Jump to ratings and reviews
Rate this book
Rate this book
Izaq is a 12-year old boy who sees ghosts. And that's not the only unusual thing to happen in the final year of his primary school education.

[Back of the book synopsis]
"Cikgu, masalah saya, saya boleh nampak hantu. Cikgu yakin boleh tolong saya?"

Hidup ni gelap - Walaupun aku dapat melihat lebih daripada manusia lain.

Tapi tanpa kegelapan tu, aku tak mungkin nampak bintang yang bercahaya...

Selain kita ada 'mereka' - yang kebanyakan kita tak nampak.

dalam kita ada 'itu' - yang kita simpan sendiri.

Nama aku Izaq. Dan ini kisah kami, budak-budak berumur 12 tahun yang terperangkap dalam masalah orang dewasa: 'mereka','itu', dan sedikit yang AJAIB.

276 pages, Paperback

First published May 24, 2013

51 people are currently reading
879 people want to read

About the author

Syafiq Aizat

20 books340 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
471 (42%)
4 stars
356 (32%)
3 stars
195 (17%)
2 stars
58 (5%)
1 star
26 (2%)
Displaying 1 - 30 of 151 reviews
Profile Image for ⠀.
119 reviews35 followers
November 15, 2020
Baca buku ini aku harapkan cerita hantu. Sebab dah watak utamanya pun jenis budak boleh nampak hantu. Tapi kalau adalah sekalipun muncul hantu cuma sesaat dua sebelum ditenggelamkan dengan kisah-kisah konflik budak-budak sekolah rendah yang bersikap dan bercakap lebih matang dari umur mereka dan lebih baik dijadikan sebagai budak sekolah menengah yang kebanyakannya berputar tentang seks, seks dan seks. Letih baca.

Barangkali buku ini lebih kepada tentang kisah kehidupan atau slice of life orang putih kata. Banyaklah diselitkan dan ditepekkan syarahan, ceramah dan falsafah tentang kehidupan daripada seorang budak sekolah rendah yang memegang majoriti naratif cerita yang bercerita seperti seorang budak hiperaktif dengan daya tumpuan yang pendek sehingga menyebabkan plot yang dibawa tidak diberikan perhatian sepenuhnya. Melompat dari satu plot ke satu plot mencari satu konflik ke satu konflik yang kemudiannya diselesaikan dalam bab yang sama.

Aku teruskan pembacaan pun setakat nak kasi habis cerita saja sebab pantanglah nenek moyang oneng-oneng aku baca buku tak habis ini. Dan sampai ke sudah juga kisah hantunya seciput sana seciput sini. Tahu-tahu lepas itu dah habis.

Buku ini aku sarankan untuk baca buat mereka yang berminat nak baca kisah tentang budak-budak sekolah rendah acah ahli falsafah yang mempunyai kebolehan untuk melihat hantu yang walau bagaimanapun bukan plot utama menyelesaikan masalah kawan-kawan dan kenalan-kenalannya yang rata-ratanya berputar tentang seks dengan syarahan 30 saat. Tetapi kalau tidak berminat dengan cerita macam ini, bolehlah teruskan pencarian bahan bacaan yang lain.
Profile Image for Dayah-sama.
56 reviews6 followers
May 24, 2013
Aku baru je khatamkan buku terbitan baru dari FIXI ni. Sebelum aku terlupa nak taip apa, gagahkan juga aku taip review.

Bagi aku, ini satu buku yang baik. Pengisian yang bagus. sebelum ni aku ada baca buku unsur ketuhanan keluaran FIXI, cth: Murtad. Baca AJAIB ni , memang terasa ajaib. Budak 12tahun yg dikurniakan kelebihan, hijab pandangan dibuka dengan izin Allah (ceh, ini bunyi ayat buku RAM). Penceritaan yang lebih simple, tak dak yang pelik-pelik sangat berlaku. Well, what do you expect a story of 12 years old kid. Budak tak capai akil baligh. cerita budak baru dtg period, bersunat, mandi wajib and etc etc.
Baca buku ni, memang teringat zaman sekolah. Bezanya budak ajaib ni terlebih matang berbanding dengan umur yang sebenar. Konflik yang dihadapi lebih simple, tak terlalu kompleks. itu yang lebih aku suka. Jujurnya, aku sangat tenang, dan enjoy buku AJAIB ni. Penulis jugak sisi lain selain dunia persekolahan. Cuma aku tak puas hati, kenapa penulis tak introdude family Budak AJAIB ni. yang aku tau family dia ada mak, ayah dan adik. Keluarga kawan baik dia pun. Penulis cuma letakkan bayangan. macam mak budak ajaib pakai tudung. mak kawan baik si budak ajaib lemah lembut. tapi watak Pak Su digarap lebih teliti. Ohh, aku suka unexpected event. Macam budak ajaib ni terkejut dengan berita sebenar pasal crush dia. siapa sangka, budak ajaib yang berkali2 selamatkan kawan-kawan baik dia tak dapat terima berita buruk. Paling best, aku suka ending bila masing2 nak melangkah ke dunia sekolah menengah, ada berita lain yang mengejutkan. Well, pertemuan dan perpisahan adat kehidupan. Ajal Maut ditangan tuhan. Setipa kelebihan didatangi dengan kekurangan, itu manusia.

