Selepas Asrama, dan Ajaib, ini adalah buku paranormal yang ketiga aku baca daripada FIXI.
Cover depan memang cool gila. Bulan besar dan barisan enam orang manusia yang aku fikir pekerja IDBW Investigations. Yang peliknya, jumlah tu sama. tapi aku keliru, kenapa ada 4 bayang lelaki, 2 bayang perempuan? bukan sepatutnya 3 lelaki 3 perempuan ke? Aku kira, Nora tak termasuk since Nora watak bertudung kan. Entahla. Mungkin aku yang over-think.
Mula-mula aku curious lepas baca dua bab pertama. Tapi after read the book, banyak keraguan. Aku salah baca. atau aku terskip ke ape. ternyata tak. Contoh: aku kira watak Suzana lepas bab 2 tu terus tunjuk power dia. sayangnya tak! Lama gak aku tunggu bila Suzana punye power, which according to synopsis, can read people's mind. Last2 dah nak habis baru tunjuk power Suzana. Itu pun aku ragu. Aku rasa power suzana ni boleh berkomunikasi dengan makhluk halus. (insiden anak mak long zati). Next, aku rasa macam tak logik pulak Nora tak dapat proses darah chupacabra. alasannya dia bukan terer biologi. hemmmmmmm.
Most of the time aku enjoy cerita ni. Ada flashback setiap watak. Kira setiap watak diperkenal dengan baik. Aku harap kalau Paranormal ni ada sambungan, penulis kembangkan watak Sid, Moses dgn history Norin-Nora. sebab lepas Uncle Yahya bawak Norin masuk, Nora merajuk, cerita tu berhenti takat tu. Aku tau Ridwan mati, tapi aku rasa ada tersilap taip, Maliki mati. Aku dah pelik. Harap2 ada flashback apa yang terjadi masa future-Ridwan tawan Maliki and ada penjelasan parallel world tentang Ridwan. Macam biasanya aku tengok dalam cerita, cth cerita terbaik pasal parallel world ni, Mirai Nikki. memang mindblown. Parallel world ni memang interesting. boleh kasi goosebumps punya.
Aku suka perhubungan Norin dan Mahmud. comel dan indah sangat. Norin emosi bila tengok Mahmud cedera lepas kena belasah, panik bila nampak Mahmud dalam bentuk werewolf dan cedera teruk. memang macam adik beradik. Hubungan Jimmy-Suzana pun okay. So far ada yang normal dalam ketidaknormalan mereka. Aku bayangkan Suzana ni ala2 Liyana Jasmay je. Paling best sekali, Damien mati ditangan Jembalang Air. aku dapat rasa Jembalang Air tu memang dendam sangat dengan Damien.
Teruskan usaha, dan terima kasih. :)