Variasi cerita cinta-derita, dosa-pahala, suci-noda, mulia-hina, syurga-neraka, tuhan syaitan, yang mengangkat tema kehidupan masa kini di mana pahala diselimuti dosa tanpa kau menyedarinya kerana leka dengan cinta, harta, kuasa dan nama. Di sebalik melakukan sesuatu yang kau sangkakan baik, rupanya tersembunyi sesuatu yang digelar Tiket Ke Neraka. Peringatan, ini bukan kitab agama yang boleh golongan ortodoks gunakan buat menjayakan misi Islamisasi mereka, apatah lagi naskhah tajaan yayasan besar barat untuk program Kristianisasi mereka.
Sejujurnya saya amat tertarik dengan tajuk buku ini tetapi saya gagal menghadam kisah2 yang ada dalam buku ini. Ada yg terlalu "dramatic" teguran nya terlalu kasar dan twist yg tidak menjadi.
Koleksi cerpen yang banyak berkisar mengenai dunia realiti yang sebenar.
Satu tulisan yang mungkin daripada hati yg tulus seorang gadis yang mampu membuatkan pembaca memikirkan apa sebenarnya yg terjadi di dlm masyarakat kita.