ALPHA 122 merupakan satu daripada tiga pasukan bomba di Balai Bomba Siber Raya. Sedia berkhidmat tanpa mengira susah dan penat. Kejar biawak, tangkap ular, selamatkan kucing dalam longkang, buka pintu terkunci, terjun dalam api, meredah banjir, tumpahan minyak dan banyak lagi. Cuba cerita sikit kerja apa sahaja yang bomba tak buat? Di mana ada panggilan, di situ bomba berkhidmat. Macam superhero datang menyelamat.
Nama aku, Akmal Harith. Anggota STORM yang ditempatkan dalam pasukan Alpha 122 di Balai Bomba Siber Raya. Hidup aku aman sehinggalah muncul seorang manusia yang cuba mencuri nama aku; Akmal Aira namanya. Dia seorang anggota EMRS yang baru bertukar balai.
Ini kisah kami di Balai Bomba Siber Raya. Kisah superhero yang tidak didendang dunia. Anggota bomba kejiranan anda. Demi nusa bangsa, rela berkorban nyawa.
My second attempt to read this book, and phew.. I regret nothing.
Pada awal kisah, saya rasa agak familiar. Nama-nama watak kebanyakannya sama dengan video-video bomba yang pernah saya tonton. Jadi, saya macam tak boleh nak pisahkan realiti dan fiksi, jadi saya stop dulu baca. Kemudian, saya gigihkan diri untuk cuba baca sekali lagi dan berjaya juga habiskan. Walaupun throughout my reading, some of their missions were familiar. Itu saja la cons kisah Akmal-Akmal ni.
Watak Akmal Aira yang ditulis oleh penulis mahu menunjukkan sisi iron lady, dan berjaya untuk tak memancarkan sinar-sinar NLOG! Itu salah stau sebab saya berjaya habiskan juga buku ni. Aira ni dia menjulang tinggi maruah sebagai anggota EMRS. Terutama sekali kisah yang dia ceritakan kepada mangsa percubaan bunuh diri serta semasa dia cuba selamatkan kanak-kanak di bawah runtuhan bangunan.
Dalam banyak-banyak misi mereka, saya paling suka misi di Buana, di bahagian mereka memindahkan satu pasangan tua yang lelakinya sudah nyanyuk. Sedih! Bila darah pejuang mengalir dalam badan, tiada apa yang dapat menghalang mereka daripada menjalankan tugas demi negara sehinggakan kematian juga menjemput semasa sedang menjaga kedaulatan negara. This scene was very inspiring.
Dan, semasa misi di Buana jugalah si Akmal Harith ni tangkap cintan dengan Aira. Masa tu lah, dia nampak Aira ni bidadari tak bersayap. Siap ajak night date makan maggie asam laksa lagi. adui.
The whole story doesnt focus on Akmals je, other Alpha 122 members pun dapat spotlight. Macam scene Lew (gua hampir tertipu), denda jalan itik Cik Ros dan juara bertarung haiwan si Alex.
Overall, this story was beautifully written. Macam biasa, karya penulis selalu selitkan nilai-nilai islamik dan patriotik without kedengaran seperti info dumping. Walaupun saya agak kecewa dengan EA, tapi Alpha 122 mengubati kekecewaan saya. Pattern kisah SS, Nuansa dan Alpha 122 memang makanan penulis. Terbaik.
Oh ya, POV novel ni menggunakan POV ML. Jadi takes time nak biasakan diri. Tapi rasa macam best pula sebab dapat tahu POV Akmal Harith kepada Akmal Aira. Shuwit.
Akhirnya! Khatam jugak aku 😂 seminggu weh nak habiskan(main banyak lagi) 😆
•Ni novel pertama kak Izzah kita baca mesti ada first impression kan….kan😆 ingatkan macam novel fakta tu yang dok share kerjaya badan beruniform qhupenyaaaa lain sikit 🤏 teringat pulak video bomba yang dok lalu lalang kat fb kadang.
🍃First sekali nak cakap! Kita in love dengan Akmals 😂 tapi more tu Aira. Si Harith tu over laaaaaa , drama lebih🤭 pastu kita suka Lew 😍 mulut dia masin eh 😅 asal cakap jadi.
