Antologi ini memuatkan sepuloh cerpen berhawa noktun, bersemangat giallo, noir dan kedetektifan; dari rahsia mistik atuk ke misteri kehilangan kunci rumah, dari dilema bunuh diri ke lamunan pengarang. Mereka yang terlibat: 1) Maimun A. Hadi 2) Wan Nor Azriq 3) Shakir Amran 4) Ezzmer Daruh 5) Amaluddin Zhafir 6) Muhammad Yusof 7) Saat Omar 8) Ismail Suhadi 9) Asyraf Bakti 10) Mohd Azmen
Ridhwan Saidi is a Malaysian writer, theatre practitioner, and filmmaker known for his interdisciplinary experimentation with language and his fearless exploration of taboo subjects, with his trademark mix of ‘art berat’ and ‘art ringan’, dry humour, and esoteric discourse.
In 2011, Ridhwan penned his first novel, “Cekik,” followed by “Amerika” in the same year. Since then, he has authored “Mautopia” (2012), “Stereo Genmai” (2012), “Babyrina” (2014), and “Brazil” (2015). Each of these works delves into a wide array of themes and courageously challenges conventional storytelling. However, his examination of the darker aspects of human existence has elicited both admiration and concerns regarding its moral implications.
In addition to his association with Moka Mocha Ink, Ridhwan’s enthusiasm for theatre and the performing arts led him to establish Ensembel Teater Kaos Nol. Through this collective, he nurtures artistic talent, encourages conversations, and addresses important issues through artistic means.
“Our aim is to be open and inclusive when it comes to diverse modern art forms and traditional craft. When you have a thirst for knowledge, value historical understanding, and have a sense of humour, things will fall into place.” –Ridhwan Saidi (Moka Mocha Ink, an indie publisher, is making strides in literature and theatre circles. The Star, 20 July 2019)
Ridhwan has made contributions to the field of theatre performance through his works in Teater Modular and Teater Normcore. Teater Modular employs a system of independent modules, creating an ever-changing and interactive experience for the audience. On the other hand, Teater Normcore explores the intricacies of the creator-creation relationship in “Stereo Genmai,” delves into the roles we assume in both private and public spaces in “Masam Manis,” and examines the human condition within urban settings through productions like “Hamlet Fansuri,” “Karaoke Medea,” and “Tahun-Tahun Seorang Novelis.” “Pengalaman Prangin” (2024), is a 2 km roaming performance—incorporating walking and bicycling—that explores memory, history, and spatial sensibilities between geomorphology and built environments in George Town, Penang. His approach remains firmly rooted in unconventional and grassroots theatre.
In his film “Tiada Cinta Selama Muda” (No Love for the Young), Ridhwan blends body movements, documentary footage, and poetry, creating a peculiar audiovisual experience. He welcomes spontaneity while filming on-site and fosters a sense of collective creativity. “Air Mata di Kuala Lumpur” (Tears in Kuala Lumpur) is his second feature length film premiered in Rotterdam.
Apart from his own projects, Ridhwan actively collaborates with others and works as a dramaturg in productions such as “Tidur Lambak” (2022, Kuala Lumpur & 2025, Jakarta), an immersive performance exploring communal sleeping, and Lau Beh Chin’s “Beyond Moving with Artisans” (2021-2024), a choreography exploring fading crafts.
Hikmah dari oral surgery yang memberi hamba cuti dua hari, hamba siap membaca buku ini. Malangnya pula, hamba merasakan buku ini (beberapa cerpennya) agak mengelirukan untuk dibaca oleh orang yang masih punya sisa bius dalam badan. Mungkin dan mungkin juga ini cuma alasan. :P
Baiklah, Bila Larut Malam mengumpul sepuluh cerpen luar biasa (hamba waras ketika mengatakan ini :P) oleh sepuluh penulis yang sesungguhnya baru pertama kali hamba bertemu mata dengan karya mereka (jika mereka tiada menggunakan nama pena lain).
1) Saka, Inc. oleh Maimun A.Hadi Ini kisah Supardi yang kematian datuknya, Atuk Tongkat dan bagaimana seisi kampung menuduh datuknya itu membela saka lalu bertindak membakar rumah kediaman si tua. Semua jurnal Atuk Tongkat dibawa lari oleh seorang gadis (saka?) kecuali satu keciciran ke tangan Supardi dan transkrip itu membuat Supardi berfikir semula tentang tuduhan orang kampung terhadap datuknya. Kisah yang menarik kerana permasalahan masyarakat (yang berdoktorkan bomoh) yang cuba ditonjolkan tetapi selain itu perasaan hamba neutral terhadap cerpen ini.
