Jump to ratings and reviews
Rate this book

Gundik Uyang

Rate this book
Fenomena jerebu yang melanda negara merisaukan hati Tok Isa. Sumpahan Gundik Uyang terlerai. Keturunan Sultan Sulaiman dan Pawang Taib menjadi buruan. Dia berusaha menentang sebelum lebih ramai yang menjadi mangsa. Namun segala apa yang dicuba ternyata sia-sia, sehinggalah dia kembali ke Hutan Tangga Tujuh menjejak Istana Pelambangan. Apakah rahsia istana itu? Siapakah sebenarnya Gundik Uyang?

160 pages, Paperback

First published January 1, 2023

Loading...
Loading...

About the author

Maria Kajiwa

75 books116 followers
Camellia dan Maria Qay adalah nama pena lain bagi penulis Maria Kajiwa.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
34 (49%)
4 stars
30 (43%)
3 stars
5 (7%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 22 of 22 reviews
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
547 reviews45 followers
June 29, 2023
Tok Isa sering dianggap gila kerana kerap mengunjungi Istana Muara Landai tanpa sebab. Namun dia punyai sebab yang tersendiri di balik kunjungannya. Tatkala Malaysia dilanda jerebu tebal, kerisauan mula melanda hati Tok Isa. Sumpahan Gundik Uyang bakal terlerai.

Sebuah naskah yang agak menarik namun terlalu pendek untuk SH nikmati. Sekejap sahaja dah habis baca. SH sememangnya lebih sukakan naskah yang lebih panjang. Rasa lebih puas.

SH rasa kalau kisah tentang Uyang tu sendiri ditambah lagi tentang asal usul Uyang tu sendiri mesti lebih menarik. Yelah tajuk Gundik Uyang kan. Jadinya kalau cerita pasal asal usul Uyang lebih mendalam mesti lebih menarik. Sebab ada beberapa persoalan tentang Gundik Uyang yang berlegar di fikiran.

SH suka bagaimana penulis memaparkan bagaimana kuatnya seseorang berpegang pada kata-kata hinggakan apa yang tidak dapat ditunaikan disampaikan kepada keturunan dengan harapan kata-kata itu bakal tertunai suatu hari nanti. Cumanya sekarang ni dah tak ramai orang yang berpegang pada kata-kata. Kata-kata hanya dianggap sebagai pemanis mulut. Tidak dianggap sebagai janji yang perlu dikotakan.

Tapi geram betul dengan Hamdan dan keturunannya. Baru diberi tugas menjaga istana kosong sudah berlagak dan memandang serong kepada orang lain. Senang betul melabel orang dengan gelaran gila dan sebagainya. Padahal Tok Isa tu cuma datang tengok istana tanpa berbuat apa-apa pun.

Cuma sedikit geram dengan cover buku ni. Warna pastel yang tak menggambarkan keseraman. Cover buku dan isi dalam macam tak kena. Nasib baik cerita menarik.
Profile Image for Mslvoe.
2,400 reviews257 followers
December 5, 2024
Ringkas tapi padat kisahnya.

Seram la jugak bagi F yang memang penakut ini.

Keturunan penjaga istana tu agak kasar dan kurang ajar. Tak boleh ke cakap baik²? Tengku Faizal pun bukan nak cakap keturunan pawang diberi kebenaran untuk berada dikawasan istana. Bertahun² kot keturunan pawang Taib dihina dikeji.

Dah jadi teruk, baru nak cakap kat Said.
Profile Image for Aira Zira.
263 reviews5 followers
February 25, 2026
Rate : 4⭐️

