Jump to ratings and reviews
Rate this book

Alor Miang

Rate this book
"MERDEKA!" Tertubuhlah sebuah negara yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu. Gegak-gempitalah seluruh pelosok negara oleh tempikan keramat itu. Tua muda, lelaki perempuan dan kecil besar tidak seorang pun yang terkecuali meraikannya. Alor Miang tidak terlpas. Gegarlah kampung nelayan itu dengan laungan merdeka oleh penduduknya yang hanya tahu merdeka maksudnya Inggeris sudah pergi dan komunis sudah kalah. Lain daripada itu, hanyalah jalan raya, balai raya, api elektrik, dapat tanah, pilihan raya, telaga simen dan macam-macam lagi yang tidak pernah mereka lihat mahupun dengar.

Dan hari ini Alor Miang ada ceritanya tentang merdeka, ertinya juga

573 pages, Paperback

First published January 1, 2012

2 people are currently reading
17 people want to read

About the author

Ali Jusoh

18 books7 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (52%)
4 stars
6 (28%)
3 stars
4 (19%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Mali.
210 reviews
January 23, 2020
Mengisahkan tentang kehidupan penduduk kampung di suatu tempat yang bernama Alor Miang. Di Terengganu. walaupun dah masuk tahun ke-3 saya belajar di Terengganu, ini kali pertama sy dngr ttg Alor Miang, tp dri citer bunyi mcm dekat dgn Seberang Takir.

Setting citer ni is pasca-kemerdekaan, di mana Malaysia masih baby lagi.

Menceritakan tentang proses kemajuan yang datang ke kampung Alor Miang. Seronok juga, rasa mcm time travel ke zaman dulu, back when basikal dianggap sesuatu yg luxurious, and boleh beri barang dengan berapa puluh sen.

ada selit citer psl komunis, politik, etc.
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews335 followers
August 26, 2025
Ini sebuah novel yang mengangkat semangat kemerdekaan dan pembentukan negara bangsa melalui naratif yang berpusat di sebuah kampung nelayan yang kini hanya tinggal kenangan. Kampung Alor Miang dijadikan latar simbolik kepada rakyat Malaysia yang sedang belajar mengenal erti kemerdekaan sebagai peristiwa bersejarah penting, juga sebagai proses sosial dan budaya yang berterusan.

Ia bermula dengan laungan Merdeka! yang menggema hingga ke kampung terpencil tu, sayangnya penduduknya hanya memahami kemerdekaan sebagai "Oh, Inggeris sudah pergi dan komunis sudah kalah". Dari situ, naratif berkembang dengan memperkenalkan pelbagai watak yang mewakili lapisan masyarakat: anak yatim, wanita terpelajar, pasangan antara kaum, dan pemimpin kampung yang berwibawa.

Ada banyak watak yang diketengahkan melalui novel ini.

Tuampuan utama adalah Dolah Hantu dan Dolah Jin. (Peliknya nama). Dorang ni anak yatim yang terbuang, tapi berjaya bangkit dan membina kehidupan yang baik. Dolah Jin menjadi ketua balai polis di Pahang, Dolah Hantu mengahwini Yu Yi, gadis Tiong Hua yang mewarisi perniagaan ayahnya.

Salim dan Minah Lawa pula bersatu menerusi perkahwinan campur yang harmoni, Shamsiah adalah anak kampung yang berjaya menjadi doktor. Haji Hassan adalah pemimpin yang berhemah - boleh menyelesaikan konflik dengan adil dan bijaksana. Semua ini adalah hero Alor Miang versi Captain America - watak mereka sangat idealistik dan Sikit pun tak kompleks dari segi psikologi. Watak-watak ini lebih berfungsi sebagai lambang kepada cita - cita nasional daripada sebagai individu yang hidup dan bernafas dalam dunia fiksyen.

Gaya bahasa Ali Jusoh dalam novel ini bersahaja dan mudah diikuti, dengan dialog kampung yang biasa dan naratif yang straight to the point. Gaya ini bagi aku ada risikonya - adakalanya terlalu didaktik dan kurang subtle dalam menyampaikan mesej. Sindiran sosial yang cuba disampaikan kurang tajam untuk menggugah pemikiran - macam teks khutbah tanpa emosi yang disisipkan dalam naratif. Bagi pembaca yang menghargai kehalusan gaya bahasa dan kedalaman mesej seperti dalam novel - novel SN Anwar Ridhwan, aku rasa novel ni kurang menggigit.

Kalau Ali Jusoh lebih berminat untuk menyampaikan aspirasi nasional daripada menggali konflik batin atau dilema moral yang lebih rumit, aku kira novel ini berjaya.

Novel ini sesuai untuk remaja yang mencari sebuah naratif yang memperkenalkan semangat kemerdekaan dan idealisme pasca - kolonial dalam bentuk yang mudah dan bersahaja. Kau akan memahami bagaimana sastera digunakan untuk membina naratif kebangsaan.

Aku melihat karya ini sebagai naskhah yang penting dari sudut dokumentasi ideologi, tapi belum cukup masak sebagai karya seni yang benar - benar hidup.

3.5 / 5 stars
Profile Image for Shaharuddin.
462 reviews9 followers
April 5, 2020
Memang suka dengan cerita negara selepas merdeka. Macam mana nak memulakan pembangunan dari sesuatu kemunduran menuju kemajuan.
Profile Image for Iza B. Aziz.
225 reviews30 followers
March 23, 2024
Saya prejudis terhadap Alor Miang pada permulaan ceritanya. Saya anggap ini satu lagi kisah biasa tentang pasca-kemerdekaan. Selesai pembacaan, ternyata novel ini memberi satu nostalgia yang saya tak pernah alami. Pelik bukan?

Ia sebuah kisah hari-hari penduduk kampung nelayan dengan pelbagai gelagat. Namun yang paling memberi kesan kepada saya ialah unsur misteri dan saspens. Tak sangka saya memang benar kata Haji Hasan, akhirnya Alor Miang maju kerana itu.
_____________________
Topik politik sudah pasti menjadi tumpuan dalam Alor Miang. Pengarang bijak memaparkan seputar kekuatan dan kelemahan politik. Walaupun gubahan Tuan Ali Jusoh dilihat bersahaja, sindirannya kemas. Tersengih juga saya membaca. Politik dulu dan kini begitulah.

Disebalik kemajuan pembangunan yang dikecapi selepas merdeka. Perihal akhlak turut disentuh oleh pengarang. Ia mungkin sensitif bagi sesetengah orang, tapi itulah realiti hidup bermasyarakat.
_____________________
Novel ini juga (pendapat peribadi) mengingatkan saya pada novel Angin Timur Laut karya S. Othman Kelantan. Manakala watak Haji Hasan terasa dekat dengan Haji Mihad dalam novel Imam garapan Abdullah Hussain.

Terima kasih kepada @marslittlelibrary yang mencadangkan Alor Miang. Tak sangka ia beri suatu kepuasan membaca dan seolah-olah saya mengenali satu kisah sejarah kampung.
_____________________
1 review
September 5, 2020
sangat baik kerana berhasil memaparkan kehidupan masyarakat pada awal kemerdekaan dan banyak menyentuh isu kemiskinan kaum nelayan, perkauman, persahabatan, dan sebagainya
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.