Jump to ratings and reviews
Rate this book

Takdir #2

Takdir 2: Percaya yang Tidak Sirna

Rate this book
Dunia kini mula mendapat cahayanya. Kebaikan mula menyinari,menyah kegelapan yang Sang Asura bawa ke atas bumi. Enam bulan berlalu penuh ketenangan,tanpa peperangan. Dakwah berjalan gencar,dan Angkasa Sakti telah berada dalam satu perjalanan yang besar untuk manfaat mendatang. Ke Uftzi untuk berdakwah kepada Makhluk Genetik dan Kaum Gergasi.
Tanah Suci,Bumi Barakah dan Chinmayi mula merasakan kekuatan. Lantas bergerak merata di atas muka bumi mengumpulkan kemenangan. Dengan beraninya,serangan ke atas Ethan dilancarkan.
Namun,Sang Asura tidak mengalah,dia juga punya rencana. Kali ini,Sang Asura sendiri akan turun beraksi!
Lantas,badai yang tidak pernah disangka selama ini akan melanda dengan hebat sekali. Mampukah para pembawa cahaya menangani?
Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna adalah novel kedua daripada trilogi Takdir yang ditulis oleh Hilal Asyraf. Novel ini adalah percubaan berani beliau untuk beralih daripada karya-karya kontemporari yang menjadi identitinya selama ini. Takdir membawa pembaca jauh melangkau zaman. Kala kegelapan menguasai dunia,tika dunia telah hancur dek tangan-tangan manusia itu sendiri. Hilal mengajak pembaca kembali menghayati nilai-nilai suci perjuangan di jalan yang bertauhidkan Yang Maha Berkuasa.
Takdir,cerita perjuangan mereka yang percaya kepada-Nya.

463 pages, Paperback

First published January 1, 2013

25 people are currently reading
309 people want to read

About the author

Hilal Asyraf

66 books861 followers
MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin.

Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita.

Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya.

Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
210 (67%)
4 stars
79 (25%)
3 stars
18 (5%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 45 reviews
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
September 4, 2013
Tugas kita sebagai hamba adalah berusaha dan terus-menerus berusaha.
Itulah dia iman. Itulah dia pemberi kekuatan.
- page 219


Superb. Bagai menonton gabungan filem hebat Hollywood. Tapi ini lebih hebat...baca. Antara fantasi dan realiti. Percaya yang tidak akan sirna.

Full review: 04/09/2013

Nampaknya tuan penulis masih mampu mengikat aku untuk terus menjadi peminat setia siri Takdirnya ini. Novel berentak aksi, gaya tarbiah moden. Dalam sibuk membaca, hati diajar agak tidak pernah lupa akan-Nya. Alhamdulillah, siapa bilang novel hanya mainan khayalan cuma? Terserah kita untuk mengutip tiap ingatan dan teladan yang dituliskan.

Selepas pertarungan hebat dengan membenam hebat angkatan Sang Asura, dunia mula beransur-ansur mendapat cahayanya. Enam bulan yang penuh ketenangan, enam bulan yang penuh dengan dakwah. Angkasa Sakti kini diberi tugas yang lebih berat, untuk berdakwah ke Uftzi, membawa Agama Langit kepada Makhluk Genetik dan Kaum Gergasi.

Kembaranya bukan berseorangan. Kali ini dia ditemani Aizan Fahmi dan End; bekas jeneral Kerajaan Utopia. Pelbagai halangan perlu ditempuh sebelum mereka berlabuh di Uftzi. Jatuh kecundang banyak kali, tapi mereka bertiga tetap teguh di bawah panji kebenaran.

Tanah Suci, Bumi Barakah dan Chinmayi pula mengatur strategi lain. Lantas bergerak ke sekeliling menyebarkan dakwah. Ethan, cuba ditawan. Mustahil atau tidak, percaya mereka pada janji Tuhan tak pernah luntur.

Namun Sang Asura juga tak pernah takut. Dia tetap teguh melawan fitrah. Di sini, dalam episod kedua kita dibawa kepada sejarah penciptaan Sang Asura dan para jeneralnya. Bagaimana sebenarnya penulis ini menyisipkan yang dunia ini akan hancur kerana tangan-tangan manusia itu sendiri. Sepertimana firman Allah dalam Surah Ar-Rum;

“Telah nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan-perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” - Ar-Rum: 41


Makanya, cermin-cermin diri. Kita tak pernah lari daripada membuat kerosakan, dan padahnya berbalik pada diri sendiri. Allahu Allah. Sedar atau tidak?

