Jump to ratings and reviews
Rate this book

Gadis Bertudung Merah

Rate this book
Dari mata jatuh langsung ke tangkai jiwa

Hati Idzrie sudah terpaut pada si dia. Ya, dia. Gadis Bertudung Merah. Setahun dia hanya memandang dari kejauhan tanpa dia sedar gadis itu adalah kenangan silamnya!

Memori Liya sembilan tahun yang lalu hilang akibat kemalangan yang menimpanya. Kini, dia hidup berlandaskan apa yang diberitahu oleh kakaknya. Tiba-tiba, muncul dua watak asing yang mengaku mengenali dirinya yang tidak pernah diceritakan oleh kakaknya. Dia menerima salam persahabatan daripada mereka tanpa curiga. Namun, rupa-rupanya ada sebab mengapa kakaknya tidak pernah bercerita mengenai mereka. Mereka sememangnya tidak harus diingati!

Kerana inginkan kepastian, Idzrie mengumpul keberanian merisik sendiri dengan keluarga Liya. Tuah menyebelahi dirinya apabila nenek Liya menyukai dirinya. Namun, dia ada pesaing rupa-rupanya. Shahrul, calon pilihan ibu tiri Liya. Di sebalik rupa dan perlakuannya yang baik, tersimpan rahsia yang menggemparkan keluarga Liya.

Antara Shahrul dan Idzrie, siapa pilihan hati Liya? Apa pula rahsia yang disembunyikan oleh kakaknya?


***

JILL NAURA menulis Gadis Bertudung Merah yang membawa kita menelusuri kisah Marliya yang mencari kenangan lalu untuk meneruskan hidupnya dengan bahasa yang manis dan membuai jiwa.

442 pages, Unknown Binding

First published January 1, 2013

3 people are currently reading
39 people want to read

About the author

Jill Naura

5 books9 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (13%)
4 stars
17 (37%)
3 stars
18 (40%)
2 stars
4 (8%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 18 of 18 reviews
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
December 5, 2013
Seawal cerita sedikit hambar sehingga bab 38, barulah terasa masuk dalam kisah Idzrie-Marliya.

Sebenarnya sedikit sahaja cerita ini menyentuh detik 'gadis' itu bertudung merah. Mungkin novel ini dijudulkan sebegitu kerana ia adalah saat Idzrie menyedari mengenai siapa sebenarnya gadis bertudung merah itu. Sudah lama dia sekodeng Marliya tanpa menyedari gadis bertudung merah itu adalah gadis yang dicari-carinya, gadis yang pernah dia permainkan dan dimalukan oleh rakan-rakan sekelas mereka. Membaca naskah ini Cik Pah membayangkan gabungan drama yo soy betty la fea dan its start with a kiss dalam bab imbas kembali zaman kolej.

Emm lagi2 cerita isteri melarikan diri dari suami/rumah turut dimuatkan dalam naskah ini. sebab pelarian itu bukanlah angkara orang ketiga sebaliknya si isteri telah dapat mencantum semula jigsaw puzzle dalam kotak memorinya yang hilang, Marliya rasa tertipu. Jangan cuak, happy ending ;)
Profile Image for Ririn Aziz.
797 reviews106 followers
August 26, 2019
2.85 bintang

Berbulan juga tunggu giliran pinjaman dari PNM. Agak teruja sebab jarang-jarang nak jumpa buku terbitan Jemari Seni yang kena berbaris panjang.

Sebab baca ebook, saya tak pasti biodata penulis ada disediakan atau tidak.

Cuma pada pandangan saya, pada ketika ini penulis mungkin masih lagi bergelar pelajar. Ini menjadikan cerita yang ditulis bergerak 5 tahun ke depan, bukannya imbas kembali seperti yang dimaksudkan. Banyak perkara yang saya rasakan agak kurang matang untuk mereka yang telah berada di alam pekerjaan selama 5 tahun.

