Jump to ratings and reviews

Suamiku Encik Sotong

ERICA SOFFEA melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bu-kanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong. Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja. Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi... cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya?Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikaltapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?

“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish

“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macammana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - Erica

624 pages

First published May 10, 2013

Loading...
Loading...

About the author

Syikin Zainal

17 books10 followers

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
54 (29%)
4 stars
44 (23%)
3 stars
45 (24%)
2 stars
28 (15%)
1 star
13 (7%)
Displaying 1 - 20 of 20 reviews
Profile Image for Don ツ .
248 reviews36 followers
November 10, 2014
Kalau tak sebab baca artikel kat surat khabar& penangan Sharnaaz Ahmad jadi ow rasanya sampai bila-bila aku takkan baca buku ini. *gelakguling2* ;)

Yang penting. Pastinya,konpem kalau aku baca buku ni sebagai pembaca awal akan pertikai dengan persoalan kenapa...kenapa...kenapa... sedangkan ada karya lain yang lebih baik darinya. [endingnya also sucks hell]

dan hanya kerana Sharnaaz. cis.

buku ni dah jadi kategori 'not bad-lah'.

double-cis-beger.
Profile Image for Suria A.Rahman.
100 reviews6 followers
November 21, 2014
sebagai pembaca setia novel....ermmmm....karya ni tidak menepati citarasa sebagai pembaca. kenal novel ni melalui adaptasi drama. sempat tengok 3 episod. seronok...kelakar. tetapi bila mula membaca novelnya agak mengecewakan. watak utama dengan watak sampingan mengambil peranan sampai ke penamat. apa cer. mana ada pembaca novel nak baca hero dan heroin bawa hal masing2. nonsense. baik penulis buat 2 kisah cinta. tak perlulah nak gunakan status perkahwinan. perkahwinan sesuatu yg suci bukan nak guna sebagai modal glamer.sorry terpanas
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
November 30, 2013
Mula-mula agak kesal dengan sikap Erica, Farish dan Izhan. Tetapi rupanya ada pengajaran yang nak diketengahkan oleh penulis. Good work!
Erica dan Farish berkahwin kerana harta dan ego. Masing-masing tidak melaksanakan tanggungjawab dalam rumahtangga mereka. Mereka jatuh cinta dengan orang lain. Erica dengan Izhan dan Farish dengan Dhia Adirra. Erica dan Izhan terlanjur sehingga mengandung. Ibu Izhan berdendam dengan Erica lalu dia mereka cerita tentang pertunangan Izhan dengan Qarina. Erica kecewa lalu menjauhkan diri. Kerana dia hubungan Farish dan Dhia juga terganggu. Lama mereka menderita. Erica bertemu dengan Nurul Ain. Nurul memberi dia semangat serta bimbingan agama. Erica mula berubah. Dia melarikan diri untuk menenangkan diri. Dia menumpang di rumah tumpangan anak yatim milik Nurul suami-isteri. Akhirnya rahsia mengenai hubungan Erica, Farish dan Izhan terbongkar. Mama Lia memberitahu siapa sebenarnya bapa kepada anak yang dikandung Erica. Semua terperanjat. Tengku Atylia menyesal akan kesalahan yang dilakukan sehingga ramai yang menderita. Selepas melahirkan, Erica menalifon papanya untuk berterus-terang dan meminta maaf. Papanya memberitahu semua akan keberadaan Erica dan anaknya. Hubungan Erica dengan papanya dan Izhan serta hubungan Farish dan Dhia akhirnya dapat diperbetulkan.
Profile Image for creme brulee.
100 reviews18 followers
December 14, 2014
Almost took me a decade to finish reading this book. Susah nak hadam. Kihkihhh. Personally, this type of story is not my cup of tea. Sebab too much drama. Haha. Hanya kerana buku ni masuk TV then I accidently watched the iklan where Sharnaaz Ahmad played the sotong character. Pretty cool when he can act the lembut character. Haha. And that has made me wanted to give a try to read the book.

Okay, back to the review. Cerita dia not so impressive. Boleh tahan la. And aku agak2 suka character Izhan. Sangat setia dengan rasa cinta dia terhadap Erica. Wahh ~ untung laa kalau dapat laki macam ni. Haha. Tu aja laaa ~ kbai!
Profile Image for YONG EKIN.
95 reviews8 followers
September 7, 2018
Tak Sampai hati nak bagi 2 bintang.. Just bagi 3 bintang Sebab pengakhiran cerita ini berbeza dari yg lain.. Kahwin paksa tu dah biasa kita baca dan biasanya akan berakhir dgn happy ending... Beza dalam cerita ini ialah mereka berpisah secara baik kerana hati mereka ada insan lain.. Jenuh juga lah nak habiskan buku ini... Ada yg main selak2 je...
Profile Image for Mimi [heyitsmeme06].
109 reviews10 followers
March 11, 2019
Sorry, can only give 2 stars for this one. Boring. Not as expected. Macam melarat larat sangat its conflicts.
2 reviews
September 17, 2016
WARNING: Book review ini bukannya untuk mereka yang support, sayang dan cintai novel Suamiku encik sotong ini. Second warning, I'll be rambling my review in english for the most part and if you deem my language as a reason that I do not deserve to critic and give this book a 1 star then it is almost the same as saying that I am Malaysian therefore do not deserve to say that I am team Anti-Trump. thank you.