🍃Best wehhhh novel ni dia bawak ko join operasi menyelamat tapi secara atas talian. Rasa macam kita pulak yang dok selamat orang 😅 operasi PALING BEST operasi kat Buana pastuuuuu kita punya TOP ONE OPERASI- operasi tanah runtuh. Hat tu! Ketaq lutut wehhh 😱 bila dia gegaq dengan kita berpeluh tapak kaki 🥲 teringat kes Highland Tower - Al Fatihah untuk semua mangsa 🤲
🍃Akmal kuasa satu meraung dengan kita sekali meraung 😩 dia takut kita lagi laaaaa kecut terus 😖 bukan nak kata la sebab tu lah kita tak jadi akak bomba 😂 lipas terbang pon lari ni nak tangkap cencorot bagai emmmmm kim salam!
🍃Yang tak baca lagi sila la beli dan baca ya 🙂 semua best KECUALI bab-bab terakhir THE AKMALS tu macam bosan 😕 kita hampir-hampir nak Sadaqallahul Azim 😅 tapi nasib baik kita ni sabarrrr ja orang dia 😆 pandai eh kak Izzah main emosi kita 😢 ingatkan nak masuk scene meraung laa nahh sekali orang lain. Heh! Banyak kali terkena besa ni amboi 🤨 buat orang suspendek jaaaa
🍃THE AKMALS tu comel, geng Alpha cute tapi yang best tu sebab kak Izzah spread awareness. Hat tu yang penting mat! Benda basic mat nak elak dan kawal kebakaran kecik tu yang penting DANNNNNNNN hat mana bawak budak naik reta ka lori ka van ka plisssss boh sticker CHILDREN ON BOARD - sangatlah memudahkan operasi menyelamat kalau ada stiker tu .
🍃Bila baca novel ni baru ku tahu pili bomba ada dua jenis 😂 ingatkan sama ja 🤭 bolehla tambah ilmu pengetahuan secara tak langsung kan 😊 K sekian- yang tak baca lagi pi baca cepat!
trope(s) — coworker to lover, he fell first and both fell harder, soulmate, first born fl-last born ml
📝Ini kisah perjuangan pasukan Alpha 122 di Balai Bomba Siber Raya. Demi nusa bangsa, rela berkorban nyawa. Dan Akmal Harith, dapatkah dia perjuangkan nama Akmal apabila Akmal Aira hadir menyertai pasukan mereka?
dari awal pembacaan sampai akhir saya tak berhenti kagum dengan jalan cerita yang kak izzah tulis kali ni. I can see the effort, blood sweat and tears she put in making this book. saya faham kenapa kak izzah cakap buku kali ni dia paling sayang✊🏻 Sangat detail ya kes-kes dan cara kerja pasukan bomba buat saya kagum banyak kali macam wahhh bomba boleh ye buat macam ni😍 banyak gila kes yang unik and paling best kes bangunan runtuh tu perghh macam kdrama😭🫶🏻
"Aira, kau single?"
"Aku? Double special telur benjo extra sayur."
Akmal Harith — indeed a male wife type of man😮💨💗 imagine peti ais rumah dia pon boleh buat bini dia terpegun how semua makanan dan barang tersusun elok dalam bekas kalah peti ais rumah perempuan! Pandai masak, pandai main gitar, softspoken dan soleh! lepas je kahwin boleh nampak kematangan seorang Akmal Harith sebagai ketua keluarga. Terharu baca bila dia tahu isteri dia ni anak sulung so dia nak protect Aira lagi🥹🤍
Akmal Aira — kak izzah's heroine never dissapointed, she made the best version of heroine💅🏻 Adore gila dengan Aira nii shes my inspiration her attitude and mindset matang gila and sangat beraniii strong woman indeed🥹💗 💪🏻Beban anak sulung ni anak sulung je faham and macam mana watak dan backstory dia dihurai aaaaa nak peluk Aira sebab faham sangat apa Aira lalui😭
and what suprised me more is this book fully using hero's pov! hits diff gila everytime Akmal adoring and talk about Aira because we are reading from his pov😭🫶🏻 chemistry and relationship diorang ni smooth jeee tak perlu berlebihan tapi kita dapat rasa kasih sayang antara mereka, muka diorang sama weh JODOH SANGAT🥹🤍
and i dont want to leave this point— THE MOMENT WHEN AKMAL REALIZED HE IS IN LOVE WEHHH I CAN PLAY "CARDIGAN" IN MY HEAD WHEN THAT SCENE CAME PASTU READING FROM HIS POV PULAK TU LIKE ARGHDHDHHD DAH LA BUAT KITA YANG BACA NI NAK KAHWIN I WANT WHAT THEY HAVE😭☝🏻
