Imam Al-Fakhr Ar-Razi berkata, " Allah bersumpah dengan masa kerana ia mempunyai pelbagai keajaiban. Ini juga kerana dalam tempoh masa itu, umat manusia dapat merasi kegembiraan ataupun kesempitan, kesihatan ataupun kesakitan, dan kekayaan ataupun kemiskinan. Selain itu, masa tidak dapat dinilai dengan sesuatu yang mahal dan berharga."
Justeru,buku Demi ini digarap oleh penulis supaya menjadi motivasi bagi merujuk tingkah laku dan sikap orang yang berjaya menggunakan dan menguruskan masa.
Topik-topik yang dibincangkan adalah: Bab 1: Tafsir surah Al-'Asr Bab 2: Dalil-dalil hadith berkenaan masa Bab 3: Mutiara kata dan hikmah berkenaan masa Bab 4: Prihatin dan cakna ulama terhadap masa Bab 5: Cara ulama membahagikan masa
Anak jati kelahiran Terengganu ini merupakan seorang graduan bidang Syariah daripada Universiti Islam Madinah. Ketika di sana, beliau berpeluang untuk belajar secara talaqqi dengan beberapa orang ulama besar di Madinah. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana (Master) di Syria, di samping bertalaqqi dengan ramai ulama seperti Syeikh Sadiq Habannakah, Syeikh Rusdi Qalam, Syeikh Dr. Muhammad Abdul Latif Farfur dan lain-lain.
Seterusnya menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Sains Malaysia (USM). Pernah bertugas sebagai pensyarah di USIM dan menjadi Ahli Jawatankuasa Fatwa Terengganu (2005). Selain itu, beliau turut menjadi Panel Kajian Aqidah JAKIM, Panel Kajian Syariah JAKIM, Panel Penasihat Ibadat Haji Tabung Haji dan Panel Syariah Bank Muamalat. Beliau juga telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul bagi peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1433H/2012M.
Beliau kini menjalankan tugas sebagai Mufti Wilayah Persekutuan.
Alhamdulillah, selesai membaca karya Dr Zulkifli Al-Bakri. Naskah ringkas setebal 68 muka surat ini merupakan sebuah buku motivasi mengenai masa yang menghimpunkan lima bab. Saya suka sekali mengutip mutiara ilmu dari penulis yang sememangnya membicarakan topik yang sangat dekat dengan kehidupan kita.
"Ada dua kenikmatan yang membuat kebanyakan manusia tertipu iaitu nikmat sihat dan waktu lapang ." (Hadis riwayat Bukhari)
Bab awal membicarakan tafsir surah al-Asr, dalil-dalil hadith berkaitan masa seterusnya mutiara kata dan hikmah, prihatin dan cakna ulama terhadap masa dan cara ulama membahagikan masa.
Dimulakan dengan bab tafsir surah 'Al 'Asr betapa manusia itu dalam keadaan yang amat rugi. Surah Al 'Asr kemudiannya diikuti oleh surah al humazah, yg memperincikan tentang apakah kerugian manusia : membilang-bilang harta sehingga melalaikan manusia.
Betapa ulama dahulu masa mereka barakah, kerana mereka sangat "bakhil" dengan usia mereka. Setiap saat dipenuhkan dengan majlis ilmu, zikir, ibadah dan dakwah. Hatta ketika mengasah pensil juga mereka sangat menjaga zikir mereka.
Wahai Allah, Ya Qawwiy bantu kami utk menguruskan masa kami dengan baik
Penulis yang sangat dihormati di Malaysia, penulisan yang sangat bagus. Tak di sangkal lagi memang hebat. Beli buku nih dekat website esentral. Tak rugi beli buku nih.
Sangat bagus dalam memahami hakikat masa.. dan memberi pengajaran dan menyedarkan kita betapa pentingnya masa.. para ulama amat mengambil berat akan masa dan tidak mensia-sia kan masa begitu sahaja. Bacalah buku ini.. Recommended.
Risalah yang kecil dan nipis tapi sangat berat pengisiannya iaitu tentang masa dan juga kehidupan.
Penulis menceritakan sedikit sebanyak berkenaan pentingnya kita menghargai masa kerana ia tidak akan kembali jika berlalu.
Selain itu,penulis juga menceritakan tentang bagaimana ulama' menggunakan seoptimum masa yang mereka ada untuk belajar,mengajar,mengejar ilmu dan membaca.
Selain itu, boleh juga ditambah bacaan lain berkenaan masa seperti karya Sheikh Yusuf Al-Qardhawi berkenaan masa dan kehidupan untuk menambah lagi kefahaman kita.
Moga Allah memberi taufik dan hidayah agar kita menghargai masa yang tersisa.
Al-Asr Surah 3 ayat mudah dilazimi dan amat besar isi kandungannya dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslim.
Benarlah hakikat manusia itu dalam kerugian apabila masanya itu tidak dimanfaatkan.
Dek kerana itu menjadi tanggungjawab orang-orang yang beriman dalam menasihati antara satu sama lain mengenai hakikat kebenaran Allah SWT serta menyemai kesabaran dalam menunaikan ibadah kepada-Nya.
Buku ini ringkas dan padat bagi memotivasikan diri mengenggam erat dan memanfaatkan masa bagi keuntungan akhirat.
Buku yang kecil tapi padat dengan falsafah tentang masa. Benar, kita manusia banyak hanyut dengan aktiviti-aktiviti yang melalaikan. Bila membaca buku ini membuat kita mula muhasabah diri. Adakah waktu yang Allah pinjamkan ini kita gunakan sebaiknya.