Ini adalah novel pertama yang aku baca tak intai what happened in the end. Sebab, kebiasaan tabiat mcm cerita tu terlalu excited, sampai aku tak sabar apa nak jadi in the end, aku baca ending dulu. tapi, buku ni memang ajaib, sebab aku tak terasa nak peeking pun. Aku sabar membaca. KEEP CALM and Enjoy the story.

Lastly, Tahniah buat Syafiq Aizat. :) Thank you for a good story,
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
July 15, 2013
2.5*

Full review: 15/07/2013

Aku cadangkan buku ini pada mereka yang mahu cuba buku Fixi. Ia kisah ringkas dan santai. Tak begitu mencabar sepertimana keluaran Fixi yang lain. Twist pun tak begitu ummph... agak klise sebenarnya.

Tapi aku suka premis cerita ini. Membawa aku kembali pada momen bergelar kanak-kanak. Tersengih-sengih sendiri bila baca cerita pertama kali datang bulan, bersunat, kem bina diri dan cinta monyet budak sekolah. Wah! Terasa sudah semakin tua pula aku ni hikhikhik

Ini kisah Izaq yang diberi kelebihan untuk melihat makhluk halus. Kelebihan itu dianggap bala buatnya. Manakan tidak, ke mana pergi dia bisa saja melihatnya. Kalau mukanya kacak dan lawa takpe juga, ini... ya ampun! Tapi cerita selanjutnya bukan pada kelebihan Izaq, lebih kepada kisah dia dan kawan-kawannya. Sayang, kisah kelebihan Izaq itu tidak dikembangkan dengan baik. Mungkinkah ada kesinambungannya?

Namun cerita ini masih enak dinikmati. Apatah lagi dengan gaya penceritaan yang cukup sempoi. Memang ini gaya Fixi kan. Jadi tiada masalah nak menghadamnya. Dan cerita ini boleh dikategorikan bersih. Yalah, cerita anak-anak berusia 12 tahun. Cuma ada masanya aku rasa mereka ini lebih ke depan pemikirannya. Beberapa kali aku terfikir, ketika usia begini apakah aku juga berfikir sedemikian? Hmm...terutamanya cara pertuturan yang menggunakan laras bahasa yang agak tinggi untuk mereka yang seusia itu.

Aku rasa tajuknya bukan terletak pada isi ceritanya. Apa yang aku perasan ajaib itu terletak pada kata-kata nasihat Izaq pada temannya. Kesemuanya menjurus kepada betapa agungnya Tuhan kerana kita sentiasa saja ada ruang dan peluang untuk kembali kepada-Nya. Lihat, betapa ajaibnya Tuhan! Tak putus-putus memberi rahmat dan kasih sayang. Alhamdulillah.

Tapi itu pada pendapat aku. Orang lain mungkin melihat buku ini daripada perspektif yang berbeza. Macam kita makan cendol. Ada yang suka cendol biasa, cendol pulut atau cendol durian. Eh? Tak ada kaitan pun! hahaha ;P
Profile Image for hans.
1,158 reviews152 followers
June 12, 2013
Not as interesting as I thought it would be. Budak-budak yang terlebih matang- dari tutur kata hingga ke perlakuan, I don't really fancy that. Kadang-kadang aku rasa lucu bila baca dialog-dialog yang ala orang dewasa dengan slanga yang konon updated sangat. Terlalu banyak yang diselit sampai naik bosan. Pada aku, jalan ceritanya seperti disekat-sekat, banyak tanda tanya dengan konflik dan persoalan yang tiba-tiba muncul dan tiba-tiba hilang, terus ceritanya jadi mendatar saja. Ini kali pertama aku baca novel dengan tak rasa nak tahu apa endingnya.

Tapi aku salut pada author untuk percubaan pertama dia menulis novel. Typographical error- masih ada (maaflah, aku ni bila bab baca buku, memang OCD sikit). Harap boleh diperbaiki pada masa akan datang.
Profile Image for Lanzz.
816 reviews25 followers
March 20, 2019
Dapat juga baca buku ni. Salah satu buku keluaran Fixi yang bermoral dan dapat memberi pengajaran pada pembaca. Cerita ni ditulis dengan baik dan menghiburkan. Perangai watak2 pula menepati ciri2 budak sekolah rendah zaman sekarang, lebih cepat matang dan mudah terdedah dengan perkara2 negatif...

Novel ni mengisahkan tentang Izaq, seorang kanak-kanak berumur 12 tahun yang boleh melihat makhluk ghaib sejak dari kecil. Kelebihannya itu membuat dia berfikiran lebih matang berbanding rakan-rakannya yang lain. Dia juga tidak jemu membantu rakan-rakannya yang mempunyai masalah, dan mengajak mereka kembali ke jalan yang benar. Kebolehannya 'sweet talk' utk lembutkan hati orang lain itu menyebabkan rakan-rakannya menggelarkannya sebagai budak AJAIB...

Sebuah novel bergenre slice of life + seram. Tapi rasanya, ciri2 slice of life lebih kuat...
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
December 16, 2018
Selepas GANTUNG & KACAU, AJAIB pun ada watak deria ke-6 jugak yang menyebabkan aku berasa klise gila karakter2 FIXI ni tapi bila diteruskan pembacaan, nasib baik jalan ceritanya jauh berbeza.