“𝙺𝚎𝚖𝚊𝚖𝚊𝚗𝚐. 𝚂𝚎𝚓𝚎𝚗𝚒𝚜 𝚙𝚞𝚊𝚔𝚊 𝚑𝚞𝚝𝚊𝚗 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚓𝚊𝚝𝚞𝚑 𝚑𝚊𝚝𝚒 𝚔𝚎𝚙𝚊𝚍𝚊 𝚃𝚎𝚗𝚐𝚔𝚞 𝙼𝚊𝚑𝚔𝚘𝚝𝚊. 𝙰𝚔𝚊𝚗 𝚝𝚎𝚝𝚊𝚙𝚒 𝚍𝚞𝚊 𝚖𝚊𝚔𝚑𝚕𝚞𝚔 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚋𝚎𝚛𝚕𝚊𝚒𝚗𝚊𝚗 𝚊𝚕𝚊𝚖 𝚝𝚊𝚔 𝚖𝚞𝚗𝚐𝚔𝚒𝚗 𝚍𝚊𝚙𝚊𝚝 𝚋𝚎𝚛𝚜𝚊𝚝𝚞. 𝙺𝚊𝚕𝚊𝚞 𝚋𝚎𝚛𝚜𝚊𝚝𝚞 𝚙𝚞𝚗 𝚋𝚞𝚛𝚞𝚔 𝚗𝚊𝚝𝚒𝚓𝚊𝚑𝚗𝚢𝚊.”

Dendam si puaka yang muncul sebagai Kemamang hanya ingin menghapuskan keturunan Sultan Sulaeman dan Pawang Taib. Cinta buat Putera Mahkota ditentang hingga terkurung. Amanat buat keturunan Pawang Taib untuk terus menjaga keturunan kerabat istana dan hapuskan Gundik Uyang diteruskan oleh Tok Isa.

Bila jerebu melanda, Tok Isa seperti mendapat petanda. Segera dia melihat istana si puaka. Tanpa buang masa, hingga ke hujung nafasnya dia berusaha menghapuskan makhluk jelik itu. Banyak nyawa perlu di selamatkan. Dendam Gundik Uyang perlu dihentikan.

Cerita tak berat, klasik dan back to nature. Kecantikkan yang menggoda mampu mengaburi iman. Lagi mengerikan kalau yang hadir si iblis yang merosakkan. Sesuai untuk pemula yang meminati cerita seram. Selamat membaca!

Profile Image for Syamim.
44 reviews
April 19, 2025
Amanah yang dipegang teguh oleh Tuk Isa tak difahami oleh orang sekelilingnya. Tuduhan gila acap kali dilontarkan oleh keluarga dan jiran tetangga. Hanya yang tahu sahaja tahu kisah di sebalik semua ini.

Saya suka dengan latar belakang watak-watak dalam cerita ini. Mungkin tak terlalu mendalam kerana tidak begitu panjang. Tapi seronok dibaca.
Profile Image for Amelia Zulkifli.
203 reviews8 followers
February 24, 2025
Awal cerita, penulis berjaya membuatkan saya tertarik untuk duduk diam dan terus menyelak mukasurat seterusnya. Ceritanya tentang Tok Isa yang sering dikatakan gila kerana terlalu obses dengan Istana. Padahal, mesti lah ada sebab kenapa dia berbuat demikian. Jadinya pembaca perlulah teruskan pembacaan, kan.

Pertengahan pertama, diceritakan seputar kisah Tok Isa yang hairan dengan situasi kampungnya yang dilanda jerebu secara tiba-tiba dan kematian misteri kaum kerabat diraja yang mendadak bilangannya pada masa yang singkat. Tok Isa sepertinya sudah bersedia dengan ancaman dari satu entiti yang diketahui oleh hanya beberapa orang.

Pertengahan kedua, baru lah ada cerita tentang ‘Gundik Uyang’ iaitu makhluk yang telah membuat kacau pada kerabat diraja. Saya rasa tidak begitu puas apabila buku ni terlalu nipis dan saya mahukan lagi kisah tentang Gundik Uyang. Mungkin terikat dengan kehendak penerbit yang mensyaratkan begitu.