Takdir 2 membawa aku hanyut dengan pelbagai peristiwa dan aksi hebatnya. Gaya bahasanya yang ringan dan alur cerita yang bergerak laju buat aku tak henti menyelak satu per satu halamannya. Entah resepi apa yang diadun kali ini, berjaya buat aku tak mahu lepas bukunya dari tangan. Tak sabar mahu menantikan siri ketiganya!

Buat peminat cerita aksi, aku amat cadangkan ini. Mengintai kegigihan anak muda bernama Angkasa Sakti dan para temannya. Takdir, ini cerita perjuangan mereka yang percaya kepada-Nya.
Profile Image for Hilmi Isa.
378 reviews29 followers
January 7, 2014
Dari tajuknya, Takdir 2: Percaya Yang Tidak Sirna merupakan sambungan kepada novel sebelumnya, iaitu Takdir 1: Cahaya Yang Tidak Terpadam . Takdir 2 juga merupakan novel kedua daripada trilogi novel ini. Walaupun demikian, novel ketiga masih belum diterbitkan lagi. Namun, dengar khabarnya, akan diterbitkan tidak lama lagi. Dijangkakan akan terbit pada tahun 2014 pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014, jika saya tidak silap. Insya-Allah.
Jalan cerita utama novel ini sememangnya sambungan terus dari novel yang pertama. Mengambil tempat enam bulan selepas kejayaan Kerajaan Tanah Haram mengalahkan gabungan angkatan tentera Lima Jeneral Sang Asura. Suasana aman dikecapi selepas peperangan besar itu. Tiada serangan dari tentera Sang Asura. Keadaan ini diambil kesempatan oleh tiga kerajaan Islam (Kerajaan Tanah Haram, Kerajaan Chinmayi dan Kerajaan Bumi Barakah) untuk menyebarkan dakwah Islam di luar sempadan negara. Angkasa Sakti, Aizan Fahmi dan End Less (seorang panglima Sang Asura yang mendakap Islam dan kebenaran) ditugaskan untuk menyebarkan Islam di kalangan kaum Gergasi dan Makhluk Genetik di sebuah tempat yang diberi nama Uftzi. Selain itu, misi untuk membebaskan wilayah-wilayah yang berada di bawah kekuasaan Sang Asura dan konco-konconya turut dirancang dan dilaksanakan. Serangan ke atas wilayah Ethan, Brynhildur dan Midori digerakkan. Malangnya, kelicinan operasi dicacatkan dengan tentangan hebat musuh, yang mampu menggugat keyakinan para pejuang dengan bantuan Allah S.W.T.. Malah, ancaman juga bukan hanya hadir dari luar. Ancaman turut wujud yang datang dari golongan munafik di dalam Kerajaan Tanah Haram sendiri yang mahu tunduk kepada kekuasaan Sang Asura.
Tidak banyak yang saya boleh ulaskan mengenai Takdir 2. Kebanyakannya telah saya nyatakan di dalam Takdir 1. Namun begitu, usai membaca novel ini, saya merasakan gaya atau lenggok penulisan novel sekuel ini nampak lebih teratur dan kemas berbanding novel prekuelnya. Saya merasa lebih selesa membacanya. Ini juga menyebabkan pembacaan saya menjadi lancar.
Di dalam Takdir 2 juga, beberapa persoalan yang timbul di dalam Takdir 1, diperjelaskan. Beberapa rahsia atau misteri yang timbul, umpamanya, latar belakang atau identiti sebenar para panglima Sang Asura, didedahkan kepada pembaca.
Selain itu, terdapat satu mesej utama yang ingin disampaikan oleh penulis. Mesej tersebut adalah untuk tidak berputus asa dengan bantuan Allah S.W.T. kepada hamba-hamba-Nya yang beriman. Walaupun ada musibah yang terus-terusan menimpa dan terasa seolah-olah bantuan-Nya itu sangat jauh dan pada masa yang sama musuh Islam mengecapi kejayaan (walaupun tidak beriman kepada-Nya). Kejayaan dari Allah S.W.T. akan tiba kepada mereka yang sabar dan terus berusaha menunaikan kewajipan selaku hamba untuk mencapai rahmat-Nya. Sesungguhnya segala yang berlaku merupakan percaturan-Nya, walaupun sangat pahit dan sukar diterima ujian berat yang menimpa. Ini ditonjolkan melalui perjalanan peristiwa antara Arnav dan Ashoka, dua pahlawan Chinmayi, dengan Kiai Sunyi.
Menariknya, terdapat tiga cerita kecil di bahagian akhir novel Takdir 2 ini. Ketiga-tiga cerita masih berkait rapat dengan cerita utama novel. Ketiga-tiganya memberikan penjelasan ringkas kepada pembaca peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum Takdir 1 dan Takdir 2. Lantas, memberikan pemahaman yang lebih jelas kepada para pembaca.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
472 reviews43 followers
September 30, 2023
Perjuangan mereka dalam menegakkan kebenaran dan juga membasmi Ashura yang terang-terang memerangi agama yang benar diteruskan lagi di dalam naskah ini.

