adalah dialog di antara Jard dan Azzad.
"Dia tak pernah tutup hati dia, Azzad. Kau yang buta, kau yang tak nampak. Sebab kau sendiri yang tutup hati kau untuk dia." - Jard
"Kalau kau kata aku buta sebab tak nampak dia, jadi kau pun buta sebab tak nampak aku." - Azzad (ms 200)
Aku suka watak rebel dalam cerita2 yg amal hamsan tulis. selalu ada sesuatu yg menarik ttg mereka. mungkin itu juga penyebab kenapa azzad tertarik pada jard.
aku suka watak jard. dia tak sombong. tapi dia sunyi. dan dia suka dgn dirinya yg sunyi. dan pengalaman dari mak ayahnya membuatkannya tak mudah percaya dgn org lain.
tapi jard tak menipu diri sendiri. bila dia rasa hati dia senang akan kehadiran seseorang, cepat atau lambat dia akan terima.
yg paling aku suka dalam cerita ni, tentang kasih sayang antara jard-abang, dan jard-laila. melankolik, dramatik, tapi buat aku rasa bahagia.
aku tau ada manusia yg macam jard. dan aku doakan manusia2 seperti jard akan terus kuat hadapi kehidupan.
Mungkin aku akan lagi suka buku ni jika aku baca pada waktu sebelum aku bekerja sebagai seorang editor dulu. Ada bahagian yang aku rasa penulis boleh tulis lagi bagus daripada yang sedia ada dalamnya. Ceritanya jujur, itu yang membuatkan aku terpaut.
Aku ada love-hate relationship pada buku ni. Aku benci pada vibe ceritanya yang hampir sama perasaannya semasa usia remaja aku dulu. Dalam masa yang sama, aku suka kerana sentiasa mengingati diri aku yang dulu sudah pun menjadi lebih baik keadaannya kini.
Buku ini ada jiwa. Sayang juga, kerana pada waktu aku baca karya ini, buku ini seperti sudah 'senyap'. Kenapa tiada orang yang cadangkan buku ini pada aku sebelum ni?
Apabila Seyogia dirangkum secara keseluruhannya mesej paling jelas yang terpapar adalah seburuk mana sekalipun ibu bapa, mereka tetap orang tuanya si anak dan sehina-hina anak itu, mereka adalah amanah Tuhan kepada ibu bapa. Manakala kisah perjalanan hidup Jazreen cuma bertindak sebagai pendamping yang menggerakkan isi cerita.
Semasa Jazreen berada di Kota Bharu, pertuturan rakan-rakan Laila yang sememangnya adalah penduduk tempatan dilihat bersesuai apabila wujudnya dialog dalam loghat pantai timur. Namun semasa Jazreen berada di Kuala Perlis dan Langkawi, tidak pula dimasukkan loghat utara yang dituturkan oleh masyarakat di sana seperti makcik pemilik warung dan majikan tempat kerjanya. Jika bahagian ini disuntik sedikit dengan loghat yang bertepatan mungkin akan menambah warna dalam olahan dialog. Seyogia masih berbaloi dalam kelasnya yang tersendiri tetapi tidak sepilu yang dicanangkan oleh sesetengah orang. Mungkin tidak cukup sayu untuk menyentuh hati aku.
Gigih membaca supaya cepat habis. Tidak mahu bertangguh-tangguh, takut kehilangan khusyuk dan rentak. Buku ini lain daripada kebiasaan. Cerita berkisar kehidupan yang agak memberontak. Bukan agak, tapi memang memberontak. Sedikit terkejut dengan penggunaan bahasa, mungkin kerana penulisnya mahu menjadikannya lebih hampir kepada suasana nyata dan realiti. Iya lah, kalau buku cinta biasa-biasa, kehidupan watak-wataknya selalunya sempurna. Tidak bagi Seyogia.
Keseluruhannya, bagus. Cuma bila terlalu banyak kejadian mati, sedikit sebanyak sudah terasa seperti drama. Bayangkan, jarak waktu setiap watak yang mati tidak jauh antara satu sama lain. Pasrah sahaja? Orang Melayu bukan kah kuat emosinya? Pada pendapat aku. Ini sahaja yang kurang berkenan.