the bonding between Alpha 122 team! environment kerja diorang sangat green! how they treat each other macam family🫶🏻 Lew and Alex!! kelakar gilalah dua orang ni masuk air betul and plot twist pasal Lew kat hujung hujung tu haihhh sampai hati kak izzah mainkan perasaan saya😔☝🏻
kalau Embun Anggerik kita ada couple mcflurry, dalam ni kita ada couple maggi HAHA COMEL! Love language date diorang "Jom maggi?" tapi bukan maggi kaleng kaleng okay, The Akmals punya resepi maggi boleh buat terliur nokkk
seperti selalu perkongsian rohani, nasihat dan teguran dalam karya kak izzah tak pernah mengecewakan sentiasa menjentik hati and another reason why you should pick up this book is because stress free and zero conflict! serius takde conflict langsung memang sesuai untuk bacaan santai🌷 terima kasih kak izzah untuk kisah yang penuh ilmu, pengajaran dan manfaat ini indeed another full stars read🌟
Sesiapa yang nampak post ni, percayalah saya dah mula jatuh cinta dengan karya Nur Izzah Hani 😌.
Sebelum-sebelum ni kita macam ada graf naik turun sepanjang baca buku-buku NIH tapi lepas je pekena buku ni, terus mata kita terbuntang. Finally! Mangkuk kedaung best dia!
Akmal Harith dan Akmal Aira. Nampak sama tapi tak seibu sebapa. Mereka dua insan yang dipertemukan di bawah satu pasukan keselamatan yang sama.
Aira si anak sulung yang agaknya kalau tumbuk orang boleh terpelanting atas pokok, kuat semangat dan penuh dengan empati yang tinggi. Kalau abang bomba boleh buat, akak bomba pun boleh!
Akmal? Dia lelaki yang jiwa dan raganya untuk negara. Tapi tak sangka, dalam tak sedar secebis hati dia dicuri dengan telatah Aira yang selamba dan cekal.
Buku ini bukan kisah cinta semata. Dia penuh dengan misi. Misi apa adik mahu? Selamatkan anak bulus? Ada. Kebakaran? Mesti kena ada. Sesat? Ya ada juga. Semua ada. Order je!
Untuk naskhah kali ni dia punya konflik tu tak berapa kuat, boleh dikatakan ini sesuai untuk comfort dan light read. Tapi serius The Akmals ni cute overloaded sangat! Meggi date, burger haish semua comelllll rasa macam aku kat luar buku ni nak masuk dalam buku dan intai dorang dari tingkat atas balai bomba tu tau dak.
Cerita kali ni sangat balance daripada segi informasi, nasihat, cinta dan perjuangan. Memang lain daripada buku NIH yang sebelum ini. Highly recommended!
Buku kali ni buatkan saya auto jadi bomba. Rasanya semua misi lengkap ditulis dlm senaskhah buku ni. Kalau ada yg geli dgn haiwan boleh skip lah part tu. Tapi bestttt sebab jarang dpt tahu dan baca kisah bomba yg rela berkorban nyawa. Banyak info baru juga yg saya peroleh pergh ayat baku mcm budak sekolah dah ni 🤣 paling lurve sebab buku ni pov Akmal Harith. Kena mention nama penuh sbb ada dua Akmal dalam ni. Tak boleh lupa betul si Akmal tu dua kali duk claim nama dia HAHAHAAHHA
Awal bab mmg geng dgn Akmal sbb dia nampak cool dan agak kelakar tapi takdelah kelakar gelak guling guling sbb yg suka buat lawak bodo tak bertempat tu Lew. Tapi senang cerita satu team Alpha 122 mulut boleh tahan masing masing main lepas je cakap tapi kelako 🤣 eh jap nak sambung, lebih memilih utk geng dgn Akmal sbb Aira awal awal kemunculan dah poyo nak tunjuk hero tapi tak pun sbb dia cuma jalankan tugas. Dua org ni tak tahulah masa bilanya bercinta yg pasti berdua ni mmg kamceng sbb ke mana mana je byk berdua. Dari kawan biasa ke kawan tapi mesra tahu tahu je dah jatuh hati. Lagi lagi pulak satu team duk kenenkan diorang berdua ni. Awal awal lagi dah dapat gelaran Akmals 🤣
Paling tak menahan si Aira tu byk kali dia buat lawak suruh hantar resume tu. Member pun bila dah byk kali diulang ayat yg sama, terasa seperti satu arahan pulak 🤣. Satu yg saya suka dgn karya penulis, penulis suka buatkan ml yg jatuh cinta dulu/ml yg sedar dia jatuh cinta dulu. Part yg ni mmg lurve dooh! Sbb tak cool lah kalau fl yg suka dulu hahahahahahaha.
