rabunah, bakal doktor gigi yang kemaruk dengan ubat gigi berpudina. sanggup bergaduh dengan anak saudara sorang, syazni pasal ubat gigi. ada abang yang duda, fauzi iaitu ayah pada anak buahnya yang keletah itu.
bekerja sementara sewaktu cuti semester di kedai serbaneka memperkenalkan rabunah (nama langsung tak komersial tapi makna sangat sedap) dengan kak wawa si pengurus kedai bersama dengan alin dan azlie. macam-macam ragam mereka berempat termasuklah memerhati si lelaki hensem bisu. siapa tu?
dalam novel ni sebenar banyak kisah. antaranya sahabat baik ayah rabunah, uncle khai dan isteri auntie deborah serta anak mereka, ally. mak ayah rabunah suka bagi hint yang mereka suka rabunah dah ally. lepas tu kisah natasha giselle yang tergila-gilakan dzulkarnain sehingga sanggup gunakan ilmu hitam agar impiannya tercapai. percaya sangat pada farihna, konon sahabat baiknya tu lah yang ilmu tok biang bukan calang-calang. banyak sebenarnya watak yang didirikan dalam novel ini dan ianya pada mula disangka hanya tempel menempel tapi punya perkaitan antara satu sama lain.
banyak pengajaran terselit sepanjang perkisahan pudina cinta ini. ikatan kekeluargaan yang teguh dan rapat dapat membina dan melahirkan anak-anak yang baik selagi mengikut landasan agama yang betul. salah silap manusia, bukanlah hak manusia untuk menghukum segala salah silap. kemaafan memang payah tapi punya keindahannya. apa jua kejadian, apa jua dugaan dan segalanya, Allah saja tempat kita manusia untuk mengadu atau meminta. bila lain lencongan tempat mengadu dan meminta, haa.... bergelak ketawalah jin dan syaitan itu.. sangat cantik olahan dan penyampaian. walaupun kata banyak sangat kebetulan, tapi itulah kehidupan yang tidak boleh disangkal...