Jump to ratings and reviews
Rate this book

Imperfect Moment

Rate this book
“When I’m good, I’m good, but when I’m bad, I’m better.” - MAE WEST

Dia wanita yang sungguh berani. Sanggup melarikan diri daripada majlis pernikahannya sekaligus menconteng arang ke wajah orang tuanya.

Namun, tiada siapa yang tahu di sebalik perwatakannya itu dia hanyalah seorang wanita yang dahagakan perhatian dan kasih sayang. Ibu dan ayahnya berlindung di sebalik nama agama. Mahu dipandang tinggi oleh sekalian makhluk sedangkan di sisi Tuhan,merekalah sejahat-jahat manusia.

Pertemuannya yang tidak dijangka dengan seorang lelaki Arab-Pakistan yang bernama Isa Khan mencetuskan perbalahan apabila lelaki itu mengkritik sikap dirinya yang berpura-pura alim. Disebabkan sakit hati, dia sanggup mengatur strategi untuk membalas dendam.

“Dalam kolej kau kena hormat aku as lecturer. Aku tak minta banyak, just cukuplah kau tahu batas antara seorang pelajar dan pensyarah antara kita.” – ISA KHAN

“Kalau aku tak nak?” – SAFEERA NASREEN

Dendam akhirnya bertukar tragedi. Siapa sangka lelaki yang amat dia benci itu akhirnya menjadi penyelamatnya.

“Tapi perlu ke abang korbankan diri abang sampai macam ni? Sanggup jadi pak sanggup untuk tutup perlakuan sumbang Safeera?” – RANIA KHAN

Apakah peristiwa lama tersebut sehingga Isa sanggup ketepikan hati dan

perasaannya semata-mata untuk mengahwini wanita seperti Safeera?

Dan kepada Safeera… adakah dia akan bahagia setelah berkahwin dengan lelaki sebaik Isa?

Benarkah Safeera merupakan sejahat-jahat wanita?

Jika ini merupakan takdir yang perlu mereka tempuh, luka dan air mata bakal menjadi peneman segala kesakitan dan ujian yang perlu dhadapi.

Menangis tapi tidak berlagu. Luka tapi tidak berdarah.

“Only a broken soul may only be understood by another damaged soul."

533 pages, Paperback

First published May 1, 2023

Loading...
Loading...

About the author

Ayeshah Amani

13 books28 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (37%)
4 stars
8 (25%)
3 stars
11 (34%)
2 stars
1 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for N.A.N.A.
223 reviews6 followers
July 4, 2023
Banyak sgt kesalahan ejaan dan tatabahasa sampai mengganggu pembacaan saya 😭. Dari segi jalan cerita tu ok. Best.
Profile Image for Mslvoe.
2,310 reviews244 followers
August 11, 2023
Awal² baca tak suka sifat Feera. Tak suka sikap Feera yang nak sangat Isa untuk balas dendam.

Selamba badak minta Sarah izinkan Feera kahwin dengan Isa.

But lama² baca faham kenapa Feera perangai begitu. Karya ini agak berliku² plot dia. Cam banyak sangat yang dugaan yang dihadapi oleh Feera. Life dia agak menyedihkan. Kawan² baik tikam belakang.
Profile Image for airareadz.
101 reviews17 followers
October 13, 2023
4.9/5 ⭐️

⚠️ r*pe, self-harm, abusive family

"Only a broken soul may only be understood by another damaged soul."

Pada awalnya, saya tak ada rasa apa-apa bila perkara pertama terjadi. tapi bila masuk yang kedua dan seterusnya, i just can't help myself to not cry. i was a mess at 4AM. i have to collect myself together to finish this. both Safeera and Isa gone too much pain in this world. dunia ini terlalu kejam untuk mereka. (atau penulis yang kejam jadikan background mereka begini? ✋🏼😔) Plot yang sangat tak dapat jangka sebab prolog dia minta dibaling buku. also, it was quiet heavy. sila tengok triger warning.

"Terima kasih sudi jadi isteri aku. Aku janji, akan jaga kau sampai akhir hayat"

Isa Khan. si kacukan Arab-Pakistan yang bermata hijau. Pensyarah hot ni membuatkan saya tak boleh fikir apa ✋🏼😔 dia terlalu hijau (walaupun hujung tu ada sedikit minta disepak dan dibaling masuk laut). Isa ada rahsia hitam yang dia simpan dan apa yang terjadi buatkan saya rasa nak hug him 🥹 his love language bukan sahaja word of affarmation sahaja, dia tapau semua! saya suka yang Isa dengan cepatnya meminta maaf kalau dia tahu dia salah, saya suka dia menunjukkan dia sayang Feera dengan pandangan matanya, saya suka dia akan cari masa untuk bersama Feera, saya suka dia akan peluk Feera bila Feera sedang bersedih dan saya suka bila dia selalu ingat apa yang Feera suka dan tak suka.