Aku suka AJAIB sebab AJAIB ni ibarat manga jepun genre "slice of life", kisah kehidupan seharian Izaq dengan kawan-kawannya yang sangat menarik, macam mana dia ubah kehidupan kawan-kawannya yang berbagai ragam, walaupun aku rasa wataknya terlalu matang untuk budak darjah 6. (masa aku darjah 6 dulu memang takde budak macam Izaq huhu)

Elemen seramnya pun boleh tahan, meremang jugak bulu roma aku, tapi aku paling suka elemen dakwah agama dalam ni, rasanya inilah novel FIXI paling ISLAMIK pernah aku baca (baru baca 4 novel fixi kot haha).

Profile Image for Fey.
226 reviews12 followers
July 3, 2022
"𝙏𝙖𝙣𝙥𝙖 𝙠𝙚𝙜𝙚𝙡𝙖𝙥𝙖𝙣, 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙩𝙖𝙠 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙣𝙖𝙢𝙥𝙖𝙠 𝙗𝙞𝙣𝙩𝙖𝙣𝙜."

AJAIB mengisahkan tentang Izaq, seorang bua 12 tahun yang mempunyai kelebihan deria keenam.

Okay, malaslah nak kasi sinopsis pendek pasal buku ni sebab I'm pretty sure, ramai tahu buku ni pasal apa.

Aku sebenarnya dah lama tak baca buku FIXI yang Bahasa Melayu, so I can say yang AJAIB ni buku kedua FIXI aku baca selepas GELAP after dah lama tak baca FIXI. Dan terima kasih juga kepada kawan A aku yang rekomenkan AJAIB dan kawan B aku yang pinjamkan.

Pendapat aku tentang buku ni: Bagi aku, buku ni lebih kepada genre slice of life pasal kehidupan Izaq dan kawan-kawan sekelasnya berbanding daripada genre paranormal (jangan risau, masih ada babak paranormal).

Izaq—well, I love his character. Somehow, he reminds me of someone I know. He's the magical boy in everyone's life. Aku suka cara dia pujuk dan motivate kawan-kawan dia. Tak tipulah kalau aku kata yang aku sekali nangis bila ada part yang menyentuh emosi aku. Lagi-lagi bab pasal kawan dia si Aidil tu.

Plot dia boleh jangka tapi masih gempak. Dan dalam buku ni pun, ada pengenalan watak Fai'q yang merupakan protagonis buku kedua dalam trilogi AJAIB ni: AWAN, kan? Okay, aku tak sabar nak baca pasal Fai'q pula lepas ni.

Rekomen tak buku ni? Yes, please read this.

Rate: 4.5/5🌟
Profile Image for Hasmiez.
6 reviews
June 13, 2013
Aku budak 97. So aku faham sangat.
Nak faham cerita ni mesti first, tinggal kat tgh2 bandar (yang betul2 bandar - yang mostly orangnye updated), dan budak-budak sekolah. These things are happening in real life.

Suka part agama2 yang ada.
Profile Image for Hamidah Effendi.
359 reviews2 followers
June 19, 2025
buku ini best tapi,📚 Ulasan Buku: Ajaib Trilogi 1.0 oleh Syafiq Aizat
✨ Rating: 3/5

Menarik?!
Watak utama dalam Ajaib ni seakan-akan mengingatkan aku pada budak dalam buku Telaga. Bezanya, yang ini datang dari latar belakang berbeza – kaya, tapi bila masuk bab pelajaran, pemikiran dia another level.

Aku suka part teka-teki, memang buat otak ligat. Satu pun aku tak dapat jawab 😅 — memang terasa macam kena cabar dengan penulis!

Cerita ni tak terlalu seram, tapi ada elemen dakwah secara halus. Watak utama berusaha bimbing kawan-kawan dia, walaupun dalam circle yang ada unsur toksik. Dia tetap cuba selamatkan mereka. Cuma... keistimewaan dia tu macam bawa ke pengakhiran hidup – kesian tapi membantu.


---

Apa yang kurang menarik:
Sebab tu aku bagi 3/5.

Mula-mula aku tak baca pun ayat atas kanan cover tu. Lepas habis baca part tertentu, terasa macam, “Eh, buku apa aku baca ni sebenarnya?”

Aku juga tak gemar bab-bab yang macam terselindung tapi berisi isu sensitif. Walaupun penulis cuba berlapik, aku sendiri skip part-part yang rasa tak selesa — terutamanya yang melibatkan Pak Su Firdaus. Watak dia memang ‘rosak’ dari segala segi — dari bab kurafat, hubungan terlarang, sampai perosak anak-anak kecil. Berat dan menyakitkan untuk dihadam.

Tapi aku akui, Izaq sebagai watak utama memang kuat semangat, tetap menentang apa yang salah walau dikelilingi kegelapan.

Cuma... aku baca buku ni sebab sangka ia genre seram FIXI yang biasa, tapi kali ni unsur ghaib dan seramnya tenggelam dalam konflik sosial yang berat. Mungkin bukan selera aku, jadi aku minta maaf kalau rating ni tak adil untuk peminat genre ni.
Profile Image for Massuri Rani.
15 reviews48 followers
May 15, 2015
Agk lmbt ckt br upload review dh hmpr seminggu br ade kesempatan.. ajaib di tangan sye sdh cetakan keenam edisi sept 2014... setelah baca review kt cni rse x sbr nk mengembara ke dunia izaq..