Aira ni pulak tak tahu lah masa bila dia suka dkt si Akmal ni sbb tahu tahu je diorang ni dah bertunang pastu tup tup dah kawin. Semudah ABC lah perjalanan nak berumah tangga diorang ni. Cuma waktu bertunang tu mcm biasalah ada ujiannya. Bila ingat balik rasa kelakar hahahahaahah tapi apapun dua org ni mmg pasangan yg serasi bukan setakat nama je dah sepadan, kuat makan pun sepadan jugak dua org ni 🤣. Dulu sorang je tukang habiskan makanan dkt balai bomba siber raya, tiba tiba bertambah sorang lagi tukang perhabis makanan.
Dan jalan penceritaan yg fast paced. Takde terkurang, semua emosi lengkap tersusun sempurna dgn cantik. Lawak pun boleh tahan banyak dalam ni cumanya dlm undercover lagi byk lawak tu lah 🤣. Tapi waktu kawin tu lebih kurang je kejadiannya cuma agak behave hahahahah tapi tetap ada kejadian sampaikan member tu tak sempat nak kenyang makan nasi kenduri sendiri.
Selepas ini, karya Nur Izzah Hani akan jadi buku auto beli sbb besttttt lagi lagi kalau buku yg bertemakan uniform. Boleh nampak penulisan yg makin improved. Semua cantik je, rasa mcm tak nampak dkt mana yg lompong. Tapi kalau yg tak minat cerita bomba jgn bacalah sbb confirm tak kena citarasa. Manis manis pun cukup, tak lebih tak kurang. Kalau ada yg suka genre romance, mungkin ini bukan buku yg sesuai tetapi kalau yg mencari penceritaan tentang bomba, YA INI UNTUK ANDA 🫵🏻 sbb baru tahu istilah istilah yg digunakan utk bomba sbb selalunya baca tentang tentera je. Kali ni rare sbb kisah abang bomba yg jarang kita ambil tahu kewujudannya tapi tanpa mereka, siapa nak selamatkan mangsa banjir, tanah runtuh, haiwan liar, oyen yg nakal tu?
Cakap pasal tanah runtuh ni teringat scene diorang selamatkan mangsa tanah runtuh. Nasib baik takde plot twist. Dah ready nak nangis tapi nasib baik penulis baik hehehhe. Rate information : ♾️/5 Personal rate : 4/5 (sebab tak terlalu minat kisah bomba hahahahahahahaha)
- Alpha 122. Seperti namanya, 12 kumbang, 2 bunga. Anggota bomba yang sentiasa bersiap sedia, menyerah nyawa walau tergadai masa. Demi nusa, demi bangsa, demi negara.
Akmal Harith. Akmal Aira. Si kembar lain ibu, lain bapa. Si kembar kuat makan, tak ingat dunia. Tapi soal kerja, laju sahaja. Soal cinta, manja sentiasa. Fikiran yang penuh tentang kerja, kini mula bermain tentang dia.
-
Seperti biasa, hero Kak Izzah sentiasa hijau🤌🏻sentiasa dengan mulut manis, penuh adab dan sentiasa menjadi pilihan wanita😝Aira, tak mahu kalah. Kental dia, aku respect🫶🏻tapi, kental itu, sentiasa lemah di hadapan suami😆🤧both of them, sangat comel🤌🏻maggi date, burger date, apa je tak ada😂perbalahan demi perbalahan, siapa sangka, ada hati yang tercuit jua.