Mati. Itulah jalan penyelesaian untuk masalah aku.

Safeera Nasreen. gadis yang beribu-bapakan munafik dan dipaksa berkahwin dengan lelaki bukan pilihannya. Safeera seorang yang sangat liar walaupun ditutup dengan jubah dan tudung labuh. kelab malam dan arak kawan baiknya. si dia yang berdendam dengan orang yang memijak egonya. selepas berkenalan dengan Isa, dia perlahan-lahan berubah. her character development sangat saya adore dan power. dia bukan kenal Isa je, zup! solat lima waktu, jaga aurat, tak. disebabkan Isalah yang membantu Feera berubah slowly. apa yang dia lalui membesar dalam keluarga busuk ni, sangat sedih. walaupun parentsnya membenci Feera, dia mempunyai 'safe person' dia, abangnya Nuh. i love their relationship tau 🥹 yes, bila awak baca, pada mulanya memang awak benci Safeera sebab apa yang dia buat pada Isa, tapi throughout the book, awak akan nampak kebaikan dia.

"Pada akhirnya, kita cuma ada diri kita dan Allah sahaja. Cuma kita, dan Allah. Letak harapan kepada manusia, kita akan hancur. Letak harapan kepada Allah, kita mampu bertahan walau dihancurkan berkali-kali oleh manusia" - Isa Khan, Imperfect Moment.
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
October 29, 2023
Firstly aku nak bagi big applause untuk pereka cover novel ni. Buat aku melting gila2. Serius memang lawa sangat
.

Awalnya, aku sangat tak suka dengan watak Safeera Nasreen ni. Die ego,keras kepala,. Tapi tulah. Ada kisah disebalik kenapa dia boleh jadi sampai macam tu. Kalau aku pon, tak tau la mampu tak aku nak hadap hidup sebegitu. Ada ibu dan ayah, tapi tak boleh menumpang kasih. Mujurla ada abang Nuh utk menumpang kasih
.

Isa khan. Kawan kepada Nuh. Seorang pensyarah di tempat Safeera belajar. Isa juga menyimpan rahsia hidupnya. Berkahwin dengan Sarah, atas satu sebab. Namun jodoh tidak panjang. Sarah meninggal dunia. Safeera cuba mendekati Isa disebabkan dendam. Hingga sanggup meng'offer' dirinya menjadi isteri ke 2 Isa
.

Disebabkan satu kejadian, Isa mengambil Safeera menjadi isterinya. Semuanya baik2 saja. Sehinggalah beberapa kejadian yang berlaku membuatkan keadaan berubah. Isa hilang ingatan, hingga sanggup mengasari Safeera
.

Agaknya bagaimana ending mereka?
.

Banyak pengajaran yang boleh diambil daripada naskhah ini. Cuma aku berharap sangat part ibu dan ayah Safeera tu, penulis sudahkan. At least ape pengakhiran mereka. Sebab mereka ni jenis munafik. Berlindung disebalik perwatakan. Tapi hakikatnya sebenar, sangat mengecewakan
Profile Image for Azalea Kennedy.
14 reviews2 followers
June 28, 2023
Macam biasaaaa penulisan kak cha banyak pengajaran yang for me deep gila 🥺
Cerita ni sumpah best gilaaaaa😭⭐⭐⭐⭐⭐⭐ baca la korang baca baca bacaaaaaaaa ISA KHAN SAYA PUNYA KBYEE
Profile Image for Thes.
193 reviews3 followers
July 24, 2023
Pertamanya, cover novel ni serious lawa, kan kan!

Aku rasa, banyak dah kot reviews lain yang komen benda sama tapi aku nak jump on the train jugak and cakap, karya ni back to back merentap hati aku. Ish, penat tahu tak nak kena berkesedihan sepanjang pembacaan. Memang tujuan utama buku ni untuk kasi pembaca tersiat-siat hati kot.

Safeera Nasreen. Jujurnya, aku sangat tak suka dengan dia haha. Aku geram betul dengan kelakuan dia yang rude to her own parents, berpura-pura, tajam lidah, eh everything she did, annoys me to the end. Tapi, lepas fahamkan kisah dia and as the story goes, dan aku faham kenapa dia sebegini rupa, everything makes sense. Taklah aku justifying her attitude sebab dia boleh jadi a better person disebabkan past dia but then that is the way she cope. Semua yang dia buat dan cakap, it is her screaming for help. Dan tiada yang datang. Until him...