SH tak sangka sungguh dengan latar belakang Ashura dan Endless. Patutlah dia menjadi begitu. Manusia lain yang kejam dan cuba menzahirkan sesuatu yang tidak seharusnya. Itulah yang terjadi andai manusia tersebut hanya Islam pada nama tetapi tidak pada pegangannya. Namun yang menjadi busuk adalah nama Islam itu sendiri dek kerana perangai manusia-manusia sebegini.

SH suka bila mana watak-watak dalam naskah ini kecewa dan hampir putus asa, ada sahaja yang menjadi penguat dan menasihati mereka. Hingga mereka mampu kembali meraih kepercayaan yang hampir pudar dari diri mereka sendiri. Tapi itulah sikap manusia. Kadangkala apabila diuji kita sering mempersoalkan ujian dan kenapa kita yang diuji. Walhal ujian itu tanda sayang Sang Pencipta kepada hambanya. Ini dipaparkan dengan baik di dalam naskah ini. Beruntung mereka yang dikelilingi oleh insan yang baik yang bukan sahaja pandai memuji, namun mampu menegur di saat salah dan memberi peringatan andainya terpesong.

Membaca naskah ini sebenarnya membuatkan SH merasa sedikit kasihan dengan Sang Ashura, Endless dan juga jeneral-jeneral di Utopia. Mereka hadir ke dunia bukan atas kehendak mereka malah hadir hanya dianggap alat oleh manusia - manusia durjana.

Maisarah sememangnya seorang wanita yang kuat dan tegar. Bukan dari kekuatan fizikalnya tetapi kekuatan hati dan juga mindanya. Sememangnya patut dijadikan contoh terutamanya untuk kaum hawa. Bukan lemah dan menyerahkan kepada takdir tanpa ada usaha yang dilakukan.
Profile Image for Fadzli Jamaludin.
127 reviews32 followers
November 6, 2013
Segala misteri & persoalan yg di tinggalkan dalam buku pertama beliau, terjawab sudah dalam novel kali ini...Siapa Izrayel Junjaki, Asura & Jeneral End sudah di jawab pada m/s 99...malahan penulis menyediakan 3 edisi khas untuk tatapan pembaca di helaian terakhir...

Jika Buku Pertama, Tanah Haram hanya bertahan daripada serangan 5 Jeneral, untuk Buku Kedua, penulis cuba membuatkan Tanah Haram menyerang wilayah2 yang di kuasai oleh 5 Jeneral pula...& aku rasa untuk Buku Ketiga nanti kemungkinan serangan akan di lakukan di Tanah Sejuk, Istana Asura...

Novel kali ini, boleh di katakan agak menarik dengan kemunculan semula kiai2 yang telah lama menghilang...sedikit sebanyak, aku keliru bilamana terlalu ramai kiai2 yang wujud di dalam novel ini...selain kiai, ada beberapa watak baru daripada kaum makhluk genetik & gergasi di perkenalkan kepada pembaca...seperti novel terdahulu, pertarungan demi pertarungan di muatkan ke dalam novel ini...Idea ceritanya jika ke layar perak, pasti akan lebih menarik....

Maaf Cakap, aku mengharapkan novel akan datang, jangan di biarkan setiap Babnya terlalu panjang sehingga tiada "Tomakninahnya"...penatttt...

Kemunculan watak Izzati dalam persaingan Maisarah untuk merebut cinta Angkasa menimbulkan tanda tanya kepada aku..siapakah gerangan...sehinggalah penulis dedahkan di dalam Edisi Khas : Srikandi di akhir cerita...pengulangan dialog "Percaya tidak Srina" bagi keseluruhan watak2 dalam novel ini menghilangkan rasa teruja aku untuk membaca...berbeza sungguh dengan novel pertama beliau...

