Jump to ratings and reviews

Cebisan Mantera Terakhir

Buku ini diangkat oleh Majlis Buku Kebangsaan sebagai antara 50 buku terbaik guru dan karya terjemahan guru sempena Majlis Pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-42.

-------

Jamin, siswa tahun akhir di UKM buntu dalam menentukan tajuk tesisnya. Dalam peristiwa lain, kematian bapanya, Pawang Cha akibat disantau menyebabkan Jamin ingin mencari orang yang menyantau bapanya itu. Namun untuk berhadapan dengan pembuat santau itu, dia perlu mengetahui takat kekuatan ilmu bapanya sehingga bapanya dapat ditewaskan dalam ilmu kepawangannya. Jamin berjumpa dengan anak-anak murid bapanya dan mengutip setiap ilmu kepawangan yang pernah diajar oleh bapanya. Jamin menemui Pawang Ki untuk mengetahui lebih lanjut konsep ilmu yang pernah diamalkan bapanya, malangnya Pawang Ki tidak mahu berterus terang dan mengakui ilmunya sangat rendah. Kemudian Jamin bertemu Pawang Yorr yang tinggal jauh di kawasan pedalaman. Bersama Pawang Yorr, Jamin membuat persediaan mengatur serangan balas terhadap orang yang menyantau bapanya. Jamin turut menemui Haji Samad, bapa sepupunya yang tinggal di Sungai Merab, Kajang, kerana Haji Samad pernah belajar ilmu yang ingin diketahui oleh Jamin tetapi masih tidak mencukupi.

Untuk mengetahui kesudahan pencarian Jamin ini, Cebisan Mantera Terakhir perlu dibaca. Walaupun novel ini kebanyakannya berlegar tentang dunia kepawangan, ada sesuatu yang ingin disampaikan penulisnya. Yang "sesuatu" itulah menjadikan novel ini harus dimiliki oleh semua.

353 pages, Paperback

First published January 1, 2013

Loading...
Loading...

About the author

Hasanuddin Md. Isa

25 books16 followers
Hasanuddin bin Md Isa dilahirkan di kampung Kuala Atok, Raub, Pahang Darul Makmur pada tahun 1 Januari 1961. Bapanya, Md Isa bin Omar merupakan petani yang pernah belajar pendidikan Islam dan bahasa Arab di sebuah pondok pengajian Islam di Bunut Payung sebelum perang. Hasanuddin Md Isa mendapat pendidikan awal di kampung halamannya iaitu di Sek.Kebangsaan Kuala Atok pada 1967-1973. Beliau melanjutkan pelajaran ke Sek.Men.Kebangsaan Raub pada 1974-1977. Dengan berbekalkan A15 dalam Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran, beliau melanjutkan pelajaran ke Sek.Men.Teknik Kuantan 1977-78. Setelah itu, beliau melanjutkan pelajaran ke Sek.Men. Abdul Rahman Talib , Kuantan 1979-1980 di tingkatan 6 Sastera. Setelah mendapat pencapaian agak baik dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 1981-1984. Seterusnya mulai tahun 1988-89, beliau mengikuti kursus diploma pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Pada tahun 1992, beliau sekali lagi mengikuti kursus dalam bidang Pedogogi dan Metodologi Pembelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Beliau telah berkahwin dengan Puan Nor Aliza bt. Mohamad Hanib pada November 1990. Hasil perkahwinannya itu dikurniai Allah empat orang cahaya mata.

Dalam kerjaya yang pernah dijalankannya, beliau pernah menjawat jawatan dalam sektor awam. Antaranya ialah:

i.GSTL di Sek.Men.Kebangsaan Alor Akar,Kuantan 1986-87
ii.GSTL di Maktab Rendah Sains Mara,Kuantan, 1987
iii.Kurator muzium Sultan Abu Bakar,Pekan, 1988
iv.Tutor Bahasa Melayu Program Khas Diploma Pendidikan, UIA 1989-90
v.Guru Bahasa Melayu/Ekonomi Asas di Sek.Men.Agama Pulau Tawar,Jerantut 1990 –96 (Sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Pahang JAIP)
vi.Guru Ekonomi Asas di Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini. 1997-98 (Sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Pahang JAIP)
vi.Guru Bahasa Melayu dan Ekonomi di Sek. Men. Agama Al-Ulum Ad-Diniah, Dong- 1999 – 2008 (Sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Pahang JAIP)
vii. Pengetua Maahad As-Sultan Ahmad Shah Addini, Bandar Jengka 2008- 98 Februari 2011
viii. Pengetua Sek. Men. Agama Al-Falah Batu Talam, Raub mulai 9 Februari 2011 hingga kini.