Storyline was okay. Walaupun buku ni tebal, I will say, cerita ni tak ada konflik (plot twist part Lew tu boleh agak dah😂). Hanya cerita santai, tentang tugas anggota bomba, diselit dengan bibit bibit kemanisan, serta rencah-rencah kehidupan dan kerenah anggota Alpha 122. Sesuai untuk yang tengah reading slump tu😜We can see the character development. From seorang Aira yang sentiasa kental, to someone yang boleh bersandar pada Akmal.
As usual, buku Kak Izzah penuh dengan nasihat, ilmu agama, dan pengisian-pengisian yang berguna. Tidak semata-mata hanya kemanisan sahaja, tanpa isinya. All those detail dalam cerita ni, buat kita turut sama berada di dalam situasi tersebut. All those feeling, emotions memang sampai. Cuma dekat bahagian hujung, kebanyakannya, aku skip pada dialog-dialog penting sahaja disebabkan ia menjadi agak sedikit bosan.
Penutup, Kak Izzah’s book tak pernah mengecewakan. Semua rencah cukup dan balance. A lot of things we get to learn. Bermula dari kisah single mereka, kepada fasa perkahwinan mereka dan berakhir dengan hadirnya permata hati, Akmal Maryam. Maryam comel ya🤧😝nak ikat masuk kocek🤣
Mana yang belum baca tu, selamat bercinta dengan The Akmals. Mesti craving maggi lepas tu😂😝
Kisah kehidupan bomba yang menghadapi pelbagai cabaran dan ujian.. tapi tidak lupa ada cinta dalam perjuangan.
Akmal Harith - si teruna suci tak pernah cinta yang tiba jatuh cinta pandang pertama..
Akmal Aira - si dara yang tertiber jatuh cinta dengan layanan yang diberi.
Sadis, 2 hari selepas akad nikah kena bertugas dgn kes berat smpai hampir menjadi duda si Akmal tuh.. Jujur, sis Nurul Izzah Hani kalau tulis cerita tentang badan unifrom memang puas hari.. Detail..
Rekomen jika anda minat bomba dan love santai love story.. Yg penting ada Akmal Maryam.. hahahha
This entire review has been hidden because of spoilers.
Kalau Sayap Satria macam terkejut sebab penulisan dari pandangan satu, ni makin terkejut kot sebab cerita pandangan satu dari perspektif hero. Hah kau, selalu dapat perspektif heroin ni, ni hero pulak. Rasanya ni pertama kali kot baca novel dari perspektif hero, selalunya perspektif heroin je. Mulanya agak janggal untuk aku then makin lama makin terhibur sebab perangai seorang Akmal Harith ni, memang masuk air! Dah namanya ahli bomba siap lepas masuk STORM, konfemlah Akmal yang satu ni gagah perkasa, kacak bergaya! Dan, sejenis yang perasan, masuk bakul angkat sendiri jugak. Disebabkan cerita daripada perspektif Akmal Harith, memang tahu habislah dia punya monolog tu, semuanya memuji keindahan diri sendiri.
Kalau Akmal Harith, Akmal pertama dalam kumpulan Alpha 122 di Balai Bomba Siber Raya. Cue masuk another Akmal dalam Alpha 122. Ingatkan hero juga, rupanya heroin! Akmal Aira, setakat nak suruh panjat turun tangga tu celah gigi dia je! Akmal Aira ni pun gagah perkasa juga! Bab pujuk memujuk ni, bagi je dekat dia, semua jalan! Kalau tak jalan, ada je cara lain yang dia guna hehe. Bak kata Akmal Harith, Akmal Aira ni, perempuan besi. Takut itu seolah-olah tak ada dalam diri dia.
Gandingan The Akmals ni, sangat meletops ya rakan-rakan. Dan semestinya, he fell first, and harder. Ya Allah, comel betul wehhhh dua ketul ni! Tak tahu nak describe macam mana tapi aku sangatlah suka dengan dorang punya chemistry, interaction, supports for each other sangatlah *chef kisses! Ngamlah dua-dua pun sejenis kuat makan.
Melalui novel ni, banyak yang aku belajar mengenai pekerjaan seorang anggota bomba. Siapa kata bomba padam kebakaran dengan tangkap ular je? Sangat banyak ya yang bomba kena buat. Aku duk fikir latihan yang anggota Alpha 122 buat tiap-tiap hari pun aku rasa letih (walaupun tengah baring sambil membaca masa tu). Kalau nak compare dengan novel NIH yang melibatkan pasukan keselamatan yang lain, rasanya novel ni paling banyak kes. Logik jugalah sebab novel ni pasukan keselamatannya paling dekat dengan masyarakat yang banyak songeh, kan? Lagipun, novel ni boleh tahan tebal, kalau pegang satu tangan, lenguh jugalah.