Ajaib mengisahkan tentang seorang budak berusia 12 tahun bernama izaq yg mempunyai kebolehan istimewa.
Sebuah cerita tentang persahabatan dan kebolehan istemewa yang dianggap bagaikan sumpahan baginya..diselit dgn pelbagai masaalah kwn 2 nya dan kisah tentang naluri seorang kanak2 lelaki..bagaimana izaq berhadapan dengan konflik dlm diri nya di susun dengan kemas cuma bila terlalu banyak pov dan mengurangkan pov watak utama agk ralat sedikit ..sye lbh byk luahan hati izaq ataupun pov izaq..

Cerita yg menarik bg saya..sebuah citer yg penuh dgn nilai dan erti persahabatan membawa aku mengimbau kembali ke zmn itu...tp dunia izaq dan aku berbeza kerna izaq di besarkan di bandar dan mungkin krn faktor itu izaq n kwn 2 kelihatan lbh matang..

Menyelusuri plot citer ajaib mencari dimanakah ajaibnya cerita ni..rupanya ternyata mmg sedikit yg ajaib ..kisah izaq mmg kisah bdk ajaib..
Penghujung citer ni rasa tak puas kisah mereka hbs macam tu jer bila tamat darjah 6 n perpisahan dgn kwn izaq menyentuh hati..masih ade misteri kisah kwn baru izaq faiq yg juga ade kebolehan istimewa dan kisah tok cantum mch blm terlerai.. mungkin ade dlm awan..



ama
Profile Image for Inn Auni.
1,090 reviews24 followers
October 4, 2017
Nak kata seram, tak sangat. Nak kata misteri pun, tak juga. Tapi ada sesuatu yang membuatkan saya tergam untuk terusan membaca buku ni.

Majoriti cerita adalah dari sisi pandangan Izaq, yang dikurniakan kebolehan untuk melihat hantu. Tapi ini bukan kisah Izaq dan 7 dimensi. Ini kisah transisi seorang kanak-kanak untuk memasuki alam remaja.

Izaq ni biasa-biasa saja pada awalnya selain dari kebolehan melihat hantu tu. Tapi dari pandangan kawan-kawannya, barulah dipamerkan kelebihan lain. Dan semakin mengenali Izaq dari mata kawan-kawannya, semakin saya rasa yang Izaq ni memang ajaib.

Terlalu dewasa ke penulisan buku ini walaupun watak utamanya 12 tahun? Saya ambil anak saya yang berusia 10 tahun sebagai subjek. Saya beri perhatian pada setiap tutur bicara dan perbuatannya. Tak banyak beza dengan saya ketika di usia yang sama kecuali tidaklah terlalu kehadapan sebab tahun 80-an mana mampu memiliki teknologi.

Kanak-kanak sekarang menjadi dewasa terlalu cepat. Tak perlu bersusah-payah menceritakan tentang the bird and the bee. Semuanya boleh diperolehi melalui internet. Dan itu yang menyeramkan sebenarnya. Mungkin lebih seram dari Izaq yang mampu lihat hantu.
Profile Image for Luqman Maat.
24 reviews
June 6, 2013
untuk mereka yang pertama kali ingin membaca buku fixi..inilah bukunya..bacaan ringan diwaktu petang sambil minum kopi dan makan biskut...tak susah mana nak pahamkan jalan cerita nya..semuanya boleh dijangka...bagi aku buku ini satu percubaan baik dari penulis...cara watak dikembangkan dan diceritakan sangat menarik..setiap chapter penulis membawa kita untuk memahami setiap watak didalam cerita ini...bagi aku buku ini membawa satu penceritaan yang lain dari keluaran buku fixi yang lain...

zaman sekolah rendah yang dibawa, suasana sekolah, suasana hari sukan..suasana perkhemahan..perhimpunan di bawa dengan baik dan senang aku nak feel..sebab aku sendiri bersekolah di kuantan,pernah hari sukan di stadium,pernah ke semuji resort masa sekolah dulu...