2) Malam Terakhir di Queca oleh Wan Nor Azriq Hamba suka cerpen ini. Ini kisah H yang menghadiri bengkel penulisan di Kubur Panjang yang dikelola oleh R-. Dan, ini juga kisah tentang naratif yang muncul serentak dalam mimpi H dan -R iaitu kisah sebuah pulau bernama Queca. Sejujurnya kisah pulau inilah yang membuat cerpen ini menarik. Kisah sebuah pulau yang diseliputi kabus tebal setiap enam bulan sekali yang dipercayai sebagai petanda kepulangan tamadun moyang yang akan merampas kembali tanah air mereka. Pasti bagus untuk dijadikan novel.
3) Faridah Hanum oleh Shakir Amran Kisah Faridah Hanum yang terperangkap dalam watak lakonannya sebagai pembunuh bersiri bernama Cikgu Stefani dan bagaimana seorang kekasih mungkin menemui maut kerana itu. Hamba suka cerpen ini - sangat. Penamat yang seadanya.
4) View Dari Balkoni oleh Ezzmer Daruh Tiada perasaan lain selain keliru ketika membaca cerpen ini dan itu mungkin menandakan hamba perlu membacanya sekali lagi lain kali. Heh! :P
5) Berendam Dalam Embun oleh Amaluddin Zhafir Misteri kehilangan kunci rumah yang mungkin khayalan, mimpi atau kenyataan. Tetapi hamba sangat pasti watak 'aku' dalam cerpen ini sedang high. Haha.
6)Giallo di San Mariyes! oleh Muhammad Yusof Kisah seorang Sindabella di negara San Mariyes yang dibantu oleh pari-pari untuk menghadiri Program Mencari Menantu yang dianjurkan oleh Majlis Keputeraan Istana Negara. Dan, ketika tiba di majlis tersebut dia dikejutkan dengan pertuduhan bunuh ke atas ibu dan adik-beradik angkatnya. Cerpen yang paling hamba sukai kerana jalan cerita dan humornya.
7) Rentokil oleh Saat Omar Hero cerpen ini hendak membunuh diri tetapi tidak punya keberanian untuk melakukannya. Dia dipertemukan dengan seorang pembunuh upahan yang kemudian dibunuhnya tanpa sengaja. Dipendekkan kisah, dia jatuh waktu hendak membuang mayat di lautan lalu diselamatkan oleh seorang tua dan gadis yang membuat dia mahu terus hidup tetapi ternyata bukan itu takdirnya. Pendangaan hamba tentang cerpen ini - neutral.
8) Wilayah Mimpi oleh Ismail Suhadi Cerpen ini mengisahkan tentang Jef yang dituduh membunuh teman serumahnya, Jantan serta teman wanita temannya itu, Amy. Menariknya cerpen ini kerana Jef membongkar kisah yang sebenarnya terjadi melalui mimpi-mimpinya. Hamba suka cerpen ini kerana ia membincangkan soal ruh dan mimpi.
9) Detektif Ciko oleh Asyraf Bakti Ciko seorang detektif miskin yang diupah menyiasat kes culik kanak-kanak. Dari satu ke satu petunjuk ditemui dan semuanya membawa dia bertemu semula dengan kekasih lama yang hilang. Aihana ternyata menyimpan kunci untuk kes culik yang sedang berlaku.
10) Mabuk Kepayang oleh Mohd Azmen Kisah Ariff yang mabuk-mabukan di malam Ahad lalu dituduh membunuh seorang lelaki yang ditemui mati di dalam bilik hotel bersamanya. Cerpen ini membawa hamba turut bersoal-soalan seperti Ariff. Menarik dan asyik sekali untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi.
Buku yang menarik keseluruhannya tetapi ada rasa yang tidak cukup ketika membacanya. Tidak memberi impak yang besar sepanjang pembacaan.
Aku beli di Book Fair dengan tak tahu apa-apa sebab tak ada reviu dan rating yang boleh aku rujuk baca. Mungkin sebab aku suka konsep dan temanya yang macam misterius barangkali, jadi aku beli sajalah tanpa fikir panjang.
Sebab tak tahu buku ini macam mana isinya, jadi aku tak letak ekspektasi tinggi waktu aku baca. Malah aku sedar sebab buku ini berstatus antologi kemungkinan untuk aku treat it as putdownable adalah besar sekali.
Aku tak ada masalah dengan gaya bahasa buku ini yang sedikit ringan dan straight forward- tak ada basa-basi bahasa puitis bagai, sesuai dengan konsepnya yang noktun, giallo, noir dan bersifat kedetektifan.
Aku suka dengan cerpen "Saka, Inc.", "Wilayah Mimpi", "Malam Terakhir di Queca" dan "Mabuk Kepayang". Cerpen-cerpen yang ini aku boleh baca terus dari awal hingga akhir tanpa henti. "Mabuk Kepayang" terutamanya, sampai aku tertanya-tanya ending dan tak sabar nak cepat-cepat habis baca- jalan ceritanya sungguh santai dan real, walau ending macam tergantung tapi sebenarnya misteri dah terjawab pun di setiap perenggan. Aku suka susunan jalan cerita yang macam tu.
