Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dorm

Rate this book
Kehilangan Wafiq menimbulkan keraguan kepada diri sahabatnya, Amir. Bangkai kereta yang tersadai kosong tanpa berjasad menambahkan keresahan. Usaha telah dilakukan dengan pelbagai cara. Kejadian bunuh diri di asrama sekolah tempat Wafiq sepatutnya bertugas menjadi titik awal perjuangan Amir mencari sahabatnya itu. Dalam perjuangan itu, Wafiq tersepit antara realiti dan tipu daya syaitan. Antara batil dan yang hak, Wafiq berada di tengah-tengah. Benarkah apa yang dilihat oleh matanya?

184 pages, Paperback

Published January 1, 2023

9 people want to read

About the author

Faizul Rahim

4 books6 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (23%)
4 stars
12 (57%)
3 stars
3 (14%)
2 stars
1 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Mommy Farah.
363 reviews14 followers
July 10, 2023
Wafiq baru ditukarkan dari Sarawak ke Kampung Kemalir. Dalam perjalanan untuk melapor diri, beliau terperangkap dalam banjir yang menyebabkan beliau tersepit antara realiti dan ilusi.
August 10, 2023
Tentang Wafiq dan pengalamannya menjadi guru baru di sebuah sekolah asrama di Kampung Kemalir. Tapi peristiwa-peristiwa di sekolah asrama tersebut menjadi misteri buat Wafiq.

Pertama sekali, saya ucapkan terima kasih pada pihak Karangkraf dan Buku Prima kerana memberikan buku ini secara percuma kepada saya.

Bagi aku, plot novel ini boleh diteka namun kebolehan penulis untuk membuat pembaca tetap setia membaca novel ini sehingga ke muka surat terakhir kerana rasa ingin tahu tentang apa sebenarnya yang berlaku adalah satu perkara yang boleh dipuji.

Gaya penulisan novel ini adalah misteri dan mudah difahami. Terdapat banyak babak dalam novel ini yang berjaya membuat saya merinding dan tegak bulu roma sehingga saya tak berani untuk membaca novel ini pada waktu lewat malam yang mengakibatkan saya menghabiskan bacaan buku ni agak lambat 😂.

Rentak cerita atau penulisan dalam novel ini adalah sederhana sesuai dengan ketebalan novel ini yang nipis. Rentaknya kadang-kadang berjaya membuatkan pembaca menjadi keliru tentang situasi sebenar dalam buku ini apatah lagi bila penulis membuat setiap babak di waktu yang berbeza bukan dalam keadaan jalan cerita yang linear.

Watak-watak dalam cerita ini ditulis dengan baik. Semua watak berjaya membawa dialog yang baik.

Cuma, mungkin lebih baik kalau tak diberitahu apa yang berlaku pada Mirza terlalu awal. Saya dapat rasakan novel ini akan jadi lebih best apabila semuanya perkara yang berlaku pada asrama tersebut diceritakan pada akhir novel ini.

Pada peminat buku seram dan misteri seperti buku Fixi, buku ini sangat saya recommend 👍🏻✨
Profile Image for Mohammad Aizat Mohammad Hanafi.
101 reviews
December 20, 2023
Penderitaan watak antogonis pertama berjaya menangkap minat saya untuk baca habis buku ini secepat mungkin.

Kemasukan watak utama dalam dunia si antogonis menimbulkan rasa menarik kerana seolah-olah si antogonis mahukan ada saksi 'kedatangan' mereka.
Profile Image for cempakadahlia _.
41 reviews
October 19, 2023

antara 10 buku gerbang puaka ni lah buku yang i paling suka
jalan cerita yang susun cantik
plot kemas
and tak sangka plot twist yang hampir hujung cerita ni...
--------

semangat setia kawan yang ditunjukan oleh amir kepada wafiq
dendam mangsa buli hingga ke hujung nyawa oleh mirza..
i suka watak mirza dalam pada masa yang sama kesian sebab mirza tidak lansung diberi peluang untuk 'stand up' diri sendiri . setiap keputusan yang dia buat tak ada seorang pun yang nak dengar atau paham keadaan diri dia.