tahniah buat penulis..cuma harap dapat baiki typo dalam buku ini..ade 2 yang dikenalpsti.. :P
Profile Image for Anna Lee.
Author 30 books549 followers
January 11, 2015
Sebuah kisah membawa saya ke 'dunia' yang berbeza. Dunia yg sudah bertahun2 dilupakan. Sepanjang bacaan, sekali sekala memori ketika darjah 6 bermain difikiran. Perbezaan kisah hidup saya dan Izaq (watak) dia hidup di zaman serba moden, tinggal di bandar, cabaran menjadi kanak-kanak lebih mencabar. Watak utama mempamerkan sikap yang positif, sekali sekala sendiri rasa tersindir dengan kematangan Izaq...hehehe. Kita dibawa menyelami watak2 dalam kisah ini, kadang kala timbul rasa geram, sedih, kesian... tapi semuanya watak mempunyai ending yg baik. Cuma ada beberapa pertanyaan belum terjawab, Overall, puas hati. So lepas ni kena cari AWAN pulak.
Profile Image for adlin.
87 reviews1 follower
September 5, 2021
I finished reading this book few months ago, I bought the whole trilogy and it's actually my first fixi book purchase so you can say I was psyched to read this only to be underwhelmed a bit? With the book. I haven't picked up the second book yet because I need some time to destress after reading the book because it was so frustrating to find a plot. I still have no idea what the purpose of this book is. The beginning pages, before it reaches the hundred pages milestone was okay to me, just a random gifted 12-year old and his best friend living life and I was very enamoured by Cikgu Zhafran's character because he has this mysterious vibe when he was described by Izaq and turns out he is a just another decent guy who wanted to help but after more pages his character was so pointless??? I do not know how he is going to appear in the second book (if he did maybe I underestimated him too quickly) because Izaq will be moving schools right? SO what is his impact to Izaq it seems like his character is useless when I anticipated a lot from him, only for him to do nothing, it was upsetting kinda lol. That is one, another is how there are too many povs of each of Izaq's friends and I do not know what they're all trying to deliver with the multiple povs, not only do this book doesn't have a fixed plot that I should be anticipating, the characters are also bland, even the main character when he is supposed to be the special one in this book. One thing that is right about this book is how the issues that were talked about are very much real, the rape, sexual assault, parents neglecting kids, and the kids who were neglected are hypersexualised and homosexual children are always brushed aside by adults and friends saying that they're confused and they lacked the religious guidance they needed :D (I intend to be sarcastic because the homophobia in this book kind of reflect what the author thinks about homosexuality among Muslim people hmmm suspicious) and it's kind of weird to me how the homosexual boy I don't remember the name of was told twice that he is just confused...it upsets me so much. To add more how this book is about students aged 12 but there are only Malay kids here...I thought this is a sekolah rendah? I was hoping this book doesn't necessarily shove down Islamic belief when it comes to supernatural elements and the sensitive issues that were talked about in here, I wanted something different where non-Muslim people can also enjoy horror books that doesn't need only Quran verses to deal with yk...ghosts. I feel like this book has a target audience and it is just malay muslim folks (straight muslim folks who rejects the idea of gay rights but let's not talk about it here). I think that is all for my review I might have to read other reviews under here to see if I can have new friends, thank you.
Profile Image for Anis Suhaila.
138 reviews11 followers
June 13, 2015
Ajaib tells us the story of a boy who can see ghosts. Truth to be told, I'm not a fan of the horror genre. But Ajaib is a good example of how to make the horror genre more interesting for non-horror fans. By making relationship between characters strong and not focusing too much on the horror bit.

But alas for someone who read too many books and watched too many movies, some things were predictable. And that's not to say it's a bad thing. My only problem with the story would be how the characters speak.

First of all; they do not sound like primary school kids, more to secondary. Which made me feel like Ajaib's writer Syafiq Aizat should exchange notes with Lari's Mim Jamil. Lari had the same problem but with secondary school students speaking like primary school kids.

Secondly; as the book is more like short stories being narrated by the leading character; some minor characters also had their own chapter. Not a bad move; but the dangerous thing about having a few characters speaking from the first person is that they will all sound the same.

Off to reading Awan!
Author 2 books29 followers
Read
October 21, 2016
Dah pun tamat bacaan yang agak santai ni. Fixi santai dan tak ada konflik pun,tapi agak menarik jugalah. Kisah budak2 12 tahun yang ada masalah masing2. Izaq, ada deria ke 6. Firdaus, masalah keluarga miskin dan kehadiran pak su yang menyakitkan hati. Aidil, masalah gay atau minat kpd lelaki, Rosyaimy, terlibat dengan budak2 nakal jual rokok seludup, Afifah, cantik,kaya,tapi kesepian sehingga menyebabkan hidupnya kacau, kemunculah Nadirah yang misteri..dll. Okaylaaa....
Profile Image for IZZAT is lost down the rabbithole.
60 reviews19 followers
April 11, 2019
Sebuah novel pengenalan menarik, sarat drama yang mengingatkan aku pada majalah Mastika

Ajaib merupakan permulaan bagi satu cerita yang aku rasa boleh pergi jauh, sejauh mana boleh garap? Aku pun tak pasti tapi harapan aku pada penulis ni memang tinggi setelah melihat sejauh mana idea penulis berkembang dalam novel Entiti.

Novel ini berkisar tentang kehidupan Izaq, seorang budak lelaki darjah 6 berkarisma tinggi yang dikurniakan kelebihan pancaindera. Budak ni boleh nampak, dengar, dan kadang2 berkomunikasi dengan makhluk ghaib. Tapi bukan tu saja, dalam novel ni, part hantu adalah sebahagian cuma, sebahagian lagi sarat dengan elemen persahabatan, drama dan konflik fitrah manusia, contohnya depression, lgbt, dan banyak lagi la masalah remaja2 sekarang. Juga banyak diselitkan nilai moral, keagamaan dan tauladan.

Novel ini ditulis dari sudut point of view yang tak konsisten dan agak berulang, beberapa kali jugak ada babak & timeline sama dalam dua bab, pov watak je berbeza, mujurlah bab tu pendek2, kemungkinan benda tu ada pentingnya untuk penghayatan watak. Untuk pengetahuan awak2 semua, watak2 dalam novel ni boleh tahan ramai, dan kebanyakan watak ada peranan yang solid dalam novel ini, watak2 filler tak ramai pun, dan kemunculan watak2 misteri mewujudkan seribu persoalan, menjadi satu jaminan yang akan ada continuity selepas ni.

Dari segi penulisan, gaya bahasa yang selamba dalam dialog dan naratif yang kadang2 sarkastik confirm tak buatkan korang pening kepala. Juga ada diselitkan banyak mutiara kata yang penuh bermakna, kadang2 ada jugak rasa corny tapi tu tak mengganggu overall reading experience aku.