Ramai yang kata buku ni bisa buat aku menangis. Aku tak nangis. Mungkin kerana aku sudah dewasa dan melalui pebagai cerita. Tulisan ini kemas, pandai memainkan jiwa. Mungkin tak cukup matang dan ada plot yg berterabur sikit tp semuanya tertutup dek karakter dan watak2 yg kuat. Masih ada yang positif pasal ending. Boleh buat drama ;)
Menangis juga aku baca novel Seyogia tulisan Amal Hamsan ni. Bagi aku ia tak klise dan taklah merapu sangat kisah cinta dalam ni. Kisah sedih dijamin meragut perasaan. Bad ending (spoiler alert).
Setiap watak berkait antara satu sama lain. Dan cerita ini menggunakan konsep character driven. Setiap watak hidup. Tapi aku masih tertanya-tanya... Siapa Azim?
Jazreen (Jard) seorang perempuan rebel yang melarikan diri dari masalah dan bertemu dengan Laila, gadis periang yang menyimpan rahsia terpendam. Jazreen mempunyai abang, Jazman (Sot) yang sentiasa mengambil berat tentangnya. Soalnya, Jazman tidak menunjukkan sikap tersebut. Kehadiran Azzad dalam hidup Jazreen membuatkan kekosongan dirinya terisi seketika.
Bagi aku, cerita ini mempunyai nilai tersendiri. Hampir 3 kali hati aku tersentuh ketika membaca novel ni. Kalau cerita, memang spoil sangat-sangat.
Kita takkan pernah boleh lari dari masalah.
Tak tahulah, bila aku baca novel ni rasanya macam cepat sangat perjalanannya. Tapi best. Setiap watak tak muncul secara sia-sia.
Syabas kepada penulis kerana membuatkan hati saya tersentuh tanpa perlu meletakkan ayat-ayat Al-Quran untuk berdakwah dalam novel. Ini baru betul cerita.
Dikala Jard membawa diri untuk menjauh, semua yang ditemuinya bawa Jard lebih dekat dari yang sepatutnya. Ini kisah tentang perhubungan antara manusia, tentang rasa, tentang cinta. Sepatutnya.
Aku lega sebab aku beli jugak buku ni. Sebelum ni, aku dilema. Nak beli ke tak, sebab nak cukupkan sale lejen press 4 buku = rm50. So, aku tak tahu nak beli buku apa yang keempat ni. hahaha...akhirnya, aku pilih buku ni and i'm glad i made a right decision. .
"jangan risau. Aku ada" "jangan risau. Abang ada" .
Buku ni buatkan aku cemburu dengan Jard sebab dia ada abang sebaik Jazman. Mak dan ayah yang selalu bergaduh dan abaikan mereka buatkan 2 beradik ni rapat dan hidup atas dasar mereka ada satu sama lain. .
Aku suka part waktu dorang kecil. Abang masak nasi dan goreng telur. Jard pulak buat air carrot susu. Lepas tu, dorang kemas dapur dan angkut makanan bawa masuk bilik abang. Sambil makan, sambil layan movie. Aku suka penulisan penulis. Ada jiwa. Aku yang sekadar membayangkan sahaja pun dah rasa sebak mengenang memori, apatah lagi Jard yang merindui abangnya. .
Aku suka pertemuan Jard dan Laila. Waktu Jard nak lari dari rumah, tanpa hala tuju, akhirnya dia jumpa Laila dan mereka berkawan. Pertemuan Jard dan Kak Mas juga berjaya mengubah Jard ke arah lebih baik. .
Dan hubungan antara Jard dan Azzad. Go, Azzad. Go! hahaha...teruskan usaha, Azzad. Bukan mudah nak dapatkan sekeping hati Jard. .
arghhh...susahnya nak lupakan karakter Jazman si abang ni. Apa yang dia lakukan, semua untuk Jard. Dia sentiasa ada, walaupun tak terlihat di mata. .
oh ya, begitu kesudahannya hidup mak dan ayah Jard. Saling berbunuhan. Kesian anak-anak yang hidup dalam broken dan toxic family.
Lama tak baca novel cemni -- yang mengetengahkan hubungan kekeluargaan.
