Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sijil Layak Berteman

Rate this book
...dia mungkin ikhlas untuk dua minit yang pertama dan tidak pada minit yang ketiga.

I
Yana tahu dia hanya berangan-angan kononnya itulah lelaki yang akan jadi suaminya. Sedangkan, Hadiff pandang Yana sebelah mata pun tidak. Kalau hati itu bentuknya tirus di bawah, di sudut paling tirus itu pun Hadiff tak pernah lukiskan nama Yana. Hadiff seperti air tasik yang tidak berkocak, tidak pernah menunjukkan rasa apa pun kepadanya.




II

“Nak tunggu apa lagi, Hadiff? Nak tunggu ayam jantan bertelur ke baru nak buat keputusan? Aku takut nanti sampai masa kau dah bersedia nak bersuara, cik adik manis kau tu dah kena pinang dengan orang lain.”

Adakah benar dia yang masih teragak-agak?

Padahal dia boleh memulakan langkah itu.



III

Setahun kemudian...

Seperti janjinya dengan abahnya, kini masanya telah tiba untuk Yana akur menerima lelaki pilihan keluarga. Patutkah dia menolak hasrat keluarganya itu untuk dia penuhi impian hatinya sejak sekian lama?

... dia mungkin ikhlas untuk dua minit yang pertama dan tidak pada minit yang ketiga.


Gejolak rasa wanita sangat unik pada pena IMAN XARA. Kali ini kisah yang sangat dekat dengan kita diolah dengan gaya santai dan mengusik hati dalam Sijil Layak Berteman.

451 pages

First published June 1, 2013

2 people are currently reading
27 people want to read

About the author

Iman Xara

7 books6 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (4%)
4 stars
19 (40%)
3 stars
19 (40%)
2 stars
7 (14%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Dyh Usen.
Author 7 books49 followers
May 28, 2013
Ceritanya tentang Yana yang meminta tempoh setahun untuk mencari teman hidup. Yana mahu pilih sendiri daripada terima calon pilihan keluarga.

Hadiff. Dia masih sendiri. Keluarganya sudah punya calon untuk dirinya. Tetapi dia menolak. Alasan, dia belum bersedia hendak memberi komitmen.

Maka, keduanya bertemu.

Yana jatuh cinta pandang pertama dengan Hadiff. Tetapi berlainan pula dengan Hadiff. Bagi dia, Yana sekadar kakak angkat kepada adiknya, Suria.

Dapatkah Yana mencuri perhatian Hadiff untuk dijadikan teman hidupnya atau menerima saja Mohd. Imam anak kepada Uncle Khalid itu sebagai teman sepanjang hidup?

Hak memilih, hak kita. Hak menentukan, hak Dia. - Iman Xara 25/05/2013- Pesta Buku Selangor.

Resensi saya :

Kisah ini kisah yang biasa-biasa. Kerap terjadi. Umur yang semakin meningkat menjadi faktor kalutnya mencari jodoh. Isu yang selalu ada dalam masyarakat kini.

Penulisan Iman Xara kali ini memang berlainan daripada yang selalu. Tiada mengundang air mata atau air hidung. :p

Stress pun kurang. Patutnya tiada. Tapi sebab Hadiff yang bebal sedikit tu eee... lambat pikap betul Hadiff tu membuatkan jadi stress. Tu pun sikit ja.

Gaya bahasa, sangat santai. Relaks. Suka pada sisipan hadis yang diberikan. Cerita ni sebenarnya macam memberi motivasi. Pada yang belum berteman dan masih mencari. Penulis seolah-olah sedang memujuk. Memberitahu pada kita, soal jodoh usah dibimbangkan.

Apapun soal jodoh itu rahsia-Nya. Sudah pun ditentukan. Cuma ianya berlaku lambat atau cepat saja.

Enjoy dengan cerita ni. Dan saya kira Iman Xara pandai membuat kita tertanya-tanya, siapa pilihan Yana yang sebenarnya. Prolog dan epilog masih menyembunyikan siapa yang bersama Yana. Jadi pembaca kena alert . Jangan terkeliru :D

#Dia suka lelaki tinggi. Kalau kahwin nanti, senang nak disuruh baiki lampu yang rosak. Mukasurat 26.

#"Ibu, buat apa ya nak berseni-seni bagai apabila nak potong sayur ni? Kan sama juga, masuk perut, kenyang." Mukasurat 106.

75 reviews6 followers
Read
March 26, 2015
Alhamdulillah, selesai sudah pembacaannya... BEST! BEST! BEST!

Kisah dari salah satu sisi kehidupan masyarakat. tentang anak2 yg belum bertemu jodoh. Ya, kali ini Kak Iman garapkan dengan bahasa yg santai tp penuh tertib. Kak Iman cuba menyelami apa yang terbuku didasar hati pada wanita yg masih belum berkahwin.

Bukan mudah. Banyak hati yang perlu dijaga. Bukan sekadar hati sendiri, mak ayah, adik beradik, saudara mara malah masyarakat sekeliling yg lbh byk menghukum sblm menyelami duduk perkara sebenar.

Yana juga bimbang dengan keadaan dirinya yg masih blm mempunyai teman istimewa. saat ini jugalah org tuanya datang dgn risikan dari kenalan keluarganya, kawan baik org tuanya. Imam, pemuda yg ingin dijodohkan dengannya tapi hati sudah terpaut dengan Hadiff yang merupakan abang kpd adik angkatnya. Berjumpa dengan Suria secara kebetulan merupakan bibit pertemuan dua hati. Cuma sbgi perempuan Yana masih ada perasaan malu untuk meluahkan perasaan walaupun dia tertekan dengan perasaannya sendiri.

pelbagai peristiwa yang terjadi hinggakan Yana lelah utk membuat pilihan. apatahlagi setelah Dina teman baiknya juga Suria adik angkatnya sudah bertunang. ini menambahkan lagi tekanan sedangkan perasaannya pada Hadiff masih lagi tergantung.