Walaubagaimanapun, aku mengharapkan penulis berjaya menoktahkan dengan lebih berkesan untuk Siri Ketiganya...
Profile Image for Marni Arshad.
77 reviews1 follower
December 25, 2023
Takdir 2: Percaya yang Tidak Sirna

"Aku rasa malu sendiri. Rasa seperti ditegur oleh Allah SWT apabila aku tidak mengambil peluang untuk bersama-sama di atas jalan perjuangan, sehingga ternafi untukku akan kemuliaanNya. Ketika itulah hatiku terdetik bahawa sesiapa yg tidak rela bersabar di atas jalan ini, maka tidaklah dia berhak menikmati kemenangan."

🔸🔸🔸

Perjuangan untuk menentang Sang Ashura dan konco-konconya diteruskan demi menegakkan kebenaran.

Buku kedua ini agak sedih kerana banyak kematian dan kekalahan berlaku sehingga mengakibatkan ramai di kalangan mereka berputus asa. Namun, indahnya, ada saja dalam kalangan mereka yg memasihati dan menjadi penguat antara satu sama lain.

Dalam buku kedua ini juga, terjawablah beberapa persoalan yg timbul dalam buku pertama. Juga, dalam Takdir 2 ini, mesejnya besar dan bermakna. Bahawa kita jangan sesekali berputus asa dengan pertolongan drp Allah SWT. Tidak semua usaha kita akan dibalas dgn kejayaan. Tidak semua kekalahan kita itu tanda kegagalan dan tidak disayangi Tuhan. Kekal berusaha dan bersabar.

"Harapan sentiasa ada. Dia tidak pernah meninggalkan hamba-hambaNya."

5⭐
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,547 reviews41 followers
March 18, 2020
Maintain thrilling read dengan lebih banyak pertempuran yang meremangkan bulu tengkuk. Betapa mereka tidak gentar tidak terfikir berpaling dari keadaan yang menyebabkan nyawa mereka di hujung tanduk. End dan Izrayel favourite saya dalam buku kedua.
Profile Image for Pak Badrul.
Author 3 books6 followers
November 27, 2020
Siri ke-2 dalam Trilogi Takdir membawa pembaca terus mengikuti perkembangan perjuangan Angkasa Sakti. Dalam Takdir: Percaya Yang Tidak Sirna ini, ia lebih bermain dengan emosi dan mood yang sedih... berselang-seli dengan debaran aksi pertarungan yang mengujakan..
Profile Image for Zully Azizan.
330 reviews8 followers
October 15, 2018
TAKDIR : 2
PERCAYA YANG TIDAK SIRNA

Memang saat melalui ujian itu, terasa sukar dan tidak mampu. Namun saat kemenangan tiba, segala derita seakan tidak pernah ada.

Sesungguhnya, Allah s.w.t itu, walau apa pun susunaNya ke atas kita, ketahuilah bahawa semuanya adalah baik baik belaka.

Tinggal kita sahaja, mahu meneruskan percaya, atau sebaliknya.

Maka jangan sesekali percaya itu sirna.

Bersabarlah, jangan menjadi yang tergesa gesa.

Jika bukan di dunia kita mendapat kebaikannya, di akhirat sana pasti ada habuanya buat kita.

Rasa macam kena lempang sedas. Kalam akhir penulis sudah seindah ini, rasa rasanya isi buku ini macm mana pulak?? Karya yang sangat menyentuh jiwa kita sebagai manusia yang sangat banyak kelemahan. Aku sangat sangat mengesyorkan rakan rakan pembaca untuk mendapatkan karya ni.. Buku memang sudah sukar untuk ditemui. Tetapi Tuan Hilal ada menjual E-Novel Trilogi TAKDIR ini dengan harga RM40 dan siap percuma E-Novel JATUH lagi. Belilah, aku yakin korang takkan menyesal! Percayalah!

Tak sabar nak tamatkan trilogi ni. TAKDIR 3 menyusul...
Profile Image for Miro_Kun.
6 reviews1 follower
April 14, 2022
Takdir 2: Percaya Yang Tidak Sirna


Misteri2 yang tak terungkap di dalam buku 𝘛𝘢𝘬𝘥𝘪𝘳 1 mulai terjawab satu per satu, bersulam dengan pertempuran serta ujian bersilih ganti yang dihadapi oleh para penegak islam.

Ujian bertalu-talu yang mendatang menguji hebat keimanan mereka hingga, kepercayaan kepada Yang Maha Berkuasa Atas Segala-galanya mula dipersoal. Para Kiai juga tidak terlepas.

Ada beberapa hint dari buku 𝘛𝘢𝘬𝘥𝘪𝘳 1 sudah dapat ditebak sejak awal seperti niat sebenar Ubay Wakeel, yang membuat para pembaca mengetap kuat geraham tika melayari dunia 𝘛𝘢𝘬𝘥𝘪𝘳. Biarpun tewas beradu tenaga satu lawan satu, Ubay Wakeel langsung tidak mengenal erti putus asa sehingga impian mutlaknya tercapai.