Apa-apa pun, naskhah dari Maria Kajiwa sememangnya terbukti menarik sekali jalan ceritanya. Rasa kasihan sangat dengan Tok Isa yang mati-mati berjuang dan menjalankan amanah. Buku ini saya rekomen pada sesiapa yang nak baca kisah jin yang tak faham-faham bahasa, bilamana ia menginginkan sesuatu yang tidak diizinkan untuk golongan mereka.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,576 reviews1 follower
February 3, 2024
Memang terbaiklah penceritaan penulis.. Walaupun ini bacaan kali kedua, perasaan seram tu masih mengujakan..
Profile Image for Vida Ariff.
265 reviews
July 24, 2025
Novel ini tidaklah terlalu seram, tapi sangat suka dengan elemen 'istana' dan kisah yang membawa pembaca menelusuri kisah Tok Isa melalui beberapa titik masa berbeza yang menjentik rasa ingin tahu siapakah gerangan Gundik Uyang.

Kebetulan ketika membaca novel ini, Selangor sedang jerebu, yang ada disebut-sebut fenomena ini di dalam novel. Ahhh.. bertambah feeling lah kan membacanya.

Kemamang dalam kisah ini mengingatkan aku pada 'bugang' iaitu hantu bebola api yang disebut-sebut dalam masyarakat kaum Dusun.

Bacaan seram yang ringan, namun kalau kau ada kenangan peribadi dengan 'bugang', rasa teringat-ingat akan perasaan tidak enak yang pernah dilalui suatu masa dahulu.
Profile Image for parareads.
262 reviews1 follower
May 16, 2026
#GundikUyang merupakan kisah seram tentang puaka yang menghantui keturunan Sultan Sulaiman dan Pawang Taib. Dimulakan dengan Isa yang selalu dimarahi apabila sering menjejakkan kaki ke Istana Muara Landai pada tahun 1948. Seiring waktu, kerisauan Tok Isa semakin meruncing apabila pada tahun 2015, petanda bahawa Gundik Uyang akan mengganggu semula keturunan Sultan Sulaiman dan Pawang Taib mula muncul. Tok Isa kembali ke Hutan Tangga Tujuh untuk menjejak Istana Pelambangan.

“𝓟𝓪𝓫𝓲𝓵𝓪 𝓶𝓮𝓷𝓽𝓪𝓻𝓲 𝓹𝓾𝓬𝓪𝓽-𝓹𝓪𝓼𝓲, 𝓽𝓮𝓻𝓫𝓾𝓴𝓪𝓵𝓪𝓱 𝓴𝓾𝓷𝓬𝓲.”

3️⃣ Perkara:

🌺 𝑲𝒆𝒕𝒖𝒓𝒖𝒏𝒂𝒏 𝑺𝒖𝒍𝒕𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒋𝒂𝒕𝒖𝒉 𝒄𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝑼𝒚𝒂𝒏𝒈 𝑪𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂𝒌𝒂𝒏𝒊.
Sudah menjadi adat, yang berketurunan pasti ada mulanya. Sewaktu perburuan, panah Tengku Wazir telah mengena tubuh Uyang Candrakani yang cantik bagai bidadari, maka di situlah permulaan semuanya apabila Tengku Wazir jatuh cinta pada Uyang Candrakani. Saya menyukai zaman 1748 di Jeram Pinggir ini. Ia mengingatkan saya kepada filem-filem pendekar dan sultan dahulu. Selebihnya mungkin anda kena baca sendiri.

✨𝑺𝒖𝒔𝒖𝒏𝒂𝒏 𝒃𝒂𝒉𝒂𝒔𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒐𝒍𝒆𝒌 𝒅𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒂𝒓𝒊𝒌.
Sudah lama saya teringin nak baca Maria Kajiwa, maka buku ini menjadi antara pilihan saya di perpustakaan tempoh hari. Penggunaan bahasa yang amat mengagumkan terutamanya kiasan pertuturan orang tua-tua dahulu, serta adab ketimuran yang masih kekal mapan dalam buku ini. Olahan yang digambarkan penulis juga menaikkan lagi suasana kampung, istana serta adab orang Melayu zaman dulu dan kini.