Keseluruhannya, buku ini tidaklah sebagus mana tapi tidaklah teruk juga. Macam oksimoron pulak- love and hate. Buku yang mampu buat aku terhibur dan mengeluh sebab bosan dalam masa yang sama.
Aku bagi 2.5 bintang (tapi ralat sikit nak bundarkan ke 3 bintang jadi aku bundar jadi 2 sajalah).
I started a bit biased, mainly because it's one of those alternative books (not to be judgmental but I did read a few bad antologies from indie publishers and it was traumatising). I had near to nil expectation on the book, and I was pleasantly surprised. Buku alternatif banyaknya ada bahasa yang mengecewakan dan tahap typo yang intolerable. This one ada a few errors here and there but the language standard is surprisingly nice. With antologies, you always have bad short stories and good ones, and this one has quite a few good ones. It still has that investigative spirits, dark theme, though it could use some polishing. This is definitely an enjoyable ride. The cover and packaging is lovely, props to the designer. It's not an outstanding literature but certainly worth buying and reading.
I'd rate it 3.5, but because I'm a lenient rater I'd give it a 4.
Saka Inc by Maimun A.Hadi: Dibaca pada jam lebih kurang 12 tengah malam. Berjaya buat aku seram sejuk dan terfikir fikir adakah ‘ia’ akan mengejar aku pula? - 4/5
Malam Terakhir Di Queca by Wan Nor Azriq - WTF? - 4/5
Faridah Hanum by Shakir Amran: ’Saya’ yang mempunyai teman wanita cantik, bernama Faridah Hanum menerima sepucuk surat yang isinya mengatakan ‘saya’ akan mati pada pukul 9 malam nanti. Aku pasti ada sesuatu yang mahu disampaikan penulis tapi aku tak pasti apa- 3.8/5
View Dari Balkoni by Ezzmer Daruh: Ending yang malas bagi saya. Tapi plot masih power, dia buat aku keliru mana satu realiti, dan yang mana satu penulisan ‘Aku’ - 3.5/5
Berendam Dalam Embun BY Amaluddin Zhafir - 3/5
Giallo di San Mariyes by Muhammad Yusof: Watak watak dongeng Cinderella dan keluarga tiri, Pak Belalang, Raja Bomoh dan Conan digabungkan menjadi satu kisah klasik pembunuhan kejam di San Mariyes. Cliche namun masih tidak sangka dengan plot twist -3.8/5
Rentokil by Saat Omar: Kisah mengenai si hero yang sucidal tetapi terlalu takut untuk membunuh dirinya sendiri. Permulaan cerita menarik namun terasa meleret dan tidak paham apa yang penulis mahu sampaikan sebenarnya - 2/5
Wilayah Mimpi by Ismail Suhadi: Kisah "Aku" yang berada di tempat yang sangat sangat melawan hukum logik massa, wilayah mimpi. Menarik - 3.8/5
Detektif Ciko by Asyraf Bakti - 2/5
Mabuk Kepayang by Mohd Azmen - Kisah seorang lelaki yang terjaga di lokap setelah menghabiskan masa di pub pada malam sebelumnya kerana disyaki membunuh 3.5/5
Overall, bolehlah. Biasalah cerpen, ada sedap, ada yang biasa biasa saja.
Lumrah alam di mana Tuhan ciptakan malam buat manusia melepas lelah manakala siang untuk berurusan duniawi dalam meneruskan kehidupan. Sebaliknya kitaran yang bertentangan dikhususkan bagi makhluk alam ghaib dan pertembungan cuma berlaku di sempadan pertukaran waktu, subuh dan senja. Namun sudah namanya manusia yang tak akan pernah hanya patuh pada aturan lalu terwujudnya garis cerita sampingan. Maka bermulalah lakaran peristiwa peristiwa ketika matahari di sebalik sana sfera bumi. Misalnya cerita Aesop Mokhtar yang muncul dalam mimpi mimpi R- dan H, sungguh buat aku juga berontak mahu menjejak tanah Queca. Hingga kepada malam lesapnya Aihana Soraya yang bertahun menjadi buruan Ciko. Demikian juga kisahnya yang lain di kala malam kian melarut.
Faveret saya, Malam Terakhir di Queca dan Rentokil. Ada juga cerpen lain yang menarik minat saya di awal - awal. Macam Faridah Hanum. Tapi entah kenapa, saya rasa eksekusinya tidak menjadi. Itulah... Cerpen Mohd Azmen yang saya minat pun rasa biasa biasa saja. Mungkin dia tulis ini masa awal awal dia menulis barangkali.