Usai aku tahu akan sejarah hidup Sang Ashura, boleh dikatakan yang Pemerintah Utopia ni sebenarnya adalah insan yang tersakiti. Disitu lah titik permulaan kepada segala-galanya.

Apa yang paling menarik perhatian aku ialah beberapa nama wilayah yang terletak di Sorga, yang mempunyai 𝘳𝘦𝘴𝘦𝘮𝘣𝘭𝘦 kuat dengan beberapa nama negeri yang terletak di Malaysia.
Profile Image for Izzatimare.
78 reviews1 follower
March 13, 2015
karya kedua saudara Hilal pada buku ini sangat menyentuh hati terutamanya aspek kepercayaan kita kepada qadak dan qadar Allah. sungguh orang mukmin itu kuat usahanya dan tawakkalnya kepada Allah. di akhir usaha itulah taqdir. orang mukmin itu baik sangkanya terhadap Tuhannya. suatu benda yang perlu diamalkan dalam kehidupan seharian untuk capai ketenangan dalam hidup.
Profile Image for TSam.
189 reviews13 followers
August 8, 2021
*4.5

"Sesiapa yang tidak bersabar di atas jalan ini, maka tidaklah dia berhak menikmati kemenangan"

Fuh... Kalau pengakhiran buku pertama berakhir dengan pembaca berasa lega dan puas, pengakhiran buku ni boleh dikatakan bertentangan skali - risau dan saspen.

Tapi sebagai pembaca siri ni, rasa puaslah jugak. Yg utama skali, buku kedua ni langsung tak termasuk dlm kategori second book syndrome, sesuatu yg amat sy hargai.

Banyak sangat persoalan dlam buku pertama terjwb - identiti Angkasa Sakti, kisah silam Sang Ashura serta Jeneral-jeneralnya, Kiai Sembilan, kisah silam masyarakat lama, kuasa misteri monumen2 tu etc. World building pun diperluaskan lagi - dengan tempat menarik seperti Sorga, konflik antara spesis berlainan - Gergasi dan makhluk Genetik, serta sedikit penerangan dan kebolehan aura dan 'jenisn2nya'. Banyak jugak karakter fokus yg terdapat dlm buku ni terutamanya Putri Maisarah.

Buku kali ni banyak tekankan kepada bersabar atau terus yakin kepada yg Satu tika diuji, dan sy rasa topik itu diterokoi dan dibincangkan dengan baik skali - sama ada melalui perckpn antara watak Kiai laut dan Arnav serta Ashoka, ataupun tika bersama Putri Maisarah. Terpukul lah jugak hati ni tika membacanya. Malah perkara itu ditunjukkan sndiri dalam beberapa scene - setiap ujian ada hikmahnya. Pertarungan kali ni pun rasanya jauh lebih sengit dan menarik, terutamnya yg melibatkan Endless dan Izrayael. 'Risiko' kali ni juga lebih terasa berat lagi - berjaya lah jugak timbul rasa saspens tu - berbanding buku pertama, dan jauh lebih menarik.

Penulisan dlm buku kali ni pun terasa bnyk dibaik pulih, namun kadg tu terjumpa lah jugak typo atau satu dua perkataan tiba2 hilang - keliru dah time tu ingatkan ada muka surat tertinggal ke apa. Gaya penulisan HA jelah sesuatu yang sy kurang skit kecuali tika aksi pertarungan, tapi dah terbiasa tika membaca buku pertama, jadi menolong lah skit tika membaca yg ni pula. Satu lagi, sepatutnya Angkasa Sakti yg merupakan watak utama tapi banyak perkembangan watak dan fokus watak lebih kepada watak2 sampingan. Harapnya buku ketiga akan lebih fokuskan kepada Angkasa Sakti.

I had a lot of fun and a very good time with this one🙌
Profile Image for Tonnesofbooks.
78 reviews2 followers
October 14, 2021

“Sesungguhnya Yang Maha Berkuasa Atas Segala-Galanya itu, bukan orang suruhan kita. Dia tidak sering memberikan apa yang kita nak, tetapi Dia pasti akan memberikan apa yang kita perlu. Mahu percaya akan hakikat itu atau tidak, terpulang kepada diri kita. Aku pilih untuk terus percaya.”

