Jump to ratings and reviews
Rate this book

Panca Perawis

Rate this book
Bandar Nilai yang damai gempar dengan Pertandingan Panjat Batang Pinang yang dianjurkan oleh Tentera Laut Amerika di Padang Majlis Perbandaran Nilai.

Pertandingan yang memberi hadiah lumayan sehingga ramai yang mencuba nasib atas sebab yang pelbagai.

Ini termasuklah Amin seorang peniaga online yang berkonflik dengan ayahnya dan rakan-rakannya yang masing-masing punya latar berbeza. Ada bekerja sebagai penjual penapis air, pemilik gym, pemanjat petai dan penggali kubur.

Pertandingan itu juga menjadi tumpuan kuasa ketenteraan dunia, China dan Rusia atas kepentingan negara.

Tanpa mereka sedar, pertandingan itu juga punyai kaitan dengan rahsia ribuan tahun yang bermula di Mesir Kuno, kepada Alexander the great sehingga ke legenda Badang dan Hang Tuah.

Amin akhirnya terjerumus dalam sebuah percaturan kuasa yang merisikokan nyawanya dan nasib dunia.

304 pages, Paperback

First published May 25, 2023

3 people want to read

About the author

Bahruddin Bekri

53 books173 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (57%)
4 stars
2 (28%)
3 stars
1 (14%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
485 reviews42 followers
July 30, 2025
Hadiah lumayan yang ditawarkan untuk pemenang pertandingan Panjat Batang Pinang membuatkan mereka yang berada di sekitar Nilai berpusu-pusu untuk menyertainya. Namun lain pula untuk Amin dan Aziz. Tujuan mereka masuk bukanlah duit kemenangan tetapi ada agenda lain yang disimpan mereka.

Sebelum membaca naskah ini, SH sebenarnya baru sahaja menyudahkan pembacaan satu lagi novel yang turut berkisahkan kuasa luar biasa, juga dari hasil tangan penulis yang sama. Tema yang hampir sama ini membuatkan akan SH hampir bercampur jalan cerita kedua buah novel.

Panca Perawis membawa maksud 5 ramuan. 5 ramuan yang diturunkan dari zaman ber zaman yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Dan SH suka apabila penulis mengaitkan apa yang biasa SH dengar dalam lagenda Melayu dengan perihal ramuan tersebut. Sebagai contoh amukan Jebat bukanlah mengikut nafsu amarah tetapi lebih kepada pengaruh ramuan tersebut.

Lain macam semangat Pedang Timur ni. Tak kisah dengan air muka, tak kisah dengan kesakitan yang penting apa yang dirancang tetap perlu dilaksanakan. Tetapi alangkah baik jika semangat itu digunakan di tempat yang selayaknya.

Sesuatu yang dikatakan mampu memberikan kekuasaan kepada pemiliknya sememangnya selalu dicari dan dikejar. Malah direbutkan. Apa sahaja sanggup dilakukan untuk memperolehi kuasa luar biasa tersebut.

SH suka bagaimana penulis menggambarkan dua sisi berbeza Amin. Dua sisi yang sangat berbeza. Sehinggakan kalau kenal Amin dengan sisi pemalunya itu mesti ternganga tidak mampu hadam kelakuannya apabila sisi yang lain mula memunculkan diri. Dan SH juga suka apabila dua sisi ini dicantumkan dengan cantik membentuk diri Amin yang berbeza.

Penat betullah baca naskah yang pengakhirannya tergantung ni. Penat nak layan rasa ingin tahu dalam diri. Penat nak tunggu bilalah sambungannya akan ada. Penat sungguh rasanya. Harap-harapnya adalah nanti sambungannya.
Profile Image for Hani~.
150 reviews1 follower
May 25, 2025
Ada sedikit vibe novel Rahsia Paling Rahsia (RPR). Banyak watak dan organisasi terlibat. Jika dalam RPR, fokus utama adalah pencarian keris kunci harta karun, dalam Panca Perawis pula tumpuannya adalah ramuan hebat yang wujud sejak zaman Iskandar Zulkarnain —panca perawis.

Ada babak-babak lucu, saspen. Juga pengkhianatan demi pengkhianatan. Ternyata manusia boleh berubah pihak dengan mudah, asalkan pihak tersebut dapat memenuhi objektif peribadi mereka.

Pengakhiran novel ini membuka peluang untuk sambungan. Ada misteri yang masih kekal misteri.
Profile Image for Beelah.
335 reviews21 followers
November 20, 2025
Hok aloh. Ada sambungan pulak, kan? Lepas ni tajuk dia apa? Biar saya teka, Sapta Perawis dan Nava Perawis?

Saya suka cerita ni sebab ada campuran hikayat dan kisah legenda alam melayu. Dalam misi pencarian "lima ramuan", akan terbongkarlah kaitan pencarian itu dengan hikayat Iskandar Zulkarnain, Merong Mahawangsa, Raja Chola, Adiwira, dan lima Hang bersaudara.

Banyak betul kesalahan letak nama watak. Saya betulkan sendiri je nama2 watak tu. Geram jer tengok kesalahan tu duk kat situ. 😂
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.