Boleh jadi tanpa sedar kau dengan angkuhnya menganggap dirimu maha mengetahui - menjadikan kau manusia separa tuhan - menjatuhkan hukum benar dan wujud hanya pada apa yang kau lihat dan tahu, sedang selainnya semata-mata tipu dan palsu. Sedarlah kau tidak diciptakan tuhan yang separa dirimu itu dengan satu mata di hadapan dan satu lagi di belakang untuk melihat seluruhnya, bahkan akal pemberiannya yang membezakan kau dengan binatang itu juga punya daerah terlarang.
Koleksi cerita pendek perkongsian dua puluh orang manusia seratus peratus ini tidak lain hanya untuk memanusiakan separa tuhan dalam diri kau, kau dan kau!
Untuk Separa Tuhan... Buku yang dah lama diidamkan untuk dijamah oleh minda... Tapi bila dah baca, kurang puas sedikit... (hanya sedikit jangan risau haha)
Buku ni lebih baik dari Lari dari Syurga dan kurang dari Aku Naik Saksi ( Bagi pendapat saya ah ) sebab dalam buku ni isu yang disampaikan penulis tidak hanya menjurus kepada 'isu' yang sama sahaja sehinggakan boleh membuatkan kita jelak. Cerita dalam buku ini pelbagai variasi, pelbagai rasa diberikan kepada minda walaupun tetap menjurus ke satu tema yang telah ditetapkan!
Tapi seperti yang saya perkatakan, cerpen-cerpen di awal buku ini tidak mampu membuatkan saya untuk berguling-guling dengan naskah ini. Tidak dapat membuatkan minda saya terlalu terangsang untuk betul-betul bermadu asmara dengan buku ini. Heee...
Cerpen pertama sahaja, mebuatkan hati saya berkata 'Apa ni?', 'kenapa?' hmmm... Cerpen kedua rasanya kalau dijadikan sebuah novel pasti mengancam! Lebih hampir dengan karya Murtad tapi berbeza... Oh ya ada juga cerpen yang saya langsung tak faham apa yang ingin disampaikan oleh penulis. Tak sampai ke celah kaki minda.
Namun begitu, selepas pertengahan buku, saya jumpai beberapa buah cerpen yang buatkan saya bersyukur kerana ada cerpen-cerpen itu diselitkan walaupun buat saya sentap sedikit... Sentap sebab memang apa yang diperkatakan oleh penulis boleh dijadikan pengajaran... :)
Oh ya cerpen paling saya suka Kontinium untuk Kita...
Tapi apa-apapun ini adalah cerpen koleksi ramai penulis dari Buku Hitam yang kedua dan sekarang saya boleh katakan Buku Hitam sudah semakin matang dan makin berjaya mencari karya yang boleh tahan lewat buku baru yang dihasilkan. Mungkin...
Novel ini sudah selesai pembacaannya 3,4 bulan yang lalu, memandangkan ia dalam bentuk cerpen, agak sukar bagi aku untuk mengulas keseluruhan novel ini..
Ini merupakan kali pertama membaca koleksi cerpen daripada Syarikat Buku Hitam Press. Novel yang mengandungi 20 buah cerpen pendek di hasilkan oleh 20 orang penulis. 2 daripadanya biasa ku lihat dengan penerbitan FIXI. setiap cerpen di mulakan dengan biodata ringkas penulis & di sertakan laman facebook, blog & twitter penulis.
Bebelan oleh saudara Aziz Harun mengenai manusia yang cenderung berasa selesa dengan dirinya menjadi mukadimah novel ini...Permulaan cerpen "Seluar Dalam Monarki" gagal menarik minat aku membaca. Kebanyakkan cerpen berpaksikan kepada manusia yang berlagak seperti tuhan...Pelbagai sindiran di lemparkan kepada manusia sedemikian...ada sesetengah cerpen agak sukar di fahami & ada pula cerpen yang biasa2 shj...