Pengembaraan Angkasa Sakti diteruskan lagi. Kali ini dia akan ke Sorga, sebuah tempat yang menjadi tempat tinggal Makhluk Gergasi dan Makhluk Genetik untuk mencari tahu akan kelemahan Sang Ashura. Pengembaraannya bersama Endless dan juga Aizan bukanlah suatu pengembaraan yang mudah seperti yang dirancang akan tetapi lebih baik dari yang pernah disangkakan. Sedangkan Tanah Haram dan negara-negara yang menjadi sekutunya pula menjadi sasaran Sang Ashura. Kejatuhan Shahdian, pengkhianatan Ubay Wakeel serta ketiadaan sebahagian jeneral-jeneral Tanah Haram, menggoyahkan sedikit pertahanan Tanah Haram.

Siri kedua ini pula mengajarkan aku tentang KEPERCAYAAN kepada Tuhan. Hampir setiap watak yang ada diuji dengan iman yang menurun. Kepercayaan kepada tuhan tidak lagi jitu apatah lagi setelah mereka melihat kekuasaan dan kehebatan Sang Ashura serta menerima kekalahan demi kekalahan dalam peperangan.

Persoalannya, apakah percaya mereka akan sirna?

Apakah mereka akan berpaling dari mengimani Tuhan Yang Berkuasa Atas Segala-Galanya?

Atau akan tetap mempercayai setiap aturan takdir Tuhan?

Setelah membaca buku ini, aku seolah-olah seperti ditegur Tuhan. Sebahagian jiwa aku meminta aku untuk percaya setiap guratan takdir Tuhan tapi sebahagiannya memberontak mempersoalkan segalanya sama seperti beberapa watak yang ada dalam buku ini. Tetap aku hanyalah seorang manusia yang sentiasa cuba untuk berusaha menjadi lebih baik. Walau apapun yang terjadi, tetap pasakkan kepercayaan pada setiap aturan Tuhan. Dia Tuhan dan Dia lebih mengetahui segalanya.

Plot cerita yang tersusun ditambah dengan elemen keagamaan, kepimpinan, persahabatan dan sebagainya. Buku ini sangat sarat dengan pengajaran yang kita boleh ambil dan praktikkan dalam hidup.

Untuk aku, aku tidak merasa rugi membaca buku ini dan aku juga harapkan dari pembaca yang lain perasaan yang sama juga.

Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
January 29, 2019
Sambungan perjuangan panglima Tanah Haram menentang Sang Asura.
"Sebenarnya, Sang Asura adalah teguran dari Allah S.W.T kepada hambanya."
Kejayaan menumpaskan 5 Jeneral Sang Asura telah memberi perubahan besar kepada kerajaan Tanah Haram. Kini Tanah Haram menjadi tumpuan dan menerima kunjungan dari segenap pelusuk. Mereka yang dulunya takut beribadah kini boleh melakukannya secara terang-terangan.

Namun Raja Ruh Faizan dan panglimanya tidak boleh leka. Sang Asura pasti sedang merencanakan sesuatu untuk merebut kembali wilayah jajahannya. Kini, misi Ruh Faizan untuk mengajak makluk gergasi dan makhluk genetik mengenal Islam dan sekali gus bekerjasama untuk menentang kebangkitan Sang Asura.

Panglimanya telah dipecahkan kepada 2 kumpulan dengan bantuan dari Bumi Barakah. Angkasa, End Less dan Aizan Fahmi dihantar ke Uftzi bagi menyebarkan Islam kepada makhluk gergasi dan makhluk genetik. Izrayel, Mughirah Syu'bah pula ditugaskan menggempur wilayah Brynhildur dan Midori.

Manakala kerajaan Chinmayi bakal menyerang wilayah Ethan dibawah pimpinan panglima Arnav dan Ashoka.
Manusia hanya merancang, namum perancangan dari Allah adalah yang terbaik. Halangan demi halangan terpaksa mereka lalui, namun bantuan dari Allah tidak pernah mengecewakan. Percaya yang tidak sirna adalah tanda keimanan kita kepada Allah. Sesungguhnya apa yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya.

Novel ini memberi pengajaran yang mendalam kepada kita. PERCAYA. Jangan pernah sekali-kali meragui perancangan dari yang maha Esa.

Jalan cerita novel ke 2 ini lebih kesan, tersusun dan pergerakkan plot juga pantas. Novel yang patut anda baca.
10 reviews
February 11, 2021
Alhamdulillah berjaya menghabiskan dalam masa dua minggu , biar lambat asalkan menghayati babak -babak yang ada pada setiap bab.