Premis yang baik, banyak peluang untuk dikembangkan, sayangnya execution tu agak terhad.
Profile Image for Pips.
220 reviews30 followers
December 12, 2013
Komen saya, saya setuju pendapat Cik Pah. Mula-mula memang hambar, dah nak habis baru rasa teruja.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
January 13, 2019
[BOOK 3]

Gadis Bertudung Merah by Jill Naura..
.

Aku pun tak pasti apa yang best tentang buku ni, tapi, yang penting, ku suka sangat! Ku tutup buku dengan perasaan puas hati.
.

Mungkin sebab sebelum baca buku ni, ku tengok rating kat Goodreads agak rendah. So, ku start baca buku ni dengan perasaan neutral, tanpa sebarang expectations.
.

Dan bila baca, memang ku akui buku ni agak slow di permulaan cerita. Waktu Idzrie dah terjatuh hati kepada si gadis bertudung merah. Tapi dia tak berani meluahkan perasaannya. Dan ternyata gadis tersebut ialah seseorang di masa silamnya.
.

Lepas tu, cerita ni makin lama, makin menarik. Rupa-rupanya, gadis tersebut mengalami amnesia. Dan gadis tersebut hanya diceritakan kisah yang pernah terjadi dalam hidupnya berdasarkan diarinya oleh si kakak. Dan, ternyata si kakak merahsiakan kewujudan Idzrie dalam hidup Marliya.
.

So, cerita ni memang buatku curious. Apa sebenarnya yang terjadi dulu? Kenapa Idzrie bersyukur sangat bila Marliya lupa tentang dirinya? Dan siapakah lelaki yang sentiasa berada dalam bayangan Marliya?
.

Jujurnya, cerita ni biasa-biasa je. Tapi ku suka sangat! Ku suka penceritaan penulis yang teratur. Dan kejadian dulu yang diceritakan dengan sangat bagus sehingga buatku rasa beremosi.
.

Dan terima kasih kepada penulis kerana mengetengahkan watak heroin yang pasif. Dia sering dipulaukan oleh kawan-kawannya. Selalu bersendirian. Semua kerja pun dia buat sorang-sorang. Dahlah dia ni pendiam, tak cantik, orang pun tak nak kawan ngan dia. Tapi, dia sukakan seorang lelaki. Kiranya crush la. Ku suka description yang penulis buat. Macam mana hari-hari Liya berdebar-debar bila berhadapan dengan lelaki tersebut. Bila Liya curi-curi pandang dia. Dan kerana satu peristiwa, Liya terasa dipermainkan oleh si jejaka. Tapi, pada masa yang sama, jejaka tersebut turut rasa serba salah. Dan akhirnya kisah itu menjadi sejarah.
.

Aku tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan aku semasa baca buku ni.
.

Ku suka bila apa yang Liya pernah alami dulu, dirasai oleh Idzrie sekarang. Entahlah, rasa macam jodoh mereka ni memang telah ditentukan lama dahulu. Cuma dulu keadaan tak mengizinkan.
Profile Image for Don ツ .
248 reviews37 followers
April 2, 2014
Kalau masih belum baca, tolong jangan batalkan niat itu.~ This book as sweet as Sweet n Sour. Malah penceritaan keseluruhan novel ni tak pernah membosankan. Mungkin sebab diedit dengan baik~tiada cacat-cela. Syabas!

Ada sedikit unsur ingin tahu semasa membaca, sementelah watak Marliya ini hilang ingatannya, siapa Adzrie pada Marliya? apa sebenarnya yang berlaku semasa mereka di kolej?

--Mulanya ada rasa tak mahu baca sebab bab awal dia slow ~ perbualan Adzrie dan Joey tentang gadis bertudung merah di butik seberang jalan. Tapi semakin membaca, semakin rasa seronok nak selak. Funny~yes. Unsur humor diselitkan tepat pada ketikanya dan tak nampak dibuat-buat.