Ayah Jard, pada pandangan aku seakan terlalu menjaga reputasi dia sebagai guru disiplin. Aku benci watak tu. Mak dia, entah, macam tak layak nak dipanggil mak pun ada. Jard rapat dengan abang dia. Ohoi seronoknya la ada abang yang protective cemtu. Tapi hubungan diorang mula renggang lepas satu kejadian ni. And abang dia end up meninggal. K ni sumpah sedih.
Jard cuba lari dari rumah. Lari dari masalah. Terjumpa Laila, dan mereka jadi kawan. Aku agak suka part antara dia dan Laila. Agak klise pada pengakhiran bila dapat tahu Laila tu kawan Azzad, juga menghidap kanser. Balik dari Pulau Perhentian, Jard tak langsung balik ke rumah, tapi decide untuk ke Langkawi dan kat sana lah dia jumpa Kak Mas yang berjaya bawak Jard kembali pada Tuhan. Part antara Jard dengan Kak Mas tak banyak diceritakan, tapi membawa perubahan yang besar ke atas diri Jard.
Ada yang kata plot agak kurang tersusun. Tapi bagi aku mungkin penulis cuba menerapkan teknik imbas kembali. Mungkin. Dan aku suka penceritaan yang cemtu.
Membaca tulisan Amal Hamsan buat aku sedar kami ada persamaan dalam penulisan. Kerap aku jumpa beliau seolah-olah cuba menghadirkan rentak pada akhir perkataan (rhyme). Sama seperti aku.
Gua beli sebab orang kata best, dan sedih. Dan sebab gua nak tau seyogia tu menatang apa, tapi tak ada pulak dia tulis maksud seyogia dalam buku tu. So gua google.
"Di dalam Kamus Dewan Ke-4 menyatakan bahawa yogia bermaksud berpatutan, padan, layak; jadi seyogia bermaksud sepatutnya, selayaknya, semestinya" (CikguBM, 2012)
Menitis air mata bila sampai part yang akhir-akhir tu. Serious sedih and cerita dia bukan macam typical malay story yang lain. Cerita berunsurkan kekeluargaan, hubungan adik beradik dan ada la terselit seciput cintan cintun tapi bukan yang mushy so seronok je baca. Watak utama is Jard/Jazreen. Hubungan dia dengan satu-satunya abang dia betul-betul buat gua jeles. Betapa penyayangnya, betapa protective tapi tak mengongkong, betapa bertanggungjawab. Ada unsur Islamik jugak bila Jard ni jumpa dengan seorang perempuan masa dia lari dari rumah. Kalau dalam cerita Twilight Breaking Dawn, ada part lawan-lawan yang kita beria dah fuuuyoooohhh-fuyohhhhh-tengok-tu-kepala-dia-tercabut tapi rupa-rupanya tu semua vision. Dalam Seyogia pun ada. Punya baik dia saji kita dengan keindahan lepastu rupa-rupanya jeng jeng jeng pergi baca sendiri.
Firstly, thanks to naima recommend buku ni, or actually author ni. And, betul lah cakap naima buku ni sedih. Sebenarnya aku nak bahagikan buku ni kepada beberapa bahagian. Pertama, bahagian dia dengan abang dia. Kedua, bahagian dia dengan Azzad. Ketiga, bahagian dia dengan Laila. Keempat, bahagian dia dengan Kak Mas. Kelima, bahagian dia dengan ibubapa dan lain lain. Bahagian dia dengan Kak Mas, aku baca paling laju. Bahagian dengan Laila pun sama aku baca laju sampai aku rasa kanser otak cliche (terpengaruh dengan naima) pun aku boleh abaikan je. Tapi, bahagian dia dengan Azzad aku baca perlahan lahan sebab feel watak suka pada yang satu tu. Walaubagaimanapun, tak seperlahan bahagian dia dengan abang dia. Aku rasa aku baca tahap slo mo sebab aku serap satu satu apa dia rasa, apa abang dia rasa, sedih gila sedih tahap tak boleh nak digest sampai rasa sedih kenapa aku tak ada abang macam ni (tipu). Mungkin sebab aku suka penulis ni menulis. Bahasa dia teratur. Dan, paling penting dia suka rhyme. Overallnya, aku suka lah. Dah pergi baca sana!
Buku ni membuka mata aku untuk terus menghargai apa yang kita miliki dan apa yang ada di sekeliling kita. Kasih sayang dan hubungan adik beradik yang meruntun jiwa. Tahniah Amal Hamsan untuk karya anda yang berjaya membuka mata aku dan membuatkan aku lebih menghargai apa yang aku miliki sekarang ni.