Pada siri kali ini terdapat banyak kejutan dan pertempuran yang berlaku antara Kerajaan Tanah Haram dan Kerajaan Utopia , setelah Izrayel Junjaki dan Endless sudah menyertai pasukan Tanah Haram ,maka kekuatan kerajaan itu semakin bertambah dan berkeyakinan dapat menumbangkan musuhnya Ashura. Terlalu banyak kejutan dan gempuran yang berlaku pada siri kalini , kerajaan Janggel pimpinan Ali Qadri dan terbunuhnya Raja Tanah Haram Ruh Faizan ditangan pemberontak Ubay Wakeel telah merancakkan lagi plot pada siri ini .

Tambahan pula ,Tuan Hilal telah mendedahkan identiti sebenar pimpinan Utopia , khususnya Ashura dan Jeneral yang lain kerajaan tersebut .
Angkasa Sakti telah berjaya menjumpai sinar baharu untuk mengalahkan Ashura di wilayah Sorga .Akan tetapi Angkasa Sakti masih belum berjaya untuk meraih kemenangan ketika bertemu dengan Ashura pada bahagian akhir novel ini .

Antara mesej yang diketengahkan dalam novel ini adalah bagaimana keadaan iman mereka diuji saat mereka menghadapi kekalahan dan melihat sejauh mana kepercayaan mereka terhadap Allah S.W.T . ADAKAH KEPERCAYAAN MEREKA SIRNA ATAU TIDAK ?

Terlalu banyak untuk ditulis disini,saya sarankan sahabat yang lain dapat membaca karya yang agung ini ,sangat melazatkan !

#Buku ini versi lama,saya telah baca yang berwajah baru .
Profile Image for Mirul.
48 reviews6 followers
October 12, 2022
( ( ( REPOST REVIEW ) ) )



Takdir 2: Percaya Yang Tidak Sirna


Misteri-misteri yang tak terungkap di dalam buku Takdir 1 mulai terjawab satu per satu, bersulam dengan pertempuran serta ujian bersilih ganti yang dihadapi oleh para pejuang islam.

Ujian bertalu-talu yang mendatang menguji hebat keimanan mereka hingga, kepercayaan kepada Yang Maha Berkuasa Atas Segala-galanya mula dipersoal. Para Kiai juga tidak terlepas.

Ada beberapa 𝘧𝘰𝘳𝘦𝘴𝘩𝘢𝘥𝘰𝘸 dari buku Takdir 1 yang dapat ditebak sejak awal seperti niat sebenar Ubay Wakeel, yang membuatkan para pembaca cukup geram sepanjang berkelana dalam dunia Takdir. Biarpun tewas beradu tenaga satu lawan satu, Ubay Wakeel langsung tidak mengenal apa itu erti putus asa sehingga impiannya tercapai.

Usai aku tahu akan sejarah hidup Sang Ashura, boleh dikatakan yang Pemerintah Utopia ni sebenarnya adalah insan yang tersakiti. Disitu lah titik permulaan kepada segala-galanya.

Apa yang paling menarik perhatian aku ialah beberapa nama wilayah yang terletak di Sorga, yang mempunyai 𝘳𝘦𝘴𝘦𝘮𝘣𝘭𝘦 kuat beberapa nama negeri yang terletak di Malaysia.


( 5⭐ )
Profile Image for btrsyaaiman.
78 reviews8 followers
January 15, 2021
*tarik nafas*

BENCINYAAAA UBAY WAKEEL TUHHHHH😡
Ye, Sang Ashura lebih teruk kalau nak tengok daripada segi kemusnahan pada ummah, tapi idk why, sakit hati sangat dengan Ubay Wakeel tuh. Nak baca nama dia pun rasa menyampah.

Okey, kembali pada review, Hilal Asyraf memang terbaik. Idc orang lain kata apa, tapi Takdir best baca. Cuma kdg2 tuh, rasa frust sikit baca, bila tiba2 cliffhanger sbb masuk scene lain. Kena sabar dulu, kena baca apa yang berlaku kat situasi watak lain dulu sebelum kembali pada scene yang kita nak tau tu.

Dan🥺 saya menangis bila...hmmm...ytjt. Sedih sangat2😭😭😭Izrayel dan endless, janganlah apa2 buruk menimpa mereka. Endless dah jadi watak kegemaran saya. Janganlah nasib dia menimpa seperti watak kegemaran saya di siri Hikayat satria satria sejati.


Mati☹️
Profile Image for Hidayah Fauzi.
177 reviews3 followers
June 7, 2020
Percaya Yang Tidak Sirna. Sesuai laa kisah ni dengan tajuk dia. Sirna bermaksud padam. Kepercayaan kepada Allah perlu diletak tinggi. Bukankah 1 kesulitan itu bersama 2 kemudahan? Jadi Allah takkan mengecewaan dan melupakan hamba2Nya. Cuma tinggal kita untuk terus berusaha dan bertawakkal.