Kes yang paling aku ingat semestinya kes banjir besar di Buana yang mendekatkan hubungan Akmal Harith dengan Akmal Aira. Juga mempertemukan Akmal Harith dengan bakal adik ipar, Adam. Haha comel je si Adam ni dok mengugut Akmal Harith supaya tak sakitkan kakak dia. Kes kedua, kes bi awak. Wei aku taktahulah aku ni memang sejenis mudah terhibur agaknya. Aku serious terhibur sangat-sangat dengan lawak biawak si Lew ni. Berdekah wei. Tak tahulah kenapa aku rasa kelakar gila. Agaknya, telur masin lauk favorite si Lew ni masa makan nasi kerabu Pak Yeh kot. Sebut sikiiiit je, terus jadi. Takde delay-delay dah. Jadi terus. Dan kes terakhir yang aku ingat mestilah kes bangunan perumahan runtuh. Wahhh, sini memang main emosi habis. Lepas satu, satu ya. Debaran tu memang tak habis, pakej dengan air mata lagi aduhai.
Benda yang aku paling suka is that cerita The Akmals ni tak terhenti lepas kahwin tapi bersambung sampailah ada si kecil Maryam. Alahaiiii, dah la mak bapak cute, campur dia makin cute keluarga Akmal ni! Semua yang belum baca, meh la beli, serious tak rugi sebab jalan cerita sangat best, dengan watak-watak abang bomba dan akak bomba yang sangat hilarious lagi-lagi si Lew tu.
FIRST OF ALL, I’M GLAD I DECIDED TO PICK THIS BOOK BEFORE 2024 ENDS! MY ANOTHER 5⭐️ READ FOR THIS YEAR.
setiap operasi yang diceritakan dalam ni sumpah tiptop! lepas tu bukan satu dua je operasi, like literally, BANYAK! rasa macam tengok kdrama, and it excellently reminded me of The First Responders.
walaupun buku ni tebal, tak rasa draggy, and the narrative and info-dumping are bearable FOR ME. it wasn’t overwhelming to the point where i felt it was unnecessary or made me want to skim through. it’s actually giving us a vivid visual representation of what it’s like to be a firefighter.
aku suka operasi dekat Buana, especially yang related dengan the oldies couple. their fate memang nampak kejam, but that’s the reality of being/having anak front-liners. lepastu, operasi selamatkan mangsa tanah runtuh. dengan plot twistnya lol.
one thing that hit me masa baca scene tanah runtuh was how the author mengingatkan pembaca melalui visual kehancuran yang digambarkan: "langit runtuh, gunung bersepai, dan hanya amal yang tinggal sebagai bekalan ke negeri abadi." subtle je cara kak Izzah nak ingatkan pembaca tentang hari pembalasan kelak. sangat impactful.
now talking about the main characters: Aira, gadis mesra alam, empati tinggi, komited! the real definition of perempuan besi (mana tak ketaq lutut suami). adore gila dengan dia 🥺❤️🔥 and then we have Akmal, the man you are. kak Izzah’s heroes are like the same person with different fonts. a walking green flag, terlalu nunbusyeo, especially bab al-Quran, and now what should i do with this information…😭🤍 also belakang-belakang tu maybe orang rasa boring, tapi you can see Akmal as a good father to his daughter. very hawt >>>
i lurve their dynamics esp their little phrase “malam ni, maggi.” my verdict: that line is their way of saying “take care” sebelum mulakan operasi in such an endearing way. kito nok gini jugok'((
i love how there’s also the depth of the friendship in this book. the relationship between The Alpha 122 memang best untuk dilayan, tambah-tambah dalam pakatan menyakat The Akmals & Lew.
buku ni mainly dari perspektif Akmal. this was new for me, so ambik masa sikit nak biasakan sebab dah terbiasa baca from female POV atau dual POVs.
dijamin stress-free, conflict-free, drama-free, and definitely heartache-free! this is perfect for when you need a “no stress, no mess” read.