Buku yang terkandung banyak pengajaran, dengan gaya bahasa yang menyenangkan dan puitis walaupun ringkas. Buku yang bisa menyentuh jiwa, membuat kita menangis. Sampai demam baca buku ni! Sungguh terkesan, brilliant. 5 stars. Tapi tak tahu kenapa lepas habis baca buku ni baru terpikir nak google makna seyogia. :) Honestly, one of the best malay novels i've ever read.
i wish i could give 5 out of 5. unfortunately,what i got was less than i expected. dari yg digembar gemburkan cerita ni seakan ada magis. mungkin hati aku keras tak mampu nak menangis,tapi aku rasa crita ni ada banyak compang dan campingnya. cara penceritaan kemas dan aku suka tapi sedikit tak ada kick .
watak rebel. keluarga antara satu sebab. antara jadi baik atau jadi jahat. keluarga yang mencorakkan. tiang agama kau ke mana. hidup kau ke mana. hanya satu penyelesaian. kembali pada tuhan.
sedih...hati aq jd tisu bce ni..huuu~~ sane sini org mati..tp baguslah..mati 2 dekat je..aq suke watak abg jard..syahdu..maybe sebab aq xde abg..hahaha
Cerita clasik tentang rumah yang bukan rumah, konflik keluarga yang ada di sini lebih ke renggangnya hubungan orang tua, anak, dan juga pasangan. Di mulai dari ayah Jard (tokoh utama) yang kasar baik secara fisik/verbal, kemudia juga ketidak pedulian ibu ketika jard & kakaknya kena siksa, dan renggangnya hubungan ayah dan ibunya. bayangin lah sekacau apa keluarga ini.
masih bagus jard & kakaknya ga bd di buku ini, walaupun akhirnya si kakak maninggal karena ada yang ngerampok. hal ini yang bikin jard merasa sendiri, ga punya support system dan malas di rumah, karena orang tuanya selalu berantem.
jard ini cewe dan dia juga ngerokok dulu pas di sekolah, sering bolos juga, padahal ayahnya guru BK (ya walaupun di sekolah lain sih)
udah kebayang kan? nah yang aku suka adalah karena novelnini cukup kental dengan nilai islamnya (ofc ini novel malay soalnya, mereka lumayan kenceng kalau soal islam), intinya ada titik dimana akhirnya jard mulai ada keinginan buat sholat lagi, mulai nutup aurat, dan tentunya mulai mau memperbaiki semuanya.
tapi justru dari jard yang ingin memperbaiki semuanya ini yang aku gak suka. di novel ini bener bener digambarin kalau orang tua gak pernah salah, aku gak tau apakah pemaknaanku yang slaah atau gimana dalam novel ini, tapi aku kurang suka karena penggambaran hanya ada di sudut pandang jard tanpa ada sisi penyesalan berat dari orang tuanya ketiga jard yang kabur dari rumah akhirnya kembali.
kenapa aku ga suka? aku awalnya suka dengan penggambaran ketika setelah kematian teman laila akhirnya laila tersadar dan dia mau pulang, yang mana dia diaambut ramah dengan orang tuanya yang sadar akan kesalahannya dan menyambut jard, TAPI TERNYATA CUMA MIMPI JARD SELAMA DIA OTW PULANG 💀
yang sebenarnya terjadi begitu jard turun dari bis dia lihat rumahnya sudah dijual, dan ternyata kedua orang tuanya meninggal. mereka saling menyalahkan karena jard kabur dan berujung berantem sampe keduanya meninggal. dan jard menyesal. fuck. ini ending terjelek menurutku.
malah lebih bagus endingnya di mimpi, atau kalau mau buat penyesalan ke jard karena kabur dari rumah seharusnya buat orang tuanya menyesal, entah bundir dan ninggalin surat atau apa, atau sakit keras. ini malah dibikin orang tuanya mati karena saling bunuh.
kayak pas aku baca ini aku nangkepnya kita itu gak boleh kabur dari masalah meski sebentar, selain itu kita harus ngertiin ego orang tua padahal jelas banget di sini peran orang tuanya tuh ga ada, cuma modal kasih duit.
This entire review has been hidden because of spoilers.