Dalam novel ni aku nampak yang idea penulis pasal makhluk2 ghaib masih lagi diperingkat awal, rata2 hantu tipikal melayu, seramlah jugak tapi kadang2 membosankan.

Watak budak2 terasa terlebih matang dalam perilaku, ada beberapa perkara terjadi yang melibatkan budak2 ni yang buat aku persoalkan novel ni dan kehidupan. Maaf tapi aku susah nak relate watak budak2 dalam ni dengan aku yang dulunya seusia dengan mereka, kecuali part tengok xxx kat cyber cafe HEHE

Tu saje kot dari aku, untuk sebuah novel debut, not bad at all, aku suka cara penulis mewujudkan persoalan misteri dengan teaser yang power, usaha penulis menyelitkan elemen dakwah pun boleh dipuji. Cincai2 minimum 3.5 bintang
Profile Image for Jim Hesnen.
61 reviews
June 15, 2018
Selesai membaca buku pertama, kisahnya agak mudah dan boleh diagak. Klise-klise zaman sekolah rendah bagi yang pernah melalui sekolah rendah.

Bagi saya, cerita ini boleh didalamkan lagi dengan mengurangkan jumlah watak sampingan dan memberi ruang watak-watak utama untuk bermonolog dan berkembang. Ada watak sampingan yang kurang peranan dan tak membantu dalam perkembangan karakter watak utama.

Psikologi watak-watak inipun tidak selaras dengan umur mereka. Penilaian ini mungkin subjektif, tapi ada banyak penulisan fiskyen yang telah mengekalkan tahap perkembangan psiko tanpa menganjakkannya kehadapan tanpa mengabaikan perkembangan karakter. Saya cadangkan buku Ayah (Andrea Hirata), Sekolah Bernama Kehidupan (arwah Shah) dan yang sejenis dengannya. Saya lebih gemar perkembangan watak kanak-kanak berdasarkan yang ini.

Watak Fa'iq juga wajar diberikan masa pementasan yang lebih sedikit. Representasinya terlalu sedikit..

sekian dari saya,

p/s: pembaca pruf fixi rasanya boleh lebih peka dlam menyemak ejaan. Isu biasa rumah penerbitan melayu.
Profile Image for SyaMimi.
151 reviews12 followers
November 10, 2018
Tiada masalah apa pun baca buku ni. Boleh habis sekejap je. Cuma watak-watak berumur 11-12 tahun yang terlalu 'updated', seperti baca kisah budak-budak umur 15 pun ye juga. Sebenarnya berharap dialog watak lebih kebudak-budakan.

Cerita berkisar kepada Izaq yang boleh melihat entiti lain di sekelilingnya. Jujurnya watak Izaq digambarkan sebagai seorang kawan idaman yang sudi menolong dan baik. Watak-watak lain seperti kawan-kawan sekolah dengan masalah mereka tersendiri dan bagaimana Izaq membantu mereka. Watak Izaq jugak matang walaupun belun akil baligh. Pendek kata, kisah budak-budak yang mengalami transisi umur.

Tidak tahu sangat tentang penulis, mungkin ini salah satu karya terawalnya. Laras bahasa yang digunakan boleh diperbaiki lagi. Kemasan yang baik terhadap plot, walaupun serasanya konflik antara cikgu Yunus dengan cikgu Zhafran tak perlu pun. Namun, menjemput rasa nak baca buku dua; Awan pula!

3.5/50
February 25, 2023
3.5/5 ⭐

Akhirnya habis jugak bacaan pertama saya untuk tahun 2023 ! 😂

..................................

"... Lepasni akan ada banyak lagi soalan yang mungkin lagi susah dalam hidup awak. Janji dengan cikgu, macam mana susah pun soalan tu, awak akan mintak jawapannya dengan Tuhan, dan cari jawapan itu dengan Iman."

"Baiklah! Saya janji. InsyaAllah..."

Damnnn, sebagai manusia yang dah berpuluh tahun hidup, bahagian ni so deep 🥲🥲
Profile Image for Ikmal Fitri (iikmalreads).
265 reviews56 followers
July 3, 2021
First baca waktu zaman sekolah menengah dulu and wowww aku tak sangka buku ni sebenarnya ada mesej lain yang cuba disampaikan. Dan baru aku faham apa maksud "Ajaib"


Dulu persepsi aku bila aku baca buku ni aku anggap buku ni sebagai cerita supernatural sebab si Izaq ni boleh nampak hantu. Tapi bila dah besar ni baru aku faham, genre sebenar buku ni adalah slice of life. Supernatural tu hanyalah sub genre.

Dan bila aku baca balik baru aku perasan banyak jugak pengajaran cerita ni. Pelbagai mesej yang cuba disampaikan oleh penulis.

Apapun aku still tak puas hati dengan gaya cakap izaq and the gang. Gaya cakap macam bukan budak sekolah rendah 😩😩😩
Profile Image for Iris Ymra.
212 reviews36 followers
April 23, 2019
Berbanding kepada betapa 'ajaibnya' kebolehan dapat melihat benda halus ini, saya rasakan kebolehan Izaq dalam menjadi pembimbing rakan sebaya adalah lebih ajaib. Rakan-rakan yang punyai masalah bagai ditakdirkan untuk menemui jalan penyelesaian melalui Izaq.