Siapakah pilihan Yana? kenalah baca sendiri. Serius walaupun anda membacanya dari belakang, anda tidak akan tahu siapakah pilihan Yana. Penuh misteri & teka teki... hahahahahaha...

Pilihan org tua - bukan boleh dipandang enteng
pilihan sendiri - ada indah yang sentiasa menyinari

yang paling penting - tidak ada yg terluka, melukakan kerana kita mencari bahagia... :)

Profile Image for Tie Tinie.
77 reviews11 followers
June 4, 2013
yes... done this book...
best cerita nie... betapa sukar untuk membuat pilihan...
1 pilihan orang tua...
1 lagi pilihan hati sendiri...
yg mana harus dipilih... pilihan org tua sah2 yg bagus.. takkan la mak ngan abah nak pilihkan org yg x baik...
pilihan hati pun bagus jugak... cuma....
hurmmm... susah jugak nak buat pilihan kan...
kesian yana... tersepit... tapi yana dan pilihan hati mempunyai rasa yg sama cuma tak diluahkan.. dan menimbulkan curiga.... susah juga Yana nak dapat SIJIL LAYAK BERTEMAN nie... hehheheh

tahniah to writer sbb sampai ke akhir cerita tertanya2 siapa pilihan yana... tidak dinyatakan nama.. aduhhh... tapi nasib baik ada hint... hahahha....

ok u guy... sila bca buku nie... best.. i like.. tapi cam biasa la... citarasa kita tak sama...

so..."bacalah dengan hati... nilailah dengan akal"
happy reading u all's
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
December 29, 2017
Simple...
Malas nak baca part meleret2 tu macam antara Yana dgn Dina (teman bergosip aje pon).
Part dalam family Yana masa discuss pasal kawin2 ni...
Just baca part bila Yana bertemu dengan Hadiff... tapi tak banyak pon dalam novel ni...
Macam tiba2 je Hadif jatuh suka dkt Yana lepas tu cari jalan nk confess dkt Yana... Lembap la Hadif ni...
Dah ada orang suka Yana plak buat susah hati kelam kabut nak pikir nak terima ke tak... Tengok2 dah ending part diowang dah kawen...

Tau la kan sape yang tido berdengkur macam serombong kapal tu...
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
October 7, 2014
Sijil layak berteman.. tajuk yg memikat! ada isu dibawa dan isi dikongsi… kisah yg biasa terjadi dlm kehidupan kita…bila umur makin bertambah… hati jd risau..jiwa kacau..ditambah dgn suara2 ‘prihatin’ org sekeliling…sungguh meresahkan!!!

SLB tdk berkonflik berat…bahasa juga santai dan mudah faham…tiada sedih berlebihan tp ttp hadir rasa terharu… bengang juga la bila kena part lurus Hadif!

Keseluruhan? Satu pengkisahan yg menarik..lebih kpd berkongsi Ilmu bila soal jodoh selalu digemburkan….buku ni kena baca dr awal..klu terjah ending mmg tak akan tau siapa pilihan Yana! Iman Xara bijak meletak clue ..tak kena gaya mmg tak jumpa!

Profile Image for Ain.
138 reviews14 followers
July 31, 2019
Ceritanya banyak meleret.
Banyak yg di skip.
Watak hero tak nampak menonjol.
Yg ada hanya hensem,kerja hebat dan mungkin alim. Mudahnya yana jatuh cinta.
Malah mereka tidak pernah bersembang panjang.
Dan Hadiff lambat sangat bertindak.Dan seakan tertanya macam mana Hadiff boleh jatuh cinta pada Yana.Kononnya kriteria gadis idamannya banyak,alih-alih dah jatuh cinta?Mudahnya.
Ok maaf,cerita ini tak menepati cita rasa, mungkin juga kerana faktor umur.
Profile Image for Azizah.
385 reviews6 followers
December 23, 2013
Sampai ke sudah KakChik macam tak dapat agak siapa pilihan Yana tapi mungkin lepas baca epilog tu KakChik agak lelaki tu pilihan hati yang Yana suka.
Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
June 1, 2016
Yana & *tooooooooot*

Sib baik ada 'petunjuk' tentang tobi'at si hero di akhir cerita, ngeeeeeee

Sweet story line :)
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,546 reviews41 followers
December 12, 2024
Minta maaf. Tak boleh nak appreciate apa yang nak disampaikan oleh penulis with regard cerita dan pendirian watak-watak. Terlalu meleret bagi saya. Dah skip pun, isunya macam tak selesai. Pi mai pi mai... Sorry tau. Tak pernah lagi saya baca buku JS yang saya tak boleh nak suka baca. Watak Yana yang macam over manja walau dah berumur pun, kurang berkenan di hati. Jadik, novel yang ini, tak boleh sungguh nak fikir apa yang menarik, selain perkongsian tentang perkara baik yang umum. Last last, tak tahu juga siapa yang Yana pilih. Surprise element tu bagi saya play, cuma jalan ke arahnya, tak faham.
Profile Image for Umi Izzati.
20 reviews5 followers
October 10, 2014
Saya nak jual buku ni dengan harga RM13.
Interested? PM okay :)
*exclude postage*
Profile Image for Suhailah Iskandar.
347 reviews16 followers
April 4, 2015
Fun to read but sebenar dia kahwin ngan Hadiff kan?? seriously.. sejak dua menjak nie otak slow sikit nak faham benda.. siapa eh suami dia?
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.