🌒 𝑺𝒆𝒓𝒂𝒎 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒆𝒏𝒕𝒊𝒂𝒔𝒂 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒊𝒏𝒈𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝑻𝒖𝒉𝒂𝒏.
Saya rasa kalau Allah catat pahala, waktu baca buku ni saja saya dah banyak kali berzikir. Mana tidaknya, walaupun buku ini tentang hal-hal ghaib, namun penulis tak lekang melapik ketegangan situasi dengan ingatan kepada Allah. Allahuakbar, solat, wuduk, semuanya tersusun molek agar pembaca tidak tergelincir daripada landasan agama. Seram yang penuh hikmah. ❤️

✍🏻: @maria.kajiwa
🖨️: @bukuprima
📖: 154
⭐: 4/5

Maria Kajiwa dengan rasminya masuk ke dalam senarai penulis kegemaran saya.
Profile Image for Nani Bookarazzi.
19 reviews
April 15, 2026
Gundik Uyang menceritakan tentang sebuah sumpahan yang tertanggung di pundak keturunan pawang Taib dan Sultan Sulaiman. Janji yang tidak pernah dilafaz dengan rela akhirnya menjadi sumpah yang menjerut kedua-dua keturunan ini bertahun-tahun. Hidup dalam ketakutan, menanti bilakah Gundik Uyang akan muncul semula menuntut janji kekasihnya Tengku Wazir. Bagaimana dari sebuah cinta bertukar menjadi dendam yang disimpan sehingga keturunan yang seterusnya.

Review jujur

Awal penceritaan, Nani keliru dengan misteri yang cuba penulis bawa. Banyak rahsia yang cuba disembunyikan, namun situasi ini buat Nani semakin ingin tahu dan tertanya-tanya apa yang terjadi pada masa lalu. Siapakah Gundik Uyang. Adakah dia seorang manusia yang berdendam dan menjadi roh jahat? atau dia sebenarnya bukanlah seorang manusia?

Dipertengahan novel penulis sudah mula merungkai satu persatu misteri sejarah kisah Gundik Uyang. Siapakah Tengku Wazir dan Sultan Sulaiman. Apa kaitan keturunan sultan Sulaiman dengan pawang Taib. Kenapakah Tok Isa digelar gila sedangkan dia sedang cuba untuk melindungi keturunan Sultan Sulaiman.

Apakah jin kemamang yang sering memburu dan mengganggu seluruh keturunan mereka hingga berlaku kematian. Gundik Uyang bukan sekadar menuntut cintanya kembali bahkan membunuh keturunan Sultan Sulaiman yang telah merampas Tengku Wazir.

Nani sangat teruja bila membaca separuh bahagian akhir novel ini. Adegan aksi dan imbas semula yang saling bersilih ganti terasa macam menonton film. Novel pendek ni mesti menarik kalau diadaptasi menjadi film.
Profile Image for Dalilah Izzatie.
74 reviews1 follower
July 14, 2025
Judul Buku: Gundik Uyang
Penulis: Maria Kajiwa
Penerbit: Buku Prima
Tahun Terbit: 2023
Tarikh pembacaan:
Genre: Mistik, seram, thriller
Rating: 10/10

Awal-awal dah bagi a ‘chill’ vibes tang part memburu tu. Itulah orang dulu-dulu kata jangan memburu sebarangan~ Ha! kan dah mendapat. Punyalah dia terpukau tu rasa macam kena nasi kangkang, menurut je segala yang di mahukan si Gundik Uyang. Cerita dia menyerang yang masa kini tu tak la rasa apa². Tidaklah menyeramkan dalam pembacaan. Biasa-biasa sahaja sebab benda halus ni perangai memang mencari bala, nama pun makhluk yang akan menyesatkan. 😖Bagi saya more on the feeling, semua sebab dendam, ko just nak revenge sebab ketidak puashati kau.