Kadangkala kita merasakan yang kanak-kanak tidak (akan) memiliki masalah sebesar orang dewasa, tapi sebenarnya sebesar mahupun sekecil apa masalah itu adalah bergantung kepada individu yang menghadapinya -- kerana kita sesungguhnya mempunyai keupayaan untuk menanggung sesebuah masalah pada kadar yang berbeza.

Hubungan persahabatan yang ditunjukkan dalam kisah Ajaib ini pada saya sangat indah -- zaman kanak-kanak sememangnya persahabatan terasa lebih indah. Walaupun ketika membaca sesekali saya terbayangkan watak-watak di dalam kisah ini adalah lebih berusia berbanding umur sebenar mereka. Mungkin disebabkan oleh penggunaan POV pertama oleh penulis -- jadi saya merasakan seperti jalan cerita buku ini ialah penceritaan semula yang dilakukan oleh watak itu sendiri pada usia yang sudah dewasa.

Ajaib juga tidak fokus kepada satu-satu konflik sepanjang jalan cerita, banyak konflik yang diwujudkan, yang sentiasa sahaja menemui jalan penyelesaian -- konflik masalah yang dihadapai oleh setiap watak di dalam cerita ini -- konflik budak sekolah yang sentiasa dapat diselesaikan bilamana individu itu sendiri inginkan sebuah penyelesaian dan bantuan. Benda itu lah yang dapat saya belajar -- sesiapapun yang memiliki masalah hanya akan dapat dibantu bila mereka ingin dibantu. Dan ketika dalam fasa mencari ini lah jati diri seseorang itu mampu dibentuk, hanya sahaja mereka perlu pengetahuan dan pendedahan yang benar.

Kanak-kanak sememangnya lebih mudah untuk dibentuk, kerana mereka sedang dalam proses untuk menerima semua info yang diajar, masih lembut menerima teguran kerana mereka belum kenal akan sebuah kesalahan.

Dan Izaq, mungkin padanya kelebihan ini lah ujian (sumpahan) buatnya, tetapi siapa saja yang tidak diuji di dalam dunia ini, lihat saja lah pada rakan-rakan sebaya Izaq -- mereka juga sama diuji, cuma bentuk ujiannya sahaja yang berbeza.
Profile Image for Muhamad Fahmi.
125 reviews22 followers
December 26, 2014
Untuk mengelakkan penyakit lupa dan tertangguh, dengan ini aku hendak mengulas sepantas yang mungkin selepas membacanya dan ini merupakan ulasan sulung aku.


Amaran, ada 'spoiler'!!



AJAIB,

Pertama sekali tengok tajuk dan gambar kulit buku Fixi ini, aku terbayang watak yang akan diceritakan mempunyai unsur-unsur luar biasa, dan pepatah orang putih, 'Dont Judge a book by its cover', kadang-kadang boleh diguna pakai juga.

Bila membaca cerita ini anda kena bersedia, mengadaptasikan pemikiran dan mental anda untuk jelajah kembali ke zaman persekolahan, iaitu zaman sekolah rendah kerana plot dan penceritaan banyak berkisar di kawasan persekolahan, sekaligus boleh imbas kembali memori-memori zaman sekolah anda.

Cerita mengisahkan seorang pelajar tahun 6, Izaq yang dikurniakan satu kebolehan (dianggap musibah bagi tuan empunya badan) yang boleh melihat hantu. Bahagian yang paling angker bagi aku dalam novel ini, kejadian selepas solat jenazah di dalam surau di mana mayat Azrel, iaitu Pak Su Firdaus bangun dan menyakat Izaq.

Plot banyak menceritakan sahabat dan kawan di sekeliling Izaq, Firdaus, Rosyaimy, Aidil, Afifah kerana keajaibannya bukan pada kebolehan yang dikurniakan tetapi ayat-ayat hebat yang berunsurkan islamik yang banyak dipetik dari Al-Quran yang mampu mengubah sahabat dan kawan-kawan dia.

Bahasa yang digunakan mudah dihadam dan sesuai untuk mereka yang baru mula hendak berjinak-jinak dengan novel Fixi. Pengakhiran novel dilihat tergantung dan ada sekuelnya lagi.

Bagi yang sukakan tema persahabatan dan kekeluargaan yang kukuh, silakan membaca. Kenapa 3 bintang? Banyak klise pasal babak-babak seramnya yang boleh diramalkan dan banyak dalam filem-filem tempatan.

"Tanpa kegelapan, kita takkan nampak bintang" tu quote yang sangat 'power'.
Profile Image for Sarah Yasmin.
86 reviews31 followers
August 15, 2015
Novel Ajaib adalah sebuah karya dari penulis sebaya aku yang pernah aku jumpa di satu pesta buku dulu. Seorang yang humble jadi tidak hairan lah gaya penulisannya juga humble but nice!

Ajaib mengisahkan tentang seorang budak lelaki bernama Izaq yang mempunyai kelebihan boleh melihat makhluk halus atau dalam bahasa mudah, hantu. Berlatar belakangkan alam sekolah rendah, membuatkan aku ikut sekali flashback zaman sekolah rendah aku dulu. Penulisan Syafiq Aizat memang berhasil dalam mengetengahkan watak seorang budak kecil yang berfikiran matang dari umurnya. Baginya, kebolehan untuk melihat makhluk halus itu di anggap sebagai musibah. Pertemuan Izaq dengan Cikgu Zharfan, iaitu cikgu kaunseling sekolah, membolehkan Izaq bercerita tentang apa yang dialaminya. Izaq juga dianggap sebagai budak ajaib kerana dia telah menolong ramai rakan-rakannya untuk berubah ke arah kebaikan. Aku suka tema persahabatan yang diwujudkan dalam novel ni.