Aku tertarik dengan cerpen "Kontinium Tutur Kata" oleh saudara Farid Arif.Kisah Bunian yang berdialog dengan Alif mengenai keluarga, Islam, Syiah & alam ghaib...
Seperti mana tajuknya...ulasan aku ini bukan lah untuk menghakimi karya2 mereka...cuma sebagai pembaca, pemilihan cerpen perlu di lakukan dengan teliti agar mood membaca seiring dengan naskah yg di hasilkan...

Bukan mudah melahirkan sebuah karya yang temanya sebegini. Andai tersalah percaturan kebarangkalian misi mahu memanusiakan separa tuhan terputar 360 darjah kerana di luar sedar, kita mungkin menyeberangi jalur pemisah yang teramat seni itu lalu sekelip mata sudah berada di tengah cerita dan kitalah sebahagian tuhan yang diperkatakan.
Koleksi cerpen 005 tampak akan kemajmukan plot yang masing-masing masih berpegang pada misi yang satu. Ada yang berani, ada yang terlalu berwaspada dan ada juga yang dihiasi perjuangan idealisme pilihan tersendiri. Cuma aku sikit terganggu dengan satu, dua cerpen yang gaya penceritaannya agak meleret di ruang-ruang tertentu hingga memberi kesan penurunan impak keterujaan terhadap pembacaan.
Bagaimana mahu saya katakan dengan perantaraan aksara? Bagaimana ya?
Sudah dikhatami buku ini; walaupun kadang-kadang berkerut dahi dengan maksud tersirat dengan apa yang mahu disampaikan, mungkin setiap penulisnya ada mesej tersendiri 'Untuk Separa Tuhan'.
Atau mungkin perlu saya khatami lagi dan lagi pada debu-debu yang tercatat di dalamnya agar dapat saya gumpalkan ia menjadi segumpalan tanah?
Entah. Tapi sifat 'Separa Tuhan', perlu dibuang dari dalam diri kita.
Buku ni setia jadi peneman aku atas udara bila aku dok ulang-alik settle thesis aku. Ada cerita aku suka, ada cerita aku kurang suka. Nak review semua cerita pun macam susah (dan malas sebenarya) tapi yang paling aku ingat sekali dalam buku ni ialah penulisan Aziz Harun. Sebabnya aku jadi wowww, bila habis baca ayat dia di permulaan buku (agaknya sebab tu aku rembat buku ni dari adik aku).
Buku ni penuh dengan inspirasi. Dari catatan Untuk Separan Tuhan, sampai la cerpen terakhir, semuanya sgt bernas. Tiga cerpen terakhir adalah feveret aku. Untuk cerpen terakhir karya Fikri Harun, aku rasa itu adalah paling genius. Separuh gila jugak nak habiskan, sbb buku ni agak mendalam jugak. Apa-apa pun aku bersyukur sgt dgn diri sendiri bila baca buku ni. Memang menginsafkan sedikit sebanyak.
Aku rasa aku bukanlah separa tuhan yg layak menghakimi dan beri penilaian dekat buku ni, aku cuma musafir hina je. Ecewah. Memetik dlm Untuk Separa Tuhan.
seronok baca buku ketuhanan dari sisi yang gelap, sisi yang otak benak nie tak pernah pikir. harus diakui. aku juga ada tergolong dalam separa tuhan. biasalah perempuan bila di dapur memotong bawang. tak boleh tangan je bergerak. mulut mesti ikut sama. tahap kehadaman yang agak mencabar bagi otak aku. tapi heyy, aku sukakan cabaran. nice one, i would say.
KAHKAHKAH. Tergendala pembacaan sebab kelas dengan test. Lambat sikit nak habiskan. Koleksi cerpen ni okey laa. Best ada, cerpen yang kurang best pun ada. Lumrah la,,best dengan tak best. Cerpen first aku rasa macam *pfttttt bila baca. Bengong sat kepala ni. Hahahaha, cerpen yang lain, nanti nak buat review. Nak baca yang lain dulu. Hahahaha. *keling.