Top 3 feveret aku: Faridah Hanum (Shakir Amran), Wilayah Mimpi (Ismail Suhadi) dan hmmm... Mabuk Kepayang (Mohd Azmen).
Ada beberapa cerpen lain yang aku rasa boleh pi jauh lagi (chaiyok guys!) dan ada juga yang penyampaiannya tak berapa nak jelas. Perlu baca berulang-kali untuk fahamkan situasi/dialog tu. Yang semua okay-okay ja.
cerpen-cerpen ikut tahap dari power sampai tak power.
1. Malam terakhir di Queca; 2. Faridah Hanum; 3. Mabuk Kepayang; 4. Rentokil 5. Wilayah Mimpi; 6. Berendam dalam embun; 7. Saka, Inc; 8. View Dari Balkoni; 9. Giallo di San Mariyes!; 10. Detektif Ciko.
malam adalah tempat persembunyian. sebelum dibunuh kesepian. . setiap malam, bulan menangisi kehilangan. . memori adalah kabus yang menghidupkan khayalan. . masa yang paling realiti adalah ketika pistol diacu ke kepala. walaupun dengan tangan sendiri.
Bila larut malam. awal sangkaku buku ini berkisar pelacur. Namun telahan pertamaku meleset. Buku ini merupakan himpunan cerpen dari beberapa orang penulis. Agak lama masa yang aku ambil untuk menghabiskan sebuah buku nipis ini. Aku terlalu sukar untuk membaca cerpen, lebih-lebih lagi cerpen yang banyak dan dalam masa yang singkat. Ini disebabkan setiap cerpen jalan ceritanya berbeza, dan penulisnya juga berbeza begitu juga idea. Ada yang sarat, menggeli hati, menyeramkan dan memerlukan otak berfikir dengan cara yang agak dalam. Tapi akhirnya aku berjaya menghabiskan novel ini setelah hampir 2 minggu untuk dihabiskan. Ada sesetengah cerpen yang aku suka. Malah ada sesetengahnya yang aku kurang gemar. Mungkin bergantung dengan jenis bacaan aku, tapi tahniah kepada para penulis kerana berjaya menghasilkan himpunan cerpen ini dan digarap mencabi sebuah buku merah comel. Ada antara cerpen yang aku suka di dalam Bila Larut Malam ini antaranya 'SAKA-oleh Maimun A.Hadi', 'Giallo di San Mariyes-oleh Muhammad Yusof' 'Wilayah mimpi- oleh Ismail Suhadi', dan 'Rentokil-oleh saat omar'. Aku paling gemar cerpen tulisan Muhammad Yusof 'Giallo di San Mariyes, kerana aku suka fantasi yang agak lain dan meyeramkan. Tapi ini tidak bermakna penulis lain tidak hebat. semuanya hebat, namun mungkin kurang sesuai dengan genre pembacaan aku.
"Antologi ini memuatkan sepuloh cerpen berhawa noktun, bersemangat giallo, noir dan kedetektifan; dari rahsia mistik atuk ke misteri kehilangan kunci rumah, dari dilema bunuh diri ke lamunan pengarang."
Baris ayat di atas menjerut minda pabila buku merah ini dipusingkan. Tertib dan luhur ; kesemuanya sama dengan apa yang digambarkan oleh otak di setiap kali satu-satu ide sampai ke otak, sebelum sampai ke mata.
Bahasanya mudah, bahasanya susah. Ada cerpen yang senang dihadam, ada cerpen yang likat dipendam. Perlu semangat jitu untuk habiskan bacaan, kerana kau akan terbuai dalam lekanya masa bersikurlasi dan rasa tak mahu berhenti - membaca.
Kesepuloh-sepuloh cerita ini baik, tapi Detektid Ciko jadi pilihan muktamad. Aku terbayangkan aku sebagai Ciko, persis Sherlock Holmes namun kulitnya berona coklat hitam, dan tingginya kurang. Tapi, akalnya sama hebat, sama padan. Aku Sherlock atau Ciko? Celaka kau Asyraf Bakti. Kenapa kau bangkitkan alter ego aku?
"Bila larut malam Suasana sepi Tiada pun insan Yang ku lihat lagi Mengapa hatiku Merasa terharu Dimalam ini Terasa sunyi Ingin kukatakan Tapi pada siapa Purnama membisu Embun pun membeku Jiwa tak tertahan Dalam api cinta Bilakah gerangan Padamnya asmara."
Superb! What more you expected from mokamochaink? You'll never be dissapointed .Wilayah Mimpi is my fav short stories, thanks for your info bro! I do really enjoy reading Bila Larut Malam! Thumbs way up to Ridhwan Saidi and others .Keep it up for more surprises!