Let's start of with a positive note, ASSALAMMUALAIKUM. yeah done.

Aku beli novel ni tahun 2014 dulu, as a strategy untuk tingkatkan kualiti karangan bahasa melayu aku since I either dapat C or D for my BM. Second of all, I kind of had this fetish for lembut kind of guys + girl relationship as I was aspiring to write a novel regarding that type of bond too. You see my idea for this relationship type of novel is far more... psychology.. religious.. way.. yeah.. AND it is in Malay. However, when I saw this book in the bookstore and read the synopsis, I immediately pull out money and let it fly. How I regret it.

cons
Brace yourself, a tsunami of negativity is about to come forth.

Let us start with Erica. I can summarize her character as a whiny, disrespectful, cold-hearted, islam-ke?- girl.

Farish, yeah, maybe a few readers might pity this dude for getting into a halal relationship with Erica but I expected so much from him. I was hoping that beneath his lembut exterior he still has a teguh iman untuk guide Erica and himself to a beautiful marriage. Hey, just because he likes pink, talk lembut, not that manly, does not mean iman dia tak kuat. That's what I thought but he too forgot his duties as a husband and let Erica cheat on him with another man and he also cheat on her with another girl.

You know why they cheated and decide to engage on HUBUNGAN LUAR NIKAH while still being married to each other? Because they don't love each other therefore the marriage is invalid. I, for one, only want to know why in the world Tengku Khaleeda thought that this 2 budak hingus should marry each other. What did she foresee? What did she hoped for? All I know, if i were to die I would have buat solat sunat taubat every single and not give a damn about my grandchildren and anak buah love life.

The kahwin sebab wasiat trope should go die along side with all the control freak grandfathers and grandmothers. Please.

I do foresee the author good intention to write such a f-up beginning as I have skip to the last chapters just to find out that all the good characters end up taubat. Alhamdulillah, bagus lah. But, you can't seriously expect all your readers to survive the beginning of utter stupidity, which i may add equals to 500+ pages, for a good ending. You can't.

The character development is slow therefore I cannot survive another chapter. There are no Islamic moral values in here. If you read until the end maybe you might get to figure out as to why a character acted as such, good for ya.

until then thez ez a dizaster.
Profile Image for Sakura Lina.
142 reviews5 followers
December 30, 2014
terpanggil nak membaca novel setelah melihat drama lakonan sharnaaz kat astro.. bila dah habis baca, apa yang terdetik dalam benak fikiran aku ni ialah
1- harta begitu dipentingkan sampai sanggup kahwin kontrak
2- suami isteri bercinta dengan orang lain,macam orang puteh pulak
3- tajuk tidak sesuai dengan jalan cerita sebab bagi aku bukan en.sotong yang hero tapi si Izhan tu..
4- lastly,endingnya memang x seperti dalam novel lain...
Profile Image for Syera.
30 reviews15 followers
March 28, 2015
First of all, why am I reading this ewwww book thing?? Semua sebab Sharnaaz. He's indeed a good actor. Pasal dia la aku gatal tangan nak pi baca buku nie. Tapi cerita buku nie sangat2 la tak bermoral bagi aku (maaf bahasa kasar). Dah kahwin n mengandungkan anak laki lain sangat2 la ewwww. Semua atas dasar cinta katanya. Lagi la hmmmm. Klise, ending semua taubat, semua happy.
233 reviews15 followers
March 1, 2016
Baca buku nie pun sebab tgk drama kat TV. Mula2 mmg best dan klaka. Bila dah masuk part suami isteri tp masing2 ada kekasih dan siap ada anak luar nikah lagi..ermmm...Dan encik sotong jadi pak sanggup. OMG!! Not good, not good at all. Lepas je part 2, it took me ages to finish this book.
Profile Image for Naira2975.
1,076 reviews20 followers
January 28, 2014
Book #16 - 2014

I dunno mang! Something wrong somewhere.
Not my cup of coffee

Kthanksbai
Profile Image for Amalina.
14 reviews
January 2, 2015
Sy nie jarang baca novel melayu so kalau bukan sbb reading challenge mmg takkan baca... conclusionnye best la gak... ok la :)
Profile Image for Siti Madihah.
68 reviews
February 15, 2026
"Misleading marketing". Itulah perkataan pertama yang dapat saya fikirkan tentang novel ini sebaik tamat membacanya.