Dalam bidang penulisan, beliau telah mula menulis sejak di bangku sekolah menengah lagi. Hasil-hasil karyanya berbentuk sajak sering disiarkan di dalam majalah tahunan sekolah. Kemudian bakat penulisannya dilanjutkan dengan menulis rencana-rencana di dalam akhbar tabloid seperti Watan, Tanahair dan lain-lain juga menulis rencana dalam majalah ‘ Al-Muslimah’ (tahun 1980-an) dan majalah keluaran Pusat Islam Malaysia (Cahaya). Kerja-kerja penulisannya turut mendapat pengiktirafan. Beliau pernah memenangi anugerah iaitu:
i. Anugerah Khas Budaya Negeri Pahang 1986 Bahagian Penulisan Rencana Budaya,
ii. Hadiah Sastera berunsur Islam 1988 (DBP:Novel Mereka Yang Tertewas [dijadikan teks sastera SPM 1991-2001]
iii. Sastera Berunsur Islam 2, 1990 (DBP: Novel Halangan dan Rintangan)
iv. Novel Al-Abrar dipilih dalam penilaian peringkat akhir , Hadiah Sastera Nasional anjuran Utusan Publication & Distributors 1994
v. Memenangi hadiah utama pertandingan penulisan puisi tradisional (Syair: Masyarakat Madani mengharung zaman) anjuran Permodalan Nasional Berhad 1999
vi. Memenangi hadiah sagu hati pertandingan Penulisan Al-Manak 2001 (cerita rakyat : Puteri Indung Gunung Tahan) anjuran Nett Space Sdn. Bhd. 2000.
vii. Tahun 2004, beliau diberi Anugerah Pengkaryawan Sastera oleh Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP)
viii. Novel "Cebisan Mantera Terakhir" diangkat oleh Majlis Buku Kebangsaan sebagai antara 50 buku terbaik guru dan karya terjemahan guru sempena Majlis Pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-42
IX. Novel "Sarjana Bangsa" mendapat tempat ke-2 kategori novel di Sayembara Penulisan ITBM-PENA-BH 2.

Rujukan: http://piathangtuah.blogspot.com/2013...

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (45%)
4 stars
8 (40%)
3 stars
2 (10%)
2 stars
1 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Shuhada Ramli.
353 reviews19 followers
January 9, 2017
Susunan plotnya mantap sehinggakan saya fokus terus dari satu halaman ke satu halaman yang lain tanpa perlu merujuk semula halaman terdahulu. Watak Jamin yang kuat, disokong oleh watak Halida serta watak pawang-pawang yang lain menjadikan cerita ini "sesuatu" yang mesti anda baca hingga ke penghujungnya. Kita boleh beza tulisan mereka yang berilmu, berpengetahuan dan tersedia dengan penyelidikan secara mendalam terhadap apa yang cuba disampaikan menerusi cerita ini.



Satu soalan dari saya untuk penulis sekiranya Tuan membaca, apakah mantera dan proses yang diceritakan itu benar atau ianya hanya rekaan semata-mata, ataupun ianya benar cuma ditukar sedikit supaya penyampaiannya tidak menjadi mantera sebenar? Mohon dijelaskan.



Profile Image for Roslan  Abd Latib.
47 reviews1 follower
May 4, 2022
Kisah berkisar mengenai sifat PHD dlm masyarakat melayu.Santau menyantau memang susah nak dihapuskan dlm masyarakat melayu sehinggalah kezaman 5G sekarang ini.Penulis ada memberi panduan bagaimana untuk melindungi diri dari sihir seperti yang diambil dari hadis rasulullah saw.Setiap diri perlu berhati-hati dalam hidup bak kata pepatah rambut sama hitam hati lain-lain.Oleh itu dekatkan diri dengan Allah dan lindungi diri dengan panduan-pnduan yg diajarkan oleh rasulullah saw melalui sirah baginda.satu pertanyaan kepada pengarang adakah mantera-mantera yang dinyatakan itu benar-benar diambil dari mana-mana pawang atau rekaan semata?
Profile Image for Nuyuryna.
204 reviews3 followers
June 4, 2021
Jalan cerita yang menarik dan flow plot yang mudah di hadam...a bit clise to me dengan kisah cinta yang tidak perlu dan menambahkan konflik aura drama pukul 7
Profile Image for Fikrib.
26 reviews3 followers
June 27, 2014
Penulis menggunakan bahasa melayu tinggi,ceritanya senang difahami "straight forward",tiada saspen dan twist,ada sedikit nota kaki hadis-hadis,disertakan mantera-mantera dan ada diselitkan unsur cinta yang sedikit sahaja.

Bab yang paling aku suka ialah pertama apabila mereka masuk hutan untuk mencari ramuan adunan santau tu.Tak puas rasa,ceritanya akan menjadi lebih menarik jika penulis mengembangkan lagi perihal cabaran mencari ulat bulu mati beragan,ulat gonggok hutan,bisa ular alir menyusur akar dan katak puru bertanduk.Kedua aku suka bermulanya serangan balas Jamil+Pawang Yorr vs Pawang Tunggal tu tetapi aku rasa tak klimaks,perlu dipanjangkan lagi babak pertempuran batin itu.Menarik juga penepis,penahan&penampan jurus Arus Lintang Angin Tenggara.

Apakah kesudahannya? Banyak mesej yang ingin disampaikan penulis didalam novel ini,aku memahaminya.Aku akan bagi lebih bintang sekiranya dua aspek diatas dikembangkan. 3.5*
Dunia kepawangan memerlukan orang yang berani,berbakat dan bersedia berkhidmat untuk masyarakat dengan ikhlas.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews