Buku “Himpunan Kisah Benar tapi Pelik” ini disusun berdasarkan kitab-kitab sejarah yang muktabar, yang merekodkan peristiwa-peristiwa luar biasa yang sangat memberikan rasa kekaguman dan keinsafan kepada diri yang membaca. Perkara-perkara ‘benar tapi pelik’ yang didatangkan oleh para nabi dengan izin Allah SWT menjadi al-bayyinat dan al-ayat, iaitu tanda-tanda kebenaran dakwah yang diperjuangkan oleh mereka serta menjadi bukti-bukti kebesaran Allah. Antara keistimewaan dan kelebihan buku ini ialah ia mengajak masyarakat menggunakan akal secara optimum dalam mengkaji dan merenung kebesaran Allah SWT. Ia juga memasakkan keteguhan iman dan takwa kepada Allah SWT melalui kisah-kisah yang menakjubkan. Selain itu, ia memotivasikan orang ramai agar beriman dan beramal soleh supaya mendapat nusrah (pertolongan) dan karamah (kemulian) di sisi Allah SWT, juga turut menunjukkan tauladan, panduan dan pedoman berguna selaku hamba Allah SWT sehingga benar-benar menjadi insan yang berakhlak dan beriman. Ia juga sebagai satu usaha menghidupkan kembali khazanah ilmu tulisan ulama silam yang semakin pupus ditelan zaman dan sesuai dijadikan sebagai santapan rohani, renungan sebelum tidur atau sebagai koleksi peribadi mahupun cenderahati agar kita sama-sama dapat mengkoreksi diri.
Buku ini terkandung pelbagai kisah pelik yang dipetik dari kitab-kitab sejarah. Bermula dari kisah Dab yang beriman sehinggalah kisah dipenjarakan kerana seekor tikus. Bacaan yang santai ini sarat dengan kisah-kisah yang boleh dijadikan pengajaran dan menerbitkan rasa insaf kepada para pembacanya. Buku ini membawa para pembaca merenung kebesaran sang Pencipta yang maha Esa sekaligus dijadikan pedoman untuk meneruskan hidup sebagai seorang hamba yang sentiasa mengingati Penciptanya.
Rasulullah SAW memotong dengan bertanya, "Tahukah kamu apakah itu khurafat? Khurafat ialah seorang lelaki yang berasal daripada Bani 'Uzrah yang pernah ditawan oleh segolongan jin pada zaman jahiliyah. Setelah sekian lama menjadi tawanan, dia akhirnya dibebaskan. Lelaki yang bernama Khurafat ini telah menceritakan pengalaman anehnya sepanjang kehidupannya di alam jin. Walhasil, orang yang sukar mempercayai ceritanya itu menggelar sebarang maklumat yang pelik dengan nama cerita atau khabar yang khurafat." _Demikianlah seperti yang dijelaskan oleh Imam at-Tirmizi dalam kitabnya asy-Syama'il al-Muhammadiyyah. [Hadis no. 253]
Excellent compilation by ustaz.. Syafakallah.. Every story has its own uniqueness and lessons, serve as reminder to submission before Allah swt and relevancy of Islamic teaching infinitely for the entire generations