Dan bertawakal itu bukanlah selepas kita telah berusaha tapi bersama2 usaha itu terus meletakkan tawakkal kepada Allah. Berusaha dalam aspek fizikal dan rohani. Jangan pernah tinggalkan Dia walau berbagai masalah dan ujian yang kita hadapi.

Akhir skali, nak bagitau buku ni memang best, terbaik dan syok. Taktau nak cakap apa. Yang pasti tak menyesal beli. Huhu

Profile Image for Anita Awang.
45 reviews
July 11, 2021
Selepas saya baca buku ni, hati saya tertanya-tanya sama ada Izrayel dan Endless, mati atau tidak? Dengan itu saya melakukan perbuatan terlarang iaitu 'mencuri' baca buku ketiga. Perasaan ingin tahu, sungguh menyakitkan.

Buku ni adalah tentang pengharapan dan kebergantungan juga kepercayaan. Bukan mudah untuk kekal setia pada kepercayaan apabila ujian bertubi-tubi menekan kita. Bukan mudah untuk menyatakan sabar sedangkan kita ini juga adalah manusia yang lemah sifatnya. Kerana itu, kepercayaan dan kebergantungan memainkan peranan yang tinggi dalam hidup orang-seorang.

Maka teruslah percaya bahawa di setiap kegelapan, akan terbitnya cahaya.

#MalaysiaMembaca
Profile Image for Yana.
28 reviews2 followers
June 11, 2019
Mungkin memang takdir untuk kenal karya penulis yang genre macam ni.
Adik beli sebab nak habiskan guna baucar buku, dia rembat je buku ni kat rak depan kaunter. Dia tak berkenan pun.
.
Alkisah, aku tengah takda buat apa masa tu, buku ni je yang belum baca dalam rak. Dah baca sikit, terus berminat nak habiskan. Watak end less tu yang buat aku hook. Dah habis baca, sanggup beli yang ketiga sebab nak tau ending.
Profile Image for bunga.
26 reviews2 followers
May 26, 2019
Okay sejujurnya saya tak baca pun takdir 1 terus baca takdir 2, and terus faham. Hahahaha, tahun lepas kut terjumpa dekat kedai buku dekat area rumah, terus beli sebab nak baca lagi. Sebab dulu baca pun pinjam library. Duit nak tak nak je ada, sekarang dah ada duit sendiri baru boleh beli. Apapun recommended sangat!
Profile Image for Huda Harith.
48 reviews
September 12, 2022
dah lama jugak tak nangis baca novel ni. masa ruh faizan kena tikam tiba2, tu benda yang paling aku rasa terkesan, hilang nya seorang pemimpin yang baik, yang meletakkan tarafnya sama dengan rakyat. hilang seluruh jiwa rakyat.

and also, this book, "percaya yang tidak sinar". terkena sekarang dalam hidup...

overall, 5stars!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,524 reviews1 follower
March 8, 2024
Hentaman demi hentaman dari Sang Ashura dan sekutunya selepas kemenangan mereka dalam Takdir 1, hampir melemhakan semagat mereka.. Namun akan ada yang sentiasa mengingatkan mereka matlamat dan tujuan perjuangan mereka yang sebenarnya..
Profile Image for Aisyah Humaira'.
7 reviews
May 13, 2020
Woow.... Buku ini sangat menyeronokkan. Saya sebagai pembaca rasa bersemangat untuk menghabiskan novel TAKDIR 2: PERCAYA YANG TIDAK SIRNA. Syabas kerana membuat buku yang sangat epik ini 👍👍
Profile Image for Mu'Az Othman.
4 reviews
August 14, 2022
Untuk takdir 2, penulisan semula juga. Versi sebelum ni tak pernah baca. Tapi masih seronok untuk dibaca. Sangat-sangat sesuai untuk remaja. Terbaik!!!
Profile Image for Izzati Sofea.
56 reviews1 follower
November 29, 2022
Karya ini betul-betul membuatkan kita 'semak' semula hati kita mengenai kepercayaan kepada Allah.

Percaya dengan perancangan-Nya, percaya dengan ujian-Nya.
Profile Image for Ijjah.
68 reviews
March 10, 2023
ada beberapa 'scene' dalam buku ni yang menyentuh hati🥲🫂

yang penting memang best lah siri ni!
Displaying 1 - 30 of 45 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.