Geram jugaklah, lama penulis bagi tertanya-tanya, apa yang telah terjadi dekat istana tu. Kenapa kena kawal, menanti dan bersedia. Lepas tu dari satu generasi ke satu generasi pulak tu. Cuba bayangkan, salah seorang generasi tu mati tak sempat turunkan pesanan.. Woooo Malaysia bakal tiada yang berdarah sultan. Bila dah start cerita permulaan kepada kisah penantian untuk penamatan, seronok gila. Bacaan jadi sangat laju, macam ada vibes zaman parameswara sikit, lepas tu persoalan muncul ~ kenapa Gundik Uyang tiba-tiba sasarkan Tengku. 🤔

Penulisan dan jalan cerita yang menarik. Tapi bagi saya ending rasa sedih sikit. Rasa tidak adil untuk anak Tok Isa.

#KarangkrafReadingChallenge #resensibuku #krcchallenge #dalizatimembaca #dalizatireads #dalizatispace #seram #duniahitam #mistik
Profile Image for Kirahbacabukuni.
131 reviews14 followers
November 23, 2025
Cerita pendek ini bertemakan istana. Bermula dengan Tengku Wazir yang memburu di hutan tapi terpanah jin yang akhirnya menyerupai seorang wanita yang sungguh rupawan.

Hati Tengku Mahkota itu pun dah jatuh sayang, maka diangkatnya wanita itu menjadi salah seorang gundik di istana. Hakikatnya, Uyang Candrakani itu satu-satunya gundik kesayangan dia sampai dia menurut dan tunduk pada bisikan dan sihir jin itu.

Ayahandanya, Sultan Sulaeman mencari-cari jalan untuk membawa Tengku Wazir pulang ke pangkuan. Justeru, keluarga Pawang Taib menjadi utusan membawa anakandanya pulang namun tak semudah itu berlawan dengan makhluk licik yang sudah berkenan pada sang manusia.

Jin itu berdendam dengan seluruh keturunan diraja dan pawang. Setiap kali kabus jerebu melanda, akan ada nyawa yang menjadi mangsa.

Tok Isa, salah seorang keturunan Pawang Taib nekad untuk menamatkan sumpahan Gundik Uyang walau dengan apa jua cara. Walau nyawa sendiri jadi galang ganti.

Overall, cerita ni sangat ringkas. Tak seram sangat dan flownya bagi Kirah agak laju (sebab cerita mini, memanglah laju kan eheh). Tak puas baca! Tak cukup rasanya pertarungan antara Tok Isa dengan Gundik Uyang tapi kita faham je sebab ini cerita dalam salah satu kompilasi Istana dulu. Apapun, bacaan yang masih menarik!

Rating: 3.5/5 bintang
Profile Image for _nadiasw303.
86 reviews1 follower
November 2, 2025
Buku ni mengisahkan tentang perhubungan antara Tengku Wazir & Uyang Candrakani. Dalam masa yang sama, tidak disangka rupanya Uyang adalah makhluk halus yang telah memperdaya baginda dengan kecantikan / keseronokan yang palsu kemudian mengancam keselematan baginda.

Cerita berkisar tentang makhluk itu (Uyang) yang pada mulanya hanya dikurung sahaja dia istana lama di atas sebuah bukit. Kemudian, Keturunan Pawang Taib ditugaskan pula menghapuskan makhluk Uyang yang menganggu gugat keselematan penduduk kampung.

Plot twist buku ni digarap dengan baik. Pertarungan antara Uyang dan Tok Isa adalah kemuncak yang dinanti.

Rating peribadi: 4.0/5⭐️
Profile Image for Atiqah Ahmad.
242 reviews2 followers
June 16, 2025
Memang boleh baca in one sitting, tapi sengaja aku baca slow² sebab macam tak puas pulak kalau habis cepat heheh.

Pengisian yang padat walaupun nipis, penulisan MK macam biasa lah, cantik tersusun, plotnya juga laju dan kisah yang disajikan tidaklah terlalu seram, namun penuh dengan aksi mendebarkan.