Watak antagonis Shahrul~Jill Naura, berjaya buat saya benci dan menyampah wataknya melalui pertuturan Shahrul~jelas nampak dia ni menjengkelkan.Paling saya tabik pada Adzrie yang berani merisik sampai pintu rumah datuk Marliya. Berani mati!

Okey~bab bagi baju Adzrie yang tak basuh tu-memang sengal~ :)
...dan saya rasa ini macam bukan novel pertama Jill Naura kan? Nanti saya cari yang lain~dan buat koleksi.
Profile Image for Tie Tinie.
77 reviews11 followers
June 7, 2013
selamat sudah membaca buku nie..
dlm demam2 pun sempat la baca2...

cerita yg lain dari yang lain..
tapi menarik untuk dibaca..

u guy.. sila baca ye...
nam review panjang2 tapi x berapa sihat nie.. nnt dah sihat tie edit bali ek reviwe nie..

happy reading u guy..
"membaca dgn hati. menilai dgn akal.."
Profile Image for Suhailah Iskandar.
347 reviews16 followers
May 21, 2015
I always love a happy ending. Saat nak merungkai rahsia silam itu yg buat ia menarik macam kita buka Pandora's Box to find all the horrible truths in life. Love the language & glad that Jill Naura chooses a simple name for her main characters. Idzrie & Marliya. sweet & simple.
Profile Image for Nur Afiqah.
30 reviews3 followers
April 7, 2020
Best! Dah mula baca, terus rasa 'wow'. Suka gaya penulisan penulis. Lepas ni kena hunting novel Tic Tac Toe pulak.

Sebuah novel yg best adalah bila saya berjaya baca tanpa skip Satu perkataan pon. Dari awal sampai akhir. Novel ni jadi mood booster untuk saya baca novel2 lain terutamanya yg terbitan Jemari Seni. 😊

Suka nama hero, Idzrie Affendi. Suka Idzrie 😍 Suka cara penulis gambarkan karakter Marliya jugak. She might looks fragile but she is one strong minded girl. Bila dia marah... Melawan... Wah, boleh tahan perempuan ni 🤣

One nice story, x kosong. Ada isi. Ada pengajaran. Very recommended. Tahniah Jill Naura.
2 reviews
April 7, 2020
Novel ni adalah sangat 'wow' bagi saya. Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni novel ni berjaya naikkan mood membaca.
Bila dah baca tu jadi semakin teruja nak tahu apa jadi lepas tu. Saya suka gaya penulisan penulis. Saya berjaya baca tanpa skip 1 perkataan pon. 😁

Saya suka nama Idzrie. Saya suka Idzrie. Eh? 😍
Saya suka juga penulis gambarkan watak Marliya yang tak diam sampai ke sudah bila dibuli. Marliya yang tak lembik. 💪

Tak nak review sampai bg spoiler. Yang ada novel ni patut baca. Best. 4.5 ⭐
14 reviews
Read
September 12, 2019
Hi. Sy nak letgo this book rm10. Good condition 10/10. Reason nak letgo sbb sy ada lebih dari satu buku.
COD area ampang, wangsa maju.
Berminat boleh email nabihah.mn@gmail.com
Atau ws 0173238257
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
August 13, 2015
sekali jer gadis tu pakai tudung merah. masa dok skodeng...hehe.. novel ni berkenaan idzrie yg berkenan dengan seorang gadis. setahun dia mengintai dari kejauhan. datang temannya joey memberitahu yang sebenarnya gadis itu dari masa silam sewaktu belajar. bermakna dia mengenali gadis tersebut!

memori liya selama 9 tahun hilang akibat kemalangan yg menimpanya. apabila 2 orang iaitu idzrie dan shahrul tampil menyatakan mengenali akan dirinya dia menerima walaupun kedua tentang lelaki itu tidak pernah diceritakan oleh kakaknya marziyah.macammana kakaknya tahu tentang kehidupan lepasnya?. Liya mempunyai kebiasaan menyimpan apa saja yg di rasa penting di bawah bantal dan marziyah terjumpa surat yang membawa dia berjumpa dengan sejumlah diari silam milik liya. ada sebab dia merahsiakan tentang hal dua lelaki tadi....