Amir sahabt baik yang membantu Wafiq, dia risau bila wafiq tiba-tiba hilang dalam arus bahaya dikawasan pedalam tempat baru dia mengajar.

Wafiq masuk dalam dunia lain cuba membantu tapi malangnya dia sendri masuk dalam satu keadaa yang tidak tercapai dek akal.

sesungguhnya setiap manusia itu ada pilihan yang boleh dibuat tetapi keadaan sekeliling selalu memberi kesan pada diri kita sebagai manusia.
Profile Image for Qaantang.
10 reviews1 follower
February 23, 2025
Biasa. Jalan cerita Yang boleh diteka sedikit. Kisah pembulian di asrama Yang berlaku menyebabkan pembuli harus membayar atas perbuatannya. Terdapat pengajaran Yang boleh didapati dalam pernceritaan. Setiap perbuatan ada balasannya dan kita harus menerimanya kerana tindakan kita. Perasaan kecewa seorang pelajar Yang dibuli apabila tiada sesiapa Cuba membela nya dan ibunya sendiri jugak tidak mendengarkannya.
Profile Image for Amelia Zulkifli.
186 reviews5 followers
June 5, 2025
Antara buku dari siri ‘Gerbang Puaka’ yang bagi saya antara yang paling sedap dan suka saya baca. Tajuknya ‘Dorm’ telah menggambarkan tentang kejadian seram dan misteri yang berlaku di dorm asrama. Saya selaku bekas pelajar asrama penuh dapat membayangkan kejadian dan suasana dorm yang diceritakan.


Seram yang memang sampai bagi saya bila Cikgu Wafiq ditempatkan di sekolah baharu yang terletak di ceruk kampung. Bila di ceruk kampung ni biasala kan, kurang manusia, susah nak berhubung dengan dunia luar, gelap gelita. Kalau kisah seram, kat kampung mesti lagi seram.


Yang best tentang kisah ni bagi saya bila Cikgu Wafiq tak sedar apa yang berlaku terhadap sekeliling dia sebab kepelikan nya bukan lah datang dari penampakan atau pun lembaga, tetapi dari orang yang kita kenal. 


Ada juga disentuh tentang nilai-nilai persahabatan dan apakah akibatnya apabila kita berbuat jahat pada seseorang. Tiada seorang manusia pun di muka bumi ini yang layak dibuli atau pun direndahkan tak kira betapa dungu atau peliknya dia. Ada beberapa nilai pengajaran yang banyak boleh diambil walaupun ianya cerita seram.
Profile Image for Starlit Stories by S.
86 reviews2 followers
December 30, 2025
Aku pilih Dorm ni sebab dulu masa sekolah pernah duduk asrama, dalam dorm ramai ramai dengan kawan kawan. So macam boleh relate zaman menjalani kehidupan dalam dorm. And aku tak sangka cerita ni sedih sangat ;(

So kejadian dalam novel ni berlaku dekat 1 sekolah di Tanjung Malim. SMK Kemalir namanya. Wafiq baru dapat posting dekat situ. Awal awal lagi masa on the way nak ke sekolah tu, dah ada orang yang nak tumpang Wafiq. Masalahnya orang ke bukan?

Cerita ni menunjukkan sisi gelap penghuni dorm yang kebiasaannya junior akan dibuli oleh para senior ;( hopefully para senior ambil lah pengajaran. Jangan jadikan buli ni satu budaya. Apa pentingnya tradisi kalau ada yang mati? Parents pun kalau anak takmau duduk asrama tak payah la paksa. Apa pentingnya nama sekolah kalau suatu masa nanti kita yang tanggung sedih dan lelah kerana kehilangan? Kadang kalau kita baca kes buli, puncanya amat kecil. Contoh macam tak bagi salam. Otak kat kaki ke apa aku tak tau la. Bagi salam tu kan ke hukumnya sunat. Bukannya mati tercekik pun kalau junior tak bagi salam kat kau.

Buku ni juga ajar aku satu benda pasal SKM. SKM ni maksudnya sekolah kurang murid. Kebiasaannya sekolah di kawasan pedalaman. Antara faktor utama ketiadaan line internet. Jadi ramai akan berhijrah ke bandar untuk akses pendidikan yang lebih baik.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.