Minus 1 ⭐ sebab aku kurang berpuas hati dengan Pak Majid dan keturunannya yang bagi aku terlalu kurang ajar sampai lah ke penghujung cerita. Lebih molek sekiranya terbit penyesalan walaupun sedikit.
Profile Image for Siti Madihah.
71 reviews
July 13, 2025
Antara kesemua karya Maria Kajiwa yang pernah saya baca, rasanya Gundik Uyang inilah yang paling tak seram. Tapi, tak seram bukan bermakna tak best!

Jalan ceritanya memang best dan novel ini juga sangat 'fast-paced', menyebabkan saya membaca dengan laju kerana tidak sabar untuk tahu apa akan berlaku seterusnya.

Gundik Uyang kisah tentang bahana pertembungan antara alam manusia dengan alam jin. Ada hikmahnya mengapa manusia terhijab daripada alam jin. Kerana jika sempadan itu dicerobohi, maka padahnya begitu buruk - malah ditanggung pula oleh seluruh anak keturunan yang tidak bersalah!
Profile Image for Iryani .
61 reviews1 follower
November 5, 2024
Karya pertama Maria Kajiwa yang saya baca. Jalan ceritanya pantas dan menyebabkan saya tertanya-tanya. Suka apabila saya terleka dan tidak menduga diri sebenar salah seorang watak!

Mengisahkan Tok Isa, keturunan pawang diraja yang amanah menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga waris Sultan Suleiman. Tok Isa dan keluarga turun temurun bersiap siaga apabila Gundik Uyang kembali memunculkan diri. Siapakah Gundik Uyang, kenapa dia berdendam? Silalah baca untuk tahu!
Profile Image for Mira.
46 reviews2 followers
May 2, 2025
Buku ini mengisahkan tanggungjawab yang diamanahkan oleh pawang Taib kepada keturunannya selaku pengamal perubatan diraja semasa Sultan Sulaeman menjadi pemerintah supaya dihapuskan Gundik Ayang, syaitan yang berwajah manusia. Gundik Ayang telah jatuh hati kepada anakanda Sultan Sulaeman, lantas mentera dibaca agar lelaki tersebut mengikut segala keinginan Gundik Ayang dan mendirikan istana untuk mereka.

Pawang Taib ditugaskan oleh Sultan untuk membawa balik semula dan mengubati anaknya.
Profile Image for Shahin&Buku.
44 reviews1 follower
February 16, 2026
Cerita ini lebih kepada kisah misteri berbanding dengan kisah seram. Gundik Uyang merupakan suatu makhluk bukan manusia yang menyukai Tengku Mahkota dan ingin memilikinya. Ia marah apabila niatnya dihalang oleh Pawang Taib dan bersumpah akan memburu keturunan Tengku Wazir dan Pawang Taib sehingga ke nyawa terakhir dalam keturunan mereka. Namun demikian, sumpahan ini berjaya dihentikan dengan taruhan nyawa Tok Isa, keturunan Pawang Taib, setelah berpuluh tahun selepas masa kejadian.
Profile Image for Mohd Ashmunir.
214 reviews3 followers
August 2, 2023
Kombinasi moden dan sejarah. Realiti dan mistik. Kak MK always comes with fresh idea dan jalan cerita yang menarik. The truth is, tak terasa kisah Gundik Uyang nie dpt dihbiskan dlm masa bbpa jam je.

Pace yg laju membuatkan sya sndri sbg pembaca teruja utk membelek dr satu page to another page… overall I like it!!
Profile Image for Puteri Tasha.
12 reviews
January 26, 2025
I absolutely love Maria Kajiwa's storytelling—she never misses! The plot, the flow, the suspense—everything was top-notch. The dark and eerie vibe had me hooked from start to finish. I couldn’t put it down and ended up finishing it in one sitting. Loved every second of it!
11 reviews
September 30, 2024
Maaf...sy rasa membaca karya puan maria kajiwa seolah2 macam makan nasi tanpa garam..maaf atas komen..seolah2 novel ni dibuat secara tergesa2
Profile Image for Haslina.
15 reviews
July 2, 2025
Buku nipis ja kan. Ceritanya tetaplah best dng plot twist dihujungnya.
Profile Image for Starlit Stories by S.
129 reviews1 follower
May 24, 2025
Tertarik dengan siri Gerbang Puaka ni, sebab Amelia 🥰 Thank you so much for the suggestion! Memang best ❤️