Saya kurang pasti kenapa pihak penerbitan 'pakejkan' novel ini sebagai romantik komedi yang melibatkan lelaki lembut ("Encik Sotong"). Sebabnya, Encik Sotong itu bukannya fokus utama novel pun! Dan Encik Sotong itu muncul sekejap sahaja; tak sampai satu pertiga novel, dia sudah pun 'berkubur'. Malah ada kalanya Encik Sotong 'hilang dari radar' selama beberapa bab.

Romantik komedi? Saya rasa novelnya tiada unsur "romantik komedi" pun. Yang ada, melodrama dan air mata. Adalah beberapa babak kelakar di awal novel ketika Erica bergaduh dengan Farish. Tetapi selepas mereka sudah cukup matang dan tidak bergaduh lagi - dan kedua-duanya mula menemui cinta, rasanya memang dah tak kelakar terus. Yang kelakar pun watak-watak sampingan sahaja. Kisah cinta mereka, tiada unsur komedi langsung.

Segalanya bermula dengan wasiat Tengku Khaleeda yang menyuruh Erica dan Farish bersatu sebagai suami isteri. Wasiat itu ibarat sumpahan buat keluarga itu kerana daripada wasiat itulah hidup mereka sekeluarga porak-peranda. Disebabkan wasiat itu, Erica menanggung dosa sebagai isteri khianat manakala Farish menanggung dosa sebagai suami dayus.

Mungkin pemikiran saya agak ortodoks menyebabkan saya berasa novel ini agak kurang selari dengan 'conscience' saya. Mengapakah institusi perkahwinan digambarkan seperti tiada erti, tidak ada keindahan dan tidak memberi ketenangan? Sebaliknya cinta tanpa ikatan serta perbuatan mungkar pula digambarkan sebagai sesuatu yang begitu indah dan romantis. Dalam kisah ini, perkahwinan itu seolah-olah menjadi penghalang 'cinta sejati' dan membuat hidup manusia merana.

Sejujurnya watak yang saya paling kasihan dalam novel ni ialah Qarina, diikuti oleh Farish. Penulis cuba gambarkan Qarina sebagai wanita gedik - mungkin untuk buat pembaca kurang simpati pada dia, tapi pada saya dia tetap adalah mangsa keadaan yang diperlakukan seperti bola. Kemudian Farish, kenapalah penderitaan yang dilalui Farish perlu lebih dahsyat dan lebih lama daripada apa yang Erica lalui? Kasihannya Encik Sotong!!!
Profile Image for Liebe Schatz.
72 reviews5 followers
October 19, 2014
Saya ambik masa seminggu untuk abiskan buku ni. Agak panjang masa untuk sebuah buku.

Pada saya buku ni biasa-biasa aje. Terlalu meleret-leret sampai rasa jenuh nak menghabiskan.

Persoalan yg dibincangkan dalam novel ini adalah permasalahan yg serius. Bukan boleh dibincang secara sambil lewa.

Apa-apa pun tahniah juga pada penulis, kerana cuba untuk memberi mesej yang penting dan pembaca seharusnya mengambil iktibar dari cerita ini....
Profile Image for Erliani Yusof.
Author 1 book2 followers
December 31, 2014
Inilah novel yang paling dayus pernah saya baca dan amat menyesal membacanya.
Profile Image for Noor Hanis.
189 reviews
April 10, 2017
Setelah berfikir dan berdolak-dalih antara 2 bintang atau 3 bintang untuk buku ni, aku memutuskan untuk beri 3 bintang atas dasar kriteria lawak yang berjaya mencuit hati aku. Maklumlah orang mudah terhibur.

Aku yakin novel yang telah diadaptasi kepada drama ini menjadi buah mulut orang ramai suatu ketika dahulu kerana Sharnaz Ahmad memegang watak Farish yang lembut seperti sotong itu. Pelakon macho jadi aw, apa tidaknya?

Jadi, sepanjang pembacaan kali ini terbayang muka pelakon asal sahaja. Mungkin sebab dahulu aku agak mengikuti drama ni jadi automatik minda aku dapat mainkan semula babak drama seperti yang aku baca.

1 bintang hilang aku yakin disebabkan kesalahan ejaan yang terlalu banyak. Tiada editorkah buku ni? Aku rasa lebih 10 juga perkataan yang salah ejaan aku jumpa. Walaupun bagi sesetengah orang perkara itu agak remeh tapi sangat mengganggu pembacaan aku. Nama pun boleh pula tersalah. Penulis maksudkan Dhia tapi yang aku baca Erica. Aduh!

1 bintang dikurangkan akibat tajuk yang bagi aku sangat tidak relevan dengan jalan cerita. Bukankah tajuk melambangkan tema suatu buku? Suamiku Encik Sotong? Kisah antara sepasang suami isteri tu pun kurang ditonjolkan dalam novel ini. Aku duga penulis ingin membuat kelainan. Maklumlah semua novel yang watak utamanya dipaksa kahwin akan jatuh cinta pada akhirnya. Tapi, kalau tajuknya diubah mungkin aku akan lebih menjiwai cerita ini.
Displaying 1 - 20 of 20 reviews