liya berasa selesa bersahabat dengan idzrie sebaliknya pula dengan shahrul yang suka mendesak. kemuncaknya idzrie dengan beraninya merisik liya kerana sesuatu yang dilakukan oleh shahrul dan rahsia shahrul terbongkar ketika perjumpaan keluarga liya dalam memilih mana satu yang lebih sesuai menjadi jodohnya... namun begitu antara liya dan idzrie juga punya sejarah yang tidak menyenangkan.... apakah dia...

ada part yang buat pembaca teruja dan ada bahagian yang terasa agak mendatar penceritaannya.. idea cerita yang agak menarik. cover buku dan tajuk pada mulanya buat tertanya-tanya, buku ni pasal gadis nak pi melawat nenek tapi kena tipu ngan serigala ke? Hehe.... jauh tul bayangan... santai dan agak menghiburkan...
Profile Image for Zyra.
28 reviews
June 22, 2013
Okey... I don't know what I can say.. cuma saya nak ucap tahniah! Sebab utk karya pertama penulis ni, penulis dah buat sy tertarik dengan gaya penulisan dan penceritaannya. Ia sangat tersusun, kemas, menarik dan mudah difahami.
Sekali sy dah baca, saya tak tahu kenapa saya tak berhenti baca selepas tu. Bila nk berhenti baca pun bila sy sedar mata saya dh pejam celik, pejam celik. (mengantuk sbb masa tu baca tengah malam) Ehehehe...

Cerita yang digarap penulis ni pun agak lain dari yg lain...
(walaupun kes amnesia atau hilang ingatan menjadi conflict utama dlm kbykan novel skrg)
Tetapi disebabkan gaya penulisan penulis ni yg manis dan menarik, sy tetap teruskan bacaan sy menyelami kisah marliya yg ada pelbagai kisah suka dan duka.
Kisah Marliya dan Idzrie tetap dpt menyentuh hati sy...

nk tahu mcm mana kisahnya? Bacalah sendiri. Besttt. :)

and i would like to say, congratulation again writer! Gadis Bertudung Merah was awesome!
TAHNIAH DAN TERUSKAN BERKARYA. I'M WAITING FOR YOUR NEXT MASTERPIECE...
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
February 4, 2014
Idzrie telah jatuh hati dengan seorang gadis bertudung merah selama setahun tetapi dia tidak berani untuk mendekatinya. Rupa-rupanya gadis itu adalah rakan seuniversitinya empat tahun lalu, Marliya. Mereka ada kenangan pahit bersama. Bila Idzrie mulakan perkenalan mereka, dia dapat rasakan bahawa Marliya telah hilang ingatan. Rupa-rupanya ingatan Marliya terbatas dengan apa yang di beritahu oleh Marziya. Idzrie mengambil kesempatan itu untuk mendekati Marliya. Kehadiran Shahrul menggangu Marliya tetapi pada waktu yang sama merapatkan lagi hubungan mereka sehingga ke jingjang pelamin. Rahsia Idzrie akhirnya terbongkar. Marliya melarikan diri. Mereka merana. Marliya mahukan pohonan maaf dan keikhlasan. Akhirnya mereka bersatu kembali setelah Idzrie di timpa kemalangan disebabkan Shahrul.
Profile Image for kaknOOr.
4 reviews
May 30, 2014
Baca novel kedua penulis... dah tersangkut.
So cari novel pertama beliau.

Jalan cerita yg menarik tidak meleret-leret.
Bila mula baca teruja nak tahu kesudahan cerita so
apa lagi pulun sampai habis.
Muka surat tak byk sgt so blhlah habis dlm masa 1 hari.
Displaying 1 - 18 of 18 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.