Perkara pertama yang aku belajar daripada novel ni, kewujudan Kemamang. Tak pernah kutahu adanya makhluk sebegini dalam dunia fana. Pada mulanya aku sangka Kemamang hanyalah ciptaan sang penulis. Tetapi tidak ya 😭 Sejenis jin yang berupa seperti bebola api pada waktu malam. Kemamang suka mengejar manusia yang leka daripada mengingati Tuhan. So, kemamang ni baik ke tidak ya? 😂 Btw, kelemahan kemamang ni lumpur. Ramai sangkakan api lawannya air kan tapi kemamang tidak kalah dengan air, hanya lemah dengan lumpur.

Ada sesuatu yang Gundik Uyang atau nama penuhnya Uyang Candrakani takutkan. Kerambit cakar elang putih berhulukan kayu kemuning hitam. Bersarung gading gajah bersepuh emas putih. Besi kerambit Walulin berwarna ungu kebiruan dibawa jauh dari tanah seberang. Asalnya daripada sebilah tombak dari Tanah Arab yang dilebur tujuh kali. Siapakah Gundik Uyang? Betul ke dia takut sangat dengan kerambit? Jeng jeng jeng...

Aku kagum juga dengan Pawang Taib yang tidak dapat melaksanakan titah sultan untuk menewaskan Uyang Candrakani, lalu malu untuk pulang ke kampung. Beban titah itu pada akhirnya dibawa ke beberapa keturunan selepasnya. Begitulah rakyat dulu kala memuliakan titah raja. Sungguhpun begitu, Sultan Sulaiman tetap mengurniakan sebidang tanah yang luas kepada keturunan Pawang Taib.

Watak utama dalam cerita ni, Tok Isa mempunyai personaliti yang sangat mulia. Sejak kecil, beliau tidak pernah meninggalkan solat Dhuha yang pernah diajar arwah ayahnya. Kata ayahnya, solat Dhuha bukan semata-mata untuk meminta rezeki tetapi juga untuk mengingati yang memberi rezeki ❤️

Tok Isa sentiasa membaca surah 3 Qul dalam memohon perlindungan Allah daripada segala jenis bahaya yang nyata mahupun tidak, dalam terang mahupun gelap. Setiap makhluk ada kelebihan dan kelemahan. Hanya Allah yang maha sempurna, seperti yang disebut dalam surah al-Ikhlas. Dialah yang maha sempurna dalam semua bentuk kemuliaan dan kekuasaan.

Ajal tak menunggu tua atau sakit. Sesiapa sahaja boleh pergi dulu. Kita yang hidup mesti terus bersemangat. Bukan kerana kita cintakan dunia, tapi tanda kesyukuran atas kehidupan yang Allah kurnia.

Aku nak share sikit petikan dalam cerita: -

"Ya Allah, Ya Basith, Ya Jabbar, Ya Karim, Ya Mukmin" zikir Tok Isa tidak henti-henti. Dalam keadaan genting begitu, tiada yang lain diingat sepenuh jiwa dan raga selain Allah yang maha besar. Hanya pada Dia, tempat kita bergantung dan berharap.

Suka pepatah Melayu dalam novel ni -

Biarlah tersalah kain jangan tersalah cakap. Tertarung kaki, boleh diinai. Tertarung hati, susah ubatnya 💔
Ke hulu, ukur-ukurkan. Ke hilir, panjang-panjangkan.
Matahari condong jangan ditentang, takut tak terturut, jalan tak berintis.
Kalau membujur lalu, melintang patahlah jadinya.

Banyak juga belajar pasal tumbuh-tumbuhan:

Pokok Balau Sengkawang Air and daun sirih, daun kaduk, daun ketumpang air tujuh helai memiliki bentuk yang sama tetapi hakikatnya jauh berbeza.
Displaying 1 - 22 of 22 reviews