Isa Khan. Perkenalannya dengan Feera tidaklah seindah mana. Tapi, dia sentiasa ada untuk membantu Feera. Mulanya kerana janji kepada seorang sahabat, tapi lama kelamaan, hatinya terpaut dengan Safeera. This Arab-Pakistani man, terus berubah sehijau matanya. Especially lepas nikah dengan Feera. Wei, sweet-sweet nak pergi manatah.

Kisah Isa-Feera ni taklah semudah itu, banyak sangat yang berlaku dan banyak juga cabaran mereka. Aku sangat tak sangka ada plot twist. Memang boom, hi, saya twist sikit kat sini terus jalan hala lain cerita ni. Sedih? Jangan cakaplah, kan dah kata dari kulit depan sampai kulit belakang. Aku paling terkilan bila watak Nuh dimatikan. Ahhh rasa nak baling je buku hahaha. Geram betul. Emosi ni jangan katalah, memang turun naik turun naik kau!

Aku take time sikit nak selesakan diri dengan gaya penulisan Kak Cha kalini sebab kebanyakkan ayat yang dia guna adalah ayat pasif. Nasib baik jalan cerita yang memang menambat hati, aku gigihkan juga baca and bila lagikan nak baca novel yang banyak guna ayat pasif macam ni. Babak-babak yang ada Hud, semuanya comel! Rasa macam nak suruh Kak Cha sambung je cerita ni so that boleh jumpa si Hud yang comel.

Apapun, tahniah Kak Cha untuk kisah Isa dan Feera ni!
Profile Image for Diniy Qistina.
233 reviews7 followers
February 3, 2025
Cerita ini —sungguh berat. Very heavy conflicts. Lepas satu-satu ujian datang dan pergi. Banyak trigger warnings juga. ⚠️
Masa baca prolog, kita risau dah, cerita ni sad ending ke? Tachod. 😔

Pada permulaan cerita agak tak suka dengan watak Safeera Nasreen. Selain daripada berwatakkan liar, bahasa dia pun boleh tahan juga. Jenis kuat berdendam. Sampai tahap kita rasa, dia punya tahap empati tu memang dah sampai hampir sifar ke? Tapi makin lama kenal dengan watak Safeera ni, fahamlah kenapa dia jadi begitu. Itu semua kerana orang dan keadaan sekeliling membuatkan dia jadi keras macam tu. Orang asyik pandang serong dan hina dia. Tapi tak pernah nak cuba ambil tahu dan faham kenapa dia buat begitu jadi begini. Luka zahir dan batin dia terlalu dalam. Lepas sedikit reda, ditoreh lagi dan lagi.

Throughout story, suka character development Safeera. Dari perangai cam harem, slow slow dia berubah dengan sendiri. Dan bila dia sedang berubah, dia buat slow slow mengikut kemampuan diri bukan terus mendadak cuba jadi baik. Kita yang baca pun tak adalah rasa, “Eh, semudah tu je dia berubah?” hah gitu.

Isa Khan, dari luaran nampak sempurna namun dia pun ada kisah hitam tersendiri. Tak dinafikan Isa ni sebaik-baik hutan hijau sehinggalah... Hhhhmmmm...

Banyak juga plot twist selepas plot twist. Kita tak expect akan ada plot twist, tetiba ada. 😔✋🏼
Tapikan curious nak tahu closure watak-watak sampingan yang lain. Apa jadi dengan diorang? Memang sampai ke sudah jadi gitu ke? 😔
3 reviews
October 3, 2023
aku baru habis baca ya plot twist dia mmg boleh buat aku tercengang lah juga, kejap mengalir air mata astu sedut balik air mata dgn hingus tu,

bagi aku novel ni 10/10 lah first time aku baca karya dari ayeshah amani ni, penulisan dia bagus cuma ade typo😕
untuk jalan cerita dia kan mmg aku suka! tapi mula ii aku ingat qarab tu lelaki🤣rupanya girl, banyak jiga makian ii time aku baca sebab aku marah dekat mak ayah safeera tu. tapi dalam pages 400+ menangis lah jugak aku astu sedut balik hahahaha mcm kene prank time baca tu🥲lagi ii pages yang dah nak dekat ending tu. mmg aku sedut balik hingus aku Hahahah. cover dia 6/10 lah aku tak minat sangat, mula ii aku ingat cerita ni fantasy romance and suasana tempat tu mcm kat cerita harry potter🤐

bagi aku tak sia ii lah baca buku ni sebab best bagi aku.
Profile Image for Athira.
7 reviews
February 29, 2024
Suka macam mana the FL boleh berubah bila dia dengan lelaki yang tepat.From bad girl to good girl.Have a very good storyline yang very sedih,dia bahagia pastu dia sedih pastu bahagia balik.Dia ada banyak plot twist.
Displaying 1 - 9 of 9 reviews