And aku pun tak dapat agak yang Nadirah (crush Izaq) tu dah meninggal! Rupanya selama ni memang bayangan Izaq je. One thing yang aku sengal bila terlalu banyak kisah yang sama diulang-ulang dalam point of view watak yang berbeza. Memang tak dinafikan, novel Ajaib ni sesuai untuk bacaan santai or for pembaca beginner yang baru nak baca buku Fixi (seperti yang reviewer lain perkatakan). Lastly, tahniah sekali lagi buat penulis atas pembacaan yang memuaskan ini :)
Profile Image for Amalia Masrom.
151 reviews7 followers
August 31, 2013
Seperti selalu bila aku baca Buku Fixi, buku ini aku habiskan kurang dari 12 jam. Aku suka olahan cerita ni. Kemas dan teratur. Salute untuk tu. Dari bab 1 sampai bab 43, memang rasa santai.

Memula aku fikirkan ini novel seram. Tapi ternyata, terpesong. Sekadar pengalaman seorang budak umur 12 tahun yang boleh melihat benda ghaib dan ada sixth sense. Masalah besar aku, nak terima dorang ni umur 12 tahun sebabnya, dalam kepala asyik teringat yang mereka ni umur 15 tahun. Well, aku tak kata salah. Sebab, ikut pengalaman aku, memang wujud bebudak yang moden serba serbi begini. Dan antara masalah-masalah yang cikgu Zhafran tu selesaikan, banyak yang klise dan masalah biasa.

Pada yang baru nak baca Buku Fixi, buku ni sesuai untuk korang. Santai, tak terlalu rumit jalan ceritanya dan ending yang simple.

Apa pun, aku suka jalan cerita buku ni. :)


3 bintang untuk novel ni.
Dan 1 bintang untuk kisah Aidil. Itu je tak klise.

Hiks!

Profile Image for Fairuz.
202 reviews
May 5, 2014
Isu pokoknya adalah tentang seorang budak ajaib bernama Izaq yang dianugerahkan kebolehan untuk melihat entiti seperti hantu. Hijab matanya dibukakan terhadap perkara-perkara ghaib mengenai makhluk halus sejak dilahirkan lagi. Tema ini dalam diam menarik minat aku sedikit demi sedikit apabila kelebihan Izaq digunapakai semasa pencarian Umar yang hilang di dalam hutan dan ketika Fatin dirasuk sang iblis. Memang mengujakan.

Cuma isu-isu ranting yang menjalar liar seperti permasalahan kehidupan sekumpulan budak Tahun 6 Cendikia yang diperincikan setiap satunya itu agak menenggelamkan cerita bakat luar biasa Izaq. Sekali imbas di beberapa bab aku seolah-olah membaca fail sulit rekod kaunseling yang disediakan oleh Cikgu Zhafran. Berkenaan guru kaunseling ini pula, di awal kemunculannya dia digambarkan mempunyai aura misteri tersendiri namun tiada perkembangan ke atas karektornya. Mungkin buah tangan susulan Syafiq Aizat bakal menjawab semua perkara yang tak selesai.
24 reviews3 followers
December 15, 2015
a good read.

gaya penceritaan yang bagus, tak terasa jemu atau meluat bila membacanya. maybe im a bit bias because i do like this kind of writing style. simple and not too 'urban'.
latar belakang kampung, dekat di hati.

diselitkan dengan pengajaran, dan point untuk kita fikirkan.

buku ni serba ringkas dan merupakan pengenalan kepada watak watak dalam trilogi yg telah penulis hasilkan.

kalau saya tak tahu ada sequel kepada buku ni, saya bagi 2 bintang ja kerana nampak jalan cerita agak lemah.

sebab saya tahu dia akan buku seterusnya, saya bagi 4 bintang kerana buatkan saya tak sabar nak baca buku seterusnya.
Profile Image for KHAIRUL.
1 review
September 5, 2021
Bagi aku trilogy ajaib ni memang pastinya sangat gempak. Rugi bagi yg x baca. Buku ni berkisarkan tentang beberapa org yg ada deria yg keenam. Buku ni bagi aku merupakan buku yg hidup. Setiap satu watak yg hadir mmg sangat hidup. Suka pulak dgn author ni. Hebat sngt jalan cerita dia. Kaedah penulisan yg sangat unik dan mudah untuk gambarkan. Tak terlalu terperinci smpai susah nak hambarkan. Aku rasa korg yg tgh baca ni patut grab trilogy ni. Sumpah best. Untuk bahasa dlm buku ni agak tinggi untuk org yg bukan dalam bidang ni. Tapi boleh laa untuk faham. Tapi bagi aku buku ni yg TERBAIK
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
October 30, 2014

Lebih banyak bercerita tentang watak-watak, berbanding dengan perkara "ajaib" itu sendiri
Penceritaan hal "ajaib" itu, seperti cerita sampingan.
Buku ditulis memang bertujuan untuk dibuat sambungan (ada kisah tergantung).
Banyak adegan 18SX. Maaf. 12SX!
Tidak sesuai untuk golongan dewasa, tetapi tidak bermakna bagus untuk remaja.

Displaying 1 - 30 of 151 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.